tatakelola kerajaan yang baik (good governance): gerakan islam

19
ISSN 1675 - 5936 I e-ISSN 2289-4799 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA VOL.17 (JUNE) 2016 : pp 1-19 Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam dan Rashid Al-Ghannouchi Good Governance : Islamic Movement and Rashid al-Ghannouchi Maszlee Malik 1 International Islamic University Malaysia Hamidah Mat Open University Malaysia Abstrak Tatakelola kerajaan yang baik atau ‘good governance’ merupakan satu konsep yang amat popular dewasa ini. Malangnya, konsep ini masih kabur di kebanyakan negara-negara Islam. Keadaan realiti tatakelola yang lemah di kebanyakan negara Islam menggambarkan bahawa konsep tatakelola yang baik masih menjadi satu isu yang memerlukan kajian yang mendalam. Kajian ini akan cuba menghuraikan konsep tatakelola yang baik menurut perspektif Islam dengan menjadikan pandangan Rashid Al- Gannouchi sebagai asas. Kajian ini akan cuba melihat sudut pandangan Rashid Al-Ghannouchi sebagai ideology dan pemikir gerakan Islam, mengenai isu tatakelola yang baik. Selain daripada itu kajian ini juga turut mengkaji aplikasi tatakelola yang baik sebagaimana yang dipelopori oleh beliau di dalam gerakan Ennahdah. Kajian berbentuk kualitatif ini mengkaji pemikiran Al-Ghannouchi melalui analisa wacana kritikal yang dilakukan ke atas penulisan beliau di dalam buku-buku dan artikel-artikel. Kajian lapangan yang melibatkan sesi wawancara dan temubual juga turut dilakukan. Kajian ini mendapati bahawa konsep dan hakikat tatakelola kerajaan yang baik sepertimana yang telah diutarakan oleh badan-badan antarabangsa mempunyai banyak persamaan dengan beberapa konsep yang dibawa oleh Islam. Kata kunci: Al-Ikhwanul Muslimun, Arab Springs, Mesir, Parti Ennahda, Rashid Al-Ghannouchi, revolusi Jasmin, tatakelola kerajaan 1 Coresponding author : Maszlee Malik, Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islamic University Malaysia, e-mail : [email protected]. ulum islamiyyah 17.indd 1 5/31/16 12:57 PM

Upload: dangminh

Post on 12-Jan-2017

294 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

ISSN 1675 - 5936 I e-ISSN 2289-4799UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

VOL.17 (JUNE) 2016 : pp 1-19

Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam dan Rashid Al-Ghannouchi

Good Governance : Islamic Movement and Rashid al-Ghannouchi

Maszlee Malik1

International Islamic University Malaysia

Hamidah MatOpen University Malaysia

AbstrakTatakelola kerajaan yang baik atau ‘good governance’ merupakan satu konsep yang amat popular dewasa ini. Malangnya, konsep ini masih kabur di kebanyakan negara-negara Islam. Keadaan realiti tatakelola yang lemah di kebanyakan negara Islam menggambarkan bahawa konsep tatakelola yang baik masih menjadi satu isu yang memerlukan kajian yang mendalam. Kajian ini akan cuba menghuraikan konsep tatakelola yang baik menurut perspektif Islam dengan menjadikan pandangan Rashid Al-Gannouchi sebagai asas. Kajian ini akan cuba melihat sudut pandangan Rashid Al-Ghannouchi sebagai ideology dan pemikir gerakan Islam, mengenai isu tatakelola yang baik. Selain daripada itu kajian ini juga turut mengkaji aplikasi tatakelola yang baik sebagaimana yang dipelopori oleh beliau di dalam gerakan Ennahdah. Kajian berbentuk kualitatif ini mengkaji pemikiran Al-Ghannouchi melalui analisa wacana kritikal yang dilakukan ke atas penulisan beliau di dalam buku-buku dan artikel-artikel. Kajian lapangan yang melibatkan sesi wawancara dan temubual juga turut dilakukan. Kajian ini mendapati bahawa konsep dan hakikat tatakelola kerajaan yang baik sepertimana yang telah diutarakan oleh badan-badan antarabangsa mempunyai banyak persamaan dengan beberapa konsep yang dibawa oleh Islam.

Kata kunci: Al-Ikhwanul Muslimun, Arab Springs, Mesir, Parti Ennahda, Rashid Al-Ghannouchi, revolusi Jasmin, tatakelola kerajaan

1 Coresponding author : Maszlee Malik, Kuliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islamic University Malaysia, e-mail : [email protected].

ulum islamiyyah 17.indd 1 5/31/16 12:57 PM

Page 2: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

2 VOL.17(JUNE) 2016

AbstractGood Governance has become a fad du jour concept in the discourse of development in recent time. Unfortunately, the practice of Good Governance concept is not viable in most Muslim countries. Poor practice of governance in many Muslim countries implies the importance of the topic ‘Good Governance’ to be further explored. This article will focus its study on Islamic point of view towards Good Governance based on Rashid Ghannouchi’s perspective on governance. It will analytically looks into Rashid al-Ghannouchi’s point of views, due to his position as ideologue and thinker of modern Islamic movement and the application of his views on his Ennahda movement in Tunisia. Studies on al-Ghannouchi’s thoughts in this article will be done through a critical discourse analysis of his books and articles. Field study such as interviews were also conducted. This study found that the concept and practice of good governance as proposed by the international institutions share a lot of similarities with some Islamic concepts.

Keywords: Al-Ikhwanul Muslimun, Arabs, Egypt, Ennahda Party, Rashid Al-Ghannouchi, good governance, Jasmine revolution

PENGENALAN

Semenjak konsep tatakelola (tataurus) kerajaan yang baik atau good governance, dipopularkan oleh Bank Dunia pada tahun 1989, ianya diikuti oleh institusi-institusi kewangan antarabangsa. Kini konsep ini terus menjadi ikutan ramai pihak (fad du jour). Tatakelola menjadi tema bagi pihak kerajaan yang ada untuk memperbaiki mutu pemerintahan dan pentadbiran mereka, dan juga menjadi senjata bagi pihak pembangkang di peringkat antarabangsa untuk mengkoreksi dan menilai kerajaan yang sedia ada. Sungguhpun demikian, perkembangan berkaitan tatakelola yang baik tidak rancak di bumi yang didiami oleh umat Islam. Chapra (2008) telah menegaskan bahawa pengamalan tatakelola yang buruk di kebanyakan negara-negara Islam yang telah membawa kepada kemunduran dan kelemahan umat Islam. Realitinya, kebanyakan negara-negara Islam menduduki tangga terbawah di dalam mana-mana indeks good governance (Malik, 2011: 2-6). Negara-negara Islam hanya menduduki tangga teratas di dalam indeks persepsi rasuah, pencabulan hak asasi manusia dan juga salahguna kuasa (Chapra, 2008: 156-162).

Berhubung hal ini, Rashid Al-Ghannouchi, seorang pemikir gerakan Islam moderat kontemporeri dari Tunisia, dan juga pengasas gerakan Ennahda di Tunisia mempunyai sudut pandang yang tersendiri dalam menyikapi isu ini. Walaupun nama beliau lebih sinonim dengan isu demokrasi-Islam, namun

ulum islamiyyah 17.indd 2 5/31/16 12:57 PM

Page 3: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

3Tatakelola Kerajaan Yang Baik (Good Governance):

Gerakan Islam dan Rashid Al-Ghannouchi

GL�VHEDOLN�ZDFDQD�GHPRNUDVL�,VODP�LWX�WHUGDSDW�EHEHUDSD�¿NUDK�EHUPDQIDDW�untuk menggabung jalinkan antara prinsip politik Islam dengan pelaksanaan tatakelola kerajaan yang baik. Hal yang sama dapat dilihat pada pandangan beliau mengenai wacana dan gerak kerja gerakan Islam yang memerlukan kepada anjakan paradigma dan ijtihad-ijtihad baru. Menurut beliau, kemelut kemunduran dan keciciran umat Islam yang berpunca dari tatakelola yang buruk boleh diatasi dengan mengadataptasi aplikasi tatakelola yang baik yang telah dilakukan oleh gerak kerja dalam gerakan Islam.

.DMLDQ� LQL� DNDQ� PHPELFDUDNDQ� PHQJHQDL� GH¿QLVL� GDQ� NRQVHS� WDWDNHOROD�kerajaan yang baik (good governance), pandangan Al-Ghannouchi berkaitan isu tatakelola berteraskan beberapa konsep Islam. Seterusnya kajian ini menghuraikan perihal wacana gerakan Islam dan juga peranan al-Ghannouchi dalam membentuk wacana baru bagi gerakan Islam yang lebih mesra dengan konsep tatakelola kerajaan yang baik. Ini dapat dilihat pada pengamalan dalam gerakan Ennahda pasca revolusi-Yasmin 2010 di Tunisia.

TATAKELOLA

Sebagaimana konsep-konsep gagasan pemikiran yang lain, tatakelola juga PHPSXQ\DL�GH¿QLVL�GDQ�VHMDUDK�SHUNHPEDQJDQQ\D�\DQJ�WHUVHQGLUL�

'H¿QLVL��6HMDUDK�GDQ�3HUNHPEDQJDQIstilah governance mempunyai sejarah yang tersendiri. Ianya berasal dari perkataan Yunani kubernan yang membawa maksud steering atau memandu (Kjær, 2004: 3). Pada kurun ke-14, perkataan tersebut telah digunakan untuk merujuk kepada ‘kerusi di parlimen’. Dalam penggunaan bahasa Inggerisnya pula, ia sering digunakan secara sinonim dengan government (Pierre, 2000: 23). Maka tidak hairanlah di dalam kebanyakan literasi Inggeris, perkataan governance sering digunakan secara bebas menggantikan perkataan government (Concise Oxford Dictionary, 2009). Walau bagaimanapun selepas penggunaan istilah good governance oleh Bank Dunia pada tahun 1989, istilah berkenaan mengalami revolusi. Governance tidak lagi disempitkan kepada makna government yang lebih membawa konotasi politik semata-mata (Graham, et al., 2003: 2). Laporan Bank Dunia 1989 berkaitan Sahara Barat menggunakan Good Governance sebagai mekanisme untuk merujuk kepada sistem pentadbiran yang mempunyai mekanisme untuk membangunkan negara dan memberikan ruang yang luas kepada rakyat untuk mengecapinya. Ianya tidak hanya terhad kepada sistem politik, tetapi merangkumi kesemua mekanisme dalam bidang pentadbiran awam, ekonomi dan juga undang-undang (Williamson, 1996: 11).

ulum islamiyyah 17.indd 3 5/31/16 12:57 PM

Page 4: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

4 VOL.17(JUNE) 2016

Ketika Bank Dunia memberikan keputusan analisa mereka terhadap kemunduran di Sahara Barat, mereka menamakan bad governance (tatakelola yang lemah) sebagai penyakit utama masyarakat di negara tersebut. Kesimpulan laporan berkenaan ialah tatakelola yang lemah akan mengundang korupsi, kerajaan tidak stabil, patronisme, rasuah, diktator, elitisme dan penghujungnya membawa kepada kemunduran. Maka mereka memutuskan agar penawar good governance menjadi formula untuk mengatasi segala permasalahan tersebut (World Bank Report, 1989). Semenjak dari prokalamasi tersebut, jenama good governance sering menjadi tema dalam usaha reformasi dan juga pembangunan, terutamanya di negara-negara dunia ketiga dan negara-negara membangun. Oleh itu, good governance dilihat telah membawa nilai liberal dan demokrasi sebagai formula asasi untuk negara-negara membangun. Sepertimana Bank Dunia, Badan Kewangan Antarabangsa (IMF), Badan Bantuan Amerika Syarikat (USAID) dan Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) juga turut serta dalam usaha membina formula masing-masing untuk membangunkan negara-negara mundur berdasarkan kerangka good governance. Berdasarkan kerangka tersebut, beberapa prinsip dan ciri-ciri yang membawa kepada good governance telah diutarakan.

Ciri-Ciri Tatakelola yang BaikAntara ciri-ciri tatakelola yang baik seperti yang dikemukakan oleh badan-badan antarabangsa adalah; tahap akauntabiliti yang tinggi dalam pentadbiran negara, transparensi (ketelusan) dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan, terutamanya yang melibatkan perbendaharaan, keluhuran undang-undang (Rule of Law) yang memastikan undang-undang dipatuhi, badan kehakiman bebas dari pengaruh eksekutif, hak asasi manusia yang dihormati terutamanya dalam isu kebebasan politik, bersuara dan gender, gerakan masyarakat sivil yang aktif dan tidak dikongkong, dan juga SHUNKLGPDWDQ�DZDP�\DQJ�HIHNWLI�GDQ�HI¿VLHQ��9DQ�'RN�������������

Bank Dunia juga mempunyai huraian mereka yang tersendiri mengenai ciri-ciri good governance. Melalui laporan Governance and Developement tahun 1992, Bank Dunia telah menggariskan ciri-ciri good governance untuk diaplikasikan kepada negara-negara yang berpotensi menerima bantuan kewangan mereka. Tujuan utamanya ialah untuk memastikan bantuan tersebut tidak jatuh ke tangan yang salah, dan akhirnya disalahgunakan serta tidak menepati objektif bantuan berkenaan. Dalam laporan berkenaan, Bank Dunia telah memberikan fokus kepada empat dimensi utama good governance di dalam sesebuah negara; pengurusan sektor awam, akauntabiliti, pembangunan berteraskan undang-undang, maklumat dan ketelusan. (World Bank, 1992).

ulum islamiyyah 17.indd 4 5/31/16 12:57 PM

Page 5: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

5Tatakelola Kerajaan Yang Baik (Good Governance):

Gerakan Islam dan Rashid Al-Ghannouchi

Seterusnya pada penghujung tahun-tahun 90-an, Bank Dunia telah PHPSHUNHPEDQJNDQ� GDQ� PHPDMXNDQ� GH¿QLVL� PHUHND� WHUKDGDS� JRRG�governance. Melalui Institut Bank Dunia dan Jabatan Penyelidikan, Bank Dunia yang diterajui oleh Danile Kaufmann dan Aart Kraay, mereka telah mengasaskan konsep Worldwide Governance Indicators (WGI). Sejak tahun 1996, ia telah digunakan untuk menilai tahap urus tadbir lebih 200 negara di seluruh dunia. Indikator tersebut dibina berdasarkan data yang perolehi dari 30 organisasi antarabangsa yang berkaitan (Kaufmann et. al., 2008: 16)2. WGI menumpukan enam dimensi utama yang diambil kira di dalam mengukur urus tadbir sesebuah negara, iaitu (Kaufmann et al., 2005):

i. Ruang kebebasan bersuara dan akauntabilitiii. Kestabilan politik dan tiada penggunaan kekerasan

iii. Pentadbiran kerajaan yang efektif iv. Penguatkuasaan Kualitiv. Penguatkuasaan undang-undang

vi. Pengawalan Penyalahgunaan kuasa

:DODX� EDJDLPDQDSXQ�� GH¿QLVL� \DQJ� \DQJ� OHELK� NRPSUHKHQVLI� GDQ� OHELK�GLWHULPD�SDNDL�ROHK�UDPDL�SLKDN�LDODK�GH¿QLVL�\DQJ�WHODK�GLNHPXNDNDQ�ROHK�United Nation (UN) melalui UNDP.

Menurut piawaian UN, good governance adalah proses membuat keputusan yang mempunyai lapan ciri utama. Kehilangan salah satu daripada lapan ciri utama ini akan menyebabkan sesebuah kerajaan tidak akan dikategorikan sebagai good government (UNDP and Governance, 1997). Lapan ciri tersebut ialah:

i. Penglibatan semua pihak di dalam membuat keputusanii. Keputusan bersama yang dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat

iii. Akauntabiliti setiap pihak yang terlibativ. Ketelusan pihak yang terlibat dalam pembuatan keputusan dan

pelaksanaannyav. Responsif pihak yang membuat keputusan dan melaksanakannya

vi. (IHNWLI�GDQ�H¿VLHQ�SURVHV�WHUVHEXWvii. Ekuiti bersama setiap pihak dan bukan hanya oleh sesetengah

golongan sahajaviii. Keluhuran Undang-Undang

2 Antara organisasi yang menjadi sumber data kepada WGI adalah: African Developement Bank Country Policy and Institutional Assesments, Afrobarometer, Asian Developement Bank Country Policy and Industrial Assesments, Bertelsmann Transformation Index, Economist Intelligence Unit, Freedom House, Gallup Poll Survey, Global E-Governance Index, GlobalIntegrity Index, Latinbarometer, Transparency International Global Corruption Barometer Survey, World Economic Forum Global Competetiveness Report dan lain-lain lagi.

ulum islamiyyah 17.indd 5 5/31/16 12:57 PM

Page 6: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

6 VOL.17(JUNE) 2016

Kesimpulannya, ciri-ciri tatakelola yang telah dirumuskan oleh ramai pihak mempunyai falsafah utama. Falsafah utama di sebalik good governance ialah tujuan yang ingin dicapai iaitu untuk mengelakkan korupsi, penyalahgunaan kuasa, penindasan golongan minoriti dan menegakkan keadilan dan hak setiap individu yang terlibat di dalam sesuatu komuniti. Selain daripada itu, hasil yang diharapkan atau matlamat yang ingin dicapai melalui proses tatakelola kerajaan yang baik ialah ‘pembangunan komprehensif yang mapan untuk warga’.

$/�*+$1128&+,�'$1�,68�7$7$.(/2/$

Al-Ghannouchi tidak membicarakan isu tatakelola kerajaan yang baik VHFDUD�VSHVL¿N�GL�GDODP�PDQD�PDQD�OLWHUDVL�\DQJ�GLNDUDQJQ\D��6XQJJXKSXQ�demikian, segala perbincangan beliau mengenai politik, demokrasi, kebebasan dan pemerintahan mempunyai elemen-elemen tatakelola kerajaan yang baik yang dibicarakan sebelum ini. Di dalam kajian ini, pendapat-pendapat Al-Ghannouchi akan cuba diolah semula secara induktif untuk dijadikan satu kerangka prinsip-prinsip tatakelola kerajaan yang baik berteraskan idea demokrasi Islam yang dibawa oleh beliau.

Asas Ideologi Tatakelola Al-GhannouchiIdea asas ideologi Al-Ghannouchi mengenai tatakelola ialah ruang politik terbuka kepada ruang ijtihad yang amat luas untuk menghasilkan pendapat-pendapat baharu berpandukan maqasid al-syariah (1993a: 43). Al-Ghannouchi menyifatkan isu-isu politik termasuk dalam ruang vakum (faraghaat) yang telah ditinggalkan oleh syariat untuk manusia bersikap kreatif dalam mencapai maslahat umum yang menjadi matlamat utama syariat Islam itu sendiri. Hasilnya, ruang politik dalam kerangka ruang ijtihad yang luas memerlukan input kontemporari dengan meraikan faktor konteks, tempatan, masa, zeitgeist (semangat zaman), budaya dan perbezaan akal manusia. Premis ini juga yang terpakai di dalam isu tatakelola menurut Al-Ghannouchi (2009).

Umumnya, kerangka tatakelola menurut Al-Ghannouchi boleh digariskan sepertimana berikut:

i. Tatakelola dan maqasid al-syariahBerdasarkan asas ideologi pemikiran Al-Ghannouchi tentang tatakelola, isu-isu berkaitan tatakelola memerlukan metod yang baru dan lebih harmoni dengan maqasid al-syariah (lihat: Al-Ghannouchi, 1993a, 1993b: 53-4). Bertitik tolak dari rasional ini, perlulah difahami walaupun politik sebahagian daripada syariah Islam, tetapi ia terletak di dalam kerangka muamalat dan

ulum islamiyyah 17.indd 6 5/31/16 12:57 PM

Page 7: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

7Tatakelola Kerajaan Yang Baik (Good Governance):

Gerakan Islam dan Rashid Al-Ghannouchi

bukannya akidah atau ibadat. Maka, ketika menyikapi isu muamalat, kaedah yang disepakati oleh para fuqaha bahawa hukum asal sesuatu perbuatan adalah harus (ibahat al-asliyah) perlulah menjadi panduan utama. Maka, berdasarkan kaedah ini dapat disimpulkan bahawa, hukum asal bagi segala aktiviti politik adalah harus kecuali ada dalil yang mengharamkannya (Uthmani, 2009). Rasional inilah yang menjadi teras kepada pemikiran politik Al-Ghannouchi di dalam membina ijtihad-ijtihad beliau berkaitan isu-isu politik terkini seperti isu demokrasi, pluralisme politik, kebebasan, hak asasi manusia, penyertaan politik oleh warga Muslim di dalam sistem yang tidak Islamik dan lain-lain lagi.

ii. Tatakelola sebagai al-‘amr bi al-ma’ruf wa al-nahy ‘an al-munkar (Menyeru ke arah kebaikan dan menentang kemungkaran) Antara misi utama umat Islam adalah untuk melaksanakan al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy ‘an al-munkar (menyeru kepada kebaikan dan menentang kemungkaran) bertujuan membawa pembaikan dan pembaharuan dalam kehidupan manusia sejagat. Berteraskan konsep al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy ‘an al-munkar di dalam Al-Quran juga, manusia diperintahkan untuk mencapai tahap iman, Islam dan ihsan serta mempunyai kualiti di dalam kehidupan duniawi (well-being) (Ghannoushi, 2001: 110). Individu Muslim berperanan untuk membawa kebaikan sejagat yang memberikan manfaat bukan hanya kepada agama, malah juga kepada alam sekitar dan manusia lain. Al-Ghannouchi (2000: 115) mengatakan bahawa berteraskan konsep al-amar bil ma’ruf wa al-nahy ‘an al-munkar, setiap Muslim akan melaksanakan jihadnya sebagai warga yang bertanggungjawab untuk berterusan mengusahakan yang terbaik untuk masyarakat berteraskan keadilan dan kedamaian. Hal ini jugalah yang menjadi motivasi kepada perlaksanaan misi jihad sivil di dalam masyarakat Islam, seterusnya menghasilkan tatakelola kerajaan yang baik. Jihad, menurut beliau tidak selayaknya hanya disempitkan peranannya kepada peperangan semata-mata, tetapi haruslah diluaskan kepada perjuangan menegakkan keadilan dan kebaikan sejagat (Al-Ghannouchi, 2000: 115).

iii. Ketelusan dan pertanggungjawabanDalam melaksanakan konsep al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy ‘an al-munkar, prinsip akauntabiliti merupakan salah satu dari kewajipan yang perlu ada di dalam proses tatakelola yang baik. Konsep akauntabiliti pula memerlukan kepada unsur ketelusan di dalam semua lapisan proses tatakelola. Setiap pihak, samada pemerintah, pentadbir, mahupun penjawat awam perlu bersikap telus. Setiap aktor yang terlibat dengan aktiviti tatakelola, parti-parti politik, penggubal undang-undang (ahli parlimen), penjawat awam, pentadbir dan mana-mana wakil rakyat perlu bersikap telus juga di dalam menjalankan tugas mereka. Di sesetengah negara maju, setiap ahli parlimen

ulum islamiyyah 17.indd 7 5/31/16 12:57 PM

Page 8: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

8 VOL.17(JUNE) 2016

dan para pemimpin akan membuat deklarasi aset, laporan perbelanjaan dan tuntutan elaun serta segala kegiatan dan aktiviti mereka di dalam laman web masing-masing ataupun melalui bahan bercetak atau melalui akhbar tempatan atau lokaliti. Ketelusan sebagai salah satu elemen penting tatakelola kerajaan juga amat penting demi mengelakkan pecah amanah, rasuah dan pelbagai salah laku di dalam pentadbiran. Bertitik tolak dari prinsip ini, maka pihak pentadbiran perlulah mempunyai mekanisme tertentu demi menjamin ketelusan dan juga akauntabiliti. Berdasarkan prinsip ketelusan di dalam pentadbiran juga, konsep pemisahan kuasa di antara kuasa legaslatif, kuasa kehakiman dan juga eksekutif perlu benar-benar berlaku sama ada secara prinsip dan juga di dalam pengamalan (Malik, 2011: 213).

Pluralisme Politik dan TatakelolaBerbalik kepada isu tatakelola kerajaan dan akauntabiliti, demi melaksanakan akauntabiliti yang berterusan, sistem pluralism politik juga amat penting, terutamanya untuk memastikan proses check and balance ke atas kuasa eksekutif (Imarah, 2005: 100-09). Pluralisme politik ini penting demi mengelakkan pemerintahan diktator dan juga monopoli kuasa oleh sesetengah pihak, parti atau individu yang akan mendominasi pembuatan keputusan yang mana lazimnya berakhir dengan kezaliman dan penindasan ke atas rakyat. Maka, berdasarkan kaedah sadd dharai’ (menutup pintu keburukan), sistem pluralisme politik amat diperlukan demi mengelakkan kezaliman berlaku, dan demi memastikan keadilan akan terus tertegak (Al-Awa, 1993: 65-75). Pluralisme politik tidak boleh dianggap sebagai perpecahan umat atau masyarakat, tetapi disikapi dengan sikap berlumba untuk mengerjakan kebaikan, dan juga sunnah tadafu’ (tabiat normal manusia untuk saling membetulkan yang silap). Tanpa sistem yang membenarkan kepelbagaian parti, umat Islam akan terus hidup di bawah kekuasaan tirani dan rejim diktator.

Menurut Al-Ghannouchi, pemerintahan diktator adalah bertentangan dengan prinsip keadilan dan ihsan yang dibawa oleh ajaran Islam. Hal ini banyak disinggung oleh Al-Ghannouchi sama ada di dalam penulisannya, mahupun di dalam ucapan dan wawancara bersama beliau. Baginya, konsep pluralisme politik adalah penting demi menghalang sistem diktator dari berlaku ataupun berulang di dalam mana-mana negara umat Islam (Lihat: al-Turki, 2011; Lynch, 2011; The Majalla, 2011; Momin, 2012). Beliau menyandarkan keharusan konsep pluralisme politik di dalam Islam kepada Sahifah al-Madinah ataupun piagam Madinah, di mana Rasulullah SAW telah menggariskan hak dan tanggungjawab warga kota Madinah, serta panduan untuk warga menguruskan perbezaan mereka (Al-Ghannouchi, 2012: 187). Berteraskan prinsip inilah, Al-Ghannouchi percaya bahawa prinsip pluralisme politik amat penting dalam pemerintahan Islam (Lynch,

ulum islamiyyah 17.indd 8 5/31/16 12:57 PM

Page 9: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

9Tatakelola Kerajaan Yang Baik (Good Governance):

Gerakan Islam dan Rashid Al-Ghannouchi

2011). Menurut al-Ghannouchi, konsep pluralisme ini bukan hanya akan memastikan proses check and balance berlaku, malah ianya merupakah sebahagian daripada perlaksanaan konsep syura yang berupaya untuk menguruskan perbezaan pandangan dalam kalangan umat Islam. Di samping itu, kewujudan pelbagai parti di dalam ruang politik umat Islam dapat menghalang sistem diktatorisme yang lazimnya timbul dari sistem satu parti yang memonopoli kuasa di dalam pemerintahan umat Islam (Al-Ghannouchi, 2012: 101-6).

3HUDQDQ�6\XUD�'DODP�7DWDNHORODPengamalan konsep syura yang amat dituntut dalam Islam. Syura juga merupakan nilai yang paling utama di dalam konsep politik Islam. Ayat Al-Quran (Ali Imran (3):159; Syura (42): 38.) telah memuji pengamalan syura dan menyifatkannya sebagai kualiti kepimpinan di dalam Islam. Di dalam konteks tatakelola pula, syura membawa maksud penglibatan orang ramai di dalam proses membuat keputusan (Al-Ghannoushi, 1993a: 108). Syura juga merupakan tonggak utama falsafah politik Islam yang bertujuan untuk menegakkan keadilan, menjamin maslahat bagi warga dan juga instrumen yang ampuh untuk mengelakkan sistem diktator dan kezaliman (Al-Ghannouchi, 1993b: 56). Ibn ‘Atiyyah, mufasir di zaman Andalusia pula berpendapat, mana-mana pemimpin yang tidak melaksanakan syura di dalam pemerintahannya layak untuk disingkirkan dari kedudukannya (Ibn ‘Ashur, 1984: 3/ 148). Bertitik tolak dari premis inilah, Muhammad Imarah mengatakan bahawa pengamalan syura merupakan suruhan syarak yang berbentuk imperatif (Imarah, 2005:38-62).

Semasa membicarakan tentang syura, Muhammad Imarah (2005: 44) mengatakan bahawa ayat Al-Quran di dalam surah Al-Nisa, ayat 59 yang menyuruh umat Islam mematuhi Allah, Rasul dan ulil amri (mereka yang berkuasa) dari kalangan kamu itu menunjukkan erti sebenar syura. Perkataan (minkum) iaitu dari kalangan kamu dari ayat ulil amri ‘min’kum bermaksud orang yang berkuasa dari kalangan kamu, iaitu “dari kalangan kamu yang telah kamu pilih.” Manakala menurut Al-Ghannoushi (1993a: 110-11), perkataan minkum juga bererti memilih pemimpin dari kalangan kamu melalui syura sebagai manifestasi ketaatan kamu kepada Allah dan Rasul. Ketaatan dan kepatuhan kepada ulil amri ‘dari kalangan kamu’ juga terikat dengan sejauhmana kepatuhan dan ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul. Jika ulil amri gagal melaksanakan amanah yang telah Allah dan RasulNya berikan, maka dia tidak layak lagi ditaati dan dipatuhi (Imarah, 2005: 44-45).

Perlu difahami, ulil amri juga tidak terhad kepada ketua negara semata-mata, sesetengah ahli tafsir mengatakan ulil amri adalah para ulamak, manakala ada yang mengatakan setiap orang yang telah diberikan tanggungjawab

ulum islamiyyah 17.indd 9 5/31/16 12:57 PM

Page 10: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

10 VOL.17(JUNE) 2016

dari kalangan kamu. Seorang suami adalah ulil amri, seorang bapa adalah ulil amri, seorang ketua jabatan adalah ulil amri, seorang pengurus adalah ulil amri, seorang guru adalah ulil amri, seorang pengetua adalah ulil amri, dan segala yang semakna dengannya. Maksudnya, setiap orang yang dipertanggungjawabkan adalah diberdayakan untuk melaksanakan amanah dan juga mereka bertanggungjawab untuk terlibat membuat keputusan (Malik, 2011: 205). Sebab itulah, jika ‘ulil amri minkum’ di zaman lampau ditafsirkan sebagai sama ada golongan pemerintah (umara) ataupun ulamak, kini ianya wajib ditafsirkan sebagai rule of law ataupun keluhuran undang-undang (Malik, 2011: 205). Undang-undang merupakan sesuatu yang digubal berdasarkan kepentingan umum dan melalui golongan yang memerintah. Maka ianya mewakili hasrat majoriti dan juga kuasa pemerintah. Tiada sesiapa yang kebal dari undang-undang. Tiada seorang pun boleh mengatakan dia lebih utama dan lebih kebal dari seorang yang lain dari segi perundangan di dalam Islam.

Di dalam ruang perbincangan yang sama, pluralisme politik dan penglibatan aktif warga merupakan antara dimensi penting di dalam konsep tatakelola. Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, Al-Ghannouchi berpendapat bahawa konsep syura perlu dikeluarkan dari kerangka moral semata-mata kepada tunjang kepada sebuah sistem politik yang boleh diterjemahkan kepada pluralisme politik dan penyertaan aktif warga di dalam proses pembuatan keputusan (Al-Ghannouchi, 2012: 101-13). Di dalam ayat-ayat Al-Quran mengenai syura (Ali Imran (3):159; Syura (42): 38), kita akan dapati, Allah SWT menyuruh Rasulullah SAW melibatkan bilangan besar sahabat di dalam membuat keputusan. Rasulullah SAW juga telah melibatkan seramai mungkin sahabat di dalam proses membuat keputusan. Ia juga merupakan amalan para khulafa al-rashidun di dalam pentadbiran mereka, dan juga di dalam hal-hal berkaitan ijtihad yang melibatkan hukum-hakam agama (Imarah, 2005: 44-45). Syura yang paling berkesan ialah syura terbuka dan meluas di mana setiap anggota masyarakat boleh terlibat di dalam memberikan pilihan dan memberikan pandangan mereka di dalam proses pembuatan keputusan oleh pihak pemerintah (Malik, 2011: 208).

Melalui kefahaman syura yang lebih inklusif ini, proses membuat keputusan mestilah melibatkan seramai mungkin individu yang mampu untuk memberikan pandangan mereka. Syura ‘terbuka’ yang inklusif adalah ruang kepada warga untuk terlibat di dalam proses tatakelola (Malik, 2011: 205). Konsep syura terbuka dan juga memberdayakan individu dan warga di dalam proses membuat keputusan ini disebut oleh Muhammad Imarah (2005: 44) sebagai ‘Siyasah Ra’iyyah’ (politik warga sivil). Al-Ghannouchi pula menyifatkan keterlibatan warga di dalam ruang sivil sebagai salah satu mekanisme syura yang membentuk masyarakat bertamadun berteraskan

ulum islamiyyah 17.indd 10 5/31/16 12:57 PM

Page 11: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

11Tatakelola Kerajaan Yang Baik (Good Governance):

Gerakan Islam dan Rashid Al-Ghannouchi

nilai Islam. Di samping itu, menurut Al-Ghannouchi juga, konsep penyertaan warga melalui gerakan masyarakat sivil yang aktif juga merupakan antara ciri tatekelola kerajaan yang baik (2000: 118-9). Berhubung persoalan syura terbuka ini, Al-Ghannoushi (1993a: 108) juga menegaskan proses membuat keputusan dengan syura terbuka juga mencerminkan konsep persamaan di antara warga, dan persamaan hak mereka untuk terlibat di dalam membuat keputusan secara kolektif. Perlaksanaan syura terbuka yang berkesan juga memerlukan penglibatan aktif warga dengan aktif tanpa ada sebarang sekatan dan juga kekangan dari segi undang-undang ataupun politik.

*(5$.$1�,6/$0�'$1�7$7$.(/2/$

Kemunculan gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia mempunyai kaitan rapat dengan kesinambungan ideologi islah (pembaikan) dan tajdid (pembaharuan) yang dibawa oleh para reformis pada penghujung kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 untuk memperjuangkan pembebasan tanah air umat Islam yang dijajah di seluruh dunia melalui kesedaran ilmu, intelektual, sivik dan peradaban �HO�$IIHQGL�������������+DQD¿���������������1D¿¶���������������0DQDNDOD�gerakan-gerakan Islam moden yang mana kebanyakannya berinspirasikan idea Hasan al-Banna dan para pendokong ideologi lain seperti Al-Maududi, Bennabi, Al-Nadawi, Al-Sibaie, Syed Qutb dan lain-lain, lebih menumpukan wacana mereka kepada isu perjuangan kemerdekaan berteraskan Islam serta menegakkan sistem kehidupan Islam yang menyeluruh (syumuliyah), di mana matlamat akhirnya adalah penyatuan negara-negara Islam di bawah satu komanwel di bawah pemerintahan khilafah (Ali, 2000: vii-xxxi; el-Affendi, 2003: 20; 2010: 20-36).

3HUDQDQ�*HUDNDQ�,VODP�'DODP�3HPEHQWXNDQ�7DWDNHOROD�<DQJ�%DLNBerkaitan peranan gerakan Islam pula, Al-Ghannouchi menggesa agar gerakan Islam membuat anjakan paradigma selari dengan perkembangan zaman (Al-Ghannouchi, 2001). Di dalam temuramah beliau yang kemudiannya dibukukan di bawah tema ‘wacana pertahapan’ (Hiwar Marhaliyyah), Al-Ghannouchi (1997) telah menegaskan bahawa setiap zaman yang dilalui oleh gerakan Islam itu berbeza dan menuntut strategi, pendekatan, penyusunan dan wacana yang berbeza di dalam penilaian semula beliau terhadap pencapaian gerakan Islam pada abad yang lalu. Di samping itu, Al-Ghannouchi juga melihat bahawa gerakan Islam sepatutnya berusaha memperhebatkan gerakan masyarakat sivil dengan mewujudkan masyarakat Islam yang merdeka dan diberdayakan dengan bersandarkan kepada institusi-institusi kemasyarakatan yang mereka bina sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan dan pemerintah (Abdullah, 2011: 264-5). Maka, di sinilah peranan gerakan Islam untuk memperjuangkan tatakelola yang

ulum islamiyyah 17.indd 11 5/31/16 12:57 PM

Page 12: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

12 VOL.17(JUNE) 2016

baik untuk melestarikan konsep-konsep seperti islah, al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy ‘an al-munkar, syura dan lain-lain lagi untuk menjana maslahah (kepentingan) bagi umat Islam sebagai salah satu misi dakwah dan harakah (perjuangan) mereka.

Majoriti gerakan Islam arus perdana di serata dunia, terutamanya yang EHUSDNVLNDQ�¿NUDK�,NKZDQ�0XVOLPLQ�GDQ�-DPDDW�,VODPL�WHWDS�PHPLOLK�MDODQ�sederhana dan demokrasi. Ini jelas dilihat pada penglibatan mereka dalam proses demokrasi, sama ada dengan menyertai pilihanraya sebagai parti politik, ataupun individu, mahupun berkoalisi dengan parti-parti politik yang sedia ada (el-Affendi, 2003). Di samping itu kebanyakan gerakan Islam juga amat aktif di dalam kerja-kerja kesukarelawanan, dakwah dan pendidikan. Di dalam waktu yang sama, gerakan Islam juga menjadi suara lantang menentang korupsi, rasuah dan juga salahguna kuasa oleh para rejim di negara-negara umat Islam, terutamanya pada tahun-tahun 80-an dan 90-an ketika kebanyakan gerakan Islam sudah mula menceburi bidang politik (Nasr, 1995; Eickelman and Piscatori, 1996; An-Naim, 1999; El-Affendi, 2003). Matlamat utama kebanyakan gerakan tersebut di waktu tersebut adalah untuk mewujudkan negara Islam yang lebih berbentuk utopia.

Di penghujung tahun-tahun 90-an, wacana konvensional gerakan Islam tersebut sudah mula dicabar dengan kelantangan Rashid Al-Ghannouchi, pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah di Tunisia yang telah mengutarakan gagasan Islam democrat (Tamimi, 2001). Berbanding retorik negara Islam, Al-Ghannouchi mengutarakan isu demokrasi, negara sivil (dawlah madaniyyah), ruang kebebasan (hurriyah), hak asasi (huquq al-Insan), tataurus, kedaulatan undang-undang, akauntabiliti dan juga slogan-slogan yang lebih berunsur reformasi berteraskan nilai-nilai Islam (Al-Ghannouchi, 1993a; 1993b: 56). Beliau menekankan peri pentingnya merujuk kepada maqasid al-syariah di dalam kerangka politik Islam dan juga apa yang penting ialah usaha penegakan keadilan sejagat dan mengelakkan dari berlaku kezaliman (1993b: 53-4).

Aplikasi Tatakelola oleh Al-Ghannouchi di Dalam EnnahdahApabila Tunisia menjadi negara pertama terletusnya kebangkitan rakyat dan kejatuhan rejim diktator, ramai yang menantikan reaksi dari Al-Ghannouchi, pemimpin gerakan Ennahdah dalam buangan di United Kingdom (UK). Menariknya, beliau tetap konsisten dan begitu realistik apabila mengatakan bahawa Ennahdah tidak mensasarkan untuk mendominasi kuasa pemerintahan untuk memaksa rakyat mengikuti undang-undang Islam. Beliau sendiri menyatakan bahawa dia tidak bercadang untuk bertanding menjadi presiden. Beliau menegaskan bahawa gerakan Islam bercadang untuk menjadi sebahagian daripada rakyat untuk membina negara yang

ulum islamiyyah 17.indd 12 5/31/16 12:57 PM

Page 13: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

13Tatakelola Kerajaan Yang Baik (Good Governance):

Gerakan Islam dan Rashid Al-Ghannouchi

lebih adil, demokratik dan bebas dari kezaliman, salahguna kuasa, tirani dan korupsi (Al-Jazeera.net, 2011). Walau bagaimanapun, perubahan wacana gerakan Ennahdah ini telah disebutkan oleh ramai pengkaji gerakan Islam di barat, sama ada mereka yang pro, neutral, hatta mereka yang mengkritik sekalipun. Ternyata selepas siri pilihanraya umum di Tunisia pada tahun 2011, jangkaan para pengkaji tersebut menemui kebenarannya.

Demi menghadapi keadaan tersebut, Ennahda telah menyatakan secara jelas mereka tidak berhasrat untuk memenangi pilihanraya secara bersendirian lantas memerintah Tunisia secara monopoli. Malah ketika berlangsungnya pilihanraya umum, Ennahda memastikan jumlah calon yang bertanding tidak akan memungkinkan mereka memenangi majoriti parlimen, ini hanya akan menakutkan rakyat dan membenarkan momokan sesetengah pihak bahawa Ennahda ingin menguasai Tunisia. Selepas pilihanraya umum pertama Tunisia pasca revolusi yang berlangsung pada 23 Oktober 2011 di, ternyata Ennahda telah mengungguli pilihanraya dengan memenangi 89 kerusi dari keseluruhan 217 kerusi (37.04%). Demi mengotakan janjinya, Ennahda telah mengadakan persepakatan Troika dengan dua buah parti yang lain, iaitu parti Al-Muktamar atau Congrès pour la République’ (CPR) yang diketuai oleh Moncef Marzouq yang telah memenangi pemilihan presiden Tunisia pada 12 Disember 2011 dan juga parti Al-Takattol atau démocratique pour le travail et les libertés (FTDL) yang diketuai oleh Mustapha Ben Jaafar. CPR telah memenangi 29 kerusi parlimen, manakala FTDL pula hanya mendapat 20 kerusi. Sikap Ennahda enggan menghantar wakilnya untuk menjadi presiden telah mengundang penghormatan dari ramai pihak kerana Ennahda berpegang kepada janji mereka dan komited terhadap usaha perkongsian kuasa. Pada 14 Disember 2011, Presiden Moncef telah melantik setiausaha agong Ennahda, Hamadi Jebali sebagai perdana menteri untuk mengetuai kabinet kerajaan (Mzioudet, 2011).

Apa yang menarik ialah pendekatan Al-Ghannoushi untuk membentuk politik baru Tunisia pimpinan partinya dengan pendekatan inklusif, demokratik dan juga terbuka. Beliau lebih memilih untuk membentuk Tunisia yang demokratik berbanding sebuah negara teokratik ataupun negara yang berimejkan agama yang konservatif (Momin, 2012; Shadid, 2012). Sebaliknya, Al-Ghannouchi lebih cenderung untuk melihat Tunisia yang dibangunkan dan diperintah bersama secara muafakat berbanding monopoli kuasa atau dominasi satu parti yang akan membawa kepada sistem diktator (Lynch, 2011). Al-Ghannouchi juga amat komited untuk mencapai konsensus di dalam apa-apa keputusan yang diambil oleh kerajaan Tunisia untuk mengaplikasikan tatakelola kerajaan yang bersih, berpegang kepada prinsip demokrasi dan menghormati pluralisme politik dengan menyerahkan pilihan di tangan rakyat (Muasher, 2011). Dalam sektor ekonomi pula, Al-Ghannouchi begitu komited dengan

ulum islamiyyah 17.indd 13 5/31/16 12:57 PM

Page 14: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

14 VOL.17(JUNE) 2016

prinsipnya yang meyakini bahawa sistem pasaran bebas yang disandarkan kepada rule of law (kedaulatan undang-undang) yang dapat melindungi para pelabur dan peniaga adalah penting untuk membangunkan Tunisia (Abrams, 2011). Pasaran bebas menurut Al-Ghannouchi, hendaklah seimbang dengan tanggungjawab sosial, terutamanya kepada golongan yang miskin dan kurang bernasib baik (Muasher, 2011).

0RGHO�1HJDUD�GDQ�0DV\DUDNDW�,VODP�0HQXUXW�$O�*KDQQRXFKLBerkaitan dengan model yang ingin dibawa untuk memajukan Tunisia, Al-Ghannouchi berulang kali menegaskan Tunisia akan mengambil model Turki sebagai kerangka politik baru mereka (Rohr, 2011). Keputusan ini diambil berdasarkan pencapaian ekonomi, tahap demokrasi dan kebebasan beragama yang telah berjaya dicapai oleh kerajaan pimpinan Partai Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) semenjak sepuluh tahun yang lalu (Abrams, 2011). Di atas dasar inilah beliau berpendapat bahawa pengalaman AKP di Turki merupakan model terbaik untuk dicontohi oleh Ennahda. Melihat kepada topik tatakelola yang baik dan juga keterlibatan Ennahda di 7XQLVLD� GDODP� ODSDQJDQ� GHPRNUDVL�� GDSDW� GLOLKDW� EDKDZD� LGHD� GDQ� ¿NUDK�Al-Ghannouchi merupakan sumber untuk membantu pengamalan konsep tatakelola di dalam sesebuah negara berteraskan nilai-nilai Islam.

.(6,038/$1

Melalui perbincangan sebelum ini, didapati Al-Ghannouchi telah berjaya membuktikan bahawa pembentukan tatakelola yang baik merupakan satu medan untuk gerakan Islam menyumbang dan berjuang. Menurut Al-Ghannouchi, prinsipnya, konsep dan hakikat tatakelola kerajaan yang baik seperti yang telah diutarakan oleh badan-badan antarabangsa itu mempunyai banyak persamaan dengan beberapa konsep yang dibawa oleh Islam. Malah, tanpa disedari, banyak aktiviti gerakan-gerakan Islam di serta dunia telah menyumbang ke arah pelaksanaan konsep tatakelola. Perlaksanaan tatakelola seperti yang ditekankan oleh Al-Ghannouchi, sama ada di dalam pentadbiran, pemerintahan mahupun penglibatan politik boleh menjadi tonggak kepada penghayatan tuntutan Islam itu sendiri. Melalui perlaksanaan konsep tatakelola yang didasari dengan semangat maqasid al-syariah juga dapat membawa kepada ‘well-being’ (kesempurnaan hidup) rakyat. Jika maqasid al-syariah menjadi matlamat untuk menterjemahkan well-being di dalam kehidupan dunia melalui proses tatakelola, maka ia bukan lagi satu mekanisme semata-mata, malah ia merupakan wasilah dan matlamat sekaligus.

ulum islamiyyah 17.indd 14 5/31/16 12:57 PM

Page 15: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

15Tatakelola Kerajaan Yang Baik (Good Governance):

Gerakan Islam dan Rashid Al-Ghannouchi

Bertolak dari premis ini, menurut Al-Ghannouchi, kegiatan tatakelola merupakan misi untuk menerapkan nilai-nilai dan usaha mencapai keadilan menyeluruh bagi individu, masyarakat dan alam sekitar. Oleh yang demikian, proses tatakelola akan menjadi manifestasi kepada rahmatan lil ‘alamin (rahmat kepada sekelian alam). Rasionalnya, sebagai agama yang mengangkat tinggi aspek keadilan dan penjagaan kepentingan manusia secara umum di dalam kehidupan mereka, maka objektif tersebut perlu direalisasikan oleh apa-apa sahaja nilai yang berkait dengannya. Dapat disimpulkan melalui kajian ini, wacana yang dibawa oleh Al-Ghannouchi dan pelaksanaannya melalui gerak kerja parti Ennahda di Tunisia merupakan proses mengharmonikan di antara idealisme perjuangan Islam dengan konsep tatakelola kerajaan yang baik. Menurut kerangka ini, perjuangan gerakan Islam tidak harus disempitkan dengan cita-cita penegakkan negara impian semata-mata, tetapi lebih dari itu dan hendaklah mengangkat martabat keinsanan melalui ruang-ruang kehidupan yang ada.

RUJUKAN

Abdullah, Abdul Tawwab (2011). Rashed Ghannouchi: Sirah Syakhsiyah wa Qiraah Fikriyah, di dalam Al Mesbar Studies & Research Centre, ³0LQ�4DEGKDK�%HQ�$OL�LOD�7KDZUDK�DO�<DVPLQ��DO�,VODP�DO�6L\DVL�¿�Tunis”. Dubai: Al Mesbar Studies & Research Centre.

Abrams, Elliot (2011). ‘Tunisia’s Challenge: A Conversation with Rachid al-Al-Ghannouchi’. Washington: Council on Foreign Relations, 30 November 2011.

Ali, Muhammad Mumtaz (2000). Modern Islamic Movements, Models, Problems & Prospects. Kuala Lumpur: A.S. Nordeen.

Al-Awa, Mohammad Salim (1993). “Political Pluralism: an Islamic Perspective”, in Azzam Tamimi, Power-Sharing Islam?, London: Liberty for Muslim World Publication. (pp. 65-75).

Al-Eryan, Essam (2011). Al-Ikhwan al-Muslimun wa al-Dawlah al-Madaniyyah. Kaherah: Markaz al-I’laam al-‘Arabi. Al-Faruqi, Ismail (1984). Tawhid: Its Implications for Thought and life.�9LUJLQD��,,,7�

Al-Ghannouchi, Rached (1993a). $O�+XUUL\DW� DO�µ$PPDK� ¿O�'DZODK� DO�Islamiyah (Public Liberties in the Islamic State). Beirut: Arab Unity Studies Center.

Al-Ghannouchi, Rached (1993b). “The Participation of Islamists in a Non-Islamic Government”, in Azzam Tamimi, Power-Sharing Islam?, London: Liberty for Muslim World Publication. (pp. 51-64).

ulum islamiyyah 17.indd 15 5/31/16 12:57 PM

Page 16: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

16 VOL.17(JUNE) 2016

Al-Ghannouchi, Rached (2000). “Secularism ini the Arab Maghreb”, in Azzam Tamimi & J. L. Esposito, Islam and Secularism in the Middle East. London: Hurst and Company.

Al-Ghannouchi, Rached (2001). “On the Dilemma of the Islamic Movement: A Political Party or a Reformist Organization?”, in AbdelWahab el-Affendi (ed.), Rethinking Islam and Modernity (Essays in Honour of Fathi Osman). Leicester: The Islamic Foundation.

Al-Ghannouchi, Rached (2005). Masirah al-Sahwah al-Islamiyyah: Naqd wa Taqwim, Damsyiq: Markaz al-Rayah.

Al-Ghannouchi, Rached (2012). $O�'LPXTUDWL\DK�ZD�+XTXT�DO�,QVDDQ�¿�DO�Islam, Doha: Aljazeera Centre For Studies.

Al-Kawakibi, A rahman (1953), Tabaai’ al-Istibdaad wa Masari’ al-Istib’aad, Cairo: Matba’ah al-Ummah.

Al-Qaradhawi, Yusuf (2008). .KLWDDEXQDD�DO�,VODDPL\�¿�µ$VU�DO�µ$ZODPDK�(Islamic Discourse in the Age of Globalization). Cairo: Dar al-Shuruq.

Al-Razi, Fakhr al-Din (n.d.). Al-Tafsir al-Kabir (Tafsir al-Razi). (3rd edition). Beirut: Dar al-Marifah.

Al-Shatibi (1996), al-Muwafaqaat, tahqiq: Abdullah Darraz, disemak semula oleh: Ibrahim Ramadhan, Beirut: Dar al-Ma’rifat, j. 2, hal. 326

Al-Turabi, Hasan (1987). Qadaya al-Hurriyya wa al-Wahda, al-Syura wa al-Dimocratiya, al-Din wa al-Fan (The Issues of Freedom and Unity; Syura and Democracy; Religion and Arts). Jeddah: al-dar al-Su’udiyyah li al-Nashr wa l-Tawzi’.

Al-Turabi, Hasan (1987b). Tajdid al-Fikr al-Islami (The Reform of Islamic Thoughts). Jeddah: al-Dar al-Su’udiyyah li al-Nashr wa al-Tawzi’.

$O�:D¶L\��7DZ¿T���������al-Dawlah al-Islamiyyah Bayna al-Turath wa al-Mu’asarah (Islamic State, Between the Classical Interpretation and Contemporary Reality). Beirut: Dar Ibn Hazm.

Al-Zamili, Zuhayr Muhammad (2009). 0DQKDML\DW� DO�,VODDK� ¿� DO�,VODDP�(Islamic Method of Reform). Amman: Daar al-I’laam.

Auni Abdullah (2000). Hisbah dan Pengurusan Moden. Kuala Lumpur: Institut Kajian dasar.

El-Affendi, Abdulwahhab (2003). “Islamic Movements: establishment, 6LJQL¿FDQFH� DQG� &RQWH[WXDO� 5HDOLWLHV�� LQ� 7KH� HPLUDWHV� &HQWHU� IRU�Strategic Studies and Research, Islamic Movements, Impact on Political Stability in the Arab World. Dubai: The emirates Center for Strategic Studies and Research. Pp. 7-52.

El-Affendi, Abdelwahab (2010). “Umma, State and Movement: Events that Shaped the Modern Debate”, in Khaled Hroub, Political Islam: Context versus Ideology. London: SAQI & London Middle East Institute SOAS. Pp. 20-36.

ulum islamiyyah 17.indd 16 5/31/16 12:57 PM

Page 17: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

17Tatakelola Kerajaan Yang Baik (Good Governance):

Gerakan Islam dan Rashid Al-Ghannouchi

El-Messiri, Abdelwahab (2003). “Towards a New Islamic Discourse”, four series article dated 17th July 2003. Available at: <http://www.readingislam.com/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1153698300016&pagename=Zone-English-Discover_Islam%2FDIELayout>. Access Date: 23rd July 2009.

Chapra, M. Umer (2008), Muslim Civilization: The Cause of Decline and the Need for Reform. Leicester: The Islamic Foundation.

Ghraybeh, Ruheyl (2000). $O�+XTXT� ZDO� +XUUL\\DDW� DO�6L\DVL\DK� ¿� DO�Syari’ah al-Islamiyyah. Amman: Dar al-Manar li al_nashr wa al-Tawzi’.

Gerges, Fawaz (2003). “Islamic Movements and Their Role in the Political Stability of the Arab World”, in The emirates Center for Strategic Studies and Research, Islamic Movements, Impact on Political Stability in the Arab World. Dubai: The emirates Center for Strategic Studies and Research. Pp. 157-70.

Hizbul Hurriyyah wal ‘Adalah (2011). Al-Barnamej al-Intikhabi li Hizb al-Hurriyyah wal ‘Adalah (manifesto FJP). Kaherah: Dar al-Tawzi’ wa al-Nashr.

+DQD¿�� +DVDQ� �������� ³3ROLWLFDO� ,VODP�� %HWZHHQ� 7KRXJKW� DQG� 3UDFWLFH´��in The emirates Center for Strategic Studies and Research, Islamic Movements, Impact on Political Stability in the Arab World. Dubai: The emirates Center for Strategic Studies and Research. Pp. 53-92.

Ibn al-Qayyim, Muhammad bin Abu Bakar (1973). I’laam al-Muwaqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin (Guidance for the Mujtahid Scholars). Beirut: Matba’ah Beyrut.

Ibn ‘Ashur, Muhammad al-Tahir (1984). Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir. Tunisia: al-Tunisiah li al-Tiba’ah.

Imarah, Muhammad (2005). Al-Islaam wa Huquq al-Insaan (Islam and Human Rights). Damascus: Dar al-Salaam.

Iqbal, Sir Muhammad ([1974] 2008). The Reconstruction of Religious Thought in Islam. New Delhi: Kitab Bhavan.

Iqbal, Zafar & Lewis, Mervyn (2009). An Islamic Perspective on Governance. Chentelham: Edward Elgar Publishing Limited.

Kaufmann, Daniel, A. Kraay, and Mastruzzi, M. (2005). Governance Matters IV: Governance indicators for 1996-2004. Washington D.C.: World Bank.

Kaufmann, Daniel & et al. (2008). Governance Matters VII: Aggregate and Individual Governance Indicators 1996-2007. Policy Research Working Paper 4654, The World Bank Development Research Group Macroeconomics and Growth Team & World Bank Institute Global Governance Program on 9th June 2008. New York: The World Bank Development Research Group Macroeconomics and Growth Team & World Bank Institute Global Governance Program.

ulum islamiyyah 17.indd 17 5/31/16 12:57 PM

Page 18: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

18 VOL.17(JUNE) 2016

Khairi, Mas’ad (2011). Hizb al-Hurriyyah wa al-‘Adalah (Freedom and Justice Party): al-Rukyah wal Madhmun. Kaherah: Dar Bedayah.

Kramer, Martin (1996). Arab Awakening & Islamic Revival: The Politics of Ideas in the Middle East. New Brunswik & London: Transaction Publishers.

Lancaster, C. (1993). Governance and development agenda: The views from Washington. IDS Bulletin, 24 (1), pp. 7-15.

Lashin, Fathi al-Sayyid (2011). Al-Ikhwan al-Muslimun wa al-Marja’iyyah al-Islamiyyah, Kaherah: al-Basaair lil al-Buhuth wa al-Dirasaat.

Lynch, Marc (2011). ‘Rached Al-Ghannouchi: the FP Interview’. Foreign Policy, 5 December 2011.

Mandaville, Peter (2001). Transnational Muslim Politics: Reimagining the Umma. London: Routledge.

Mearsheimer, John J. & Walt, Stephen M. (2008). The Israel Lobby and US Foreign Policy. London: Penguin.

Momin, A.R. (2012). ‘The Arab Spring, Islam and Democracy’. The IOS Minaret. Institute of Objective Studies. 6(17), March. pp. 1-15.

Muasher, Marwan (2011). ‘A Converstaion on Tunisia’s Future with Rashid Al-Ghannouchi’. Carnegie Endowment for International Peace, 1 December 2011.

Source: carnegieendowment.org/2011/12/01/conversation-on-tunisia-s-future-with rached- al-Ghannouchi/81b7

1D¿¶�� %DVKLU� 0XVD� �������� Al-Islamiyun. Doha: Aljazeera Centre For Studies.

Pierre, Jon & Guy, Peters (2000). Governance, Politics and the State, Political Analysis Series. London: Mc Millan Press.

Pierre, Jon (2002), Debating Governance, Authority, Steering and Democracy. Oxford: Oxford University Press.

Progler, Yusef (2008). Encountering Islam, The Politics of Knowledge and Scholarship. Pulau Pinang: Citizen International.

5RKU��0DWKLHX� YDQ� �������� ³:K\�7XQLVLDQV�9RWHG� IRU� WKH� ,VODPLVWV´�� ��th October 2011, Spiegel International online, http://www.spiegel.de/international/world/0,1518,794133,00.html. Retrieved 26th January 2012.

Shadid, Anthony (2012). ‘Islamist’s Ideas on Democracy and Faith face test in Tunisia’. The New York Times, 17 February 2013.

Shaltut, Mahmud (2001). Al-Islaam: Aqidah wa Shari’ah. (18th edition). Cairo: Dar al-Shuruq.

Shihata, Ibrahim (1991). The World Bank and Changing World: Selected Essays. Dordrecht, the Netherlands: Martinus Nijhoff.

Tamimi, Azzam (ed.) (1993). Power-Sharing Islam?. London: Liberty for Muslim World Publication.

ulum islamiyyah 17.indd 18 5/31/16 12:57 PM

Page 19: Tatakelola Kerajaan yang Baik (Good Governance): Gerakan Islam

19Tatakelola Kerajaan Yang Baik (Good Governance):

Gerakan Islam dan Rashid Al-Ghannouchi

Tamimi, Azzam (2001). Rachid Al-Ghannouchi: Democrat Within Islamism. New York: Oxford University Press.

Tetzlaff, Rainer (1995). ‘Good Governance and Structural Adjustment Programmes – The World Bank’s Experience in Africa South of Sahara’, Pakistan Journal of Applied Economics, XI: 1 & 2.

UNDP (1994). Governance, Public Sector Management and Sustainable Human Development: a UNDP Strategy Paper (mimeo), UNDP, New York.

UNDP (1997). UNDP AND GOVERNANCE: Experiences and Lessons Learned. Management Development and Governance Division, Lessons-Learned Series No. 1, 1997.

Uthmani, Sa’de al-Din (2009). al-Din wa al-Siyasah: Tamyiz La Fasl, &DVVDEODQFD�� DO�0DUND]� DO�7KDTD¿� DO�µ$UDEL�

Williams, David & Young, Tom (1994). ‘Governance, the World Bank and Liberal Theory’, Political Studies, 42, (1), pp.84-100.

World Bank (1989). World Bank Report: Sub-Saharan Africa: From Crisis to Sustainable Growth. Washington DC: World Bank Publication.

World Bank (1992). Governance and Development. Washington D.C.:World Bank.

World Bank (2007). Governance Matters 2007: Worldwide Governance Indicators, 1996-2006 (Annual Indicators and Underlying Data), Washington, DC : The International Bank for Reconstruction and Developement (The World Bank).

Wawancara2008, Rachid Al-Ghannouchi, 6:00pm – 9:00pm, di kediaman beliau, Wembley, London.2009, Rashid Al-Ghannouchi, 5:00pm – 8:00pm di Newcastle University Mosque, Newcastle, UK.

ulum islamiyyah 17.indd 19 5/31/16 12:57 PM