teks hari guru

Upload: siti-rohani-mohd-kadri

Post on 04-Nov-2015

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Terima kasih, saudara/saudari Pengerusi MajlisYang Berusaha Tuan Haji Amran bin Mohd Ihsan, Pengetua SMK Miharja,Yang Berusaha Puan Hjh Hanim binti Kamari, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,Yang Berusaha Puan Hjh Fauziah binti Mohamad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Yang Berusaha Pn. Norlela binti A. Wahid, Penolong Kanan KokurikulumBarisan guru-guru yang diraikandan tidak dilupakan pelajar-pelajar sekalian.Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis yang mulia ini dan kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, SMK MIHARJA bagi Tahun 2015, dalam suasana yang ceria, harmoni dan meriah.

GURU : MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAKitulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan hari guru. Justeru, saya selaku YDP PIBG SMK Miharja mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Cikgu-cikgu yang dikasihi,Pada bahu cikgu-cikgudiletakkan seribu harapoleh ibu bapa yang datangdengan wajah tersenyum anak-anak dibawadengan harapan menggunung disandar jua.Cikgu-cikgudengan wajah girang terimatanggungan yang bukan kepalangharapan besar akan ditunaikanItulah tanggungjawab cikgu-cikgu..

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi masa depan pelajar. Justeru, amat wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik SMK Miharja, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi.

Hidup tidak selalu indah,tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

TERIMA KASIH CIKGU.