teknologi untuk alam sekitar: kelestarian: kempen kitar...

Download Teknologi Untuk Alam Sekitar: Kelestarian: Kempen kitar …suaraalam2012.blogspot.com/2012/11/kelestarian-kitar-semula.html2012/11/1 · Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan

If you can't read please download the document

Upload: lydung

Post on 12-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Selamat Datang ke Laman Blog Suara Alam

Thursday, 29 November 2012

Kelestarian: Kempen kitar semula GAGAL?

MASALAH SISA PEPEJAL

Kepesatan dan kemajuan negara menujukepada urbanisasi tanpa sedar telah memberikan kesan kepada kehidupan iaitupenghasilan sampah sarap domestik. Sampah sarap atau juga disebut sebagai sisapepejal merupakan suatu bahan atausumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi. Contohsisa pepejal seperti sisa makanan,kertas kadbod,plastic, tekstil, kulit dan sebagainya.

Sisa pepejalterkawal juga terbahagi kepada beberapa kategori:

>Sisa pepejal Isi rumah

>Sisa pepejal Awam

>Sisa pepejal Import

>Sisa pepejal Khas

>Sisa pepejal Komersial

>Sisa pepejal Pembinaan

>Sisa pepejal Institusi

>Sisa pepejal perindustrian

Di zaman purba pengurusan sisa pepejal adalah menggunakan cara yang sesuai dengan lokasi. kebudayaan, kepercayaan dan juga kemajuan teknologi yang ada pada masa itu. Namun pada penghujung abad pertengahan sistem pengurusan sisa pepejal tidak lagi dilaksanakan dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar. Di Malaysia kadar peningkatan sisa pepejal meningkat setiap tahun.

Masalah sisa pepejal ini memberikan impak kepada alamsekitar, sosial dan juga kesihatan manusia. Tidak dinafikan pelbagai usahatelah diambil dalam usaha mengurangkan kos penyelenggaran sisa pepejal ini.Oleh itu, pada peringkat awal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) telah telah melancarkan Program Kitar Semula.

Kempen telah dipilih untuk menjadi alat interaksi kepada masyarakat dalam emnyampaikan hasrat kerajaan ini. Kempen ini telah giat dipromosikan menggunakan teknologi komunikasi seperti pemaparan di televisyen, surat khabar, laman sosial jaringan internet dan tak kurang juga radio yang turut membuat kempen melalui

"Public service annoucement" di corong-corong radio.

Latar Belakang Program Kitar Semula

Program kitar semula telahdilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun1993 lagi. Namun bagaimana pun program ini gagal dan tidak berjaya mencapaimatlamatnya. Namun pada 2 Disember 2000, program ini telah dilancarkan kembalioleh KPKT dan pelbagai pihak turut terlibat dalam menjayakan program ini.Antara pihak-pihak tersebut adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), syarikatswasta, institusi pengajian tinggi, sekolah dan sebagainya. KementerianPerumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11 November padasetiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan.

KONSEP KTAR SEMULA: 3R (Reuse, Reduce, Recycle)

Proses kitar semula ialah suatu proses yang melibatkan usahamemproses, mengumpul dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggapsebagai sampah. Bagi memastikan programkitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisapepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R (REUSE, REDUSE,RECYCLE) perludilaksanakan dengan berkesan.

Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce(Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakanTeras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakansebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalanganmasyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejaldaripada dilupuskan ke tapak pelupusan.

1. Pengurangan: Memilih bahan yangdigunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal

yang dihasilkan.

2. Penggunaan semula: Aktivitimenggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang

mana masih bolehdigunakan lagi.

3.Kitar semula: Memungut danmengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.

4. Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedahyang efektif dengan

memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, pengurangandiikuti penggunaan semula dan

akhirnya kitar semula.

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkankesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalahpenting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantaskerana jumlah bahan buangan atau sisa yang dibuang oleh kita sendiri semakinmeningkat dari semasa ke semasa.

Jumlah sisa yangdihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

Peningkatan dalampendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produkdan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .Peningkatan populasi bermaknasemakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .Pengeluaran produk berteknologidengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yangtidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).Perubahan gaya hidup seperti makanansegera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskanseperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI 3R?

1. Dari sudutPENGURANGAN atau REDUCE.

Fikir DuluSebelum Buang

Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuktujuan lain. Jadi pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikanpenggunaan.

Contohnya:

Beli barangan secara pukal bagimeminimumkan bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan.Beli bahan minuman sepertikopi, gula, krimer dalam kuantiti yang banyak dan bancuh dalam bekas yang bolehdiguna semula.Guna napkin atau tuala mejayang boleh digunakan semula bagi menggantikan tuala pakai buang.Apabila berpindah rumah, jualbarang yang tidak mahu digunakan lagi di pasar lambak.Minimumkan penggunaan kertasdengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas apabila menggunakan mesinfotokopi.Edarkan dokumen seperti laporanatau memo dalam bentuk mel elektronik.Mengoptimumkan pembungkusan baranganyang dibeli ke dalam beg plastik.

2. Darisudut PENGGUNAAN SEMULA atau REUSE.

Antara barangyang boleh digunakan semula :

Tin kopi dan bekas keju sebagaibekas simpanan.Gunakan belakang kertas ataubelakang sampul surat sebagai catatan nota.Simpan lebihan makanan di dalambekas daripada menggunakan bungkusan kertas atau kertas aluminium.Gunakan pakaian lama sebagaikain buruk untuk membersihkan kotoran daripada menggunakan kertas tisu.Adakan jualan garaj ataumendermakan pakaian, buku atau anak patung yang tidak digunakan lagi.

Cara-cara untukmenggunakan semula:

Gunakan cawan kopi yang tahanlama.Gunakan kain lampin atau tuala.Isian semula botol.Menderma majalah lama atauperalatan lebihan.Guna semula kotak.Gunakan balang kosong untuk menyimpanmakanan.Membeli pen dan pensel isiansemula.

3. Darisudut KITAR SEMULA atau RECYCLE

Sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengitar semula, ianya akanmenjadi lebih mudah dan senang. Langkah awal kitar semula yang efisien adalahdengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitar semula.

Kitar semulamengikut jenis barang.

Banyak barang yang boleh dikitarkan semula contohnya kertas,plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik,bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitarkan semula tetapi masyarakatkurang peka untuk memulakannya. Beli produk yang boleh dikitarkan semula jikamembeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang bolehdikitarkan semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca. Beli produk yangdi buat daripada bahan kitar semula Anda boleh mengetahui sesuatu produk itumesra pengguna daripada label produk tersebut. Elakkan dari membeli baranganyang berbahaya Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitarkansemula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeliproduk yang mengandungi bahan-bahan toksik.

Tong kitar semula dan pusat pengumpulan kenal pasti lokasi tongkitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagimemudahkan penghantaran barangan kitar semula.

JENIS-JENIS TONG KITAR SEMULA

Terdapat 3 tong kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untukmembuang sisa yang boleh dikitarkan semula. Tong-tong ini diwarnakan biru,coklat, dan jingga bagi melambangkan kegunaan yang berbeza. Tong kitar semulaterdapat di dalam saiz 80liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter.

PROGRAM-PROGRAM KITAR SEMULA

Setiap tahun pelbagai aktiviti atau program dirancang dalammemastikan kempen kitar semula ini terus berjalan. Pelbagai kempen yangpelbagai telah dijalankan bagi mencapai misi dan matlamat kitar semula. Antaraprogram kempen kitar semula yang mendapat perhatian misalnya seperti kempenSAY NO TO PLASIC BAG dan KE ARAH BUMI HIJAU ATAU GO GREEN. Namun bagaimanapun terdapat pelbagai lagiprogram kitar semula yang dirancang oleh kerajaan mahupun swasta.

APA SUDAH JADI DENGAN KEMPEN KITAR SEMULA?

Selepas tahun 2005, boleh dikatakan tidak kedengaran lagi kempenberterusan dan adakah kita boleh diklasifikasikan ia sebagai sebuah kempen yanggagal? Kita boleh lihat pembinaan tempat pengumpulan bahan kitar semulaberselerak di merata negeri dan apa yang menyedihkan tempat berkenaan kiniterbiar malah menjadi tempat pengumpulan sampah sahaja. kempen berkenan yangmenelan belanja ratusan juta ringgit gagal menyedarkan rakyat serta gagaldilaksanakan dengan baik.

Walaupun kempen itu sudahsedekad berlalu dan kesedaran hampir 90peratus di kalangan rakyat, matlamat masih jauh tersasar daripada matlamat yangdiletakkan kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kempen SAY TO PLASTIC BAG juga menemui kegagalan,masakan tidak penjualan beg plastic masih dilaksanakan. Bagaimana kempenmengurangkan penggunaan beg plastik hendak berjaya sedangkan ia masih digunakanseperti biasa? Malah kempen ini juga dikatakan gagal menarik masyarakat supayamengikut seruan kerajaan kerana kempen ini seolah-olah bagai melepaskan batukdi tangga sahaja dalam mempromosikannya. Galakan pengguna menggunakan begsendiri dan tidak menggunakan plastik, tetapi plastik masih digunakan dalamurusan jual beli bukannya menggunakan beg kertas. Tak bolehkah gantikan sahajabeg plastik kepada beg kertas pada hari kempen dan kemudian secara perlahan lahan tukar penggunaan beg plastik kepada beg kertas secara total?. Itu sahajacara untuk mengajar rakyat Malaysia. Kalau hendak suruh rakyat membawa begmereka sendiri, percayalah berapa keratsahaja yang bawa, selebihnya sanggup membeli beg plastik itu dari terpaksamembawa barang yang dibeli tanpa beg.

SIKAP MASYARAKAT SEBAB KEGAGALAN KEMPEN KITAR SEMULA

Sikap masyarakat dikatakan sebagai punca utama kegagalan kebanyakankempen yang dijalankan oleh kerajaan.Malah dalam pelaporan berita di Utusan Online turut menyatakan akan perkaraini. Di mana tajuk berita tersebut secara terang menyatakannya iaitu Rakyat tak makan kempen dalam pelaporan berita itu ada menyatakanantara punca menyebabkan kegagalan kempen nasional itu ialah kurangnya tindakbalas daripada masyarakat, publisiti untuk menyedarkan orang ramai, permintaandalam pasaran barangan kitar semula, selain kelemahan kilang mengendalikanproduk sistem kitar semula. Tetapi seperkara yang menyerlah daripada penerimaankepada kempen-kempen sebelum ini ialah rakyat sememangnya tidak berminat dengankempen.

Oleh itu, kerajaan harus sedar,apabila kempen yang dijalankan gagal, mereka sepatutnya mengubah cara merekaberkempen atau menukarkan kempen merekakepada penguatkuasaan, sebagai contoh yang melibatkan anti merokok dankeselamatan jalan raya. Ini sekurang kurangnya dapat menyelamatkan jutaanringgit. Lagipun, apa gunanya terus membazirkan wang rakyat dengan membuatkempen yang sama tapi gagal menyedarkan rakyat. Lagipun rakyat negara ini hanyadapat disedarkan melalui teladan, bukannya kempen.

Jadi situasi ini dapat dikaitkandengan satu teori iaitu Teori Behaviourisme. Teori ini mengatakan bahawa setiaprangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkahlaku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalahapa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran bolehberlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan jugaboleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkanpembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelazimanmanakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelazimanklasik (Ivov Pavlov). Jadi apa yang boleh dikaitkan dengan kegagalan dan teoriini adalah. Masyarakat memerlukan galakkan dan rangsangan dalam meneruskan amalankitar semula ini. Jika kerajaan sendiri dilihat seolah-olah tidak bersemangatdalam mempromosikannya bagaimanakah masyarakat itu sendiri bersedia untuk merubahsikap mereka.Persoalannya di sini adakah kempen

SUMBER:

1. http://www.sisa.my/cmssite/content.php?cat=33&pageid=284&lang=bm

2. http://www.mpm.gov.my/recycle_program

3. http://mpk.terengganu.gov.my/web/guest/program-kitar-semula

4. http://peraktoday.com/wp/?p=32016

5. http://www.umno-online.my/?p=47752

6. http://greenportal.usm.my/article.php?aid=9787

7. http://penpasksgb.blogspot.com/2009/12/sikap-orang-ramai-sebabkan-kempen-kitar.html

8. http://eprints.uthm.edu.my/582/1/jtsv22010p6.pdf

9. http://www.murkiester.com/Blog/2010/05/kempen-kempen-kerajaan-yang-gagal.html

10. http://khairulabdullah.com/2012/01/sistem-kitar-semula-di-jerman/

11. http://catatandarideutschland.blogspot.com/2011/06/kitar-semula.html

12. http://hchs.edu.my/green/Kitar%20Semula.html

13. http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=606

14. http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=606

15.http://casamindacrew.blogspot.com/2010/12/pengurusan-3r-di-malaysia.html

16.http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2005&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&p

g=re_05.htm#ixzz2DYbDAztK

17. Utusan Melayu(M) Bhd

Terima kasih kerana sudi membaca. Sila tinggalkan komen anda

Posted by

riyadh zuhdi

at01:35

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post

Older Post

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Pencinta alam

Utarakan suara anda :)

our misson

love nature

say no to pollution

stay free from nikotin

be an environment killer

Blog Archive

2012

(15)

November

(13)Kelestarian: Program Bumi HijauKelestarian: Earth HourKelestarian: Kempen kitar semula GAGAL?Pelaporan Akhbar Arus Perdana dan Akhbar Alternati...Pelaporan Isu Alam Sekitar: Pembinaan Kilang Nadir...Isu Jerebu Di Pulau PinangPermainan Politik Melalui Media Mengenai Alam Seki...Perbandingan Isi Kandungan Akhbar Utusan Malaysia ...Perbandingan Laporan Akhbar Utusan Malaysia Online...Pelaporan Isu Penternakan Khinzir Mega di Kampung ...Artikel Akhbar Arus Perdana dan Alternatif Mengena...Isu Tebus Guna Tanah di Bayan Mutiara, Pulau Pinan...Analisis Perbandingan Kandungan Akhbar myMetro den...

October

(2)

We Are the World (With Various Artists) Michael Jackson Song Lyrics

Theme images by sndrk. Powered by Blogger.