tee pagar

9
1.0 Pengenalan Lari berpagar merupakan satu acara larian melintasi rintangan iaitu pagar yang memerlukan para atlet sentiasa berada pada tahap kecergasan yang tinggi. Acara lari berpagar ini melibatkan semua komponen kecergasan fizikal iaitu kepantasan, kekuatan dan daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa, imbangan, masa tindak balas, koordinasi, kelenturan dan ketangkasan. Oleh itu satu program khas harus dirancang untuk membina komponen-komponen kecergasan ini bagi menyediakan atlet menghadapi situasi pertandingan. Program latihan yang dirancang dibahagikan kepada beberapa fasa yang berunsurkan aspek-aspek dalam usaha membina kecergasan fizikal atlet. Dengan itu, seseorang jurulatih harus melengkapkan dirinya dengan pelbagai pengetahuan tentang perancangan dan perlaksanaan satu program latihan jangka panjang supaya program itu boleh mendatangkan kesan yang positif di samping memastikan kejayaan yang cemerlang pada musim pertandingan. Seseorang jurulatih juga harus menitikberatkan aspek keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan satu program latihan agar atlet sentiasa berada dalam keadaan selamat dan boleh meneruskan aktiviti tanpa sebarang masalah atau kecederaan yang boleh mengganggu prestasi atlet. 2.0 Sejarah Lari Berpagar Lari berpagar atau dahulunya disebut lari lompat pagar dipercayai bermula di Great Britain pada abad ke-19 . walaupun kebanyakan buku tentang sukan tidak menyebut dengan tepat tarikh atau tempat sebenar permulaan acara ini, bagaimanapun 1

Upload: kai-qi

Post on 21-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jj

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Lari berpagar merupakan satu acara larian melintasi rintangan iaitu pagar

yang  memerlukan para atlet sentiasa berada pada tahap kecergasan yang tinggi.

Acara lari berpagar ini melibatkan semua komponen kecergasan fizikal iaitu

kepantasan, kekuatan dan daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa,

imbangan, masa tindak balas, koordinasi, kelenturan dan ketangkasan.

        Oleh itu satu program khas harus dirancang untuk membina komponen-

komponen kecergasan ini bagi menyediakan atlet menghadapi situasi pertandingan.

Program latihan yang dirancang dibahagikan kepada beberapa fasa yang

berunsurkan aspek-aspek dalam usaha membina kecergasan fizikal atlet. Dengan

itu, seseorang jurulatih harus melengkapkan dirinya dengan pelbagai pengetahuan

tentang perancangan dan perlaksanaan satu program latihan jangka panjang supaya

program itu boleh mendatangkan  kesan yang positif di samping memastikan

kejayaan yang cemerlang pada musim pertandingan.

Seseorang jurulatih juga harus menitikberatkan aspek keselamatan dalam

perancangan dan perlaksanaan satu program latihan agar atlet sentiasa berada

dalam keadaan selamat dan boleh meneruskan aktiviti tanpa sebarang masalah atau

kecederaan yang boleh mengganggu prestasi atlet.

2.0 Sejarah Lari Berpagar

Lari berpagar atau dahulunya disebut lari lompat pagar dipercayai bermula di

Great Britain pada abad ke-19. walaupun kebanyakan buku tentang sukan tidak

menyebut dengan tepat tarikh atau tempat sebenar permulaan acara ini,

bagaimanapun ramai pula mendakwa bahawa permulaan terawal yang

menggunakan pagar bermula pada pertengahan abad ke-19, di sebuah sekolah di

Bandar Eton, berhampiran kota London.

Pada peringkat awal permulaan cara, lari berpagar diadakan untuk jarak 120

ela, 200 ela, dan 440 ela, dengan memasukkan 10 pagar pada setiap acara itu.

Undang-undang dan peraturan ini diikuti dan kekal hingga kini. Dengan pertukaran

daripada system Inggeris kepada system metrik kepada semua acara, maka lari

berpagar juga turut terlibat. Dengan demikian, kini terdapat acara 100 meter, 110

meter dan 400 meter.

1

Dalam acara lari berpagar, Britain adalah sebuah negara yang paling banyak

melahirkan jaguh-jaguh bagi acara ini. Atlet Don Finlay telah memenangi  pingat

gangsa semasa sukan Olimpik 1932 dan pingat perak dalam sukan Olimpik 1936

dalam acara 110 meter berpagar manakala pada tahun 1968 di Mexico City, David

Hemery telah merangkul pingat emas dengan mencipta rekod dunia. Pada tahun

1972, sekali lagi David Hemery memenangi pingat emas di Moscow. Bagi atlet

wanita, pada tahun 1984 Shirley Strong telah memenangi pingat perak dalam acara

100 meter berpagar di Los Angeles.

3.0 Peralatan dan Ukuran

Acara Ketinggian

Pagar

Jarak Antara

Garisan

Permulaan

Dengan Pagar

Pertama

Jarak Antara

Pagar

Jarak Antara

Pagar Akhir

Dengan

Garisan

Penamat

100 m

wanita

110 m

lelaki

84 m

1.076 m

13 m

13.72 m

8.5 m

9.14 m

10.5 m

14.02 m

400 m

wanita

400 m

lelaki

76 m

91.4 m

45 m

45 m

36 m

35 m

40 m

40 m

2

No. Jenis Pagar Peserta & Ketinggian Pagar

1 National Aluminium Hurdle

UCS Ultimate Hurdle

Atlet antarabangsa

- Lelaki ( 1.067 m)

- Wanita ( 0.840 m)

2 Polanik Hurdle Pelajar sekolah menengah:

- Lelaki ( 0.840 m )

- Wanita ( 0.762 m)

3 Polanik Hurdle Murid sekolah rendah:

- Lelaki (0.762 m)

- Perempuan (0.762m)

3

4.0 Peraturan

a) Pelari berlari dalam lorong masing-masing.

b) Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari dalam keadaan

berikut:

Mengheret kaki di bawah palang pagar

Melompat pagar di lorong lain

Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja

5.0 Fasa Lari Berpagar

5.1 Fasa Permulaan

a) Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan

lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di

hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja.

b) Lari dengan konsisten dari permulaan hingga dua langkah terakhir.

c) Pendekkan langkah terakhir supaya pusat gravity berada di hadapan

daripada kaki yang melangkah pagar.

4

Fasa Permulaan

Fasa Lonjakan

Fasa Layangan

Fasa Mendarat

Fasa Penamat

5.2 Fasa Lonjakan

a) Meninggalkan permukaan trek sama seperti lari pecut.

b) Melonjak menggunakan hujung tapak kaki.

c) Kaki hadapan diangkat tinggi.

d) Kepala tegak memandang ke hadapan.

e) Pusat gravity ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak.

5.3 Fasa Layangan

a) Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar.

b) Ayunkan tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas.

c) Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi dengan tapak tangan mengarah

keluar.

d) Condongkan badan ke hadapan.

e) Badan seolah-olah melayang ke udara.

5.4 Fasa Mendarat

a) Jatuhkan kaki hadapan ke tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki

belakang melepasi pagar.

b) Mendarat dengan hujung kaki hadapan.

5

5.5 Fasa Penamat

a) Lari pecut lalu membuka dada selangkah sebelum tiba di garisan

penamat.

6.0 Rekod Lari Berpagar

6

SUKMA 2008

Rayzamsyah Wan Sofian - 14.10s

SUKAN UNIVERSITI ASEAN 2008 (SUA 2008)

Mohd Robani Hassan - 14.07s

7.0 Ansur Maju Latihan Lari Berpagar

7.1 Latihan 1:

Tendangan “Karate”

7.2 Latihan 2:

Melompat dalam rotan “hulahoop”

7.3 Latihan 3:

Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun.

7