tekatan.ppt-baru

22
TEKATA N

Upload: nor-shahirah

Post on 28-Jun-2015

392 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKATAN.ppt-baru

TEKATAN

Page 2: TEKATAN.ppt-baru

PENGENALAN Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang

dihasilkan dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar jenis baldu.

Ia juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji timbul‘. Seni tekat berkembang di istana Kesultanan Melayu

Melaka pada awal kurun ke-15. Hasil tekat dijadikan:

• Pakaian kebesaran• Adat kelengkapan kerabat diraja

Gadis melayu yang ingin melangsungkan perkahwinan dahulu biasanya menekat bahan atau alat hiasan yang akan digunakan pada hari perkahwinannya.

Seni ini masih diusahakan oleh tukang di Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Page 3: TEKATAN.ppt-baru

ASAL-USUL TEKATAN Bermula pada masa yang sama dengan songket. Dibuktikan dengan dengan penggunaan bahan asas

seperti benang emas, kain baldu dan motif yang serupa.

Di Perak, tekat telah dimonopoli oleh golongan bangsawan.

Raja Permaisuri Perak pada hujung abad ke-19 dikenali sebagai pereka yang kreatif dan mahir dalam seni kraf.

Sultan Perak yang ke 26 yang memerintah pada 1874-1876 iaitu Sultan Abdullah Muhammad Syah II mempunyai pakaian rasmi yang disulam dengan tekat bermotifkan daun paku dan daun padi.

Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka.

Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

Page 4: TEKATAN.ppt-baru

Seni tekat telah berkembang kepada masyarakat luar istana dan dilakukan sebagai kraftangan sambilan.

Pada 1980-an, terdapat rekaan motif-motif baru seperti bunga kerak nasi, bunga kerawang, bunga cempaka hutan dan bentuk geometri corak Islamik.

Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.

Page 5: TEKATAN.ppt-baru

PERANAN INSTITUSI DAN ISTANA Istana merupakan penggerak utama

pertumbuhan kraf seni tekat. Ini adalah kerana kelengkapan istana

memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan

dan keagungan. Secara langsung istana telah menggalakkan

kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan

Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara.

Page 6: TEKATAN.ppt-baru

MOTIF DAN RUPA BENTUK TEKATAN

Motif: Tumbuh-tumbuhan Haiwan Geometri

Rupa bentuk: Dua dimensi(mempunyai permukaan mendatar)

Contoh: Tikar, kipas dan penyangkut kelambu, selempang dan tetampan (Lapik dulang).

Tiga dimensi(digunakan untuk menutupi bekas bersegi)Contoh:Tepak sirih, sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung saji.

Page 7: TEKATAN.ppt-baru

JENIS-JENIS TEKATAN Tekat timbul bunga emas atau tekat bersuji Tekat gubah

PERBEZAAN ANTARA TEKAT TIMBUL BUNGA EMAS DAN TEKAT GUBAH

Tekat timbul menggunakan benang emas sahaja dalam dekorasinya

Tekat gubah menggunakan penambahan manik-manik.

Page 8: TEKATAN.ppt-baru

TEKAT TIMBUL BUNGA EMAS

Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif.

Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif.

Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

Page 9: TEKATAN.ppt-baru

TEKAT GUBAH Tekat gubah tidak menggunakan mempulur

sebagai corak gubahan. Tukang hanya menyulam dan membentuk corak

motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina.

Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik.

Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi

tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya

Page 10: TEKATAN.ppt-baru

TEKNIK-TEKNIK MEMBUAT TEKATAN

Sediakan bahan asas seperti benang emas, benang putih, kain baldu dan mempulur.

Mempulur dihasilkan dengan menggunakan bahan daripada kertas tebal dan kanji (gam).

Penggunaan mempulur inilah yang akan menjadikan bentuk sulaman Itu timbul.

Page 11: TEKATAN.ppt-baru

KAEDAH-KAEDAH

1. Kita perlu melukis bentuk atau motif bunga-bunga tekat di atas kertas tebal atau kertas surat khabar yang ditindih beberapa helai menggunakan gam kanji dan diakhiri dengan sekeping kertas manila.

2. Lebar batang mempulur lebih kurang antara lima milimeter (mm) hingga tujuh mm.

3. Kemudian bentuk bunga tekat atau motif dipotong dan diasingkan.

Page 12: TEKATAN.ppt-baru

4. Di kampung, biasanya mempulur ini diletakkan di bawah tikar supaya ia sentiasa sama leper dan tegang.

5. Seterusnya kain dasar daripada kain baldu berwarna gelap seperti hitam, biru tua, merah tua atau ungu ditegangkan pada pemidang kayu.

6. Kemudian mempulur diletak ke atas kain baldu dan dijahit dengan benang kapas pada batang-batang mempulur agar ia tidak bergerak.

Page 13: TEKATAN.ppt-baru

SULAMAN TEKAT

Gambar rajah menunjukkan bagaimana kain baldu ditegangkan pada pemidang kayu.

Page 14: TEKATAN.ppt-baru

7. Seterusnya, benang emas akan dipintar ke cuban dan ditekat ke atas mempulur serta ditindih dan dikait jahit oleh benang putih melalui jarum yang menanti di bawah pemidang.

8. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur.

9. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh.

10. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat supaya sulaman tekat akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

Page 15: TEKATAN.ppt-baru

11. Benang emas akan menutup seluruh bentuk mempulur dan ia kelihatan timbul.

12. Benang metalik ini kemudian ditekat dengan benang sutera merah melintasi benang metalik tersebut, bagi memegang kedudukannya.

13. Benang merah ini dijahit dengan jarak tertentu secara teratur menghasilkan satu corak garisan merah.

14. Selain itu, sebagai tambahan, manik-manik dan labuci dijahit pada ruang kosong kain dasar bagi menyerikan lagi sulaman tekat gubah ini.

Secara umumnya, kerja tekat menekat adalah satu kerja yang rumit. Ia memerlukan penelitian dan kesabaran.

Page 16: TEKATAN.ppt-baru

Kesukaran melakukan tekat selain bahannya yang mahal menyebabkan produk tekat suatu ketika dahulu merupakan barangan untuk golongan berada.

Page 17: TEKATAN.ppt-baru

KEGUNAAN DAN FUNGSI TEKATAN Ia digunakan dalam upacara keramaian

tertentu sahaja seperti perkahwinan, pertunangan, kelahiran, khatam Al-Quran dan lain-lain lagi.

Tekat digunakan bagi menghiasi kasut, kipas, muka bantal, cadar tilam dan balutan tepak sirih, mahupun pakaian.

Di istana, tekat telah dianggap sebagai sebahagian pakaian rasmi dan pakaian harian.

Untuk menghias barangan dirumah seperti tudung saji, tepak sireh, sejadah, alas meja, sarung bantal, tirai pintu dan sebagainya.

Biasanya di kalangan masyarakat Melayu di Perak, tekat merupakan hasil kerja tangan untuk pemakaian kebesaran dan hiasan raja sehari.

Ia biasanya dihasilkan pada pakaian dan pada produk yang telah siap dan biasanya untuk mengindahkan ruang dalaman.

Page 18: TEKATAN.ppt-baru

LAMPIRAN:

Page 19: TEKATAN.ppt-baru

JAHITAN TEKAT SELAYAH

Page 20: TEKATAN.ppt-baru

TEKAT BERMOTIFKAN FLORA

Page 21: TEKATAN.ppt-baru

TEKATAN DI PEMBARINGAN MEMPELAI

Page 22: TEKATAN.ppt-baru

SEKIAN, TERIMA

KASIH……