tanaman tebu kuning

2
TANAMAN TEBU KUNING Nama Botani : Saccharum offcinarum L. Famili : Gramineae Deskripsi Tanaman Sejenis tanaman yang ditanam untuk mendapatkan airnya sebagai minuman dan untuk dibuat gula. Batang tebu berbentuk selindar memanjang 1.8 - 3.0 m dan mempunyai rua berukuran 5-10 cm. Setiap ruas terdapat matatunas. Daun tebu berbentuk tirus memanjang, berbulu halus pada kedua belah permukaan. ebu ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan. Iklim dan Tanah ebu kuning adalah sensiti! kepada jenis tanah, kemarau dan !"t" peri"d. #a memerlu cahaya matahari yang banyak dan hujan sebanyak 1500 mm. Dengan adanya kemarau atau desakan yang lain, p"k"k tebu akan terbantut. anah yang rata $0 " -% " & serta mempunyai saliran yang baik adalah diperlukan untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna. Daerah 'anjung, (arut 'atang dan Selama serta )erian adalah sesuai bagi tanaman tebu. Penyediaan Tanah Dua pusingan bajak piring sedalam *0 cm diikuti dengan satu pusingan bajak putar aka menentukan pertumbuhan p"k"k yang baik. +lur bagi penanaman keratan tebu juga perlu disediakan. enanam ebu dibiak dari keratan yang sihat berumur - bulan. kuran keratan *0 cm dan mempunyai 3 matatunas, keratan tidak b"leh disimpan melebihi 3 hari. )eperluan baha tanaman ialah *800 batang $berukuran 1.5m& atau 1 000 keratan sehektar. )eratan tebu perlu dira/at sebelum menanam dengan mencelupkan keratan ke dalam campuran Dielrin dan Ben"myl. arak tanaman yang disy"rkan ialah *m antara baris dan 0.3 m antara p" dalam sebaris. )eratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang telah disediakan. Pem!a"aan Baja yang disy"rkan adalah seperti berikut - Bilan#an $ Berat Bi"i Benih Diperlukan %enis Ba"a asa &maun $'ektar

Upload: adle-fahsha

Post on 06-Oct-2015

49 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

cara tanam tebu kuning

TRANSCRIPT

TANAMAN TEBU KUNINGNama Botani: Saccharum offcinarum L.

Famili: Gramineae

Deskripsi TanamanSejenis tanaman yang ditanam untuk mendapatkan airnya sebagai minuman dan untuk dibuat gula. Batang tebu berbentuk selindar memanjang 1.8 - 3.0 m dan mempunyai ruas berukuran 5-10 cm. Setiap ruas terdapat matatunas. Daun tebu berbentuk tirus memanjang, berbulu halus pada kedua belah permukaan. Tebu ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan.Iklim dan Tanah

Tebu kuning adalah sensitif kepada jenis tanah, kemarau dan foto period. Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak dan hujan sebanyak 1500 mm. Dengan adanya kemarau atau desakan yang lain, pokok tebu akan terbantut. Tanah yang rata (0o-6o) serta mempunyai saliran yang baik adalah diperlukan untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna. Daerah Manjung, Larut Matang dan Selama serta Kerian adalah sesuai bagi tanaman tebu.Penyediaan TanahDua pusingan bajak piring sedalam 20 cm diikuti dengan satu pusingan bajak putar akan menentukan pertumbuhan pokok yang baik. Alur bagi penanaman keratan tebu juga perlu disediakan.MenanamTebu dibiak dari keratan yang sihat berumur 7-9 bulan. Ukuran keratan 20 cm dan mempunyai 3 matatunas, keratan tidak boleh disimpan melebihi 3 hari. Keperluan bahan tanaman ialah 2800 batang (berukuran 1.5m) atau 17000 keratan sehektar. Keratan tebu perlu dirawat sebelum menanam dengan mencelupkan keratan ke dalam campuran Dielrin dan Benomyl. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2m antara baris dan 0.3 m antara pokok dalam sebaris. Keratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang telah disediakan.PembajaanBaja yang disyorkan adalah seperti berikut:-Bilangan / Berat Biji Benih DiperlukanJenis BajaMasaAmaun / Hektar

NPK 15:15:15NPK 15:15:15UreaNPK 15:15:15Semasa menanamUmur 3 bulanUmur 3 bulanUmur 5 bulan250 kg250 kg125 kg300 kg

Jumlah KeseluruhanUreaNPK 15:15:15125 kg800 kg

Tebu akan mengeluarkan hasil sebanyak 3 kali. Bagi kali kedua dan ketiga, baja NPK 15:15:15 sebanyak 800 kg dan urea sebanyak 125 kg. digunakan.Kawalan RumpaiRumpai perlu dikawal sehingga pokok tebu berumur 6 bulan. Racun pracambah, Atrazine pada kadar 4 liter / hektar digunakan sebaik sahaja keratan tebu ditanam. Rumpai yang tumbuh kemudiannya boleh dikawal dengan paraquat ataupun secara manual.Penyelenggaraan RumpunPangkal pokok perlu ditimbus dengan tanah semasa pokok berumur 3-5 bulan. Sekiranya pokok itu rebah, kayu penyokong perlu dipasang. Daun-daun kering dibuang apabila berumur 5 bulan.Kawalan Serangga / Penyakit Pengorek Batang Sembur racun Endosulfan (Thiodan). Bakar batang-batang tebu yang telah diserang. Bulir HitamRendam benih tebu dalam air panas 50o bercampur racun Benomyl (Benlate) selama 2 jam. Musnahkan pokok-pokok berpenyakit.Memungut HasilTebu dipungut hasilnya antara 8-9 bulan selepas menanam dan sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun. Hasil yang dijangka ialah 30,000 batang pada kali pertama dan 25,000 batang pada kali kedua dan 20,000 batang pada kali ketiga.Rantaian laman tebu Tebu (Wikipedia) Tanam Tebu Raih Pendapatan Mewah (wordpress.com)