panduan perubatan buah pinggang

10
BAHAGIAN SARAAN No. Siri : BS 3/4 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG) “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

Upload: nguyenhuong

Post on 19-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN SARAAN

No. Siri : BS 3/4No. Fail : JPA(BKP)548/1/12Pindaan : 00/2009

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH

PINGGANG)

“JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

JPA

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH

PINGGANG)

Kata-kata AluanKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan meningkatkan keupayaan organisasi.

Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa. Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui kebiasaan.

Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI ISMAIL ADAM)

1

PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG)

1. PERATURAN

1.1 Perbelanjaan bagi rawatan penyakit buah pinggang seperti Hemodialisis dan Continuois Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) di luar hospital Kerajaan boleh dipertimbangkan dengan syarat pesakit diperaku oleh Pakar Nefrologi Kerajaan memerlukan rawatan berkenaan dan disahkan kemudahan rawatan tersebut tidak dapat disediakan oleh hospital Kerajaan.

1.2 Perbelanjaan untuk rawatan Hemodialisis di hospital / klinik swasta terhad kepada kos rawatan sebenar tertakluk kepada had maksimum tidak melebihi RM200.00 setiap rawatan. Sebarang ubat, alat atau ujian lain yang diperolehi di hospital /klinik

swasta berkenaan yang kemudahannya boleh diperolehi di hospital Kerajaan tidak dipertimbangkan.

2

1.3 Perbelanjaan bagi rawatan di hospital / klinik swasta sebelum tarikh mendaftar dan disahkan mengidap penyakit ‘End Stage Renal Failure’ di hospital Kerajaan tidak dipertimbangkan.

1.4 Perbelanjaan bagi rawatan CAPD yang dipertimbangkan termasuk ubat dan alat pakai buang.

3

2. KATEGORI YANG LAYAK MEMOHON

2.1 Pegawai Perkhidmatan Awam / Suami / Isteri;2.2 Pesara yang menerima pencen / Suami / Isteri;2.3 Anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai/ pesara :

(a) berumur di bawah 18 tahun;(b) berumur di bawah 21 tahun jika masih belajar; dan(c) tiada had umur bagi anak yang daif.

2.4 Ibu bapa yang sah kepada pegawai yang memilih SSB/ SSM dan masih berkhidmat.

4

3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

3.1 Pesakit mendapat rawatan di hospital / klinik kerajaan.

3.2 Pesakit perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar Nefrologi Hospital Kerajaan mengenai perkara berikut:

(a) keperluan rawatan; dan (b) pengesahan tidak dapat disediakan oleh

hospital Kerajaan.

4. PROSEDUR PERMOHONAN

4.1 Pegawai yang sedang berkhidmat perlu mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan masing-masing.

5

4.2Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan perlu mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

4.3Dokumen berikut perlu dikemukakan semasa permohonan:

(a) Borang permohonan SARAUBAT JPA (AM);

(b) Borang SARAUBAT JPA (PPK) yang telah disahkan Pakar Nefrologi Hospital Kerajaan di para 3.2 (a) dan (b);

(c) resit bayaran atau surat sebut harga; dan

(d) salinan kad pesara (jika berkaitan).

Tatacara permohonan dan borang-borang berkaitan adalah seperti yang dikeluarkan bersama Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001.`

6

5. PERMOHONAN SELAIN DARIPADA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

Permohonan daripada kalangan pegawai / pesara Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang menerima pakai Perintah Am Bab F 1974, hendaklah disampaikan terus kepada pihak berkuasa masing-masing untuk kelulusan dan pembayaran.

7

6. PERTANYAAN

Sila hubungi pegawai di bawah atau faks 03-83201981

1. Cik Syarina binti KassimKetua Penolong [email protected]

2. Cik Azinida binti MuhamadKetua Penolong [email protected]

3. Encik Fahizol bin HarisPenolong [email protected]

4. Cik Marziah binti Mohamed MukhtarPenolong [email protected]

ALAMAT:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam MalaysiaJabatan Perkhidmatan AwamBahagian SaraanAras 5 & 6, Blok A, Bangunan MKN- Embassy TechzoneNo. 3200, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya.