tamadun islam dan tamadun asia

8
Tamadun Islam dan Tamadun Asia Khamis, 12 April 2012 TAMADUN MELAYU Pengenalan Tamadun Melayu adalah merupakan sebuah tamadun yang sangat unik kerana ia mengalami banyak perubahan sepanjang proses perkembangan dan kegemilangannya. Dalam proses kegemilangan tamadun Melayu, ia telah dikelaskan kepada tiga peringkat iaitu kehidupan masyaraket Melayu sebelum kedatangan agama Islam, kehidupan masyarakat Melayu selepas menerima pengaruh Hindu-Buddha dan kehidupan masyarakat Melayu selepas kedatangan agama Islam. Alam Melayu Satu kawasan yang merangkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh wilayah Asia Tenggara Dikenali pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu, gugusan kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan luas atau lingua franca dalam kehidupan masyarakat Perkataan Melayu merujuk kepada tiga perkara yang berbeza iaitu ras, kebudayaan dan bahasa Tamadun Melayu Sebelum Kedatangan Islam Zaman Pra-Islam Kepercayaan kepada roh nenek moyang yang dinamakan hyang Roh nenek moyang dipercayai masih di kalangan mereka dan mempunyai tenaga

Upload: suryadieediee

Post on 08-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Khamis, 12 April 2012TAMADUN MELAYUPengenalan

Tamadun Melayu adalah merupakan sebuah tamadun yang sangat unik kerana ia mengalami banyak perubahan sepanjang proses perkembangan dan kegemilangannya. Dalam proses kegemilangan tamadun Melayu, ia telah dikelaskan kepada tiga peringkat iaitu kehidupan masyaraket Melayu sebelum kedatangan agama Islam, kehidupan masyarakat Melayu selepas menerima pengaruh Hindu-Buddha dan kehidupan masyarakat Melayu selepas kedatangan agama Islam.

Alam Melayu

Satu kawasan yang merangkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh wilayah Asia TenggaraDikenali pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu, gugusan kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah JawiBahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan luas atau lingua franca dalam kehidupan masyarakatPerkataan Melayu merujuk kepada tiga perkara yang berbeza iaitu ras, kebudayaan dan bahasa

Tamadun Melayu Sebelum Kedatangan IslamZaman Pra-Islam

Kepercayaan kepada roh nenek moyang yang dinamakan hyang

Roh nenek moyang dipercayai masih di kalangan mereka dan mempunyai tenaga

Hyang dianggap sebagai jelmaan Tuhan yang perlu dipuja dan disembah

Menyembah roh jelmaan Tuhan

Zaman Kedatangan Hindu-BuddhaLebih tersusun dan berbentuk rasmiBerlaku pada lapisan atasan iaitu golongan pemerintah dan bangsawanKonsep dewarajaKesenian, keindahan, keromantisan, keagungan dan ketakjuban diutamakan

Zaman Kedatangan IslamMengubah bentuk kepercayaan Hindu-Buddha bertukar kepada kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya

Pembinaan Tamadun Melayu selepas kedatangan Islam

Islam datang dari Tanah Arab

Dikemukakan oleh John Crawford dan Niemann dan de Hollander

Disokong oleh Prof. S.M. Naquib al-Attas

Hubungan perdagangan terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab

Islam datang dari India

Dikemukakan oleh Pijnappel dan diperkukuhkan oleh Snouck Hurgronje dan J.P. MoquetteMelalui GujeratPenemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh yang mendakwa dibawa dari Gujerat

Islam datang dari ChinaMelaui Kanton dan HainanDopelopori oleh Emanuel Godinho de ErediaPenemuan batu surat di Champa, Brunei, Laren Jawa dan TerengganuMencatatkan kedatangan Islam melalui Negara China

Kesan dan Pengaruh Islam kepada Tamadun Melayu

Agama dan KepercayaanPercaya kepada knosep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitik beratkan soal persamaan tarafMasyarakat Melayu diperkenalkan dan diyakinan dengan keyakinan yang berteraskan tauhidMenekankan konsep persamaan taraf sesama manusia di sisi Allah s.w.t.

PendidikanGolongan bawahan berpeluang menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasanDorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca Al-Quran dan kitab-kitabMelahirkan ramai cendekiawan dan ulama-ulama Melayu

Bahasa dan KesusasteraanTulisan jawi dan tulisan Arab telah diperkenalkanMelalui bahasa ini, Bahasa Melayu memainkan peranan lebih pentingDigunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran

PerundanganPerubahan kepada sistem dan IslamPerundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan MalaysiaPerlembangan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri

Politik dan PemerintahanGelaran raja ditukar kepada sultanRakyat diberi hak untuk bersuara dalam menentukan perubahan sistem berajaSultan diamanahkan mentadbir sesebuah negeri

Sistem kekeluargaanPembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaanIslam menentukan garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran IslamPelbagai adat dan budaya Islam dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak

Adat dan Cara HidupDilakukan sejak individu itu lahir ke dunia hinggalah ke hari kematiannyaIslam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah s.w.tKedatangan Islam ke Alam Melayu menjadikan golongan bawahan mula mendapat perhatian dan penghormatan

Pandangan Semesta Tamadun Melayu

Aspek Tauhid

Prinsip tentang kejadian alam semesta sebagai ciptaan Tuhan untuk dimanfaatkan oleh manusia di dunia ini dan untuk menjadi satu tanda bagi wujudnya Rabb al-Alamin.Dibahagikan kepada :oTauhid Uluhiyyah Penyembahan, pemujaan, penghargaan dan permohonan hanya kepada Allah Tuhan yang satu.oTauhid Rububiyyah mempercayai Allah sebagai Pencipta, pemilik dan pentadbir tunggal bagi alam ini.

Nilai-nilai murni Masyarakat Melayu

Kehidupan lebih teratur dari segi susunan masyarakat dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketaatan dan kepatuhan kepada sultan dan pemimpin.Berpegang teguh kepada adat tradisi yang sebati dengan amalan kehidupan seharian.Menjaga adat resam dan pantang larangan yang diamalkan oleh nenek moyang dahulu, seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian.Mengatur perjalanan kehidupan dari segi pergaulan dan juga hubungan sesama manusia.Menitik beratkan hal-hal kekeluargaan dan juga hubungan sesama manusia.Mengajar umatnya mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim.

Pencapaian Tamadun Melayu

Bidang Persuratan

Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa lingua franca bagi wilayah kepulauan Melayu dan digunakan oleh golongan peniaga serta pengembara asing dari China, Eropah dan India.Penggunaan dalam bidang penulisan :Skrip Sanskrit (pahlawi), Skrip Arab (jawi), Skrip Roman (rumi)Dibahagikan kepada :oSastera Rakyat (sastera lisan)Merupakan satu unsur local genius atau kepintaran tempatan yang memperlihatkan kekereatifan dan kebijaksanaan berfikir anggota masyarakat pada zaman pra-literasi.Dibahagikan kepada :bukan naratif (bentuk ucapan lisan) : seperti pantun, peribahasa, simpulan bahasa dan seloka. Bentuk ucapan ini kemudiannya akan dirakam dalam bentuk tulisan.naratif (bentuk sastera lisan) : seperti cerita penglipur lara, cerita jenaka, cerita nasihat, cerita binatang dan lain-lain.oSastera Pengaruh HinduDi zaman pra-Islam di Alam Melayu.Epik dan mitos India diserap ke dalam bentuk kesusasteraan Melayu lama.Seperti : Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima didasrkan kepada kitab Ramayana dan Mahabharata.oSastera Pengaruh IslamKelahiran kitab-kitab ilmiah yang banyak menggunakan bentuk prosa dan puisi di Acheh dan melahirkan pelbagai genre baru.Di zaman pemerintahan kerajaan Pasai, hasil kesusasteraan dipenuhi dengan ciri kesusasteraan agama khususnya sastera kitab, riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w., cerita nabi-nabi, dan sejarah seperti Hikayat Raja-raja Pasai.

Bidang Kesenian

Dilihat melalui manifestasi kesenian orang melayu.Memainkan peranan penting dalam melengkapkan kehidupan orang Melayu yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun dan untuk mengekalkan nilai-nilai murni tamadun Melayu.Dipengaruhi oleh kejadian alam semulajadi dari segi hubungan masyarakat Melayu dengan manusia lain dan juga hubungan manusia dengan kepercayaan dan agama.Pelbagai bentuk kesenian seperti seni tari, seni muzik, seni ukir dank hat, seni bela diri, seni pertukangan, seni tenun dan sulam, seni kulinari dan lain-lain.

Bidang Sains dan Teknologi

Mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan yang ada pada orang-orang Melayu.Contoh kemajuan sains dan teknologi :oBidang pertanian : Teknologi pembajakan dan sistem saliran air yang digunakan dalam process pengairan pertanian.oBidang teknologi alam bina : Pembinaan rumah dan masjid, contoh rumah kutai, rumah panjang, kubah dan juga masjid kampong laut.oTeknologi tekstil dan warna : teknologi mencanting batik dan juga tenunan.oSains ukuran, timbangan dan sukatan

Bidang Pendidikan

Pada awal perkembanganPendidikan yang diterima adalah pendidikan tradisional seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab.Aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru yang mengorganisasikan sekolah agamaMembina pondok di sekeliling sekolah agama sebagai tempat tinggal.

Sekitar abad ke-19Sekolah Melayu mula dibuka, sekolah Melayu pertama dibuka pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.Ciri-ciri utama ialah pelajaran Melayu disediakan selama empat tahun, mutu pelajaran terhad dan rendah tahapnya, menyediakan para pelajar menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.Keburukan : Murid-murid sekolah Melayu tidak ada peluang untuk belajar Bahasa Inggeris dan juga tidak dapat melanjutkan pelajaran di peringkat menengah.Langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran British melalui jawatankuasa Barnes 1950 (Penyata Barnes) (Samri,2003) mendapat tentangan dari masyarakat bukan Melayu kerana ia meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Selepas Penyata Barnes ditolakJawatankuasa Fenn-Wu, ditubuhkan pada tahun 1951 tidak mampu memberi kepuasan kepada semua penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum.Ordinan Pelajaran 1952 diwujudkan untuk mengariskan perkara penting oleh British.oAntarannya seperti :1.Mendirikan dua jenis sekolah kebangsaan, iaitu menggunakan pengantar Bahasa Melayu dan pengantar Bahasa Inggeris.2.Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam sistem pelajaran kebangsaan tetapi kemudahan akan disediakan untuk mempelajari Bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa ketiga.3.Bahasa Inggeris akan diajar dari darjah satu di sekolah-sekolah pengantar bahasa Melayu.4.Bahasa Melayu diajar pada darjah tiga bagi sekolah pengantar Bahasa Inggeris.Ordinan ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dan darurat.

Menjelang Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957Penyata Razak, diluluskan dalam majlis perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956.Semua dasar pendidikan selepas 1957 menggunakan dasar yang telah diputuskan dalam Penyata Razak.

Pada tahun 1959Sebuah jawatankuasa ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji Penyata Razak.Cadangan dikemukakan didalam Penyata Rahman Talib diterima dan digubal serta dinamakan sebagai Akta Pelajaran 1961.

Pada tahun 1974Sebuah Jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan kebangasaan yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad ditubuhkan.Menwajibkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah.Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada tahun 1982 manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan pada tahun 1988.

Konsep Kebudayaan Islam Di Malaysia

Pemupukan kebudayaan di Malaysia Semenjak tergubalya Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971.Berbeza dengan negara lain.Sifat agama Islam memudahkan kebudayaan Islam tersebar dan dapat diterima dengan terbuka oleh penduduk di alam Melayu ini.Dilihat dalam tradisi pengajian, bahasa, keilmuan, kesenian, kesusasteraan, falsafah dan pemikiran serta kemampuannya menyerapkan unsur asal, dipengaruhi dan mempengaruhi selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip tauhid.Memberi sumbangan kepada kehidupan keagamaan dan kemasyarakatan.Dilihat dari sudut cara berpakaian, makan minum, pengembangan ilmu pengetahuan, kesenian, falsafah dan peningkatan Bahasa Melayu dan juga kesusasteraan.

Cabaran Tamadun Melayu Pada Masa Kini

Cabaran dari dalam

Cabaran sosio-budaya kesan daripada kemajuan dan perubahan yang dicapai dan dialami. Khususnya golongan remaja dan belia yang menghadapi pelbagai masalah sosial.Pengaruh dan tekanan kebendaan dan kemewahan hidup yang membawa pelbagai jenayah kewangan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan lain-lain.Fahaman sekularisme ataupun kefahaman tentang segala apa terjadi dan diusahakan adalah semata-mata untuk kehidupan di dunia sahaja tanpa memikirkan hal-hal kehidupan di akhirat.Fahaman pragmatisme yang melampau dan amalan-amalan yang bertentangan dengan nilai Islam.

Cabaran dari luar

Kemasukan pengaruh asing, terutamanya unsur-unsur dari Barat sebab berlakunya globalisasi ataupun proses pengecilan dunia.Penularan pengaruh Barat :oDari segi ideologi seperti sekularisme, liberalisme, materialisme, rasionalisme, atiesme dan lain-lain.oDari segi budaya dan nilai seperti budaya hedonisme, humanisme, individualisme dan lain-lain.oDari segi ekonomi dapat dilihat dari segi budaya kapitalisme, perniagaan wang, pasaran bebas dan banyak lagi.oDari segi penerokaan sains dan teknologi seperti teknologi maklumat dan komunikasi, penerokaan dalam bidang bio-teknologi, mikroelektronik, aeroangkasa, robotik dan sebagainya.o Dari segi politik dapat dilihat sistem pentadbiran negara lebih cenderung kepada demokrasi liberal ala-Barat dan sebagainya.

Cabaran-cabaran dapat diatasi melalui kekuatan pembersihan dalaman berdasarkan ajaran-ajaran Islam, yang menekankan akauntabiliti dan ketakwaan, kesederhanaan, pengorbanan diri, prinsip dan sebagainya.

Kesimpulan

Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang unik, kerana perkembangannya melalui beberapa tahap yang penting. Tamadun Melayu mengambil masa berabad-abad lamanya untuk menjadi sebuah tamadun yang unggul, setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Sekarang masyarakat Melayu telah mencapai kegemilangan yang tinggi, malah perkembangan tamadun Melayu telah menerima pelbagai cabaran untuk berkembang. Diharap generasi akan datang tidak akan mensia-siakan segala perjuangan yang telah diusahakan oleh generasi dahulu, dan akan berusaha memantapkan lagi kekuatan yang dimiliki sekarang.