tarikh : 12 november 2013 tempat : bilik seminar blok h 4 masa : 12.30 – 1.30 petang

11
TARIKH : 12 NOVEMBER 2013 TEMPAT : BILIK SEMINAR BLOK H 4 MASA : 12.30 – 1.30 PETANG BIL PERKARA TINDAKAN 1 1.1 Hadirin mengambil tempat duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah Semua Exco 2 2.1 Pengarah Program Gema Amal Insan (GAIN), Saudara Abdul Hafiz memulakan majlis dengan menerangkan serba sedikit tentang Program GAIN yang dirancang. 2.2 Mesyuarat diteruskan dengan pembahagian subprogram bagi program induk GAIN. Antaranya ialah Larian Amal Run To Gain, Sou You Got The Talent dan Khidmat Masyarakat. 2.3 Bagi setiap subprogram, terdapat 10 organisasi merangkap exco dalam menjayakannya. Antara exco yang dipilih ialah Exco Program, Exco Protokol, Exco Teknikal, Exco Publisiti, Exco Jamuan, Exco Kebersihan, Kecemasan dan Keselamatan, Exco Tugas-tugas Khas, Ecxo Pemasaran, Exco Perhubungan dan Exco Cenderamata 2.4 Pengarah GAIN kemudiannya memperkenalkan barisan exco bagi setiap subprogram yang telah dipilih kepada pemantau-pemantau dari kalangan Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFAR). Antara yang hadir ialah Pengarah GAIN dan Pemantau PMFFAR

Upload: king

Post on 24-Feb-2016

50 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tarikh : 12 November 2013 Tempat : Bilik Seminar Blok H 4 Masa : 12.30 – 1.30 petang. Tarikh : 15 November 2014 Tempat : Bilik Seminar Blok H 4 Masa : 12.30 – 1.30 petang. Tarikh : 21 November 2013 Tempat : Bilik Seminar Blok H 4 Masa : 12.30 – 1.30 petang. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Tarikh : 12 November 2013 Tempat :  Bilik  Seminar Blok H 4 Masa :  12.30  – 1.30  petang

TARIKH : 12 NOVEMBER 2013TEMPAT : BILIK SEMINAR BLOK H 4MASA : 12.30 – 1.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN1 1.1

Hadirin mengambil tempat duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah Semua Exco

2 2.1Pengarah Program Gema Amal Insan (GAIN), Saudara Abdul Hafiz memulakan majlis dengan menerangkan serba sedikit tentang Program GAIN yang dirancang. 2.2Mesyuarat diteruskan dengan pembahagian subprogram bagi program induk GAIN. Antaranya ialah Larian Amal Run To Gain, Sou You Got The Talent dan Khidmat Masyarakat. 2.3Bagi setiap subprogram, terdapat 10 organisasi merangkap exco dalam menjayakannya. Antara exco yang dipilih ialah Exco Program, Exco Protokol, Exco Teknikal, Exco Publisiti, Exco Jamuan, Exco Kebersihan, Kecemasan dan Keselamatan, Exco Tugas-tugas Khas, Ecxo Pemasaran, Exco Perhubungan dan Exco Cenderamata 2.4Pengarah GAIN kemudiannya memperkenalkan barisan exco bagi setiap subprogram yang telah dipilih kepada pemantau-pemantau dari kalangan Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFAR). Antara yang hadir ialah Mohamad Akmal Bin Harun, Nur Nadiana Binti Adnan, Norliani Binti Zulkifli, Siti Zubaidah Binti Hassan, Afif Ashraf Bin Sohori dan Ahmad Hanafi bin Adnan. 2.5Pemantau bagi setiap subprogram dari PMFFAR menyenaraikan dan menjelaskan bidang tugas bagi setiap exco.

 Pengarah GAIN dan Pemantau PMFFAR                      

Page 2: Tarikh : 12 November 2013 Tempat :  Bilik  Seminar Blok H 4 Masa :  12.30  – 1.30  petang

TARIKH : 15 NOVEMBER 2014TEMPAT : BILIK SEMINAR BLOK H 4MASA : 12.30 – 1.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN1 1.1

Hadirin mengambil tempat duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah

 Semua Exco

2 2.1Pengarah GAIN, Saudara Abdul Hafiz memulakan mesyuarat dengan menyatakan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mengemaskinikan segala idea dan cadangan penambahbaikan bagi setiap subprogram sebelum dibentangkan kepada pemantau dari kalangan pensyarah, Dr. Mohd. Hanif Zulfakar.

 Semua Exco

3 3.1Majlis disudahi dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr. Hadirin bersurai.

 Semua Exco

Page 3: Tarikh : 12 November 2013 Tempat :  Bilik  Seminar Blok H 4 Masa :  12.30  – 1.30  petang

TARIKH : 21 NOVEMBER 2013TEMPAT : BILIK SEMINAR BLOK H 4MASA : 12.30 – 1.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN

1 1.1Hadirin mengambil tempat duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah

 Semua Exco

2 2.1Pengarah GAIN, Saudara Abdul Hafiz, memulakan majlis dengan memperkenalkan barisan Majlis Tertinggi dan juga semua Exco bagi setiap subprogram kepada Pensyarah Pemantau, Dr. Mohd. Hanif. 2.2Mesyuarat diteruskan dengan Exco Program bagi setiap subprogram membentangkan pengenalan dan cadangan subprogram yang dirancang sepanjang GAIN berlangsung dan juga gerak kerja yang telah berjalan.a. Larian Amal Run To Gainb. So You Think You Got The Talentc. Khidmat Masyarakat

 Pengarah dan Exco Program

3 3.1Setiausaha 1 GAIN, Saudari Liyana Izzati menyerahkan Kertas Kerja Gema Amal Insan kepada Dr. Hanif untuk disemak sebelum dihantar ke JPPEL. 3.2Yang DiPertua PMFFAR, Saudara Muhammad Akmal memberikan komen berdasarkan pembentangan idea dan cadangan subprogram yang dicadangkan 3.3Pensyarah Pemantau, Dr. Mohd Hanif memberikan pandangan beliau mengenai setiap subprogram yang dirancang sepanjang program berlangsung.

 Setiausaha 1, Yang DiPertua PMFFAR dan Pensyarah Pemantau

4 4.1Majlis disudahi dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr. Hadirin bersurai.

 Semua Exco

Page 4: Tarikh : 12 November 2013 Tempat :  Bilik  Seminar Blok H 4 Masa :  12.30  – 1.30  petang

TARIKH : 13 JANUARI 2014TEMPAT : SURAU D, KOLEJ TUN SYED NASIR 1MASA : 5.00 – 6.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN1 1.1

Hadirin mengambil tempat duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah Semua Exco

2 2.1Pengarah GAIN, Saudara Abdul Hafiz memulakan majlis dengan menyatakan tujuan mesyuarat diadakan walaupun masih di dalam minggu peperiksaan. Mesyuarat diadakan untuk mengetahui perkembangan terkini gerak kerja setiap subprogram sebelum semua exco pulang bercuti. 2.2Kesemua exco bagi setiap subprogram membentangkan gerak kerja terkini untuk pengetahuan umum. 2.3Timbalan Pengarah 1, Uswatun Husna membahagikan dan mengingatkan tugas-tugas yang harus diselesaikan oleh exco-exco yang dipertanggungjawabkan sebelum mesyuarat berakhir.

 Pengarah GAIN, Timbalan Pengarah 1 dan Semua Exco

3 3.1Majlis disudahi dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr. Hadirin bersurai.

 Semua Exco

Page 5: Tarikh : 12 November 2013 Tempat :  Bilik  Seminar Blok H 4 Masa :  12.30  – 1.30  petang

TARIKH : 7 MAC 2014TEMPAT : SURAU D, KOLEJ TUN SYED NASIR 1.MASA : 12.30 TENGAH HARI – 1.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN1. 1.1

Majlis dimulakan dengan bacaan doa 1.2 Ucapan pembukaan majlis dari timbalan pengarah Uswatun Husna binti Abdul Rahman. Semua exco Run to Gain diminta untuk membentangkan gerak kerja masing-masing. 

Timbalan Pengarah Program

2. 2.1 Timbalan pengarah memulakan mesyuarat dengan meminta pandangan daripada exco khidmat masyarakat mengenai cadangan aktiviti untuk dijalankan semasa program.Cadangan yang telah diberikan untuk ‘indoor activity’ bersama-sama penghuni rumah ialah pertandingan mewarna, membuat kad dan membuat persembahan. 2.2Bagi `outdoor activity` antaranya ialah mini explorace, gotong royong dan permainan tradisional. 2.4Exco perhubungan akan memilih dan menentukan tempat yang bersesuaian untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat. 2.5Exco tugas-tugas khas diberi usul untuk membuat tempahan baju khas untuk program khidmat masyarakat.  2.6Exco pemasaran akan mula mencari dana bagi menampung kos-kos yang diperlukan untuk program ini. 2.7Exco persembahan akan menentukan dan memilih beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan daya keyakinan anak-anak penghuni rumah tersebut. 

Semua exco Run To Gain yang terlibat

3. 3.1Majlis diakhiri dengan ucapan dan bacaan doa.

Semua exco

Page 6: Tarikh : 12 November 2013 Tempat :  Bilik  Seminar Blok H 4 Masa :  12.30  – 1.30  petang

TARIKH : 10/3/2014TEMPAT : SURAU D, KOLEJ TUN SYED NASIR 1.MASA : 12 TENGAH HARI - 1.00 PETANG

BIL PERKARA1. 1.1

Majlis dimulakan dengan bacaan doa. 1.2 Majlis diteruskan dengan pembentangan dari setiap exco Khidmat Masyarakat mengenai gerak kerja mereka. 

2. 2.1Exco program sedang menyiapkan tentatif program yang telah ditetapkan semasa dalam mesyuarat. 2.2Exco protokol akan menulis surat jemputan khas untuk pensyarah pemantau dan borang jawapan untuk menghadiri program. 2.3Exco publisti diminta untuk mengajak artis terkenal menyiarkan poster khidmat masyarakat terutamanya di laman sosial. Mereka juga diminta untuk mengedarkan `flyers` untuk mempromosikan aktiviti sumbangan berbentuk barangan. 2.4Exco perhubungan diminta untuk memberikan kata putus berhubung tempat untuk melakukan aktiviti dan menempah borang untuk pengangkutan bas. 2.5Exco 3K akan menempah `first aid kit` dan ditugaskan untuk menjaga kebersihan tempat setelah program berakhir.  

           3.

2.6Exco cenderamata akan membuat ‘pre-survey’ mengenai harga-harga hadiah seperti buah-buahan. Mereka juga akan menentukan protokol untuk pemberian dan penerimaan hadiah. 2.7Exco pemasaran bercadang untuk mengutip derma bagi mengumpul dana dan mendapatkan tajaan daripada syarikat CCM. Mereka juga akan membuat jualan ‘ROTI BOY’ kepada pelajar-pelajar di kolej dan di fakulti. 3.1Majlis diakhiri dengan ucapan dan bacaan doa.

Page 7: Tarikh : 12 November 2013 Tempat :  Bilik  Seminar Blok H 4 Masa :  12.30  – 1.30  petang

TARIKH : 20 MAC 2014TEMPAT : BILIK SEMINAR BLOK H 4.MASA :12.30 – 1.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN1 1.1

Hadirin mengambil tempat duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah Semua Exco 

2 2.1Pengarah GAIN, Saudara Abdul Hafiz memulakan majlis dengan menyatakan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membentangkan gerak kerja terkini subprogram Malam Citra Seni dan Khidmat Masyarakat yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. 2.2Exco Program bagi subprogram Malam Citra Seni, Sauadari Nantina dan Tan Zhi Chao membentangkan gerak kerja terkini kesemua exco yang terlibat. Setelah itu, mereke bardua menyenaraikan bidang kerja yang perlu dijalankan oleh kesemua organisasi induk pada hari persiapan dan hari kejadian. 2.3Seterusnya, Exco Program badi subprogram Khidmat Masyarakat, Saudari Safurah dan Zanura membentangkan pula gerak kerja terkini kesemua exco yang diletakkan ddi bawah subprogram ini.  2.4Saudari Safurah mengumumkan senarai pendek exco yang akan bersama-sama pergi ke Rumah Kasih Nurul Hasanah memandangkan keadaan rumah tersebut yang hanya mampu menampung kehadiran sebilangan kecil dari organisasi induk. 2.5Pensyarah Pemantau, Dr. Hanif memberikan ucapan dengan mengingatkan kepada semua exco agar bersiap sedia dengan sebarang masalah yang dihadapi ketika hari kejadian.

 Pengarah GAIN, Exco Program dan Pensyarah Pemantau

3 3.1Majlis disudahi dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr. Hadirin bersurai.

 Semua Exco

Page 8: Tarikh : 12 November 2013 Tempat :  Bilik  Seminar Blok H 4 Masa :  12.30  – 1.30  petang

TARIKH : 21 MAC 2014TEMPAT : BILIK SEMINAR BLOK H 4.MASA : 12.30 TENGAH HARI – 1.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN1. 1.1

Majlis mengalu-alukan kedatangan Dr Mohd Hanif bin Zulfakar. 1.2Majlis dimulakan dengan bacaan doa. 1.3Majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengarah program, Abdul Hafiz bin Zakaria. 

Pengarah Program

2. 2.1Majlis menjemput exco program untuk membentangkan gerak kerja daripada exco-exco khidmat masyarakat. 2.2Exco program telah menyediakan tentatif program dan telah menetapkan aktiviti yang bakal dilakukan ; ‘ice-breaking’, slot kreativiti, dan slot motivasi. 2.3Exco jamuan akan menyediakan jamuan dan air sepanjang program berlangsung, dan menetapkan harga makanan yang perlu dibayar oleh setiap exco.

Semua exco Run To Gain yang terlibat

Page 9: Tarikh : 12 November 2013 Tempat :  Bilik  Seminar Blok H 4 Masa :  12.30  – 1.30  petang

Bil Perkara Tindakan

2 2.4Exco cenderamata akan menyediakan buah epal untuk diberikan kepada VIP dan barangan untuk anak-anak penghuni rumah tersebut berupa ‘goodies bag’. 2.5Exco perhubungan telah mendapatkan maklumat mengenai rumah pusat penjagaan yang berkaitan dengan alamat rumah umur anak-anak penghuni rumah dan jumlah exco yang dapat hadir dalam satu-satu masa. 2.6Exco publisiti telah siap mereka beberapa rekaan poster. Mereka juga akan mengumpulkan beberapa sumbangan berbentuk barangan daripada pelajar kolej untuk diberikan kepada anak-anak penghuni rumah.  2.7Dr Mohd Hanif memberikan sedikit ulasan dan komen mengenai gerak kerja yang telah dilakukan.

3 3.1Majlis diakhir dengan bacaan doa.

Semua exco

Page 10: Tarikh : 12 November 2013 Tempat :  Bilik  Seminar Blok H 4 Masa :  12.30  – 1.30  petang

TARIKH : 23 MAC 2014TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA KOLEJ TUN SYED NASIR 1.MASA : 5.00 – 6.15 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN

1 1.1Hadirin mengambil tempat duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah

 Semua Exco

2 2.1Pengarah GAIN, Saudara Abdul Hafiz mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua exco yang terlibat dalam subprogram Khidmat Masyarakat. 2.2Mesyuarat diteruskan dengan semua exco Khidmat Masyarakat menganalisis setiap gerak kerja yang dijalankan. 2.3Beberapa isu yang melibatkan subprogram Khidmat Masyarakat dibincangkan. Antaranta :i. Exco Program memohon maaf kerana beliau tidak mengemaskini mengenai kehadiran

warga GAIN pada hari ini sehari sebelumnya menyebabkan kelewatan pergerakan kanak-kanak di rumah kebajikan untuk melibatkan diri dalam program.

ii. Exco Program menyatakan ketiadaan air di kawasan perumahan itu secara mengejut menyebabkan aktiviti sepanjang program berlangsung agak terbatas.

iii. Exco Keselamatan dan Kecemasan menyatakan rasa terkilan kepada pengurusan rumah kebajikan kerana tiada wakil bersama-sama dengan semua exco sepanjang program dijalankan kecuali hanya pada majlis penutup.

 2.4Pemantau dari PMFFAR bagi subprogram Khidmat Masyarakat, Saudari Norliani dan Zubaidah yang turut menyertai program ini menyatakan ucapan tahniah dan mengutarakan pandangan mereka mengenai perjalanan program pada hari ini.

 Semua Exco

3 3.1Majlis disudahi dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr. Hadirin bersurai.

 Semua Exco

Page 11: Tarikh : 12 November 2013 Tempat :  Bilik  Seminar Blok H 4 Masa :  12.30  – 1.30  petang

Sekian terima kasih