tata hilton kelakuan - secure.ethicspoint.com · syarikat yang paling mesra tamu di dunia. hubungan...

29
Tata Kelakuan HILTON

Upload: ngodat

Post on 14-Mar-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tata KelakuanHILTON

2 TATA KELAKUAN

Selamat Datang Ahli Pasukan,Seperti yang anda semua ketahui, kita mempunyai peluang yang luar biasa untuk berhubung dengan berjuta-juta orang setiap hari dan untuk menunjukkan kepada mereka bahawa Hilton adalah benar-benar syarikat yang paling mesra tamu di dunia. Hubungan ini adalah kunci kejayaan kita dan anda, Ahli Pasukan kita, adalah nadi kepada semua itu.Pasukan kita di seluruh dunia disatukan oleh satu Tujuan bersama – iaitu Visi, Misi dan Nilai yang memberi kita semangat untuk memberi layanan yang melebihi jangkaan kepada tetamu kita, pemilik hotel, masyarakat dan antara satu sama lain. Sebagai sebahagian daripada komitmen kita terhadap memberikan pengalaman hospitaliti yang hebat, adalah penting kita sering mengingati diri kita tentang Tata Kelakuan Hilton, yang menghendaki kita semua berpegang kepada piawai etika yang tertinggi. Terima kasih kerana mengambil masa untuk meninjau Tata Kelakuan kita, dan atas segala yang anda lakukan untuk menerapkannya ke dalam tindakan harian anda.

Yang ikhlas,

Chris Nassetta Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)Hilton

KE TATA KELAKUAN

Selamat Datang PLATFORM MATLAMAT KITA

VISI Untuk memenuhi dunia dengan cahaya dan kehangatan hospitaliti - secara memberikan pengalaman yang hebat – setiap hotel, setiap Tetamu, setiap masa.

MISI Untuk menjadi syarikat yang paling mesra tamu di dunia - dengan mencipta pengalaman yang mendalam untuk Tetamu, peluang yang bermakna untuk Ahli Pasukan, nilai yang tinggi untuk Pemilik dan kesan yang positif dalam Masyarakat kita.

NILAI HOSPITALITI Kita bersemangat untuk memberikan Tetamu pengalaman yang hebat.INTEGRITI Kita melakukan yang wajar, pada setiap masa.KEPIMPINAN Kita adalah peneraju dalam industri dan masyarakat kita.KERJA PASUKAN Kita bertindak sebagai pasukan dalam apa jua yang kita lakukan.KEBERTANGGUNGJAWABAN Kita bertanggungjawab terhadap tindakan dan keputusan kita.KESEGERAAN Kita bertindak dengan segala kesegeraan dan disiplin.

Platform Matlamat kita terdiri daripada Visi, Misi dan Nilai kita. Ia memastikan kita dikenali sebagai satu, jenama global seragam, dan memberi makna kepada jenama kita.

Ini mewujudkan impak emosi yang konsisten di seluruh syarikat. Dan ia bermakna kepada semua khalayak kita: Tetamu, Ahli Pasukan, Pemilik, Pemegang Saham dan Masyarakat.

1TATA KELAKUAN

JADUAL KANDUNGAN

PERLU BANTUAN?

2 TATA KELAKUAN

BUDAYA INTEGRITIReputasi Hilton dan setiap Hotel kita adalah kunci kepada kejayaan kita dari dahulu, sekarang dan di masa hadapan.

Kita semua adalah bertanggungjawab secara peribadi untuk bertindak dengan integriti demi meningkatkan reputasi Hilton serta mengekalkan persekitaran kerja yang sihat. Integriti bererti bertindak dengan wajar pada setiap masa dan menggalakkan orang di sekeliling kita berbuat demikian juga. Tata Kelakuan ini memberi panduan tentang bagaimana kita semua harus bekerjasama untuk mengekalkan piawai etika yang tertinggi dalam perniagaan hospitaliti. Ia menjelaskan tentang beberapa piawai terpenting yang kita semua harus ikuti. Ia membincangkan tentang bagaimana melaporkan kekhuatiran dan meminta panduan. Dan, lebih penting lagi, ia menjelaskan komitmen tidak berbelah bagi kita kepada integriti dan menjalankan perniagaan kita mengikut undang-undang. Budaya integriti yang mengawal cara kita melayani sesama kita, tetamu dan rakan perniagaan kita, dan masyarakat di mana kita beroperasi adalah kunci kepada Misi kita untuk menjadi syarikat hospitaliti yang terkemuka.

2 TATA KELAKUAN

3TATA KELAKUAN

SIAPA YANG HARUS MENGIKUTI TATA KELAKUAN INI?Tata Kelakuan ini dikenakan kepada semua pekerja, pegawai, dan pengarah Hilton Worldwide Holdings Inc. serta subsidiarinya (secara kolektif, “Hilton”), dan kepada pekerja-pekerja semua hotel yang dimiliki, dikendalikan atau diurus oleh Hilton. Di dalam Tata Kelakuan ini, kita merujuk semua yang harus mematuhi prinsip dan dasarnya secara kolektif sebagai Ahli Pasukan.

TATA KELAKUAN KITA – SEPERTI SYARIKAT KITA – ADALAH GLOBALKita percaya latar belakang dan pengalaman Ahli Pasukan, tetamu, pembekal, rakan niaga dan pemilik kita yang pelbagai mengukuhkan organisasi kita. Selain itu, kita menghormati masyarakat pelbagai di mana kita tinggal, bekerja dan berkhidmat di seluruh dunia dan berusaha untuk melayani keperluan setempat mereka.

HARAPAN TAMBAHAN DARIPADA KETUA-KETUA HILTONSelain daripada apa yang diharapkan daripada semua Ahli Pasukan, ketua-ketua Hilton mempunyai tanggungjawab yang lebih di bawah Tata Kelakuan ini. Ketua-ketua Hilton hendaklah: • Menunjukkan piawai integriti yang tertinggi -

berikan contoh yang baik, dan orang lain akan mengikuti teladan anda.

• Mewujudkan budaya pematuhan dan memastikan Ahli Pasukan faham bahawa bertindak secara sah dan beretika adalah lebih penting daripada hasil perniagaan.

• Membincangkan topik mengenai etika dan pematuhan dengan Ahli Pasukan dan memastikan semua orang dalam pasukan anda menyempurnakan latihan pematuhan dan lain-lain syarat pematuhan.

• Mewujudkan persekitaran di mana Ahli Pasukan berasa selesa untuk bersuara, dan sentiasa bersedia untuk menerima laporan tentang kemungkinan pelanggaran Tata Kelakuan atau undang-undang berkenaan.

• Memastikan laporan tentang pelanggaran yang disyaki dibawa kepada perhatian Pasukan Pematuhan Undang-undang dengan segara.

• Melindungi Ahli Pasukan yang membuat laporan daripada tindakan balas, dan menjaga kerahsiaan siasatan mengikut keperluan.

MEMINTA PANDUANTata Kelakuan ini mejelaskan beberapa dasar, undang-undang dan peraturan yang dikenakan kepada Ahli Pasukan Hilton di seluruh dunia. Undang-undang biasanya adalah rumit. Keluaran, proses dan inisiatif perniagaan yang baharu, terutamanya, hendaklah mematuhi undang-undang. Jika anda mempunyai soalan tentang Tata Kelakuan atau undang-undang dan peraturan yang berkenaan, minta nasihat • Penyelia langsung anda • Pengurus atas setingkat anda • Wakil Sumber Manusia • Pasukan Pematuhan Undang-undang

HARAPAN DARIPADA SEMUA AHLI PASUKAN Sebagai Ahli Pasukan Hilton, anda hendaklah: • Mendukung piawai kelakuan beretika

yang tertinggi dalam setiap tindakan anda bagi pihak Hilton.

• Memahami peraturan, undang-undang dan dasar yang mengawal tugas anda, dan mematuhinya.

• Bertanya dan mendapatkan bimbingan bila anda ragu tentang tindakan yang betul.

• Melaporkan masalah atau kekhuatiran apabila timbul.

Salah satu Nilai teras Hilton ialah Integriti. Kita melakukan yang wajar, pada setiap masa.

4 TATA KELAKUAN

BERSUARAAhli Pasukan hendaklah melaporkan salah laku yang disyaki. Hanya dengan bersuara apabila mengesyaki kemungkinan pelanggaran undang-undang atau dasar berlaku dapat pihak Hilton menangani masalah sebelum ia menjadi lebih besar. Kekhuatiran pematuhan boleh dikemukakan di beberapa tempat: Di tempat kerja andaAnda boleh melaporkan masalah secara langsung kepada Hilton Hotline (lihat bahagian “Melapor kepada Hilton Hotline” di bawah. Selain itu, anda boleh melaporkan masalah kepada: • Penyelia langsung anda• Pengurus atas setingkat anda• Wakil Sumber Manusia• Mana-mana ketua Hilton lainMereka akan memastikan kekhuatiran anda dihantar kepada Pasukan Pematuhan Undang-undang untuk kajian dan jawapan. Melaporkan kepada Hilton Hotline• Dalam talian di www.HiltonHotline.com• Melalui telefon 24 jam sehari, 7 hari seminggu

(rujuk kepada laman web Hotline dan bahan bercetak di tempat kerja anda untuk nombor telefon).

Hotline dijalankan oleh syarikat bebas yang mengumpul maklumat, yang kemudiannya disampaikan kepada Pasukan Pematuhan Undang-undang. Di Amerika Syarikat dan di kebanyakan negara lain, anda boleh melaporkan kekhuatiran anda kepada Hilton Hotline secara tanpa nama. Tetapi, sesetengah negara mengehadkan jenis masalah yang boleh dilaporkan kepada Hotline dan sama ada laporan boleh dibuat secara tanpa nama. Hilton tentu sekali menghormati undang-undang tempatan yang mengawal Hotline kita.

Salah satu Nilai teras Hilton ialah Kebertanggungjawaban. Kita bertanggungjawab terhadap tindakan dan keputusan kita.

TIADA TINDAKAN BALASDi Hilton, kita berusaha untuk mewujudkan budaya yang membolehkan Ahli Pasukan mengemukakan pertanyaan dan kekhuatiran tanpa bimbang akan tindakan balas. Hilton melarang bertindak balas terhadap sesiapa sahaja yang meminta nasihat, melaporkan kekhuatiran secara jujur atau membantu dalam sesuatu siasatan. Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, Ahli Pasukan yang didapati terlibat dalam tindakan balas boleh dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk diberhentikan.

MENGHORMATI KERAHSIAANSetakat mana yang boleh, Hilton akan mengambil langkah untuk melindungi kerahsiaan sesiapa yang membuat laporan secara jujur tentang pelanggaran sebenar atau yang disyaki.

SIASATAN LAPORANDi Hilton, kita memandang berat laporan mengenai salah laku yang disyaki. Kita segera menyiasat laporan apabila wajar, dan setakat mana yang boleh dan wajar kita menjaga kerahsiaan, selaras dengan keperluan kita untuk menjalankan siasatan dan menyusuli sebarang kekhuatiran. Adalah penting Ahli Pasukan melaporkan dengan segera jika mereka percaya pelanggaran dasar kita mungkin telah berlaku. Penyiasatan biasanya melibatkan isu-isu yang kompleks; laporan segara adalah penting untuk memastikan Hilton boleh mengkaji kekhuatiran yang ditimbulkan. Anda mungkin diminta membantu penyiasatan. Kecuali anda diberitahu yang kerjasama adalah secara sukarela, anda harus bekerjasama dengan penyiasat Hilton dan menjawab pertanyaan sepenuhnya dan dengan benar.

5TATA KELAKUAN

PELANGGARAN TATA KELAKUANTertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, sebarang pelanggaran undang-undang atau dasar yang dinyatakan dalam Tata Kelakuan ini, atau lain-lain kelakuan tidak sopan atau tidak sah, boleh menyebabkan Ahli Pasukan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk diberhentikan dan mungkin tindakan undang-undang. Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, tindakan disiplin juga boleh dikenakan kepada mana-mana pengurus atau penyelia yang mengarahkan, membenarkan atau membiarkan pelanggaran, atau yang mengetahui tentang pelanggaran dan tidak segera melaporkan dan membetulkannya.

SOALAN DAN JAWAPANJika saya melaporkan sesuatu yang nampak meragukan, tetapi kemudian ternyata tiada kesalahan berlaku, adakah saya akan mendapat susah? Tidak. Ahli Pasukan diharuskan mengemukakan kekhuatiran jika secara jujur mereka percaya bahawa sesuatu yang melanggar undang-undang atau tidak beretika berlaku atau telah berlaku. Laporan yang anda tidak harus buat adalah yang anda tahu berniat palsu atau tidak tepat.Apakah yang berlaku apabila saya memanggil Hilton Hotline? Panggilan ke Hilton Hotline akan dijawab oleh pakar panggilan yang bertugas dengan syarikat bebas yang mengendalikan Hotline. Orang itu akan mendengar anda, bertanya beberapa soalan, dan membuat laporan terperinci mengenai panggilan anda. Perkhidmatan luar itu kemudian akan menghantar maklumat tersebut kepada Pasukan Pematuhan Undang-undang, yang akan memutuskan cara untuk menangani laporan atau soalan anda. Begitu juga sekiranya anda membuka kes menggunakan alat melapor web, laporan yang anda serahkan akan dihantar melalui sistem pelaporan kepada Pasukan Pematuhan Undang-undang. Segala usaha akan dibuat untuk memberi jawapan tepat masa kepada panggilan anda. Jika penyiasatan dijalankan, Hilton akan memastikan tindakan pembetulan dilakukan, dengan sewajarnya.Kita semua bertanggungjawab melaksanakan Tata Kelakuan ini, tetapi kita tidak perlu melakukannya bersendirian. Terdapat beberapa orang yang boleh menjawab pertanyaan kita dan membimbing kita melalui keputusan-keputusan yang sukar. Apabila ada keraguan, bertanya!

Apabila menghadapi dilema membuat keputusan, tanyalah diri anda soalan-soalan berikut. Jika anda tidak boleh menjawab “ya” kepada tiap-tiap soalan ini, minta nasihat sebelum mengambil tindakan. • Adakah tindakan itu sah dari segi undang-

undang? • Adakah tindakan itu beretika? • Adakah tindakan itu bertanggungjawab dari segi

sosial? • Adakah tindakan itu mematuhi Tata Kelakuan,

Dasar, dan Nilai-nilai Hilton? • Adakah tindakan itu kelihatan wajar pada mata

orang lain? (Adakah tindakan itu akan kelihatan elok dalam akhbar?)

• Adakah tindakan itu meningkatkan reputasi Hilton sebagai syarikat yang beretika?

Sekiranya selepas menjawab soalan-soalan di atas, anda masih ragu tentang langkah mana yang paling baik, sila minta nasihat penyelia anda, Pasukan Pematuhan Undang-undang, atau sumber lain yang dinyatakan dalam Tata Kelakuan ini.

6 TATA KELAKUAN

AHLI PASUKAN KITA Setiap hari, dalam setiap tindakan kita, Ahli Pasukan boleh memberi kesan langsung kepada reputasi Hilton.

Kelakuan dalam interaksi perniagaan harus sentiasa konsisten dengan Nilai-nilai Hilton. Sebagai peneraju global dalam perniagaan hospitaliti, kita memahami kepentingan melayani semua orang dengan baik. Ahli Pasukan adalah dikehendaki mengetahui dan mematuhi piawai dan dasar Hilton.

6 TATA KELAKUAN

7TATA KELAKUAN

KEPELBAGAIANKita adalah syarikat pelbagai budaya yang melayani pelbagai tetamu. Kita berusaha untuk memahami masyarakat global kita yang unik, dan mencipta persekitaran yang merangkumi. Kita mengekalkan kedudukan bersaing kita secara menerapkan Nilai teras kita; menarik bakat yang terbaik dan tercerdas; dan menghargai kepelbagaian Ahli Pasukan, tetamu, pembekal, rakan kongsi dan pemilik kita

TEMPAT KERJA BEBAS GANGGUAN DAN TIADA DISKRIMINASIHilton tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk diskriminasi atau gangguan berdasarkan ras, agama, warna kulit, jantina, umur, negara asal, orientasi seksual, hilang upaya atau sebarang ciri lain yang dilindungi oleh undang-undang berkenaan. Sebarang kelakuan, komunikasi, atau tingkah laku lain yang menimbulkan suasana kerja yang mengugut, menyakitkan hati atau memusuhi berdasarkan sebarang ciri yang dilindungi, atau yang mengganggu kemampuan mana-mana Ahli Pasukan untuk melaksanakan tugasnya adalah tidak boleh diterima.

SOALAN DAN JAWAPANApakah beberapa contoh gangguan yang dilarang? Gangguan terdapat dalam berbagai bentuk termasuk: • Makian atau ancaman secara bertulis atau lisan; • Kata-kata, jenaka, penghinaan atau cemuhan

bersifat diskriminasi yang tidak disenangi; • Mempermainkan seseorang berdasarkan

klasifikasi yang dilindungi yang memalukan atau menghina seseorang;

• Tidak mengendahkan, memulau atau mengasingkan seseorang kerana klasifikasi yang dilindungi;

• Bahan bersifat diskriminasi yang dipaparkan di khalayak ramai atau diedarkan di tempat kerja; atau,

• Sentuhan fizikal yang tidak diingini.

PERSEKITARAN KERJA YANG SELAMAT DAN SIHATHilton adalah komited terhadap kesihatan dan keselamatan tetamu kita, Ahli Pasukan dan rakan sekerja perniagaan. Keselamatan memerlukan komitmen daripada semua orang. Hilton tidak akan bertolak ansur terhadap kelakuan ganas atau ancaman keganasan di kalangan Ahli Pasukan kita. Hilton adalah komited terhadap mematuhi undang-undang persekitaran, pekerjaan dan kesihatan. Setiap Ahli Pasukan adalah bertanggungjawab untuk memahami dan mematuhi segala undang-undang dan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang berkenaan. Kita semua juga adalah bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan bertindak terhadap bahaya dan masalah keselamatan. Jika anda melihat bahaya keselamatan, laporkan dengan segera.

Salah satu Nilai teras Hilton ialah Kerja Pasukan. Kita bertindak sebagai pasukan dalam apa jua yang kita lakukan.

8 TATA KELAKUAN

ETIKA PERNIAGAANHilton mempunyai sejarah kejayaan melalui persaingan perniagaan jujur yang panjang.

Kita bertindak dengan setinggi-tinggi piawai integriti apabila menjalankan perniagaan Hilton. Kita bersaing untuk mendapat perniagaan atas dasar harga, perkhidmatan dan kualiti, dan kita memberikan perniagaan atas dasar yang sama. Keputusan perniagaan kita adalah berdasarkan kepentingan terbaik bagi Hilton dan sentiasa selaras dengan Nilai-nilai kita.

8 TATA KELAKUAN

9TATA KELAKUAN

URUS NIAGA SAKSAMAHilton berusaha untuk berurus secara adil dengan tetamu, rakan perniagaan, pesaing dan Ahli Pasukan. Kita tidak mengambil kesempatan tidak adil terhadap sesiapa atau melibatkan diri dalam amalan urusan tidak adil dalam aktiviti perniagaan kita.

PENGIKLANAN DAN PEMASARANAktiviti pengiklanan dan pemasaran kita sentiasa berkata benar, tepat dan tidak menipu, sama ada kita bercakap tentang diri sendiri atau tentang pesaing. Ahli Pasukan yang terlibat dengan atau bertanggungjawab terhadap amalan pemasaran dan pengiklanan Hilton harus mengetahui dan mematuhi pada setiap masa segala undang-undang berkenaan amalan tersebut.

PERSAINGAN DAN ANTITRUSTHilton adalah komited untuk mematuhi segala undang-undang dan peraturan antitrust dan persaingan yang berkenaan. Undang-undang ini ditubuhkan untuk menggalakkan persaingan dan melindungi pengguna. Ahli Pasukan tidak harus mengusul atau melibatkan diri dalam sebarang perjanjian, persetujuan, mesyuarat, atau komunikasi dengan pesaing atau bakal pesaing berkaitan dengan isu sensitif dari segi persaingan, seperti harga dan kadar penginapan. Kita tidak harus sekali-kali membuat perjanjian dengan pesaing untuk: • Menetapkan, menstabilkan atau mengawal harga; • Mengagihkan produk, pasaran atau wilayah; • Memboikot pelanggan atau pembekal tertentu;

atau, • Menahan diri daripada menjual mana-mana

produk.

ANDA DILARANG• Melibatkan diri dalam perbincangan dengan

pesaing yang mungkin boleh dilihat sebagai perjanjian tidak rasmi mengenai isu-isu persaingan.

• Berkongsi maklumat bukan awam, berkaitan harga atau penginapan dengan pesaing.

• Membuat perjanjian dengan pembekal atau pelanggan yang menyekat persaingan secara tidak betul.

ANDA DIGALAKKAN• Bersaing secara bersemangat dan adil dengan

pesaing kita. • Memberitahu Pasukan Pematuhan Undang-

undang dengan segera jika anda percaya anda telah menerima maklumat bersaing yang sensitif atau rahsia perdagangan daripada pesaing.

Salah satu Nilai teras Hilton ialah Hospitaliti. Kita bersemangat untuk memberikan tetamu pengalaman yang hebat. Dan kita melakukannya secara sah dan beretika.

10 TATA KELAKUAN

SOALAN DAN JAWAPANApakah jenis maklumat Hilton yang TIDAK harus dikongsi dengan pesaing? Jenis maklumat Hilton yang berikut tidak harus dikongsi dengan pesaing: • Kadar (cth., kadar kumpulan, kadar diiklankan,

kadar biasa, kadar kongsi masa dan harga); • Senarai harga, diskaun, terma kredit,

atau terma atau syarat jualan lain; • Kadar penginapan; • Dasar bilik percuma; • Margin, komisen, rebat, promosi; • Penentuan harga bankuet; • Deposit, surcaj, julat harga, harga minimum

atau maksimum, formula harga; dan, • Pemasaan kenaikan (atau penurunan) kadar .Apakah jenis maklumat Hilton yang TIDAK harus dikongsi dengan pesaing? Anda bebas untuk berkomunikasi dengan rakan sejawat anda daripada pesaing asalkan anda tidak bertukar maklumat yang tertakluk kepada undang-undang persaingan atau kerahsiaan. Petua yang baik adalah bertanya pada diri anda sama ada apa yang anda bincangkan dengan rakan sejawat industri itu adalah perkara yang biasanya anda akan bincang dengan seseorang yang bertujuan merampas perniagaan daripada anda dan Hilton. Jika jawapannya adalah tidak, elakkan perbincangan tersebut.

MELINDUNGI ASET HILTONKita semua hendaklah melindungi aset Hilton dengan menggunanya secara bertanggungjawab, efisien dan dalam cara yang selaras dengan dasar Hilton. Aset Hilton termasuk hak milik, wang tunai, kredit kad berian syarikat, peralatan dan bekalan, serta aset teknologi dan harta intelektual kita.

Aset teknologi termasuk komputer, perisian, telefon dan rangkaian. Harta intelektual termasuk benda-benda seperti tanda dagangan, rahsia perdagangan, hak cipta, paten, logo, dan maklumat sulit atau proprietari. Semua aset Hilton harus dilindungi daripada penyalahgunaan, kerosakan, atau kecurian, dan aset Hilton tidak sekali-kali harus digunakan untuk keuntungan peribadi atau tujuan tidak sah. Jangan lupa bahawa kecurian, kecuaian dan pembaziran mempunyai kesan langsung ke atas keuntungan kita. Anda hendaklah menggunakan pertimbangan yang wajar dalam penggunaan e-mel dan Internet Hilton. Di mana sah di segi undang-undang, kami berhak menyemak semua carian Internet, komunikasi e-mel dan lain-lain aktiviti yang Ahli Pasukan lakukan mengguna aset Hilton. Apabila anda meninggalkan Hilton, anda hendaklah memulangkan semua harta Hilton.

ANDA DILARANG• Menggunakan sumber atau masa Hilton untuk

menjalankan kerja luar. • Menggunakan hak milik Hilton untuk

meningkatkan kepentingan kewangan anda atau memberi faedah kepada sahabat dan ahli keluarga anda.

• Menggunakan aset Hilton untuk menghantar, menerima, menerbitkan semula atau mengakses bahan haram atau menyalin secara tidak sah perisian, muzik, buku atau karya lain yang dilindungi undang-undang.

ANDA DIGALAKKAN• Melindungi harta Hilton daripada penyalahgunaan,

kerosakan atau kecurian. • Memastikan perjalanan dan perbelanjaan bagi

pihak Hilton dilakukan dengan kebenaran dan dokumentasi yang sesuai.

11TATA KELAKUAN

MELINDUNGI DAN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PIHAK KETIGAHilton adalah komited untuk menjaga dan menangani maklumat pihak ketiga selaras dengan keperluan undang-undang dan kewajipan berkontrak yang berkenaan, dan dalam cara yang melindungi privasi dan mengekalkan kepercayaan. Kita tidak akan memperoleh, memiliki atau mengguna secara tidak sepatutnya maklumat proprietari, sulit atau rahsia perdagangan pesaing kita atau pihak ketiga lain, seperti vendor, pembekal, pemilik dan bekas pekerja. Selain itu, kita hanya akan mengumpul, melindungi dan menggunakan maklumat peribadi selaras dengan keperluan undang-undang dan untuk memenuhi tujuan perniagaan yang sah.Contoh maklumat pihak ketiga yang sensitif termasuk: • Rancangan dan penyampaian strategik; • Jawapan RFP, RFI atau RFQ; • Maklumat bukan awam tentang rakan perniagaan,

pelanggan dan vendor; • Maklumat yang tertakluk kepada perjanjian

ketakdedahan; • Sebarang maklumat pihak ketiga yang bertanda

sulit atau proprietari atau bahan-bahan yang bertanda serupa;

• Sebarang bahan yang berkepala surat atau mengandungi logo atau tanda milik pihak ketiga lain yang tidak disediakan untuk awam;

• Maklumat peribadi mengenai tetamu; dan, • Maklumat yang boleh mengenal pasti seseorang

(cth., nombor keselamatan sosial dan maklumat kad kredit) tetamu dan rakan perniagaan.

SOALAN DAN JAWAPANSeorang Ahli Pasukan baharu yang menyertai Hilton dari sebuah hotel lain menyatakan yang dia boleh mengubah suai beberapa bahan perancangan strategik yang dia sediakan untuk majikan lamanya untuk selamatkan masa menyediakan penyampaian untuk Hilton. Adakah apa yang akan dilakukannya itu salah? Ya. Ahli Pasukan dilarang sama sekali daripada memiliki bahan sulit daripada bekas majikan mereka, dan tatacara melapor kerja Hilton menghendaki Ahli Pasukan baru mengesahkan bahawa mereka tidak memiliki maklumat sedemikian. Perkara ini hendaklah dilaporkan kepada Pasukan Pematuhan Undang-undang dengan segera.

Baru-baru ini, selebriti kegemaran saya tinggal di hotel di mana saya adalah Pengurus Meja Depan. Selebriti tersebut bersetuju untuk bergambar dengan saya. Bolehkan saya letak gambar itu di laman media sosial saya? Tidak boleh. Kita mengambil berat tentang privasi tetamu kita dan melindungi maklumat peribadi mereka seperti kita melindungi maklumat sendiri. Maklumat, termasuk bahawa selebriti tersebut adalah tetamu kita, mesti dilindungi dan tidak harus dikongsi dengan awam.

ANDA DILARANG• Menggunakan sebarang maklumat sulit pihak

ketiga yang anda mungkin dapati daripada majikan lama atau yang anda terima secara tidak sepatutnya atau tidak sengaja semasa menjalankan perniagaan.

• Meminta maklumat sulit daripada pihak ketiga kecuali selepas persetujuan bertulis dan atas nasihat Jabatan Undang-undang Hilton.

ANDA DIGALAKKAN• Berwaspada tentang pelbagai sumber yang boleh

membawa maklumat sulit pihak ketiga kepada Ahli Pasukan dan kepada sistem-sistem.

• Menghubungi Pasukan Pematuhan Undang-undang dengan segera jika anda khuatir yang anda telah menerima maklumat sulit pihak ketiga tanpa kebenaran.

• Melaporkan dengan segera kepada [email protected] sebarang kekhuatiran mengenai maklumat peribadi di dalam simpanan atau kawalan Hilton yang telah diperoleh, diubah suai, didedah atau diakses oleh seseorang tanpa kebenaran, atau oleh sesiapa secara tanpa kebenaran atau untuk tujuan tanpa kebenaran.

12 TATA KELAKUAN

MELINDUNGI DAN MENGGUNAKAN MAKLUMAT HILTONMelindungi maklumatnya sendiri juga adalah amat penting kepada Hilton. Ahli Pasukan tidak harus mendedahkan maklumat sulit Hilton kecuali jika pendedahan dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang. Maklumat sulit termasuk segala maklumat bukan awam yang boleh digunakan oleh pesaing atau yang memudaratkan Hilton atau pelanggannya, jika didedahkan. Ahli Pasukan harus berwaspada tentang cara mereka menyimpan dan berkongsi maklumat sulit Hilton dan hendaklah menyelenggarakan semua rekod perniagaan Hilton mengikut dasar-dasar penyimpanan rekod Hilton.Contoh maklumat yang mesti dilindungi daripada pendedahan termasuk: • Maklumat sulit tentang pembangunan hak milik,

operasi perniagaan, atau prestasi kewangan Hilton;

• Maklumat bersaing, termasuk penentuan harga, kadar penginapan, dan strategi promosi;

• Maklumat tentang perencanaan inovasi dalam hotel-hotel atau jenama Hilton;

• Syarat-syarat dan struktur kontrak pelanggan dan vendor dan perjanjian pembiayaan Hilton;

• Maklumat berkaitan dengan perisian, pangkalan data dan sistem lain Hilton, termasuk struktur dan kandungannya;

• Senarai pelanggan; dan, • Maklumat yang bertanda sulit, terkawal,

atau proprietari.

ANDA DILARANG• Mendedahkan maklumat sulit Hilton kepada

mereka yang tiada keperluan perniagaan untuk tahu maklumat tersebut.

• Mendedahkan maklumat sulit Hilton kepada pihak ketiga tanpa perjanjian ketakdedahan.

• Menghantarkan atau berkongsi maklumat yang bertanda “terkawal oleh undang-undang” atau yang serupa dengannya dengan rakan sekerja di luar Hilton atau rakan sekerja di dalam Hilton yang tiada keperluan untuk tahu tanpa meminta nasihat Jabatan Undang-undang Hilton terlebih dahulu.

NOTA: Bagi tujuan contoh-contoh ini, maklumat sulit Hilton tidak termasuk maklumat yang diperoleh secara sah oleh Ahli Pasukan bukan pengurusan mengenai upah, waktu atau terma dan syarat pekerjaan lain, jika digunakan oleh mereka untuk tujuan yang dilindungi oleh Akta Hubungan Buruh Negara. Di bawah undang-undang tersebut, Ahli Pasukan bukan pengurusan berhak membincang terma dan syarat pekerjaan mereka dengan orang lain.

ANDA DIGALAKKAN• Menjaga maklumat sulit Hilton dengan cara yang

selamat, agar ia hanya boleh diakses oleh mereka yang memerlukan maklumat tersebut untuk melaksanakan aktiviti perniagaan sah.

• Menandakan “Sulit dan Proprietari” dengan jelas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat sulit Hilton;

• Memberitahu Pasukan Pematuhan Undang-undang dengan segera jika anda percaya bahawa maklumat sulit Hilton telah hilang, tersalah letak, diakses oleh orang tanpa kebenaran atau didedahkan secara tidak sengaja.

13TATA KELAKUAN

KOMUNIKASI TENTANG HILTONSebagai syarikat perdagangan awam, Hilton adalah komited terhadap memberikan kepada awam maklumat yang tepat dan lengkap selaras dengan keperluan undang-undang dan konsisten dengan Visi, Misi dan Nilai-nilai kita. Hanya jurucakap Hilton yang berkebenaran sahaja boleh berkomunikasi bagi pihak Syarikat tentang pendirian rasmi Hilton mengenai topik seperti prestasi kewangan, strategi perniagaan, rancangan pembangunan, status operasi, hal berkaitan undang-undang dan isu-isu dasar awam. Hilton telah melantik Ahli Pasukan tertentu yang dibenarkan bertindak sebagai wakil Hilton untuk berkongsi maklumat dengan media berita, pegawai kerajaan, pemegang saham, juruanalisis dan pihak berkepentingan penting lain. Permintaan maklumat kewangan atau maklumat lain yang ditujukan kepada Hilton daripada media, komuniti kewangan, pemegang saham atau awam hendaklah dirujukkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat. Permintaan maklumat yang ditujukan kepada Hilton daripada pihak pengawal atur atau kerajaan hendaklah dirujukkan kepada Jabatan Undang-undang Hilton.

ANDA DILARANG• Membuat komen bagi pihak Hilton atau bercakap

sebagai wakil Hilton untuk menjawab sebarang pertanyaan atau berita angin mengenai prestasi kewangan, strategi perniagaan, atau lain-lain maklumat sulit Hilton kecuali anda adalah seorang jurucakap Hilton yang berkebenaran.

ANDA DIGALAKKAN• Merujuk pertanyaan yang ditujukan kepada Hilton

mengenai perkara seperti prestasi kewangan, strategi perniagaan, atau lain-lain maklumat sulit Hilton kepada jurucakap berkebenaran.

• Terus menjalankan perbincangan biasa, komunikasi perniagaan rutin dengan Ahli Pasukan yang lain dan pihak luar mengenai topik yang tidak termasuk maklumat sulit.

MEDIA SOSIALMenggunakan media sosial – platform seperti Twitter, Facebook, Instagram, LinkedIn dan lain-lain – adalah cara yang hebat untuk berkomunikasi dengan orang lain. Apabila menggunakan media sosial yang ada hubungan dengan Hilton dalam apa cara jua, anda harus mematuhi undang-undang dan dasar Hilton.Jangan sekali-kali menggunakan media sosial untuk mengganggu atau berdiskriminasi terhadap pekerja lain atau tetamu. Dan jika anda membuat posting tentang Hilton, anda hendaklah telus dan mendedahkan hubungan anda dengan Syarikat. Dan jangan lupa anda dilarang bercakap bagi pihak Hilton mengenai pendirian rasmi Hilton tentang topik seperti prestasi kewangan atau isu-isu lain kecuali anda ada kebenaran berbuat demikian.

SOALAN DAN JAWAPANBaru-baru ini saya melihat satu ulasan di laman web kembara yang mengandungi maklumat yang sama sekali palsu mengenai hotel kita. Bolehkan saya menjawab kepada pengulas itu supaya saya boleh membetulkan ini? Tidak boleh. Walaupun niat anda adalah baik, hanya individu yang berkebenaran sahaja boleh bercakap bagi pihak Hilton di laman web kembara atau dalam cara rasmi lain. Sebaliknya anda harus memberitahu Jabatan Komunikasi tentang ulasan tersebut agar Hilton boleh menjawab jika wajar.

14 TATA KELAKUAN

PERDAGANGAN ORANG DALAMDalam perjalanan kerja anda, anda mungkin mendapat tahu maklumat material mengenai Hilton atau syarikat lain sebelum ia diumumkan. Ini biasanya dipanggil “maklumat orang dalam.” Mengguna maklumat ini untuk kepentingan peribadi anda (secara membeli atau menjual sekuriti) atau berkongsi maklumat ini dengan orang lain adalah melanggar Tata Kelakuan ini dan mungkin juga undang-undang. Larangan ini dikenakan kepada pembelian atau penjualan sekuriti mana-mana syarikat yang anda mempunyai maklumat orang dalam, bukan sahaja Hilton. Larangan ini juga dikenakan kepada berkongsi maklumat bukan awam material dengan sesiapa sahaja yang mungkin membeli atau menjual sekuriti berdasarkan maklumat orang dalam. Pendek kata, anda sendiri jangan bertindak berdasarkan maklumat orang dalam, dan jangan berkongsi maklumat tersebut dengan orang lain.Ahli Pasukan yang aktiviti perniagaan atau jawatan mereka di dalam Hilton mendedahkan mereka kepada maklumat bukan awam material mungkin tertakluk kepada syarat-syarat tambahan berkaitan dengan pembelian atau penjualan sekuriti. Ahli Pasukan sedemikian hendaklah mematuhi syarat-syarat tersebut.Maklumat material boleh termasuk maklumat yang mungkin penting kepada pertimbangan seorang pelabur dalam membuat keputusan sama ada membeli atau menjual sekuriti. Maklumat sedemikian tidak boleh dikongsi atau diguna untuk keputusan pelaburan peribadi semasa ia belum lagi diumumkan kepada para pelabur awam.

Contoh maklumat bukan awam material termasuk maklumat dan keputusan kewangan penting, perubahan besar di Hilton (seperti penggabungan dan pemerolehan atau jenama baharu), dan perkembangan undang-undang penting.

ANDA DILARANG• Membeli, menjual atau mendermakan sekuriti

Hilton atau syarikat lain sekiranya mengetahui tentang maklumat bukan awam material.

• Mendedahkan sebarang maklumat bukan awam material kepada sesiapa di dalam atau di luar Hilton yang tiada keperluan perniagaan untuk tahu maklumat tersebut.

ANDA DIGALAKKAN• Memberi perhatian penuh kepada pemberitahuan

Hilton tentang sekatan dagangan. • Segera memberitahu Jabatan Undang-undang

Hilton sekiranya berlaku pendedahan tidak sengaja maklumat bukan awam material.

15TATA KELAKUAN

IHSAN PERNIAGAANMemberi atau menerima hadiah, jamuan makan, perjalanan, keraian, bantuan atau benda berharga lain (“ihsan perniagaan”) sering kali adalah sebahagian daripada pembinaan hubungan perniagaan. Tetapi ihsan perniagaan ini juga boleh mempengaruhi secara tidak wajar keputusan perniagaan kita, dan boleh mewujudkan tanggapan ketidakwajaran. Jangan sekali-kali memberi atau menerima ihsan perniagaan yang boleh mempengaruhi pertimbangan anda bagi pihak Hilton. Dan gunakan pertimbangan baik untuk mengelakkan walaupun tanggapan yang mana-mana ihsan perniagaan telah mempengaruhi atau bertujuan mempengaruhi pertimbangan perniagaan.Umumnya, anda boleh menerima atau menawarkan ihsan perniagaan sekiranya ia adalah: • Sah di sisi undang-undang; • Suatu kebiasaan dan diterima ramai; • Bertujuan untuk menggalakkan kejayaan

hubungan kerja dengan orang-orang atau syarikat yang Hilton mengekalkan atau mungkin menubuhkan hubungan perniagaan;

• Tidak keterlaluan nilainya; • Bersesuaian dengan fungsi kerja penerima; • Tidak berkaitan dengan keputusan pembelian,

pemerolehan atau kontrak; dan, • Diberi dan diterima tanpa pemahaman tersurat

atau tersirat yang penerima menjadi terhutang budi dengan penerimaan hadiah tersebut.

Keraian atau hadiah yang bernilai mewah atau bersifat eksklusif (seperti tiket Super Bowl, Golf Masters atau World Cup) tidak harus diterima tanpa kelulusan awal daripada Pasukan Pematuhan Undang-undang setelah berunding dengan pihak pengurusan untuk mengkaji jenis hubungan perniagaan dengan entiti/ individu yang membuat tawaran dan peranan perniagaan penerima Hilton. Umumnya, Hilton sahaja harus bertanggungjawab atas perbelanjaan perjalanan dan penginapan berkaitan dengan acara eksklusif ini. Standard yang lebih ketat dikenakan kepada ihsan perniagaan apabila ia melibatkan pegawai kerajaan. Ahli Pasukan Hilton Team tidak boleh sekali-kali menawarkan, menjanjikan, membayar atau membenarkan sebarang benda berharga kepada pegawai kerajaan atau entiti milik kerajaan kecuali dibenarkan berbuat demikian oleh dasar Hilton. Untuk maklumat lanjut tentang dasar Hilton mengenai ihsan perniagaan bagi pegawai kerajaan, lihat bahagian Tata Kelakuan ini mengenai Sogokan dan Amalan Rasuah Lain di bawah.

Ahli Pasukan tidak sekali-kali harus meminta hadiah atau bantuan daripada rakan perniagaan. Apabila menerima hadiah yang keterlaluan, ia hendaklah dipulangkan dengan keterangan yang jelas bahawa hadiah tersebut melanggar dasar ihsan perniagaan Hilton. Jika anda khuatir menolak atau memberi balik hadiah yang melanggar dasar Hilton boleh menyinggung perasaan, anda harus meminta nasihat Pasukan Pematuhan Undang-undang untuk mendapat panduan. Hadiah tersebut mungkin sesuai didermakan kepada kebajikan atau diperlihatkan di sesuatu lokasi Hilton. Hilton menggalakkan Ahli Pasukan berkongsi hadiah yang boleh diguna yang memenuhi piawai “berpatutan dan tidak keterlaluan” (seperti hamper makanan) di kawasan kerja umum.Ahli Pasukan tidak sekali-kali harus menerima tawaran perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk keseronokan daripada orang atau syarikat yang Hilton mempunyai atau akan mewujudkan hubungan perniagaan. Perjalanan perniagaan Hilton adalah semata-mata perjalanan yang bertujuan menjalankan perniagaan atau untuk membina hubungan perniagaan Hilton.Oleh itu, hanya Hilton harus membayar perbelanjaan perjalanan dan penginapan Ahli Pasukan apabila menjalankan urus niaga Hilton kecuali di dalam situasi berikut: • Perjalanan sampingan kepada acara perniagaan,

seperti kenderaan antara lokasi-lokasi mesyuarat. • Perjalanan dan penginapan berkaitan dengan

acara industri, persatuan profesional, atau acara yang serupa yang penganjurnya bukan rakan perniagaan Hilton.

• Perjalanan dan penginapan yang ditawarkan kepada Ahli Pasukan sebagai penyampai di persidangan yang kedua-dua memang ditawarkan kepada semua penyampai.

16 TATA KELAKUAN

Ahli Pasukan yang fungsi tugasnya memang melibatkan penerimaan tip atau upah (seperti valet, ketua porter, pekerja restoran, atendan bilik tetamu dan juru kemas) boleh menerima hadiah dan upah daripada tetamu dan pelanggan berhubung dengan prestasi kerja. Ahli Pasukan yang mempunyai kuasa ke atas syarat menjalankan perniagaan dengan individu yang membuat tawaran tidak sekali-kali boleh menerima apa-apa tip atau upah. Bagaimanapun, Ahli Pasukan dilarang daripada meminta tip atau upah.

SOALAN DAN JAWAPANSaya berjalan ke berbagai negara berlainan bagi pihak Hilton, dan ada kalanya saya rasa yang saya harus menerima sesuatu hadiah yang mungkin melanggar dasar Hilton kalau tidak mahu menyinggung perasaan orang-orang yang saya lawati. Apa yang harus saya lakukan? Anda harus menggunakan pertimbangan terbaik anda dalam situasi demikian. Jika anda rasa anda tidak boleh menolak sesuatu hadiah tanpa menyinggung perasaan pemberinya, anda boleh terima hadiah itu bagi pihak Hilton dan beritahu penyelia anda dan Pasukan Pematuhan Undang-undang tentang situasi tersebut. Pasukan Pematuhan Undang-undang akan membantu anda menangani situasi itu. Hadiah tersebut mungkin sesuai diperlihatkan disalah satu lokasi kita atau didermakan kepada kebajikan.

TIDAK SEKALI-KALI BOLEH DITERIMAAnda tidak harus memberi atau menerima ihsan perniagaan jika: • Ia melanggar undang-undang. • Ia mungkin dianggap sebagai syarat untuk

mendapat pembalasan atau sebagai sogokan atau rasuah.

• Ia mungkin dikaitkan dengan perundingan perdagangan yang sedang berjalan.

• Ia melibatkan kandungan seksual yang tidak sesuai atau menjelikkan (misalnya, membawa pelanggan ke kelab tarian bogel).

• Ia melibatkan wang tunai atau kesamaan tunai (seperti sijil hadiah).

• Ia melanggar dasar Hilton atau dasar majikan si penerima.

• Ia bercorak hadiah atau keraian yang sering ditawarkan oleh pembekal yang sama.

LAZIMNYA BOLEH DITERIMAIhsan perniagaan biasa yang boleh diterima dan lazimnya tidak memerlukan kebenaran terlebih dahulu termasuk: • Jamuan makan sekali-sekala dengan rakan

perniagaan. • Menghadiri sekali-sekala acara sukan atau acara

budaya lain dengan rakan perniagaan, jika rakan kongsi hadir sama dan perniagaan dibincangkan.

• Menerima sekali-skala hadiah yang berpatutan dan biasa.

• Menerima barang-barang promosi bernilai kecil seperti pen, pad catatan dan koleh kopi.

17TATA KELAKUAN

KONFLIK KEPENTINGANKonflik kepentingan berlaku apabila kepentingan peribadi Ahli Pasukan mengganggu atau kelihatan mengganggu tugas mereka bagi pihak Hilton. Keputusan perniagaan Ahli Pasukan hendaklah dikawal oleh pertimbangan waras dan keobjektifan, bebas daripada pengaruh kepentingan peribadi. Tanggapan konflik kepentingan sahaja sudah boleh memudaratkan reputasi perniagaan Hilton Ahli Pasukan berkewajipan mengelakkan situasi yang boleh menyebabkan seseorang mempersoalkan pertimbangan atau keobjektifan mereka, dan wajib mendedahkan kemungkinan konflik dalam setiap aspek pekerjaan mereka. Konflik boleh timbul dari berbagai-bagai situasi. Konflik biasa yang harus didedahkan termasuk: • Pekerjaan di luar, atau mempunyai ahli keluarga

yang bekerja, dengan pembekal atau lain-lain rakan niaga.

• Pelaburan peribadi dalam syarikat yang sudah menjadi atau cuba menjadi pembekal atau rakan niaga Hilton.

• Menjadi pengarah, pegawai, pekerja atau perunding kepada entiti perniagaan luar, termasuk organisasi bukan untung, yang mungkin bersaing atau menjalankan perniagaan dalam bidang yang ada kaitan dengan Hilton.

Menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat dagangan awam boleh menimbulkan risiko tambahan. Ahli Pasukan harus memberitahu penyelia mereka dan minta nasihat daripada Pasukan Pematuhan Undang-undang sebelum menerima apa-apa jawatan sedemikian.Ahli Pasukan tidak boleh menggunakan atau cuba menggunakan kedudukannya dengan Hilton untuk memperoleh faedah tidak wajar untuk diri sendiri, ahli keluarga, atau sesiapa sahaja. Misalnya, Ahli Pasukan tidak boleh menghalakan perniagaan ke arah syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga atau sahabat baik atau menggunakan kedudukannya dengan Hilton untuk faedah peribadi.

SOALAN DAN JAWAPANKami sedang mencari syarikat untuk membekalkan hotel kita dengan perkhidmatan pembuangan sampah. Telah banyak masa digunakan untuk mencari. Abang saya memiliki syarikat yang membekal perkhidmatan jenis ini, dan saya tahu dia akan memberikan kita tawaran yang baik. Bolehkah kita gunakan sahaja syarikatnya? Tidak boleh. Menggunakan syarikat yang dimiliki oleh abang anda akan mewujudkan konflik antara keinginan anda untuk mendapat tawaran terbaik untuk Hilton dengan keinginan untuk membantu abang anda. Tetapi sekiranya anda memberitahu tentang hubungan anda dengan syarikat abang anda dan mengalihkan diri anda daripada proses pemilihan, syarikat abang anda mungkin boleh bersaing dengan vendor lain untuk perniagaan itu, selagi sesiapa yang melapor kepada anda tidak terlibat dalam proses pemilihan dan anda mendapat kebenaran Pasukan Pematuhan Undang-undang untuk memberikan nama syarikatnya kepada pihak yang berwenang untuk pertimbangan.

ANDA DILARANG• Memiliki atau mengambil bahagian dalam

perniagaan yang beroperasi dalam bahagian perniagaan yang bersaing dengan atau melengkapi Hilton.

• Mengambil bahagian dalam keputusan perniagaan Hilton yang melibatkan syarikat yang anda atau ahli keluarga anda mempunyai kaitan peribadi (sebagai pemilik, pelabur, perunding atau pekerja).

• Mengambil bahagian dalam keputusan Hilton yang melibatkan pengambilan bekerja atau penyeliaan ahli keluarga.

• Meminjam wang dengan mana-mana syarikat atau individu yang berurus niaga atau ingin berurus niaga dengan Hilton jika berbuat demikian boleh menimbulkan risiko, atau tanggapan, ketidakwajaran atau tiada keobjektifan.

ANDA DIGALAKKAN• Mengelakkan situasi yang boleh membuat

seseorang mempersoalkan pertimbangan atau keobjektifan anda bagi pihak Hilton.

• Memberitahu tentang kemungkinan konflik dengan segera.

18 TATA KELAKUAN

AMALAN PEMBELIANKita berusaha untuk berlaku adil dan tidak berat sebelah dalam urus janji kita dengan pembekal dan kontraktor. Keputusan pembelian harus berdasarkan kriteria jelas yang sah, termasuk kualiti, taraf perkhidmatan dan harga. Kita menghormati terma dan syarat kontrak, membayar secara tepat masa, dan melindungi kerahsiaan maklumat proprietari pembekal dan kontraktor luar.

PELUANG KORPORATJangan guna harta atau maklumat Hilton atau kedudukan anda dengan Hilton untuk keuntungan peribadi. Jangan bersaing dengan Hilton. Ahli Pasukan mempunyai kewajipan untuk memajukan kepentingan perniagaan Hilton apabila peluang timbul. Anda tidak harus mengambil kesempatan peribadi (atau menghalakan pihak ketiga ke arah) sebarang peluang perniagaan yang ditemui melalui jawatan anda atau penggunaan harta atau maklumat Hilton.

SOGOKAN DAN AMALAN RASUAH LAINSogokan adalah salah. Hilton melarang keras Ahli Pasukan daripada memberi, menawarkan, menjanjikan atau meluluskan sesuatu yang berharga kepada sesiapa pun bagi tujuan mempengaruhi secara tidak betul tindakan rasmi atau untuk meraih kelebihan yang tidak wajar. Hilton tidak menyogok, dan kita mematuhi segala undang-undang yang melarang sogokan dan amalan rasuah lain. Sebagai syarikat berpangkalan di A.S., operasi perniagaan Hilton di seluruh dunia harus mematuhi bukan sahaja undang-undang anti-rasuah tempatan, tetapi juga undang-undang yang dikenakan secara global terhadap aktiviti perniagaan Hilton, seperti Akta Amalan Rasuah Luar Negara (FCPA) A.S. dan Akta Sogokan U.K. Undang-undang ini melarang Hilton daripada menawarkan atau memberikan “sesuatu yang berharga” kepada pegawai kerajaan atau ahli keluarga mereka untuk mempengaruhi orang tersebut dalam tugas rasminya atau untuk menggalakkan perbuatan melanggar undang-undang.

Di bawah undang-undang anti-sogokan A.S. dan UK, takrif “pegawai kerajaan” adalah luas. Ia termasuk sesiapa yang bertindak bagi pihak kerajaan atau agensi kerajaan (termasuk pegawai kerajaan) dan pekerja perniagaan milik kerajaan, seperti syarikat penerbangan milik negara. Pegawai kerajaan boleh termasuk mana-mana yang berikut: • sesiapa yang bertindak dalam tugas rasminya

untuk atau bagi pihak mana-mana kerajaan atau agensi kerajaan, termasuk kakitangan kerajaan;

• ahli politik, pegawai parti politik dan calon untuk jawatan awam;

• pihak kehakiman; dan• pengarah, pegawai dan kakitangan perusahaan

perdagangan milik kerajaan, seperti syarikat kapal terbang milik negara.

Di bawah banyak undang-undang anti-sogokan, “sesuatu yang berharga” termasuk wang tunai dan manfaat bukan tunai seperti perjalanan, bilik percuma bahkan derma amal.Bayaran haram boleh terdiri daripada mana-mana yang berikut – atau apa jua yang berharga kepada penerima: • Wang tunai atau kesamaan tunai, seperti pinjaman

bawah (faedah) pasaran atau sijil hadiah;• Perjalanan; • Bilik percuma atau peningkatan taraf; • Mata Hilton Honors atau peningkatan status; • Keraian seperti darmawisata golf atau tiket

ke acara sukan; • Derma politik atau kebajikan; dan, • Tawaran pekerjaan atau latihan amali.Larangan terhadap sogokan juga dikenakan kepada aktiviti yang dilakukan oleh pihak ketiga bagi pihak Hilton. Dalam kata lain, ejen dan rakan perniagaan kita dilarang memberi sogokan bagi pihak kita. Apabila melantik sekutu perniagaan yang akan berinteraksi dengan pegawai kerajaan bagi pihak Hilton, buat usaha wajar yang berpatutan agar kita memilih organisasi yang akan memenuhi piawai tinggi kita. Hilton juga melarang segala sogokan perdagangan dan wang sogok . Kita tidak menyogok pegawai kerajaan, rakan perniagaan atau sesiapa pun. Hilton mewujudkan sistem kawalan dalaman untuk mencegah dan mengesan pembayaran tidak wajar. Ahli Pasukan dikehendaki merekodkan dengan tepat segala urus niaga perniagaan dan menyimpan kira-kira dan rekod perbelanjaan perniagaan yang lengkap.

19TATA KELAKUAN

ANDA DILARANG• Menawarkan atau memberi bayaran, hadiah atau

sesuatu yang berharga kepada pegawai kerajaan atau sesiapa sahaja untuk mempengaruhi tindakan rasmi atau aktiviti perdagangan.

• Memberi kuasa atau kebenaran kepada rakan perniagaan atau mana-mana pihak ketiga untuk memberi sogokan untuk kepentingan Hilton.

• Mengguna wang sendiri untuk membayar sogokan kepada pegawai kerajaan atau sesiapa sahaja.

ANDA DIGALAKKAN• Menjalankan usaha wajar sebelum melantik mana-

mana rakan perniagaan untuk berinteraksi dengan pegawai kerajaan bagi pihak Hilton.

• Memberitahu Pasukan Pematuhan Undang-undang dengan segera sekiranya berlaku kekhuatiran tentang pembayaran tidak wajar.

MEWUJUDKAN DAN MENYIMPAN REKOD PERNIAGAAN YANG TEPATDi Hilton, kita membuat pendedahan yang lengkap, adil, tepat, tepat masa dan mudah difahami dalam semua laporan dan dokumen yang kita failkan dengan, atau serahkan kepada, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, agensi-agensi kerajaan, dan di dalam semua komunikasi awam lain yang kita buat.Rekod perniagaan yang tepat adalah penting untuk mengekalkan kepercayaan pihak berkepentingan kita. Selain itu, sebagai syarikat awam, Hilton adalah tertakluk kepada beberapa undang-undang dan peraturan yang mengawal rekod perniagaan kita, termasuk undang-undang sekuriti A.S.Kita harus merekodkan aktiviti Hilton dengan tepat dan mengikut dasar, amalan dan piawai Hilton. Ini termasuk maklumat kewangan dan maklumat operasi. Maklumat tidak benar yang menggambarkan secara langsung atau tidak langsung prestasi perniagaan yang tidak tepat adalah sekali-kali tidak boleh diterima.

MEMBERIKAN MAKLUMAT TEPAT KEPADA KERAJAANDalam melaksanakan tugas, kita harus sentiasa memberikan maklumat yang terkini, lengkap dan tepat kepada semua agensi kerajaan. Gambaran atau perakuan yang palsu, tidak lengkap, tidak tepat atau mengelirukan boleh mengakibatkan risiko undang-undang serius bagi individu yang terlibat dan bagi Hilton.

LAYANAN PERCUMA DAN KERAIAN PEGAWAI KESATUAN SEKERJAUndang-undang A.S. melarang Hilton, wakilnya atau Ahli Pasukan yang mewakili kepentingan Hilton daripada memberikan kepada pegawai atau wakil kesatuan sekerja A.S., wang atau benda berharga lain kecuali dalam situasi yang dibenarkan secara terhad dan khusus. Larangan ini termasuk pemberian benda yang mengguna wang peribadi Ahli Pasukan, tetapi tidak menghalang Ahli Pasukan daripada menyokong kesatuan sekerja secara sah melalui pembayaran yuran, fi, atau taksiran sah. Pelanggaran boleh mengakibatkan hukuman sivil atau jenayah terhadap Hilton dan Ahli Pasukan berkenaan.

20 TATA KELAKUAN

KEWARGANEGARAAN GLOBALNilai-nilai Hilton menjadi asas kita di mana sahaja kita menjalankan perniagaan.

Kita menjalankan perniagaan secara yang menunjukkan rasa hormat kita terhadap masyarakat di mana kita beroperasi dan komitmen kita terhadap melakukan yang wajar, pada setiap masa. Strategi kewarganegaraan korporat Berjalan dengan Tujuan kita mengimbang keperluan jangka panjang perniagaan kita dengan keperluan semasa dan akan datang masyarakat yang kita berikan khidmat.

20 TATA KELAKUAN

21TATA KELAKUAN

HAK ASASI MANUSIAHilton mematuhi undang-undang pekerjaan dan buruh di setiap negara dan rantau yang kita beroperasi. Kita menghormati dan menyokong hak asasi manusia bagi semua orang, dan kita tidak sekali-kali bersubahat dalam pensia-siaan hak asasi manusia. Kita menghendaki komitmen yang sama daripada pembekal dan rakan perniagaan kita. Ini bererti, antara lain, bahawa: • Kita tidak akan mengambil bekerja individu

di bawah umur 15 tahun atau umur sah bekerja (mana yang lebih tinggi) di mana-mana negara yang kita beroperasi.

• Kita akan mematuhi semua syarat gaji dan pampasan seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan, termasuk yang berkaitan dengan upah minimum, dan paling sedikit, memberikan faedah yang dimandat oleh undang-undang.

• Kita tidak akan melebihi masa bekerja maksimum yang ditakrifkan oleh undang-undang yang berkenaan dan akan membayar kerja lebih masa dengan sewajarnya.

• Kita tidak akan mengguna buruh paksa, termasuk buruh penjara, buruh terikat atau hutang, hukuman fizikal atau penderaan, buruh hamba atau orang yang diperdagangkan. Buruh paksa termasuk pemaksaan seperti ancaman, keganasan, dan penahanan dokumen identiti atau tidak membayar upah yang mengikat pekerja kepada kerja yang mereka mungkin mahu berhenti. Pekerja mesti bersetuju untuk bekerja dan mempunyai kebebasan untuk berhenti pada bila-bila masa, dengan pemberian notis yang berpatutan.

• Kita menghormati kebebasan Ahli Pasukan menggunakan hak untuk berpersatuan mereka.

• Kita menghormati hak Ahli Pasukan untuk memilih (atau tidak memilih) perwakilan perundingan kolektif.

• Kita komited kepada kesihatan dan keselamatan Ahli Pasukan kita dan mematuhi segala undang-undang dan garis panduan kesihatan dan keselamatan yang berkenaan.

ANDA DIGALAKKAN• Menjalankan usaha wajar ke atas agensi buruh

untuk memastikan mereka berlesen dan memenuhi piawai Hilton sebelum mengambil bekerja kontraktor dan Ahli Pasukan melalui mereka.

• Memberitahu Pasukan Pematuhan Undang-undang dengan segera sekiranya berlaku kekhuatiran tentang memperdagangkan buruh, buruh paksa atau buruh terikat.

ANDA DILARANG• Membenarkan pekerja atau kontraktor membayar

bayaran pengambilan. Jika didapati yang bayaran telah dibuat, laporkan perkara itu kepada Sumber Manusia atau Pasukan Pematuhan Undang-undang.

• Meminta untuk mengawal akaun bank peribadi pekerja atas apa jua sebab sekalipun.

Hilton berbangga menjadi penandatangan Perjanjian Global Bangsa-bangsa Bersatu. Kita mengakui bahawa syarikat mempunyai tanggungjawab untuk menghormati hak asasi manusia dalam keseluruhan operasi mereka sebagaimana dinyatakan dalam Prinsip Panduan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Perniagaan dan Hak Asasi Manusia seperti yang ditakrifkan dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia.

LARANGAN TERHADAP MEMPERDAGANGKAN MANUSIAHilton mengecam segala bentuk pemerdagangan dan eksploitasi komersil manusia, termasuk eksploitasi seks kaum lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Sebagai penandatangan Tata Kelakuan Perlindungan Kanak-kanak Pelancongan ECPAT, kita adalah komited sepenuhnya, di setiap pasaran yang kita beroperasi, terhadap melindungi individu daripada segala bentuk penderaan dan eksploitasi. Ahli Pasukan kita serta rakan perniagaan kita hendaklah membantu kita memenuhi komitmen ini. Memperdagangkan seks dan pelancongan seks adalah masalah yang besar yang kian merebak di seluruh dunia, dan Hilton melarang mana-mana hak milik, produk atau perkhidmatannya digunakan dalam apa jua cara yang menyokong atau membolehkan sebarang bentuk penderaan dan eksploitasi.

22 TATA KELAKUAN

KOMITMEN KEPADA PERSEKITARANMelindungi persekitaran adalah keutamaan penting bagi Hilton. Aktiviti persekitaran yang bertanggungjawab adalah baik untuk perniagaan kita dan masyarakat di mana kita berkhidmat. Hilton adalah komited terhadap mematuhi segala undang-undang dan peraturan persekitaran yang berkenaan di mana jua kita menjalankan perniagaan. Kita menghendaki Ahli Pasukan menangani, menyimpan dan melupuskan semua bahan berbahaya dan bahan buangan dengan betul, dan mematuhi segala permit persekitaran yang dikenakan kepada peralatan, operasi atau bangunan Hilton.

KOMITMEN KEPADA MASYARAKAT KITASebagai peneraju dunia dalam bidang perjalanan dan pelancongan, Hilton mengakui tanggungjawab kita untuk mewujudkan nilai bersama di mana sahaja kita menjalankan perniagaan. Kita menyokong secara aktif pelbagai isu dan organisasi dalam masyarakat kita dan menggalakkan semua Ahli Pasukan kita untuk bersukarela atau menyertai pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat tempatan mereka. Misi kita adalah untuk menjadi syarikat yang paling mesra tamu di dunia, terutama sekali secara mewujudkan kesan yang positif dalam masyarakat kita. Ia akan wujud melalui operasi yang bertanggungjawab dan penglibatan tempatan yang bermakna.

Salah satu Nilai teras Hilton ialah Kepimpinan. Kita adalah peneraju dalam industri dan masyarakat kita.

BOIKOTSebagai syarikat yang berpangkalan di A.S., operasi perniagaan Hilton di seluruh dunia harus mematuhi peraturan anti-boikot A.S. Peraturan anti-boikot ini mungkin melarang kita daripada menyertai atau bekerjasama dengan boikot negara asing terhadap negara-negara yang tidak dibenarkan oleh kerajaan A.S (seperti pemboikotan Israel oleh Liga Arab). Peraturan anti-boikot A.S. juga menghendaki kita selalu membuat laporan berkaitan permintaan berkaitan boikot (seperti pertanyaan sama ada Hilton menjalankan perniagaan dengan syarikat Israel), walaupun sekiranya mematuhi permintaan sedemikian mungkin dibenarkan.

SOALAN DAN JAWAPANApakah beberapa contoh permintaan boikot yang kita tidak boleh patuhi dan mesti lapor? Contoh permintaan boikot termasuk yang berikut: • Akui bahawa barangan tertentu bukan berasal

daripada Israel. • Akui bahawa Hilton tidak mempunyai pejabat

di negara yang diboikot. • Adakah anda mempunyai pejabat di Israel? • Kenal pasti ras, agama dan jantina semua pekerja

yang akan bertugas dalam projek ini.

23TATA KELAKUAN

SEKATAN PERDAGANGAN DAN KAWALAN EKSPORTHilton adalah komited terhadap menjalankan perniagaannya selaras dengan segala sekatan perdagangan dan kewangan yang dikenakan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan pihak berkuasa lain. Sebagai syarikat yang berpangkalan di A.S., operasi perniagaan Hilton di negara-negara di luar A.S. harus mematuhi bukan sahaja sekatan tempatan tetapi juga sekatan A.S., yang selalunya dikenakan kepada aktiviti-aktiviti dan individu-individu di luar A.S.Sekatan mengehadkan kebolehan kita untuk menjalankan perniagaan dengan individu dan entiti tertentu. Keputusan Hilton untuk menjalankan perniagaan dengan berbagai-bagai rakan kongsi adalah berpandukan undang-undang yang berkenaan, Nilai-nilai kita dan kepentingan kita dalam melindungi Ahli Pasukan dan reputasi kita.

SOALAN DAN JAWAPANBagaimana cara mengetahui sama ada saya berurus niaga dengan pihak sejawat yang dikenakan sekatan? Anda boleh bermula dengan senarai Warganegara Ditandai Khas (“SDN”) yang tertakluk kepada sekatan daripada Jabatan Kawalan Aset Asing (“OFAC”) kerajaan A.S. Anda boleh dapati versi paling terkini senarai SDN dalam format boleh cari di http://sdnsearch.ofac.treas.gov. Operasi Bukan-A.S. mungkin juga dihalang daripada menjalankan urus niaga yang melibatkan pihak yang ditandai di bawah senarai sekatan tempatan (cth., Pihak Ditandai Kesatuan Eropah). Selain itu, negara-negara tertentu juga adalah tertakluk kepada rancangan sekatan yang luas yang melarang Hilton daripada berurus niaga dengan mana-mana syarikat atau individu yang berlokasi atau berpangkalan di negara sedemikian, kerajaan negara itu atau sebarang entiti yang dimiliki, dikawal atau diwakili oleh kerajaan tersebut. Perjalanan perniagaan oleh Hilton ke negara-negara tersebut juga dilarang. Senarai terkini negara tersebut boleh didapati dalam Dasar Sekatan Perdagangan Hilton.

ANDA DILARANG• Meneruskan urus niaga sebelum menyemak

pihak sejawat dalam senarai SDN OFAC. • Meneruskan urus niaga jika pihak sejawat

mungkin ada kaitan dengan negara yang tertakluk kepada larangan sekatan luas.

ANDA DIGALAKKAN• Mengambil masa untuk mengenali bakal rakan

perniagaan kita – siapa mereka, urusan mereka, di mana mereka berpangkalan dan bagaimana mereka akan berinteraksi dengan Hilton — untuk mengelakkan daripada terlibat dalam urus niaga yang dilarang tanpa menyedarinya.

• Mencari nama bakal rakan perniagaan dalam Senarai SDN OFAC dan memastikan sama ada pihak sejawat mempunyai alamat atau ID kerakyatan negara yang tertakluk kepada larangan sekatan luas.

PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAMAhli Pasukan adalah dilarang daripada terlibat atau membantu urus niaga yang melibatkan dana yang diperoleh daripada aktiviti haram di mana-mana jua di dunia. Hilton harus mematuhi semua undang-undang, perintah dan peraturan anti pelaburan wang haram A.S. dan semua negara lain di mana kita menjalankan perniagaan. Kita mesti meneliti semua pembayaran dan urus niaga dengan pelanggan, vendor, rakan perniagaan, wakil dan gabungan. Kita tidak akan menerima sebarang bayaran yang kelihatan seperti diperoleh daripada aktiviti haram. Penglibatan dalam aktiviti pengubahan wang haram boleh merosakkan dengan teruk nama baik kita dan mendedahkan Hilton dan Ahli Pasukan kepada hukuman yang termasuk denda berat dan penjara.

24 TATA KELAKUAN

PENGLIBATAN POLITIKAhli Pasukan tidak dibenarkan membuat sumbangan atau perbelanjaan politik bagi pihak Hilton atau melibatkan Hilton dalam sebarang jenis aktiviti politik tanpa kebenaran terlebih dahulu. Ini termasuk menggunakan nama, dana, aset atau perkhidmatan Hilton, serta aktiviti yang dilakukan semasa dalam bayaran Hilton. Hilton menyertai dalam pilihan raya persekutuan A.S. melalui Jawatankuasa Tindakan Politik (PAC) kami. Walaupun Hilton menggalakkan penyertaan peribadi Ahli Pasukan dalam aktiviti politik, penyertaan demikian hendaklah pada masa tidak bekerja, tanpa menggunakan sumber Hilton kecuali dibenarkan, dan dengan cara yang tidak memberi tanggapan tajaan atau sokongan Hilton. Hilton tidak akan membayar balik kepada Ahli Pasukan sebarang sumbangan peribadi sedemikian.

SOALAN DAN JAWAPANSaya memberikan sedikit wang untuk menyokong calon politik dalam komuniti saya yang telah banyak menolong beberapa projek Hilton. Adakah Hilton akan membayar balik sumbangan saya? Tidak. Hilton menggalakkan anda aktif dalam komuniti anda dan dalam proses politik. Tetapi, kami tidak akan membayar balik kepada Ahli Pasukan sumbangan peribadi kepada calon, kempen atau parti politik. Ini termasuk harga tiket untuk jamuan makan malam, rapat atau lain-lain acara.

HUBUNGAN KERAJAAN DAN PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG MELOBI AMERIKA SYARIKATHilton dan Ahli Pasukan tidak dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti “melobi” tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Pasukan Hal Ehwal Kerajaan Hilton dan tanpa pendaftaran dan pelaporan yang betul seperti dikehendaki oleh undang-undang A.S. Ini termasuk berkomunikasi dengan kakitangan dan pegawai kerajaan di sebarang peringkat dan dalam mana-mana bidang kuasa mengenai isu yang terkena pada Hilton atau melantik pihak luar atau agen untuk melobi bagi pihak Hilton. Kegagalan untuk mendaftar Ahli Pasukan yang terlibat dalam aktiviti melobi dan melaporkan aktiviti mereka mengikut undang-undang yang berkenaan mendedahkan individu tersebut dan Hilton kepada denda berat dan lain-lain hukuman.

SKOP TATA KELAKUANTata Kelakuan ini tidak bertujuan untuk, atau akan dikenakan dalam cara yang akan, mengehadkan atau mengganggu hak Ahli Pasukan, di mana berkenaan, untuk mengatur diri, menubuhkan, menyertai atau membantu organisasi buruh, untuk berunding secara kolektif melalui wakil pilihan mereka, atau untuk melibatkan diri dalam aktiviti bersepadu lain bagi tujuan perundingan kolektif atau bagi bantuan atau perlindungan bersama lain, atau menahan daripada penglibatan dalam aktiviti sedemikian.

PENEPIANHilton umumnya tidak akan menepikan peruntukan-peruntukan Tata Kelakuan ini. Mana-mana Ahli Pasukan yang percaya penepian adalah wajar harus menghubungi Pasukan Pematuhan Undang-undang. Jangan melibatkan diri dalam perbuatan yang tidak selaras dengan Tata Kelakuan ini tanpa menerima penepian bertulis. Sebarang penepian daripada Tata Kelakuan ini bagi pegawai eksekutif atau pengarah hanya boleh dibuat oleh Lembaga Pengarah atau jawatankuasa Lembaga Pengarah sahaja. Hilton akan memberitahu apa-apa penepian bagi pegawai eksekutif atau pengarah mengikut keperluan undang-undang atau peraturan.

TIADA HAK TERCIPTATata Kelakuan ini dan dasar-dasar yang dijelaskan di dalamnya bukan kontrak pekerjaan. Hilton tidak mewujudkan sebarang hak berkontrak dengan mengedarkan Tata Kelakuan ini atau dasar-dasar Hilton yang berkaitan. Selain itu, Tata Kelakuan ini tidak bertujuan untuk mewujudkan sebarang kewajipan atau hak terhadap mana-mana pekerja, pelanggan, pembekal, pesaing, pemegang saham atau mana-mana individu atau entiti lain.

PANDUAN TAMBAHANUntuk panduan tambahan mengenai topik-topik yang dijelaskan dalam Tata Kelakuan ini, rujuk dasar-dasar Hilton dan sumber latihan yang disediakan untuk Ahli Pasukan di:

SCHOOL OF LAW

MELAKSANAKAN TATA KELAKUAN INI

DITERIMA PAKAI PADA 10 MEI, 2017