27 · dalam ma jlis sambutan ini, pakar perub atan ippt, dr. tan kok leng turut men yampaikan...

5
4/6/2018 USM News Portal - MASYARAKAT DIGESA MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4818-masyarakat-digesa-menjaga-kesihatan-buah-pinggang 1/5 BERTAM, 27 Mac 2017 – Mengikut statistik, hampir 7 ribu pesakit buah pinggang baharu dicatatkan di negara ini yang perlu menjalani rawatan dialisis setiap tahun. Menjelang tahun 2020, dianggarkan 50 ribu pesakit akan memerlukan rawatan dan jumlah ini dilihat meningkat dari tahun ke tahun. Menurut Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian dan Piawaian IPPT, Dr. Muhamad Yusri Musa, masyarakat perlu memandang serius tentang perkara ini dan tidak hanya mengambil mudah. “Situasi peningkatan pesakit buah pinggang ini amat membimbangkan dan kita sebagai warga IPPT yang terlibat secara langsung dalam bidang perubatan perlu menyebarkan maklumat tentang penjagaan kesihatan buah pinggang ini kepada masyarakat,” katanya. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... MASYARAKAT DIGESA MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG 27 MAR

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 27 · Dalam ma jlis sambutan ini, Pakar Perub atan IPPT, Dr. Tan Kok Leng turut men yampaikan ceramah berkenaan kepentingan penjagaan buah pinggang dan obesiti dalam kalangan masyarakat

4/6/2018 USM News Portal - MASYARAKAT DIGESA MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4818-masyarakat-digesa-menjaga-kesihatan-buah-pinggang 1/5

BERTAM, 27 Mac 2017 – Mengikut statistik, hampir 7 ribu pesakit buah pinggang baharu dicatatkan dinegara ini yang perlu menjalani rawatan dialisis setiap tahun. Menjelang tahun 2020, dianggarkan 50ribu pesakit akan memerlukan rawatan dan jumlah ini dilihat meningkat dari tahun ke tahun.

Menurut Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian dan Piawaian IPPT, Dr. Muhamad Yusri Musa,masyarakat perlu memandang serius tentang perkara ini dan tidak hanya mengambil mudah.

“Situasi peningkatan pesakit buah pinggang ini amat membimbangkan dan kita sebagai warga IPPTyang terlibat secara langsung dalam bidang perubatan perlu menyebarkan maklumat tentangpenjagaan kesihatan buah pinggang ini kepada masyarakat,” katanya.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

MASYARAKAT DIGESA MENJAGA KESIHATAN BUAHPINGGANG27

MAR

Page 2: 27 · Dalam ma jlis sambutan ini, Pakar Perub atan IPPT, Dr. Tan Kok Leng turut men yampaikan ceramah berkenaan kepentingan penjagaan buah pinggang dan obesiti dalam kalangan masyarakat

4/6/2018 USM News Portal - MASYARAKAT DIGESA MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4818-masyarakat-digesa-menjaga-kesihatan-buah-pinggang 2/5

“Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk menjagapemakanan agar mengelakkan makan makanan yang tidak berkhasiat. Jangan dedahkan anak-anakkepada makanan segera atau minuman berkarbonat kerana boleh menyebabkan kegemukan dansekaligus berisiko tinggi mengalami kerosakan organ buah pinggang.”

“Sekiranya ibu bapa sendiri yang tidak menjaga pemakanan berkhasiat, anak-anak akan turutmengikut jejak langkah tersebut dan ini mengundang risiko penyakit buah pinggang dan obesiti,”tambahnya lagi ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Sambutan Hari Buah PinggangSedunia peringkat IPPT di sini hari ini.

Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2017 yang bertemakan 'Penyakit Buah Pinggang dan Obesiti'ini adalah pertama kali disambut di IPPT.

Page 3: 27 · Dalam ma jlis sambutan ini, Pakar Perub atan IPPT, Dr. Tan Kok Leng turut men yampaikan ceramah berkenaan kepentingan penjagaan buah pinggang dan obesiti dalam kalangan masyarakat

4/6/2018 USM News Portal - MASYARAKAT DIGESA MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4818-masyarakat-digesa-menjaga-kesihatan-buah-pinggang 3/5

Dalam majlis sambutan ini, Pakar Perubatan IPPT, Dr. Tan Kok Leng turut menyampaikan ceramahberkenaan kepentingan penjagaan buah pinggang dan obesiti dalam kalangan masyarakat.

Menerusi ceramahnya, Dr. Tan mengingatkan masyarakat agar mengamalkan gaya hidup sihat sertapeka dengan bahaya obesiti dan kesannya terhadap kesihatan buah pinggang.

Penyakit berkenaan dapat dicegah melalui pendidikan dan kesedaran tentang risiko obesiti selainmengamalkan gaya hidup sihat, termasuk mengambil makanan berkhasiat dan rajin bersukan.

Page 4: 27 · Dalam ma jlis sambutan ini, Pakar Perub atan IPPT, Dr. Tan Kok Leng turut men yampaikan ceramah berkenaan kepentingan penjagaan buah pinggang dan obesiti dalam kalangan masyarakat

4/6/2018 USM News Portal - MASYARAKAT DIGESA MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4818-masyarakat-digesa-menjaga-kesihatan-buah-pinggang 4/5

Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah pameran, sesi ceramah kesihatan dan kuiz kesihatanbermatlamat untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya penjagaankesihatan buah pinggang.

Turut hadir dalam majlis perasmian berkenaan ialah Ketua Perkhidmatan Pembedahan danAnestesiologi IPPT, Dr. Zainab Abdul Ghaffar.

Page 5: 27 · Dalam ma jlis sambutan ini, Pakar Perub atan IPPT, Dr. Tan Kok Leng turut men yampaikan ceramah berkenaan kepentingan penjagaan buah pinggang dan obesiti dalam kalangan masyarakat

4/6/2018 USM News Portal - MASYARAKAT DIGESA MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4818-masyarakat-digesa-menjaga-kesihatan-buah-pinggang 5/5

Teks: Mohd Faisal Jamaludin

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015