tanda awal penyakit buah pinggang
DESCRIPTION
Menerangkan tentang tanda-tanda awal penyakit buah pingganngTRANSCRIPT
TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG
RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani
pemeriksaankesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan
masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk
mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam. Sikap suka
meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani
pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.
Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu
mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.Namun,
itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh
menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit
sampai ke tahap serius.
Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil
masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda
perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda
mengalami tanda seperti:
Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
Darah keluar bersama-sama air kencing.
Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
Sakit belakang.
Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
Bengkak pada pergelangan kaki.
Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah
pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia
petanda penting kepada masalah buah pinggang.
1
Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun
dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan
golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.
Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air
berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh
menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak
dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula
sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!
Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat
mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit
saja.Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum
halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat
pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan
kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.
Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai
sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi,
kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.
Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama
kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada
mesin dialisis darah sepanjang hayat.
Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa
darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein,
pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal
kegagalan buah pinggang.
2
Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita
dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada
penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.
Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling
ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda
berumur 30 tahun.Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan
berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.
Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan
anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.Jika anda
turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk
mengubahnya.Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat
pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:
Pemakanan seimbang.
Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
Berhenti merokok.
Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang
tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
Kekalkan berat badan seimbang.
Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
3