(tariqud dakwah) tidak terpesong dari jalan dakwah

3
1 TIDAK TERPESONG DARI JALAN DAKWAH Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com  ) Sudah menjadi keutamaan buat kita sebagai generasi pendakwah untuk memberikan perhatian kepada tiga tugas utama kita. Pertama, menyediakan generasi Islam yang beriman, pemuda yang menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka. Islam menjadi tanggungjawab serta perbualan mereka. Kedua, bukan sekadar menyediakan generasi Islam bahkan generasi Islam yang berusaha menegakkan sahsiah Islam bagi memadamkan kebatilan jauh dalam diri, keluarga dan masyarakat. Ketiga, generasi Islam yang beriman tadi juga harus bersedia dan berani untuk menegakkan kembali kebenaran syariah Islam. Paling asasnya adalah menyediakan mukmin dengan tapak yang luas dan kukuh yang berkeupayaan untuk menahan menara kegemilangan Islam dari taufan badai dan gegaran tohmahan serta gangguan sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah. Ia seharusnya mestilah bermula dari pembaikan diri kemudian keluarga dan berakhir dengan masyarakat yang didasari oleh persaudaraan dan cinta-mencintai kerana Allah s.w.t.. Gangguan dan usaha pemesongan pasti akan datang bersilih ganti dan menjadikan kita akan hanya tertumpu kepada perkara kecil dan cabang bukan perkara pokok lagi. Kita fikirkan tentang siapa betul dan siapa salah di dalam rumah kita sedangkan pada nasa yang sama musuh sudah mengepung kita dari luar rumah. Maka anak muda, pendakwah muda, awasilah perkara-perkara ini iaitu, antara urusan perbalahan kulliyah dan juziyyah. Perkara pokok kita adalah Islam, mengembalikan Islam yang sahih, menegakkan syariat Allah s.w.t., undang-undang Islam serta daulah Islam. Melaksananya mestilah melalui amal jamaie yang sistematik, terancang, ditambah dengan kekuatan dan keberkatan sistem Syura serta beriltizam dengan syariat Islam. Begitu juga dari sudut berbeza pendapat pada perkara cabang. Ini akan menghabiskan banyak masa kita. Soal cara, siapa betul, syaitan akan ambil kesempatan ini untuk memecahbelahkan kita. Sepadukan usaha dengan tolong- menolong pada perkara yang disepakati, berikan kemaafan, buka hati dan minda untuk menerima pandangan orang lain. Buangkan sifat ananiah atau perasaan ego, merasakan diri sendiri lebih baik dari oran lain dari sudut pekerjaan mahupun pandangan dari dalam diri kita. Keburukan keadaan orang yang kita seru, sosiobudaya, sosioekonomi, kepercayaan serta corak kehidupan mereka menyebabkan kita akan rasa tidak berdaya, lemah dan mati rasa. Akhirnya kita berhenti dan menjauhkan diri dari kerja dakwah dan menyeru mereka kepada kebaikan. Maka

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 06-Apr-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Tariqud Dakwah) Tidak Terpesong Dari Jalan Dakwah

 

1

TIDAK TERPESONG DARI JALAN DAKWAH 

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com

 

 )

Sudah menjadi keutamaan buat kita sebagai generasi pendakwah untuk memberikan

perhatian kepada tiga tugas utama kita. Pertama, menyediakan generasi Islam yang beriman,

pemuda yang menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka. Islam menjadi tanggungjawab serta

perbualan mereka. Kedua, bukan sekadar menyediakan generasi Islam bahkan generasi Islam yang

berusaha menegakkan sahsiah Islam bagi memadamkan kebatilan jauh dalam diri, keluarga dan

masyarakat. Ketiga, generasi Islam yang beriman tadi juga harus bersedia dan berani untuk

menegakkan kembali kebenaran syariah Islam.

Paling asasnya adalah menyediakan mukmin dengan tapak yang luas dan kukuh yang

berkeupayaan untuk menahan menara kegemilangan Islam dari taufan badai dan gegaran tohmahan

serta gangguan sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah. Ia seharusnya mestilah

bermula dari pembaikan diri kemudian keluarga dan berakhir dengan masyarakat yang didasari oleh

persaudaraan dan cinta-mencintai kerana Allah s.w.t.. Gangguan dan usaha pemesongan pasti akan

datang bersilih ganti dan menjadikan kita akan hanya tertumpu kepada perkara kecil dan cabang

bukan perkara pokok lagi. Kita fikirkan tentang siapa betul dan siapa salah di dalam rumah kita

sedangkan pada nasa yang sama musuh sudah mengepung kita dari luar rumah.

Maka anak muda, pendakwah muda, awasilah perkara-perkara ini iaitu, antara urusan

perbalahan kulliyah dan juziyyah. Perkara pokok kita adalah Islam, mengembalikan Islam yang

sahih, menegakkan syariat Allah s.w.t., undang-undang Islam serta daulah Islam. Melaksananya

mestilah melalui amal jamaie yang sistematik, terancang, ditambah dengan kekuatan dan

keberkatan sistem Syura serta beriltizam dengan syariat Islam. Begitu juga dari sudut berbeza

pendapat pada perkara cabang. Ini akan menghabiskan banyak masa kita. Soal cara, siapa betul,

syaitan akan ambil kesempatan ini untuk memecahbelahkan kita. Sepadukan usaha dengan tolong-

menolong pada perkara yang disepakati, berikan kemaafan, buka hati dan minda untuk menerima

pandangan orang lain. Buangkan sifat ananiah atau perasaan ego, merasakan diri sendiri lebih baik

dari oran lain dari sudut pekerjaan mahupun pandangan dari dalam diri kita.

Keburukan keadaan orang yang kita seru, sosiobudaya, sosioekonomi, kepercayaan serta

corak kehidupan mereka menyebabkan kita akan rasa tidak berdaya, lemah dan mati rasa. Akhirnya

kita berhenti dan menjauhkan diri dari kerja dakwah dan menyeru mereka kepada kebaikan. Maka

Page 2: (Tariqud Dakwah) Tidak Terpesong Dari Jalan Dakwah

 

akan lahirlah manusia atau pendakwah yang bersikap atas pagar apabila berlaku pertembungan

Islam dan jahiliyah moden. Berdoalah kepada Allah s.w.t. agar kita tidak diasingkan atau

mengasingkan diri daripada jamaah kerana hanya kambing yang terpisah daripada kawanannya akan

dengan mudah diterkam serigala.

Inilah sebahagian dari ciri putus asa dari kemenangan. Ia timbul dari jiwa yang lemah serta

tidak merasai kemuliaan sebagai seorang Muslim. Mereka telah memenuhkan hati dan fikiran

mereka dengan kebendaan sehingga melupakan kebenaran yang perlu ditegakkan dan;

³Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya)

menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhluk-Nya, kemudian banjir itu

membawa buih yang terapung-apung dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk 

dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu.

  Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah.

  Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang 

berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-

misal perbandingan.´ (Ar-Rad 13: 17). 

Mereka yang berfikiran kebendaan mempersoalkan bilangan yang sedikit serta upaya lemah

yang ada pada tika Nabi memulakan dakwah di rumah Al-Arqam abi Al-Arqam dengan dikerumuni

oleh mereka yang hebat materialnya, orang Yahudi, Quraisy, Romawi dan Parsi. Rasulullah s.a.w.

telah menjanjikan mereka dengan kegembiraan dengan sabdanya;

"  Allah pasti menyempurnakan urusan ini, memberi kemenangan kepada Islam, sehingga berjalanlah

 penunggang itu dari San 'a ke Hadhramaut, tidak ada yang ditakuti kecuali Allah dan serigala yang

akan memakan kambingnya, akan tetapi kamu terburu-buru, hendak mencapai kemenangan dengan

segera" .

³Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut 

mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka

(akan Yang demikian). Dia lah yang telah mengutus Rasul Nya (Muhammad s.a.w) dengan

membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya ia memenangkannya

dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak 

menyukainya.´ (As-Saff 61: 8-9).

Page 3: (Tariqud Dakwah) Tidak Terpesong Dari Jalan Dakwah

 

3

Meragui jalan dan meragu-ragukan mereka yang berjalan atas jalan dakwah dengan slogan-

slogan melemahkan serta cemuhan dan hinaan begitu juga ejekan yang merendahkan martabat

 jalan dakwah. Mereka akan terus membuat tuduhan dan menyebarkan fitnah serta gambaran salah

mengenai usaha dakwah yang dilakukan.

"  Dan barang siapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri.

 Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam."  (Al-

Ankabut 29: 6)

³Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti kamu dengan kaum yang lain, dan

mereka tidak akan seperti kamu."  (Muhammad 47: 38)

Lantaran itu, hai semua muslimin, adik-adik pendakwah, gabungkanlah diri mu dengan

angkatan dakwah Islam seperti ABIM supaya sentiasa disuburkan dengan semangat dan iltizam

untuk terus berdakwah dan berdepan dengan segala tohmahan dengan tenang dan aman. Janganlah

buang masa kerana kewajipan lebih banyak dari masa.