tazkirah duat

Upload: adam

Post on 30-May-2018

242 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Tazkirah Duat

    1/5

    TAZKIRAH DUAT

    ..

    PENDAHULUAN:

    Penyelesaian secara Islam seperti yang dikehendaki dengan wujudnyamasyarakat dan pemerintahan islam,mengembalikan semula cara hidup islammestilah didahului oleh wujudnya gerakan islam yang sedar dan insaf,yangmenyediakan suasana perjuangan dan menyeru orang ramai agar menerima konsep

    perjuangan disamping mengeluarkan para penyokong dan pendokong harakah.

    A. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIATASI DALAM AMAL JAMAIE.

    Ini adalah satu penyakit yang berlaku di kalangan anggota-anggota jamaahislam sendiri.Perkara ini tidak seharusnya berlaku kepda mereka yangmenggabungkan diri dalam jamaah islam.Hasil dari sikap ini lahirlah sifat-sifat

    berikut:i : Mengutamakan masalah peribadi melebihi jamaah .ii : Hanya melakukan kerja-kerja yang boleh memberi keuntungan

    peribadi.iii : Hilangnya sifat At-Taawun .iv : Tidak sanggup berkorban.

    2.0 Masalah pergaulan.

    Fenomena ini begitu ketara sekali berlaku di kalangan anggota jamaah danseharusnya di beri perhatian yang sungguh-sungguh untuk mengatasinya.Termasukdi dalam perkara ini ialah :

    i : Kurangnya ukhuwwah di kalangan anggota jamaah.ii : Muamalat yang tidak baik.

    3.0 Ananiah.

    Yang dikehendaki dengan ananiah di sini ialah keinginan seseorang anggota

    jamaah untuk menunjuk-nunjuk diri rajin bekerja apabila berada di hadapanmasyarakat bertujuan untuk mengejar gelaran semata-mata dan apabila mendapat

    EB A H A N B A C A A N

    T A Z K I R A H

  • 8/14/2019 Tazkirah Duat

    2/5

  • 8/14/2019 Tazkirah Duat

    3/5

    TAZKIRAH DUAT__________________________________________________

    B. CARA PENYELESAIAN

    1.0 Bagi mengatasi penyakit ini,para anggota perlulah diingatkan betapa buruknyasifat ini kepada seorang daie kerana diantara syarat awal kejayaan seorang daie ituialah sifatnya yang suka memberi khidmat dan menolong orang lain serta bekerjauntuk menyempurnakan keperluan mereka dengan mengenepikan kepentingan dirisendiri.Islam sendiri menganjurkan kepada At-Taawun dan menjauhi sifat-sifatyang telah di-nyatakan.Kalau kita perhatikan kisah para sahabat,disana terdapat

    banyak kisah yang menggambarkan bagaimana beratnya pengorbanan yang merekatelah lakukan.Segala pengorbanan itu berbentuk tenaga,harta benda,waktu dan juga

    jiwa dan raga.

    Para pendokong harakah mestilah menyedari bahawa mengenepikan dirisendiri,sanggup berkorban harta benda,tenaga,waktu dan jiwa adalah merupakan

    pendahuluan yang membantu kepada kejayaan kerja-kerja amal jamaie.Umat islamadalah umat yang memerlukan pengorbanan yang sedemikan rupa sehingga mereka

    berjaya mewujudkan kerja-kerja amal jamaie yang berupaya menghasilkan cita-citanya.

    2.0 Untuk mengatasi masalah ini,maka perlulah dilakukan beberapa perkara.Diantaranya ialah:

    i : Mengadakan program ziarah yang berterusan.ii : Menggalakkan anggota untuk membiasakan diri bagi

    menghadiri program-program dan tempat-tempat umum.

    iii : Perlunya tazkirah,nasihat yang berterusan dan tunjuk ajardengan cara yang

    sewajarnya.

    3.0 Oleh kerana penyakit ini berhubung kait dengan permasalahan hati,makacara untuk mengatasinya adalah sebagaimana yang disebut oleh Hujjatul Islam Al-Imam Ghazali r.a.m dalam kitabnya Ihya Ulumiddin di dalam bab merawat

    penyakit hati.Ianya boleh diatasi dengan tiga perkara:i : Guru yang mursyid.ii : Sahabat yang sholeh.iii : Serangan dan kritikan dari musuh.

    TAZKIRAH DUAT__________________________________________________

  • 8/14/2019 Tazkirah Duat

    4/5

    4.0 Untuk mengatasi penyakit mengikut hawa nafsu,anggota jamaah haruslah

    di bekalkan dan di ingatkan dengan firman Allah s.w.t :" "( 40-41 )

    Sementara bagi mengatasi perasaan sayang dan cintakan dunia yang fana

    ini,maka para anggota jamaah perlulah diingatkan dengan hari kemudian(qiamat).Allah s.w.t berfirman :" "

    )4(Manakala bagi mereka yang tertarik dengan pendapat sendiri,mereka

    patutlah diingatkan kepada betapa pentingnya pendapat jamaah kerana Allahs.w.t. telah berfirman :

    " ")38(

    Tambahan pula nabi Muhammad pernah bersabda:" "

    5.0 Ianya dapat diatasi denga cara memperbanyakkan program-programpentarbiyyahan kepada anggota jamaah.Mengenai tarbiyyah ini,Syeikh SaidHawwa r.a.m telah menulis dalam bukunya Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah,bahawatarbiyyah yang sebenarnya mestilah bermula dengan penanaman iman yang

    berasaskan aqidah yang soheh.Seterusnya beliau mencadangkan bahawa tarbiyyahitu mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut:i : Murabbi.ii : Manhaj.iii : Biah.

    6.0 Sirah nabawiyyah telah menggesa proses pembentukan mestilah dilakukanmelaluiqudwah kerana kesannya lebih kuat dari kata-kata.Oleh kerana itulah para anggota

    jamaah hendaklah sentiasa bermuhasabah mengenai perkara ini kerana kitalahgolongan Azhari yang diharapkan untuk menjadi qiadah dimasa

    hadapan.Sesungguhnya Al-Qiadah As-Sholehah tidak mungkin wujud tanpaqudwah hasanah.Saidina Ali k.r.m menyatakan Siapa yang melantik dirinyasebagai imam kepada orang ramai ,beliau hendaklah memulakan denganmembetulkan dirinya sebelum membetulkan orang lain.Orang yang mengajar danmembetulkan dirinya lebih utama untuk dimuliakan dari orang yang mengajar danmembetulkan orang lain.

    7.0 Jika sekiranya perkara ini melibatkan anggota jamaah,maka caramengatasinya ialahmengingatkannya bahawa ketaatan kepada pimpinan jamaah islam itu sendirimenggambarkan keimanan mereka kepada Allah s.w.t :

    TAZKIRAH DUAT__________________________________________________

  • 8/14/2019 Tazkirah Duat

    5/5

    " ")59(

    Sejarah Rasulullah menunjukkan kepada kita bagaimana contoh ketaatan

    para sahabat kepada baginda dalam peperangan Hunain.Begitu juga dengan kisahpeperangan Tabuk.

    Dalam masa yang sama pimpinan juga hendaklah sentiasa muhasabah danmemperbaiki kecacatan yang ada supaya dapat menimbulkan thiqah yang tinggi dikalangan ahli.Apabila ini berlaku,maka mereka akan memberikan kepatuhan danketaatan yang sepenuhnya terhadap apa jua arahan yang diberikan.Ini adalah keranakepatuhan dan ketaatan itu tidak akan wujud tanpa thiqah.

    PENUTUP

    Demikianlah secara ringkas yang dapat disediakan dalam waktu yang cukupterbatas ini.Di harap dapat membuat teguran jika sekiranya disana terdapatkesilapan dan kesalahan.

    Semoga hasil perbincangan ini dapat memberikan manfaat kepada kita dalamrangka usaha untuk membentuk para anggota yang bersifat dengan jundullah

    kearah melahirkan syakhsiyyah muslim yang mampu untuk menanganipermasalahan ummah dan seterusnya mempertahankan syakhsiyyah ummah.

    RUJUKAN:

    1. Jundullah Thaqafatan Wa AkhlaqanSyeikh Said Hawwa r.a.m.

    2. Durus Fil Amal IslamiSyeikh Said Hawwa r.a.m.

    3. Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah

    Syeikh Said Hawwa r.a.m.4. Ihya Ulumiddin

    Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.a.m.5. Tazkirah Duat

    Al-Bahi Khuli6. Tazkirah Duatul Islam

    Maulana Abu Ala Al-Maududi7. Al-Istiab Fi Hayat Ad-Dakwah Wa-Daiyyah

    Ustaz Fathi Yakan8. Muslimat Pembangun Ummah

    Al-Fadhil Ustaz Doktor Harun Bin Taib.