pembangunan perisian multimedia · pdf filemuda sains dan komputer serta pendidikan ......

29
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN KECERDASAN VERBAL LINGUISTIK BAGI TAJUK NISBAH, KADAR DAN PERKADARAN TINGKATAN 2 NURULZIAH BINTI MOHD EZANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dinhnhan

Post on 30-Jan-2018

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN

KECERDASAN VERBAL LINGUISTIK BAGI TAJUK

NISBAH, KADAR DAN PERKADARAN TINGKATAN 2

NURULZIAH BINTI MOHD EZANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53
Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

i

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERASASKAN

KECERDASAN VERBAL LINGUISTIK BAGI TAJUK

NISBAH, KADAR DAN PERKADARAN TINGKATAN 2

NURULZIAH BINTI MOHD EZANI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53
Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

iii

Ku abadikan untuk insan-insan tersayang....

Abah....

Hj Mohd Ezani Awang,

Mama....

Hjh. Rahimah Husin,

Adik-adikku....

Mohd Faisal Mohd Ezani,

Nur Hafizah Mohd Ezani,

Nur Akmal Mohd Ezani,

Nur Adlin Mohd Ezani,

Nur Syahirah Mohd Ezani,

Teman....

Rakan-rakan seperjuangan SPT 2000-2004

Doa, kasih sayang dan pengorbanan kalian

menguatkan semangat dan azamku untuk menggapai manis kejayaan.

Terima kasih semua.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t…..

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurniaNya, akhirnya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

Dr Zaidatun binti Tasir selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini. Beliau telah

banyak memberi dorongan, pandangan dan tunjuk ajar di sepanjang tempoh

penyeliaan projek ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat ahli keluarga saya yang tidak

pernah jemu memberi sokongan padu dan kasih sayang yang tidak terhingga kepada

saya selama ini.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan buat rakan-rakan seperjuangan yang

telah banyak menghulurkan bantuan kepada saya. Segala jasa dan bantuan kalian

tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang

terlibat, samada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.

Wassalam.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

v

ABSTRAK

Setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza mengikut teori

kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983). Kajian ini bertujuan untuk

membangunkan perisian multimedia yang berasaskan kepada kecerdasan verbal

linguistik, iaitu ialah satu daripada lapan kecerdasan yang dicadangkan oleh Howard

Gardner (1983). Tajuk perisian multimedia yang telah dibangunkan ialah Nisbah,

Kadar dan Perkadaran dan ianya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa

perantaraan. Ia merangkumi tiga subtopik, iaitu nisbah 2 kuantiti, perkadaran dan

nisbah 3 kuantiti. Perisian ini dibangunkan khusus untuk kegunaan pelajar-pelajar

Tingkatan 2 yang akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pendekatan pembelajaran yang digunakan dalam perisian ini ialah penggunaan teks

sebagai media penyampaian maklumat dan beberapa aktiviti pembelajaran yang

berasaskan teks. Ini adalah selaras dengan pendekatan berasaskan kecerdasan verbal

linguistik. Perisian multimedia ini dibangunkan dengan menggunakan Macromedia

Authorware 6.5 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain

seperti Adobe Photoshop 7.0, Macromedia Flash MX dan Sound Forge 6.0. Antara

kelebihan perisian multimedia ini ialah ia mempunyai halaman nota yang interaktif,

aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, kalkulator, ruangan mencatat dan

sebagainya. Perisian ini telah dinilai oleh rakan-rakan menerusi temubual secara

tidak formal. Antara komen yang diperolehi ialah maklumat yang disampaikan oleh

perisian ini mudah difahami, rekabentuk skrin perisian menarik dan bersesuaian,

perisian menggunakan fon yang jelas dan sebagainya. Diharapkan semua pihak

yang terlibat dapat memanfaatkan perisian multimedia ini dengan sepenuhnya bagi

menyokong pembelajaran bersepadu dan menyeluruh, selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

vi

ABSTRACT

According to Theory Multiple Intelligence by Howard Gardner (1983), each

individual have different intelligences. Purpose of this study was to develop the

multimedia software based on verbal linguistic intelligence, which is also one of the

eight intelligences suggested by Howard Gardner (1983). The title of the

multimedia software is Ratios, Rates and Proportions and English is used as a

medium of instructions. It consists of 3 subtopics, Ratio of Two Quantities,

Proportion and Ratio of Three Quantities. This software was developed specially for

Form 2 students whom will be taking ‘Lowest Secondary Exam’ (PMR). Learning

approaches use in this software were the used of texts as the media and some

learning activities based text. There were in line with the verbal linguistic

intelligence’s characteristic. This software was developed by using Macromedia

Authorware 6.5 as main software and supported by other software such as Adobe

Photoshop 7.0, Macromedia Flash MX and Sound Forge 6.0. It also has interactive

tutorial, crossword puzzles, picture stories, glossary, calculator and note pad. This

software has been evaluated informally by friends through interviews. Some

comments about the software were, it is easy to understand and software has

attractive screen design, such as clear and manageable fonts. Overall it is suitable to

be used by Form 2 students. It is hoped that those who would be use the software

will get benefits from it as to support global learning and integration in line with the

National Education Philosophy.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

PENGESAHAN FAKULTI

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1. Pengenalan 1

1.2. Latar Belakang Masalah 3

1.3. Pernyataan Masalah 5

1.4. Objektif Kajian 7

1.5. Rasional Kajian 7

1.6. Skop dan Batasan Kajian 9

1.7. Kepentingan Kajian 9

1.8. Definisi Istilah 11

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

viii

1.8.1. Perisian Multimedia 11

1.8.2. Kecerdasan Pelbagai 12

1.8.3. Kecerdasan Verbal-Linguistik 12

1.8.4. Nisbah, Kadar dan Perkadaran 12

1.9. Penutup 13

BAB II SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Penggunaan Perisian Multimedia 15

2.3 Keberkesanan Perisian Multimedia 16

2.4 Strategi Pengajaran dalam Perisian Multimedia 18

2.4.1 Latih Tubi 18

2.4.2 Tutorial 19

2.4.3 Permainan 19

2.4.4 Simulasi 20

2.4.5 Penyelesaian Masalah 20

2.5 Teori Pembelajaran 21

2.5.1 Teori Behaviorisme 22

2.5.2 Teori Kognitivisme 22

2.5.3 Teori Konstruktivisme 23

2.5.4 Teori Kecerdasan Pelbagai 24

2.6 Keberkesanan Teori Kecerdasan Pelbagai 27

di dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

2.7 Pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai 29

di dalam PPBK

2.8 Proses Pembangunan Perisian Multimedia 34

2.9 Penutup 36

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

ix

BAB III REKA BENTUK PERISIAN 37

3.1 Pengenalan 37

3.2 Model Reka Bentuk Perisian yang digunakan 37

3.2.1 Analisis 38

3.2.1.1 Analisis Terhadap 38

Pengguna atau Pelajar

3.2.1.2 Analisis Terhadap 39

Persekitaran Pembelajaran

3.2.1.3 Analisis Terhadap 39

Kandungan Pelajaran

3.2.2 Reka Bentuk 40

3.2.3 Pembangunan 42

3.2.4 Perlaksanaan 43

3.2.5 Penilaian 43

3.3 Pemilihan Perisian 44

3.3.1 Macromedia Authorware 6.5 44

3.3.2 Adobe Photoshop 7.0 44

3.3.3 Sound Forge 6.0 45

3.3.4 Macromedia Flash MX 45

3.4 Carta Alir Perisian 45

3.5 Pengaplikasian Pendekatan Kecerdasan 47

Verbal dalam PPBK

3.6 Penutup 49

BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN 50

4.1 Pengenalan 50

4.2 Cara Penggunaan Perisian 50

4.3 Struktur Asas dan Kandungan Perisian 51

4.4 Permulaan Perisian 52

4.5 Menu Utama 55

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

x

4.5.1 Ratio of Two Quantities 56

4.5.1.1 Tutorial 57

4.5.1.2 Assessment 57

4.5.1.3 Activity 59

4.5.2 Proportion 61

4.5.2.1 Tutorial 61

4.5.2.2 Assessment 63

4.5.2.3 Activity 64

4.5.3 Ratio of Three Quantities 67

4.5.3.1 Tutorial 68

4.5.3.2 Assessment 70

4.5.3.3 Activity 72

4.5.4 My Note 73

4.5.5 Glossary 74

4.5.6 User Guide 75

4.5.7 Exit 76

4.6 Ciri-ciri Multimedia dalam Perisian 78

4.6.1 Teks 78

4.6.2 Grafik 78

4.6.3 Animasi 79

4.6.4 Audio 79

4.7 Penutup 79

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN 80

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 80

5.2 Rumusan Perisian 80

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi 82

semasa pembangunan perisian

5.3.1 Kekurangan Masa 82

5.3.2 Kekurangan Kepakaran 82

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

xi

5.3.3 Kekurangan Panduan 83

5.4 Kelebihan Perisian 83

5.5 Kelemahan Perisian 85

5.6 Cadangan 85

5.7 Komen terhadap perisian. 86

5.8 Kesimpulan 87

5.9 Penutup 88

BIBLIOGRAFI 89

LAMPIRAN 91

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

xii

SENARAI JADUAL

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Kecerdasan pelbagai dan sifat-sifatnya 25

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 35

3.1 Carta Alir Perisian 46

4.1 Montaj Permulaan 52

4.2 Montaj Jenis Kecerdasan 52

4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

4.4 Montaj Tajuk 53

4.5 Paparan Pendaftaran Pengguna 54

4.6 Paparan Pengesahan Nama 54

4.7 Paparan Welcome 55

4.8 Paparan Objektif Pembelajaran 55

4.9 Paparan Menu Utama 56

4.10 Paparan Submenu Ratio of Two Quantities 56

4.11 Paparan Tutorial bagi Subtopik 57

Ratio Of Two Quantity

4.12 Paparan Assessment bagi Subtopik 58

Ratio Of Two Quantity

4.13 Paparan Respon Betul 1 58

4.14 Paparan Respon Salah 1 59

4.15 Paparan Markah 1 59

4.16 Paparan Activity bagi Subtopik 60

Ratio Of Two Quantity

4.17 Paparan My Story 1 60

4.18 Paparan Submenu Proportion 61

4.19 Paparan Tutorial 1 bagi Subtopik Proportion 62

4.20 Paparan Tutorial 2 bagi Subtopik Proportion 62

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

xiv

4.21 Paparan Tutorial 3 bagi Subtopik Proportion 63

4.22 Paparan Assessment bagi Subtopik Proportion 63

4.23 Paparan Respon Betul 2 64

4.24 Paparan Respon Salah 2 64

4.25 Paparan Activity 1 bagi Subtopik Proportion 65

4.26 Paparan Activity 2 bagi Subtopik Proportion 65

4.27 Paparan Nasihat 66

4.28 Paparan Activity 3 bagi Subtopik Proportion 66

4.29 Paparan My Story 2 67

4.30 Paparan Submenu Ratio of Three Quantities 67

4.31 Paparan Tutorial 1 bagi Subtopik 68

Ratio of Three Quantities

4.32 Paparan Tutorial 2 bagi Subtopik 69

Ratio of Three Quantities

4.33 Paparan Tutorial 3 bagi Subtopik 69

Ratio of Three Quantities

4.34 Paparan Tutorial 4 bagi Subtopik 70

Ratio of Three Quantities

4.35 Paparan Tutorial 5 bagi Subtopik 70

Ratio of Three Quantities

4.36 Paparan Assessment bagi Subtopik 71

Ratio of Three Quantities

4.37 Paparan Respon Betul 3 71

4.38 Paparan Respon Salah 3 71

4.39 Paparan Markah 3 72

4.40 Paparan Activity 1 bagi Subtopik 72

Ratio of Three Quantities

4.41 Paparan Activity 2 bagi Subtopik 73

Ratio of Three Quantities

4.42 Paparan My Note1 73

4.43 Paparan My Note2 74

4.44 Paparan Glossary 1 74

4.45 Paparan Glossary 2 75

4.46 Paparan User Guide 1 75

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

xv

4.47 Paparan User Guide 2 76

4.48 Pengesahan Keluar 76

4.49 Paparan Kredit 1 77

4.50 Paparan Kredit 2 77

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Isi Kandungan Pelajaran Nisbah, Kadar 91

dan Perkadaran KBSM Tingkatan 2

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Komitmen untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah

bestari menjelang tahun 2010 memberikan satu gambaran tentang arus perubahan

besar yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan

penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Perkembangan ini sejajar

dengan aspirasi negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun

2020 dengan memberikan penekanan kepada penguasaan teknologi maklumat di

kalangan rakyat Malaysia. Koridor Raya Multimedia, sebagai satu langkah strategik

ke arah mencapai matlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat bermaklumat

telah menetapkan sekolah bestari sebagai salah satu dari tujuh aplikasinya.

Penciptaan mikrokomputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang

mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di

Malaysia (Nor Hashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Pelaksanaan Kurikulum

Baru Sekolah Rendah (KBSR,1983) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM, 1988) menyebabkan pengajaran berasaskan sumber dan pendidikan

komputer menjadi lebih nyata.

Hasrat yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan lebih

mudah dicapai melalui penggunaan teknologi maklumat khususnya komputer di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan dari kaedah pengajaran

secara tradisional yang digambarkan melalui pengajaran berpusatkan guru serta

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

2

penyertaan pelajar yang pasif (Ahmad Kabir dan Kaur, 1992) dan kaedah 'chalk and

talk' (Mohd Yusuf, 1996) kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih

interaktif dan menarik akan memudahkan pencapaian matlamat tersebut. Perubahan

ini boleh dilaksanakan dengan bantuan teknologi komputer. Ini adalah kerana para

pelajar yang mengikuti pembelajaran berasaskan komputer akan menjadi lebih aktif,

berkeyakinan, menggunakan Sains dan Matematik untuk meneroka dan sebagainya.

Penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik dapat memperkembang

dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, NCTM

( National Council of Teacher’s of Mathematics, 1980 ) mencadangkan supaya

pengajaran Matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer.

Cockcroft ( 1982 ) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran

Matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran Matematik malah

penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus

Matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan

pembelajaran matapelajaran lain di sekolah.

Menurut Gan Siowck Lee (UPM) pula, penghasilan perisian-perisian

pembelajaran yang berdasarkan kepada kurikulum kebangsaan dan berkualiti adalah

sangat-sangat diperlukan dan merupakan antara faktor utama yang akan menentukan

kejayaan pendekatan baru pendidikan masa kini dan masa depan. Melalui

penggunaan perisian-perisian pembelajaran seumpama ini, pelajar akan mempunyai

pelbagai pengalaman gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan

teknologi masa kini, di samping mewujudkan sikap positif yang

memberangsangkan. Isi kandungan yang lengkap turut menimbulkan perasaan ingin

meneruskan pembelajaran dan pencapaian yang sesuai dengan aras pemahaman

pelajar. Pelajar juga dapat mengawal perisian sepenuhnya mengikut citarasa, mudah

digunakan, tidak membosankan dan dapat belajar sambil bermain.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

3

Walaubagaimanapun, banyak perisian yang berada di pasaran kini tidak

menepati kehendak kurikulum kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya dan

pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu disiplin dan tidak sesuai dengan

citarasa pendidik (Supyan Hussin,1996)

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di semua

sekolah di seluruh Malaysia. Dalam zaman manusia mengejar kemajuan, kanak-

kanak telah didedahkan dengan pembelajaran Matematik apabila mereka mula

memasuki pra sekolah. Jadi sekiranya ada pihak yang mengatakan bahawa

Matematik merupakan sesuatu yang baru, asing atau menakutkan maka mereka

sebenarnya lupa akan penggunaannya dalam kehidupan seharian mereka selama ini.

Matematik adalah salah satu cabang ilmu yang amat berguna kepada

kehidupan manusia. Matematik telah digunakan sejak kehidupan manusia terawal

sehinggalah ke hari kiamat. Sama ada perkara ini disedari atau pun tidak, ia

sebenarnya seiring dengan masa iaitu setiap detik itu mengandungi unsur-unsur

Matematik. Dengan kemunculan teknologi komunikasi terkini, kita sering terdedah

dengan pelbagai maklumat. Setiap hari kita berdepan dengan angka, indeks dan

kadar tertentu. Pasaran saham dengan Indeks Emas, Indeks Komposit dan Indeks

Perusahaannya. Begitu juga dengan laporan nilai ringgit dan kadar tukaran asing.

Maklumat-maklumat tersebut hanya akan bermakna kepada masyarakat sekiranya

mereka mempunyai kefahaman asas dalam Matematik.

Salah satu topik Matematik yang penting dan sering berkait dengan aplikasi

kehidupan seharian ialah Nisbah, Kadar dan Perkadaran (Ratios, Rates and

Proportions). Topik ini mengandungi 3 subtopik, iaitu nisbah dua kuantiti,

perkadaran dan nisbah tiga kuantiti. Penguasaan topik ini di kalangan pelajar akan

dapat membantu mereka dalam aktiviti seharian seperti pengukuran jarak dan masa,

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

4

mengawal perbelanjaan dan sebagainya. Namun, para pelajar masih menghadapi

masalah kerana kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara

apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.

Hal ini berlaku disebabkan cara mereka memproses maklumat dan perasaan

motivasi untuk belajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim

digunakan iaitu kaedah syarahan yang sehala. Pengajaran guru di sekolah didapati

tidak dapat menghubungkan konsep Matematik dengan kehidupan seharian,

sedangkan mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka

mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di

mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

Menyedari hal itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran Matematik telah

banyak berubah sesuai dengan perubahan zaman. Dengan berpandukan teknologi

pada hari ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik mampu menarik

minat pelajar memahami konsep Matematik dengan mudah. Pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) memberi satu dimensi baru dalam

dunia pendidikan kerana ianya menarik dan menyeronokkan. PPBK yang

menggunakan gabungan grafik, animasi, bunyi dan video dapat memberangsangkan

dan mengelakkan pelajar bosan untuk belajar. PPBK ialah aturcara komputer yang

menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar

( Jamaluddin, 1989 ).

Perisian pendidikan yang dibangunkan selalunya menggunakan pendekatan

tertentu supaya ia boleh dimanfaatkan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai

pelbagai kebolehan. Oleh yang demikian adalah penting bagi seseorang guru

menggunakan dan meneliti suatu perisian pendidikan itu terlebih dahulu sebelum

memberikannya kepada pelajar. Maklumat seperti kesesuaian isi pelajaran,

pengetahuan sedia ada yang diperlukan dan kumpulan sasaran adalah penting supaya

pelajar menggunakan perisian pendidikan yang bersesuaian dengan kebolehan

mereka. Menurut Robert M.Gagne (1985 ), pelajar akan giat belajar jika ia berminat

dan fikiran mereka dirangsang melalui pelbagai pancaindera. Zakaria Kasa dan

Aida Suraya Yunus (2001) pula menyatakan bahawa bahan sokongan dalam bentuk

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

5

pengajaran individu boleh dilaksanakan menerusi komputer. Ini juga membolehkan

pelajar belajar pada kadar berbeza, mampu menentukan arah pembelajaran sendiri

dan belajar mengikut kemampuan sendiri.

Bagi memenuhi gaya pembelajaran dan kebolehan pelajar, suatu perisian

yang berdasarkan teori kecerdasan pelbagai harus dihasilkan. Teori kecerdasan

pelbagai (Multiple Intelligences) yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983)

menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan,

merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud

secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah verbal-linguistik,

logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan

naturalistik. Gardner (1983) menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah

berasingan dan tidak saling bergantung. Seseorang mungkin lemah dalam sesuatu

bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain.

Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi

pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran.

Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan

persekitaran.

Pengajaran dan pembelajaran menerusi pendekatan kecerdasan pelbagai

diharapkan akan meningkatkan pencapaian pelajar dalam Matematik.

1.3 Pernyataan Masalah

Amalan guru dalam melaksanakan kurikulum Matematik KBSR dan KBSM

pada keseluruhannya masih berpusatkan kepada guru dan aktiviti yang melibatkan

pelajar adalah sangat terhad. Pengajaran konsep Matematik dengan menggunakan

pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran menjadi tidak bermakna. Para pelajar lebih banyak menghafal rumus,

petua dan hukum-hukum yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar.

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

6

Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengira tetapi

jahil tentang Matematik dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang

melibatkan Matematik ( Nik Azis, 1996; Fatimah, 1996 ). Dalam kajiannya, Ng

(1984) menyatakan bahawa guru gagal memberi gambaran tentang penggunaan

Matematik yang bermakna, bermotivasi serta berkaitan dengan kehidupan seharian

menyebabkan timbulnya keresahan di kalangan pelajar sehingga mereka berusaha

mengelakkan pembelajaran setiap masa yang boleh. Guru juga kadangkala

memberikan alasan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskan sesuatu

sukatan pelajaran Matematik. Oleh itu ada kalanya guru tidak berkesempatan untuk

menerapkan nilai yang sepatutnya ada di dalam sesuatu proses pembelajaran. Hal

ini menyebabkan pelajar tidak memahami mengenai tujuan dan fungsi mereka

mempelajari sesuatu tajuk.

Burke (1982) menerangkan bahawa pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer (PPBK) adalah penggunaan komputer yang membantu proses

pengajaran yang menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Ianya melibatkan interaktiviti antara pelajar dengan komputer di samping guru

sebagai fasilitator.

Oleh yang demikian, pengkaji berhasrat menghasilkan sebuah perisian

multimedia menggunakan pendekatan kecerdasan pelbagai iaitu verbal-linguistik

bagi tajuk Nisbah, Kadar dan Perkadaran (Ratios, Rates and Proportions) dalam

matapelajaran Matematik Tingkatan 2 bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran Matematik.

Diharapkan perisian yang dihasilkan dapat memberi suasana pengajaran dan

pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna.

Page 26: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

7

1.4 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk merekabentuk dan membangunkan

sebuah perisian multimedia berasaskan kecerdasan verbal-linguistik bagi tajuk

Nisbah, Kadar dan Perkadaran dalam matapelajaran Matematik Tingkatan 2 dengan

mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM).

Antara tujuan lain perisian ini dibangunkan adalah untuk :

i. Membantu guru-guru mengenalpasti medium pengajaran yang terbaik

bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran Nisbah,

Kadar dan Perkadaran.

ii. Memberi pendedahan kepada guru dan pelajar bahawa perisian

multimedia dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii. Memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan proses pembelajaran

kendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.

1.5 Rasional Kajian

Pengkaji memilih topik Nisbah, Kadar dan Perkadaran memandangkan ia

merupakan satu topik yang agak penting dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan

seharian. Tajuk ini tidaklah begitu sukar untuk dikuasai oleh para pelajar namun

pelajar perlu berhati-hati dengan beberapa perkara yang boleh menyebabkan salah

konsep dan mengakibatkan kesalahan yang berulang-ulang. Maka, perisian

multimedia ini akan menitikberatkan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan

oleh pelajar, di samping mengaitkan setiap contoh, latihan dan aktiviti dengan

kehidupan seharian.

Page 27: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

8

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) membolehkan

pelajar mendapatkan latihan berfikir secara kreatif dan kritis, mengaplikasi

pengetahuan, pengalaman dan menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan

inovatif. Pembelajaran ini juga akan dapat meningkatkan aspek kognitif, serta

mempengaruhi perkembangan intelektual mereka. Penggunaan perisian multimedia

yang bersifat dua hala atau bidirectional mampu memberikan maklum balas dengan

kadar yang segera dan sesuai dengan tahap kemampuan pelajar. Hal ini menjadikan

perisian multimedia lebih menarik dan lebih berkesan. Malah, teori pembelajaran

turut menyokong penggunaan gambar, grafik, video dan suara bagi membantu

pelajar memahami dan mengingati apa-apa yang dipelajari dengan lebih baik (Kemp

dan Smelle, 1989). Romiszowski (1988) menyatakan bahawa pelajar dapat

mengingat kira-kira 20% daripada apa-apa yang dilihat, kira-kira 30% daripada apa-

apa yang didengar, dan kira-kira 60% daripada apa-apa yang dibuat. Oleh sebab

perisian multimedia mampu mengintegrasikan pelbagai bentuk media

di dalamnya, maka pelajar akan mendapatinya amat berguna dalam pembelajaran

Matematik.

Dalam pembinaan perisian multimedia ini, daripada 8 kecerdasan yang

dicadangkan oleh Howard Gardner (1983), pembangun memilih kecerdasan verbal-

linguistik. Kecerdasan verbal-linguistik menggunakan strategi pembelajaran yang

mengutamakan penggunaan teks sebagai media penyampaian maklumat, iaitu

elemen teks digunakan sebagai media penyampai maklumat mengenai isi pelajaran

yang dipelajari oleh pelajar. Teks juga digunakan sebagai perwakilan data untuk

menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran. Pembangun berpendapat bahawa

strategi ini adalah sesuai untuk mempersembahkan tajuk Nisbah, Kadar dan

Perkadaran kerana isi kandungan bagi tajuk ini melibatkan penerangan konsep dan

contoh-contoh dalam bentuk ayat. Adalah diharapkan agar para pelajar akan dapat

menyedari kepentingan tajuk Nisbah, Kadar dan Perkadaran, seterusnya berupaya

mengaitkannya dengan situasi kehidupan seharian.

Page 28: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

9

1.6 Skop dan Batasan Kajian

Perisian multimedia yang dibangunkan ini adalah berkisarkan tajuk Nisbah,

Kadar dan Perkadaran seperti mana yang terkandung dalam sukatan matapelajaran

Matematik KBSM Tingkatan 2. Ia merangkumi 3 subtopik iaitu nisbah dua kuantiti,

perkadaran dan nisbah tiga kuantiti.

Perisian yang berasaskan pendekatan kecerdasan verbal-linguistik ini

dibangunkan khusus untuk kegunaan pelajar-pelajar tingkatan 2 yang akan

mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pembangun hanya membangunkan perisian sahaja. Ini bererti pembangun

tidak melaksanakan serta menilai perisian ini secara terperinci.

1.7 Kepentingan Kajian

Perisian multimedia yang dibangunkan ini dapat meningkatkan minat,

motivasi serta kefahaman pelajar dalam mempelajari Matematik. Menurut Crow

(1986), minat merupakan penggerak yang mendorong seseorang supaya memberi

perhatian kepada sesuatu perkara atau kegiatan. Pelajar juga dapat meningkatkan

tahap penguasaan kemahiran ini dengan mengulangkaji tanpa bantuan guru. Ia juga

membolehkan pelajar belajar pada kadar berbeza, mampu menentukan arah

pembelajaran sendiri dan belajar mengikut kemampuan sendiri sehingga dapat

mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan.

Penggunaan ciri-ciri multimedia yang menggabungkan suara, teks, gambar

dan video penting supaya pelajar dapat memahami dan mengingati konsep yang

disampaikan. Kemahiran dalam menyelesaikan masalah pula dapat dipupuk apabila

pelajar berjaya menjawab soalan objektif, subjektif, aktiviti dan bermain dengan

teka silang kata. Pelajar juga akan didedahkan dengan penguasaan konsep dan

Page 29: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA · PDF fileMuda Sains dan Komputer Serta Pendidikan ... aktiviti teka silang kata, cerita bergambar, glosari, ... 4.3 Montaj Matematik Tingkatan 2 53

10

hubungkaitnya dengan kehidupan sebenar. Di samping itu, pelajar juga akan dapat

mengikuti arus perkembangan dan kecanggihan teknologi maklumat di sekolah

kerana semua teknik pengajaran dan pembelajaran adalah berbantukan komputer.

Kecemerlangan pendidikan Matematik tidak mungkin berlaku, kecuali guru-

guru mempunyai keyakinan penuh terhadap Matematik serta perubahan pengajaran

dan pembelajarannya (Noraini, 1994). Oleh sebab itu, penggunaan perisian

multimedia sebagai alat bantu mengajar diharapkan dapat membantu guru

meningkatkan keberkesanan dan menjimatkan masa pengajaran, selain membantu

guru menyimpan rekod pelajar, menjelaskan pelajaran kepada pelajar serta

meningkatkan kefahaman, kemahiran dan motivasi pelajar. Perisian multimedia ini

juga memainkan peranan supaya guru dapat menyediakan suasana pembelajaran

Matematik yang menyeronokkan.

Pembinaan perisian multimedia ini juga adalah bagi menyahut seruan

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menambahkan lagi koleksi perisian

multimedia bagi matapelajaran Matematik yang menitikberatkan nilai-nilai

pendidikan yang masih berkurangan. Hal ini kerana banyak perisian di pasaran kini

tidak memenuhi kehendak kurikulum kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya dan

pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu disiplin dan tidak sesuai dengan

citarasa pendidik ( Supyan Hussin, 1996)