teks bahas menteri pertama

3
TEKS BAHAS MENTERI PERTAMA Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dipertua, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian. Tuan Yang Dipertua, Sebagai menteri yang pertama, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu Guru hari ini kurang bijak mengurus masa . Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu Guru pada hari ini bijak mengurus masa . Tuan Yang Dipertua, Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa _____________________________________________________________________ ________________________________________________________________. Tuan Yang Dipertua, Sebenarnya, Tuan Yang Dipertua, Indikator saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, senarai semak penggunaan masa / perancangan waktu. Sesuatu program atau projek

Upload: le-fay-darling

Post on 12-Dec-2015

53 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

contoh teks perbahasan ala parlimen untuk menteri pertama

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Bahas Menteri Pertama

TEKS BAHAS MENTERI PERTAMA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dipertua,

rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan

seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai menteri yang pertama, saya pastinya menolak definisi usul yang telah

dipinda oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu “Guru hari ini kurang bijak

mengurus masa”. Jadi saya memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti

definisi yang diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu “Guru pada hari ini bijak mengurus

masa”.

Tuan Yang Dipertua,

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang

dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang

mengatakan bahawa

___________________________________________________________________

__________________________________________________________________.

Tuan Yang Dipertua,

Sebenarnya,

Page 2: Teks Bahas Menteri Pertama

Tuan Yang Dipertua,

Indikator saya yang kedua iaitu berpaksikan frasa, senarai semak penggunaan

masa / perancangan waktu. Sesuatu program atau projek yang dirancang mestilah

ditetapkan jangka masa yang sesuai. Guru perlu membuat satu senarai semak

perkara-perkara yang hendak dilakukan dan menetapkan tempoh masa yang sesuai

berdasarkan aktiviti tersebut. Dengan ini, masa yang dirancang akan bertepatan

dengan aktiviti yang akan dilaksanakan dan tiada berlaku pembaziran masa. Hal ini

demikian kerana, guru sebenarnya sedar bahawa setiap tugasannya perlu

diselesaikan. Namun pengurusan masa yang baik perlu agar tidak berlaku

penangguhan dan lambakan kerja yang boleh mengganggu emosi guru. Dalam

tonggak 12 juga ada menyentuh tentang penggunaan masa iaitu, tonggak yang

pertama menghargai masa. Oleh itu, masa perlu digunakan dengan bijak sama ada

atas urusan rasmi mahupun persendirian.

Tuan Yang Dipertua,

Indikator saya yang ketiga berpaksikan frasa pengintegrasian teknologi maklumat

dan komunikasi. Penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini

kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat

mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik

seterusnya dapat menyampaikan kepada murid secara berkesan. Melalui

penggunaan alat TMK sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan

pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat

seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan

alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini

proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas

dan padat kerana murid akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan

menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu murid tidak akan mudah merasa

jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana

tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui TMK.

Tuan Yang Dipertua,

Page 3: Teks Bahas Menteri Pertama

Jika lima tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa

lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet

sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap teknologi

maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses P&P

mereka. Perkembangan pesat dalam pengunaan teknologi maklumat dalam

pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan

bertaraf dunia. Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan

khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi

satu perkara yang penting bagi guru-guru. Penggunaan teknologi maklumat dalam

pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar

dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi

pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan

oleh murid-murid dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui

komputer, internet dan sebagainya. Segalanya di hujung jari sahaja ahli dewan

sekalian. Pengintegrasian TMK pada hari ini lebih memudahkan guru dalam

mengurus masa dengan lebih bijak.

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus

dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara

majoriti.

Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.