tatacara pemantauan pelaksanaan pengurusan program.pkp10 pk10 (sirim) dan pk03 (bpsh)

9
JPS/SPA/23 TATACARA PEMANTAUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN PROGRAM KURIKULUM PKP 10 PK10 (SIRIM) DAN PENGURUSAN PEMANTAUAN PK 03 (BPSH) 1. Objektif Pemantauan Sekolah 1.1 Mendapat maklumat pelaksanaan kurikulum di sekolah. 1.2 Mendapat maklumat proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. 1.3 Mendapat maklumat pelaksanaan dasar dan program yang diarahkan oleh KPM, JPN dan PPD. 1.4 Mengenal pasti masalah/isu perlaksanaan program akademik dan memberikan khidmat dan nasihat. 2. Objektif Pemantauan PPD 2.1 Memastikan sistem pengurusan akademik yang berkesan di PPD dan sekolah. 2.2 Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada PPD dan sekolah ke arah meningkatkan kemajuan prestasi akademik di sekolah menengah dan rendah. 2.3 Menilai dan memantapkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran PPD dan sekolah. 2.4 Mengesan sejauh manakah dasar dan program KPM dipatuhi sepenuhnya. 2.5 Mengenal pasti masalah perlaksanaan program akademik dan memberikan khidmat dan nasihat. 1

Upload: anthonydom

Post on 31-Dec-2015

66 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pemantauan

TRANSCRIPT

Page 1: Tatacara Pemantauan Pelaksanaan Pengurusan Program.pkp10 PK10 (SIRIM) Dan PK03 (BPSH)

JPS/SPA/23

TATACARAPEMANTAUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN PROGRAM

KURIKULUM PKP 10 PK10 (SIRIM) DAN PENGURUSAN PEMANTAUAN PK 03 (BPSH)

1. Objektif Pemantauan Sekolah

1.1 Mendapat maklumat pelaksanaan kurikulum di sekolah.

1.2 Mendapat maklumat proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

1.3 Mendapat maklumat pelaksanaan dasar dan program yang diarahkan oleh KPM, JPN dan PPD.

1.4 Mengenal pasti masalah/isu perlaksanaan program akademik dan memberikan khidmat dan nasihat.

2. Objektif Pemantauan PPD

2.1 Memastikan sistem pengurusan akademik yang berkesan di PPD dan sekolah.

2.2 Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada PPD dan sekolah ke arah meningkatkan kemajuan prestasi akademik di sekolah menengah dan rendah.

2.3 Menilai dan memantapkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran PPD dan sekolah.

2.4 Mengesan sejauh manakah dasar dan program KPM dipatuhi sepenuhnya.

2.5 Mengenal pasti masalah perlaksanaan program akademik dan memberikan khidmat dan nasihat.

3. Pemilihan sekolah yang akan dipantau perlu berdasarkan kriteria ( bidang keberhasilan Utama Negara (NKRA) KPM dan Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)3.1Berdasarkan kepada perancangan strategik

3.1.1 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) SIP (School Improvement Program) SEP (School Enhancement Program)

3.2.1 Pra sekolah3.2.2 LINUS3.2.3 Baiah

3.2 Berdasarkan Gred Purata Sekolah merujuk SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan

Sekolah)

1

Page 2: Tatacara Pemantauan Pelaksanaan Pengurusan Program.pkp10 PK10 (SIRIM) Dan PK03 (BPSH)

JPS/SPA/23 3.3Program Khas KPM

3.4 Sekolah yang dicadangkan oleh Ketua Jabatan (Pengarah/Timbalan Pengarah/Ketua Sektor/PPD.

4. Spesifikasi (bidang dipantau) (i) Standard 3.1 SKPM ( Pengurusan Kurikulum) (ii) Standard 4 SKPM ( Pembelajaran & Pengajaran)

5. Prestasi Perkhidmatan Piawai yang perlu dicapai oleh lokasi adalah seperti rajah dibawah. Standard 3.1 SKPM ( Pengurusan Kurikulum)

Peratus Pencapaian

Taraf Pencapaian

Pencapaian(Tandakan)

90 - 100 Cemerlang Prestasi perlu80 - 89 Baik dicapai60 - 79 Harapan dicapai40 - 59 Memuaskan20 - 39 Lemah0 - 19 Sangat lemah

Standard 4 SKPM ( Pembelajaran & Pengajaran)

Peratus Pencapaian

Taraf Pencapaian

Pencapaian(Tandakan)

90 - 100 Cemerlang 80 - 89 Baik Prestasi perlu 60 - 79 Harapan dicapai40 - 59 Memuaskan20 - 39 Lemah0 - 19 Sangat lemah

6. Instrumen dan dokumen

6.1 Pemantauan dilaksanakan dengan mengunakan instrumen dan dokumen berikut :

(a) Instrumen pemantauan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran Pra Sekolah (JPS/SPA/12)

(b) Instrumen pemantauan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (JPS/SPA/13)

(c) Instrumen pemantauan pengurusan kurikulum (JPS/SPA/14)

2

Page 3: Tatacara Pemantauan Pelaksanaan Pengurusan Program.pkp10 PK10 (SIRIM) Dan PK03 (BPSH)

JPS/SPA/23 (d) Instrumen pemantauan pengurusan akademik Pejabat Pelajaran Daerah

(JPS/SPA/15)

(e) Laporan pemantauan kurikulum PPD dan sekolah (JPS/SPA/16)

(f) Surat Pemantauan P&P dan Pengurusan Kurikulum (tanpa pemantauan susulan (JPS/SPA/17) (g) Surat Pemantauan P&P dan Pengurusan Kurikulum (dengan pemantauan susulan (JPS/SPA/18) (h) Surat Pemantauan Susulan P&P dan Pengurusan Kurikulum

(JPS/SPA/19) (i) Surat Bukti verifikasi pemantauan Pemantauan Susulan P&P dan Pengurusan Kurikulum. (JPS/SPA/20) (j) Borang verifikasi (bukti) perlaksanaan pemantauan sekolah. (JPS/SPA/21) (m) Surat Peringatan 1,2,3 maklumbalas dan verifikasi bukti(JPS/SPA/22) (n) Tatacara Pemantauan P&P dan Pengurusan Kurikulum (JPS/SPA/23) (o) Borang Pemilihan Lokasi, Kriteria dan Spesifikasi(JPS/SPA/24) (o) Lampiran PK03-1 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (p) Lampiran PK03-2 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (q) Lampiran PK03-3 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (r) Instrumen- instrumen program khas KPM

7. Langkah–langkah Pemantauan Semua pegawai yang terlibat melaksanakan pemantauan pengurusan kurikulum dan

proses pembelajaran dan pengajaran hendaklah memastikan langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas pemantauan seperti berikut dilaksanakan:

7.1 Persediaan Sebelum Pemantauan 5.1.1 JK Pemantauan JPN/PPD perlu menyediakan Jadual Kriteria Pemilihan Lokasi JPS/SPA/24 berdasarkan kriteria 3.1 – 3.4 di atas. 5.1.2 Mendapatkan maklumat asas sekolah bagi tujuan merancang pemantauan

5.1.3 Menyediakan dokumen pemantauan seperti di atas.

7.2 Semasa Pemantauan 7.2.1 Mengadakan perjumpaan dengan Guru Besar/ Pengetua untuk :

a. memperkenalkan diri dan ahli rombongan b. menerangkan tujuan pemantauan c. menerangkan prosedur pemantauan ; dan d. menyelaraskan waktu pencerapan

7.2.2 Memeriksa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan pengurusan kurikulum (Standard 3.1 SKPM 2010)(JPS/SPA/14) dari aspek :

a. Ketetapan pelaksanaan kurikulum b. Pengurusan mata pelajaran c. Pengurusan program peningkatan akademik murid

3

Page 4: Tatacara Pemantauan Pelaksanaan Pengurusan Program.pkp10 PK10 (SIRIM) Dan PK03 (BPSH)

JPS/SPA/23d. Jadual waktue. Pengurusan peperiksaan dan pentaksiran

7.2.3 Menjalankan pencerapan pembelajaran dan pengajaran (Standard 4 SKPM 2010)(JPS/SPA/12 atau 13)

iaitu dari aspek: a. Penglibatan muridb. Penguasaan pembelajaran murid

c. Hasil kerja muridd. Perancangan dan persediaan gurue. Kaedah penyampaianf. Kemahiran komunikasig. Penggunaan sumber pendidikanh. Penilaiani. Teknik penyoalanj. Penguasaan isi kandungank. Pengurusan kelas(bilik darjah/makmal/bengkel/padang)l. Amalan profesionalisme keguruan

7.2.4 Pada akhir pencerapan, semua pegawai pemantau hendaklah

mengadakan sesi perbincangan dengan guru secara individu bagi membincangkan kekuatan, kelemahan dan memberikan bimbingan dari segi pedagogi, fokus pembelajaran dan pengajaran dan sumber pendidikan dalam pembelajaran dan pengajaran.

7.2.5 Pada akhir pemantauan, semua pegawai pemantau mesti hadir pada sesi perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah untuk :

a. memaklumkan dapatan pemantauan secara menyeluruh; b. memberikan cadangan untuk penambahbaikan dari segi : i. pencapaian murid; ii. pelaksanaan P&P; iii. pengurusan dan pemanfaatan sumber pendidikan; dan iv. peranan kepimpinan sekolah.

7.2.6 Instrumen pemantauan yang digunakan perlu ditandatangani oleh pegawai pemantau dan disahkan oleh Guru Besar/ Pengetua sekolah berkenaan.

7.3 . Selepas Pemantauan

7.3.1 Pemantau hendaklah menyerahkan instrumen pemantauan dan lampiran PK03-1(diisi pemantau) berserta surat iringan JPS/SPA/17(TANPA PEMANTAUAN SUSULAN) atau lampiran PK03-1(diisi pemantau) dan PK03-2(diserah pada sekolah) JPS/SPA/18 kepada PPD/Pengetua/Guru Besar pada hari

4

Page 5: Tatacara Pemantauan Pelaksanaan Pengurusan Program.pkp10 PK10 (SIRIM) Dan PK03 (BPSH)

JPS/SPA/23

pemantauan dilaksanakan. Laporan ini hendaklah selaras dengan perkara yang telah dibentangkan dan dibincangkan secara lisan dengan pihak sekolah.

7.3.2 Pembentangan laporan pemantauan akan dilaksanakan selepas pemantauan dijalankan setiap minggu pemantauan dilakukan (setiap hari Jumaat). Pembentangan akan dilaksanakan oleh Ketua/P. Ketua pemantau.

7.3.3 Laporan Pemantauan JPS/SPA/16 mesti diserahkan kepada Ketua Sektor/PPD oleh Ketua/P. Ketua Pemantau dalam tempoh 3 minggu selepas pemantauan. Laporan mesti dibentangkan kepada Ketua Sektor/PPD dalam Mesyuarat sektor JPN/PPD sekurang-kurangnya 4 kali setahun dalam mesyuarat Sektor/PPD dan tercatat dalam minit mesyuarat.

7.3.4 Minit mesyuarat pembentangan laporan pemantauan perlu disimpan sebagai bukti.

8 . Menerima maklum balas dari sekolah/pejabat pelajaran daerah

Pihak sekolah perlu menyerahkan laporan maklumbalas PK03-2 dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pemantauan dilaksanakan. Surat peringatan JPS/SPA/22 perlu dihantar ke Sekolah/PPD jika maklumbalas tidak diterima dalam tempoh tersebut.

9. Tindakan/Pemantuan Susulan

9.1 Pemantauan susulan akan dilaksanakan pada sekolah/PPD yang tidak mencapai spesifikasi yang ditetapkan. Pemantauan susulan adalah untuk membuat verifikasi bagi dapatan pemantauan yang tidak mencapai prestasi perkhidmatan/kerja yang ditetapkan. Pemantauan susulan(verifikasi) boleh dilaksana 3 kaedah

(a) Pemantauan susulan semula ke lokasi. (b) Penghantaran bukti lengkap penambahbaikan oleh lokasi. (c) Penurunan kuasa memantau kepada pegawai lain.

9.2 Jabatan/PPD perlu maklumkan pada sekolah jika pemantauan susulan dijalankan dengan surat JPS/SPA/19 (a) Jika pemantauan susulan semula ke lokasi dijalankan pemantau perlu membawa lampiran PK03-2 (yang diisikan oleh lokasi) dan PK03-3 (akan diisikan oleh pemantau dalam pemantauan susulan ke lokasi.

(b) Jika pemantauan susulan dengan penghantaran bukti lengkap dari lokasi. Surat JPS/SPA/20 dan borang JPS/SPA/21 perlu dihantar ke lokasi. Borang

JPS/SPA/21dikembalikan ke JPN/PPD dalam tempoh 14 hari berkerja. Surat peringatan JPS/SPA/22perlu dihantar ke lokasi jika borang JPS/SPA/21 tidak diperolehi dalam tempoh tersebut.

5

Page 6: Tatacara Pemantauan Pelaksanaan Pengurusan Program.pkp10 PK10 (SIRIM) Dan PK03 (BPSH)

JPS/SPA/23

(c) Jika pemantauan susulan diturun kuasa kepada pegawai lain. Pegawailain tersebut perlu mengikuti langkah 9.2 (a)

9.3 Jika selepas Pemantauan Susulan (a) hingga (c) diatas, masih terdapatprestasi perkhidmatan/kerja yang ditetapkan tidak mencapai, pemantauan susulan seterusnya dilaksanakan.

Disahkan oleh :

(HJH. FOZIAH BT. BUANG)Ketua Sektor Pengurusan AkademikJabatan Pelajaran Selangor

6