tatacara penggunaan dewan sekolah

6
Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah. Dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang dapat menempatkan jumlah murid yang ramai dalam satu-satu masa. Oleh itu, aspek keselamatan dalam mencegah kebakaran hendaklah sentiasa diutamakan. Kecederaan dan kehilangan nyawa boleh berlaku semasa kebakaran akibat pintu kecemasan terkunci dan laluan kecemasan terhalang oleh barang- barang dan perabot. Dewan sekolah seperti lain-lain bangunan awam tertakluk kepada peraturan pembinaan yang memerlukan pembinaan yang memerlukan pintu dan laluan kecemasan dibina untuk kegunaan menyelamatkan diri semasa kebakaran. Pihak sekolah mestilah memastikan pintu

Upload: farah-haris

Post on 03-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah

TRANSCRIPT

Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah.Dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang dapat menempatkan jumlah murid yang ramai dalam satu-satu masa. Oleh itu, aspek keselamatan dalam mencegah kebakaran hendaklah sentiasa diutamakan. Kecederaan dan kehilangan nyawa boleh berlaku semasa kebakaran akibat pintu kecemasan terkunci dan laluan kecemasan terhalang oleh barang-barang dan perabot.

Dewan sekolah seperti lain-lain bangunan awam tertakluk kepada peraturan pembinaan yang memerlukan pembinaan yang memerlukan pintu dan laluan kecemasan dibina untuk kegunaan menyelamatkan diri semasa kebakaran. Pihak sekolah mestilah memastikan pintu dan laluan kecemasan tidak dikunci dan dihalang. Ia juga hendaklah ditanda dengan arahan yang jelas dan mudah dilihat. Ruang yang selamat untuk berkumpul semasa kebakaran juga hendaklah dikenalpasti oleh pihak sekolah.

Tatacara Am penggunaan Dewan

Tidak boleh digunakan untuk permainan yang tidak sesuai.

Dewan besar tidak dibenarkan digunakan untuk permainan hoki, bola sepak, bola tampar, sepak takraw dan permainan-permainan yang tidak sesuai diadakan di dewan.

Mesti digunakan pada waktu yang bersesuaian.

Murid dan orang ramai tidak dibenarkan menggunakan dewan besar untuk bermain pada waktu malam kecuali dengan kebenaran daripada Guru Besar dan pengawasan oleh sekurang-kurangnya seorang guru. Para pelajar hanya dibenarkan menggunakan dewan pada waktu petang sahaja pada hari persekolahan manakala pada hari cuti, dewan digunakan waktu pagi dan petang.

Pakaian semasa berada di dewan.

Penggunaan dewan pada waktu malam dihadkan tidak melebihi jam 10.00 malam.Semua pengguna dewan besar untuk permainan dimestikan memakai pakaian permainan yang sesuai dan tidak dibenarkan berselipar atau berkaki ayam.

Tatacara Murid menggunakan Dewan.

Menjaga disiplin semasa di dewan sekolah.

Murid dilarang membuat bising yang melampau ketika berada di dewan sekolah.

Menjaga kebersihan dewan

Murid mestilah sentiasa menjaga kebersihan di dalam dan di luar dewan.Murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam dewan.

Mengendalikan peralatan dengan cermat

Murid dikehendaki mengendalikan peralatan dengan cermat dan berhati-hati. Pelajar diingatkan supaya tidak merosakkan sebarang harta benda di dalam dewan ini.

Menjaga keselamatan dewan

Sila pastikan semua suis (lampu, kipas dll) ditutup sebelum meninggalkan bilik ini. Sila pastikan semua tingkap, pintu dan grill ditutup dan dikunci selepas menggunakannya untuk tujuan keselamatan.Sila serahkan kunci Bilik Bahasa ke bilik Pejabat sebaik sahaja selepas menggunakannya. Guru / pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa pulang kunci bilik atau pun membuat kunci pendua (duplicate) dewan.

Tatacara Guru menggunakan Dewan

Tempahan dewan

Guru yang berhasrat menggunakan dewan mestilah memaklumkan dan membuat tempahan 2 hari lebih awal dengan penyelaras dewan tersebut.

Pengisian rekod penggunaan

Guru yang menggunakan dewan mestilah mengisi buku Rekod Penggunaan Bilik setiap kali menggunakannya.

Tanggungjawab guru terhadap murid di bawah penyeliaannya.

Murid tidak dibenarkan berada di dalam dewan ini tanpa kebenaran dan pengawasan oleh guru. Setiap guru yang menggunakan bilik ini adalah bertanggung jawab mengawal murid masing-masing serta menjaga keselamatan harta benda di dalamnya.