teknologi em bawa perubahan keenakan baulu digemari...

16
Teknologi EM Bawa Perubahan Penanaman Padi Alami Satu Inovasi Keenakan Baulu Digemari Ramai Kerjasama LPP-BERNAS Penyeliaan Organisasi Pertubuhan Peladang

Upload: vomien

Post on 08-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Teknologi EM Bawa PerubahanPenanaman Padi Alami Satu InovasiKeenakan Baulu Digemari RamaiKerjasama LPP-BERNASPenyeliaan Organisasi Pertubuhan Peladang

Penglibatan ahli peladang dalam mengusahakan projek pertanian masa kini semakin bertambah

melalui sokongan teknologi moden. Ia membolehkan golongan aktiviti yang dilakukan menjadi lebih mudah dan menguntungkan walaupun sedikit masa dulu bidang ini dianggap hanya sebagai aktiviti sara diri. Kemudahan yang ada dapat menarik minat pelbagai golongan menceburi bidang tersebut secara sepenuh masa atau sambilan.

Bagi Encik Saeman bin Mansor, 47 tahun dari Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, Pontian, kemajuan bidang pertanian masa kini menarik minat beliau mengusahakan projek ternakan lembu dan kambing secara feedlot dan integrasi dengan kelapa sawit. Projek ternakan ini pada peringkat permulaan telah diusahakan oleh bapanya dengan bantuan keluarga. Setelah ketiadaan bapanya projek tersebut terbiar tanpa pengurusan kerana tiada sesiapapun dikalangan ahli keluarganya yang ingin menyambung usaha tersebut disebabkan telah mempunyai pekerjaan sendiri dan tiada minat. Melihat kepada keadaan tersebut dan minat yang mendalam, beliau mengambil keputusan meneruskan projek ternakan tersebut. Sokongan keluarga terutama isteri beliau, Rapeah binti Ismail yang sentiasa membantu dalam pengurusan projek membolehkan projek berdaya saing.

Menyedari hakikat dalam mengusahakan projek pertanian memerlukan tumpuan yang lebih, beliau mengusahakannya secara sepenuh masa dan melibatkan diri secara serius dalam bidang pertanian. Penglibatan beliau secara serius dalam bidang pertanian bermula pada tahun 1997 dengan mengusahakan ternakan lembu daripada baka

B r a h m a n dan Kedah K e l a n t a n . Tanah seluas 1.2 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit menjadi ladang ternakan beliau.

Berbekalkan modal sendiri dan peruntukan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta kerajaan negeri berjumlah RM80,000, kaedah feedlot dan integrasi dengan kelapa sawit menjadi pilihan kerana bahan buangan dari ladang seperti pelepah sawit menjadi sumber makanan kepada ternakannya.

Bagi memastikan projek yang dijayakan berjalan lancar, beliau terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dan kursus berkaitan ternakan antaranya seperti Kursus Teknologi Ternakan Lembu Feedlot dan Kursus Ternakan Ruminan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan, beliau turut mendapatkan perkhidmatan berupa input pertanian untuk kegunaan projek ternakan lembu dan kambing. Menurut Encik Norazman bin Udin, Pengurus Besar PPK, galakan dan sokongan sentiasa diberi kepada beliau dalam menjayakan projek tersebut kerana kejayaan projek akan dijadikan contoh kepada ahli lain.

Teknologi EM (Effective Microorganisma) turut digunakan dengan mencampurkannya dalam penyediaan makanan ternakan. Sisa makanan seperti

Oleh : Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)

pelepah sawit dan rumput napier yang dihancurkan menggunakan mesin khas akan dicampur dengan EM dan gula yang akan diperam selama 8 – 10 jam sebelum diberikan kepada ternakan.

Bagi ternakan yang diternak secara integrasi dengan kelapa sawit, ternakan akan dibiarkan bebas meragut di kawasan ladang dengan pemantauan. Semua kerja-kerja tersebut akan dilakukan oleh enam orang pekerja yang diambil secara tetap dan sambilan untuk kerja-kerja harian seperti membersihkan kandang dan memberi makan selain bantuan isteri. Sehingga kini lembu yang diternak secara feedlot dan integrasi melebihi 300 ekor manakala kambing pula sekitar 20 ekor.

Bagi ternakan kambing, baka kambing boer dikacukan dengan jenis jamnapari ternyata menghasilkan pembiakkan kambing yang berkualiti. Kacukan bersaiz sederhana dengan harga yang lebih murah berbanding seratus peratus kambing boer menjadi pilihan pembeli. Anak-anak kambing jantan hasil kacukan tersebut akan dipisahkan daripada ibunya apabila mencapai umur setahun bagi menghindarinya daripada pembiakan baka tanpa kawalan.

Sama dengan ternakan lembu, kambing juga turut diberikan makanan daripada sisa pelepah sawit dan rumput napier yang dicampur EM. Kelebihan penggunaan EM yang dicampurkan dalam makanan dapat dilihat melalui pemerhatian terhadap persekitaran kandang dan keadaan ternakan itu sendiri. Antara kelebihannya ialah:

• Persekitaran kandang bebas daripada lalat.

• Tumbesaran lembu sekata dengan keadaan kulit yang bersih dan licin

• Campuran EM kepada makanan menghasilkan bau yang membuatkan lembu kerap makan.

• Najis daripada ternakan kurang berbau.

Bagi memastikan ternakannya tidak dijangkiti penyakit dan tumbesaran yang sekata, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) sering datang ke kandang untuk memeriksa tahap kesihatan lembu. JPH turut memberi suntikan vaksin secara percuma jika terdapat tanda-tanda ternakan dijangkiti penyakit. Pengasingan akan dilakukan jika terdapat ternakan yang dijangkiti penyakit agar penyakit dapat dikawal.

Di samping perkembangan projek yang berdaya maju, terdapat juga beberapa masalah dan ia perlu diatasi segera kerana jika tidak akan memberi kesan untuk jangka panjang seperti kekurangan modal untuk penambahan baka ternakan dan kesukaran mendapatkan induk lembu yang berkualiti untuk jangka panjang.

Kesemua lembu yang dipelihara adalah untuk pasaran tempatan. Pasaran lembu-lembu tersebut lebih kepada tujuan aqiqah dan korban yang dijual terus kepada pengguna dengan harga RM1,800 – RM2,000, manakala kambing dijual antara RM500 – RM600. Baka lembu dan kambing juga dijual kepada JPH yang turut diedarkan kepada

penternak-penternak baru.

A rah tuju industri padi telah berubah daripada saradiri kepada komersial. Cara menanam padi

juga berubah daripada kaedah kovensional kecara lebih moden.

Penanaman padi sekarang menggunakan mesin menanam atau dikenali dengan jentanam (transplanter) bagi penambahbaikan ke arah lebih sistematik yang bertujuan meningkatkan pengeluaran hasil dan menjimatkan kos operasi. Namun sebelum ia boleh ditanam dengan jentanam, anak padi perlu disemai di tapak semaian terlebih dahulu.

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pasir Panjang mengorak langkah membina tapak semaian padi apabila diluluskan peruntukan RMK-9 melalui Lembaga Pertubuhan Peladang dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (AIDA) Barat Laut Selangor berjumlah RM952,151.26 berupa tapak semaian, mesin semai dan jentanam.

Mula beroperasi pada September 2007, tapak semaian padi seluas 0.8 hektar (48 petak) ini berupaya membekalkan kawasan penanaman seluas 57 hektar sawah.

Menurut Encik Rosli Yaakub, Pengurus Besar PPK, walaupun melalui objektif penubuhannya dahulu PPK akan membekal kepada permintaan ahli, namun pada masa ini ia tidak dapat dipenuhi kerana melaksanakan program pengeluaran benih padi LPP terlebih dahulu seluas 48 hektar.

Antara kebaikan penanaman menggunakan jentanam adalah :

• Penghasilan stabil apabila jumlah tangkai dalam serumpun dapat ditentukan.

• Jaminan kualiti apabila benih yang ditanam telah disahkan oleh Jabatan Pertanian dan

Oleh : Rosli Yaakub (PPK Pasir Panjang)

Penanaman Padi Alami Satu Inovasi

pertumbuhan benih dapat dilihat.• Mengurangkan padi angin di sawah kerana

benih yang ditanam bersih daripada padi angin sementara yang berada di sawah senang dibuang kerana ia berada hanya dilorong yang tersedia.

• Kurangkan serangan siput gondang. Siput tidak dapat naik ke perdu anak benih kerana keadaan air yang sedikit dan perdu pula sudah mula mengeras.

• Tempoh perladangan disingkatkan. Jabatan Pertanian telah membuat kajian tanaman padi cara ini lebih singkat dibandingkan cara tabur terus. Tabur terus 120 hari, tanaman dengan jentanam 115 hari.

• Mudah urus tanaman dan menjimatkan air.

Namun demikian sebelum pesawah menggunakan cara tanaman padi berjentera ini mereka perlu mengetahui prosesnya dahulu iaitu:

• Semaian padi – Benih padi perlu disemai dahulu di tapak semaian khas sebelum ditanam. Operasi di tapak semaian seperti Jadual 1:

• Penyediaan tanah – Penyediaan tanah di sawah perlu dibuat rata kerana apabila tanah beralun penggunaan anak benih akan bertambah.

• Penanaman berjentera digunakan.

Bagi mendapatkan hasil yang baik beberapa syarat perlu diikuti antaranya:

•· Tanah perlu rata.

• Traktor tidak sangkut (terbenam) menyebabkan tanah beralun.

• Air perlu diurus dengan cekap.

• Tempahan dibuat 60 hari sebelum menanam.

• Pesawah telah dilatih mengetahui pengurusan teknologi penanaman.

• Petak sawah “access” ke jalan ladang.

Bersandarkan kepada kejayaan yang dicapai PPK berharap agar dapat membesarkan lagi tapak semaian yang ada sekarang. Keluasan tanah yang ada mampu mengisi tambahan 100 petak semaian atau untuk penanaman 120 hektar sawah. Dengan ini dapat memenuhi permintaan sebahagian pesawah di bawah pengandalian PPK yang menanam padi menggunakan jentanam.

5

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis produk

makanan ringan dipasaran dengan bermacam-macam jenama. Situasi tersebut merancakkan lagi industri ini kerana pengusaha akan memastikan hanya produk yang benar-benar berkualiti dan menepati citarasa pengguna sahaja berada dipasaran.

Pengguna sekarang bijak memilih barangan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti seperti dahulu. Ini akan membuatkan pengeluar perlu peka terhadap keinginan pengguna yang lebih menjurus kepada tahap keselamatan makanan itu sendiri. Bermula dari tahap kebersihan seawal pemprosesan hingga peringkat pembungkusan dan pelabelan akan mempengaruhi pengguna kepada produk yang dikeluarkan. Di samping itu promosi yang dilakukan turut mempengaruhi pasaran dan pengguna. Dari sini pengeluar akan dapat menilai sama ada produk yang dihasilkan mampu kekal dipasaran atau sebaliknya.

Persekitaran pasaran iaitu daya beli pengguna, citarasa pengguna, status pengguna dan peringkat

u m u r j u g a

memainkan peranan dalam memastikan produk

yang dihasilkan mendapat pasaran.

Produk makanan ringan baulu cermai, baulu gulung, kek dan rempeyek yang dikeluarkan oleh Zalinah binti Ahmad, 36 tahun bersama keluarga sejak 1999 ternyata semakin digemari oleh pengguna tempatan. Antara keempat-empat produk keluarannya itu, baulu cermai mendapat permintaan tinggi oleh pelanggan dan dikeluarkan secara berterusan, manakala produk lain hanya akan dibuat jika mendapat tempahan daripada pelanggan. Zalinah yang merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan mengusahakan projek tersebut di Kg. Seri Gambut, Pekan Nenas, Pontian melalui peruntukan sebanyak RM50,000 daripada Lembaga Pertubuhan

Keenakan Baulu Digemari Ramai

6

Peladang (LPP) dan Jabatan Pertanian selain modal sendiri berjumlah RM2,500.

Menurut Tuan Haji Ali bin Marlan, Ketua Unit Kg. Melayu Raya, peranan yang dimainkan oleh PPK dalam mempromosikan produk yang dikeluarkan oleh Zalinah menjadikan produk tersebut semakin dikenali.

Proses pembuatan yang menggunakan mesin ternyata memberikan kelebihan kepada beliau bagi memenuhi permintaan pasaran. Ini kerana permintaan terhadap baulu keluarannya dimusim-musim perayaan meningkat amat ketara. Jika dahulu permintaan oleh pelanggan kadangkala terpaksa ditolak kerana pengeluaran dilakukan secara manual.

Bagi memastikan usaha yang dilakukan berjalan lancar dan menghasilkan produk yang berkualiti serta diterima ramai, beliau telah menghadiri kursus berkaitan, antaranya ialah:

• Kursus Amalan Pengilangan Yang Baik• Kursus Teknologi Makanan Sejuk Beku• Kursus pembungkusan dan pelabelan makanan

Dengan lima orang pekerja yang kebanyakan daripada penduduk setempat, pembahagian kerja membuatkan pengurusan pengeluaran baulu cermai dan produk

lain menjadi mudah. Proses penyediaan baulu cermai ini tidaklah begitu rumit berbanding produk lain yang dikeluarkan. Pada peringkat permulaan penyediaan bahan-bahan diperlukan seperti telur, tepung, gula, serbuk penaik dan perisa tambahan mestilah mengikut sukatan yang ditetapkan. Kesemua bahan keperluan untuk membuat baulu cermai dan produk lain diperolehi daripada pembekal tempatan.

Menurut Zalinah, hanya telur daripada gred AA digunakan dan sebanyak 50 biji diperlukan untuk setiap adunan. Telur yang telah dipecahkan itu akan diadun bersama tiga kilogram gula, pewarna dan perisa s e l a m a 20 minit menggunakan mesin sehingga adunan tersebut m e n g e m b a n g . Setelah itu ia akan dicampur dengan tepung yang telah diayak sebanyak 2.5 kilogram sedikit demi sedikit. A d u n a n tersebut a k a n

7

diadun sekali lagi selama satu minit agar sebati. Campuran adunan tersebut boleh menghasilkan sehingga 600 biji baulu cermai. Bagi menghasilkan baulu gulung campuran tersebut akan ditambah dengan ovelatte (bahan penaik).

Kemudian adunan tersebut akan dimasukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan minyak masak bagi mengelakkannya daripada melekat sedikit demi sedikit dan dibakar menggunakan oven pada suhu 210 0C selama 10 minit bagi oven yang mampu memuatkan enam acuan. Manakala bagi oven yang hanya memuatkan empat acuan suhu yang digunakan hanya 180 0C. Baulu cermai yang telah masak akan dikeluarkan dan dibiarkan sejuk sebelum dibungkus. Pembungkusan dilakukan mengikut permintaan pasaran. Bagi pasaran yang diedarkan di kedai runcit dan kedai makan, bungkusan yang mempunyai 12 biji baulu cermai dijual dengan harga RM1.20. Manakala bagi permintaan secara borong bungkusan berisi 50 biji baulu cermai disediakan untuk pelanggan yang datang sendiri ke kilangnya dengan harga RM5.00. Pada masa kini operasi kilangnya memerlukan sehingga 30 kilogran tepung sehari yang mampu menghasilkan 8,000 biji baulu cermai dengan pendapatan kasar mencecah RM20,000 sebulan.

Walaupun pengeluaran dan permintaan produk yang dihasilkan memberangsangkan, terdapat juga pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi. Antara masalah tersebut dan langkah yang akan

diambil untuk mengatasinya ialah:

• Terdapatnya persaingan daripada pengusaha tempatan yang turut mengeluarkan produk sepertinya.

• Harga pasaran bagi produk yang dihasilkan juga mendapat saingan daripada pengusaha lain.

• Kenaikan kos bahan mentah turut menjejaskan pendapatan. Kos pengeluaran telah meningkat sedangkan pendapatan tetap sama, kerana kebanyakan pelanggan tidak mahu kos kenaikan tersebut ditanggung bersama.

• Pasaran ke atas produk menjadi semakin kecil disebabkan saingan daripada pengusaha lain. Ruang pasaran baru akan dicari bagi memastikan produk sentiasa berada dipasaran.

• Kualiti atau ketahanan barang juga mempengaruhi permintaan dipasaran. Langkah bagi memastikan produk tidak cepat rosak, berkualiti dan bertahan lebih lama akan dikenalpasti melalui penggunaan teknologi MARDI.

• Bangunan kilang pemprosesan yang ada sekarang kurang besar dan tidak mampu menambah pengeluaran atau menyimpan stok.

Melihat kepada kejayaan yang dikecapi kini dan pengeluaran serta permintaan tinggi, beliau akan terus meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan bagi memastikan ia sentiasa berada dipasaran serta digemari oleh pelanggan.

8

Puan Zalinah AhmadPengusaha Kuih Baulu

Agenda Kerajaan dalam memartabatkan sektor pertanian negara giat dilaksanakan

berpandukan kepada hala tuju Dasar Pertanian Negara Ketiga yang menjanjikan pertanian diberikan nafas baru. Pendekatan pertanian baru diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di negara ini terutamanya pada akhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Pertanian digerakkan dalam pendekatan revolusi supaya sektor yang suatu ketika pernah mengalami zaman malapnya, berupaya untuk digiatkan dengan lebih pantas. Pertanian kemudiannya diangkat begitu tinggi oleh kerajaan sehingga menjadi jentera pertumbuhan ekonomi ketiga selepas sektor perindustrian dan perkhidmatan.

Bagi mencapai semua matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam RMK9 dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti berikut:

1. Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar.

2. Mengembangkan aktivit i pemprosesan

berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk. 3. Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian

global. 4. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil,

petani dan nelayan. 5. Menambah baik sistem penyampaian

perkhidmatan.

Teras dasar yang digariskan ini semestinya menjadi fokus utama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam membantu merealisasikan agenda kerajaan dan pelbagai strategi dirancang serta dilaksanakan melalui projek dan program. Lima sasaran khusus telah ditetapkan dalam RMK9 iaitu:

1. Menjana pertumbuhan nilai ditambah. 2. Mencapai imbangan perdagangan dalam

sub-sektor makanan.3. Pertumbuhan nilai ditambah bagi industri

asas tani.4. Menarik pelaburan swasta.5. Mencapai sasaran SSL bagi komoditi-

komoditi tertentu.

KERJASAMA LPP – BERNASPesawah Berjaya Tingkatkan Hasil

Oleh:Rosly Abdul Rahman (LPP Kedah)

9

Kerjasama strategik antara LPP dengan BERNAS (Padi Beras Nasional Bhd.) dalam bidang penanaman padi adalah selaras dengan agenda teras dasar dan sasaran khusus dalam RMK9. Di Kedah sebagai contohnya, Kerjasama antara LPP dengan pihak BERNAS yang sekian lama diwujudkan, kini telah dimantapkan lagi. Terkini, kerjasama antara LPP dengan BERNAS telah menjurus kepada pelaksanaan Program Rakan Ladang.

Program Rakan Ladang adalah merupakan produk yang diperkenalkan oleh BERNAS sebagai salah satu perkhidmatan dalam rantaian bekalannya dalam projek tanaman padi. Program Rakan Ladang merupakan program perladangan padi secara tersusun yang perlu diusahakan oleh petani secara kelompok atau secara estet. Di bawah pelaksanaan program ini, tiga pihak perlu bekerjasama dalam dalam menjayakan Program Rakan Ladang, iaitu petani, pertubuhan peladang kawasan (PPK) dan BERNAS.

Kerjasama ketiga-tiga pihak mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Komuniti petani yang bersetuju menyertai program ini bertindak sebagai pengusaha sawah. Sementara itu PPK

bertanggungjawab sebagai penyedia khidmat pertanian (service provider) akan menggembleng ahli-ahli dan tanah-tanah ahli yang bersesuaian bagi dilaksanakan projek tanaman padi di bawah Program Rakan Ladang ini. Bagi BERNAS pula, merupakan agensi yang menyediakan kemudahan wang pendahuluan bagi membiayai kos penanaman padi di kawasan projek terpilih dan seterusnya membeli semula padi-padi tersebut.

Program Rakan Ladang ini bertepatan dengan strategi pelaksanaan RMK9. Penterjemahan halatuju dan teras dasar RMK9 menumpukan kepada usaha ke arah menjayakan matlamat akhir dan sasaran yang telah ditetapkan. Program kerjasama antara LPP dengan BERNAS ini merupakan projek pembangunan RMK9 dan dilaksanakan selaras dengan beberapa strategi yang ditetapkan seperti:

1. menambah kawasan agro makanan.2. meningkatkan keupayaan pemasaran.3. penyediaan pinjaman dan insentif.

Salah satu kawasan tanaman padi pengendalian PPK yang dipilih bagi menjalankan Program Rakan Ladang ialah di Kampung Bakar Arang dan Kampung

10

Lubok Reba, di bawah penyeliaan PPK Pendang Selatan, Kedah. Kedua-dua kawasan yang dipilih ini merupakan projek perintis di luar kawasan MADA. Satu lagi kawasan yang dipilih adalah di dalam kawasan MADA iaitu di Kampung Padang Langgar, di bawah penyeliaan PPK Alor Senibong (MADA).

Program sebegini menyokong sektor tanaman padi dan beras negara yang menjadi sektor penting dalam pembangunan pertanian negara. Mengikut sumber Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, pertumbuhan purata nilai ditambah sektor padi adalah 1.4 peratus. Walaupun kadar pertumbuhan purata ini adalah di bawah nilai sasaran 2.7 peratus kerajaan terus mempunyai keyakinan tinggi terhadap sektor ini dengan meletakkan sasaran pertumbuhan 9.4 peratus dengan purata pertumbuhan pengeluaran padi sebanyak 5.9 peratus setahun dalam tempoh RMK9.

Objektif utama pelaksanaan Program Rakan Ladang adalah ke arah peningkatan pengeluaran padi yang berkualiti. Padi-padi yang dikeluarkan ini menjadi asas jaminan bekalan padi kepada kilang padi BERNAS. Peningkatan hasil padi serta berkualiti ini akan meningkatkan pendapatan petani yang mengusahakan tanaman padi. Petani yang menyertai program ini akan diwajibkan menggunakan benih padi sah mulai tahun 2009 sebagai pelan strategi masa hadapan selaras dengan arahan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Dengan penggunaan benih-benih sah ini, hasil padi dijangkakan akan turut meningkat berbanding dengan apa yang diperolehi sekarang.

Pembangunan kawasan tanaman padi diharap dapat menyumbang kepada peningkatan hasil selaras

dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan tahap sara diri (SSL). Program Rakan Ladang yang dilaksanakan di Kampung Bakar Arang dan Kampung Lubok Reba, PPK Pendang Selatan ini turut menyokong matlamat Pembangunan Industri Padi dan Beras Negara iaitu meningkatkan tahap sara diri pengeluaran beras daripada 72 peratus kepada 90 peratus pada tahun 2010. Secara terperinci, sasaran mengikut tahun adalah seperti jadual dibawah:

11

Purata pengeluaran padi negara pada masa ini adalah 3.54 metrik tan sehektar. Di kalangan negara ASEAN, purata pengeluaran padi di negara ini adalah tinggi berbanding Kemboja dan Thailand di mana purata hasil padi di Kemboja adalah sebanyak 2.05 metrik tan sehektar dan di Thailand sebanyak 2.57 metrik tan sehektar. Namun pengeluaran hasil padi negara adalah lebih rendah berbanding dengan Vietnam, Indonesia dan Filipina di mana hasil pengeluaran negara-negara berkenaan masing-masing sebanyak 4.80 metrik tan, 4.52 metrik tan dan 3.55 metrik tan. (Sumber IRRI – 2004)

Purata pengeluaran padi bagi projek mini estet di bawah pengendalian Lembaga Pertubuhan Peladang atau lebih tepat lagi, PPK di luar kawasan MADA bagi musim tanaman padi utama, musim 2/2007 adalah sebanyak 2.58 metrik tan bagi jumlah keseluruhan

Tahun Pengeluaran Padi Sasaran SSL (juta mt) (Peratus)2005 2.400 72.372006 2.460 73.112007 2.610 76.282008 2.770 79.992009 2.990 85.082010 3.233 90.58

Jadual A

12

keluasan 5,335 hektar. Bagi kawasan pengendalian PPK Pendang Selatan, purata pengeluaran hasil musim berkenaan adalah sebanyak 2.99 metrik tan atas tanah sawah dengan keluasan 449 hektar.

Pelaksanaan Program Rakan Ladang di Kampung Bakar Arang dan Kampung Lubok Reba, PPK Pendang Selatan hanya melibatkan kawasan seluas 48 hektar sahaja berbanding jumlah keseluruhan 449 hektar yang diusahakan sebagai projek perintis program kerjasama LPP dengan BERNAS. Program ini dipantau terus oleh Pengurus Besar PPK Pendang Selatan, Encik Md. Bukhari bin Shuib bagi memastikan ianya berjaya. Seluas 28.6 hektar diusahakan di Kampung Bakar Arang dengan perolehan hasil sebanyak 101.36 metrik tan atau purata hasil padi sebanyak 3.5 metrik tan sehektar. Manakala di Kampung Lubuk Reba pula, seluas 19.4 hektar diusahakan dengan perolehan hasil sebanyak 41.27 metrik tan atau purata hasil padi sebanyak 2.1 metrik tan. Secara keseluruhannya, kedua-dua kawasan ini menyumbang purata hasil sebanyak 3.0 metrik tan sehektar dengan perolehan sebanyak 142.65 metrik tan melalui keluasan tanaman 48 hektar.

Program kerjasama yang dimulakan mulai musim tanaman padi 2/2007 di PPK Pendang Selatan ini dianggap berjaya dari segi peningkatan hasil pengeluaran padi. Perbandingan yang dibuat dengan musim tanaman padi 2/2006 menunjukkan terdapat peningkatan hasil padi sehingga 43.6 peratus dalam musim tanaman 2/2007. Bagi keluasan yag sama, projek tanaman padi di Kampung Bakar Arang telah menunjukkan peningkatan hasil komersial sebanyak 57.2 peratus berbanding musim tanaman padi 2/2006. Sementara itu di Kampung Lubok Reba, peningkatan hasil dicatatkan sebanyak 18.4 peratus bagi musim

utama tahun sebelumnya. Secara terperinci, perbandingan peningkatan hasil padi adalah seperti jadual dibawah:

64.5 101.4 36.9 57.2

34.9 41.3 6.4 18.4

99.4 142.7 43.3 43.6

Jadual B

Kampung Bakar Arang (28.6 ha)Kampung Lubuk Reba (19.4 ha)Jumlah

Musim2/2006(m/t)

Lokasi Musim2/2007(m/t)

Beza Peratus

Pihak BERNAS begitu komited dengan Program Rakan Ladang ini. Dengan pelaksanaan program ini, BERNAS telah menetapkan sasaran objektif Program Rakan Ladang yang terperinci dan secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada para petani. Melalui objektif yang digariskan, ianya berusaha untuk memberikan pendahuluan kewangan bagi menampung kos tanaman padi. Ianya turut memberikan khidmat nasihat dan latihan serta turut memperkenalkan Amalan Pertanian Baik yang menjanjikan peningkatan produktiviti iaitu penambahan hasil dan kualiti padi yang akan menjurus kepada peningkatan pendapatan. BERNAS yang mempunyai kilang padi sendiri mampu memberikan perkhidmatan pemprosesan padi, sekali gus mempercepatkan proses penyediaan produk beras berkualiti tinggi “dari sawah hingga ke meja makan”.

Penambahbaikan dalam program pembangunan industri padi dan beras negara diharap akan dapat memperbanyakkan golongan petani moden dan komersial. Keupayaan pengeluaran akan dapat ditingkatkan kapasiti dengan menyerapkan proses transformasi ke arah peningkatan produktiviti dan menambah pendapatan mereka.

Objektif Penyeliaan Organisasi Pertubuhan Peladang (PP)

Aspek penyeliaan Organisasi adalah satu mekanisma terpenting dalam memastikan unsur ‘check and balance’ berlaku di PP. Penyeliaan terhadap sesebuah Pertubuhan Peladang adalah bagi memastikan perjalanan sesebuah PP adalah seperti mana tujuan utama penubuhannya. Penyeliaan organisasi PP dibentuk untuk memaju, mengawal, menghad, mengurus dan menyemak pelbagai program dan aktiviti PP berdasarkan kaedah dan peraturan yang ditetapkan. Penyeliaan Organisasi PP dibuat secara cekap dan berkesan bagi mencapai objektif berikut:

i. Untuk memastikan Pertubuhan Peladang (PP) diuruskan mengikut peraturan dan undang-undang PP.

ii. Untuk menjadikan Pertubuhan Peladang (PP) yang diseliakan itu menguntungkan, berdaya maju, relevan dan memberi faedah kepada ahli-ahlinya.

iii. Untuk mengesan kelemahan pengurusan PP sedia ada dan memberi khidmat bimbingan bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Undang-undang Berkaitan Penyeliaan Organisasi PP

Pertubuhan Peladang perlu mematuhi peruntukan perundangan yang berkuatkuasa dari masa ke masa. PP perlu mematuhi objektif penubuhannya dalam memberi perkhidmatan dan pulangan sosio ekonomi yang terbaik kepada ahli-ahli peladang.

i. Peraturan 66(1), Peraturan-Peraturan PP 1983, mengkehendaki supaya PP menyimpan rekod-rekod perakaunan yang boleh menjelaskan secukupnya transaksi-transaksi dan kedudukan kewangan. Menyediakan penyata kewangan PP yang benar dan saksama.

ii. Peraturan 67(2), Peraturan-Peraturan PP 1983 menghendaki Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira sesuatu PP hendaklah diaudit dengan sempurna sebelum semuanya dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunannya.

Penemuan dan Teguran Lazim Penyeliaan Organisasi PP

i. Wujudnya perbezaan akaun iaitu baki Akaun Kawalan tidak sama dengan baki Lejer Tambahan.

ii. Buku Wang Tunai dan rekod perakuanan tidak diurus dengan sempurna dan tidak dikemaskini sehingga tarikh yang sepatutnya.

iii. PP tidak mematuhi Arahan Pendaftar seperti mana yang diarahkan seperti Peruntukan Hutang Sangsi, Pelunasan Telah Terkurang Anggar, Pengunaan Kumpulan Wang Ahli.

iv. Keputusan yang dibuat oleh pengurusan PP bukan untuk kepentingan ahli-ahli PP.

v. Kelemahan pengurusan PP gagal dikenalpasti, dilaporkan dan ditangani lebih awal.

vi. Membuat pelaburan dan pembelian harta tanpa kebenaran dan kelulusan Pendaftar.

PENYELIAAN ORGANISASI PERTUBUHAN PELADANG (PP)Oleh : Wan Salahuldin Wan Mohd Rashdi (Ibu Pejabat LPP)

13

vii. Penyalahgunaan kuasa dalam pemberian kredit kepada bukan ahli dan tidak mematuhi prosedur pemberian kredit.

viii. PP tidak mematuhi Arahan Pendaftar dan tidak mengikuti Pekeliling Pendaftar seperti mana yang telah diedarkan.

ix. Kegagalan PP mengutip semula Akaun Akan Terima dan membuat pengumuran ke atas semua penghutang PP.

Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Penyelia Daerah

i. Mempastikan PP mematuhi Akta PP, Peraturan PP, Perlembagaan PP, Arahan Pendaftar dan Pekeliling Pendaftar yang diedarkan.

ii. Mempastikan pengurusan dan aktiviti PP mengikut manual dan prosedur yang ditetapkan agar perjalanannya dipastikan mengikut undang –undang dan memberi faedah kepada PP dan ahli-ahli.

iii. Menyemak maklumat dan prestasi sebenar PP melalui mesyuarat, perbincangan dan lawatan yang diadakan.

iv. Melaporkan prestasi sebenar PP ke pejabat Pendaftar dan membuat apa-apa perakuan untuk tindakan pembaikan jika berkenaan.

v. Mengadakan lawatan penyeliaan dan pemeriksaan untuk mempastikan buku-buku dan rekod perakaunan sentiasa dikemaskini.

vi. Mengambil tindakan susulan dan penyelesaian ke atas Teguran Audit.

vii. Semua projek-projek yang dilaksanakan PP mesti merujuk kepada kertas kerja dan

belanjawan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung PP.

Tugas dan Tanggungjawab Pengurus Besar PPa. Tanggungjawab Statutori iaitu anggungjawab

yang diwajibkan oleh undang-undang.b. Tanggungjawab Fiduasiari iaitu tanggungjawab

yang tidak melanggar undang-undang tetapi dibuat dengan suci hati untuk kepentingan PP dan ahli-ahli peladang.

c. Tanggungjawab sebagai kakitangan kerajaan.d. Melaksanakan segala keputusan Mesyuarat

Jemaah Pengarah PP selagi tidak melanggar undang-undang.

e. Proses membuat perancangan, pengelolaan, memimpin dan pengawalan terhadap pentadbiran pejabat dan anggota personel pertubuhan peladang untuk mencapai matlamat PP.

f. Menjalankan dan menguruskan perniagaan dan lain-lain aktiviti PP dengan bijaksana dan berhemah.

g. Selaku setiausaha kepada Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah PP.

Etika dan Prinsip Utama Pertubuhan Peladanga. Pengurusan PP mestilah bertindak dalam

batasan dan kawalan perundangan.b. Beretika dan berintegriti dalam meningkatkan

profesionalisme pengurusan PP. Menjalankan tugas dengan kompeten, tiada penyelewengan dan meningkatkan kredibiliti.

c. Meletakkan tahap kebertanggungjawaban ‘accountability’ di atas tindakan yang telah

14

diputuskan dan dilaksanakan.d. Telus dan terbuka terhadap maklumat

pentadbiran dan operasi PP. Laporan yang dikemukakan perlulah boleh dipercayai, tepat pada masanya, sesuai dan berkaitan.

e. Komunikasi yang berkesan perlu diwujudkan bagi memastikan semua pihak mendapat maklumat yang jelas dan ahli-ahli peladang secara aktif akan membantu menjayakan program dan aktiviti PP.

Laporan Penyeliaan Organisasi PP

Pegawai Penyelia Daerah bertanggungjawab memberi maklumbalas dan membuat laporan terus kepada pengurusan LPP Negeri. Penyeliaan Organisasi yang efektif akan mengalakkan operasi PP dijalankan dengan telus, efisien, mengurangkan kesilapan dan salahlaku. Pegawai Penyeliaan Daerah hendaklah pada setiap masa mempunyai akses kepada segala buku, akaun dan dokumen-dokumen PP. Pengiktirafan peranan Pegawai Penyelia Daerah yang signifikan akan membantu pengurusan PP agar berjalan di atas landasan yang tepat.

Pegawai Penyelia Daerah perlu kompeten dalam menyemak dokumen dan maklumat perakaunan yang disediakan oleh pengurusan PP. Laporan penyeliaan PP yang tepat dapat memberi petanda serta menjelaskan sama ada sumber modal dan pengurusan PP dijalankan dengan betul, cekap, teratur dan menguntungkan. Penyeliaan berterusan dapat mengesan pelanggaran etika, salahlaku, penyelewengan dan penipuan diperingkat yang lebih awal. Pegawai Penyelia Daerah bertanggungjawab memberitahu pengurusan PP apa-apa kelemahan melalui laporan teguran Audit Pendaftar yang dibuat dari masa ke masa. Keberkesanan penyeliaan PP akan dapat meningkatkan kecekapan produktiviti

dan memupuk nilai falsafah pengurusan PP yang cemerlang.

Kawalan Dalaman PP

Pemantauan Kawalan Dalaman PP adalah mustahak dalam memastikan kuasa dan kesahihan segala perbelanjaan yang dibuat terutamanya perbelanjaan material telah mendapat kelulusan. Perbelanjaan yang dibuat mesti mengikut prosedur yang betul dan ianya benar-benar berlaku atas urusan PP dan ahli-ahli peladang. Belanjawan tahunan yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PP dan Mesyuarat Jemaah Pengarah merupakan satu sumber rujukan terpenting garis panduan perbelanjaan diperingkat PP. Urusniaga dan pelaburan yang dibuat tanpa kelulusan Pendaftar akan menyebabkan pengurusan PP tersebut dan pegawai yang terlibat dianggap telah menjalankan aktiviti terlarang dan boleh dihadapkan kemuka pengadilan.

Mekanisma kawalan dalaman, pemantauan dan penyeliaan berterusan dapat membantu mencapai halatuju dan objektif PP ditubuhkan. Pihak pengurusan PP perlu menyedari, memahami falsafah dan menyemai fahaman bahawa kegiatan ekonomi PP bukanlah pentas untuk mengaut keuntungan peribadi tetapi sebaliknya keuntungan yang diperolehi dikembalikan kepada ahli-ahli dalam bentuk dividen, hadiah langganan, aktiviti sosial dan kebajikan kepada ahli-ahli peladang. Wawasan yang jelas dan berpengaruh akan dapat mempengaruhi pengurusan PP untuk menjadi lebih komited dan optimis. Kejayaan dan keuntungan yang dicapai PP akan dapat meneguhkan keyakinan dan penglibatan ahli-ahli peladang dalam mengharungi cabaran globalisasi pada masa depan.

15

Kepada Y.B Dato’ Mustapa Bin Mohamed

AtasPerlantikan Sebagai

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Bermula18 Mac 2008

DaripadaKetua Pengarah

danAnggota Lembaga Pertubuhan Peladang

Tahniah