tamadun manusia

Upload: ezzani82

Post on 02-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TAMADUN MANUSIA

TRANSCRIPT

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah

FACULTY OF EDUCATIONHBEF 1503SMP

Name: Matric Number:NRIC: 640225085670

Telephone Number: Email address: [email protected]

Tutors Name: MUHAMMAD AMAR B.IBRAHIMLearning Centre: Greenhill Learning Centre

SEPTEMBER 2011 SemesterTABLE OF CONTENTS

KANDUNGAN M/S -------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.0 PENGENALAN

12.0 DASAR PENDIDIKAN NEGARA

52.1 Laporan Razak

7 2.2 Laporan Rahman Talib

7 2.3 Jawatankuasa Kabinet

83.0 Kekuatan dan Kelemahan FPN

83.1 Kekuatan FPN

83.2 Kelemahan FPN

104.0ACadangan-cadangan Tentang Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara

114.1 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

12 4.2 Memperkembangkan Tenaga Pengajar Yang Terlatih 134.3 Mempertingkat Kepimpinan Pentadbir 144.4 Memartabatkan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar154.5 Mengadakan Kurikulum Dan Sistem Peperiksaan Yang Sama

154.6 Melicinkan Tatacara Pengurusan Pendidikan

164.7 Mendemokrasikan Pendidikan

165.0 PENUTUP

16

6.0 RUJUKAN

171.0 PENGENALAN

Pendidikan adalah suatu landasan yang penting untuk melahirkan pelajarpelajar atau ahli masyarakat yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam sesebuah negara. Pendidikan juga memainkan peranan yang amat penting sebagai agen dan alat untuk memupuk, memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian kaum khususnya di negara ini. Justeru itu pendidikan negara perlu berlaku seiring dengan arus pembangunan negara apatah lagi apabila Malaysia kini menuju Wawasan 2020. Seiring dengan Wawasan 2020 Malaysia memerlukan masyarakat aktif dan proaktif di mana pendidikan memainkan peranan yang sangat signifikan. Pendidikan negara untuk suatu dekad akan datang harus lebih dinamik untuk menyediakan golongan pekerja berilmu sebagai satu langkah dan strategi pembangunan sumber manusia bagi percepatkan proses pembangunan negara. Sejajar dengan itu ini amat bergantung kepada dasar liberasi sistem pendidikan kearah melahirkan ramai pekerja berilmu, rajin, tekun dan produktif.Perubahan terhadap pendidikan telah berlaku sejak zaman sebelum merdeka hingga kini. Secara umumnya boleh dikatakan terdapat tiga fasa utama pembaharuan sistem pendidikan negara bagi memenuhi tuntutan semasa sama ada didorong oleh masyarakat, kerajaan, guru, dan pakar pendidikan. Tiga fasa tersebut ialah sebelum kedatangan kuasa Barat, semasa penjajahan Barat dan selepas negara mencapai kemerdekaan. Sebelum kedatangan kuasa Barat, sistem pendidikan adalah berbentuk tidak formal seperti membuat senjata atau seni mempertahankan diri. Kedatangan ulama islam dari Tanah Arab dan India membawa kepada sistem sekolah pondok dengan corak pendidikan lebih sistematik iaitu pecahan kepada ajaran Islam iaitu pelajaran Al-Quran, Tauhid, Fekah, Fardu Ain, Fardu Kifayah dan lain-lain. Kurikulum pendidikan pada masa itu bersesuaian dengan zaman kedatangan agama Islam di Tanah Melayu. Kandungan kurikulum pendidikan ketika itu juga lebih menekankan kepada aspek pengajran Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri.

Kedatangan kuasa penjajah terutama kuasa barat telah membawa bersama bentuk pendidikan yang baru. Kurikulumnya lebih tertumpu kepada matlamat mereka sendiri iaitu pecah dan perintah . Sistem pendidikan inggeris telah mewujudkan lima aliran pendidikan yang mengikut ras dan kaum masing-maisng. Lima aliran bahasa ini juga berasingan tujuan, matlamat dan kandungan kurikulumnya. Sistem pendidikan plural ini dikendalikan dalam lima bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Arab, Cina dan India. Pembaharuan kurikulum yang berlaku adalah pertambahan penggunaan bahasa pengantar dan orientasi pendidikan juga cenderung menumpukan taat setia rakyat pendatang kepada negara masing-masing dengan menggunakan bahan kurikulum yang dibawa dari negara asal. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan terus berkembang dan mengalami pelbagai pembaharuan sesuai dengan inspirasi penduduk tempatan dan kehendak pemerintah yang terdiri daripada rakyat tempatan. Pembaharuan kurikulum dan pendidikan terus berlaku berdasarkan kepada Laporan Razak1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Jawatankuasa Kabinet 1974 dan Akta Pendidikan 1996. Perkembangan sistem pendidikan negara boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.2.0 DASAR PENDIDKAN NEGARA2.0 Laporan RazakPenyata Razak 1956 telah menyatakan tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

Cara yang dicadangkan oleh Penyata Razak untuk menyatukan kaum-kaum di negara ini adalah menerusi satu sistem pelajaran yang bercorak seperti berikut: Satu daripada umbi kemahuan Dasar Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ini ialah mengubah corak semua sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah supaya bercorak Tanah Melayu. Kami berpendapat bahawa caranya supaya sempurna perkara ini ialah dengan jalan menyamakan sukatan pelajaran semua sekolah-sekolah. (Penyata Razak, perenggan 115).

Jelas bahawa Penyata Razak telah mengutamakan perpaduan negara sebagai satu matlamat yang perlu dicapai. Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan akan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat di Malaysia yang berbilang bangsa. Konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang diwujudkan mestilah berupaya menangkis semua gejala yang boleh memecahbelahkan rakyat, umpamanya semangat perkauman yang tebal dan perasaan kedaerahan yang melampau.

2.2 Laporan Rahman TalibDalam tahun 1960 Penyata Rahman Talib yang merupakan semakan semula Penyata Razak 1956, juga telah menitikberatkan perlunya kurikulum sekolah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan negara. Usaha yang sungguh-sungguh telah dibuat untuk menyemak dan memperbaharui sukatan-sukatan pelajaran supaya dapat membantu dan memupuk kepentingan rakyat Malaysia. Di antara mata pelajaran baru diperkenalkan yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat ialah mata pelajaran Tatarakyat, Pendidikan Moral, Sejarah dan Ilmu Alam.

Mata pelajaran Tatarakyat diwajibkan di semua sekolah. Kementerian Pelajaran juga sedang merancang untuk memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Moral. Di antara perkara penting yang dititikberatkan dalam mewujudkan perpaduan kaum di negara ini adalah pemahaman tentang keadaan masyarakat bagi membentuk sikap bertoleransi, bekerjasama dan saling bersefahaman di antara kaum. Selain dari itu murid-murid juga dididik supaya tahu, berbangga dan menghormati lambang-lambang kebangsaan. Di sekolah-sekolah, pengibaran bendera kebangsaan yang disertai dengan nyanyian lagu kebangsaan 'Negaraku' perlu diadakan setiap awal dan hujung minggu. Dengan adanya tindakan seumpama ini akan timbullah rasa kekitaan dan cintakan negara.

Sejarah adalah satu mata pelajaran yang memainkan peranan penting ke arah pencapaian matlamat pembangunan. Bagi negara yang masih lagi di dalam proses membangun ini, murid-murid sekolah perlu ditanamkan dengan semangat patriotik, kebangsaan dan kesetiaan kepada negara. Melalui pelajaran Sejarah juga, diharapkan semangat perpaduan dan hormat menghormati di antara kaum yang berlainan kebudayaan dan anutan agama dapat dibina.

Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib telah menggariskan tiga asas utama: Pertama:Sistem persekolahan yang sama bagi semua; Kedua: Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan; Ketiga:Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan.

Akta Pelajaran 1961Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Kedua-dua laporan ini menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja rakyat.

3.0 Kekuatan dan Kelemahan FPN3.1 Kekuatan FPN Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan perkerabangari'sahsiah .

Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990. Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar . KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individuserta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalahsebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan berterusan. Iniadalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta. Program pemulihan dan pengayaan dijalankan untuk mengambil kirabahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan kebolehan.

Melalui temu ramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-murid yang tahu membaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.

3.2 Kelemahan FPN

Walaupun banyak kejayaan telah dicapai, tetapi dengan cabaran dan keperluan baru terhadap pendidikan, masih banyak yang perlu diperjuangkan dan pelbagai usaha perlu dipertingkatkan. Antara isu yang masih dihadapi oleh KPM ialah:

Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Penyediaan bekalan elektrik belum mencukupi khususnya di sekolah luar Bandar; Penyediaan bekalan air bersih belum disediakan sepenuhnya terutama di sekolah luar Bandar; Penyediaan bilik darjah belum mencukupi dan bilangan sekolah dua sesi masih tinggi; Bangunan sekolah yang lama (melebihi 30 tahun) memerlukan penyelenggaraan yang tinggi; Kemudahan bilik/ makmal sains masih belum disediakan sepenuhnya; Kadar penyertaan pelajar dalam sistem persekolahan KPM masih rendah di peringkat menengah; Masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ; Wujud keciciran (meninggalkan sistem persekolahan KPM) di kalangan murid; Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan; 4.0 Cadangan-cadangan Tentang Pelaksanaan Dasar Pendidikan NegaraMeningkatkan Profesionalisme Perguruan

Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.

Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di negara-negara membangun khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih redikal dilakukan. Profesyen perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari segi inovasi dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan pesatnya dan dalam sektor-sektor lain.

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di bataskan di atas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan negara.

Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat.

Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabdikan diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.Meningkatkan Kepemimpinan Sekolah

Bagi mencapai tahap penyeliaan yang berkesan juga, maka penguasaan pengetahuan dan kemahiran teknikal khusus dalam bidang kurikulum pengajaran, pengesanan dan penilaian serta juga hubungan manusia adalah penting dalam memastikan kecekapan penyeliaan oleh pemimpin sekolah.Menurut Kimbrough dan Nunnery (1976), bagi memastikan lagi kecekapan penyeliaan, maka kemahiran konseptual iaitu keupayaan memahami unsur-unsur kompleks dalam sesebuah organisasi sekolah serta dapat melihatnya secara keseluruhannya adalah penting. Kemahiran ini bertujuan untuk membolehkan pengetua dapat mengkaji dan menilai matlamat sekolah dan kaitan dengan fungsinya serta dapat mengaitkan kemudahan-kemudahan fizikal dan staf yang ada dalam usaha untuk mencapai objektif keseluruhan organisasi sekolah itu dan perkembangan sekolah seterusnya.

Selain kemahiran konseptual, kemahiran dalam hubungan kemanusiaan juga adalah penting untuk seseorang pengetua menjayakan peranan penyeliaannya. Mengikut Owens (1990), kebolehan dan kemahiran yang diperolehi seseorang pengetua dalam menyempurnakan sesuatu tugas adalah melalui kakitangannya. Semua ini berkaitan dengan kefahaman mengenai motivasi manusia serta pengalaman stail kepimpinan yang sesuai lagi berkesan. Hoy dan Forsyth (1986: 65) mendefinisikan kemahiran kemanusiaan ialah kebolehan dan keupayaan menggunakan sumber tenaga manusia dengan bijaksana melalui dorongan dan sifat-sifat kepimpinan yang berkesan.Dalam konteks ini, sekiranya seseorang pemimpin sekolah tidak menunjukkan hubungan yang baik dengan staf, maka adalah sukar untuk sekolah mencapai kemajuan. Guru-guru pasti tidak seronok untuk mengajar dan yang menjadi mangsanya pastilah anak murid. Sebab itulah dalam menjayakan peranan penyeliaannya, seseorang pengetua atau guru besar tidak boleh hanya menunggu untuk mencapai apa yang ditentukan kepada sekolah dan diri mereka sahaja tetapi juga mencari jalan dan sumber yang baru untuk memberi kekuatan dalaman bagi menyokong staf mereka. Sarasson, S. (1971).

Di samping itu, seseorang pengetua atau guru besar yang mahu berjaya dalam tugas penyeliaannya juga perlu mempunyai kemahiran teknikal. Yulk (1994) berpendapat kemahiran teknikal ialah kebolehan dan keupayaan seseorang untuk menggunakan ilmu pengetahuan, kaedah, teknik serta alat-alat yang sesuai untuk melaksanakan satu-satu tugas tertentu selaras dengan pelajaran, latihan dan pengalaman yang diperolehi olehnya. Kemahiran teknikal juga meliputi kemahiran penilaian dan perancangan, pengkajian dan penilaian pengajaran.

Dalam konteks pendidikan, Wilson (1996) menjelaskan antara kecekapan teknikal yang perlu ada pada seseorang pengetua untuk membantu mereka melaksanakan tugas penyeliaan dengan berkesan ialah penguasaan pengetahuan dalam bidang penyelidikan, keberkesanan pengajaran dan juga kebolehan untuk menghubungkan penemuan penyelidikan dengan pengurusan pengajaran. Oleh itu, bagi menjadi seorang pemimpin sekolah yang berkesan dalam penyeliaan, maka seseorang pengetua atau guru besar perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam semua aspek.

Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.

Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri.

Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan mengurangkan tekanan. Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

Melicinkan Tatacara Pengurusan PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yang bertanggungjawab telah melaksanakan beberapa strategi yang dapat memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan, antaranya ialah melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan organisasi berkenaan dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini memang banyak disentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53 berkenaan Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.

Mendemokrasikan Pendidikan

Usaha mendemokrasikan pendidikan telah dilakukan sekitar tahun 1980-an. Matlamatnya adalah bagi memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan dengan mengagihkan peruntukan secara adil. Ini dilakukan dengan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Ini adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan.5.0 PENUTUP

Dunia pendidikan di Malaysia masa kini sedang melalui era transfonnasi yang sangat dirasai gelombangnya. Ini terkesan daripada minat ibu baps yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isuisu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.Para pendidik di sekolah juga perlu melihat ke hadapan dengan pandangan dan paradigma barn di mana pendidikan dalam era globalisasi ini perlu di tafsirkan secara holistik. Tidak perlu ada pemisahan antara kesungguhan guru, komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran dan juga kesediaan untuk mendidik generasi pelajar di mana kesemuanya perlu bergerak selari dan sentiasa beriringan. Dalam erti kata lain, memotivasikan pelajar untuk memperoleh kecemerlangan dalam aspek kognitif, kemahiran, spiritual dan sosial perlu juga diiringi dengan kesediaan guru untuk bersama-samamemikul tanggungjawab yang semakin berat kerana sifat semulajadi pendidikanitu sendiri yang memang sentiasa dinamik dan perlu memberi tindak balas terhadap keperluan zaman.

6.o RUJUKAN

Azhar Mad Aros. (2004). Tamadun Jepun.Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Volume 4 (1), pg. 408Habib Mat Som(2007). Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan Di Malaysia.Universiti MalayaChandra Muzaffar et al (2004). Pengenalan Ilmu Ketamadunan. Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Volume 4 (1), pg.5Datuk Dr. Syed Othman Alhabshiunknown.Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Pendidikan_di_Malaysia

http://myais.fsktm.um.edu.my/7436/1/globalisasi_vol31_no1_(91-101).pdf

http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956http://www.teo-education.com/teophotos/albums/userpics/131_Dasar_dan%20Pelaksanaan_Sistem%20Pendidikan%20Kebangsaan.pdfhttp://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/Mansor Mohd. Nor, Abdul Rahman Aziz & Mohammad Ainuddin Iskandar Lee, 2006, Hubungan Etnik di Malaysia, Prentice Hall Malaysia, Kuala Lumpur.

PAGE 17