tanah-tambak

19
Soalan:Sekiranya pantai Tanjung Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah-tambak, impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik LEBIH BANYAK berlaku daripada impak bio-fizikal. Setujukah anda dengan pernyataan ini? Hujahkan kes anda. Pendapat 1: Sekiranya Pantai Tanjung Lipat ditambak percayalah ianya akan menyebabkan berlakunya perubahan pada alam fizikal, biologi, manusiawi dan estetiknya akan turut berubah. Para pengunjung tempatan dan para pelancong akan kehilangan ruang rekreasi seperti memancing, berehat sambil menanti mentari terbenam serta menikmati keindahan alam semulajadi. Pendapat 2: Pada masa kini, Tanjung Lipat adalah satu kawasan yang menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat. Ini kerana Tanjung Lipat menyediakan alam sekitar yang memenuhi keperluan mereka dari segi spiritual kerana nilai estetiknya. Sekiranya Tanjung Lipat ditambak-tanah, sudah pasti alam fizikal, biologi, manusiawi dan estetiknya turut berubah. Yang pasti, impak persekitaran manusiawi dan estetik lebih dirasai. Manusia yakni para pengunjung mahu pun para pelancong akan kehilangan ruang rekreasi seperti memancing, berehat sambil menanti mentari terbenam yang sudah semestinya melurutkan separuh daripada tekanan kerja. Dari segi estetik pula, kawasan garis pantai akan menjadi lebih sempit. Ini menghadkan ruang nelayan menyusur pantai juga ruang tempat burung camar bertebaran mencari makanan. Tempat ini juga pasti kehilangan separuh daripada pengunjung setia yang cintakan keaslian kerana ruang untuk bersantai dan menikmati keindahan alam sudah dirubah. Pendapat 3:

Upload: nazuwa

Post on 06-Jun-2015

1.119 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tanah-tambak

Soalan:Sekiranya pantai Tanjung Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah-tambak, impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik LEBIH BANYAK berlaku daripada impak bio-fizikal. Setujukah anda dengan pernyataan ini? Hujahkan kes anda.

Pendapat 1:

Sekiranya Pantai Tanjung Lipat ditambak percayalah ianya akan menyebabkan berlakunya perubahan pada alam fizikal, biologi, manusiawi dan estetiknya akan turut berubah. Para pengunjung tempatan dan para pelancong akan kehilangan ruang rekreasi seperti memancing, berehat sambil menanti mentari terbenam serta menikmati keindahan alam semulajadi.

Pendapat 2:

Pada masa kini, Tanjung Lipat adalah satu kawasan yang menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat. Ini kerana Tanjung Lipat menyediakan alam sekitar yang memenuhi keperluan mereka dari segi spiritual kerana nilai estetiknya. Sekiranya Tanjung Lipat ditambak-tanah, sudah pasti alam fizikal, biologi, manusiawi dan estetiknya turut berubah. Yang pasti, impak persekitaran manusiawi dan estetik lebih dirasai. Manusia yakni para pengunjung mahu pun para pelancong akan kehilangan ruang rekreasi seperti memancing, berehat sambil menanti mentari terbenam yang sudah semestinya melurutkan separuh daripada tekanan kerja.

Dari segi estetik pula, kawasan garis pantai akan menjadi lebih sempit. Ini menghadkan ruang nelayan menyusur pantai juga ruang tempat burung camar bertebaran mencari makanan. Tempat ini juga pasti kehilangan separuh daripada pengunjung setia yang cintakan keaslian kerana ruang untuk bersantai dan menikmati keindahan alam sudah dirubah.

Pendapat 3:

“Jika Pantai Tanjung Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah-tambak …impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik LEBIH BANYAK berlaku daripada impak bio-fizikal.”

Secara peribadi, kenyataan di atas seboleh mungkin saya sokong penuh. Kenapa dan mengapa ia perlu disokong? Bagaimana mungkin kita menidakkannya kerana saya berpendapat bahawa, kenyataan itu adalah cetusan idea bagi mereka yang bergelar insan yang hendak melihat sesuatu dengan renungan yang tajam. Lantaran itu, maka setiap pandangan akan dinilai dari

Page 2: Tanah-tambak

pelbagai sudut dan akhirnya lahirlah kenyataan utuh di atas yang tidak mungkin terurai walau dihujani oleh beribu tebatan. Andai kata Pantai Tanjung Lipat ditambak, penduduk sekitar mahupun ribuan malah mungkin jutaan para pengunjung yang pernah bertandang di Tanjung Lipat mungkin tidaklah merasai sangat akan kehilangan sifat bio-fizikalnya. Ini kerana, Pantai Tanjung Lipat tidaklah memiliki keunikkan bio-fizikal seperti mana yang terdapat di Pulau Tiga, Pulau Ligitan, Pulau Mabul, Pulau Sipadan dan beberapa tempat lain yang kaya dengan bio-fizikal yang sungguh unik khususnya keindahan dasar laut yang menjadi syurga kepada para penyelam. Kekuatan daya tarikan Tanjung Lipat sebenarnya, adalah terletak pada nilai estetiknya. Ramai pengunjung yang datang khususnya pada waktu petang untuk menyaksikan “Sunset” yang begitu memukau pandang mata. Kewujudan Masjid Bandaraya terapung, Menara Tun Mustapha dan Bangunan Innoprise yang tersergam indah serta deretan pokok kelapa di sepanjang pantai adalah satu konbinasi yang menambahkan lagi seri dan seterusnya menjadikan pantai Tanjung Lipat begitu unik dan menarik. Kehadiran para nelayan tempatan yang hanya bersampan mencari semangkuk lauk di kawasan teluk pada lewat senja, menjadi insprasi bagi peminat sastera untuk mencipta sebuah sajak sambil menikmati keindahan senja yang terbentang luas. Pun begitu, bagi pengunjung yang sudah berumur sedikit, keindahan Tanjung Lipat pada waktu senja tidak lengkap tanpa secawan kopi yang turut disediakan oleh para pengusaha gerai dengan harga yang berpatutan. Lokasi indah Tanjung Lipat yang sejuk mata memandang menjadikannya popular sebagai pilihan untuk minum atau makan malam oleh para pengunjung. Keadaan ini sudah pasti menjadi tempat mencari rezeki kepada para peniaga tempatan yang berniaga secara kecil-kecilan. Aktiviti perlumbaan Perahu Naga yang diadakan setahun sekali di kawasan ini bukan sahaja menceriakan suasana malah telah memikat hati para pengunjung tempatan mahupun luar negeri untuk sentiasa memuja Tanjung Lipat. Kemeriahan serta sajian keindahan pemandangan Tanjung Lipat sudah pasti memahat sejuta kenangan buat pengunjung yang tahu menghargai keindahan pemberian Ilahi.So, andai kata Tjg. Lipat ditambak pasti segala unsur manusiawi dan estetiknya akan hilang dan tak akan dapat dikembalikan. Setiap projek yang ingin dilaksanakan di Tanjung Lipat haruslah ditimbang tera dari pelbagai sudut terlebih dahulu kerana jika tersilap langkah ribuan malah mungkin jutaan manusia akan menangis bersedih kerana merasa kehilangan akan keindahan dan kedamaian Tanjung Lipat yang selama ini dipuja dan dipuji.

Pendapat 4:

Sekiranya Pantai Tanjung Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah-tambak, impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik lebih banyak berlaku daripada impak bio-fizikal. Jika kita tambak kawasan ini maka pendapatan para nelayan kecil di situ akan terjejas. Ini kerana penambakan kawasan itu akan menyebabkan hidupan marin di kawasan tersebut turut

Page 3: Tanah-tambak

menerima impaknya. Di samping itu keselamatan penghuni di sekitar tempat itu juga akan terancam. Terutamanya kepada pengusaha gerai makan yang bergantung penuh pada pendapatan yang diperoleh dari tempat itu. Gerai yang dijadikan sebagai pusat menjamu selera bagi para pengunjung akan hilang. Begitu juga halnya dengan kawasan ini yang selama ini berfungsi sebagai kawasan rekreasi dan sukan air yang dijadikan acara tahunan di tempat tersebut juga tidak akan dapat dijalankan lagi. Kawasan tempat pengemar memancing juga akan hilang .Impak persekitaran di Tanjung Lipat jika ia ditanah tambak akan turut memberi kesan kepada persekitaran estetik, dan bio-fizikal yang berlaku seiring dan serentakAntara persekitaran estetik yang dapat dilihat di sini ialah ia merupakan sebauh kawasan yang sangat indah dan mempesonakan apatah lagi dengan kewujudan Masjid Bandaraya yang lokasinya di atas air serta Menara Tun Mustapha dan Bangunan Innoprise yang tersergam indah Dengan kata lain kombinasi antara ciri fizikal serta ciri budayanya telah menjadikan pantai Tg. Lipat begitu unik dan menarik minat para pengunjung tempatan dan luar. ‘Mengekalkan keindahan alam semulajadi tanggungjawab bersama’.

Pendapat 5:

Dalam hal ini saya sangat bersetuju berlakunya impak persekitaran di Tanjung Lipat ini bukan sahaja kepada manusia dan estetiknya , malah juga kepada bio -fizikal di kawasan tersebut sekiranya ia dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah tambak. Pertamanya: Saya ingin menyentuh dari aspek manusiawi. Kita sudah sedia maklum bahawa kawasan perairan tanjung lipat itu sudah lama menjadi tempat para nelayan tempatan setempat dan nelayan daerah lain mencari rezeki di situ. Di samping kawasannya yang selamat dan strategi oleh para nelayan, di situ juga terdapatnya banyak hidupan laut di perolehi seperti ikan, udang dan kerang. Jika kawasan ini di tambak sudah tentunya ianya akan menjejaskan sumber pendapatan mereka.Kedua: Dari sudut Estetik. Bila kita perhatikan suasana nyaman,riang, damai dengan anak-anak berlari di pantai dan ramainya pengunjung yang berkumpul di situ terutama di hujung minggu, sudah mengambarkan kepada kita bahawa kawasan itu mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Jadi kenapa perlu kita musnahkan? Tambakan ini bukan sahaja akan memusnahkan nilai-nilai estetik yang ada di situ malah memusnahkan kemanusiaan antara sesama makhluk.Ketiga: Dari sudut Bio-fizikal. Pengalaman lalu telah mengajar kita tentang erti kemusnahan dan pencemaran. Adakah kita ingin melihat tanjung lipat seperti kawasan tambakan lain yang banyak memberi kesan kepada kawasan sekitarnya. Contohnya; kita lihat sahaja apa yang telah berlaku kepada pantai kimanis papar akibat dari penambakan pembangunan Sutera Harbour Resourt di Kota Kinabalu. Inilah impak yang sangat-sangat kita bimbangkan.Kesimpulannya, tambakan ini bukan sahaja memberi impak manusiawi dan estetik malah juga bio-fizikalnya. Fikir-fikirkan lah

Page 4: Tanah-tambak

Pendapat 6:

Sekiranya pantai Tanjung Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah-tambak, impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik LEBIH BANYAK berlaku daripada impak bio-fizikal. saya sangat setuju dengan pernyataan tersebut kerana Tanjung Lipat merupakan salah satu tempat perkelahan atau tempat percutian yang menarik. Jika tempat itu dijadikan kawasan tanah-tambak maka keindahan alam akan hilang. Di samping itu juga sumber pendapatan bagi penduduk setempat juga akan terjejas akibat daripada kerakusan sesetengah golongan. Kesan daripada itu akan terjadi pencemaran pantai serta eko-sistem juga akan terjejas. Hargai alam sekitar untuk generasi masa kini dan juga generasi masa akan datang.

Pendapat 7:

Saya bersetuju dengan hujah di atas. Jika kita tambak kawasan ini maka pendapatan nelayan di situ akan terjejas. Ini kerana penambakan kawasan itu akan mempengaruhi hidupan di situ. Ianya bukan sahaja akan menyebabkan ikan-ikan akan kehilangan tempat pembiakan mereka, malah kerang-kerangan yang hidup akan mati jika ianya telah ditambak. Impak estetikanya pula ialah kawasan ini akan berubah bentuknya jika ditambak. Kita lihat sekarang betapa kawasan ini begitu cantik dengan kedudukan teluknya yang begitu strategik. Keindahan ini akan hilang jika kerja penambakan dilakukan.

Pendapat 8:

Hebat sekali kerja-kerja penambakan atau tebus guna tanah di sekitar Kota Kinabalu untuk tujuan tapak bangunan atau jalan raya dan sehingga kita lupa kawasan yang kita duduki dan jalan yang kita sering lalui pada suatu masa dahulu merupakan kawasan laut.Panorama keindahan ciptaan manusia membuatkan kita lupa bahawa sebahagian daripada jalan raya yang kita lalui dari pusat bandar menghala ke Teluk Likas dimana teletaknya menara Yayasan Sabah yang pernah menjadi kebangaan rakyat Sabah diatas keunikan pembinaannya,adalah laut pada masa lalu.Untuk menjadikan kawasan itu lebih menarik dan mudah dihubungi kerajaan telah membina jalan raya yang ditebus guna yang kini menjadi laluan utama,yang hari makin hari diperindahkan dengan tanaman pokok-pokok palma,pembinaan gerai-gerai makanan dan masjid bandaraya .Kombinasi ciptaan manusia seperti yang saya nyatakan dan kawasan semulajadi yang masih dikekalkan menambahkan keindahan kawasan ini.Impak negatif dari segi estetika amat ketara kalau kawasan semula jadi itu ditambak lagi.Apa jadi

Page 5: Tanah-tambak

dengan keunikan masjid bandaraya kalaulah kawasan air itu ditebus guna.ia kelihatan sama seperti masjid-masjid yang lain.Kalau pun ada perancangan penambahbaikan di kawasan tersebut rasanya janganlah ditebus guna kawasan tersebut.Kalau boleh pindahkan rumah-rumah usang yang ada dikawasan perairan berhampiran dengan Teluk Likas itu dan kawasan tersebut bolehlah ditanam dengan pokok-pokok bakau bukan saja boleh menjadikan kawasan menarik tetapi menjaminkan ekosistem di kawasan tersebut.Sekiranya kawasan semulajadi yang ada disitu ditambak lagi impak persekitaran terutama nilai estetika akan terjejas dan dalam jangkamasa yang panjang melibatkan kesan pada bio fizikal pula.

Pendapat 9:

Pada pendapat saya, impak persekitaran di Tanjung Lipat jika ia ditanah tambak akan memberi kesan kepada manusia, estetik, dan bio-fizikal yang berlaku seiring dan serentak. Kesan pada 'kitaran alam' pasti akan berlaku dalam penilaian biologi dan fizikal. Flora dan fauna akan terancam, musnah dan pupus. Habitat haiwan terutama burung-burung di sekitar Taman Burung yang ada berhampiran dengan tanjung itu akan terjejas dan mengubah kitaran hidupan haiwan yang lain. Begitu juga dengan bentuk muka bumi akan berubah. Kesan penambakan itu juga akan menjejaskan sumber mineral serta mengganggu medan daya dan bahang latar terhadap tempat dan sekitarnya. Lautan yang sering dikaitkan dengan fenomena iklim juga akan mengalami kesannya jika pantai yang indah itu ditambak dan ditimbus dengan tanah. Sudah tentu proses-proses 'bencana alam' akan berlaku seperti banjir kilat kerana berlaku gangguan pada pengaliran air di Muara Sg. Likas, kerana berlaku mendapan dan perlonggokan serta berlaku ketidakstabilan tanah yang mungkin berlaku mendapan tanah.Pastinya, ini akan memberikan kesan kepada manusia. Keselamatan penghuni di sekitar tempat itu juga akan terancam. Ditambah lagi dengan kesan berubahan status budaya mereka yang terjejas akibat tempat itu ditebus guna. Terutama kepada pegerai dan nelayan kecil yang bergantung penuh pada pendapatan yang diperoleh dari tempat itu. Kemudahan rekreasi seperti memancing, berenang dan berkelah juga tidak lagi dapat dijalankan di tempat itu. Gaya hidup manusia juga akan berubah dengan penambahan jumlah penduduk di tempat itu sekiranya ia dijadikan sebagai tapak perumahan atau pusat membeli-belah atau hotel mewah. Kemungkinan juga akan berlaku impak pada kesihatan dan keselamatan manusia kerana ramai orang banyaklah ragam, ramai orang banyaklah sampahnya juga. Sudah tentu keindahan Masjid Bandaraya yang indah itu pasti terjejas dengan pemandangan yang kotor seperti di Kg Sembulan.

Oleh itu, secara keseluruhannya impak persekitaran negatif lebih banyak berbanding impak positif akan berlaku sekiranya Tanjung Lipat di jadikan tanah tambak

Page 6: Tanah-tambak

Pendapat 10:

Tebus guna tanah memberi impak positif kepada nilai estetik dan manusiawi dari segi pemandangan, keperluan rekreasi, kemudahan infrastruktur dan keperluan asas seperti perumahan. Di Tanjung Lipat, lebuh raya yang indah di pesisir pantai dengan landskap pokok palma sepanjang jalan menjadikannya sangat menarik. Kawasan yang telah ditebusguna telah menjadi kawasan yang lapang dengan pokok-pokok rendang dan shelter (tempat berteduh) sesuai untuk tempat berkelah. Manakala kawasan yang terhakis telah di bina tembok batuan menjadi tumpuan kaki pancing bukan kerana di situ banyak ikan tetapi ia tempat yang menarik. Saya berpendapat, impak negatif wujud di Tanjung Lipat berpunca daripada Sungai Inanam dan aliran dari kawasan Likas yang banyak mengandungi sisa buangan kilang dan air kubahan

Pendapat 11:

Pntai Tanjung Lipat merupakan sebuah pantai yang sangat indah. Bentuk pantainya yang unik berjaya menarik ramai pengunjug. Setiap masa pantai ini dipenuhi oleh para pengunjug sama ada untuk tujuan bersantai mau pun melakukan aktiviti memancing. Oleh sebab itu, apabila bekas Ketua Menteri Negeri Sabah iaitu Dato Chong Kah Kiat mengumumkan untuk membangunkan Tanjung Lipat sebagai sebuah kawasan tanah tambak, orang ramai memberi bantahan. Jika rancangan penambakan ini dilaksanakan banyak kemusnahan yang berlaku. Sama ada dari segi manusiawi mahu pun kemusnahan fizikalnya. Kita harus mengambil iktibar ke atas kemusnahan yang telah berlaku pada Pantai Manis di daerah Papar. Akibat kerakusan segelintir manusia pantai Manis yang dulunya merupakan pantai yang menjadi tumpuan ramai, kini tinggal jadi kenangan. Akibat pembinaan Sutera Habour, pantai Manis telah menerima hakisan yang teruk sehinggakan pantai yang indah pada suatu masa lalu, tidak ada bekas lagi yang tinggal.Oleh sebab itu, saya tidak bersetuju kemusnahan manusiawi lebih besar berbanding dengan kemusnahan fizikalnya. Walaupun kita lihat kemusnahan manusiawi itu ada namun ia tidaklah kekal untuk selamanya kerana mereka boleh mendapatkan alternatif yang lain. Sekali diubah ekosistem sesuatu tempat, kemusnahannya akan menjadi kekal.Usaha membangunkan kawasan Pantai Tanjung Lipat menjadi tanah tambak akan mengubah keadaan bentuk buka buminya. Dan kita tidak dapat bayangkan kemusnahan seperti apa yang berlaku di Pantai Manis akan berulang lagi.

Page 7: Tanah-tambak

Pendapat 12:

Sekiranya pantai Tg. Lipat dibangunkan sebagai kawasan tanah-tambak, impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik akan lebih banyak berlaku berbanding dengan impaknya terhadap bio-fizikal. Kenyataan ini memang benar kerana jika ditinjau secara logiknya, jika penambahan itu dilakukan akan menjejaskan mata pencarian nelayan yang berada sipersekitaran tersebut yang sepenuh masa bergantung kepada hasil laut seperti ikan dan kerang yang juga semakin beerkurangan. Selain daripada itu, gerai yang dijadikan sebagai pusat menjamu selera bagi para pngunjung akan hilang. Kawasan rekreasi dan sukan air yang dijadikan acara tahunan di tempat tersebut juga tidak akan dapat dijalankan lagi. Kawasan tempat pemgemar memancing juga akan hilang. Keindahan landskap yang disilamkan oleh manusia dengan susunan yang begitu menarik serta dapat menambat hati pengunjung daripada negara luar dan dalam juga akan lenyap. Secara tidak langsunghal ini juga akan mengurangkan keuntungan domestik negeri kita. Maka adalah lebih baik ianya dikekalkan sedemikian dengan memikirkan cara penambahbaikan agar ianya bertambah menarik lagi.

Pendapat 13:

Sememangnya impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik akan banyak berlaku sekiranya kawasan Pantai Tg Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan tambak tanah. Kita tahu bahawa pantai Tg Lipat merupakan suatu kawasan yang mudah dikunjungi kerana kedudukan yang begitu strategik iaitu terletak di tepi jalan raya utama. Kombinasi antara ciri fizikal serta ciri budayanya telah menjadikan pantai Tg. Lipat begitu unik dan mempesonakan. Kecantikan semulajadinya yang terletak di teluk yang sempit, pantainya yang melengkung, deruan ombak yang memukul pantai serta ciri budayanya yang menghasilkan nilai estetik yang begitu mempesonakan seperti deretan pepohon kelapa dan ru, tembok konkrit, jalanraya pesisir pantai, Masjid Bandaraya, Bangunan Yayasan Sabah akan hilang daya tarikannnya. ‘Kampung Air’ yang dianggap sebagai suatu warisan budaya yang begitu berharga akan turut hilang keunikannya.Dari sudut manusiawi pula akan hilangnya tempat bagi warga kota untuk beristirehat bagi mencari ketenangan jiwa setelah penat lelah bekerja. Mereka tidak lagi dapat bersantai bersama keluarga di waktu petang atau hujung minggu. Begitu juga para peniaga kecil akan hilanglah mata pencarian mereka selama ini. Manakala bagi para nelayan kecil yang seringkali bergantung kepada perairan Tg. Lipat sebagai tempat mencari rezeki akan menjadi ‘seperti si buta kehilangan tongkat’. Oleh yang demikian, pantai Tg. Lipat seharusnya dikekalkan keadaan semulajadinya agar ia terus dapat memberi ketenangan, keseronokan....keasyikan kepada pengunjungnya

Page 8: Tanah-tambak

Pendapat 14:

Ruang yang terhad, keperluan yang mendesak, kepesatan pembangunan menyebabkan sebahagian pinggir pantai ditambak untuk tujuan pembangunan. Sekiranya pantai Tanjung Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah tambak sudah tentu memberi impak yang banyak terhadap bio-fizikal, walaupun ianya dirancang dengan teliti. Alasannya, aktiviti menambak pantai Tg. Lipat memerlukan banyak bahan batuan, tanah dan material lain. Bermakna , pasti ada kawasan bukit yang diratakan untuk tujuan tersebut. Tanpa disedari kegiatan menambak pantai Tg. Lipat, akan menyebabkan gangguan terhadap sistem atmosfera , hidrosfera, litosfera dan biosfera. Pengambilan tanah pasti memusnahkan alam flora. Kemusnahan tumbuhan akan menaikkan suhu seterusnya mengurangkan oksigen. Lantas kualiti udara persekitaran mungkin berubah. Kedua, bentuk muka bumi pinggir pantai berkenaan pasti berubah. Banyak komponen/hidupan yang terdapat di kawasan yang ditambak itu musnah. Lagipun, penambakan Tg. Lipat pasti mengubah kawasan pinggir pantai di tempat lain. Adapun, alam sekitar manusia dan estetika mungkin menerima impak yang bersifat sementara, kerana kawasan tanah tambak boleh dimajukan sebagai tempat riadah, rekreasi dan sebagainya.

Pendapat 15:

Kita semua sedia maklum bahawa negara kita amat mengalu-alukan kedatangan pelancong sama ada dari luar mahupun dari dalam negara kita sendiri. Kedatangan para pelancong akan menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan dan seterusnya menjadikan sektor ini sebagai sumber pendapatan yang amat lumayan kepada ekonomi negara. Untuk memastikan hala tuju perkembangan industri pelancongan khususnya di negeri Sabah, kita perlukan satu konsep yang boleh menjadi igauan kepada setiap pelancong. Keindahan semulajadi negeri ini yang mendapat jolokan ‘negeri di bawah bayu’ oleh pelancong Eropah sudah cukup membuktikan bahawa daya tarikan utama negeri Sabah adalah fenomena alam semulajadinya. Jika negara China dan India gah dengan konsep sejarah ketamadunan awalnya, Hong Kong dengan syurga membeli-belahnya, Thailand syurga keseronokannya (TST) dan banyak lagi konsep yang dieksploit oleh beberapa negara yang sudahpun maju indutri pelancongannya. Sabah sepatutnya boleh berbangga dengan anugerah keindahan alam semulajadinya yang unik.

Saya bersetuju sekiranya pembinaan struktur tambak yang boleh menambah keindahan semulajadi Tanjung Lipat, contohnya pembinaan ‘waterfront’ seperti di tebing sungai di Sarawak yang telah menjadi identiti kepada negeri Sarawak. Jalan Tanjung Lipat itupun sebenarnya adalah tambakan rekaan manusia yang telah menjadikannya lebih menarik daripada sebelumnya. Oleh itu, impak negatif berbentuk manusiawi dan estetika dikatakan lebih banyak berlaku adalah kurang

Page 9: Tanah-tambak

tepat jika tambakkan itu berbentuk seperti mengubah suai rumah yang menjadikan rumah itu lebih cantik.

Tetapi, saya tidak akan bersetuju jika tambakkan itu nanti akan dibina bangunan pencakar langit atau lain-lain struktur tembok yang akan menutup terus pandangan saujananya seperti yang berlaku di Hong Kong, New York dan yang terdekat ialah Kuala Lumpur. Seperti kata seorang pelancong Taiwan yang saya temui, bahawa negeri Sabah adalah Sabah, ianya tidak perlu meniru negara lain di dunia kerana keindahan negeri ini ada kelainannya. Kelebihan Tanjung Lipat terletak pada adunan dari ketam di pantai sehinggalah kepada latar Banjaran Crocker nun jauh di belakang dan Laut China Selatan di hadapanya.

Pendapat 16:

Pada pendapat saya, sekiranya pantai Tanjung Lipat ini dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah-tambak, impak persekitaran yang berbentuk manusiawi dan estetik dan impak bio-fizikal yang berlaku adalah sama banyak. Ini adalah kerana ianya berkaitan di antara satu dengan yang lain. Jika salah satu daripadanya diubah atau terganggu maka impaknya akan turut terasa ke sistem-sistem alam sekitar yang lain. Tidak dinafikan bahawa pantai Tanjung Lipat ini sememangnya cantik dan sangat sesuai untuk berekreasi. Para ‘kaki pancing’ dan ‘nelayan sementara’ yang sering lepak di kawasan ini akan kehilangan satu tempat yang strategik untuk melepaskan gian mereka atau mungkin juga sumber pendapatan sampingan mereka. Begitu juga dengan para peminat seni yang gemar mencari ilham di tepi-tepi pantai dengan berlatar belakangkan keindahan bukit-bukau dan gunung-ganang yang menghijau.

Pun begitu, impak bio-fizikal juga sama banyaknya jika pantai ini ditanah tambak. Contoh yang jelas dan akan menjadi pengajaran kepada kita ialah penambakan laut untuk mendirikan Sutera Habour yang ada sekarang ini. Penduduk di sekitar Pantai Manis, Papar yang kini merasai akibatnya. Oleh itu, jika penambakan pantai Tanjung Lipat ini dilakukan juga kemungkinan besar kawasan tempat tinggal saya atau anda sendiri akan turut menerima akibatnya nanti. Selain daripada itu, taman burung yang terdapat di sekitar kawasan ini juga akan turut terjejas ekoran daripada penambakan ini nanti. Taman ini telah menjadi salah satu daya tarikan pelancung dan sekali gus menjadi sumber ekonomi negeri kita. Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai jenis spesis burung yang mendiami kawasan ini. Terdapat juga spesis burung yang berhijrah daripada kawasan lain yang singgah di sini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang dapat memberikan habitat serta sumber makanan kepada haiwan-haiwan di sekitarnya. Oleh yang demikian, impak persekitaran berbentuk manusia dan estetik adalah sama banyaknya dengan impak bio-fizikal jika pantai Tanjung Lipat ditanah tambak. Sekian,terima kasih.

Page 10: Tanah-tambak

Pendapat17:

Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap impak persekitaran. Dalam kes Tanjung Lipat, saya berseutju jika tambakan dilakukan ke atas tanjung ini sememangnya ia memberi lebih banyak impak manusiawi dan estetika. Dari sudut manusiawi, jika tanjung ini ditambak maka kuranglah pendapatan nelayan sepenuh masa yang bergantung kepada hasil laut di kawasan ini. Ini adalah kerana kawasan pembiakan ikan dan kerang telah terganggu akibat daripada pembangunan ke atas kawasan ini. Malah jika ia ditambak maka ia tidak lagi sesuai dijadikan kawasan rekreasi seperti Lumba perahu berhias yang diadakan setiap tahun. Aktiviti seperti ini tentunya boleh menarik pelancong asing dan seterusnya meningkatkan ekonomi negeri Sabah. Tanjung Lipat juga popular dengan akitivti memancing. Ini mungkin disebabkan teluk yang agak terlindung serta sesuai dengan pembiakan ikan dan kerang. Jika tanjung ini ditambak…Apa akan terjadi kepada para kaki pancing? Cari tempat lain? Dimana? Yang sama seperti Tanjung Lipat.

Tanjung Lipat merupakan sebauh kawasan yang sangat indah dan menarik apatah lagi dengan kehadiran masjid atas air serta bangunan Tun Mustapha yang tersergam indah. Bagi individu yang sensitive terhadap keindahan ia tentunya memberi ilham serta inspirasi. Jika ianya ditambak serta diubah mungkin ia sedikut sebanyak mengganggu rohaniah individu ini. Gangguan ini mungkin boleh menyebabkan penurunan prestasi kerja

Pendapat 18

Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap impak persekitaran. Dalam kes Tanjung Lipat, saya berseutju jika tambakan dilakukan ke atas tanjung ini sememangnya ia memberi lebih banyak impak manusiawi dan estetika. Dari sudut manusiawi, jika tanjung ini ditambak maka kuranglah pendapatan nelayan sepenuh masa yang bergantung kepada hasil laut di kawasan ini. Ini adalah kerana kawasan pembiakan ikan dan kerang telah terganggu akibat daripada pembangunan ke atas kawasan ini. Malah jika ia ditambak maka ia tidak lagi sesuai dijadikan kawasan rekreasi seperti Lumba perahu berhias yang diadakan setiap tahun. Aktiviti seperti ini tentunya boleh menarik pelancong asing dan seterusnya meningkatkan ekonomi negeri Sabah. Tanjung Lipat juga popular dengan akitivti memancing. Ini mungkin disebabkan teluk yang agak terlindung serta sesuai dengan pembiakan ikan dan kerang. Jika tanjung ini ditambak…Apa akan terjadi kepada para kaki pancing? Cari tempat lain? Dimana? Yang sama seperti Tanjung Lipat.

Tanjung Lipat merupakan sebauh kawasan yang sangat indah dan menarik apatah lagi dengan kehadiran masjid atas air serta bangunan Tun Mustapha yang tersergam indah. Bagi individu yang sensitive terhadap keindahan ia tentunya memberi ilham serta inspirasi. Jika ianya ditambak serta diubah

Page 11: Tanah-tambak

mungkin ia sedikut sebanyak mengganggu rohaniah individu ini. Gangguan ini mungkin boleh menyebabkan penurunan prestasi kerja.

Pendapat 19

Saya tidak bersetuju bahawa pembangunan Tanjung Lipat sebagai tanah tambak lebih banyak memberi impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik semata-mata. Sebaliknya saya berpendapat bahawa penambakan Tanjung Lipat akan memberi impak ke atas semua aspek baik dari segi manusiawi, estetik, biologi mahupun fizikal berdasarkan alasan berikut:

Pertama, penambakan ini nanti secara tidak langsung akan mengubah pandang darat fizikal pinggir pantai Tg. Lipat itu sendiri. Struktur pantai yang sedia ada sekarang pasti akan mengalami perubahan dan sekaligus mengubah arah pergerakan air , kelajuan ombak dan ritma air pasang-surutnya sekaligus mengakibatkan kesan biologi kerana habitat spesis fauna dan flora yang sedia ada sekarang turut musnah akibat penambakan itu. Secara tidak langsung, ianya akan mengubah corak kehidupan nelayan kecil yang telah sinonim dengan fenomena ini yang mana sebelum ini mereka menanti air surut setiap petang di Tg. Lipat untuk menjana ekonomi mereka melalui pemungutan kerang, siput dan menangkap ikan. Demikian juga dengan lagun berdekatan dengan Tg. Lipat yang kini menjadi tempat persinggahan burung-burung hijrah seperti burung camar dan sebagainya. Jika penambakan ini diteruskan, sudah pasti akan didirikan juga pelbagai bangunan pencakar langit untuk memaksimakan penggunaan tanah di sini. Pada waktu itu, akan sudikah lagi burung-burung hijrah yang jarang kita lihat ini bertandang di sini?

Kedua, dalam aspek manusiawi dan estetika, Tg. Lipat mempunyai keistemewaan tersendiri. Manusia menjadikan Tg. Lipat sebagai tempat rekreasi, ruang keliaran kasual dan tempat menikmati pemandangan. Contohnya, kaki pancing yang menjalankan kegiatan serampang dua mata ( memancing dan menghayati keindahan persekitaran), pekerja pejabat yang singgah sebentar menikmati keindahan matahari terbenam untuk melepaskan tekanan selepas penat berkerja di pejabat yang tertutup, juga pasangan kekasih yang menyusuri pinggir pantai menjelang senja. Pada hujung minggu pula, kelihatan kaum keluarga beranak-pinak berkelah di Tg. Lipat ini setelah kawasan lain seumpama ini telah dinaik taraf seperti Tanjung Aru , Mimpian Jadi dan Pantai Dalit yang dahulunya boleh datang berkelah sesuka hati secara percuma tetapi sekarang tidak lagi. Bagi penduduk pedalaman (tiada laut) spt Tamparuli dan Ranau, Tg. Lipat mampu menyajikan pemandangan laut yang sebenar kepada mereka sebelum memasuki Bandaraya Kota Kinabalu.

Page 12: Tanah-tambak

Kesimpulannya, pembangunan di Tg. Lipat amat perlu tetapi bukan dalam erti kata pembangunan mega atau penambakan besar-besaran. Elemen terpenting yang perlu dipertimbangkan ialah pembangunan tersebut bersifat ‘mesra rakyat’, meminimakan pencabulan keharmonian alam sekitar sama ada aspek fizikal, biologi,manusia ataupun estetika tetapi mampu memenuhi keperluan masa kini dan generasi akan datang.

Pendapat 20

Sememangnya jika kawasan Tg. Lipat di tambak, akan memberi kesan yang banyak dari segi impak manusiawi dan juga estetik. Kawasan Tg. Lipat merupakan kawasan yang sesuai untuk rekreasi seperti berkelah, memancing dan merehatkan minda. Bagi mereka yang ingin mencari ketenangan, akan dapat menikmati keindahan pantai terutama sekali di waktu senja (sunset) sambil menikmati minum petang di Anjung Selera dengan tiupan angin senja yang sepoi-sepoi.Jika kawasan ini di tambak, maka sudah tentu pengunjung tidak akan singgah ke tempat tersebut kerana sudah tidak ada istimewanya dari segi nilai estetika yang boleh mendamaikan jiwa manusia.

Pendapat 21

Sekiranya pantai Tanjung Lipat dibangunkan sebagai sebuah kawasan tanah-tambak, impak persekitaran berbentuk manusiawi dan estetik LEBIH BANYAK berlaku daripada impak bio-fizikal. Saya bersetujuh sangat dengan penyataan di atas.

Ini disebabkan kawasan tanjung lipat mempunyai nilai komisialnya tersendiri tanpa perlu dibangunkan. Perkara ini boleh dilihat dari hasil ekonomi kepada negeri sabah, iaitu kegiatan pelancongan yang mana kawasan ini sering digunakan untuk kegiatan perahu naga, perahu layar dan tritlon kebangsaan. Disamping dengan perkembangaan ini masyarakat sekitar dapat menjana ekonomi masing-masing.

selain daripada itu impak yang ketara dalam manusiawi adalah nilai estatik dan rohani pengemar-pengemar keindahan yang mana setiap hujung minggu atau cuti umum pantai tanggung lipat ini dipenuhi oleh warga yang berkelah disamping dapat membina jalinan keluarga yang mesra.

Oleh yang demikian semua elemen ini perlulah diperhalusi untuk memastikan pembangunan secara mapan dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya. Sesuatu kawasan mungkin perlu dibangunkan tetapi perlulah menilai impaknya bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi perlu dilihat dan diikaji dari segi manusiawi. Sekian

Page 13: Tanah-tambak

Pendapat 22

Apabila penambakkan berlaku di Pantai Tanjung Lipat iannya akan membawa impak yang besar kepada manusiawi dan estetik daripada biofizikal. Menurut Alan Giphin, Alam sekitar manusia adalah merujuk kesemua unsur hidup dan bukan hidup serta faktor sosial yang melingkungi manusia (Dictionary of Environment Terms).

Perubahan kepada ruang yang strategi kepada penjaja-penjaja "gerai makan" akan menyusut ekonomi mereka kerana puncannya para pengunjung tidak berminat untuk mengunjunginya lagi. Tempat yang strategi dengan persekitaran yang strategi dipinggir pantai dengan ombak berdesiran dan angin laut seperti "sepoi-sepoi bahasa" tidak dapat dirasai oleh para pengunjung. Manakala dari segi sosioekonomi pula, para nelayan kampung yang berada kampung Likas tidak dapat kelaut disebabkan jarak jauh ke laut amat menyukar juga para nelayan untuk melabuh perahu mereka ditebing pantai, begitu juga punca pendapatan semakin berkurangan ini akan mengakibatkan kemiskinan berlaku dikalangan para nelayan.

Malahan kegiatan "memancing" tidak dapat dilaku seperti biasa menyebabkan para kaki pancing akan merasa kebosanan dalam melayari kehidupan ini kerana gian mereka tidak dapat dinikmati seperti dahulu, ini akan menimbulkan pelbagai tekanan dalam kehidupan para kaki pancing. Aktiviti-aktiviti seperti berkelah bersama keluarga, berjoging dan juga menikmati keindahan pada waktu senja apabila matahari terbenam kurang memberi kepuasan kepada para pengunjung ke sana. lebih-lebih lagi kegiatan yang menyeronok seperti mencari kerang-kerang dan ketam-ketam tidak dapat dijalankan seperti biasa. Jika penambakkan dilakukan maka impak kepada manusia adalah sangat ketara dan akan merugi untuk kita sepanjang hayat.

Isu alam sekitar adalah manifestasi kerakusan manusia yang semakin ekstrem sehingga tidak berpadanan dengan norma dan sifat manusiawi itu sendiri kita harus memahami bahawa manusia sebagai pengurus, unsur fizikal perlu dijaga dan dipelihara dan unsur sosial perlu diurus dengan kompenan penentu kepada status alam sekitar ini.

Page 14: Tanah-tambak

Pendapat 23

Tanjung Lipat adalah salah satu kawasan perkelahan yang indah di daerah K.K. Keindahannya yang indah menggamit para pengunjung datang terutama pada hujung minggu untuk merehatkan minda dan berkelah bersama dengan keluarga. Namun apalah ertinya semua ini andai kawasan itu ditambak dengan rakus oleh mereka yang hanya mementingkan keuntungan tanpa mengira impaknya ke atas manusia. Keindahan pantainya akan hilang, sumber ekonomi masyarakat juga turut lenyap kerana kurangnya pelanggan yang datang ke tempat itu sekiranya ia ditambak. Gerai-gerainya indah dengan dipenuhi oleh pelanggan setiap kali senja menjelang pasti tidak akan kelihatan lagi sekiranya kawasan tersebut ditambak. Para peniaga yang mencari rezeki dengan membuka gerai di situ pasti terjajas. Alangkah malangnya mereka. Justeru penambakan Tanjung Lipat lebih banyak impaknya ke atas manusia dan nilai-nilai estetik di kawasan tersebut. Seharusnya keindahannya perlu terus dipelihara untuk kepentingan generasi hari ini dan akan datang.