tatabahasan

3
Ayat Tunggal 1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung. Subjek = Lelaki gemuk itu Predikat = sedang menembak burung. Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung. Subjek = Lelaki itu Predikat = sedang menembak burung . Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat). Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara. Di dalam almari tali leher ayah.(pasif) Nama encik siapa? Berapakah keuntungan kita hari ini? Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama

Upload: sampoernahijau

Post on 25-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

TRANSCRIPT

Page 1: Tatabahasan

Ayat Tunggal

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.

Subjek = Lelaki gemuk itu

Predikat = sedang menembak burung.

Ayat Tunggal

Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan

satu predikat.

Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.

Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.

Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung.

Subjek = Lelaki itu

Predikat = sedang menembak burung .

Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).

Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur.

Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Di dalam almari tali leher ayah.(pasif)

Nama encik siapa?

Berapakah keuntungan kita hari ini?

Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif,

dan frasa sendi nama

Page 2: Tatabahasan

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikat

Saya sakit

Rumah Ali cantik

Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan

kata hubung.

Ayat majmuk Kata hubung

Ayat tunggal

Suhaili suka makan nasi lemak

dan mi sup.

dan (a) Suhaili suka makan nasi lemak.

(b) Suhaili suka makan mi sup.

Rumah yang besar itu rumah

Fazli.

yang (a) Rumah itu besar.

(b) Rumah itu rumah Fazli.

Dia memberitahu bahawa

kakaknya akan melanjutkan

pelajaran ke luar negara.

bahawa (a) Dia memberitahu.

(b) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Dia akan balik ke kampung

apabila ada masa lapang.

apabila (a) Dia akan balik ke kampung.

(b) Dia ada masa lapang.

Latihan :

(A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.

1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________

2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________

3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________

4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. _____________

5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________

6.Kucing itu mengiau kerana lapar. ______________

7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________

8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________

9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________

10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

Page 3: Tatabahasan

(B) Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.

1. Ayah membaca surat khabar.

Ayah menonton televisyen. sambil

________________________________________

2. Hanita tinggal di Taman Aman.

Suresh tinggal di Taman Aman dan

_________________________________________

3. Amran melayari internet.

Amran mencari maklumat terbaru. untuk

_________________________________________

4. Kasut itu berwarna biru.

Kasut itu sangat mahal. yang

_________________________________________

5. Kami terkejut.

Kami terdengar bunyi letupan. apabila

_________________________________________

6. Halim kaya.

Halim kedekut. tetapi

_________________________________________

7. Murid itu mengetuk pintu.

Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. sebelum

__________________________________________

8. Ibu memarahi adik.

Adik bermain di tepi longkang. kerana

__________________________________________

AYAT MAJMUK Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat-ayat tunggal disambungkan

oleh perkataan kata hubung dan, atau, tetapi, kecuali, sambil dan lain-lain.

Contoh-contoh ayat majmuk:

1) Kakak suka menyanyi. (ayat tunggal)

Adik suka menari. (ayat tunggal)

* Dua ayat tunggal digabungkan menjadi ayat majmuk.

Kakak suka menyanyi tetapi adik suka menari. (ayat majmuk) (kata hubung)

2) Ayah cuci kereta. (ayat tunggal)

Ayah menyanyi. (ayat tunggal)

* Dua ayat tunggal digabungkan menjadi ayat majmuk.

Ayah cuci kereta sambil menyanyi. (ayat majmuk) (kata hubung)