tamadun uthmaniyah

Upload: nur-radhiatan-mardhiah

Post on 08-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAMADUN UTHMANIYAH

EMPAYAR UTHMANIYAHDikenali keluarga Bani Osmani adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam dan mengecapi kejayaan. Di sinilah,wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniyah yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain.Pemerintah Uthmaniyah melihat diri mereka sebagai pemerintah universal dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah penyatuan kebudayaan. Kerajaan Uthmaniyah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan melaksanakan tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai kerajaan Uthmaniyah. Uthmaniyah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian-bahagian wilayah Arab yang lain.

KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYAHPembentukan kerajaan Turki merpakan proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Pada akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-19 kerajaan Turki Uthmniyah telah mengalami pasang surut. Sebuah system politik yang diwarisi Kerajaan Turki Saljuk dan mengalami perkembangan yang gemilang dan akhirnya mengalami kemerosoton. Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman 1 yang mengistiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299. Mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki Uthmaniyah lantaran kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah membawa kepada kejatuhan empayar yang mencapai kegemilangan. Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai factor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga member kesan kepada negara-negara Islam di sekitarnya.

FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN1. POLITIKKelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong kearah kehancuran empayar Turki Uthmaniyah. Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran. Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakan moral. Kelemahan dalam sistem ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah. Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin kententeraan dalam kalangan pegawai atasan. Hal ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid 1 dan Salim II dipilih bukan berdasarkan kemampuan yang unggul.

2. EKONOMIKelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Uthmaniyah. Kelemahan disebabkan perlantikan jawatan yang bukan berdasarkan kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk member sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tingi dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyah.

3. SOSIALMasalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah siselewengkan dan rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan merupakan factor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish , puak Druze di Syria di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah menganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria.

KESAN TERHADAP NEGARA-NEGARA ISLAM1. POLITIKKehilangan institusi khalifah dalam kerajaan Islam dan perpecahan negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan. Hal ini memberi kesan yang buruk dalam politik negara Islam. Turki Uthmaniyah bertukar menjadi negara republic menyebabkan institusi khalifah teah hilang dan membawa kesan yang buruk kepada suasana politik negara Islam. Wilayah umat Islam yang dulu dibawah pemerintahan Turki Uthmaniyah berlaku perpecahan juga kesan yang jelas kelihatan. Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah naungannya telah membebaskan diri dan ditakluk oleh pihak Eropah.

2. EKONOMIKemerosotan ekonomi Turki akibat perang kerana negara terpaksa membuat perbelanjaan yang besar untuk biaya perang. Hal ini telah menyebabkan negara Islam yang dahulunya di bawah pengaruh seperti TimurTengah dan Afrika Utara mengalami kemerosotan ekonomi. Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai perdagangangan di Laut Hindi, Laut Mediterinean, Terusan Suez dan jalan perdagangan yang lain. Hal ini telah menyebabkan Eropah semakin menguasai ekonomi negara Islam.

3. SOSIALKemerosotan tindak tanduk sosial hasil daripada kejatuhan Turki telah mempengaruhi negara Islam yang lain. Permodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam yang lain. Kebudayaan Barat ini telah menyebabkan keruntuhann akhlak masyarakat di negara-negara Islam.