tekpenkplisr

Upload: rozaaldiyah

Post on 05-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    1/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER(TEKNOLOGIPENDIDIKAN)

    KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAHSEKOLAH RENDAH (KPLI SR)

    INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,

    CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

    Berkuat kuasa pada Oktober 2010

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    2/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    i

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

    Falsafah Pendidikan Guru

    Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin.

    Cetakan Oktober 2010Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidakada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapamengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dandengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian PelajaranMalaysia.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    3/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    ii

    Cetakan Oktober 2010Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

    MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR YANGBERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIANPELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI KURSUS PERGURUANLEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR).

    MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PEMBELAJARAN

    BAGI PROGRAM TERSEBUT.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    4/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan iFalsafah Pendidikan Guru iiKata Alu-aluan Rektor vPanduan Pelajar viPengenalan viiiAgihan Tajuk ixTajuk 1.0 Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1Sinopsis 1Hasil Pembelajaran 1Kerangka Tajuk 11.1 Konsep Media Pengajaran 21.2 Kepentingan Media Dalam Pendidikan 3

    1.3 Jenis-jenis dan Klasifikasi Media 5

    1.4 Justifikasi Penggunaan Media Dalam Pengajaran-Pembelajaran

    6

    Tajuk 2.0 Prinsisp Asas Grafik 10Sinopsis 10Hasil Pembelajaran 10Kerangka Tajuk 102.1 Konsep Asas Grafik 112.2 Prinsip Asas Grafik 12

    Prinsip Mudah 12

    Prinsip Kesatuan 12

    Prinsip Penegasan 13

    Prinsip Keseimbangan 13

    Prinsip Kontra 14

    2.3 Perancangan 15

    KANDUNGANMUKA SURAT

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    5/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    Saiz 15

    Susunatur 15

    Rekabentuk 16

    Warna 16Penghurufan 17

    Tajuk 3.0 Media Unjuran 20Sinopsis 20Hasil Pembelajaran 20Kerangka Tajuk 203.1 Jenis-jenis dan Penggunaan Media Unjuran 213.2 Jenis-jenis Projektor 21

    Projektor Lutsinar 21

    Projektor Slaid 22

    Projektor LCD 22

    Projektor Terus 23

    Tajuk 4.0 Teknik-teknik penghasilan lutsinar dan penggunaan OHP 26Sinopsis 26Hasil Pembelajaran 26Kerangka Tajuk 264.1 Teknik Penghasilan OHP 28

    Tulis Terus 28

    Bertingkap 28

    Berjalur 28

    Bertindih 29

    4.2 Penggunaaan OHP Dalam Pengajaran 30

    Tajuk 5.0 Penggunaan Alatan/Bahan Pandang Dengar dalamPengajaran dan Pembelajaran 33

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    6/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    Sinopsis 33Hasil Pembelajaran 33Kerangka Tajuk 335.1 Pengenalan Audio dan Video

    34

    5,2 Teknik Rakaman Audio 35

    5.3 Perancangan dan Penyediaan Rakaman Audio 36

    5.4 Teknik Rakaman Video 37

    5.5 Penggunaan Bahan Video Dalam Pengajaran 40

    Tajuk 6.0 Media Bukan Unjuran 43Sinopsis 43Hasil Pembelajaran 43Kerangka Tajuk 436.1 Bahan-bahan Dua Dimensi 44

    Gambar atau Gambar Foto 44

    Grafik 45

    Carta 45

    Poster 45

    Kad Imbasan 46

    Kad Gambar 46

    6.2 Bahan-bahan Tiga DImensi 47

    Relia 48

    Model 49

    Diorama 50

    Akuarium 51

    Terarrium 51

    Boneka, Patung, TopengBoneka Sarung Tangan

    52

    Boneka Bertali 52

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    7/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    Wayang Kulit 52

    Topeng 52

    6.3 Penggunaan Bahan 2D dan 3D Dalam Pengajaran 52

    Tajuk 7 Jenis dan Pernggunaan Papan Pengajaran 54Sinopsis 54Hasil Pembelajaran 54Kerangka Tajuk 547.1 Jenis-jenis Papan Pengajaran 55

    Papan Tulis 55

    Papan Putih 55

    Papan Magnetik 56

    Papan Flip 56

    Papan Kenyataan 57

    Papan Flanel 58

    Papan Gulung 59

    Papan Slip 59

    Papan Elektronik 60

    7.2 Penggunaan Papan Pengajaran dalam Pengajaran 61

    Bibliografi 64Panel Penulis Modul 65Panel Pemurnian Modul 66

    Lampiran A 67

    Lampiran B 72

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    8/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    v

    KATA ALU-ALUAN

    Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk

    melahirkan guru yang kreatif, berketerampilan dan berakhlak mulia. Pendidikan

    Guru adalah bersifat dinamik dan senantiasa disemak dan diubah suai bagi

    memenuhi keperluan semasa pendidikan negara seperti yang termaktub dalam

    Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi

    Negara (GTP).

    Modul ini merupakan usaha Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran

    Malaysia dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru selaras dengan perubahan

    semasa dalam arena pendidikan dalam dan luar negara. Dengan pembaharuan

    pembelajaran yang menggunakan modul akan dapat menggalakkan pembelajaran

    kendiri yang lebih efektif dan berupaya mengkekalkan kualiti seperti dalam

    pembelajaran bersemuka. Justeru itu tujuan modul ini digubal adalah untuk

    menggantikan interaksi bersemuka antara pelajar dengan pensyarah.

    Modul Pengurusan Sumber (Teknologi Pendidikan) Kursus Perguruan Lepas Ijazah

    Sekolah Rendah (KPLI SR) menuntut pelajar membuat anjakan minda untuk

    melahirkan guru permulaan yang kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran dan

    nilai profesionalisme serta berjiwa pendidik yang mampu bersaing di persada

    global.

    (DATUK Dr. HAILI BIN DOLHAN)RektorInstitut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran MalaysiaOktober 2010

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    9/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    vi

    Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda

    agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali

    semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun

    meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran

    arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan

    corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran dan masa anda.

    Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang

    pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran

    anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran

    kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini, anda akan dapat

    melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan

    hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia

    bukannya tanda kelemahan diri.

    Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatutajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran

    kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu

    anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda

    memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini

    mmempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai

    cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan

    orang lain seperti rakan anda atau merujuk kepada laman web atau buku-

    buku berkenaan.

    Modul ini akan menggantikan sepuluh jam interaksi bersemuka dalam bilik

    darjah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini.

    Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau

    rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

    PANDUAN PELAJAR

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    10/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    vii

    Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda

    agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus di buat. Lampiran B

    menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

    Modul ini merupakan modul untuk membantu pelajar melengkapkan tugasan

    yang diberikan kepada anda.

    Tip untuk membantu anda melalui kursus ini1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku

    dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda

    pergi ke perpustakaan.2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

    pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan. Setelah

    membaca modiul ini teruskan mambaca buku-buku dan bahan-bahan

    rujukan lain yang dicadangkan.3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

    sasaran pembelajaran anda.4. Semak dan ulagkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami

    pembacaan anda.5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada

    anda. Teliti maklumat yang diterima.6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan

    bahan-bahan yang bermakna.7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.8. Ruang membuat nota telah disediakan pada tempat-tempat tertentu

    dalam modul. Anda boleh gunakan ruang kosong ini untuk membuat

    nota atau membuat ringkasan sesuatu tajuk. Ini bertujuan untuk

    membolehkan anda menjadikan modul ini bahan yang lengkap untuk

    anda membuat rujukan dan ulangkaji pada masa depan.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    11/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    viii

    PENGENALAN

    Modul Pengurusan Sumber ini digubal bagi pelajar Kursus Perguruan Lepas IjazahSekolah Rendah (KPLI SR) Major Prasekolah. Modul ini merupakan modul

    pembelajaran kendiri yang berjumlah satu kredit bersamaan dengan lima belas jaminteraksi bersemuka dalam bilik kuliah.

    Agihan tajuk dalam modul ini adalah mengikut sukatan pelajaran Pengurusan Sumber(Teknologi Pendidikan) KPLI SR dan disusun mengikut tujuh tajuk utama iaitu Tajuk 1 Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Tajuk 2 Prinsip Asas Grafik, Tajuk 3 Media Unjuran, Tajuk 4 Teknik-Teknik Penghasilan Lutsinar dan Penggunaan OHP,Tajuk 5 Penggunaan Alatan/Bahan Pandang Dengar dalam Pengajaran danPembelajaran, Tajuk 6 Media Bukan Unjuran dan Tajuk 7 Jenis dan PenggunaanPapan Pengajaran.

    Bagi setiap tajuk, nota ringkas disediakan untuk membantu pelajar meningkatkan

    kefahaman terhadap isi kandungan kursus. Selain daripada mempelajari bahan dalammodul ini, pelajar digalakkan merujuk kepada pelbagai sumber lain yang relevan kepadamata pelajaran Pengurusan Sumber (Teknologi Pendidikan). Dalam setiap tajukdisediakan aktiviti-aktiviti untuk membantu anda lebih memahaminya.

    Semoga modul ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkanke arah kecemerlangan pendidikan.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    12/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    MAKLUMAT AGIHAN TOPIK DALAM SUKATAN

    NAMA KURSUS: PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    AGIHAN TAJUK

    Kandungan modul ini akan menggantikan 10jam interaksi bersemuka. Jadual dibawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk:

    Bil. Tajuk/Topik JumlahJam

    1 Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2

    2 Prinsip Asas Grafik1

    3 Media Unjuran1

    4 Teknik-teknik Penghasilan Lutsinar dan PenggunaanOHP

    1

    5 Penggunaan Alatan/Bahan Pandang Dengar DalamPengajaran

    1

    6 Media Bukan Unjuran 2

    7 Jenis dan Penggunaan Papan Pengajaran2

    JUMLAH 10

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    13/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    1

    TAJUK 1.0 Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    SINOPSISTajuk ini mengandungi konsep media dan media pengajaran yang merupakan salah

    satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan pengkelasan,

    kelebihan serta fungsi untuk menentukan pemilihan, pembinaan dan penggunaan

    media pengajaran sebagai saluran komunikasi.HASIL PEMBELAJARAN

    I. Menjelaskan konsep asas mediaII. Menyenaraikan kepentingan media dalam pendidikan

    III. Menyatakan pengkelasan media pengajaran

    IV. Menganalisis faktor dan cara permilihan media pengajaran

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    Media dalam Pengajarandan Pembelajaran

    Pengkelasan danJustifikasi Penggunaan

    Media dalam Pengajarandan Pembelajaran

    Konsep Asas dan Definisi Kepentingan dalamPendidikan

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    14/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    2

    1.1 KONSEP MEDIA PENGAJARANBidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang

    kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media

    pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan.

    Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada

    perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang

    membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima.

    Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan

    pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran,

    perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses

    pembelajaran. Media pengajaran juga merujuk kepada peralatan atau perkakasan dan

    bahan (perisian) media yang dikenalpasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong

    atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup, 1992).

    AKTIVITI 1Berdasarkan kepada penerangan media tersebut, apakah contoh-contoh media ?

    ..................................................................................................................................MEMIKIR

    (a) Cuba lihat sekeliling anda, kenalpasti media yang dilihat.(b) Adakah media tersebut boleh digunakan dalam pengajaran?(c) Cuba bayangkan bagaimana CD boleh membantu anda mengajar kemahiran

    menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    15/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    3

    1.2 KEPENTINGAN MEDIA DALAM PENDIDIKAN(a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej

    Pada masa-masa tertentu perkataan sahaja tidak dapat menyampaikan sesuatu

    mesej dengan jelasnya. Dalam keadaan seperti ini, adalah lebih berkesan jika

    perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya.

    Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan akan lebih berkesan

    dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat

    dilakukan.

    (b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera

    Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera:(i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar,

    transparensi, filem atau video.(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse

    atau high-speed photography.(iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem,

    gambar foto mahupun secara lisan.(iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk

    model, gambar rajah, dan lain lain.(v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

    (c) Meningkat Minat dan Interaktiviti Dalam Pengajaran-Pembelajaran

    Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap

    pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman

    pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan

    keselesaan masing-masing.

    (d) Menghasilkan Pengalaman dan Persepsi Yang Sama

    Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar,

    sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    16/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    4

    membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media

    pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman

    dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan

    berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara

    berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat

    tentang sesuatu konsep atau prinsip.

    (e) Membolehkan kaedah pengajaran yang lebih fleksibel

    Penggunaan media dalam pengajaran-pembelajaran memberikan lebih banyak

    pilihan tentang kaedah pengajaran yang boleh digunakan, contohnya, aktiviti

    kumpulan, aktiviti individu dan sebagainya

    MEMBUAT NOTA

    Cuba anda catatkan peranan-peranan media dalam pendidiakan. Catatkan juga

    peranan-peranan selain daripada yang tersebut di atas.

    12345

    6

    AKTIVITI 2(a) Kenalpasti media yang sesuai untuk mengajar topik My body.

    ..................................................................................................................

    (b) Bagaimana objektif pengajaran boleh dicapai melalui penggunaan media tersebut?......................................................................................................................

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    17/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    5

    ......................................................................................................................1.3 JENIS-JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIAMedia boleh dibezakan melalui:

    a. Bentuk fizikal atau formatb. Atribut atau ciri

    Media pengajaran terbahagi kepada dua:a. Media cetak

    b. Media bukan cetak

    Klasifikasi media boleh diringkaskan dalam rajah di bawah:

    Klasifikasi Media Mengikut Atribut

    MediaPengajaran

    MediaBukanCetak

    MediaCetak

    MediaTayang MediaBukan

    Tayang

    MediaTayangKaku

    MediaTayangGerak Grafik

    GambarKaku MediaPameran MediaPaparan MediaAudio

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    18/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    6

    AKTIVITI 3Dalam jadual di bawah, cuba berikan seberapa banyak contoh untuk setiap jenis media.

    Pengkelasan Media

    1 Media Tayang Kaku2 Media Tayang Bergerak3 Bahan Grafik4 Gambar Kaku gambar5 Bahan Pameran Tiga-

    Dimensi6 Papan Paparan/Pameran7 Media Audio8 Media Cetak

    1.4 JUSTIFIKASI PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN

    Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektifpembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan

    daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum

    kepada situasi/media yang abstrak. Rajah-rajah di bawah menunjukkan justifikasi

    sesuatu media digunakan.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    19/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    7

    Dales Cone of Experience

    Media yang baik adalah media yang dapat memperjelaskan, menggambarkan,

    mengawal dan menarik tumpuan pemikiran dan emosi murid untuk memahami dan

    mengekalkan kefahaman dalam tempoh jangka panjang. Pemilihan media yang baik

    dan bertepatan dengan objektif pengajaran dapat meringankan tugas guru.

    Faktor-faktor lain seperti masa penghasilan, perbelanjaan, bahan, berat atau ringan

    alatan media, kemudahan tempat serta faktor masa pengajaran memainkan peranan

    dalam pemilihan media. Penggunaan media yang maksima dalam pengajaran akan

    memastikan pembelajaran murid lebih berfokus.MEMIKIR

    (a) Apakah media yang selalu anda gunakan semasa pengajaran?

    (b) Adakah anda berpuashati dengan bahan media yang telah anda gunakan dansetakatmana media itu membantu mencapai objektif pengajaran?

    (c) Bagi pendapat anda, setakat mana multimedia interaksi membantu menwujudkanpengalaman yang konkrit?

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    20/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    8

    PENILAIAN KENDIRI

    1.

    Apakah yang anda faham tentang media?

    2. Lukiskan satu peta konsep bagi membuat klasifikasi media yang terdapat dalaminventori sekolah dan yang boleh digunakan dalam pengajaran-pembelajaran

    anda.

    3. Cuba buat satu refleksi tentang media pengajaran yang anda gunakan dannyatakan keberkesanannya.

    Jenis media KeberkesananYa/Tidak Alasan

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    21/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    9

    MEMBUAT NOTA

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    22/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    10

    TAJUK 2.0 Prinsip Asas GrafikSINOPSISTajuk ini mengandungi prinsip-prinsip asas grafik bagi penghasilan media pengajaran.

    Ia memuatkan elemen dan prinsip reka bentuk visual memandangkan kebanyakan

    media mengandungi atribut visual. Prinsip-prinsip di atas diaplikasikan melalui

    penghasilan bahan-bahan media unjuran dan bukan unjuran.HASIL PEMBELAJARAN

    I. Menerangkan konsep grafik

    II. Menghuraikan peranan grafik dalam pengajaran-pembelajaran

    III. Mengaplikasikan prinsip-prinsip asas grafik

    IV. Menyenarai, menjelaskan dan mengintegrasikan komposisi grafik yang

    menggabungkan elemen dan prinsip grafik dengan baik dalam penghasilan

    bahan pengajaran dan pembelajaran.

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    Perancangan Warna Penghurufan

    Alat Penghurufan

    Prinsip Asas Grafik

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    23/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    11

    MEMIKIR(a) Adakah gambar foto itu sama dengan grafik?(b) Bagaimanakah grafik dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu sesi

    pengajaran-pembelajaran di bilik darjah anda?

    (c) Apabila membuat sesuatu bahan grafik, adakah terdapat prinsip-prinsip yang

    boleh diikuti?

    2.1 KONSEP ASAS GRAFIK

    Grafik adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik

    daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama grafik adalah

    untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran.Namun, sebahagian besar daripada

    kejayaan pengajaran , adalah berdasarkan kualiti yang ada pada grafik tersebut. Ini

    hasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang digunakan. Grafik

    adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Grafik ialah kombinasi gambar-

    gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran

    yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada

    sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

    AKTIVITI 1Labelkan Grafik atau Gambar pada rajah di bawah:

    .................................... ............................

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    24/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    12

    MEMIKIRAdakah terdapat cara lain dari melukis untuk menghasilkan grafik yang cantik?

    2.2 PRINSIP ASAS GRAFIK

    Grafik memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Terdapat ciri-ciri

    tertentu dalam sesuatu grafik yang boleh menghidupkan komunikasi. Prinsip grafik

    berperanan menghasilkan sesuatu produk yang menarik dan berkesan. Ianya berkaitan

    dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya produk yang

    dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan

    yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat memandu kita dalam menghasilkan

    sesuatu rekaan grafik yang baik. Sekarang kita akan meneliti prinsip-prinsip tersebut.

    (a) Prinsip mudah (simplisiti)

    Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan

    sahaja dalam satu visual tayangan. Konsep yang hendak dipaparkan hendaklah mudah

    difahami oleh guru dan pelajar. Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar

    (outline) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Garisan yang tidak perlu harus

    ditinggalkan supaya tidak mengelirukan. Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca. (b) Prinsip Kesatuanan (unity)

    Elemen-elemen yang digunakan dalam setiap grafik haruslah bersesuaian dengan tema

    dan mesej yang hendak disampaikan. Elemen-elemen yang digabung dengan cara ini

    akan berfungsi bersama sebagai satu keseluruhan. Mereka saling lengkap melengkapi

    di antara satu sama lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.

    Prinsip ini dapat diaplikasi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-

    bentuk tertentu, warna dan sebagainya.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    25/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    13

    Contoh prinsip kesatuan(c) Prinsip Penegasan (Emphasis)

    Penegasan merupakan sesuatu elemen atau idea yang menjadi pusat tumpuan atau

    fokus utama. Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea atau

    elemen tersebut.

    Prinsip Penegasan

    (d) Prinsip Keseimbangan (Balance)Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat

    sebelah. Perimbangan merupakan susunatur elemen-elemen visual dalam bentuk

    gubahan yang baik dan elok dipandang. Perimbangan terdiri daripada perimbanganformal (symmetrical) dan perimbangan tidak formal (asymmetrical).

    MEMIKIRDalam gambarajah di sebelah, apakah yangmenjadi fokus? Adakah penegasan seperti iniberkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej?

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    26/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    14

    Perimbangan formal Perimbangan tidak formal

    (e) Prinsip Kontra (Contrast)Elemen-eleman yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan

    perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Ini terjadi bila wujudnya dua

    elemen yang berbeza. Tujuan penggunaan elemen kontra ialah dengan menjadikan

    perbezaan-perbezaan itu nampak kontra. Empat kaedah yang sering digunakan untuk

    mewujudkan kontra, iaitu dengan menggunakan saiz, nilai, warna dan fon yang

    berbeza-beza.

    Contoh-contoh aplikasi prinsip kontra dalam grafik

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    27/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    15

    MEMIKIR

    Apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk mencapai kontra dalam

    gambarajah di atas?

    AKTIVITI 2

    Cuba lihat gambar atau grafik di sekeliling anda. Adakah prinsip-prinsip asas gambar

    dan grafik diaplikasikan? Anda boleh melayari Internet untuk membaca tentang

    prinsip-prinsip asas grafik

    2.3 PERANCANGANPerancangan yang teliti perlu diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif

    yang hendak dicapai. Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut

    berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuk. Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi

    menentukan kesesuaian dan mengelakkan pembaziran.Perlu tahu bentuk visual sama

    ada untuk tayangan (lutsinar, slaid, filem, video), bukan tayang (carta, buku, pena) atau

    pameran.(poster, lukisan). Aspek-aspek berikut akan juga perlu diberi perhatian

    semasa membuat perancangan.

    (a) SaizSaiz grafik ditentukan oleh jarak penonton dengan grafik, tempat grafik akan

    diletakkan dan tujuan grafik berkenaan. Kesesuaian jarak pandangan mata

    membolehkan grafik dilihat secara keseluruhan dan berfokus.(b) SusunaturElemen-elemen untuk dimasukkan dalam grafik perlu memenuhi prinsip-prinsip asas

    visual seperti yang tersebut dalam bahagian 2.1.3 di atas. Ini ialah supaya visual yang

    dihasilkan berkesan untuk digunakan dalam pengajaran.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    28/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    16

    (c) Rekabentuk

    Beberapa elemen biasanya digabungkan dalam membuat sesuatu reka bentuk.

    Elemen-elemen grafik antaranya, terdiri daripada garisan, warna, huruf, bentuk, ruang,

    ilustrasi, jalinan dan rupa. Elemen-elemen yang digabungkan secara kreatif dapatmenghasilkan pengajaran yang berkesan.

    (d) Warna

    Warnamemberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah

    kesan penyatuan.Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu bahan visual

    akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun begitu

    penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan batasannya.Tujuan

    penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.

    Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan

    kontras yang baik.

    Skema Warna

    Skema warna merupakan pilihan warna dalam sesutu grafik. Ianya bertujuan untuk

    menghasilkan gaya tertentu. Pemilihan skema warna yang sesuai akan menghasilkan

    satu grafik yang selesa kepada mata.

    LAYARI INTERNET

    Untuk menambahkan fahaman anda tentang elemen Warna, anda boleh merujuk kepada buku

    atau melayari Internet. Anda boleh merujuk di bawah topik color, color schemedan

    sebagainya.

    MEMIKIR

    Di antara alat-alat mewarna seperti pena bermata felt, pensel warna, kapur, cat air, cat

    sembur, krayon, plastik berwarna, mana satukah yang anda selalu gunakan? Mengapa

    anda pilih alat-alat tersebut?

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    29/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    17

    (e) Penghurufan

    Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudah

    atau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti

    huruf san serif (contoh, arial), serif (contoh, times new roman), dokoratif (huruf

    berbunga seperti dalam kad raya). Prinsip penghasilan huruf ialah saiiz huruf yang

    ditulis, jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan dan baris dengan

    baris; kontras diantara huruf dengan warna latar; jenis atau bentuk huruf yang

    digunakan.

    Saiz dan jarak huruf

    Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat dibaca

    dengan baik.Jarak dari visual Saiz minima huruf kecil

    2,5 cm 0.6 cm5.0 cm 1.3 cm10.0 cm 2.6 cm20.0 cm 5.2 cm

    Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah sepadan

    dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan

    mudah. Beberapa petua yang boleh diikuti ialah seperti berikut:

    Dekatkan huruf-huruf bulat (O,G,S,C) Jauhkan huruf-huruf lurus (E,H,L,M,N) Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf bercampur Tinggalkan jarak bersaiz M (besar) di antara perkataandengan perkataan Jarak di antara baris dengan baris mestilah kurang satu huruf O kecil.

    Alat Penghurufan

    i. Tulisan bebasHuruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan cepatnya,

    dengan menggunakan berus dan dakwat atau cat warna. Carta ini sentiasa

    digunakan untuk grafik yang besar seperti carta dan poster.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    30/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    18

    ii. Huruf yang dipotongHuruf dan perkataan serta gambar boleh dibuat dengan cara potongan dari

    bahan-bahan akhbar, kertas berwarna atau kain dan kemudian dilekatkan

    pada bahan grafik.iii. Huruf pindah kering (Dry transfer lettering)

    Bahan pemindahan kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol,

    angka dalam berjenis-jenis saiz, bentuk dan warna. Saiz hurufnya

    ditetapkan dalam tiap-tiap kepingan mengikut pointnya. Saiz yang biasa

    dalam kepingan huruf pindah kering ialah 6 pt. hingga 192 pt.

    Contoh-contoh Huruf pindah kering

    iv. Huruf stensilUntuk tulisan huruf yang kurang dari satu inci, stensil tulisan ( huruf blok) boleh

    digunakan. Stensil ini ada dua bahagian- satu berbentuk huruf ( stensil guide) dan

    pen khasnya.AKTIVITI 3

    Dapatkan beberapa keping gambar atau rekaan visual kesukaan anda. Kaji prinsip

    grafik yang digunakan dan mengapa ia digunakan. Bincangkan dan huraikan apakah

    prinsip grafik dan elemen grafik yang terdapat dalam gambar tersebut.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    31/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    19

    PENILAIAN KENDIRI

    Apakah elemen-elemen yang membentuk sesuatu grafik? Cuba bincangkan peranan

    sesuatu elemen

    .

    .

    .

    .

    MEMBUAT NOTA

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    32/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    20

    TAJUK 3.0 Media Unjuran

    SINOPSIS

    Tajuk ini membincangkan mengenai klasifikasi dan jenis-jenis media unjuran yang

    digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 4 jenis media unjuran yang

    digunakan oleh para guru. Teknik penggunaan yang betul dan penghasilan bahan yang

    sesuai untuk setiap media unjuran akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran

    yang berkesan.HASIL PEMBELAJARANI. Menyatakan konsep media unjuran.

    II. Membandingbeza pelbagai media unjuran

    III. Mengenalpasti jenis-jenis projector media unjuran

    IV. Menyatakan kepentingan media unjuran dalam pengajaran

    V. Menggunakan media unjuran untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    Media Unjuran

    Jenis-Jenis Media Unjuran Jenis-Jenis ProjektorMedia Unjuran

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    33/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    21

    3.1 JENIS-JENIS MEDIA UNJURAN

    Media unjuran merupakan format media yang perlu dibesarkan dan ditayangkan pada

    sesuatu skrin. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan filem transparen (contohnya,

    transparensi, slaid dan juga filmstrips), membesarkan imej melalui kanta dan

    seterusnya memaparkan imej tersebut pada skrin. Jenis media unjuran berlainan

    memerlukan alat projectok yang berlainan.

    Jenis-jenis media unjuran yang sering digunakan dalam pendidikan ialah seperti:

    Transparensi

    Slaid

    Filmstrips

    AKTIVITI 1Mengapa sesuatu media yang diunjurkan mempunyai kelebihan berbanding dengan

    media kaku?

    3.2 JENIS-JENIS PROJEKTOR(a) Projektor Lutsinar

    Projektor lutsinar adalah merupakan sebuah alat pandang dengar yang boleh

    digunakan dalam keadaan bilik darjah biasa. Alat ini dapat memancarkan dan

    menayang imej-imej atau gambar melalui transperensi atau lutsinar yang ditulis atau dicetak. Penggunaan OHP dapat menyampaikan maklumat pengajaran yang

    mengandungi konsep, langkah-langkah pelajaran dan fakta-fakta rumusan kepadakumpulan sasaran kecil hingga kumpulan sasaran yang besar. Penggunaannya

    membolehkan pengajaran yang disampaikan oleh guru menjadi lebih efektif dan

    sistematik.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    34/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    22

    Projektor ini merupakan satu alat bantuan mengajar dalam mencapai pengajaran yang

    lebih berkesan, di mana pelajar-pelajar akan menerima pembelajaran dengan cara

    melihat dan mendengar.

    Projektor lutsinar

    (b) Projektor SlaidSlaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis

    transperansi positif berukuran kecil. Ia boleh ditayangkan menggunakan projektor slaid

    untuk dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid menngandungi slaid

    (pandang/visual) dan pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan

    menggunakan kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang

    slaid berukuran 2 inci x 2 inci atau berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif

    Projektor Slaid(c) Projektor LCDLCD ialah Singkatan bagi Liquid Crystal Display. Projektor jenis digunakan untuk

    memancar imej lebih besar daripada monitor untuk kegunaan audian secara

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    35/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    23

    berkumpulan. Panel LCD disambung terus daripada komputer dan apa sahaja yang

    muncul pada skrin monitor akan dipancarkan ke skrin besar. Ia juga boleh disambung

    terus dengan menggunakan peralatan lain seperti perakam video, perakam kamera dan

    pemain VCD atau DVD.

    Projektor LCD

    (d) Projektor Terus (Opaque Projector)Ini merupakan jenis projektor yang menayangkan bahan-bahan opak dengan

    memancarkan lampu yang sangat terang ke atas bahan opak itu dari atas. Ianya

    biasanya digunakan untuk menayangkan halaman-halaman buku, lukisan, bahan

    mineral, daun-daun sebagainya

    Contoh-contoh Projektor Terus

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    36/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    24

    MEMBUAT NOTAJenis-jenis Projektor:

    1.2.3.4.

    AKTIVITI 2Sambungkan projektor LCD ke Laptop dan punca kuasa elektrik. Cuba pasangkan

    ON. Bukan satu persembahan dan dapatkan imej yang paling jelas.

    MEMIKIR1. Apakah media unjuran yang selalu anda gunakan semasa pengajaran?2. Sejauhmanakah media itu membantu mencapai objektif pengajaran?3. Bagi pendapat anda, setakat mana simulasi membantu mewujudkan pengalaman

    yang konkrit?

    PENILAIAN KENDIRI

    Anda bercadang untuk mengajar topik Bunyi yang dikeluarkan oleh haiwan. Apakah

    jenis media unjuran yang sesuai digunakan? Bincangkan kelebihan media tersebut.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    37/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    25

    MEMBUAT NOTA

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    38/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    26

    TAJUK 4.0 TEKNIK-TEKNIK PENGHASILAN LUTSINARDAN PENGGUNAAN OHP

    SINOPSIS

    Tajuk ini menjelaskan teknik penghasilan transparensi serta teknik penggunaan OHP

    dalam pengajaran dan pembelajaran. Turut dibincangkan faktor-faktor yang

    mempengaruhi penghasilan transparensi yang berkesan dan juga penggunaan

    transparensi secara berkesan dalam pengajaran-pembelajaran.

    HASIL PEMBELAJARAN

    I. Menerangkan teknik menghasilkan lutsinar

    II. Menerangkan cara menggunakan projektor OHP dalam pengajaran-

    pembelajaran

    III. Menerangkan faktor-faktor berkaitan dengan penghasilan transparensi yang

    berkesan.

    IV. Membincangkan kelebihan dan kelemahan penggunaan OHP.

    V. Membincangkan penggunaan OHP dalam pengajaran dan pembelajaran.

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    Teknik-Teknik PenghasilanLutsinar

    Penggunaan OHP dalam P & P

    OHP Dalam P & P

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    39/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    27

    Pengenalan

    Projektor OHP merupakan satu alat yang telah pun lama digunakan dalam pengajaran

    dan pembelajaran. Walaupun projektor LCD telah digunakan secara meluas pada

    zaman digital ini, namun peranan projektor tidak boleh diabaikan. Projektor OHP masih

    merupakan alat bantu mengajar yang utama di banyak sekolah, terutamanya di

    sekolah-sekolah luar bandar.

    MEMIKIR

    Cuba anda fikirkan sebab-sebab projektor OHP masih memainkan peranan penting

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    LAYARI INTERNET

    Tahukah anda jenis-jenis transparensi yang boleh digunakan? Cuba layari Internet

    untuk mengenal pasti jenis-jenis transparensi dan isikan tempat-tempat kosong dibawah.

    1

    2

    3

    4

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    40/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    28

    Teknik Tulis Terus

    4.1 TEKNIK PENGHASILAN LUTSINAR (TRANSPARENSI)

    Terdapat pelbagai teknik dalam menghasilkan transparensi:

    (a) Tulis Terus

    Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau

    komputer secar terus di filem transparensi. Ia ditayangkan secara terus kepada

    penonton.

    (b) Bertingkap

    Tekink tertingkap disediakan dengan menggunakan potongan kertas yang

    dilekatkan di atas bingkai transparensi. Terdapat tertingkap yang membolehkan

    bahagian tertentu dibuka satu persatu dan menutup bahagian yang lain oleh

    guru mengikut susunan langkah pelajaran. Kertas lutsinar tebal digunakan,

    contohnya, kertas manila.

    (c) BerjalurMempunyai beberapa jalur samada secara melintang atau menegak. Ianya

    dibuka satu hala sahaja tidak seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala.

    Hanya terdapat 3 hingga 4 jalur dalam satu transparensi.

    MEMIKIRApakah kebaikan menggunakan cara ini?

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    41/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    29

    (d) Bertindih (Overlay)Teknik bertindih juga dikenali sebagai overlay. Teknik ini memerlukan beberapa

    keping transparensi yang disediakan di atas satu bingkai. Ianya terdiri daripada

    filem dasar yang diletakkan terus pada satu bingkai tetap dan beberapa filem

    tambahan yang diletakkan pada bahagian tepi bingkai mengikut urutan jam.

    Kesemua transparensi diatur dan ditayangkan satu persatu mengikut urutan dan

    akhirnya semua maklumat disatukan secara bertindih.

    MEMIKIR

    Kenapa tranparensi masih menjadi pilihan guru dalam pengajaran walaupun terdapat

    pelbagai pilihan teknologi yang lain? Bincangkan juga kekangan atau had penggunaan

    OHP.

    AKTIVITI 1

    Penyediaan sesuatu transparensi akan mempengaruhi keberkesanan satu sesi

    pengajaran-pembelajaran. Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam

    menyediakan transparensi? Cuba anda catatkan faktor-faktor tersebut dalam jadual

    berikut. Anda boleh rujuk kepada buku atau Internet untuk membantu anda.

    Teknik bertindih

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    42/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    30

    1

    2

    3

    4

    4.3 PENGGUNAAN OHP DALAM PENGAJARAN

    AKTIVITI 2

    Berdasarkan pengalaman anda, apakah petua-petua utama semasa menggunakan

    lutsinar (transparensi) dalam pengajaran dan pembelajaran? Catatkan seberapa

    banyak petua yang anda rasa penting.

    1

    2

    3

    4

    56

    7

    8

    9

    10

    PENILAIAN KENDIRI

    Untuk setiap teknik penghasilan lutsinar (transparensi) di bawah, cadangkan satu topik

    pengajaran yang sesuai.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    43/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    31

    Bil Teknik Penghasilan

    Transparensi

    Cadangan topik Cadangan Sub Topik

    1 Bertindih Tempatkediaman

    Cara pembinaan sebuahrumah

    2

    3

    4

    5

    6

    LAYARI INTERNET

    Cuba anda layari Internet untuk melihat jenis-jenis projektor yang lebih moden yang

    boleh digunakan dalam pengajaran-pembelajaran selain daripada jenis-jenis yang

    tersebut dalam unit ini.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    44/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    32

    MEMBUAT NOTA

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    45/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    33

    TAJUK 5.0 Penggunaan Alatan/ Bahan Pandang Dengar DalamPengajaran dan Pembelajaran

    SINOPSIS

    Tajuk ini menjelaskan format audio audio untuk perancangan, penghasilan dan

    penggunaan audio sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran. Tajuk ini

    seterusnya menjelaskan format dan peralatan video untuk perancangan, penghasilan

    dan penggunaan video sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Hasil Pembelajaran

    I. Merakam audio dan menyunting menggunakan perisian tertentu bagi

    menghasilkan format yang dikehendaki.

    II. Merakam video menggunakan kamera video dan menyunting menggunakan

    perisian yang bersesuaian untuk mendapatkan hasil dikehendaki

    III. Menggunakan peralatan pandang dengar yang bersesuaian supaya pengajaran-

    pembelajaran berkesan.

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    Penggunaan Alatan/ BahanPandang Dengar Dalam

    Pengajaran dan Pembelajaran

    Teknik rakaman

    Video dan audio

    Penggunaan Bahan

    Video DalamPengajaran

    Pengenalan

    Videodan audio

    Perancangan

    penyediaanrakaman audio

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    46/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    34

    5.1 PENGENALAN AUDIO DAN VIDEO

    Audio dan video memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran. Ini terutamanya jika kumpulan sasaran kita ialah murid-murid di

    prasekolah. Audio dan video yang sesuai dan relevan akan dapat mencungkil minat

    murid-murid dan seterusnya prestasi mereka.

    Pendengaran merupakan salah satu saluran untuk menerima maklumat dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Rakaman audio yang diperdengarkan mampu memberi

    gambaran kepada pelajar tentang sesuatu situasi atau informasi melalui penganalisisan

    terhadap apa yang dituturkan atau melalui kesan bunyi maupun melalui muzik latar

    yang terdapat pada rakaman tersebut.

    MEMIKIR

    Pita Kaset

    Ingatkah lagi zaman pita kaset ini digunakan? Apakah masalah yang sering dihadapi

    semasa menggunakan pita kaset ini? Apakah media-media untuk menyimpan fail audio

    pada masa kini?

    LAYARI INTERNET

    Pernahkan anda dengar bentuk fail audio seperti MP3, MIDI dan WAV? Apakah

    perbezaan jenis-jenis fail ini? Apakah bentuk fail audio yang lain? Cuba anda layari

    Internet atau buku untuk mendapat jawapan-jawapannya.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    47/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    35

    5.2 TEKNIK RAKAMAN AUDIO

    Bahan audio yang disimpan dalam bentuk digital mempunyai file extension yangberbeza mengikut proses audio streaming yang dilakukan. Sebagai contoh fail MP3

    (MPEG Audio Layer 3) melalui proses pemampatan (compression) dimana saiz failnya

    lebih kecil dan mudah diakses melalui internet. Fail Midi (.mid) adalah hasil bunyi

    daripada alat muzik sintizer seperti keyboard yang menghasilkan nada muzik tiruan.

    Manakala fail Wave (.wav) adalah fail audio yang kerapkali digunakan untuk membuat

    penyuntingan kerana bunyinya lebih berkualiti tetapi mempunyai saiz fail yang lebih

    besar. Terdapat beberapa fail audio yang lain mengikut perisian dan tujuan

    penggunaan yang tertentu. Fail audio boleh ditukar ke dalam pelbagai format melalui

    perisian audio converter.

    Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada pada

    kaset audio. Mikrofon yang berasingan (external microphone) pengadun audio (audio

    mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.

    Dalam perkembangan teknologi sekarang, rakaman audio boleh dibuat secara digitalmelalui pekakasan komputer serta mengikut perisian penyuntingan audio (audio editing

    software) yang tertentu daripada yang mudah kepada yang lebih canggih. Perisian yang

    sedia ada pada sistem operasi windows seperti audio recorderatau audacity (perisian

    daripada open source) mampu membuat rakaman audio yang mudah. Manakala

    perisian komersial seperti Sound Forge, Ulead Media Studio, Sonar 6, Neundo dan

    Adobe Audition 3 mampu mengadun dan menyunting audio dengan lebih canggih

    melalui bilangan trek audio yang banyak serta menghasilkan audio dalam pelbagai

    format fail.

    AKTIVITI 1

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    48/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    36

    Cuba anda gunakan fitur Sound Recorder untuk merakam satu klip audio. Ucaplah

    sesuatu dan menyimpan audio itu atas nama rakaman saya

    MEMIKIR

    Apakah langkah-langkah perancangan yang perlu dilakukan dalam proses

    penyediaan media audio untuk tujuan penggunaannya dalam pengajaran dan

    pembelajaran?

    Pada pandangan anda apakah kebaikan media audio dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran?

    5.3 PERANCANGAN DAN PENYEDIAAN RAKAMAN AUDIO

    1. Tetapkan matlamat mengikut topik dan hasilan pembelajaran

    2. Mengumpul dan memilih bahan seperti fakta, kesan bunyi dan muzik latar yang

    sesuai.

    3. Memilih format audio yang sesuai untuk dihasilkan dengan perisian yang akan

    dimainkan nanti

    4. Memilih dan menyediakan perisian dan perkakasan yang sesuai dengan format

    penghasilan audio

    5. Menulis skrip dalam format papan cerita (story board) yang mudah

    6. Membuat rakaman dan penyuntingan

    7. Ujilari hasil rakaman

    8. Pengubahsuaian dari aspek isi kandungan (content) dan teknikal

    9. Menyediakan format penyimpanan sama ada dalam bentuk CD-Audio, kaset

    atau fail klip audio

    10.Penggunaan bahan audio

    11. Maklum balas dan penilaian daripada pengguna

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    49/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    37

    LAYARI INTERNET

    Cuba baca dalam Internet tentang ciri-ciri istimewa pada video yang membolehkan

    ianya digunakan secara berkesan dalam pengajaran anda.

    Video

    Video merupakan salah satu daripada media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej

    yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada

    penonton. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa

    keistimewaan; Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang bergerak seperti

    merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan

    dan melambatkan pergerakan. Pergerakan harimau bintang yang terlalu laju boleh

    diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan

    Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau

    peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah.

    Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi

    ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh penonton.

    Kaset Video

    5.4 TEKNIK RAKAMAN VIDEO

    Video boleh dirakam melalui kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV

    (DV cassette) atau analog yang menggunakan Pita Video format VHS. Pita Video VHS

    boleh dimainkan semula pada pemain video (video player) tetapi memerlukan

    peralatan khas iaitu kad perakam video (video capture card) pada komputer untuk

    MEMIKIR

    Pernahkah anda menggunakan alat ini?

    Apakah alat-alat yang menggantikan alat ini pada

    zaman moden ini?

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    50/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    38

    ditukarkan ke bentuk klip video digital. Sedangkan kamera video digital yang

    menggunakan mini kaset DV boleh terus dirakam ke cakera keras pada komputer

    melalui penyambungan kabel USBdengan menggunakan perisian tertentu.

    AKTIVITI 2

    Senaraikan perisian-perisian yang boleh digunakan untuk menyunting video:

    Bil Perisian Penyunting Video

    1

    2

    3

    4

    5

    Setiap perisian mempunyai keistimewaannya masing-masing terutama dalam

    menghasilkan pelbagai bentuk kesan khas (special effect) audio dan videoyang

    mampu memberi penarikan kepada penonton.

    AKTIVITI 3

    Buat rakaman satu klip video selama 5 minit dengan menggunakan perakam video atau

    telefon bimbit anda. Simpan klip video tersebut. Perhatikan format fail video itu.

    Dapatkan bantuan daripada kawan tentang cari memindahkan fail audio tersebut ke

    komputer anda.

    Bahan audio dan video boleh juga dimuat turun daripada pelbagai sumber laman web

    tertentu seperti yang terdapat pada youtube. Walau bagaimanapun penggunaannya

    tertakluk kepada terma dan syarat yang terdapat dalam Panduan Penggunaan Bahan

    Hak Cipta (sila rujuk Fair use guidelines for educational multimedia

    www.libraries.psu.edu/mtss/fairuse/guideline.doc.html)

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    51/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    39

    Bahan video yang telah disunting boleh dijadikan klip video dan disimpan ke cakera

    keras atau disimpan dalam format VCD atau DVD dengan perisian tertentu seperti

    Windows movie maker, DVD movie maker (terdapat pada Windows Vista), Ulead

    movie factory, Roxio creater DE, Nero burner atau mana-mana perisian yang

    seumpama dengannya.

    Perlu diingat, penerbitan video haruslah bersifat informatif, mudah difahami, ringkas,

    menarik, dalam jangka masa yang besesuaian dengan tujuan pengajaran.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    52/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    40

    5.5 PENGGUNAAN BAHAN VIDEO DALAM PENGAJARAN

    AKTIVITI 4

    Penggunaan bahan video dalam pengajaran dan pembelajaran harus dirancang

    dengan teliti agar mencapai hasil yang optima. Berikut merupakan langkah-langkah

    yang boleh diambil kira untuk tujuan penggunaan bahan video dalam pengajaran.

    Langkah-langkah tersebut tidak disusun mengikut turutannya. Berdasarkan

    pengalaman anda, susun langkah-langkah dibawah supaya mengikut turutan yang betul

    dengan menulis angka di sebelahnya. Langkah pertama telah ditetapkan untuk anda.

    Turutan Langkah-langkah penggunaan bahan video dalam pengajaran

    1 Tetapkan Tujuan dan Objektif dalam pengajaran

    Sediakan Bahan dan Peralatan

    Membuat Rakaman Audio

    Proses menukar video dari DV ke bentuk klip

    Bersedia Membuat Penggambaran

    Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan grafik dan bahan audio

    yang sesuaiMenukar ke format yang sesuai untuk tujuan penyimpanan (storage)

    Gunakan Dalam Pengajaran

    Pengubahsuaian/penyuntingan

    Prebiu hasil rakaman

    Mulakan Penggambaran

    Buat Penyelidikan

    Proses penyuntingan dan pengadunan audio dan video

    Pilih bahan (fakta) yang sesuai

    Maklum balas dan penilaian

    Menulis skrip melalui format papan cerita

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    53/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    41

    LAYARI INTERNET

    Cuba anda layari Internet untuk melihat jenis-jenis perisian yang sering digunakan

    untuk memainkan video dalam komputer. Catatkan nama perisian dalam jadual di

    bawah:

    Bil. Perisian untuk memainkan video1

    2

    3

    4

    PENILAIAN KENDIRICadangkan cara untuk menggunakan satu klip video dalam pengajaran satu topik

    kepada kelas murid-murid pra sekolah. Cuba isikan tempat-tempat kosong di bawah:

    Topik yang dipilih

    Apakah kebaikan menggunakan video untuk

    mengajar topik ini berbanding dengan media

    lain?

    Tulis secara ringkas bagaimana video akan

    digunakan untuk mengajar topik in?

    Apakah masalah yang mungkin dihadapi bila

    menggunakan video klip ini dalam kelas?

    Apakah yang boleh anda buat supaya

    masalah tersebut tidak timbul?

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    54/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    42

    MEMBUAT NOTA

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    55/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    43

    TAJUK 6.0 MEDIA BUKAN UNJURANSINOPSIS

    Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau

    digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.Tajuk ini menjelaskan kepelbagaian bahan dan media 2D dan 3D serta bagaimana

    menghasilkan dan menggunakannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    HASIL PEMBELAJARAN

    I. Membanding bezakan bahan-bahan 2D dan 3D yang berlainan

    II. Menghurai kekeberkesanan penggunaan bahan 2D dan 3D yang pelbagai jenis

    dalam pengajaran-pembelajaran

    III. Menggunakan bahan 2D dan 3D dalam pengajaran-pembelajaran

    Penggunaan BahanDua Dimensi & TigaDimensi Dlam P & P

    Bahan-bahan duadimensi

    gambar grafik carta peta poster kad

    imbasan kad gambar

    Bahan-bahan tigadimensi

    realia model diorama akuarium dan

    terrarium patung topeng

    Media Bukan Unjuran

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    56/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    44

    MEMIKIR Bagaimanakah bahan 2D dan 3D berkesan sebagai bahan bantu mengajar? Nyatakan contoh-contoh penggunaan bahan 2D dan bahan 3D yang

    bersesuaian bagi sesuatu tajuk.6.1 BAHAN-BAHAN DUA DIMENSIBahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau

    digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.

    AKTIVITI 1

    Cuba lihat di sekitar bilik darjah anda dan senaraikan contoh bahan dua dimensi yang

    ada. Catatkan bahan-bahan tersebut di sini:

    .

    . Bahan-bahan 2D mungkin memerlukan cara untuk memaparkannya. Biasanya papan

    paparan digunakan. Antara papan paparan yang boleh digunakan ialah:papan hitam, papan putih, papan pelabagai guna, papan magnetik, dan flip charts

    (a) Gambar Atau Gambar FotoGambar foto sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran

    sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan

    kamera di atas kertas foto atau filem. Ianya dihasilkan dengan menggunakan kamera

    digital atau kamera bimbit.

    MEMIKIR

    Apakah kebaikan menggunakan gambar dalam sesuatu pengajaran?

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    57/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    45

    (b) GrafikGrafik adalah gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna-warni. Anda

    boleh merujuk kepada Tajuk 2 untuk mendapat penerangan tentang grafik.

    (c) CartaCarta merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan acara-acara yang

    kompleks atau perkara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya

    mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan gambaran satu proses atau pun aliran

    perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna dalam bilik

    darjah, guru haruslah pastikan carta tersebut mempunyai tujuan pengajaran yang jelas.

    Amnya carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat

    menyampaikan mesejnya melalui visual.Terdapat pelbagai jenis carta, contohnya, carta

    organisasi, garis aliran (time lines), carta aliran (flow chart) dan graf.

    AKTIVITI 2

    Cuba anda buka perisian Microsot Excel dan kenalpastikan jenis-jenis carta yang boleh

    dihasilkan.

    MEMIKIR

    Bolehkah anda kenalpasti satu topik yang sesuai untuk anda menggunakan carta dalam

    pengajaran murid-murid pra sekolah anda?

    (d) PosterPoster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan garisan-

    garisan, huruf-huruf serta warna-warna dalam satu persembahan visual yang

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    58/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    46

    memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan

    sebagai daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan.Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai

    bentuk yang dinamik dan berwarna bagi menarik perhatian serta boleh menyampaikan

    mesej dengan spontan. Guru harus berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir

    selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan

    terus menerus.(e) Kad Imbasan (Flash Card)Kad imbasan merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas, contohnya,

    nombor, perkataan, huruf dan sebagainya. Maklumat pada kad imbasan perlu jelas,

    ringkas dan tepat. Ianya merupakan bahan yang sangat sesuai digunakan dalam bilik

    darjah pra sekolah. Kad imbasan tulisan selalunya berukuran 1/8 daripada kertas

    manila.

    MEMIKIRDalam pengajaran anda selama ini, apakah situasi-situasi yang sesuai sekali digunakan

    kad imbasan?

    (f) Kad GambarKad gambar merupakan kad imbasan yang mempunyai gambar. Ianya selalu berukuran

    daripada kertas manila. Selalunya hanya satu gambar sahaja yang terdapat pada

    satu kad. Kad jenis ini juga sangat sesuai digunakan untuk murid-murid pra sekolah.

    MEMIKIR

    Melalui pengalaman mengajar anda, apakah aspek-aspek yang harus diberi perhatian

    dalam pemilihan media supaya pembelajaran boleh berlaku dengan berkesan.

    Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektifpembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan

    daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    59/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    47

    kepada situasi/media yang abstrak (Sila rujuk kepada Model Dales Cone of Experience

    dalam Tajuk 1.

    Edgar Dales Learning Experience

    MEMIKIR

    Apakah kaitan gambarajah di atas berkaitan dengan penggunaan media dalam

    pengajaran-pembelajaran anda?

    6.2 BAHAN-BAHAN TIGA DIMENSI

    Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta

    menyerupai bahan yang sebenar. Bahan 3 dimensi adalah benda yang memiliki

    panjang, lebar, dan tinggi. Istilah ini biasanya digunakan dalam bidang seni dan

    animasi.

    AKTIVITI 3

    Cuba ingat kembali. Catatkan bahan-bahan 3D yang telah anda gunakan dalam

    pengajaran anda. Catatkan juga topik yang terlibat semasa anda menggunakan bahan-

    bahan tersebut.

    http://id.wikipedia.org/wiki/Panjanghttp://id.wikipedia.org/wiki/Panjanghttp://id.wikipedia.org/wiki/Lebarhttp://id.wikipedia.org/wiki/Lebarhttp://id.wikipedia.org/wiki/Tinggihttp://id.wikipedia.org/wiki/Tinggihttp://id.wikipedia.org/wiki/Senihttp://id.wikipedia.org/wiki/Senihttp://id.wikipedia.org/wiki/Animasihttp://id.wikipedia.org/wiki/Animasihttp://id.wikipedia.org/wiki/Animasihttp://id.wikipedia.org/wiki/Senihttp://id.wikipedia.org/wiki/Tinggihttp://id.wikipedia.org/wiki/Lebarhttp://id.wikipedia.org/wiki/Panjang
  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    60/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    48

    Pada pandangan anda, adakah penggunaan bahan-bahan tersebut berkesan dalam

    pengajaran anda? Bahan manakah tersebut yang paling berkesan sekali?

    .............................................................................................................................................

    ............................................................................................................................................Jenis-Jenis Bahan Tiga DimensiBahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai media pengajaran antaranya ialah:(a) ReliaRealia adalah bahan-bahan yang sebenar atau maujud. Kelebihan bahan relia ialahmurid boleh melihat, menyentuh, merasa dan mendengar sesuatu yang sebenar.

    Jenis bahan 3 D:.............Topik pengajaran:..Jenis bahan 3 D:

    .............Topik pengajaran:..Jenis bahan 3 D:.............Topik pengajaran:..

    Jenis bahan 3 D:.............Topik pengajaran:..Jenis bahan 3 D:

    .............Topik pengajaran:..Jenis bahan 3 D:.............Topik pengajaran:..

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    61/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    49

    Relia Asli

    Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya dan masih hidup seperti cacing tanah,

    belalang dan sebagainya atau bahan sebenar bukan hidup seperti mesin, jentera dan

    lain-lain.Relia Awet

    Bahan-bahanhidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bekas tertentu.Spesimen

    1. Merupakan contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentuyang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri lazim yang terdapat pada kumpulan hidup

    tersebut.

    2. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk awetan.3. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen

    untuk menunjukkan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.4. Contoh : Kutu daun, udang, labah-labah, daun, bunga(b) ModelModel adalah binaan rupa bentuk bahan yang mungkin diperbuat daripada bahan keras

    seperti tanah liat, plastisin, getah, simen plaster, kotak atau kayu. Beberapa pecahan

    jenis model, iaitu:Model Berskala / Model PepejalModel bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal atau

    dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau

    pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Ia boleh

    dipegang dan diperhati dengan mudah. Contoh model kapal terbang, model glob .

    Model Olok-Olok/ Model PergerakanModel yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenar untuk menunjukkan

    pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal. Biasanya model olok-olok dibuat

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    62/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    50

    lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu

    tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenar.

    Model Keratan Rentas

    1. Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu padasatu benda untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut.

    2. Keratan selalunya digunakan dengan meluas dalam mata pelajaran Sains danTeknikal

    Model keratan rentas gigi

    (c) DIORAMA1. Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi

    supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi

    pemandangan asal.2. Kebanyakan diorama dapat dilihat di muzium yang mempamerkan pemandangan-

    pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.3. Diorama boleh dibuat dengan mudah menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat,

    plastisin, kepingan polesterin dan bahan-bahan buangan.

    Diorama

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    63/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    51

    (d) Akuarium1. Akuarium adalah tempat untuk memelihara hidupan dalam air.2. Boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca, ataupun balang-balang

    plastik.3. Ikan-ikan tropika boleh dibela dalam akurium tersebut (e)Terrarium

    1. Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil sepertimengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptelia-reptelia kecil yang tidak merbahaya.

    2. Kotak-kotak, botol atau bekas yang diperbuat daripada kaca atau plastik boleh

    digunakan untuk membina terrarium.

    3. Masukkan tanah, tumbuhan, batu dan kayu untuk melengkapkan terrarium dan

    ditutup rapi.

    Contoh terrarium(f) Boneka, Patung, TopengBoneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama untuk

    pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasilkan untuk

    kegunaan guru termasuklah:a) Boneka sarung tangan

    b) Boneka tali

    c) Wayang kulit

    d) Topeng

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    64/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    52

    a) Boneka Sarung TanganSarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Malah tangan

    yang dilukis boleh dijadikan boneka. Pelbagai watak boleh diwujudkan seperti

    haiwan dan kartun.b) Boneka Bertali

    Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti

    Plaster of Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan pada bahagian-bahagian

    tertentu yang boleh digerakkan. Semasa digunakan, tali-tali ditarik-tarik atau

    digoyangkan untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.c) Wayang kulit

    Rupa bentuk boneka ditulis di atas kertas tebal, diwarnakandan bentuknyadipotong keluar.

    Lidi-lidi dilekatkan untuk menggerakkannya

    Berdasarkan cerita tertentu. OHP juga boleh digunakan untuk memainkan boneka Skrin putih digunakan untuk menayangkan bayang-bayang boneka

    d) Topeng Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan kertas yang

    dipotong halus-halus dan gam. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan.

    6.3 PENGGUNAAN BAHAN 2D DAN 3D DALAM PENGAJARAN

    Penggunaan bahan 2D dan 3D dalam pengajaran mempunyai beberapa kelebihan dan

    kekangan. Pemilihan untuk menggunakan bahan 2D dan 3D amat bergantung kepada

    objektif pengjaran dan juga kemampuan kita untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut

    Anatara kelebihan dan kelemahan mengguna bahan-bahan 2D dan 3D ialah seperti

    berikut:

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    65/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    53

    Kelebihan Kelemahan

    Pelajar boleh belajar tentang masa ini,iaitu objek-objek yang digunakan dalamkehidupan harian

    Terdapat bahan 3D yang tidak mudahdidapati dalam pasaran

    Bahan 3D menggalakkan pelajarmelibatkan diri dalam pengalaman konkrit

    Kekangan masa untuk membina bahan-bahan 3D tertentu

    Penggunaan bahan 3D menambah danmelanjutkan pengetahuan pelajar

    Perlu ada ruangan yang luas untukmenyimpan bahan 3D yang agak besar

    Penggunaan bahan 3D dapat membantudalam mengembangkan konsep dari segikronologi, perubahan dan tujuan

    PENILAIAN KENDIRI

    Cuba anda kenalpastikan satu topik pengajaran. Apakah kelebihan menggunakan

    bahan tiga dimensi dalam pengajaran-pembelajaran?

    ........

    MEMBUAT NOTA

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    66/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    54

    TAJUK 7.0 JENIS DAN PENGGUNAAN PAPAN PENGAJARANSINOPSIS

    Unit ini menghuraikan jenis-jenis dan penggunaan papan pengajaran. Terdapat

    sembilan jenis papan pengajaran yang digunakan dan dibincangkan dalam unit ini.

    HASIL PEMBELAJARAN

    I. Menghuraikan penggunaan pelbagai jenis papan pengajaran

    II. Membincangkan kepentingan penggunaan papan pengajaran dalam pengajaran-

    pembelajaran

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

    Jenis-Jenis PapanPengajaran

    Papan tulis Papan putih Papan magnetic Papan flip Papan

    pameran/kenyataan Papan flennel Papan gulung Papan slip Papan elektronik

    Penggunaan PapanPengajaran Dalam P & P

    Papan Pengajaran

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    67/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    55

    MEMIKIRBerdasarkan pengalaman anda, apakah jenis-jenis papan pengajaran yang boleh

    digunakan dalam bilik darjah? Apakah kebaikan dan kelemahan setiap jenis papan

    pengajaran tersebut.

    7.1 JENIS-JENIS PAPAN PENGAJARAN

    Papan pengajaran merupakan media bukan unjuran. Ianya mudah digunakan kerana

    tidak perlukan apa-apa alat. Papan pengajaran boleh digunakan dalam pelbagai cara

    dan untuk semua peringkat pembelajaran. Ianya juga boleh digunakan untuk semua

    bidang pembelajaran.

    a) Papan Tulis

    Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik

    darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau

    serta digunakan sejak lama dahulu.

    MEMIKIRAnda pernah menggunakan papan tulis samada sebagai seorang pelajar atau

    sebagai seorang guru. Cuba fikirkan kekangan yang ada padanya.

    b) Papan PutihPapan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping

    papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis

    dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    68/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    56

    AKTIVITI 1

    White Board

    c) Papan MagnetikAKTIVITI 2

    Memandangkan papan magnetik membolehkan kita melekat sesuatu padanya. Apakah

    kelebihan papan magnetik ini berbanding dengan papan putih tadi.

    Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat

    di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan

    tersebut.c) Papan Flip

    Papan Flip merupakan papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuatkaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan

    keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran. Beberapa helain kertas

    diklipkan pada bahagian atas papan untuk membolehkan helaian kertas yang

    berlaninan ditunjukkan mengikut keperluan.

    Adakah papan putih seperti ini lebih baik berbandingdengan papan tulis? Apakah kelebihannya?

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    69/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    57

    Flip Board

    Flip Chart

    d) Papan Pameran /Papan KenyataanPapan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan

    lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk

    mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan

    kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara

    mudah alih serta berkaki.

    MEMIKIR

    Bagaimana anda boleh

    menggunkan flip chart ini dalampengajaran nada?

    Kelebihan papan flip: Boleh mempamerkan berbagai poster atau

    visual yang telah dijilid. Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan

    sangat sesuai untuk belajar berkumpulan. Dapat menunjukan carta jenis bersiri

    dengan mudah

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    70/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    58

    Contoh Papan Kenyataan yang digunakan dalam pengajaran-pembelajaran.

    MEMIKIRCuba fikirkan satu situasi pengajaran di mana anda boleh gunakan papan kenyataan

    seperti ini.

    e) Papan Flanel

    Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di

    kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu

    permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu

    kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain

    flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk

    papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan

    bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi.

    Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel

    dengan mudah.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    71/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    59

    Contoh penggunaan Papan Flanel dalam pengajaran-pembelajaranf) Papan GulungPapan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan

    dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan

    gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas

    supaya papan ini boleh digulung.

    Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh

    disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya

    mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama

    kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip

    tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan. g) Papan Slip

    Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf

    boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih

    atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan

    flanel.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    72/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    60

    h) Papan Elektronik

    Papan elektronik lebih biasa dipanggil Smart Boardatau Interactive White Board.

    Papan jenis ini berciri interaktif. Ia merupan sejenis papan putih yang memaparkan imej

    daripada monitor computer. Permukaan papan ini berfungsi sebagai satu papan sentuh(touch screen) yang besar.

    Papan elektronik ini mempunyai saiz yang berlainan. Komputer yang disambungkan

    kepada papan elektronik ini boleh dikawal melalui menyentuh permukaan papan

    elektronik ini.Ini boleh dilakukan dengan menggunakan jari kita ataupun dengan

    menggunakan elektronik pen yang khas untuk tujuan ini.

    Gambar ini menunjukkan murid menggunakan elektronik pen untukmenulis jawapan pada papan elektronik.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    73/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    61

    7.2 PENGGUNAAN PAPAN PENGAJARAN DALAM PENGAJARAN

    Papan pengajaran boleh digunakan untuk semua tahap pelajar. Dengan menggunakan

    papan pengajaran, pelbagai jenis aktiviti boleh diadakan. Dalam perbincangan di atas,

    anda telahpun melihat beberapa contoh penggunaan papan pengajaran dalam kelas

    Anda boleh gunakan senarai semak berikut untuk membantu anda memilih papan

    pengajaran yang akan digunakan:

    Kriteria Tanda / sekiranya terdapat elemen ini

    Sesuai dengan kurikulum

    Tepat dan kemaskini

    Bahasa yang digunakan jelas

    Dapat meningkatkan minat pelajar

    Tidak bias

    Mudah

    Penggunaan warna yang sesuai

    Dalam gambar ini guru menggunakan jari untuk menyentuh permukaanpapan elektronik untuk mengaktifkannya.

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    74/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    62

    LAYARI INTERNETCuba baca tentang ciri-ciri papan ini serta kebaikan menggunakannya dalam bilik

    darjah pra-sekolahPENILAIAN KENDIRI

    Adakah jenis bahan media yang anda gunakan setakat ini sesuai dengan objektif dan

    hasil pembelajaran anda? Apakah faktor-faktor yang anda akan ambil kira supaya

    pemilihan anda sesuai dengan pengajaran anda.

    Untuk setiap jenis papan yang disebutkan di atas, nyatakan kebaikan dan keburukan

    menggunakan setiap jenis papan tersebut

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    75/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    63

    MEMBUAT NOTA

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    76/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    64

    BIBLIOGRAFI

    Y.P, Chin (2009). Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Untuk ProgramSarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd., Kuala Lumpur.

    Dick,N. ,Carey,L.& Carey,J.O.(2005).The systematic design of instruction(6th

    ed.)NewYork:Pearson, Allyn and Bacon.

    Heinich,R.,Molenda,M.,Russel,J.D.,& Smaldino,S.E.(2005). Instructional Media andTechnologies for learning.(8thed.). New Jersey:Prentice Hall.

    Ismail Md. Zain. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors.

    Joyce, B.R. (2000). Models of teaching. (6th ed).Boston:Allyn and Bacon.

    Newby, T.J, (1996). Instructional technology for teaching and learning. New Jersey:Prentice Hall.

    Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim dan Rosnah Ahamd Zain (2009),Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.,Selangor.

    Noriati A. Rashid, P.Y. Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan W. Kamaruddin W.Hasan (2009), Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar,,Kuala Lumpur

    Priscilla, N. & Karin, M.W. (2003). Teaching with technology: Designing opportunitiesto learn. (2nded.).Canada:Thomson Wadsworth.

    Roblyer M.D. & Edwards J. (2000). Integrating Educational Technology into Teaching:

    Prentise Hall

    Timothy, J. Newby, Donald, A. Stepich, James, D. Lehman & James, D.R.(2006).Educational technology for teaching and learning(3th ed.). Ohio:MerillPrentice Hall.

    Yusuf Hashim (1998).Teknologi pengajaran.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti.

    Google Search

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    77/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    65

    PANEL PENULIS MODULKURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (Sekolah Rendah)

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)NAMA

    KELAYAKAN

    Dr Noriati bt A. Rashid

    PengarahPusat Pembangunan AkademikInstitut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran [email protected] [email protected]

    Kelulusan:PhD.(Sosiolinguistik), UM

    Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UMB.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UMDip. Pendidikan (Geografi & BahasaMelayu),UM

    Dr. Jennifer Wee Beng Neo

    Penolong PengarahInstitut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran [email protected]@gmail.com

    Kelulusan:

    PhD. (Pentadbiran Pendidikan) M.Sc (Pentadbiran Pendidikan) Bac.Pend. (SRT) Sijil Guru, MPTI

    Penglaman Kerja: Guru Sekolah Menengah (18 tahun) Pensyarah IPG (8 tahun) Pen.Pengarah BPG, KPM (7 tahun) Pen.Pengarah IPG, KPM (2 tahun)

    Dr. Tan Soon YinPensyarah KananIPG Kampus Tuanku BainunBukit MertajamPulau [email protected]

    Kelulusan:Ph.D (Komputer Dalam Pendidikan), USMM.Ed (Sosiologi Pendidikan), Leeds UniversityB.A. (Hons) UMDiploma Pendidikan (UM)Pengalaman Kerja:

    Pensyarah Teknologi Pendidikan (17 tahun)Guru Sekolah Menengah (9 tahun)

    Zabedah binti A.Aziz

    PensyarahJabatan Teknologi PendidikanIPG Kampus Tuanku Bainun

    [email protected]

    Kelulusan:Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan),

    USMSarjana Muda Ekonomi dgn Kepujian, UUMDip. Pendidikan

    Pengalaman Kerja:Pensyarah Teknologi Pendidikan (13 tahun)Penyelaras Latihan Guru Bestari

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    78/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    66

    PANEL PEMURNIAN MODULKURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (Sekolah Rendah)

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    NAMA KELAYAKAN

    Dr. Noriati bt Rashid

    PengarahPusat Pembangunan AkademikInstitut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

    [email protected] [email protected]

    Kelulusan:

    PhD.(Sosiolinguistik), UMSarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UMB.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UMDip. Pendidikan (Geografi & BahasaMelayu),UM

    Dr. Jennifer Wee Beng Neo

    Penolong PengarahInstitut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia

    [email protected]@gmail.com

    Kelulusan: PhD. (Pentadbiran Pendidikan) M.Sc (Pentadbiran Pendidikan) Bac.Pend. (SRT) Sijil Guru, MPTI

    Penglaman Kerja: Guru Sekolah Menengah (18 tahun) Pensyarah IPG (8 tahun) Pen.Pengarah BPG, KPM (7 tahun) Pen.Pengarah IPG, KPM (2 tahun)

    Dr. Tan Soon YinPensyarah KananIPG Kampus Tuanku BainunBukit MertajamPulau Pinang

    [email protected]

    Kelulusan:Ph.D (Komputer Dalam Pendidikan), USMM.Ed (Sosiologi Pendidikan), Leeds UniversityB.A. (Hons) UMDiploma Pendidikan (UM)

    Pengalaman Kerja:Pensyarah Teknologi Pendidikan (17 tahun)Guru Sekolah Menengah (9 tahun)

    En. Ahmad JihadiPensyarahInstitut Perguruan Tuanku Bainun,Pulau Pinang

    [email protected]

    Kelulusan:BA.Ed (Hons), USMSijil Perguruan Khas (ICT), IPDAMA Teknologi Pendidikan (CAI), USM

    Pengalaman Kerja:Pensyarah Teknologi Pendidikan (07 tahun)Guru Sekolah Menengah (10 tahun)

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    79/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    67

    LAMPIRAN A

    CADANGAN JAWAPAN UNTUK AKTIVITI

    Tajuk 1

    Aktiviti 1

    filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer

    Aktiviti 2

    Antara media yang boleh digunakan ialah video, poster, gambar

    Bahagian berlainan My Body, contohnya boleh diterangkan melalui label-label

    bahagian badan dalam poster

    Aktiviti 3

    Pengkelasan Media

    1 Media Tayang Kaku transparensi, slaid dan mikrofilem

    2 Media Tayang Bergerak pita video, cakera padat digital dan filem

    3 Bahan Grafik lukisan, poster, kartun, carta dan graf

    4 Gambar Kaku gambar foto, kad imbasan dan poskad

    5 Bahan Pameran Tiga-

    Dimensi

    model, boneka, diorama dan pupet

    6 Papan Paparan/Pameran papan kapur, papan putih, papan flanel dan

    papan buletin

    7 Media Audio pita kaset, cakera padat dan komputer

    8 Media Cetak modul, buku teks, surat khabar majalah danrisalah

    Tajuk 2

    Aktiviti 1

    GambarGrafik

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    80/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    68

    Tajuk 3

    AKTIVITI 1Media unjuran membolehkan bahan tayangan yang kecil dapat diunjurkan untuktontonan ramai. Ini membolehkan guru menjelaskan bahan pengajaran

    berbentuk grafik, gambar, objek, situasi dan keadaan dengan lebih jelas lagi.

    Tajuk 4

    Aktiviti 1

    1 Teknik penghasilan lutsinar yang akan digunakan

    2 Objektif pengajaran yang ingin dicapai

    3 Teknik persembahan yang akan digunakan

    4 Prinsip asas grafik

    Aktiviti 2

    1 Pastikan lensa, permukaan kaca dank anta berada dalam keadaanbersih

    2 Tempatkan OHP di atas sebuah meja kukuh dan tidak bergoyang-

    goyang3 Pastikan kedudukan skrin berada di tempat yang sesuai dan elakkankesan keystone

    4 Pancarkan imej ke dinding atau kain putih jika tidak ada skrin

    5 Untuk tayangan yang perkara berikut hendaklah diperhatikan:

    Skrin 1.5m lebar bagi bilik untuk 40 orang Skrin tidak berkilat

    Mendapat sedikit cahaya

    Letakkan pada paras ketinggian 70 cm dari lantai

    Tegangkan skrin

    Condongkan 45 darjah untuk elakkan kesan herotan Jangan terlindung oleh pengguna supaya boleh dilihat oleh

    semua pelajar

    Semua tulisan dan lukisan mestilah mengikut saiz yang sesuai

    6 Gunakan penunjuk yang runcing dan lurus dan tunjukkan pada sesuatu

    di atas transparensi dan bukannya pada imej di skrin

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    81/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    69

    7 Jangan menghadapi skrin semasa membentang. Anda kenamenghadap murid

    8 Tututp bahagian transparensi yang telah dibentang, contohnya denganmenggunakan kertas

    9 Letakkan projector di sebelah kanan anda sekiranya anda menulis

    dengan tangan kanan10 Simpan transparensi dalam kotak yang dilabel untuk memudahkan

    pencarian pada masa depan

    Tajuk 5

    Aktiviti 1

    Untuk merakam audio dengan menggunakan Sound Recorder, pada skrin

    computer anda, anda klik pada Start/ All

    Programmes/Accessories/Entertainment/Sound Recorder. Klik pada butang

    merah untuk merakam.

    Aktiviti 2

    Bil Perisian Penyunting Video1 Windows movie maker2 Adobe Premier3 Ulead media studio4 Ulead video studio5 Pinnacle Studio

  • 8/2/2019 TekPenKPLISR

    82/84

    MODUL PENGURUSAN SUMBER (TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

    70

    Aktiviti 3Turutan Langkah-langkah penggunaan bahan video dalam pengajaran

    1 Tetapkan Tujuan dan Objektif dalam pengajaran8

    Sediakan Bahan dan Peralatan

    11 Membuat Rakaman Audio10 Proses menukar video dari DV ke bentuk klip7 Bersedia Membuat Penggambaran4 Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan grafik dan bahan audio

    yang sesuai15 Menukar ke format yang sesuai untuk tujuan peny