taran um

8
Al-Quran Assalamualaikum..sedara2 sedari2..ni merupakan kupasan muka surat tentang suatu ilmu mukjizat teragung..bersama-sama kita kongsikan..:-) 1. PENGERTIAN TARANNUM Taranum ialah suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya melalui proses nada,rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keunikan seni bacaan Al-Quran. 2. STATUS TARANNUM BIL QURAN SEBAGAI SATU BIDANG ILMU Tarannum bil Quran adalah suatu ilmu yang digabungkan dengan kemahiran. Ia bukanlah satu kemahiran tanpa ilmu. Jika tarannum bil Quran hanya dianggap sebagai suatu kemahiran semata-mata, ia akan dianggap sebagai suatu yg remeh temeh dan tidak ada kesungguhan dalam usaha mempelajarinya. Oleh itu seseorang Qari hanya belajar secara berkala bagi memenuhi tuntutan majlis tilawah Al-Quran sahaja. Jika hal ini berterusan, ilmu tarannum tidak akan berkembang seiring dengan kemajuan ilmu-ilmu yang lain. Walau bagaimanapun, perkembangan tarannum sebagai suatu ilmu dan kemahiran tidak boleh terkeluar daripada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda baginda :

Upload: amirwan2222

Post on 09-Nov-2015

243 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

xccx

TRANSCRIPT

Al-QuranAssalamualaikum..sedara2 sedari2..ni merupakan kupasan muka surat tentang suatu ilmu mukjizat teragung..bersama-sama kita kongsikan..:-)

1. PENGERTIAN TARANNUMTaranum ialah suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya melalui proses nada,rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keunikan seni bacaan Al-Quran.

2.STATUS TARANNUM BIL QURAN SEBAGAI SATU BIDANG ILMUTarannum bil Quran adalah suatu ilmu yang digabungkan dengan kemahiran. Ia bukanlah satu kemahiran tanpa ilmu. Jika tarannum bil Quran hanya dianggap sebagai suatu kemahiran semata-mata, ia akan dianggap sebagai suatu yg remeh temeh dan tidak ada kesungguhan dalam usaha mempelajarinya. Oleh itu seseorang Qari hanya belajar secara berkala bagi memenuhi tuntutan majlis tilawah Al-Quran sahaja. Jika hal ini berterusan, ilmu tarannum tidak akan berkembang seiring dengan kemajuan ilmu-ilmu yang lain. Walau bagaimanapun, perkembangan tarannum sebagai suatu ilmu dan kemahiran tidak boleh terkeluar daripada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda baginda :

Ertinya : Bacalah Al-Quran dengan Lahn Arab dan suaranya.

Mafhum daripada hadis ini bahawa garis panduan dalam tilawah Al-Quran semestinya berada dalam lingkungan lahjah dan suara kearaban.

3.DALIL-DALIL DIPERINTAHKAN MEMBACA AL-QURAN SECARA BERTARANNUM Ertinya : Hendaklah kamu mempelajari kitab Allah (Al-Quran) dan ceriakanlah serta perelokkanlah lagu bacaannya.(hadis Riwayat Muslim) Ertinya : Bukanlah dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan bacaan Al-Quran.(Hadis Riwayat Bukhari)

4. FALSAFAH TARANNUM BIL QURAN

Melagukan bacaan Al-Quran adalah suatu usaha ke arah pencapaian amalan membaca Al-Quran yang bernilai tinggi bagi menghubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah s.w.t. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya merupakan suatuPENYELEWENGAN.Untuk memberi penghormatan kepada status Al-Quran sebagai wahyu Allah yang paling agung. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "diturunkan Al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan."(HR Muslim)Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap ayat-ayat Al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan Al-Quran itu boleh menambahkan kekhusyukan dan keinsafan..."(Surah Al-Isra' : 109)Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan apabila Al-Quran dibaca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah..(Surah Al-A'raf : 204)Untuk menambah keunikan seni bacaan Al-Quran : Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Hiasilah Al-Quran dengan suaramu yang baik kerana membaca Al-Quran dengan suara yang merdu itu menambahkan lagi keindahan Al-Quran.(HR Hakim)

5. SEJARAH TARANNUM BIL QURANBerdasarkan beberapa hadith Sahih , menjelaskan bahawa Tarannum bil Quran ni bermula sejak peristiwa Nuzul Quran di Gua Hira' pada tahun 610 Masihi ketika Rasulullah s.a.w menerima wahyu pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-Alaq. Baginda menerima ayat-ayat tersebut dan membacanya dengan elok dan cantik serta menyuruh para sahabat membacanya secarabertarannum,bertazyindanbertahsin. Seterusnya para sahabat seperti Abdullah Ibn Mas'ud ra,Ubai bin Kaab ra,Salim Maula ra,Abu Huzaifah ra,dan Abu Musa Al-Asya'ari ra telah menyebar luaskan pengajaran Al-Quran secara sedemikian kepada para Tabi'in..

Aktiviti ini diteruskan lagi oleh para Tabi'in seperti 'Alqamah bin Qais r.ah,Abdullah bin Al-Saib r.ah di mekah,Abu Abdul Rahman Al-Sumali di Kufah,Abdullah bin Iyasy r.ah dan lain-lain lagi. Dalam kalangan Tabi' Tabi'in lahir beberapa tokoh AL-Quran seperti Umar bin Abdul Aziz,Imam Muhammad bin Idris As-Syafie(imam syafie)..imam-imam Qiraat, guru-guru Al-Quran, Qari-Qariah yang muktabar hingga kini..Ini merupakan contoh bacaan bertarannum...(Johan Tilawah Antarabangsa 2003)

6. PENGERTIAN BEBERAPA ISTILAH DALAM ILMU TARANNUM

Qita'ah :Pengertian : Satu rentak atau gerak tarannum yang paling pendek tanpa mahattah yang tertentu.

Pembahagian Qita'ah :Qita'ah yang diwaqafkan mengikut kehendak kalimah atau ayatQita'ah yang diwasalkan kepada beberapa kalimah atau ayat-ayat sehingga kepada mahattahnya yang sempurnaPeranan Qit'ah :Sebagai daya penghidup bacaanSebagai daya penggerak bacaanMembawa penekanan jiwa yang meyakinkanMemberi keselesaan kepada pembaca Al-QuranMemberi penyesuaian kepada kalimah atau ayat tertentuMahattah :Pengertian : Satu bentuk atau gaya penghujung kepada sesuatu alunan tarannum

Peranan mahattah :Untuk menyempurnakan setiap harakat tarannum atau getaran suaraBurdah :Pengertian : Bunga-bunga atau renik-renik tarannum atau getaran suara

Pembahagian Burdah :Burdah asli: Getaran suara semulajadiBurdah Shun'a-ie : Getaran (bunga-bunga) suara yang digubah dan disusun mengikut irama tarannumPeranan Burdah :Menjadi daya penggerak bacaanMenjadi penghias bacaan yang berseniMenjadi daya penarik sesuatu bacaan Al-QuranMenjadi daya rangsangan yang bersemangat kepada pembaca atau pendengarWuslah Al-Mumathalah :Pengertian : Kombinasi dua atau lebih irama tarannum yang berlainan atau suatu teknik memindahkan dua atau lebih harakat tarannum yang berbeza dalam satu bacaanPeranan Wuslah Al-Mumathalah :Menambahkan lagi keunikan / keindahan sesuatu harakat tarannum untuk menghidupkan semula mana-mana harakat tarannum yang kaku atau lesuContoh bacaan wuslah (campuran dua tarannum)http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hmQEpA6HPZE

Salalim :Pengertian : Gaya kawalan suara bacaan untuk menambah keindahan Al-QuranPembahagian Salalim :Salalim Su'ud : Gaya menaikkan tabaqat(peringkat) suara bacaan sedikit demi sedikitSalalim Nuzul : Gaya menurunkan tabaqat (peringkat) suara bacaan sedikit demi sedikitPeranan Salalim :Untuk melahirkan keindahan bertarannumUntuk melahirkan kemukjizatan ayat-ayat Al-QuranSupaya mesej-mesej sesuatu ayat dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan

Ikhtilal Al-Lahn :Pengertian : Suaran sumbang yang disengajakan mengikut irama dan tabaqat (peringkat) yang tertentuPembahagian Ikhtilal Al-LahnMenaik : Gaya sumbang sengaja yang bergerak secara menaikMenurun : Gaya sumbang sengaja yang bergerak secara menurunPeranan Ikhtilal Al-Lahn :Melahirkan 'Zauq' bacaan Al-QuranMenjadi daya penarik bagi sesuatu bacaanMempelbagaikan persembahan tarannum7. KATEGORI-KATEGORI TARANNUM BIL QURANKategori Lembut : Jaharkah , 'Iraqi, Nahawand dan Soba'Kategori Sederhana Lembut : Bayyati, Husaini , Rast, Sikah ,'Usyad dan SyuriKategori Hangat & Keras : 'Ajami , Hijjaz dan Kurdi

8. PEMBAHAGIAN HARAKAT DALAM TARANNUM BIL QURANSatu pertiga daripada harakatnya untuk melendikkan persembahanSatu pertiga daripada harakatnya untuk menghangatkan persembahanSatu pertiga daripada harakatnya untuk mencanggihkan persembahan

9. CIRI-CIRI PERSEMBAHAN TARANNUM YANG BAIKUntuk menghasilkan persembahan yang baik perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut :Bersesuaian tarannum dengan ayatSusunan tarannumnya rapi dan sesuaiSusunan harakatnyaa rapi dan bersistematikBersesuaian tarannum dengan hukum tajwidBersesuaian suara dengan tarannum dengan harakatPengendalian suara dan tarannumnya dengan lahjah arab

10. CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN SESUATU HARAKAT TARANNUM