task 22:guru cemerlang (kemahiran)
TRANSCRIPT
TASK 22: GURU CEMERLANG(KEMAHIRAN)
Nyatakan 5 kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap bakal guru dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah?
Kemahiran MengajarKemahiran Merancang pengajaranKemahiran BerkomunikasiKemahiran BerfikirKemahiran ICT
Kemahiran abad ke-21 diberi penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Bincangkan
Kemahiran abad ke 21 diberi penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 kerana kemahiran-kemahiran yang ada dalam diri guru dan pelajar perlu setaraf dengan antarabangsa dan orang lain kerana dengan adanya kemahiran dalam pelbagai bidang akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dan tahap sistem pendidikan di Malaysia.
Kenapa KPM memberi penekanan kemahiran abad ke-21 dalam sistem
pendidikan negara?
KPM memberi penekanan kemahiran abad ke 21 dalam sistem pendidikan negara kerana KPM mahu semua pelajar dan guru dapat menonjolkan bakat dan kemahiran yang ada dalam diri untuk setanding dengan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa. Disamping itu, dapat meningkatkan peluang pekerjaan di dalam dan luar negara berdasarkan kemahiran yang ada.
Daripada semua kemahiran abad ke-21 itu, pilih satu kemahiran yang anda
fikirkan perlu anda dan pelajar kuasai. Mengapa anda pilih kemahiran tersebut?
Kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar dan guru adalah kemahiran dari segi teknologi maklumat. Ini kerana kebanyakan maklumat yang terkini mudah didapati dan cepat jika menggunakan teknologi. Selain itu, guru boleh menggunakan teknologi maklumat untuk meningkatkan kaedah pengajaran dengan menggunakan teknologi bagi menarik minat pelajar dalam menguasai isi pengajaran ketika di dalam atau luar kelas.