tazkirah mencuri

Upload: jai-yusof

Post on 03-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 tazkirah mencuri

    1/4

    Bab 9 : Mencuri (Sariqah)PENCURIPencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambildaripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu).

    Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potongtangan ke atas si pencuri itu.Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai

    balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi mahabijaksana(Surah Al- Maidah ayat 38)Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebihdaripada nilai wang mas(Riwayat Bukhari Muslim)CIRI CIRI PERBUATAN MENCURI1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan

    tuannya.2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.

    3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi darijangkaan atau milik tuannya.HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun

    jenayah syariyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah(mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-i) Orang yang berakalii) Orang yang balighiii) Dengan kemahuan sendiri2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak

    siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambilharta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memilikiharta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia

    bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia

    berakal (siuman)(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

  • 7/29/2019 tazkirah mencuri

    2/4

    3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang

    diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjahHadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa

    mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan.(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dan Lain daripada keduanya)4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atauterlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan

    hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk

    dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kesini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud : Darurat(dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang

    dilarang.(Al- Ashbah dan An Nazhair)Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakimboleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kearifan dan

    kebijaksanaannya.PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta

    atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahantersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak bolehdikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes

    kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

    2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaandan kekerasan.

    3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalanatau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.

    4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.

    5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan

    dahaga.SABIT KESALAHAN MENCURI

    1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-buktiberikut:-

  • 7/29/2019 tazkirah mencuri

    3/4

    i) Ikrar (pengakuan)

    ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil

    iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orangyang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut

    keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memangsebenarnya adalah mencuri.2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat

    pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlisdalam Mahkamah dihadapan hakim.3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkankesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu

    mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masakecurian dan lain-lainnya.4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antaraorang yang kena curi dangan orang yang mencuri.PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempatdinar atau tiga darham.

    2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut

    yang dikehendaki.

    3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

    4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjagaharta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

    5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yangdicuri itu.

    6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga danbernilai.

    7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak

    bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yangmemabukkan.

    8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau

    barangan orang yang berhutang.

    9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam

    peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

    10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan

    ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

    11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan

  • 7/29/2019 tazkirah mencuri

    4/4

    isterinya dan sebaliknya.

    12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURISesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hududsebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dandan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.