teka silang kata

7
Kaedah belajar Bahasa Melayu menggunakan teka silang kata. Latar belakang Permainan Teka Silang kata merupakan salah satu permainan mengasah minda yang sangat diminati. Dalam permainan ini, pemain akan diminta untuk mengisi kotak-kotak kosong dengan jawapan yang betul. Permainan akan dianggap berjaya jika pemain mampu mengisi kesemua kotak-kotak kosong dengan jawapan yang tepat. Soalan terdiri daripada kotak-kotak dua warna biasanya berwarna hitam dan putih. Kotak-kotak ini akan membentuk deretan kotak tempat suatu kata yang merupakan jawapan dari soalan akan diisi. Setiap deretan kotak dapat berhubung dengan deretan kotak lain baik secara mendatar mahupun menurun. Setiap deretan kotak yang berhubung dengan deretan kotak lain akan memiliki persamaan isi karaktor pada tempat terhubungnya kotak-kotak tersebut. Untuk itu, dengan adanya algoritma Backtracking ini diharapkan mampu memberikan hasil yang tepat dan maksima, apakah deretan-deretan kotak jawapan yang telah dibuat sudah sesuai dengan deretan jawapan kata yang telah disediakan dan mampu menangani ketidaksinambungan yang dapat terjadi jika memasukkan kata-kata yang salah. Teka teki silang kata merupakan sebuah permainan untuk mengasah minda. Teka silang kata dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan untuk menguji kemampuan para pelajar. Kepentingan teka silang kata. Seseorang guru haruslah menggunakan pelbagai pendekatan mengikut prinsip dan amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah perlu agar pengajaran dan pembelajaran mampu mengembangkan diri, keupayaan, bakat dan minat kanak-kanak. Aktiviti yang dirancang mesti melibatkan kanak-kanak secara maksima supaya pembelajaran menjadi lebih

Upload: wanabdulmustaqim-wanbuanan

Post on 31-Jan-2016

347 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

permainan dalam pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Teka Silang Kata

Kaedah belajar Bahasa Melayu menggunakan teka silang kata.

Latar belakang

Permainan Teka Silang kata merupakan salah satu permainan mengasah minda yang sangat

diminati. Dalam permainan ini, pemain akan diminta untuk mengisi kotak-kotak kosong dengan

jawapan yang betul. Permainan akan dianggap berjaya jika pemain mampu mengisi kesemua

kotak-kotak kosong dengan jawapan yang tepat. Soalan terdiri daripada kotak-kotak dua warna

biasanya berwarna hitam dan putih. Kotak-kotak ini akan membentuk deretan kotak tempat suatu

kata yang merupakan jawapan dari soalan akan diisi. Setiap deretan kotak dapat berhubung

dengan deretan kotak lain baik secara mendatar mahupun menurun.

Setiap deretan kotak yang berhubung dengan deretan kotak lain akan memiliki persamaan

isi karaktor pada tempat terhubungnya kotak-kotak tersebut. Untuk itu, dengan adanya algoritma

Backtracking ini diharapkan mampu memberikan hasil yang tepat dan maksima, apakah deretan-

deretan kotak jawapan yang telah dibuat sudah sesuai dengan deretan jawapan kata yang telah

disediakan dan mampu menangani ketidaksinambungan yang dapat terjadi jika memasukkan

kata-kata yang salah. Teka teki silang kata merupakan sebuah permainan untuk mengasah minda.

Teka silang kata dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan untuk menguji kemampuan para

pelajar.

Kepentingan teka silang kata.

Seseorang guru haruslah menggunakan pelbagai pendekatan mengikut prinsip dan amalan

bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah perlu agar  pengajaran dan

pembelajaran mampu mengembangkan diri, keupayaan, bakat dan minat kanak-kanak. Aktiviti

yang dirancang mesti melibatkan kanak-kanak secara maksima supaya pembelajaran menjadi

lebih aktif dan bermakna bagi mereka. Misalnya sewaktu mengajar guru perlu menggunakan

pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar, atau daripada konkrit kepada abstrak.

Page 2: Teka Silang Kata

Oleh itu, sewaktu berhadapan dengan kanak-kanak di kelas tahap satu, guru haruslah

bijak memilih pendekatan yang digunakan. Ini kerana kanak-kanak ini datang dari pelbagai jenis

latar belakang dan sosioekonomi keluarga yang berbeza-beza. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan

pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secara teliti dan sistematik bagi menjamin setiap

kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam proses  pengajaran dan pembelajaran, sama

ada secara kelas, kumpulan atau pun secara individu. Pusat Perkembangan Kurikulum (2008)

mengesyorkan empat pendekatan  pengajaran berasaskan konsep dan prinsip dan amalan yang

bersesuaian dengan  perkembangan kanak-kanak di sekolah rendah terutamanya tahap satu iaitu

pendekatan belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu dan

pendekatan projek.

Belajar melalui bermain merupakan satu konsep keseluruhan yang diterapkan dalam

pendekatan pengajaran guru sekolah rendah. Ia bermaksud pengajaran yang disampaikan secara

tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarah pembelajaran. Kanak-kanak

bermain dan dalam masa yang sama mereka mendapat manfaat pembelajaran hasil daripada

permainan yang sesuai dengan naluri kanak-kanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah

cara mereka belajar. Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum  (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi

memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.

Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kerana melalui bermain mereka dengan gembira dan senang hati membuat

penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi. Oleh

itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu

menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi

perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan motor halus, serta meningkatkan kemahiran

berfikir secara kreatif dan inovatif.

Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil

bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan

persekitaran,melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri,memberi peluang kanak-kanak

untuk menumpukan perhatian dan kelonggoran masa bermain. Mengikut Vygotsky (1967),“Main

Page 3: Teka Silang Kata

membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui

penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi

kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar.

Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar.

Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”.

Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira

hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan.

Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid. Bahan konkrit,

benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi. Dan yang

terpenting sekali ialah permainan itu menarik minat dan menggembirakan murid. Menurut

Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah,

daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat

memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.

Pernyataan masalah

Di dalam sesebuah kelas terdapat berbagai-bagai aras pemikiran murid. Ada yang terlalu aktif

dan bijak. Ada yang sederhana dan ada yang lemah. Untuk menarik minat dan memberi

pemahaman kepada murid sederhana dan lemah mempelajari, memahami dan mengingati kata

ganti nama, pendekatan bermain teka silang kata ini digunakan di kelas sewaktu pelajaran

Bahasa Malaysia. Dengan harapan semoga golongan ini akan lebih berminat untuk belajar.

Objektif

a) Untuk menanam minat dalam membaca dan menulis

Kebanyakkan para guru mengalami kesulitan dalam mendorong minat para pelajar dalam

pelajaran sekolah. Anak-anak tidak suka dipaksa membaca, apatah lagi dengan pelajaran yang

tidak mereka sukai. Teka silang kata dapat digunakan untuk menarik minat anak dalam membaca

dan menulis. 

Page 4: Teka Silang Kata

b) Untuk meningkatkan pengetahuan kosakata dalam diri pelajar

Apabila para pelajar mengisi teka silang kata bererti mereka akan menemui kosakata yang baru.

Mengisi TTS bererti juga menemui kata-kata yang baru. Para pelajar juga akan mengenal kata-

kata yang mempunyai makna yang berbeza dengan makna kata yang sudah diketahuinya.

Misalnya kata “perang” yang dikenali sebagai sejenis warna. Selain itu, “perang” juga dikenali

sebagai keadaan yang kucar kacir. Kosa kata para pelajar akan bertambah dan para pelajar akan

mempelajarinya dengan cara yang mereka sukai.

c) Untuk meningkatkan penumpuan para pelajar dalam proses pembelajaran bahasa Melayu.

Untuk menjawab teka silang kata, ia memerlukan tumpuan sepenuhnya daripada para pelajar.

Para pelajar perlu membaca pertanyaan dengan teliti dan memahami soalan yang diberi.

Kemudian para pelajar perlu mencari jawapan yang tepat dan sesuai dengan jumlah huruf yang

tersedia dalam kotak teka silang kata. Teka silang kata juga mengajar para pelajar menulis kata

dengan ejaan yang  sebenar. Hal ini, membantu semua para pelajar untuk meningkatkan

kemampuan para pelajar untuk fokus terhadap sesuatu yang dilakukan termasuklah dalam

belajar.

d) Membentuk disiplin diri

Menyelesaikan teka silang kata memerlukan masa dan disiplin diri agar dapat menyelesaikan

semua soalan teka silang kata. Para pelajar harus membaca pertanyaan, mencari jawapan yang

tepat dan sesuai dengan kotak yang tersedia. Para pelajar mungkin juga perlu mencari jawapan

daripada sumber-sumber luar seperti buku atau kamus. Para pelajar akan belajar untuk berusaha

bagi menyelesaikan soalan yang sudah di beri.

e) Untuk mendorong para pelajar untuk mencari jawapan yang tepat untuk soalan yang diberi.

Teka silang kata mendorong para pelajar untuk bertanya kepada orang lain untuk mendapatkan

jawapan yang tepat. Selain itu, para pelajar mungkin akan mencari jawapan di buku atau kamus

dan di internet. Hal ini akan mendorong para pelajar belajar membuka kamus dengan lebih cepat

dan efisysen. Anda dapat mengajarkan anak-anak anda untuk mencari kata di kamus sesuai

abjad. Hal ini juga dapat membantu para pelajar mencari maklumat di internet dengan

menggunakan komputer.

Page 5: Teka Silang Kata

f) Untuk membangkitkan rasa ingin tahu

Teka silang kata dapat membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri para pelajar. Apabila para

pelajar mendapat jawapan yang lain dari kebiasaanya, mereka pasti ingin mengkaji mengapa

jawapan yang diberikan adalah yang sedemikian. Hal ini, sedikit sebanyak mengalakkan para

pelajar mencari punca jawapan itu diberikan.

Kaedah dan aktiviti

1. Langkah pertama adalah mengadakan sesi percambahan otak tentang beberapa istilah

penting ataupun nama yang berkaitan dengan kursus pengajian yang sudah pelajar

selesaikan.

2. Buat teka silang kata mudah dengan memasukkan sebanyak mungkin butiran ini.

Hitamkan ruang yang tidak diperlukan.

3. Berikan petunjuk kepada butiran teka silang kata pelajar.

4. Edarkan teka silang kata kepada pelajar, secara individu ataupun dalam pasukan.

5. Tetapkan had masa. Berikan hadiah kepada individu ataupun pasukan yang mendapat

paling banyak butiran yang betul.

Refleksi selepas pelaksanaanya

1. Membantu serta meningkatkan pemahaman murid tentang penggunaan kata ganti nama

serta menarik minat murid untuk belajar bahasa Melayu.

2. Murid-murid lebih aktif dan seronok ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Kanak-kanak memperoleh kecekapan dan kemahiran yang membantu mereka

meningkatkan lagi keyakinan mereka.

4. Gunakan permainan teka silang kata dalam topik-topik yang lain dalam bahasa Melayu.

Page 6: Teka Silang Kata

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, di dalam apa jua pelajaran pun guru-guru haruslah bijak mengambil

pendekatan untuk menarik minat murid-muridnya mempelajari sesuatu tajuk dengan berkesan

dan mudah difahami. Pendekatan teka silang kata ini amat sesuai digunakan dalam mempelajari

sesuatu tajuk dalam bahasa Melayu. Banyak faedah yang boleh kita dapati daripada pendekatan

ini. Selain daripada itu, pendekatan teka silang kata ini juga dapat menarik minat murid yang

tidak berminat dalam mempelajari bahasa.

Belajar melalui bermain merupakan satu konsep keseluruhan yang diterapkan dalam

pendekatan pengajaran guru sekolah rendah. Ia bermaksud pengajaran yang disampaikan secara

tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarah pembelajaran. Kanak-kanak

bermain dan dalam masa yang sama mereka mendapat manfaat pembelajaran hasil daripada

permainan yang sesuai dengan naluri kanak-kanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah

cara mereka belajar.

Page 7: Teka Silang Kata