teknik mencatat nota dan daya ingatan

8
1.0 TEKNIK MENCATAT NOTA 1.1 PETA MINDA Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun startegi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar- pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai pada zaman yang serba maju ini. Oleh itu, peta minda memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran seseorang pelajar. Peta minda merupakan suatu pembinaaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya. Peta minda dibentuk berdasarkan otak manusia memproses maklumat. Penyelidikan menunjukkan bahawa otak manusia memproses dan merakamkan maklumat berbeza dengan computer. Otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubung kait, membanding, menganalisis dan lain-lain lagi. Dalam peta minda, maklumat penting adalah disusun dengan cara keseluruhan supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif. Ia selaras dengan cara otak memproses dan merakamkan maklumat. Penyelidikan menunjukkan bahawa otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan idea penting. Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear. 1.2 KEBAIKAN PETA MINDA Peta minda boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan. Peta minda juga meningkatkan kemahuan para pelajar belajar kerana ianya berfungsi seirama dengan ciri semula jadi otak (linear, menyeluruh,

Upload: jeffrey-yeoh

Post on 22-Oct-2015

22 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

teknik mencatat nota kbkk

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Mencatat Nota Dan Daya Ingatan

1.0 TEKNIK MENCATAT NOTA

1.1 PETA MINDA

Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun

startegi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar.

Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya

tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai

pada zaman yang serba maju ini. Oleh itu, peta minda memainkan peranan yang

penting dalam proses pembelajaran seseorang pelajar.

Peta minda merupakan suatu pembinaaan yang dibuat di atas sehelai

kertas, idea penting diletakkan di tengah sebagai pusat utama dan idea lain yang

berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil,

garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya. Peta minda dibentuk

berdasarkan otak manusia memproses maklumat. Penyelidikan menunjukkan

bahawa otak manusia memproses dan merakamkan maklumat berbeza dengan

computer. Otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat

pengelolaan yang menyeluruh, menghubung kait, membanding, menganalisis

dan lain-lain lagi.

Dalam peta minda, maklumat penting adalah disusun dengan cara

keseluruhan supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif. Ia selaras dengan

cara otak memproses dan merakamkan maklumat. Penyelidikan menunjukkan

bahawa otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan

idea penting. Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih

mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang

disusun secara linear.

1.2 KEBAIKAN PETA MINDA

Peta minda boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak

kanan bagi meningkatkan daya ingatan. Peta minda juga meningkatkan

kemahuan para pelajar belajar kerana ianya berfungsi seirama dengan ciri

Page 2: Teknik Mencatat Nota Dan Daya Ingatan

semula jadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding dan

menganalisis). Peta minda juga menjimatkan masa kerana menggunakan kata

kunci sahaja. Focus pelajar-pelajar kepada isu sebenar meningkat dan

hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan symbol,

rajah, bongkah dan warna. Peta minda juga bagus untuk mengulangkaji

pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan

tersirat.

Peta minda membantu pelajar untuk memahami pelajaran, meningkatkan

daya ingatan dan mengukuhkan arahan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Catatan dalam bentuk peta minda daripada sesuatu yang dipelajari semasa

kelas dapat mengukuhkan pemahaman pelajar-pelajar terhadap matapelajaran

tertentu seperti Sejarah, Biologi, Geografi dan lain-lain lagi. Selain itu, pelajar

mencatat isi utama sebagai rujukan yang lebih pantas semasa menghadapi

peperiksaan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia

dan sebagainya terutamanya semasa masa tidak mencukupi terutamanya bagi

pelajar-pelajar yang membuat persiapan pada saat-saat akhir.

1.3 KEGUNAAN PETA MINDA

Peta minda biasanya digunakan semasa seseorang ingin menyampaikan

ucapan. Maklumat yang ingin disampaikan telah disediakan dalam bentuk peta

minda memudahkan seseorang memikirkan cara-cara untuk menyampaikannya

dengan menarik dan penuh makna. Para pelajar juga boleh menggunakan cara

peta minda untuk mengambil nota matapelajaran tertentu. Semakin banyak

perkataan kunci dalam sesuatu nota, semakin tinggi kemungkinan untuk

mengingati kembali. Pelajar-pelajar hanya perlu mengingati kata-kata kunci dan

imej-imej tertentu sahaja untuk menguatkan ingatan. Dengan menggunakan peta

minda, daya ingatan pelajar-pelajar mampu bertambah sebanyak 50%.

Seseorang juga boleh menggunakan peta minda untuk membuat perancangan

dalam pembelajaran, pengajaran, membaca buku, kuliah, mesyuarat dan lain-

lain lagi.

Page 3: Teknik Mencatat Nota Dan Daya Ingatan

1.4 ELEMEN-ELEMEN UTAMA PETA MINDA

1.4.1 PENGELOLAAN

Maklumat penting disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan supaya

menghasilkan struktur pola yang kreatif, selaras dengan cara otak memproses

maklumat dan lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang.

1.4.2 PERKATAAN KUNCI

Ianya digunakan untuk mewakili sesuatu idea dan tema. Perkataan kunci juga

dapat dihubungkaitkan dengan idea yang lain.

1.4.3 BAYANGAN PANDANGAN

Bayangan pandangan boleh bibuat dalam pelbagai cara. Sebagai contohnya

warna boleh memfokuskan idea, gambar rajah 3 dimensi dapat menekankan

kepentingan idea dan lain-lain lagi. Ianya mudah diingati berbanding jika

menggunakan perkataan.

1.5 PANDUAN-PANDUAN UMUM MEMBUAT PETA MINDA

Panduan-panduan umum membuat

peta minda

Imej-imej visual pelbagai saiz

perkataan dan garisan

Tulisan cetak atau

blok

1 kata kunci bagi 1 garisan hubungan

pelbagai warna

Perkataan-perkataan yang

dikreatifkan

Page 4: Teknik Mencatat Nota Dan Daya Ingatan

1.6 PROSES MEMBUAT PETA MINDA

Cari semua maklumat tentang sesuatu bab yang hendak dibuat peta minda

Cari kata kunci yang sesuai

Tulis tajuk/bab di tengah-tengah dan sub-topik di bahagian sekelilingnya

Pergi ke setiap sub-topik dan tuliskan kata kuncinya (fakta-

fakta penting)

Ulangi sehingga semua isi penting telah tercatat

Masa menyiapkannya antara 10-20 minit

Jangan terlalu mementingkan warna-warni sehingga menumpukan masa

mewarnakannya dari mencari kata kunci yang penting

Setelah siap, baca 3 kali atau dibentangkan, disimpan dan

tampal

Cuba buat bayangan minda dengan cara menulis semula

peta minda tersebut pada kertas lain

Page 5: Teknik Mencatat Nota Dan Daya Ingatan

1.7 CONTOH-CONTOH PETA MINDA

Carta aliran

Carta tulang ikan

Carta blok

Page 6: Teknik Mencatat Nota Dan Daya Ingatan

2.0 TEKNIK MENINGKATKAN DAYA INGATAN

2.1 KAEDAH AKROSTIK

Manusia mempunyai keupayaan untuk mengingat yang agak terbatas.Tidak

semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan. Akan tetapi,

manusia boleh meningkatkan kemahiran mereka untuk mengingati melalui

latihan dan cara yang sistematik. Kaedah akrostik menggunakan kepala huruf

fakta untuk membentuk ayat. Contoh-contoh jenis ayat:

Bahasa sebagai 1 Sistem, Bahasa sebagai 1 Simbol, Bahasa sebagai 1 alat Komunikasi, Bahasa sebagai Arbitrari, Bahasa bersifat

Unik, Bahasa bersifat Sejagat, Bahasa bersifat Dinamis, Bahasa Variasi

SSKAUSDV

Suara Sumbang Katak Aku Unik Sebab Dilanggar Van

Ciri-ciri Bahasa Melayu

Bahasa Ilmu, Bahasa Kebangsaan, Bahasa

Perpaduan, Bahasa Rasmi Negara, Bahasa Pengantar

IKPRP

Ingatan Kepada Para Remaja Perempuan

Fungsi Bahasa Melayu

Page 7: Teknik Mencatat Nota Dan Daya Ingatan

2.2 KEBAIKAN KAEDAH AKROSTIK

Kebaikan

Cara yang paling mudah

Seronok untuk belajar

menghilangkan rasa bosan

Menjimatkan masa

Meningkatkan daya ingatan

Page 8: Teknik Mencatat Nota Dan Daya Ingatan

Kaedah akrostik merupakan cara yang paling mudah dan menjimatkan masa

untuk meningkatkan daya ingatan seseorang pelajar terutamanya dalam

matapelajaran Biologi, Kimia, Sejarah dan sebagainya. Para pelajar tidak

memerlukan masa yang panjang untuk menghafal sesuatu fakta yang penting.

Para pelajar hanya perlu menggunakan kepala huruf fakta untuk membentuk

ayat. Dengan cara ini pelajar-pelajar tidak perlu menghafal bulat-bulat fakta-fakta

dan selepas itu mudah terlupa semasa peperiksaan. Hal ini demikian kerana

kaedah akrostik biasanya membentuk ayat-ayat yang menarik dan

menyeronokkan daripada fakta-fakta yang agak membosankan. Pelajar-pelajar

lebih senang mengingati ayat-ayat tersebut dan mengaplikasikannya semasa

peperiksaan. Fakta-fakta dalam bentuk kaedah akrostik akan kekal dalam

ingatan pelajar-pelajar sekiranya mereka selalu megulangi ayat-ayat tersebut

dalam otak mereka. Dengan kaedah ini, pelajar-pelajar mampu mendapat

markah yang tinggi dalam peperiksaan mereka kerana daya ingatan mereka

telah dapat dipertingkatkan berkali ganda. Selain itu, pembelajaran dan

pengajaran semasa dalam kelas juga akan menjadi lebih menarik kerana kaedah

akrostik yang biasanya menggunakan ayat-ayat yang melucukan akan menarik

perhatian para pelajar. Akhir sekali, pelajar-pelajar juga akan tidak berasa bosan

semasa kelas dan akan menumpukan sepenuh perhatian.