(tariqud dakwah) membina rumahtangga muslim

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 07-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Membina Rumahtangga Muslim

    1/7

    1

    MEMBINA RUMAH TANGGA MUSLIM

    Usrah Unit ABIM Selangor 21 September 2011 (Naqib Kamarul Azami bin Mohd Zaini)

    Marilah bersama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana setelah lama kita berusrah

    dan melalui proses tarbiah Ramadhan sehingga menyambut Syawal ini, Allah s.w.t. memanjangkan

    usia kita untuk terus berada di dalam usaha dakwah dan tarbiah. Dakwah kepada orang lain dan

    tarbiah diri kita sendiri. Maka, kewajipan kita untuk terus menerus memperbaiki diri kita usahlah kita

    hentikan, mari kita teruskan. Sebagaimana yang kita ketahui, memperbaiki diri serta menyeru orang

    lain adalah kewajipan manusia di dalam jalan dakwah ini.

    Selain keduanya, terdapat keperluan ketiga yang perlu difikirkan bersama iaitu pembinaan keluarga

    Muslim. Mengapa ia sangat perlu dan menjadi pilihan yang ketiga? Individu Muslim perlu menjadi

    contoh kepada orang lain di persekitarannya begitu juga dengan keluarganya, manakala keluarga

    Muslim ini pula penting yang akan menjadi tiang asas dalam membina masyarakat yang dikatakan

    sebagai masyarakat Muslim.

    Rumah tangga merupakan tempat melatih kader serta generasi baru dalam dunia dan kewajipan

    berdakwah ini. Ia akan mencorakkan serta membentuk peribadi anak-anak itu sendiri sebagaimana

    sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

    "Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya kejadian yang suci dan ibu bapanyalah yang

    menjadikannya Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi"

    Pemilihan

    Kita hari ini masih di dalam usaha untuk memperbaiki diri kita dan di dalam usaha ini, sebagai

    seorang Muslim yang berjuang menegakkan agama di dalam diri, adalah wajib untuk kita berusaha

    mencari isteri yang solehah manakala wajar pula bagi mereka (wanita) itu untuk mencari suami yang

    soleh. Pemilihan tersebut mestilah atas dasar ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Wanita itu mestilah

    beragama serta memahami tanggungjawabnya di dalam perjuangan dakwah ini bersama-sama

    suaminya. Dia itu mestilah menjadi pelengkap dalam hidup si suami, mendampingi dan membantu di

    kala tekanan menyerang serta sentiasa menjadi pendamai jiwa di kala suami di dalam keadaan

    gundah gulana.

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Membina Rumahtangga Muslim

    2/7

    2

    Semestinya, si isteri juga adalah penasihat serta teman setia di dalam keluarga. Dia juga harus

    memahami peranan suami di dalam usaha dakwahnya dan mampu mendidik dan membesarkan

    anak-anaknya walaupun ketiadaan suaminya. Ini telah dicontohkan oleh isteri seorang mujahid yang

    telah meninggalkan isterinya itu selama 30 tahun kerana tuntutan jihad yang telah membawanya ke

    Asia Tengah. Apabila suaminya pulang, suaminya amat bersyukur bahawa anak yang ditinggalkannya

    itu sudah menjadi alim yang terkenal di Madinah iaitu Rabiah al-Rayi atau al-Rabiah bin Farukh.

    Tambahan lagi, sebagai seorang pendakwah, haruslah kita melengkapkan diri kita dengan ilmu serta

    keyakinan yang mantap dalam soal akidah serta kehidupan seorang Muslim agar menjadi perhatian

    dan pilihan para isteri yang solehah untuk dijadikan suami mereka. Bermula dari sinilah kita akan

    dapat membina sebuah keluarga Islam yang mantap dan bersesuaian dengan perintah Rasulullah

    s.a.w. yang bermaksud;

    "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya dan pangkatnya,

    kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang

    beragama supaya kamu berbahagia"

    Beriltizam Dengan Batas-batas Islam

    Adalah menjadi keutamaan, setiap adab dan tingkah laku yang diterima syariat adalah sesuatu yang

    seharusnya ditekankan di dalam perhubungan di dalam pembangunan sebuah keluarga Muslim.

    Sebagaimana di dalam adat Melayu yang kita lalui dalam proses perkahwinan hari ini, maka ia

    dimulakan dari adat merisik, bertunang sehinggalah berlangsungnya perkahwinan, hantaran, wang

    hantaran, juga pilihan tempat dan persandingan yang direncanakan. Segalanya biarlah berpadanan

    dengan syariat dan memenuhi kehendak agama tetapi bukan atas dasar kemegahan dan sikap

    menunjuk-menunjuk dan berbesar hati kerana kemeriahan dan kemasyhurannya. Biarlah ia diredai

    dan berjalan dalam keadaan sesederhana.

    Kebahagiaan Rumah Tangga Yang Dicita-citakan

    Apabila pemilihan pasangan itu telah berlangsung berdasarkan syariah Islam, maka sempurnalah

    usaha pemilihan dan berserah dirilah kepada Allah s.w.t. Maka, masuklah kepada fasa pembangunan

    keluarga yang ke arah kesejahteraan, ketenteraman serta kebahagiaan yang dicari sebagai seorang

    Muslim. Kebahagiaan itu bukanlah hasil dari luar diri. Bukan dari kekayaan, harta benda, rumah,

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Membina Rumahtangga Muslim

    3/7

    3

    kereta atau sebagainya. Bahkan ia harus lahir dari dalam diri kita iaitu dari sifat ketakwaan kita

    kepada Allah s.w.t.

    Yakinilah bahawa Allahlah yang mendatangkan kebahagiaan serta yang memberikan kegembiraan

    kepada kita. Sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran surah Ar-Rum ayat 21;

    Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya,

    bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,

    supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu

    (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu

    mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang

    berfikir.(Ar-Rum 30: 21)

    Kebahagiaan bukan bergantung kepada banyaknya harta, tetapi ketinggian takwa kita kepada Allah

    s.w.t.

    Perkahwinan Itu Ibadat

    Pasti dan kita semua telah maklumi bahawa, antara tugas kita di dunia adalah beribadah kepada

    Allah s.w.t.. Maka kita sepatutnya menjadikan setiap saat dan masa hidup kita ini adalah kembali

    beribadah kepada Allah s.w.t.. Ini bermakna, termasuklah perkahwinan kita itu sendiri. Perkahwinan

    seharusnya menghampirkan kita kepada Allah s.w.t. Oleh yang demikian, untuk menjadikan

    perkahwinan itu sebagai ibadah, maka ia perlu diuruskan berdasarkan hukum syariat yang telah

    ditentukan agama.

    Berkasih sayang, tolong-menolong dalam perkara kebaikan serta melakukan perintah Allah s.w.t.

    bersama-sama sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;

    "Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia

    sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk

    bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada

    wanita yang bangun di tengah malam itu lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka

    jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya"(Riwayat Abu Daud)

    Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Membina Rumahtangga Muslim

    4/7

    4

    Sebarang usaha untuk mengekalkan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup berumah tangga, maka

    perlu juga bagi pasangan suami dan isteri untuk saling percaya mempercayai antara satu sama lain.

    Usahlah kita datangkan sebarang pra-sangka atau syak yang bukan-bukan. Meyakini dan

    menghormati hak suami atau isteri di dalam waktu terang atau rahsia, waktu tersembunyi dan

    terlihat adalah menjadi keutamaan di dalam menjaga keharmonian keluarga.

    Ingatlah bahawa syaitan dan iblis itu akan sentiasa mencari jalan untuk memisahkan dan

    menjarakkan hubungan antara suami dan isteri. Mereka akan mendatang syak serta pemikiran buruk

    terhadap perilaku suami atau isteri. Oleh yang demikian, berlaku adillah serta jujur dengan pasangan

    kita itu.

    Perkahwinan Sebagai Organisasi Yang Dipimpin Oleh Suami

    Keluarga yang diidamkan adalah keluarga yang dibina atas dasar ketakwaan dan kerendahan hati.

    Atas dasar tolong-menolong dan saling melengkapi serta dipenuhi dengan cara hidup yang

    diinginkan oleh agama. Keluarga itu dipimpin oleh suami atau ayah yang mengutamakan agama di

    dalam kehidupannya juga keluarganya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Baqarah ayat 228;

    Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri

    mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka

    menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan

    rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami

    mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika

    suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti

    kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak

    dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat

    kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha

    Bijaksana.(Al-Baqarah 2: 228)

    Firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nisa ayat 34;

    Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawalyang bertanggungjawab terhadap

    kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa

    keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Membina Rumahtangga Muslim

    5/7

    5

    membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan

    yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan

    dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan

    pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang

    melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka

    berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah

    mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada

    kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya

    Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.(An-Nisa 4: 34)

    Apabila kepimpinan ini benar dan meyakini sesuatu yang benar, maka keluarga yang dipimpin suami

    itu pasti akan melalui proses kebahagiaannya. Sebagaimana yang telah ditonjolkan oleh Rasulullah

    s.a.w. sendiri walau menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan, tetapi rahsia

    kasih sayang Allah s.w.t. itu terbukti dan tidak ada keluarga yang lebih berbahagia jika dibandingkan

    dengan keluarga Rasulullah s.a.w.

    Perkahwinan Adalah Amanah Dan Tanggungjawab

    Suami dan isteri wajib mengetahui dan memahami bahawa perkahwinan itu adalah satu bebanan

    amanah serta tanggungjawab. Firman Allah s.w.t. di dalam surah At-Tahrim ayat 6;

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari

    neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal

    oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah

    dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala

    yang diperintahkan.(At-Tahrim 66: 6)

    Sabda Rasulullah s.a.w.;

    "Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang

    paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya"

    Rumah Tangga Muslim Adalah Satu Risalah

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Membina Rumahtangga Muslim

    6/7

    6

    Sebagaimana kita mahu kesempurnaan dan kebenaran perlaksanaan Islam di dalam masyarakat

    persekitaran kita, begitu jugalah dengan kepentingan untuk menegakkan Islam di dalam keluarga

    kita. Kita pasti ingin melihat setiap individu di dalam keluarga kita memperlihatkan kehidupan Islam

    mereka. Baik dari segi hiburannya, tutur kata yang dilontarkan kepada ahli keluarganya, usaha dan

    peranan ibu dan bapa dalam membesarkan anak-anak mereka, dan perkara ini sebenarnya telah pun

    diselewengkan oleh musuh-musuh Islam.

    Bukan itu setakat itu sahaja, penyelewengan itu hampir berlaku di segenap ruang hidup kita yang

    akhirnya menjauhkan ahli keluarga kita dari cara hidup Islam yang diidamkan. Oleh itu, kita sentiasa

    mengharapkan agar setiap peribadi ahli keluarga kita beramal dengan Islam sehinggakan ia juga

    terserlah melalui pergaulan dengan jiran tetangga, orang gaji mahupun dengan apa sahaja amanah

    dan tugasan yang dipikulkan kepada mereka. Bahaya ini harus ditangani dari awal supaya budaya

    keluarga kita itu dapat dibentuk dari awal.

    Hasilnya, kita dan juga ahli keluarga kita, pasti akan dapat memenuhi dan menjaga amanah keluarga,

    rakan juga hak-hak saudara mereka pada setiap masa dan di mana sahaja. Tidaklah kita gusar akan

    pergaulan anak-anak yang terlalu sosial, pendedahan yang dapat memberikan kesan buruk dalam

    hidup mereka seperti budaya hedonisme, black metal dan sebagainya. Bahkan mereka, kita

    harapkan akan dapat menjadi contoh kepada sesiapa yang melihat mereka, dari sudut pergaulan,berpakaian serta penampilan peribadi mereka.

    Rumah Tangga Muslim Sebagai Markas Memancarkan Cahaya

    Letakkanlah seluruh tenaga, ilmu dan masa serta peluang membina keluarga ini untuk menjadikan

    keluarga kita sebagai pusat dakwah Islam. Menjadikan ahli keluarga sebagai pendakwah dan

    menyebarkan dakwah kepada mereka yang hampir kepada kita baik jiran mahupun rakan. Oleh itu,

    kita juga perlu dan pada hari ini, kita masih amat memerlukan isteri-isteri yang juga menyeru ke arah

    risalah Allah s.w.t. kerana hari ini, wanita-wanita Islam kita telah dibonekan oleh musuh-musuh

    Islam. Tidak ramai di kalangan cendekiawan Islam ini, khususnya wanita yang dapat dijadikan

    pemangkin dan contoh di dalam pembangunan keluarga Islam.

    Berpunca dari sinilah, kita akan dapat menjadikan rumah kita sebagai contoh dan panduan buat

    mereka yang memerlukan bantuan atau tersesat. Jika banyaknya rumah-rumah sebegini, pasti

    penduduk setempat merasai perubahan dalam amalan hidup mereka. Maka saudara, bangunkanlah

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Membina Rumahtangga Muslim

    7/7

    7

    keluarga yang Islam secara keseluruhannya demi masa depan kehidupan kita yang gemilang di

    akhirat.