teknik terjemahan

5

Click here to load reader

Upload: maria-mandez

Post on 19-Jan-2016

39 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Bahasa Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Terjemahan

Teknik Terjemahan

A. Definisi

1. Menurut Kamus Dewan perkataan terjemahan bermaksud memindahkan daripada suatu bahasa

kepada bahasa yang lain. Terjemahan juga merupakan proses mengubah hasil percakapan atau teks

dalam sesuatu bahasa kepada hasil percakapan atau teks dalam bahasa yang lain dengan mengekalkan

isi kandungannya. Aspek makna yang harus dipelihara antara bahasa teks terjemahan ialah aspek

ketepatan, kesamaan dan kesepadanan isi kandungan.

2. Menurut Mat Taib bin Pa, pensyarah Universiti Malaya dari Jabatan Bahasa dan Linguistik,

merumuskan definisi terjemahan sebagai pemindahan dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain

dengan memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh yang boleh melahirkan persamaan

reaksi. Terjemahan ialah proses menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber kepada bahasa

sasaran dari segi persamaan makna dan gaya.

B. Prinsip-Prinsip Terjemahan

1. Tidak mengubah maksud pengarang teks asal. Prinsip ini adalah jelas untuk para

penterjamah. Tetapi, pada praktikalnya para penterjemah sebenarnya sukar untuk

mengelakkan diri untuk mengubah maksud pengarang secara 100% kerana faktor

perbezaan budaya dan bahasa. Tetapi, ini tidak bermaksud penterjemah diizinkan

mengubah maksud pengarang teks asal dengan segaja.

2. Menghasilkan terjemahan yang mudah difahami pembaca.

Penterjemahan merupakan sebahagian daripada komunikasi. Oleh itu, sesuatu

terjemahan sebaik-baiknya mudah difahami supaya tujuan komunikasi antara pembaca

dengan pengarang asal dapat dicapai.

3. Menghormati tatabahasa penerima. Dalam proses menterjemahkan, tatabahasa

bahasa penerima harus dihormati. Ini bermaksud tatabahasa asing tidak seharusnya

dipaksakan ke dalam teks terjemahan.

4. Menterjemah Makna Bahasa bukan menterjemah bentuk bahasa.

Dalam proses penterjemahan, makna harus diberi fokus. Penterjemah tidak seharusnya

berusaha mengekalkan bentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan

yang berbelit-belit dan sukar difahami.

Page 2: Teknik Terjemahan

C. Tujuan Terjemahan ialah:

1. Membolehkan pelajar-pelajar memahami tatabahasa sesuatu bahasa dan juga melatihkan pelajar

menulis menggunakan bahasa yang betul.

2. Membolehkan pelajar menterjemah bahasa asing kepada bahasa natif dan sebaliknya.

3. Membolehkan pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa

ibunda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusteraan yang dibaca.

4. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks

sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks

sumber).

5. Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu

pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan

daripada budaya asing.

D. Syarat-Syarat Penterjemah

1. Mengetahui bahasa sumber

2. Mengetahui bahasa penerima

3. Berpengetahuan dalam budang yang diterjemahkan

4. Mengetahui teori dan amalan terjemahan

E. Peranan terjemahan

Dalam pembangunan bangsa, terjemahan ialah kegiatan mengalihkan fikiran konseptual yang

ditulis oleh penulis bahasa sumber dengan segala gagasan dan pengalaman yang dapat

menambah dan memperkaya budaya dan merangsang kemajuan peradaban bangsa (Sudhendra

Yusof, 1994. Teori Terjemahan. Bandung: Penerbit Mandar Maju. Hlm 31). Kemajuan

peradaban ini tidak saja diertikan sebagai upaya maksimum manusia untuk memenuhi

keperluan sehari-hari, untuk ilmu dan pemikiran, kecerdasan dan ketakwaan yang akan

mengangkat kehidupan manusia ke darjat yang lebih tinggi.  Dengan hal demikian, suatu

bangsa yang beradab ialah bangsa yang tidak hanya memperoleh kemakmuran dalam bidang

kebendaan, tetapi juga yang memperkembang nilai intelektual dan spiritual. Cara terjemahan

juga penting sebagai satu medium untuk mendidik masyarakat. Orang dapat memperoleh

manfaat daripada bacaan karya terjemahan. Orang dapat menyerap maklumat dari luar;

Page 3: Teknik Terjemahan

penggerak diri untuk berbuat lebih baik demi kepentingan orang   banyak. Dan mewujudkan

keadaan yang lebih maju dan berkembang.

F. Terdapat tiga jenis teknik menterjemah iaitu:-

a. Terjemahan Terus,

b. Terjemahan Struktural,

c. Terjemahan Global.

a. Teknik menterjemah secara terus

Secara terus teknik terjemahan jenis ini dikenali juga sebagai terjemahan hurufiah atau literal.

Terjemahan Harfiah bermaksud terjemahan perkataan demi perkataan dari sudut kosa kata,

sarf, nahu, dan uslub serta kadar ayat. Perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber diterjemahkan

satu persatu dengan perkataan-perkataanyang sepadan dengan bahasa sasaran. Perkataan bahasa sasaran yang

sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa

sumber. Kesannya menyalahi struktur ayat bahasa sasaran, kesamaran makna dan kesilapan

banyak berlaku dalam terjemahan buku-buku agama pada zaman dahulu. Semua tanda bacaan

dikekalkan.

Contoh teks asal: My brothers and sisters: I am sure that the most presistent and restless

desire of my life is to be fully human and fully alive.

Terjemahan secara terus : Abang-abang dan kakak-kakakku: saya percaya bahawa hajatku

yang paling utama dan meresahkan ialah untuk menjadi manusia yang sepenuhnya dan hidup

sepenuhnya.

Penggantian yang harfiah mungkin akan menimbulkan bentuk-bentuk yang tidak akan

menjadi atau boleh menimbulkan salah faham.

Contoh teks asal: A Sabah Land Transport Department

Terjemahan secara terus: Jabatan Pengangkutan Tanah Sabah.

Terjemahan yang betul: Jabatan Pengangkutan Darat Sabah.

Page 4: Teknik Terjemahan

Masalah terjemahan secara terus

Oleh itu penggunaan teknik terjemahan secara terus tidak boleh digunakan dengan secara

meluas dalam teknik penterjemahan kerana masalah-masalah berikut: -

1. Perbezaan unit-unit nahu - Contohnya dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis kata

ganti nama iaitu Ia dan Dia. Sebaliknya dalam bahasa Inggeris terdapat tiga jenis kata

ganti nama iaitu He, She dan It dan tidak boleh digunakan dengan sewenang-

wenangnya. Contoh “Ali ada seekor kucing. Dia sangat sayang pada kucingnya.”

Terjemahan ke Bahasa Inggeris: Ali has a cat. He loves his cat so much.

2. Penggunaan perkataan yang tidak boleh digunakan dengan sesuka hati dalam

kedudukan sosial. Contohnya perkataan You dalam bahasa Inggeris boleh digunakan

kepada sesiapa sahaja dari kanak-kanak termasuk kepada Raja. Tetapi dalam Bahasa

Melayu terjemahan dari perkataan you ialah awak dan jika tersalah guna boleh

dianggap kurang ajar.

3. Tiada istilah bagi sesuatu perkataan yang boleh digunakan bersama dari bahasa asal

untuk diterjemahkan kepada bahasa sumber kerana perkataan dan objek tersebut tidak

terdapat di Negara tersebut. Contohnya perkataan durian diterjemahkan kepada King

Of Fruit sedangkan perkataan King of fruit iaitu adalah terlalu am.

Ainon Mohd, Abdullah Hassan. 2000. Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur. Persatuan Penterjemahan Malaysia. ISBN 983-161-000-8

Juan C.Sager. 1995. Kualiti dan Piawai--Penilaian Penterjemahan dlm Panduan Penterjmahan. Catriona Picken(pny). Bashir M.M Basalamah(pntj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.