teknologi hijau sekolah 2010

Upload: pingyiengsia

Post on 05-Nov-2015

263 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tenaga diperbaharui

TRANSCRIPT

  • BENGKEL TEKNOLOGI HIJAU BAGI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH RENDAH RINTIS SELURUH NEGARA

    Profesor Dr. Haslan Abu HassanPengarahCETREEUniversiti Sains Malaysia2010

    *

  • 1.0 Pemanasan Global dan Perubahan Iklim

    Bumi yang lestari

    *

  • Bumi yang panas*

  • 1.1 Punca Pemanasan GlobalAtmosfera (gabungan gas-gas) memerangkap haba pemanasan bumi oleh matahari dan menghasilkan kesan rumahhijau/rumah kaca (greenhouse/glasshouse effect) yang semulajadiBumi berada dalam keadaan selesa dan lestari Pemanasan global adalah disebabkan oleh peningkatan kesan rumahhijauPenggunaan sumber tenaga fosil seperti arang batu, minyak dan gas asli bagi menjana tenaga menghasilkan karbon dioksida tambahan di atmosfera

    *

  • Penghasilan gas karbon dioksida CO2 oleh stesen janakuasa elektrik

    *

  • Penghasilan gas karbon dioksida CO2 oleh industri*

  • Ini menyebabkan lapisan gas rumah hijau di atmosfera menjadi lebih tebal peningkatan kesan rumah hijauSeterusnya lebih banyak haba bumi terperangkap di dalam atmosfera dan bumi menjadi lebih panasSecara ringkas, pembakaran bahan fosil menghasilkan karbon dioksida, yang meningkatkan kesan rumah hijau dan memanaskan bumi pemanasan globalProses antropogenik yang bermaksud manusia penyebabnya

    *

  • Kesan rumah hijau*

  • Kesan rumah hijau*

  • Beruang polar hilang tempat tinggal*

  • 1.2 Kesan Pemanasan GlobalPada masa ini 80% tenaga dunia dihasilkan dari sumber tenaga fosilJumlah karbon dioksida akan terus bertambahBumi akan terus menjadi panas dan pemanasan global menjadi lebih terukSejak 1900, suhu bumi telah meningkat secara purata sebanyak 0.8 CPada akhir abad ini suhu dijangka meningkat secara purata sebanyak 2 5 CPemanasan global membawa erti TROUBLES AHEAD

    *

  • Pencairan awal glaciers dan

    salji*

  • Kemarau dan kekurangan bekalan air

    Peningkatan paras laut menyebabkan banjir di kawasan pantai

    *

  • Suhu permukaan laut yang lebih panas boleh menghasilkan ribut dan taufan yang lebih kencang

    Serangga perosak mengancam teruk pertanian dan perladangan, dan penyakit baru berpunca dari nyamukBeberapa flora dan fauna menjadi pupus

    *

  • 1.3 Punca Perubahan IklimIklim ialah corak cuaca bagi sesuatu tempat, seperti jumlah cahaya matahari, hujan, keadaan angin dan sebagainyaCuaca bumi ditentukan oleh matahari, dengan setengah kawasan adalah lebih panas dari yang lainPerubahan suhu antara kawasan-kawasan bumi yang berlainan menghasilkan perbezaan tekanan udara, yang menghasilkan angin, ribut dan taufan

    *

  • Jumlah karbon dioksida yang bertambah besar dan suhu bumi yang bertambah panas akan menyebabkan perubahan iklim

    Piramid bersalji?

    *

  • Peningkatan mendadak gas karbon dioksida oleh penggunaan sumber tenaga fosil

    Sudah pasti akan memberi kesan kepada persekitaran*

  • 1.4 Kesan Perubahan IklimKesan yang sama seperti pemanasan globalAir laut mengembang apabila dipanaskan, maka paras air laut meningkatParas air laut juga meningkat disebabkan kecairan glaciers dan saljiKehilangan kawasan/pulau bertanah rendah seperti negara-negara Scandinavia, Bangladesh dan MaldivesPada masa ini paras air laut meningkat 3 cm bagi setiap dekad (10 tahun)

    *

  • Bandaraya ditenggelami air?*

  • Kesan kepada flora dan faunaJika kutub utara dan selatan menjadi panas, kehidupan beruang polar, penguin dan tumbuhan akan terjejasJika air laut di kawasan tropika menjadi panas, batu karang, haiwan dan tumbuhan laut juga akan terjejasRamalan menjangkakan 30 40% spesis flora dan fauna akan pupus jika berlaku perubahan iklim yang mendadak *

  • Manusia berkepala ikan?*

  • Cuaca yang tidak menentu memberi kesan kepada manusiaRibut, taufan dan monsun yang tidak menentu membawa kepada kemusnahan infrastruktur manusiaBanjir oleh perubahan iklim boleh menjadikan 100 200 juta manusia kehilangan tempat tinggal menjelang 2100Pertanian dan perladangan akan terjejas oleh kemarau dan banjirPenyakit vektor seperti malaria oleh nyamuk akan meningkat kerana cuaca panas sesuai dengan kehidupan nyamuk*

  • Banjir*

  • BanjirNyamuk*

  • 1.5 Tindakan bagi Mengurangkan Pemanasan Global dan Perubahan IklimBagi mengurangkan perubahan iklim, kita perlu kurangkan pemanasan globalKurangkan pengeluaran karbon dioksida, dalam ertikata lain kurangkan penggunaan tenaga atau gunakan tenaga dengan cekap (melakukan kerja yang sama dengan tenaga yang kurang atau menggunakan teknologi yang lebih baik)*

  • Guna lampu kalimantang cekap tenaga

    Tutup suis bila peralatan elektrik tidak diguna

    *

  • Berjalan kaki, guna basikal dan kenderaan awam

    Guna peralatan elektrik cekap tenaga seperti peti ais, monitor komputer, televisyen dengan label Energy Star*

  • Guna sumber-sumber tenaga diperbaharui seperti daripada

    *

  • Perubahan kecil pada kehidupan harian anda boleh memberi sumbangan besar membantu menghentikan pemanasan globalThe American Geophysical Union, sebuah organisasi terhormat yang terdiri daripada 41,000 saintis bumi dan angkasa, telah menyatakan pendirian mereka tentang perubahan iklim iaitu "natural influences cannot explain the rapid increase in global near-surface temperatures observed during the second half of the 20th century."

    *

  • 2.0 Teknologi HijauTeknologi bermaksud menggunakan pengetahuan sains bagi tujuan mempraktikkan sesuatu aktivitiTeknologi Hijau atau Teknologi Bersih bermaksud teknologi yang memelihara alam sekitar dan alam semula jadi (tidak menghasilkan pencemaran) atau teknologi yang dapat melestarikan alam sekitar yang telah tercemar*

  • 2.1 TakrifanProduk, peralatan dan sistem ditakrifkan Teknologi Hijau jika iaDapat kurangkan pencemaran alam sekitarMembebaskan gas rumah hijau yang rendah atau sifarSelamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang lestari untuk semua hidupanMenjimatkan tenaga dan sumber asliMenggalakkan sumber diperbaharui

    *

  • 2.2 Dasar Teknologi Hijau NegaraEmpat tunggak Dasar Teknologi Hijau NegaraTenaga Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenagaAlam sekitar memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitarEkonomi Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologiSosial Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

    *

  • 2.3 ObjektifKurangkan penggunaan tenaga, tingkatkan pembangunan ekonomiTumbuhkan industri Teknologi Hijau dan tingkatkan sumbangannya kepada ekonomi negaraTingkatkan inovasi pembangunan Teknologi Hijau dan tingkatkan daya saingnya di persada antarabangsaPastikan pembangunan mapan dan pelihara alam sekitar bagi generasi akan datangTingkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan galakkan penggunaannya secara meluas

    *

  • 2.4 Sektor-Sektor TumpuanEmpat sektor utamaSektor TenagaBekalan dan penggunaan tenagaSektor BangunanPembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunanSektor Air dan Pengurusan SisaPengurusan dan penggunaan air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan pelupusan sampahSektor PengangkutanPrasana pengangkutan, kenderaan, biobahanapi, pengangkutan awam*

  • 3.0 Sektor TenagaBekalan tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga (termasuk co-generation) dan pengurusan bekalan tenaga

    Penggunaan tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga*

  • Takrifan Greek bagi tenaga keupayaan sesuatu sistem beraksiTakrifan saintifik bagi tenaga keupayaan menghasilkan kerja

    Beberapa fungsi tenagaTenaga membantu kita bernafas, membesar dan berfikirTenaga mencahayakan rumah, memainkan muzik dan program televisyenTenaga menggerakkan kenderaanTenaga membesarkan pokok*

  • Bentuk tenaga yang berbezaTenaga kinetik pergerakan, seperti oleh angin dan ombakTenaga keupayaan kedudukan, seperti air pada kedudukan yang tinggiTenaga kimia ikatan atom atau molekul, seperti di dalam arang batu, minyak, gas asli dan minyak masakTenaga terma pergerakan rawak dan getaran atom atau molekul, seperti semasa aktiviti geotermaTenaga elektrik pergerakan cas-cas elektrikTenaga sinaran gelombang elektromagnet, seperti di dalam cahaya matahari

    *

  • Tenaga nuklear dilepaskan apabila nukleus dipisahkan (fission) atau digabungkan (fusion)

    Tenaga dapat ditukar dari satu bentuk ke bentuk yang lain, menggunakan peralatan penukar tenagaPenukar tenaga terus, seperti sel solar Tenaga Sinaran Tenaga Elektrik (cahaya matahari)Penukar tenaga takterus, seperti enjin kereta Tenaga Kimia Tenaga Terma + Haba Sisa Tenaga Mekanikal (minyak) (omboh) (sekitar) (omboh + aci engkol + roda)

    Sumber tenaga dibahagikan kepada dua kategoriTenaga Diperbaharui dan Tenaga Tak Diperbaharui (Fosil)

    *

  • 3.1 Sumber Tenaga FosilTenaga yang memerlukan masa yang sangat lama (berjuta-juta tahun) bagi dihasilkanContoh sumber tenaga fosilArang batu

    *

  • MinyakGas asli

    Tenaga yang disimpanPembakaran bahan fosil menjejas persekitaran (kesan rumah hijau, pemanasan global, perubahan iklim)Tenaga elektrik adalah tenaga sekunder kerana ianya dapat dijana daripada tenaga primer tak diperbaharui dan diperbaharui

    *

  • 3.2 Sumber Tenaga DiperbaharuiTenaga yang sentiasa diperbaharui oleh sifat bumiTenaga yang dapat dihasilkan dalam tempoh hayat manusiaBekalan tenaga yang tidak terhadAliran tenagaTenaga bersih atau tenaga hijau kerana tidak mencemarkan udara atau airContoh sumber tenaga diperbaharui

    *

  • SolarBiojisimAnginHidroOmbakGeoterma

    Semua tenaga diperbaharui sebenarnya berasal dari solar (tenaga dari matahari)Selagi matahari bersinar, selagi itu tenaga diperbaharui akan wujud*

  • 3.2.1 Tenaga SolarTenaga solar ialah dari sinaran suria/matahari yang tiba di bumiTenaga solar dapat ditukar secara terus atau takterus dalam bentuk tenaga yang lainPenukaran terusMenjana tenaga elektrik menggunakan sel fotovoltaMengering baju dan hasil perladanganMemasak makananPemanasan air bagi kegunaan domestikPemanasan ruang bagi bangunan

    *

  • Penukaran takterusMenjana elektrik secara tak terus daripada penjana stim menggunakan pengumpul tenaga solar terma bagi memanas cecair pemanasPermasalahan tenaga solarKehadiran sinaran matahari yang tidak tetap dan berubah-ubah di permukaan bumiKawasan luas diperlukan bagi mengumpul sinaran supaya menghasilkan tenaga yang mencukupi

    *

  • Peralatan Fotovolta (PV)Juga dikenali sebagai sel solarKebanyakannya dibuat daripada semikonduktor silikon amorfus atau polihabluranMenukar sinaran matahari ke elektrikApabila cahaya matahari menghentam sel solar, ianya kemungkinan dipantul, diserap atau melepasi terus sel solarHanya cahaya yang diserap akan membekalkan tenaga bagi menjana elektrik*

  • *

  • Sel fotovolta mempunyai beberapa saiz yang berbeza (antara 1 hingga 10 cm) lebar, dengan kuasa antara 1 hingga 2 wattsBagi meningkatkan kuasa, sel-sel disambungkan secara elektrik bagi membentuk modulModul-modul boleh disambung bagi membentuk arrayKecekapan menukar cahaya matahari ke elektrik ialah kurang daripada 25%*

  • Penggunaan PV

    Elektrik bagi bangunanKuasa bagi satelit angkasaKalkulatorJam tanganPam airLampu jalanKuasa bagi peralatan komunikasi*

  • Peralatan Solar TermaAda dua jenis pengumpul tenaga solar termaTak menumpu, luas kawasan pengumpul adalah sama dengan luas kawasan penyerap sinaran matahariMemanas air bagi kegunaan domestik, hotel dan hospital

    *

  • Menumpu, luas kawasan pengumpul sinaran solar adalah lebih besar daripada luas kawasan penyerap

    Menghasilkan stim bagi memusing sistem turbin bagi menjana elektrik

    *

  • 3.2.2 Tenaga Biojisim *

  • Biojisim ialah sebarang bahan organik termasuk kayu, hasil perladangan, sisa dapur, rumpai laut dan sisa haiwan yang dapat diguna sebagai sumber tenagaSumber asal semua tenaga di dalam biojisim adalah daripada matahari, dengan biojisim bertindak sebagai stor tenaga kimiaBiojisim dapat diproses menjadi tenaga bagi haba, bahanapi cecair atau menjana kuasaWujud teknologi-teknologi canggih bagi menghasilkan tenaga-tenaga ini*

  • Kayu dan Sisa KayuBentuk biojisim yang paling biasa dan banyakSumber tenaga utama manusia sehingga ke pertengahan tahun 1800Masih merupakan sumber tenaga bagi kebanyakan negara membangunPenghasilan arang daripada kayuSisa kayu merangkumi kulit, habuk, lapisan dan lebihan kayuKebanyakan industri kayu dan kertas menggunakan semula sisa kayu bagi menghasilkan stim dan elektrik sendiri

    *

  • Bahanapi bio etanol and biodiesel Etanol merupakan bahanapi bio cecair yang bersih pembakarannya dan diguna dengan meluas

    *

  • Etanol ialah bahanapi alkohol hasil daripada penapaian gula, kanji atau selulosa biojisim, seperti jagung, tebu, ubi, gandum, beras, kulit kentang dan hasil sisa perladangan

    *

  • Etanol diguna sebagai sumber bahanapi tenaga diperbaharui, biasanya dicampur dengan petrol bagi menggerakkan kenderaan

    Biodiesel juga ialah bahanapi diperbaharui yang diperolehi daripada minyak masak sayuran, lemak atau kitar semula minyak masak restoranIa boleh diguna terus dengan enjin diesel tanpa penyesuaianJuga mudah bioreput dan mengurangkan pengeluaran kebanyakan pencemar udara*

  • BiogasBiojisim yang lembab seperti najis haiwan, sisa pemprosesan makanan dan pepejal perbandaran, sesuai menghasilkan biogas dengan teknologi Anaerobic Digestion (AD)AD menggunakan bakteria bagi mereputkan sisa pepejal organik menjadi biogasKomponen utama biogas ialah metana dan karbon dioksida, dan sejumlah kecil hidrogen sulfida, nitrogen, hidrogen dan oksigen

    *

  • 3.2.3 Tenaga Angin Angin wujud disebabkan oleh pemanasan tak seragam permukaan bumi oleh matahariPada siang hari, udara di atas darat menjadi panas lebih cepat daripada udara di atas air lautUdara panas di permukaan darat mengembang dan naik ke atas, dan udara sejuk yang lebih berat di atas permukaan laut mengisi tempat ini, dan menghasilkan anginSejak zaman silam, manusia telah menggunakan kuasa angin bagi melayari kapal*

  • Membina kincir angin bagi mengisar gandum dan bijiran lain, mengepam air dan memotong kayuTenaga angin sekarang ini diguna bagi menjana elektrikIanya adalah tenaga diperbaharui kerana selagi ada matahari, selagi itu angin akan bertiup

    *

  • *

  • Mesin angin boleh mencapai ketinggian bangunan 20 tingkat Bilahnya boleh mencapai panjang 200 kakiStesen kuasa angin, atau ladang angin, adalah sekumpulan mesin kincir angin bagi menghasilkan elektrikLaju angin meningkat dengan paras ketinggian bumi yang meliputi kawasan terbukaTapak yang baik bagi stesen angin adalah di atas bukit yang agak mendatar, kawasan pantai dan celahan gunung yang menghasilkan tumpuan aliran anginAngin ialah sumber tenaga bersih dan ladang angin tidak menghasilkan pencemaran udara atau air*

  • 3.2.4 Tenaga Hidro Hydro ialah perkataan Greek yang bermaksud air2000 tahun dulu orang Greek menggunakan roda air bagi mengisar gandum menjadi tepung dan membekal kuasa untuk kilang tenunanButiran air dari laut dan sungai diwapkan oleh matahari yang kemudiannya menyejat menjadi awan di atmosferaButiran air kemudiannya jatuh sebagai hujan atau salji, membekalkan semula air ke sungai dan laut

    *

  • Graviti menggerakkan air dari tanah tinggi ke tanah rendahStesen kuasa hidro menukar tenaga keupayaan dan kinetik air yang mengalir bagi menghasilkan tenaga mekanikal (turbin) dan kemudian tenaga elektrik (penjana)

    *

  • Antara semua sumber tenaga diperbaharui, tenaga hidro paling banyak diguna bagi menjana elektrik

    *

  • 3.2.5 Tenaga OmbakOmbak dihasilkan oleh tiupan angin di atas permukaan air lautWujud tenaga yang besar di dalam ombak lautanSatu cara bagi mendapatkan tenaga ombak tersebut adalah dengan mengarahkan atau memfokuskan ombak ke satu saluran sempit bagi meningkatkan kuasa dan saiznyaOmbak kemudian boleh disalurkan ke kawasan pengumpul atau diguna terus bagi memusingkan turbin bagi menjana elektrik

    *

  • *

  • 3.2.6 Tenaga GeotermaAktiviti gunung berapi menghasilkan tenaga geoterma apabila air panas dan stim diperangkap oleh permukaan bumi

    *

  • Haba dibebaskan dalam bentuk stim atau air panas apabila permukaan bumi digerudiPaip membawa air panas ke stesen penjana supaya stim dapat memusing turbin bagi menghasilkan elektrik

    *

  • Penggunaan tenaga diperbaharui bukanlah satu perkara baruPada zaman dahulu kayu telah digunakan bagi membekal 90% keperluan tenaga duniaHarga bahanapi fosil (arang batu, minyak dan gas) yang murah dan selesa/mudah diguna menyebabkan penggunaan kayu berkuranganSekarang biojisim yang dianggap sebagai satu masalah pelupusan dapat ditukar bagi menjana tenaga diperbaharui*

  • 3.3 Kecekapan TenagaMengamalkan kecekapan tenaga bermaksud menggunakan tenaga elektrik yang kurang bagi melaksana dan menyempurnakan kerja yang setimpalGaya hidup dan keselesaan yang sedia dinikmati tidak terjejas malah dijalani seperti biasaMenjimatkan perbelanjaan elektrik dengan menghapuskan pembaziranMengurangkan penggunaan sumber tenaga fosil, seterusnya mengurangkan jejak karbon dan kesan rumah hijau

    *

  • *

  • *

  • 3.3.1 Panduan Kecekapan Tenaga di RumahLampuDinding cerah memantulkan cahaya dan menjadikan ruang lebih terangLampu di sudut bilik menjadikan ruang lebih terang kerana cahaya dipantul oleh kedua-dua dindingGunakan lampu cekap tenaga seperti lampu kalimantang atau lampu kalimantang mampat (CFL)Tutup lampu apabila tidak digunakanLampu yang kotor perlu dilap bagi mendapatkan kecerahan cahaya yang maksimum*

  • *Lampu berkuasa rendah tetapi berkeamatan cahaya tinggi ialah lampu yang cekap tenaga berbanding lampu berkuasa tinggi tetapi berkeamatan cahaya rendah

    Jenis LampuPenggunaan Tenaga Elektrik (Watt)Keamatan Cahaya (lumens)Jangka Hayat (jam)

    Kalimantang mampat (CFL)1810006000

    Filamen403551000

  • Kipas anginBersihkan bilah kipas secara berkalaPastikan minyak pelincir mencukupi bagi melancarkan operasi dan melanjutkan tempoh hayat kipas tersebutGantikan kipas lama dengan yang baru yang lebih cekap tenaga

    *

  • Komputer/televisyen/radioSuis ditutup jika tidak digunakan (mod sedia masih menggunakan elektrik)Fungsi penjimat tenaga pada komputer diaktifkan jika ditinggalkan seketikaGuna monitor LCD bagi komputerGuna komputer riba/mudah alih

    *

  • Peti sejuk17% daripada jumlah bil elektrik rumahBeli peti sejuk berasaskan keperluan keluarga, lebih besar peti sejuk, lebih besar jumlah bil elektrikJarakkan peti sejuk dari dinding, iaitu gelung kondenser sekurang-kurangnya 4 inci (10 cm) dari dindingJauhkan peti sejuk dari dapur dan kawasan panas, supaya penyejukan adalah lebih cekapJangan letak makanan panas ke dalam peti sejuk. Biarkan makanan sejuk dahulu sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk

    *

  • Buangkan bekas pembungkus makanan sebelum memasukkan makanan ke dalam peti sejuk kerana ini akan menjimatkan ruang dan tenaga elektrikBersihkan condensor fins dan bekas-bekas dalam peti sejuk sebulan sekaliPastikan kawalan termostat bersesuaian dengan keperluan penyimpananPastikan gasket berfungsi dengan baikGasket*

  • *Peti sejuk model baru menggunakan tenaga elektrik lebih cekap berbanding model lamaBeli model peti sejuk yang terdapat label yang menunjukkan kadar kecekapan penggunaan tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)

  • Peralatan memanasSeterika antara peralatan yang paling banyak menggunakan elektrikSeterika pakaian dalam jumlah yang banyak pada satu masa Cerek elektrik lebih banyak menggunakan tenaga bagi mendidih air dibandingkan dengan cerek dapur gas*

  • Pendingin hawa25 35% daripada jumlah bil elektrikPilih pendingin hawa dengan kuasa yang bersesuaian dengan saiz bilikSuhu operasi sekitar 25 oC (2 oC)Beli penyaman udara yang mempunyai kadar kecekapan tenaga (Energy Efficiency Rating EER) yang tertinggi, yang menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah*

  • Mesin basuhBeli mesin basuh yang kapasitinya bersesuaian dengan keperluan keluargaMesin basuh otomatik muatan atas menggunakan tenaga yang kurang berbanding mesin basuh otomatik muatan depanBasuh hanya dengan muatan penuh tetapi elakkan beban yang lebih

    *

  • KenderaanAmalkan pemanduan cekap dan bijakJimatkan penggunaan petrol dan kurangkan pengeluaran karbon dioksida

    Pemanduan cekapBergerak ringan dengan beban yang perlu sahajaMemandu secara tidak agresifMemandu tidak terlalu lajuKawal penggunaan pendingin hawaMatikan enjin jika berhenti melebihi 10 saat (kecuali berada dalam trafik)

    *

  • Selenggara kenderaanPastikan enjin ditala sempurna dengan palam pencucuh dan penapis udara dalam keadaan baikPeriksa roda dijajar sempurna dengan angin tayar yang mencukupi

    Kurangkan pemanduanGabungkan tugas-tugas bagi kawasan yang sama dengan hanya sekali pemanduanCarpool dan guna kenderaan awam bila bersesuiaanTelecommute (bekerja dari rumah) seminggu sekali jika bersesuaian

    *

  • Panduan membeli peralatan elektrik cekap tenagaAda label yang menunjukkan kadar kecekapan penggunaan tenaga oleh EPA (Agensi Perlindungan Alam Sekitar, Amerika Syarikat)Ada label Energy Star yang juga disertai negara-negara lain (kebanyakannya untuk peralatan pejabat)AustraliaCanadaJepunKesatuan EropahTaiwanNew Zealand

    *

  • 4.0 Sektor BangunanMenerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan*

  • 4.1 Bangunan HijauStruktur yang direkabentuk, dibina, diubahsuai, diurus atau diguna semula secara cekap dari segi sumber dan ekologiRekabentuk memenuhi objektif-objektif berikut:Melindungi kesihatan penghuniMeningkatkan produktiviti pekerjaMenggunakan secara cekap cahaya, tenaga, air dan sumber lainMengurangkan impak keseluruhan kepada persekitaran*

  • Low Energy Office (LEO)KeTTHA, PutrajayaZero Energy Office (ZEO)MGTC, Bangi

    Diamond BuildingEC, Putrajaya*

  • 4.2 Keuntungan EkonomiKos operasi yang rendah sepanjang hayat bangunanKos awal pembinaan yang agak tinggi akhirnya akan diatasi/ditampung oleh penjimatan kos operasiKos perubatan pekerja dapat dikurangkanKeuntungan dari segi produktiviti kerja yang meningkat

    *

  • 4.3 Unsur-Unsur Bangunan HijauTapak kawasanPelihara dan kekalkan lanskap dan sifat semulajadi sekelilingTanam tumbuhan yang memerlukan sedikit air

    Kecekapan tenagaOrientasi dan bentuk bangunanWarna cerah bagi bumbung dan dindingPencahayaan semulajadiPencahayaan oleh sistem lampu cekap tenagaSolar fotovolta

    *

  • Solar termaFuel cellsPendingin hawa dan peralatan elektrik lain yang cekap tenaga

    Kecekapan bahan binaanDari bahan guna semula atau kitar semulaPengeluaran semula gas bahaya yang sifar atau rendahTahap toksin sifar atau rendahBoleh dikitar semula

    *

  • Kecekapan airKemudahan air kitar semula atau penakungan air hujan bagi penggunaan di tandas dan siraman tumbuhanPeralatan cekap air seperti ultra low-flush toilets, low-flow shower heads, bidets dan paip air dengan pengesan pergerakan

    *

  • Kesihatan dan keselamatan penghuniBangunan dengan kualiti persekitaran dalaman yang baik dapat mengurangkan penyakit pernafasan, alergi, lelah dan meningkatkan prestasi pekerjaBahan binaan dan peralatan dalaman dengan pelepasan gas toksik sifar atau rendah bagi meningkatkan kualiti udara dalamanSistem aliran udara bertapis yang mencukupi dan cekapKelembapan perlu dikawal bagi mengelakkan pencemaran dalaman oleh mikrobakteria*

  • Operasi dan penyelenggaraan bangunanBangunan perlu dikomisyen dahulu sebagai hijauPengkomisyenan meliputi ujian dan penyelarasan sistem mekanik, elektrik dan paip supaya menepati kriteria hijauLatihan perlu diberi kepada kakitangan tentang operasi dan penyelenggaraanPrestasi bangunan dijamin menerusi pengukuran, penyelerasan dan penambahbaikan berterusanBangunan kekal hijau jika penyelenggaraan dilaksanakan dengan sempurna*

  • *

  • 5.0 Sektor AirMenerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air*

  • 5.1 Krisis Air*CENSORED

  • Pemuliharaan, pembangunan dan pengurusan cekap air memastikan kelestarian sumber air segar untuk hari esokSemua aktiviti manusia (dari pertanian ke pengangkutan ke kehidupan harian) bergantung kepada sumber air segar yang kini semakin berkurangan dan tercemarPembangunan tanah untuk pertanian, industri dan perumahan memberi kesan kepada taburan sumber air segar

    *

  • Sumber air bawah tanah berkurangan kerana akuifer dikosongkan pada kadar yang lebih cepat dari diisi semulaSungai dan tadahan air dicemari oleh aktiviti-aktiviti manusiaPerubahan iklim boleh juga memberi kesan kepada sumber air segar disebabkan perubahan taburan hujan

    *

  • 5.2 Pemuliharaan AirPemuliharaan air bermaksud mengurangkan penggunaan air dan mengitarsemula sisa air bagi tujuan yang berbeza seperti untuk basuhan, kegunaan industri dan pengairan ladang

    *

  • 5.2 Kecekapan AirKecekapan air ditakrifkan sebagai menyempurnakan satu fungsi, tugas atau proses menggunakan seminimum air yang bolehDalam kata lain, menggunakan sedikit air sudah mencukupi bagi melaksanakan tugas dengan sempurna*

  • 5.3 ObjektifKelestarian hari esok memastikan ada bekalan air segar untuk generasi akan datangJimat tenaga mengepam dan menghantar air, dan menulen sisa air menggunakan banyak tenagaPemuliharaan habitat mengurangkan penggunaan air dapat membantu mengekalkan habitat air bagi haiwan liar, dan juga tidak perlu membina tadahan air baru*

  • 5.4 Teknologi Kecekapan AirAplikasi di rumahLow-flow shower heads

    Low-flush toilets

    Tandas kompos

    *

  • Tuaian air hujan

    Kitar semula air

    Paip percikan

    Paip automatik*

  • Mesin basuh cekap air

    Kawalan pengairan

    Muncung hos taman

    *

  • Aplikasi komersialUrinal tanpa air

    Cuci kereta tanpa air

    Paip inframerah

    Penyapu air tekanan tinggi

    *

  • Aplikasi pertanianPerlu kurangkan kehilangan air disebabkan oleh pengewapan dan larian airPengairan banjir tidak sesuai jika ladang tidak rata

    Pengairan atas cekap

    Pengairan titik paling cekap

    *

  • 5.5 Penulenan AirProses mengeluarkan cemaran kimia, biologi dan bahan yang tidak diingini daripada air mentahAir ditulenkan supaya sesuai untuk minuman manusiaProses utama penulenan bermula denganPenambahan bahan kimiaKoagulasi and flokulasiPemendapanPenapisanKlorinasi dan sinaran ultraungu

    *

  • *

  • PenyahgaramanTeknologi baru penyahgaraman air laut mampu menghasilkan air segarNamun kos teknologi tersebut masih mahal dan proses penyahgaraman menggunakan banyak tenagaBeberapa negara menggunakan proses ini seperti Israel, Singapura, India, China, Australia dan Amerika*

  • 6.0 Sektor Pengurusan SisaMenerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah*

  • 6.1 Takrifan SisaKonvensyen Basel mentakrifkan sisa sebagai Bahan atau objek yang dilupuskan, atau dimaksud untuk dilupuskan atau wajib dilupuskan menurut peruntukan undang-undangDalam kata lain, sisa (atau sampah) ialah bahan terbuang atau tidak dapat diguna semulaNamun bahan yang dibuang oleh seseorang kadangkala mempunyai nilai bagi orang lainBahan sisa telah dibuktikan satu sumber yang mempunyai nilai dalam bentuk yang lain jika dapat diproses semula oleh Teknologi Hijau*

  • *

  • Jenis-jenis sisaSisa pepejal perbandaranSisa pembinaan dan peruntuhanSisa institusi, komersial dan industriSisa perubatanSisa merbahaya, radioaktif dan elektronik*

  • Sisa pepejal perbandaran

    Sisa mudah bioreputSisa dari dapur dan makananSisa hijau

    Bahan kitar semulaKertasBotol kacaBotol plastikTin minuman

    *

  • Sisa kompositKain bajuKotakMainan plastik

    Sisa merbahaya domestikUbatCatKimiaLampuBateri

    *

  • 6.2 Kesan Sisa PepejalPersekitaranPembiakan tikus dan serangga yang membawa pelbagai penyakitPendedahan kepada sisa merbahaya yang dibakar boleh menyebabkan penyakit seperti kanserSisa mencemar tanah, air permukaan, air bawah tanah dan udara, yang mendatangkan masalah kepada manusia, haiwan dan ekosistem*

  • SosialPengurusan sisa pepejal menjadi isu penting keadilan persekitaranBeban ditanggung oleh kaum minoriti, golongan lemah dan penduduk negara membangunBangkangan penduduk bagi cadangan membina kemudahan merawat dan membuang sisa pepejalWujud pasaran bagi pergerakan sisa pepejal dari negara maju ke negara membangun

    PERSEKITARAN?*

  • EkonomiKos pengurusan sisa adalah tinggiKos dapat dikurangkan dengan pengumpulan yang cekap, guna semula, kitar semula, pendidikan dan kesedaran awamPolisi persekitaran seperti Perlu Bayar Jika Anda Buang dapat kurangkan kos pengurusan dan kurangkan jumlah sisaKedudukan pusat rawatan dan buangan sisa mengurangkan nilai hartanah sekeliling

    *

  • 6.3 Aktiviti Pengurusan Sisa PepejalPenghasilan sisa di sumberAktiviti mengenalpasti bahan sudah tidak bernilai (sisa) dan dibuang atau digabungkan bagi pembuangan

    Pengendalian, pengasingan dan penyimpanan di sumberAktiviti pengendalian dan pengasingan sisa bagi disimpan di dalam bekas sampah bagi tujuan pengumpulan *

  • PengumpulanAktiviti mengumpul semua bekas sampah oleh kenderaan sampah dan dibawa ke lokasi (pusat pemprosesan atau tapak pelupusan) di mana kenderaan dikosongkan

    Pemprosesan dan dapatsemulaTeknik, peralatan dan kemudahan yang diguna bagi mendapatsemula bahan yang boleh diguna dan menambah nilai bahan-bahan lain*

  • Pemindahan dan pengangkutanMelibatkan dua langkah:Pemindahan sisa dari kenderaan pengumpul kecil ke kenderaan besarPengangkutan sisa oleh kenderaan besar ke pusat pemprosesan atau tapak pelupusan

    PelupusanSisa pepejal yang langsung tidak bernilai selepas diproses dihantar ke tapak pelupusan sistematik*

  • 6.4 Penjanaan TenagaSisa pepejal perbandaran dapat diguna bagi menjana tenagaTeknologi terkini menghasilkan penjanaan tenaga yang lebih bersih dan ekonomi:Perangkap gas tapak pelupusanPembakaranPirolisisGasifikasi

    *

  • BiogasGas yang dihasilkan oleh pencernaan anaerobik atau penapaian bahan organik di dalam persekitaran tanpa oksigen

    *

  • Bahan organik terdiri daripada najis, mendapan kumbahan, sisa pepejal perbandaran dan sisa mudah bioreput

    *

  • Komponen utama biogas adalah metana dan karbon dioksidaPembakaran metana adalah lebih bersih dan menghasilkan lebih tenaga daripada arang batu*

  • Metana ialah gas rumah hijau yang boleh menghasilkan pemanasan global yang lebih besar dibandingkan dengan karbon dioksidaJusteru itu peranan utama pengurusan sisa ialah menghasil dan memerangkap metana

    *

  • 7.0 Sektor PengangkutanMemasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahanapi dan pengangkutan jalan awam*

  • 7.1 Pengangkutan LestariSistem pengangkutan mempunyai kesan yang sangat ketara kepada persekitaranMenggunakan antara 20 25% tenaga duniaMengeluarkan juga antara 20 25% karbon dioksida dunia*

  • Maka bagi menghalang pemanasan global dan perubahan iklim, mengurangkan pengeluaran gas rumahhijau oleh kenderaan mestilah diberi keutamaan Pengangkutan lestari (atau hijau) merujuk kepada sebarang pengangkutan yang memberi kesan rendah ke atas persekitaran, yang merangkumi kenderaan berkuasa manusia atau haiwan, kenderaan dengan bahanapi rendah karbon dan kenderaan yang menggunakan sumber tenaga diperbaharui*

  • 7.2 Bentuk Pengangkutan HijauBerjalan kakiBerbasikalKenderaan kuasa solar (elektrik)

    Kenderaan kuasa angin (elektrik)

    Kenderaan kuasa elektrik

    Berkuasamanusia*

  • Kenderaan hibrid (enjin petrol + motor elektrik)

    Kenderaan sel bahanapi*

  • Kenderaan bioethanol

    Kenderaan biodiesel

    *

  • Keretapi dan bas elektrik juga adalah pengangkutan hijau dalam kategori pengangkutan awam*

  • 7.3 Pengurusan KarbonStrategi mengkaji penggunaan tenaga pengangkutan, pengeluaran gas rumah hijau dan langkah-langkah mengurangkannyaPeralatan audit karbon diguna bagi mengukur pengeluaran karbon pengangkutanData diguna bagi membuat keputusan tentang pilihan sumber bahanapi dan teknologi pengangkutan rendah karbon yang bersesuaianPilihan bergantung kepada kos kitarhidup, isu operasi, prestasi dan pengeluaran karbon*

  • *

  • 7.4 Pengurusan Fleet Hijau Mengurangkan kesan persekitaran yang disebabkan oleh operasi pengangkutan syarikat atau organisasi, termasuk kenderaan fleet dan kenderaan pekerjaKenalpasti dan laksanakan kaedah yang kos efektif bagi mengurangkan karbon seperti:Pemantauan bahanapi dan program latihan pemanduKaedah mengurangkan pembatuanTeknologi tayar termajuPelincir termajuKawalan laju dan pengurangan beban*

  • *

  • 7.5 Pengurusan Kualiti UdaraTeknologi dan langkah bagi mengurangkan pengeluaran asap pencemaran daripada pengangkutan dan meningkatkan kualiti udaraTeknologi kenderaan pengeluaran asap rendah seperti hibrid dan elektrik, dan bahanapibioStrategi pengurusan trafik pengeluaran asap rendah seperti zon pengeluran asap rendah (NO-IDLE ZONE) dan rangkaian sistem kawalanLangkah mengurangkan trafik menerusi penambahbaikan dan pengoptimuman operasi logistik *

  • *

  • 8.0 Matlamat Teknologi HijauJangka pendek (RMK-10)Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi dan komitmen bagi menerima dan menerap Teknologi HijauJangka sederhana (RMK-11)Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatanTeknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan lebih besar berbanding teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau*

  • Jangka panjangPenerapan Teknologi Hijau dalam budaya MalaysiaPenggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negaraMembaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaranMalaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global*

  • TERIMAKASIH*

    **