teknologi hijau [sumber internet].pdf

24

Upload: doanhanh

Post on 27-Jan-2017

298 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf
Page 2: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

Temubual Galeri@1, RTM 1 Y. Bhg. Dato’ Dr Halim Bin Man

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

1. Apakah maksud ‘teknologi hijau’?

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.

2. Mengapakah teknologi hijau diberi penekanan dalam pentadbiran negara?

Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Saya percaya penekanan terhadap “teknologi hijau” adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang memberi prioriti kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini a better place to live in.

Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima.

Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk ’hijau’ yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah

1  

Page 3: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Mengikut unjuran kami, menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan teknologi hijau. Pihak swasta, para profesional serta penyelidik harus bekerjasama untuk mencipta dan mengkomersilkan teknologi hijau.

3. Apakah kepentingan aplikasi teknologi dan amalan hijau dalam kehidupan kita sebagai orang awam?

Seperti yang telah saya katakan tadi, secara amnya, Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca panas yang sedang kita hadapi pada masa ini. Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian, mitigasi fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat dunia pada masa kini.

Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang. Walau bagaimanapun, usaha-usaha boleh dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh yang demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu langkah yang diambil bagi melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Kita sebagai pengguna merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar dalam pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti harian dan pilihan yang kita buat sebagai contohnya penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan sebagainya.

Sehubungan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun amalan-amalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat oleh kita pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita di masa akan datang. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua agar mula mendekati amalan-amalan hijau yang kecil seperti mengitar semula sampah, menggunakan peralatan cekap tenaga, mengamalkan penjimatan tenaga dan air dan sebagainya.

2  

Page 4: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

4. Boleh Y.Bhg Dato’ berikan sedikit saranan dan harapan Datuk kepada masyarakat ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengutamakan teknologi hijau?

Usaha Kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau perlu dilihat dari dua aspek. Pertama ialah aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi hijau. Kita tidak semestinya mencipta sesuatu yang komplikated atau kompleks. Produk mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara kita boleh dihasilkan. Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah lagi untuk mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik kita boleh menghasilkan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang boleh dikomersilkan untuk penggunaan tempatan dan untuk tujuan eksport. Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses kerja atau amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan perkara-perkara mudah yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air minum dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam atau plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah.

Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga. Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian akan menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar. Yang penting adalah supaya kita mulakan dengan langkah-langkah yang mudah dan murah dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup. Ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka akan turut terdorong untuk mengamalkan budaya hijau.

Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan mengorak langkah ke arah penghayatan dan pengamalan teknologi hijau. Perubahan kecil yang kita buat pada hari ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. 5. Adakah sebarang galakan disediakan oleh Kerajaan untuk menggalakkan teknologi hijau?

Untuk bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status).

3  

Page 5: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. Insentif-insentif ini telah ditambah baik di bawah Bajet 2009 dimana pengecualian boleh diberikan bagi:

i- duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan oleh ST; ii- pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada pengilang tempatan; iii- Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi kepada pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh ST. iv- Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang diluluskan oleh ST seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman udara.

6. Boleh Y.Bhg Dato’ terangkan langkah-langkah yang diambil atau contoh-contoh program yang dijalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat?

Kementerian telah mula menjalankan program-program kesedaran mengenai Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharu yang merupakan salah satu daripada cabang Teknologi Hijau sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE) oleh Universiti Sains Malaysia. Program-program ini disasarkan kepada golongan profesional, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam di Malaysia. Antara program yang telah dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan sebagainya. Selain daripada itu, CETREE juga telah membangunkan Modul Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum Sekolah Rendah di seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid sekolah di peringkat awal dalam Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga.

Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan program Energy Month peringkat Kebangsaan secara tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh Diperbaharu dan mempromosikan amalan Kecekapan Tenaga di kalangan orang awam dan sektor swasta. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program Energy Month adalah mengadakan ceramah-ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga, menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, menerbitkan siri artikel di surat khabar dan menggunakan media massa untuk menggalakkan amalan Kecekapan Tenaga.

Di masa akan datang, Kementerian akan melaksanakan kempen Teknologi Hijau yang akan melibatkan stake-holders yang berkaitan termasuk orang awam dan Kementerian/

4  

Page 6: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

Jabatan Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua pihak mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam kehidupan kita. Ini bagi memastikan program-program lain yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dalam mempromosi dan membangunkan Teknologi Hijau tempatan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat.

Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my Tarikh Akses : 4 Oktober 2012

5  

Page 7: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

Teknologi Hijau

Definisi Teknologi Hijau

Rabu, 27 Julai 2011 - 11:41am Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Matlamat

Rabu, 20 Julai 2011 - 03:02pm Matlamat Kebangsaan mengenai Dasar Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk rakyat Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang sihat.

i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)

• Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;

• Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;

• Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan

• Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.

ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)

• Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan; • Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding

dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau;

• Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan; • Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh

universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;

• Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan

6  

Page 8: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

• Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.

iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)

• Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia; • Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber

secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara; • Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara; • Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran; • Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan • Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan

institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.

Objektif Sektor Teknologi Hijau

Rabu, 20 Julai 2011 - 02:54pm

• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;

• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;

• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;

• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan

• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

• Kriteria Teknologi Hijau • Rabu, 27 Julai 2011 - 11:46am

• Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-

kriteria berikut: • • Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;

• Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; • Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; • Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan • Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

7  

Page 9: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU

Rabu, 27 Julai 2011 - 11:50am

Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar.

OBJEKTIF DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA

Rabu, 27 Julai 2011 - 11:59am

• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;

• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;

• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa;

• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan

• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

TONGGAK DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA

Rabu, 27 Julai 2011 - 12:06pm

• Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga

• Alam Sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar • Ekonomi - Meningkat pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan

teknologi; dan • Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

SEKTOR UTAMA DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA

Rabu, 27 Julai 2011 - 02:45pm

Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat (4) sektor utama yang berikut:

i) Sektor Tenaga

8  

Page 10: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

• Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan

• Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.

ii) Sektor Bangunan

• Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan

iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa

• Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan

iv) Sektor Pengangkutan

• Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.

TERAS STRATEGIK DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA

Rabu, 27 Julai 2011 - 02:54pm

i) Teras Strategik 1: Mengukuhkan Kerangka Institusi

Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui:

• Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;

• Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;

• Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;

• Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan

• Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing.

ii) Teras Strategik 2: Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif

9  

Page 11: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. Industri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global, menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh dicapai melalui:

• Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan matlamatnya;

• Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri;

• Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri tempatan;

• Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; dan

• Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.

iii) Teras Strategik 3: Memperkukuh Pembangunan Modal Insan dalam Teknologi Hijau

Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui:

• Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau;

• Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;

• Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau;

• Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang Teknologi Hijau; dan

• Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam sektor Teknologi Hijau.

iv) Teras Strategik 4: Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau

Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui:

10  

Page 12: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

• Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC; • Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan; • Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan

atau institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau; • Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan; dan, • Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan

serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau.

v) Teras Strategik 5: Promosi dan Kesedaran Awam

Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua factor utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah:

• Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi Hijau;

• Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau;

• Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif;

• Program demonstrasi secara efektif dalam aplikasi Teknologi Hijau; dan

• Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entity yang berhubung dengan kerajaan.

MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU NEGARA DAN PERUBAHAN IKLIM (MTHPI)

Rabu, 27 Julai 2011 - 03:04pm

Penubuhan Majlis Teknologi Hijau Negara (MTH) adalah merupakan satu strategi utama yang telah digariskan di dalam dasar tersebut. Dalam Dasar Teknologi Hijau Negara, penubuhan MTH merupakan salah satu komponen Teras Stategik Satu dan merupakan platform peringkat tertinggi untuk menyelaraskan isu-isu mengenai Teknologi Hijau di antara pihak Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan (stakeholders) utama dalam melaksanakan dasar ini.

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 20 November 2009 bersetuju dengan cadangan supaya Jawatankuasa Kabinet Perubahan Iklim dan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) digabungkan dengan Majlis Teknologi Hijau Negara di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri memandangkan isu-isu yang dibincangkan

11  

Page 13: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

adalah berkaitan. FUNGSI

Menggubal dasar dan mengenal pasti isu strategik dalam pembangunan dasar teknologi hijau negara dan perubahan iklim serta menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau Negara dan program-program teknologi hijau dan perubahan iklim di peringkat nasional.

JAWATANKUASA PEMANDU

Jawatankuasa Pemandu akan bermesyuarat sebulan sebelum Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim. Jawatankuasa ini terdiri daripada Ketua-Ketua Setiausaha di Kementerian-kementerian yang terlibat dan dipengerusikan secara bersama oleh KSU KeTTHA dan KSU NRE. Jawatankuasa Pemandu bertindak untuk menasihati MTHPI mengenai perkara-perkara berikut:

(i) penyelarasan dan kerjasama di antara pelbagai agensi kerajaan; (ii) dasar kerajaan dan pelaksanaan berkesan; (iii) penambahbaikan kepada mekanisme fiskal dan sokongan; dan (iv) penilaian terhadap mekanisme dasar negara bagi menyokong objektif dan Dasar Teknologi Hijau Negara dan Dasar Perubahan Iklim. JAWATANKUASA KERJA

Lapan (8) buah Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemandu bagi membantu MTHPI berkaitan dengan bidang fokus yang spesifik serta melibatkan stakeholders lain terutamanya daripada sektor swasta dan agensi. Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja tersebut adalah seperti berikut :

(i) Jawatankuasa Kerja Industri; (ii) Jawatankuasa Kerja Modal Insan; (iii) Jawatankuasa Kerja Penyelidikan dan Inovasi; (iv) Jawatankuasa Kerja Promosi dan Kesedaran Awam; dan (v) Jawatankuasa Kerja Pengangkutan (vi) Jawatankuasa Kejiranan Hijau (vii) Jawatankuasa Adaptasi (viii) Jawatankuasa Pembangunan Hijau

SKIM PEMBIAYAAN TEKNOLOGI HIJAU (GTFS)

Rabu, 27 Julai 2011 - 03:06pm

12  

Page 14: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

Teras Strategi Kedua DTHN mengariskan bahawa perlunya persekitaran pembangunan Teknologi Hijau yang kondusif. Teras strategi ini memberi penekanan kepada aspek ekonomi dalam Teknologi Hijau.

Inisiatif utama di bawah Teras Strategi kedua ini termasuklah penyediaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) yang telah dilancarkan secara rasminya pada 26 Januari 2010 oleh YAB. Perdana Menteri. Dalam ucapan Bajet 2010, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Dana ini memboleh syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka. Bagi syarikat pengeluar, pinjaman maksimum yang boleh dibuat adalah RM50 juta dan syarikat pengguna RM10 juta. Sebagai tanda komitmen, Kerajaan akan menanggung 2% daripada jumlah kadar faedah dengan nisbah jaminan Kerajaan 60% dan institusi perbankan 40%. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia).

PELABELAN EKO

Rabu, 27 Julai 2011 - 03:08pm

Dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dari sudut Teknologi Hijau, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Sektor Teknologi Hijau) dengan usahasama SIRIM Berhad sebagai pemaju program bersama-sama Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Program Perintis Perolehan Hijau dan Pelabelan Eko. Program ini bermula sejak Ogos 2010 dan dijangka selesai pada bulan April 2011.

Pelabelan Eko merupakan suatu skim sukarela yang ditubuhkan untuk menggalakkan sektor perniagaan supaya menghasilkan produk yang mesra alam di samping dapat membantu para pengguna supaya mengenalpasti produk yang mesra alam.

PERBANDARAN HIJAU (GREEN TOWNSHIP)

Rabu, 27 Julai 2011 - 03:10pm

Perbandaran Hijau merupakan salah satu inisiatif Kementerian dalam menggabungkan kesemua sektor utama yang digariskan di bawah DTHN. Kementerian dan GreenTech Malaysia telah bersetuju supaya Putrajaya dan Cyberjaya dijadikan projek perintis Perbandaran Hijau yang akan menjadi model kepada pembanguunan bandar-bandar lain di Malaysia. Sebuah Jawatankuasa Penyelarasan Perbandaran Hijau Putrajaya dan Cyberjaya telah ditubuhkan untuk mengkaji isu-isu penyelarasan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Perbandaran Hijau. Tambahan, sebuah jawatankuasa lagi telah ditubuhkan di bawah kerangka MTHPI yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kejiranan Hijau yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan perundangan, dasar-dasar, garis panduan, program, aktiviti-aktiviti serta peranan agensi-agensi yang bertanggungjawab dengan pelaksanaan Kejiranan Hijau.

13  

Page 15: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

KAJIAN TEKNOLOGI HIJAU

Rabu, 27 Julai 2011 - 03:18pm

Sektor Teknologi Hijau juga telah melaksanakan beberapa kajian untuk menterjemahkan Dasar Teknologi Hijau Negara kepada satu pelan tindakan dan pelaksanaannya. Kajian utama tersebut adalah Green Technology Masterplan dan Roadmap Infrasturuktur Kenderaan Elektrik.

a) Green Technology Masterplan

Penyediaan Pelan Tindakan Teknologi Hijau terbahagi kepada dua (2) peringkat di mana peringkat pertama adalah kajian baseline (Jun 2010 - Jun 2011) dan peringkat kedua (Julai 2011 – Disember 2012) adalah bagi membentuk pelan tindakan yang terperinci.

Bagi Fasa Pertama, kajian baseline tertumpu kepada enam (6) sektor yang dikenalpasti iaitu tenaga, bangunan, pengangkutan, pengurusan air dan sisa, industri pembuatan dan teknologi komunikasi maklumat. Tujuan kajian baseline ini adalah untuk mengenalpasti kedudukan Malaysia sehingga kini dalam aplikasi Teknologi Hijau. Selain itu, fasa ini juga bertumpu kepada analisa jurang (Gaps Analysis) dan mengenalpasti kaedah bagi mengisi jurang tersebut. Kementerian melalui Malaysian GreenTech Malaysia telah melantik Frost & Sullivan Malaysia Sdn. Bhd. sebagai perunding bagi menjalankan kajian ini.

Manakala fasa kedua mendefinisikan Teknologi Hijau, Low Carbon Economy dan merangka untuk Pelan Tindakan Ekonomi Rendah Karbon yang akan merangkumi kesemua sektor utama ekonomi termasuk sektor pertanian dan perhutanan; dan membentuk garis panduan terperinci bagi menghasilkan pelan tindakan Teknologi Hijau dalam merealisasikan DTHN.

b) Roadmap Infrastruktur Kenderaan Elektrik

Di bawah kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP), Kementerian telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan Pelan Jangka Panjang (roadmap) Pembangunan Infrastruktur bagi Kenderaan Elektrik. Sehubungan dengan itu, Kementerian telah melantik GreenTech Malaysia untuk membantu penyediaan Roadmap Infrastruktur Kenderaan Elektrik.

GreenTech Malaysia bersama-sama jururunding yang dilantik (TNB Research -TNBR) telah mengemukakan tujuh (7) key area bagi pembangunan keseluruhan roadmap kenderaan elektrik iaitu:

• Rangka institusi (Institutional framework); • Sumber (Resources); • Teknologi (Technology);

14  

Page 16: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

• Matriks prestasi industri (Industry performance matrices); • Rantai nilai (Value chain); • Pembangunan Pasaran dan Industry (Market & Industry development); dan • Projek perintis (demonstration / pilot project).

Berdasarkan kepada tujuh (7) key area tersebut, KeTTHA, GreenTech Malaysia dan Malaysian Automotive Institute (MAI) telah mengadakan 1st Electric Vehicle Roundtable Discussion pada 15 Disember 2010. Tujuan program tersebut diadakan adalah bagi mengumpul maklumbalas dan input daripada stakeholders yang terdiri daripada wakil-wakil Kerajaan/Agensi berkaitan dan wakil daripada pihak industri dan pengeluar kenderaan elektrik. Hasil perbincangan tiga (3) kumpulan tersebut juga telah dijadikan input kepada pihak jururunding roadmap infrastruktur kenderaan elektrik untuk memulakan fasa pertama penyediaan roadmap iaitu dengan mengeluarkan sepuluh (10) basic checklist yang merupakan pelan strategik permulaan roadmap infrastruktur kenderaan elektrik.

Basic Checklist Pelan Strategik Permulaan Roadmap Infrastruktur Kenderaan Elektrik

• Pembentukkan Jawatankuasa Pemandu Kenderaan Elektrik

• Penetapan standard alat bekalan elektrik kenderaan (socket-to-socket).

• Peraturan kepada Pembekal Infrastruktur kenderaan elektrik.

• Peraturan menetapkan kelayakan bagi kenderaan elektrik.

• Insentif kepada pembekal pengecas infrastruktur kenderaan elektrik.

• Insentif kepada pemilik dan pengguna kenderaan elektrik .

• Pematuhan bacaan grid, bekalan elektrik dan lain-lain.

• Projek Perintis.

• Kesedaran Awam dan Pendidikan.

• Penyelidikan dan pembangunan ke dalam teknologi kenderaan elektrik.

Fasa kedua roadmap infrastruktur kenderaan elektrik ialah pelaksanaan projek perintis kenderaan elektrik. Kementerian bersama-sama Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI) telah bekerjasama dengan PROTON untuk menjalankan Program Fleet Test Vehicle (FTV) pada tahun 2011 yang tertumpu di kawasan Putrajaya dan Cyberjaya. Keputusan pelaksanaan FTV tersebut akan membantu untuk memastikan penyediaan roadmap infrastruktur kenderaan elektrik

15  

Page 17: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

yang komprehensif dan boleh digunapakai di seluruh negara. Program ini merupakan salah satu langkah ke arah mempromosi dan memperkenalkan kenderaan elektrik kepada orang awam.

Fasa ketiga roadmap infrastruktur kenderaan elektrik pula akan melibatkan penyediaan roadmap keseluruhan kenderaan elektrik yang akan merangkumi kesemua tujuh (7) key areas yang telah disenaraikan di dalam rangka kerja penyediaan roadmap tersebut. Output dan outcome yang diperoleh daripada fasa ketiga akan menentukan pelaksanaan fasa keempat keseluruhan roadmap iaitu pembangunan infrastruktur kenderaan elektrik peringkat nasional.

Skop roadmap infrastruktur kenderaan elektrik akan merangkumi beberapa aspek utama iaitu regulatori dan pelesenan, pembangunan kod dan piawai, pembangunan stesen caj bateri, punca tenaga, smart grid, teknologi bateri atau penukaran bateri, elektronik kuasa, sistem pemanduan elektrik, keselamatan, pembekalan kenderaan dan komponen dan penyelenggaraan selepas pembelian.

KERJASAMA PINTAR

Rabu, 27 Julai 2011 - 03:25pm

Kerjasama Pintar merupakan salah satu daripada strategi di dalam memperkukuhkan agenda Teknologi Hijau Negara. Kerjasama pintar ini merangkumi, kerjasama pintar di peringkat Negara, Negeri, Kerajaan Tempatan hinggalah ke peringkat Antarabangsa.

a) Pekerjaan Hijau (Green Jobs)

Kementerian telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk membangunkan Occupational Analysis (OA) dan National Competency Standard (NCS) dalam bidang Teknologi Hijau. Dokumen-dokumen OA dan NCS tersebut telahpun diluluskan oleh KSM pada tahun 2010. Occupational Analysis (OA) merupakan proses sistematik untuk mengumpul maklumat mengenai tugas-tugas yang penting dalam sesuatu pekerjaan. Bagi NCS pula, tujuan NCS dibangunkan adalah untuk menyenaraikan kompentensi generik sesuatu pekerjaan yang perlu dicapai untuk dijadikan pekerjaan hijau. Sektor Teknologi Hijau juga atas inisiatifnya sendiri telah berhubung dengan pihak International Labour Organization (ILO) untuk mendapatkan bantuan dalam menyediakan “roadmap” untuk green jobs di Malaysia. Tujuan penyediaan “roadmap” ini adalah untuk memberi hala tuju kepada pihak industri dalam pelbagai sektor yang berkaitan Teknologi Hijau mengenai kepentingan green job dalam menjamin masa depan kita.

b) Integrasi Topik-Topik Hijau Dalam Sukatan dan Kurikulum di Semua Peringkat Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi

Kementerian telah menjalankan analisis sukatan dan kurikulum berkaitan dengan Teknologi Hijau di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Hasil

16  

Page 18: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

daripada analisis tersebut mendapati integrasi topik-topik hijau adalah tidak menyeluruh dan perlu dikemaskinikan mengikut peringkat dan tahap pemahaman.

c) ICT Hijau (Green ICT)

Kementerian mendapati bahawa bidang ICT turut memainkan peranan penting di dalam pengurangan pelepasan GHG (Green House Gas). Sehubungan dengan itu, Kementerian melalui Sektor Teknologi Hijau telah bekerjasama dengan Bahagian Dasar dan Perancangan ICT, MAMPU dalam mengumpul input mengenai aplikasi Teknologi Hijau di dalam ICT.

d) Kerjasama Malaysia dan Republik Korea Selatan di dalam Bidang Teknologi Hijau

Pada 11-14 Oktober 2009, Y.B. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengadakan satu lawatan kerja ke Republik Korea untuk bertemu T.Y.T. Kim Young Hak, Timbalan Menteri di Ministry of Knowledge Economy Republik Korea. Hasil daripada lawatan tersebut Republik Korea telah bersetuju untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dengan Malaysia di dalam bidang Teknologi Hijau.

Seterusnya, pada 25-29 September 2010, satu lawatan kerja berkaitan Teknologi Hijau ke Republik Korea telah diadakan. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua setiausaha KeTTHA bersama-sama para delegasi terdiri daripada Kementerian/jabatan dan agensi swasta. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengenalpasti dengan lebih lanjut skop kerjasama yang dapat diwujudkan dengan lebih mendalam.

Pada 22-23 November 2010, satu Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknologi Hijau telah diadakan dan diketuai oleh Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Perancangan Dasar, KeTTHA. Mesyuarat bersama Ministry Of Knowledge Economy (MKE) telah diadakan di Hotel Le Meridian, Kota Kinabalu, Sabah. Dalam mesyuarat Kumpulan Kerja tersebut, satu sesi perbincangan one-to-one telah diadakan di antara wakil-wakil daripada Malaysia dan Republik Korea. Hasilnya, kedua-dua pihak tersebut telah mencapai persefahaman untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang Teknologi Hijau.

Kerjasama Malaysia-Republik Korea ini secara langsung akan memberi faedah kepada Malaysia seperti perkara-perkara berikut:

1. perkongsian maklumat mengenai rangka dasar dan regulatori dalam bidang teknologi hijau;

2. pembangunan sumber manusia, termasuk latihan, seminar, bengkel dan sebagainya;

3. projek kerjasama, termasuk dalam bidang R&D; 4. perjumpaan di antara entiti perniagaan Malaysia-Republik Korea dalam bidang

Teknologi Hijau; dan

17  

Page 19: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

5. mempromosi perdagangan dan pelaburan dalam bidang tersebut di antara Malaysia-Republik Korea.

KERJASAMA PINTAR

Rabu, 27 Julai 2011 - 03:25pm

Kerjasama Pintar merupakan salah satu daripada strategi di dalam memperkukuhkan agenda Teknologi Hijau Negara. Kerjasama pintar ini merangkumi, kerjasama pintar di peringkat Negara, Negeri, Kerajaan Tempatan hinggalah ke peringkat Antarabangsa.

a) Pekerjaan Hijau (Green Jobs)

Kementerian telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk membangunkan Occupational Analysis (OA) dan National Competency Standard (NCS) dalam bidang Teknologi Hijau. Dokumen-dokumen OA dan NCS tersebut telahpun diluluskan oleh KSM pada tahun 2010. Occupational Analysis (OA) merupakan proses sistematik untuk mengumpul maklumat mengenai tugas-tugas yang penting dalam sesuatu pekerjaan. Bagi NCS pula, tujuan NCS dibangunkan adalah untuk menyenaraikan kompentensi generik sesuatu pekerjaan yang perlu dicapai untuk dijadikan pekerjaan hijau. Sektor Teknologi Hijau juga atas inisiatifnya sendiri telah berhubung dengan pihak International Labour Organization (ILO) untuk mendapatkan bantuan dalam menyediakan “roadmap” untuk green jobs di Malaysia. Tujuan penyediaan “roadmap” ini adalah untuk memberi hala tuju kepada pihak industri dalam pelbagai sektor yang berkaitan Teknologi Hijau mengenai kepentingan green job dalam menjamin masa depan kita.

b) Integrasi Topik-Topik Hijau Dalam Sukatan dan Kurikulum di Semua Peringkat Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi

Kementerian telah menjalankan analisis sukatan dan kurikulum berkaitan dengan Teknologi Hijau di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Hasil daripada analisis tersebut mendapati integrasi topik-topik hijau adalah tidak menyeluruh dan perlu dikemaskinikan mengikut peringkat dan tahap pemahaman.

c) ICT Hijau (Green ICT)

Kementerian mendapati bahawa bidang ICT turut memainkan peranan penting di dalam pengurangan pelepasan GHG (Green House Gas). Sehubungan dengan itu, Kementerian melalui Sektor Teknologi Hijau telah bekerjasama dengan Bahagian Dasar dan Perancangan ICT, MAMPU dalam mengumpul input mengenai aplikasi Teknologi Hijau di dalam ICT.

d) Kerjasama Malaysia dan Republik Korea Selatan di dalam Bidang Teknologi Hijau

18  

Page 20: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

Pada 11-14 Oktober 2009, Y.B. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengadakan satu lawatan kerja ke Republik Korea untuk bertemu T.Y.T. Kim Young Hak, Timbalan Menteri di Ministry of Knowledge Economy Republik Korea. Hasil daripada lawatan tersebut Republik Korea telah bersetuju untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dengan Malaysia di dalam bidang Teknologi Hijau.

Seterusnya, pada 25-29 September 2010, satu lawatan kerja berkaitan Teknologi Hijau ke Republik Korea telah diadakan. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua setiausaha KeTTHA bersama-sama para delegasi terdiri daripada Kementerian/jabatan dan agensi swasta. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengenalpasti dengan lebih lanjut skop kerjasama yang dapat diwujudkan dengan lebih mendalam.

Pada 22-23 November 2010, satu Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknologi Hijau telah diadakan dan diketuai oleh Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Perancangan Dasar, KeTTHA. Mesyuarat bersama Ministry Of Knowledge Economy (MKE) telah diadakan di Hotel Le Meridian, Kota Kinabalu, Sabah. Dalam mesyuarat Kumpulan Kerja tersebut, satu sesi perbincangan one-to-one telah diadakan di antara wakil-wakil daripada Malaysia dan Republik Korea. Hasilnya, kedua-dua pihak tersebut telah mencapai persefahaman untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang Teknologi Hijau.

Kerjasama Malaysia-Republik Korea ini secara langsung akan memberi faedah kepada Malaysia seperti perkara-perkara berikut:

1. perkongsian maklumat mengenai rangka dasar dan regulatori dalam bidang teknologi hijau;

2. pembangunan sumber manusia, termasuk latihan, seminar, bengkel dan sebagainya;

3. projek kerjasama, termasuk dalam bidang R&D; 4. perjumpaan di antara entiti perniagaan Malaysia-Republik Korea dalam bidang

Teknologi Hijau; dan 5. mempromosi perdagangan dan pelaburan dalam bidang tersebut di antara

Malaysia-Republik Korea.

GALAKKAN DAN INSENTIF

Rabu, 27 Julai 2011 - 03:46pm

Umum:

Untuk menggalakkan pembangunan aktiviti Teknologi Hijau, Kerajaan:

• Dalam pengumuman Bajet 2010, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 billion sebagai pinjaman mudah kepada para pengeluar serta pengguna Teknologi Hijau di seluruh Negara melalui Skim Pembiayaan Teknologi Hijau atau Green Technology Financing Scheme (GTFS);

19  

Page 21: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

• Pemilik bangunan yang telah memperoleh sijil Indeks bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan; Pembeli yang membeli rumah yang telah memperoleh sijil GBI daripada pemaju hartanah diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik; dan

• Amaun pengecualian adalah bersamaan dengan kos tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan. Pengecualian ini adalah layak bagi pembeli yang menyempurnakan perjanjian jual beli mulai 24 Oktober 2009 hingga 31 Disember 2014.

GTFS (Green Technology Financing Scheme):

http://www.gtfs.my

Sumber : http://www.kettha.gov.my Tarikh Akses : 4 Oktober 2012

20  

Page 22: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

Teknologi Hijau

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Sektor Teknologi Hijau telah ditubuhkan hasil daripada rombakan Kabinet pada 9 April 2009. Penubuhan Sektor Teknologi Hijau adalah memastikan pembangunan Negara yang mapan di samping memulihara alam sekitar bagi generasi akan datang. Malahan, Sektor Teknologi Hijau juga bertanggungjawab untuk mengkaji dan membangunkan Teknologi Hijau Negara di samping meningkatkan kualiti hidup dan menjamin persekitaran yang mesra alam.

“Green Technology is a blue ocean strategy as it transcends across all sectors of the economy. It provides vast opportunities for government and business to innovate and grow as well as developing new parts of competitiveness.”

Dato’ Sri Najib Tun Razak Opening Remarks Green Technology and Climate Change Council 14 Disember 2010

Agenda Teknologi Hijau Negara akan merentasi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Sehubungan dengan itu, Sektor Teknologi Hijau mempunyai peranan yang amat penting sebagai fasilatator, pacesetter dan strategic integrator dalam memacu agenda tersebut.

Justeru itu, dalam menggalas tanggungjawab ini, Sektor Teknologi Hijau dengan bantuan pihak berkepentingan yang lain akan terus berusaha untuk memperkasa dan memperkukuhkan lagi agenda Teknologi Hijau Negara dengan melaksanakan pelbagai inisiatif selaras dengan objektif Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN).

Matlamat Matlamat Kebangsaan mengenai Dasar Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk rakyat Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang sihat. i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)

• Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;

• Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;

21  

Page 23: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

• Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan

• Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.

ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)

• Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan; • Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding

dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau;

• Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan; • Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh

universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;

• Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan

• Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.

iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)

• Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia; • Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber

secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara; • Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara; • Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran; • Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan • Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan

institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.

Objektif

• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;

• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;

• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;

• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan

22  

Page 24: Teknologi Hijau [Sumber Internet].pdf

23  

• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

Kriteria

• Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

• • Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran; • Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; • Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; • Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan • Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Kepentingan

Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar.

Sumber : http://www.melakagreentech.gov.my Tarikh Akses : 4 Oktober 2012