tamadun islam

43
PENDAHULUAN Kursus “Tamadun Islam Dan Tamadun Asia” atua dikenali sebagai TITAS merupakan satu kursus yang penting serta wajib untuk menerapkan nilai, moral, dan unsur pembentukan akhlak yang mulia dalam jiwa seseorang pelajar. Kita dapat bermanfaatkan diri sendiri dengan tiga ciri tersebut melalui Tamadun Islam. Perkataan Tamadun adalah istilah bahasa Arab berasal daripada perkataan maddana dan madana yang bermaksud membangunkan kawasan dan akhlak (kerohanian). Unsur-unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Tamadun Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul, berpengetahuan tinggi dan tinggi budi bahasa di dunia. Dengan adanya ciri-ciri berikut, Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana. Seperti yang dijelaskan oleh Francis Bacon(1561-1626), merupakan seorang ahli falsafah Inggeris, “Ilmu adalah kuasa”. Kata ini amat tepat dalam semua generasi sehingga hari ini dan membolehkan Tamadun Islam menjadi sebuah tamadun yang

Upload: kevin-cheng

Post on 21-Dec-2015

103 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Titas Assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Islam

PENDAHULUAN

Kursus “Tamadun Islam Dan Tamadun Asia” atua dikenali sebagai TITAS

merupakan satu kursus yang penting serta wajib untuk menerapkan nilai, moral, dan

unsur pembentukan akhlak yang mulia dalam jiwa seseorang pelajar. Kita dapat

bermanfaatkan diri sendiri dengan tiga ciri tersebut melalui Tamadun Islam.

Perkataan Tamadun adalah istilah bahasa Arab berasal daripada perkataan maddana

dan madana yang bermaksud membangunkan kawasan dan akhlak (kerohanian).

Unsur-unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat.

Tamadun Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul,

berpengetahuan tinggi dan tinggi budi bahasa di dunia. Dengan adanya ciri-ciri

berikut, Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan di

Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana. Seperti yang

dijelaskan oleh Francis Bacon(1561-1626), merupakan seorang ahli falsafah Inggeris,

“Ilmu adalah kuasa”. Kata ini amat tepat dalam semua generasi sehingga hari ini dan

membolehkan Tamadun Islam menjadi sebuah tamadun yang gemilang. Nabi

Muhammad s.a.w. mengembangkan Tamadun Islam dari Semenanjung Tanah Arab

selepas menerima wahyu pertama. Seperti yang dikatakan oleh Joseph Conrad, “Tiada

manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini

sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah

semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.” Ini mengata

walaupun Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi banyak cabaran dalam meluaskan

Agama Islam, namun beliau tidak berputus asa, tetepi bembangkitkan diri sendiri dan

penganutnya. Kerajaan Islam pertama yang dibangunkan di dunia terletak di Madinah

semasa Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M. Secara umumnya

kedatangan atau pertapakan Islam dan perkembangannya di Kepulauan Melayu

Page 2: Tamadun Islam

berlaku pada abad ke 12 M atau ke 13 M. Ia tersebar di Sumatera diikuti oleh Melaka

pada ke-15 M dan kemudiannya oleh Pulau Jawa.( M. Rajendran (1993)Petaling Jaya)

Tajuk tugasan kumpulan kami adalah “Bincangkan perkembangan dan

sumbangan Tamadun Islam di Asia Tenggara”. Hala tuju tugasan ini adalah untuk

memahami sumbangan yang telah diberi oleh Tamadun Islam dan perkembangan

tamadun itu. Objektik tugasan ini adalah untuk mengkaji perkembangan dan

sumbangan tamadun Islam di Asia Tenggara. Tamadun Islam telah banyak memberi

sumbangan kepada seluruh dunia dalam pelbagai aspek, sebagai contohnya ilmu-ilmu

perubatan, matematik, astonomi dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini telah disebarkan ke

seluruh dunia dan digunakan oleh orang ramai sehingga hari ini.

Sebenarnya, sejarah awal kedatangan Islam ke Alam Melayu merupakan isu

yang terus diperdebatkan dalam kajian sejarah Asia Tenggara. Ini berpunca daripada

ahli sejarah, khususnya yang mengkaji tentang sejarah kedatangan Islam masih

kekurangan bukti berhubung dengan isu tersebut. Namun begitu, terdapatnya tanda

yang jelas membuktikan kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah buku-buku sejarah

yang ditulis pada zaman itu, seperti buku Sejarah Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai,

Hukum Kanun Melaka dan lain-lain.

Page 3: Tamadun Islam

BAHAGIAN A (PENGENALAN)

Risalah Ilahi yang dibawa oleh semua Nabi dan Rasul sejak Nabi Adam A.S.

sehinggalah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dikenali sebagai ‘Islam’. Perkataan

Islam ini menunjukkan suatu sifat yang terkandung dalam makna perkataan “Islam”

itu sendiri. Makna perkataan Islam dari sudut bahasa ialah tunduk, patuh, menyerah

diri dan sejahtera. (Ahmad Zaki Abd. Latiff, 2009, Tamadun Islam dan Tamadun

Asia(TITAS) )

Terdapat 3 teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu teori kedatangan

Islam dari semenanjung Tanah Arab, teori kedatangan Islam dari China dan teori

kedatangan Islam dari India. Teori kedatangan Islam dari Arad pada mulanya

dikemukakan oleh John Crawford dan kemudian disokong oleh intelektual tempatan,

Proffesor Syed Muhammad Naquib al-Attas. Menurut John Crawford, Tamadun Islam

berkembang di Asia Tenggara menerusi kegiatan perdagangan. Arab dan Parsi telah

mempunyai pusat petempatan dan perniagaan di Canton(Amoy) sejak tahun 300

Masihi. Sejak awal lagi orang Arab telah menguasai kegiatan perdagangan laut dari

pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke negeri China. Pedagang Arab berdagang

secara berterusan di Asia Tenggara setelah kemunculan Islam di Makkah pada abad 7

Masihi. Pedagang Arab ini telah singgah di pelabuhan utama Asia Tenggara

terutamanya pelabuhan di Selat Melaka sebelum teruskan pelayaran ke China.

Pelabuhan di Selat Melaka menjadi tempat menunggu pertukaran angin monsun

kerana kedudukannya strategik dan merupakan laluan utama perdagangan dan

perjalanan antara timur dan barat. Kebanyakan pedagang Arab telah menetap di Asia

Tenggara selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan ke China semasa

menunggu pertukaran angin monsun. Mereka telah membina perkampungan di situ

contohnya Ta Shih di Sumatera utara pada tahun 650M. Perkampungan ini telah

Page 4: Tamadun Islam

berkembang menjadi tapak untuk berdagang, pusat mengumpul barang jualan, tempat

membeli barang-barang mewah seperti tekstil dan tembikar dari China dan India. Ada

juga orang Arab di perkampungan ini berkahwin dengan wanita tempatan dan

menyebarkan Islam. Pedagang Arab berbincang dan berinteraksi dengan pedagang

tempatan dan Asia Tenggara tentang kepercayaan dan agama semasa menunggu

perubahan angin monsun. Penduduk tempatan tertarik dengan agama Islam kerana

kemurnian Islam, sifat kejujuran dalam amalan perniagaan, sifat mementingkan

kebersihan dan hemah tinggi yang ada pada para pedagang Islam. Menurut Profesor

Syed Muhammad Naquib al-Attas, wujud persamaan penulisan dan kesusasteraan

Asia Tenggara dan Arab perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi diambil

daripada bahasa Arab. Begitu juga adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak

dipengaruhi oleh budaya Arab seperti amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu

seperti tarian zapin dan dabus. Kebanyakan karya tempatan juga menceritakan tentang

pengislaman raja di Asia Tenggara oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab

contohnya Hikayat Raja-Raja Pasai

Teori kedua ialah teori kedatangan Islam dari China yang dikemukakan oleh

Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi. Menurut Emanuel Gadinho Eredia, Khan

Fo atau Canton (Guang Zhou) pernah menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan

peniaga Arab yang beragama Islam sejak abad ke-9 Masihi. Melalui hubungan

perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan pedagang China. Apabila

pedagang China Islam berdagang ke Asia Tenggara, mereka menyebarkan Islam

kepada masyarakat Asia Tenggara. Menurut S.Q. Fatimi pula, ramai pedagang China

Islam yang tinggal di Canton atau Amoy berpindah ke Asia Tenggara pada sekitar

tahun 876M. Bukti kedatangan Islam dari China ini diperkukuh dengan penemuan

Batu Bersurat Terengganu di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu. Ini

Page 5: Tamadun Islam

telah membuktikan bahawa Terengganu telah wujud sebuah kerajaan tua yang

bergantung kepada perdagangan. Tambahan pula, wujud persamaan antara seni bina

China dengan seni bina masjid di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa seperti seperti

bumbung jubin lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid.

Seterusnya, teori ketiga ialah teori kedatangan Islam dari India. Teori ini

dikemukakan oleh seorang sejarawan Belanda, Snouck Hurgronje. Menurut Snouck

Hurgronje, sejak abad ke-13, Islam telah berkembang ke Asia Tenggara melalui

wilayah Gujerat dan pantai Koromandel. Hubungan perdagangan India dengan Asia

Tenggara sudah lama wujud telah memberi peluang pedagang Islam India

menyebarkan Islam. Gujerat merupakan sebuah pelabuhan penting era pemerintahan

Alaudin Khilji di India. Selain itu, terdapat batu marmar pada batu nisan di

perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai

mempunyai ciri buatan India. Budaya masyarakat Asia Tenggara yang mempunyai

persamaan dengan budaya dari India telah membuktikan hubungan rapat antara India

dengan Asia Tenggara sebelum kedatangan Islam.

Tanda yang jelas membuktikan kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah

buku-buku sejarah yang ditulis pada zaman itu, seperti buku Sejarah Melayu, Hikayat

Raja-Raja Pasai, Hukum Kanun Melaka dan lain-lain. Selain itu batu-batu bersurat

seperti batu bersurat di Terengganu (1303 M), dan di Minye Tujuh, Aceh (1380 M).

Yang ketiga ialah kerajaan-kerajaan Islam yang diasaskan di Asia Tenggara seperti di

Acheh, Melaka, Johor, Demak (Jawa Tengah), Tidore, Banten (Jawa Barat), Goa

(Makasar), Ternate, Brunei, Sulu dan kerajaan-kerajaan yang lain. Kedatangan Islam

memberi jiwa yang baru dan besar kepada kebudayaan Melayu khususnya bahasa

Melayu.

Page 6: Tamadun Islam

Kedatangan pengaruh Islam menjadikan bahasa Melayu kaya dan mampu

digunakan untuk membahas perkara-perkara yang ilmiah seperti falsafah (yang tidak

pernah berlaku pada masa sebelum kedatangan Islam sekalipun pengaruh Hindu

cukup kuat bertapak pada kebudayaan Melayu sebelum itu), tasawuf, hukum dan

undang-undang, penterjemahan al-Qur'an (misalnya Abdul Rauf Al-Fansuri

menerjemahkan al-Qur'an buat kali pertama dalam bahasa Melayu pada abad ke-17

M), perbahasan ilmu Hadis, ilmu fikah dan berbagai-bagai ilmu lagi. Pendeknya

kedatangan Islam menjadikan bahasa Melayu mampu untuk digunakan bagi

membahas perkara-perkara yang bersifat intelektual.Satu lagi pengaruh Islam yang

meresap ke dalam kebudayaan Melayu ialah tulisan Melayu-Arab atau biasa disebut

tulisan Jawi. Dengan tulisan ini bahasa Melayu dapat ditingkatkan, sementara hasil-

hasil kebudayaan Melayu zaman dahulu dapat dirakamkan sehingga kita dapat

menyaksikannya sampai sekarang ini. Bahkan karya-karya Melayu lama lebih banyak

dalam bentuk tulisan Jawi daripada yang telah dirumikan. Pengaruh Islam yang lain di

Asia Tenggara adalah dalam bidang politik, perundangan (perlaksanaan hukum

shara') dan pentadbiran. Ini dapat disaksikan pada sistem pemerintahan Kesultanan

Melaka (1403 M - 1511 M), Kesultanan Johor-Riau (1511 M - 1824 M), Kesultanan

Aceh terutama dalam zaman Iskandar Muda Mahkota Alam (1606 M - 1636 M),

Kerajaan Bantan (1527 M - 1640 M), Kerajaan Brunei (sejak 1500 M) dan lain-lain.

Dalam perkara ini peranan ulama-ulama Islam sangatlah penting khasnya dalam

membentuk masyarakat Islam di Asia Tenggara, selain men-jadi para pemimpin untuk

menentang pencerobohan kuasa-kuasa asing terutamanya dari penjajah Barat. Ulama-

ulama inilah juga yang telah mengajar dan mendidik masyarakat dan umat Islam

untuk menegakkan maruah bangsa, mempertahankan tanah air, agama dan bangsa, di

Page 7: Tamadun Islam

samping selain daripada menghayati ajaran-ajaran agama Islam sesuai, dengan

sifatnya sebagai agama untuk kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat.

Page 8: Tamadun Islam

BAHAGIAN B (III) PERBINCANGAN

Faktor-faktor kejayaan tamadun Islam

Tamadun Islam mencapai kejayaan dan perkembangan dalam pelbagai bidang

kerana banyak punca pendorong yang terdapat dalam ajaran Islam dan sumber-

sumber asasnya. Antara punca-punca tersebut adalah seperti berikut:

Dorongan daripada semangat Iqra’ (membaca)

Wahyu pertama daripada Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.w.t. adalah titik

tolak kepada kelahiran tamadun Islam. Tamadun Islam tidak bertitiktolak dari

kawasan yang berdekatan dengan sungai sebagai asas kehidupan material seperti

tamadun-tamadun lain. Sebaliknya, pencetus kemunculan tamadun Islam adalah atas

kewajiban agama dalam menuntut ilmu.

Keterbukaan dan kreativiti tamadun Islam

Waqar al-Husaini (1985) seorang sarjana menegaskan bahawa sikap terbuka umat

Islam terserlah dalam memanfaatkan sumber-sumber tamadun daripada orang Yunani,

Romawi, Iskandariah, Syria, Parsi, India dan China. Umat Islam tidak meniru unsur

luar tanpa saringan dan tapisan yang wajar. Namun ia tidak bermaksud menghalang

umat Islam daripada mengkaji dan meneliti hasil tamadun luar terutama hal-hal yang

baru. Malah, Muhammad Asad (1983) menjelaskan bahawa umat Islam selalu

menerima pengaruh-pengaruh baru daripada peradaban asing tanpa menghancurkan

peradabannya sendiri.

Page 9: Tamadun Islam

Ilmu berasaskan tauhid

Ilmu Tauhid adalah ilmu yang membahaskan tentang Allah s.w.t., sifat-sifat yang

wajib pada-Nya, sifat-sifat yang boleh disifatkan kepada-Nya, dan sifat-sifat yang

sama sekali harus ditiadakan daripada-Nya. Ilmu tauhid iaitu ilmu yang menegaskan

hakikat keesaan Allah s.w.t. Tauhid berasal daripada bahasa Arab tawhid yang bererti

mengesakan dan meyakini bahawa Allah s.w.t. itu Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya.

Kelahiran Tamadun Islam

Kelahiran tamadun Islam agak perbeza dengan tamadun-tamadun lain.

Tamadun Islam lahir di kawasan padang pasir yang kontang. Manakala tamadun lain

lazimnya bermula di kawasan lembangan sungai.

Peranan manusia sangat penting dalam pembinaan tamadun Islam. Atas

hakitat inilah maka Rasululullah S.A.W mengambil masa selama 13 tahun bagi

membentuk personality Muslim yang unggul sebagai persediaan untuk membina

tamadun yang lebih besar. Akhirnya, wajah kesempurnaan tamadun Islam bersinar di

Madinah, dan Berjaya membuktikan kepada dunia bahawa Islam adalah satu cara

hidup yang unik dan merangkumi segenap aspek kehidupan manusia.

Tamadun Islam telah Berjaya mengubah cara hidup manusia tanpa mengira

apapun bangsa mereka. Kehidupan primitif telah berubah kepada satu bentuk

kehidupan yang lebih maju dan membangun. Suku-suku dan bangsa-bangsa yang

saling berperang dan berdendam telah disatukan menjadi satu ummah yang

didasarkan kepada kesatuan akidah, prinsip kebebasan dan juga keadilan. (Ahmad

Zaki Abd. Latiff, 2009, Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) )

Page 10: Tamadun Islam

Cara-cara kedatang Islam ke Asia Tenggara

Perkahwinan

Faktor perkahwinan turut berperanan penting dalam proses penyebaran Islam

di Asia Tenggara. Terdapat dua jenis perkahwinan iaitu pertama perkahwinan siasah

dan kedua perkahwinan biasa. Perkahwinan siasah berlaku dalam kalangan kerabat

diraja, misalnya di Melaka iaitu Sultan Mansur Syah dan Sultan Muzaffar Syah

mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri, dan Jambi

di Sumatera. Selain itu perkahwinan siasah turut berlaku antara puteri raja Melaka

dengan raja Pahang dan raja Kedah. Perkahwinan ini kemudiannya menyebabkan

seluruh negeri tersebut diislamkan. Perkahwinan biasa pula ialah perkahwinan antara

pedagang Islam atau ulama dari India atau Semenanjung Arab dengan penduduk

tempatan. Lantaran itu, Islam turut tersebut dalam kalangan keluarga wanita tersebut.

Perdagangan

Kegiatan dakwah berjalan secara lancar oleh para pedagang Islam dari India

semasa menjalinkan hubungan perdagangan di pelabuhan-pelabuhan yang terdapat di

Asia Tenggara seperti Melaka, Teluk Siam, Indo-China serta kepulauan rempah iaitu

Maluku dan Makasar. Pelabuhan ini menjadi tumpuan perdagang dari pelbagai tempat

serta juga dari masyarakat tempatan. Penyebaran Islam menjadi topik perbualan,

kemudian dijadikan ikutan di kawasan tersebut. Faktor keperibadian pedagang Islam

telah menyebabkan penduduk tempatan tertarik dan seterusnya menerima Islam yang

dibawa oleh mereka. Lantaran itu, pelabuhan-pelabuhan ini menjadi pusat

perbincangan tentang agama Islam dalam kalangan pedagang yang tinggal di situ.

Para pedagang sambil berdagang mereka turut membawa para ulama untuk

memudahkan penyebaran Islam dijalankan. Mereka ini tinggal beberapa bulan dan

Page 11: Tamadun Islam

ada juga sesetengahnya menetap di kawasan Asia Tenggara untuk meneruskan usaha

dakwah Islamiah. Ajaran Islam lebih mudah disebarkan apabila para pedagang

mengamalkan sifat berhemah dan lemah lembut. Sifat mahmudahyang dimiliki oleh

para pedagang ini membuatkan penduduk tempatan tertarik dengan usaha dakwah

mereka, lalu memeluk Islam. Islam turut tersebur dengan cepat kerana wujudnya

hubungan baik antara para pedagang dengan raja-raja yang memerintah. Hubungan ini

memberikan kedudukan istimewa kepada para pedagang dan ini memudahkan aktiviti

penyebaran Islam disampaikan kepada masyarakat tempatan. Sifat kejujuran dan

amanah yang ditunjukkan oleh para pedagang membuatkan pemerintah tempatan

melantik mereka memegang jawatan Syahbandar di beberapa bandar pelabuhan utama

di negeri-negeri di Asia Tenggara. (Yusuf. M.I (2002) Buku Teks Tingkatan 4)

Sumbangan Tamadun Islam

Tamadun Islam telah memberikan sumbangan secara menyeluruh kepada

kehidupan dan keperluan manusia dari aspek kepercayaan, kenegaraan,

perekonomian, social, moral, dan sebagainya. Ia telah mencetuskan perubahan yang

amat besar kepada kehidupan manusia tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit

dan sebagainya. Secara umumnya antara sumbangan tamadun Islam adalah seperti

berikut:

1. Ilmu Pengetahuan 4. Sosial

2. Ekonomi 5. Kesenian

3. Politik 6. Akidah tauhid

Page 12: Tamadun Islam

Ilmu Pengetahuan

Ayat al-Quran pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W

adalah berkaitan dengan pemerintah menuntut ilmu. Perintah ini dikuatkan lagi

dengan saranan Sunnah Rasulullah S.A.W. Ini membuktikan bahawa Islam

menganjurkan umatnya agar menggunakan ilmu untuk mengkaji, menyelidik rahsia-

rahsia alam bagi membangunkan tamadun meraka dan mendekatkan diri dengan

pencipta. Tradisi kegiatan intelektual yang didukung oleh Rasulullah S.A.W. para

persahabat dan khalifah-khalifah Islam selepas telah meletakkan tamadun Islam

terkehadapan daripada tamadun-tamadun lain. Daripada al-Quran umat Islam telah

mengembangkan ilmu-ilmu moden seperti matematik, astronomi, geografi, perubatan

dan lain-lain. Ilmu-ilmu ini pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian umat Islam

sehingga mampu membangunkan tamadun yang unggul.

Sumber ilmu pengetahuan  adalah;

i.  Al-Quran

ii  Al-Sunnah

iii Al-Ijtihad

Page 13: Tamadun Islam

Al-Quran:

Terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh manusia menyingkap tanda-tanda

kebesaran Allah s.w.t, menggesa manusia mempelajari dan

mengembangkannya. Ada dalam bentuk umum dan ada dalam bentuk khusus.

Terdapat ayat-ayat khusus yang membabitkan disiplin tertentu seperti:

i.  Astronomi; al-Anbiya: 23, al-An’am: 97, Yasin: 38-40 dan lain-lain.

ii. Matematik; al-Nisa’: 11-12.

iii.Biologi; alHajj: 5, al-Alaq: 2 dan lain-lain.

iv. Fizik; al-A’la: 1-3, Luqman: 20.

v.  Kimia; al-Rahmah: 7-9, al-Ra’d: 3 dan lain-lain.

Al-Sunnah:

Hadith-hadith Nabi juga ada menerangkan, menggesa dan menganjurkan pencarian

ilmu serta melakukan segala urusan dengan cara yang sesuai dengan kepakaran yang

dimiliki seperti sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud;

“Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu”.

Al-Ijtihad:

Penggunaan akal yang bijak telah menghasilkan ilmu-ilmu baru. Ini sesuai dengan

tuntutan mencari ilmu dalam Islam. Menurut Imam al-Ghazali, tuntutan mencari ilmu

adalah kewajipan keagamaan yang dibahagikan kepada fardhu ‘ain dan fardhu

kifayah.

(Ahmad Zaki Abd. Latiff, 2009, Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) )

Page 14: Tamadun Islam

Prinsip Keilmuan

Ia mempunyai tiga prinsip:

1- Tauhid

Segala disiplin ilmu mestilah terikat dengan ilmu tauhid iaitu dengan menjadikan

maklumat dan ilmu itu dirujukkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan sumber-sumber

muktabar yang lain.

2- Berasaskan hiraki ilmu

Dari sudut hiraki ilmu, ilmu-ilmu wahyu yang merupakan ilmu teras atau dasar yang

merupakan ilmu yang tinggi kedudukannya. Ilmu-ilmu fardhu kifayah pula

merupakan ilmu-ilmu yang lebih bersandarkan akal. Oleh itu ia di tempat kedua dari

segi hirakinya.

3- Kesepaduan ilmu

Idea dualisme hanya akan memberi kekeliruan dan mampu sekadar mencapai

matlamat jangka pendek sahaja. Sebaliknya kesepaduan ilmu akan berkesinambungan

dan seterusnya mencapai kedudukan yang paling tinggi iaitu keredhaan Allah s.w.t.

Akidah tauhid harus menjadi paksi atau tunjang kepada ilmu-ilmu fardhu ain dan

fardhu kifayah.

Page 15: Tamadun Islam

Matlamat Ilmu Dalam Islam

Matlamat ilmu dalam Islam harus berlegar kepada beberapa tujuan tertentu iaitu:

i.        Untuk mengenali Yang Maha Pencipta iaitu Allah. Ini merupakan tonggak

matlamat segala ilmu yang ada di atas muka bumi ini.

ii.      Untuk mengetahui bagaimana kehidupan sebenar yang merupakan ibadat

kepada Allah.

iii.    Untuk mengatur kehidupan beribadah menurut kepercayaan akidah yang

sebenar.

iv.    Untuk menguruskan dan mentadbir alam sebagai khalifah Allah.

Pengaruh Tamadun Islam Kepada Ilmu Pengetahuan

Seperti yang ditegaskan bahawa bukti-bukti pencapaian Tamadun Islam dalam

pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang menyerikan zaman kegemilangan Islam

adalah lahir dari ajaran Islam itu sendiri yang telah diolah oleh pemikir-pemikir Islam.

Ia menjadi rebutan oleh pencinta-pencinta ilmu terutama dari blok Eropah dan Barat.

Hal ini boleh diperhatikan beberapa kesan pengaruh tamadun Islam terhadap dunia

Eropah dan Barat dan dunia seluruhnya, antara lain:

Penubuhan Pusat Pengajian Tinggi Islam

Kaum muslimin amat tekun mengkaji isi kandungan al-Quran dan al-Hadith

sejak dari permulaan Islam lagi. Di samping ketekunan beribadat, mereka juga tidak

ketinggalan dalam usaha penemuan ilmu-ilmu umum baru yang lain. Kesemua ini

bertujuan bagi kepentingan umat manusia, baik untuk keselesaan hidup di dunia

Page 16: Tamadun Islam

mahupun mencari kebahagian di akhirat. Dengan sebab itu, lahir para ilmuan dalam

pelbagai bidang  tersebar di seluruh pelosok dunia Islam. Pemimpin Islam telah

mengambil inisiatif untuk mengumpul para ilmuan di suatu tempat dan diberi upah

bagi mereka yang mengajar dan membuat penyelidikan dari semasa ke semasa.

Akhirnya tempat itu menjadi Pusat Pengajian Tinggi Islam. Berbagai lapisan

masyarakat datang ke tempat itu sama ada dari dalam atau luar negara seperti pelajar-

pelajar dari Eropah untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan dari tokoh-tokoh

terkenal.  

Disiplin Ilmu, Tokoh Dan Sumbangannya

Rasulullah s.a.w. adalah tokoh yang mengintegrasikan ilmu pengetahuan yang

berbentuk duniawi dan ukhrawi tanpa wujud sebarang pemisahan di antara satu sama

lain. Di antara cara-cara yang biasa dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk

merealisasikan perkara di atas antaranya pada malam hari baginda banyak

mengerjakan amal ibadah dan pada siang hari baginda bertanggungjawab dalam

pentadbiran dan pengurusan negara. Baginda juga mendidik para sahabat secara

langsung dengan ilmu-ilmu yang dapat mendisiplinkan mereka sehingga tidak

sanggup melakukan sebarang penyelewengan dalam kehidupan bermasyarakat

disebabkan mereka menguasai ilmu dunia dan akhirat dengan seimbang.

Kecemerlangan keilmuan dalam Tamadun Islam di zaman silam itu, akhirnya

melahirkan ramai tokoh ilmuan dalam pelbagai bidang. Ianya dikagumi dunia

sehingga kini. Oleh itu lahir tokoh-tokoh intelektual yang terbilang dalam pelbagai

bidang. Berikut akan dijelaskan ilmu-ilmu yang telah diterokai oleh para ilmuan Islam

itu dan sumbangan yang telah mereka berikan.

Matematik

Page 17: Tamadun Islam

Orang Islam telah mempersembahkan kepada dunia ilmu Algebra

dalam bentuknya yang asli. Algebra, perangkaan dan matematik gunaan telah

dipelopori dan diketengahkan oleh para sarjana Muslim. Merekalah orang  pertama

menggunakan Algebra dalam bidang Geometri. Di antara tokoh ilmu matematik Islam

ialah al-Khawarizmi (780-850M). Beliau merupakan seorang ahli matematik Islam

termasyhur. Beliau memberikan sumbangan dalam perkembangan ilmu matematik

apabila mengemukakan asal usul angka. Karya-karya beliau telah diterjemahkan ke

dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagni, iaitu kitab al-Jami’ wa al-Tafiq bi Hisab

al-Hind. Kitab ini dikatakan ditulis oleh beliau berdasarkan kepada matematik yang

berasal dari India. Al-Khawarizmi telah memperkenalkan  satu teorem baru dalam

matematik iaitu Algebra. Perkara ini dirakamkan di dalam kitabal-Mukhtasar fi Hisab

al-Jabr wa al-Muqabalah. (Mustafa Daud 1991: 261).

Perubatan

Sarjana Islam Andalusia telah berjaya menghasilkan kemajuan yang amat

membanggakan dalam bidang ini dan kejayaan mereka mengatasi pencapaian ahli-

ahli perubatan Timur.Berdasarkan teori-teori baru, ahli-ahli perubatan Islam

Andalusia telah berjaya melakukan eksperimen-eksperimen yang sukar. Mereka

sentiasa berhati-hati dalam semua operasi yang dilakukan khususnya dalam bidang

aetiologi, patologi dan terapuitik. Dengan itu Andalusia berjaya melahirkan ramai

sarjana yang mempunyai kepakaran yang mendalam dalam berbagai cabang ilmu

kedoktoran dan mereka telah menghasilkan karya-karya perubatan yang dilengkapi

dengan ilustrasi alat-alat pembedahan. Inilah sumbangan terbesar oleh sarjana

perubatan Islam dan dunia perubatan moden terhutang budi kepadanya. Orang Yahudi

mempelajari ilmu daripada sarjana Islam Andalusia dan mereka menjadi terkenal di

merata tempat. Selain daripada itu, para sarjana perubatan menjadi tenaga pengajar di

Page 18: Tamadun Islam

universiti-universiti di seluruh Andalusia. Mereka bertanggungjawab mengurniakan

diploma atau ijazah kepada para pelajar yang telah tamat pengajian kedoktoran.

Seseorang itu tidak dibenarkan untuk mengajar atau memperaktiskan ilmu kedoktoran

tanpa diploma atau ijazah  yang berkenaan. Banyak hospital awam didirikan di semua

bandar penting di Andalusia. Contohnya pada zaman pemerintahan khalifah Bani

Umaiyah terdapat lebih kurang 40 buah hospital di Cordova.

Di antara tokoh ilmu perubatan Islam ialah Ibn Zuhr (meninggal dunia pada

525H/1131M). Di Barat beliau dikenali sebagai Avensoon. Beliau juga merupakan

pakar perubatan yang termasyhur di Andalusia. Beliau telah meninggalkan karya yang

amat dihargai oleh Barat iaitu kitab al-Taysir yang diterjemahkan ke dalam bahasa

Latin dalam tahun 1289M oleh Paravicius dengan nama Theisir. Ia dikenali

sebagai Facilitation of Treatmentdalam bahasa Inggeris.

Ekonomi

Ekonomi memaainkan peranan penting dalam kehidupan seharian-harian. Ini

kerana ia menentukan pembangunan dalam semua bidang tak kira pertanian,

perikanan, perindustrian, dan sebagainya. Tamadun Islam telah menyediakan sebuah

sistem ekonomi sempurna di dalam mempergunakan sumber kurniaan Allah S.W.T..

Ianya bagi memenuhi keperluan semua manusia, dan menyediakan keadaan

kehidupan ini lebih selesa. Harta kekayaan sebagai satu amanah dari Allah dan

mestilah digunakan dengan baik kerana ia adalah satu ujian akidah. Bahkan

'pemilikan' oleh manusia hanya sebagai pemegang amanah dengan 2 objektif penting

iaitu, kesejahteraan manusia sejagat dan keadilan sosioekonomi. Firman Allah S.W.T.

dalam surah al-Baqarah (2.275) yang bermaksud:

“…Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan rina…”

(Syarifah, M.A.(2013). Tamadun Islam Di Asia Tenggara.)

Page 19: Tamadun Islam

Kesenian

Al-Quran membawa pengaruh yang besar dalam perkembangan seni. Ini termasuklah

seni bina, seni tari, seni muzik, seni bahasa dan tulisan, kesusasteraan, seni ukir dan

lagu.

Selain itu, kesenian itu juga merupakan suatu ciri tamadun dimana tamadun itu

mampunyai tahap perkembangan kebudayaan yang tinggi. Diantara ciri-ciri tamadun

ialah:

• bentuk negara dengan pentadbiran yang tersusun

• kehidupan bandar

• sains dan teknologi dan pendidikan yang mencapai perkembangan

• arsitektur yang membina monumen dan bangunan –bangunan besar

• aktiviti kesenian yang berkesan

Sehubungan itu, kesenian merupakan pola kebudayaan sejagat dan ciri yang

turut memperkembangkan kebudayaan suatu tamadun. Apabila dikaji kesenian

merupakan salah satu ciri bagi tamadun Islam. Sebagai contoh, Bandar dan bangunan-

bangunan ditegakkan oleh tata kota dan seni bina.

Oleh hal yang demikian, Islam telah merumuskan bahawa seni Islam ialah

ciptaan bentuk yang mengandungi nilai estetik yang berpadu kepada nilai etika Islam.

Page 20: Tamadun Islam

Sekalipun kesenian tiada hubungannya dengan agama Islam melainkan dengan

kebudayaan Islam. Namun disebabkan kebudayaan yang tertakluk pada agama, maka

disebabkan itu jugalah kesenian tertakluk dan dikendalikan oleh agama. Agama telah

mengariskan syariat yang wajib ditempuh oleh kebudayaan di mana menyuruh

melakukan “Amar ma’ruf, nahi mungkar”. oleh itu dengan tertakluknya kesenian

kepada agama, bermakna tertakluknya nilai estetika kepada nilai etika. perpaduan

diantara nilai estetika dan nilai etika merupakan asas di atas mana-mana gagasan

Islam tentang kesenian.

Seni bina

Seni bina merupakan di antara bentuk-bentuk seni yang terdapat pada sesuatu

tamadun. Disamping itu, dengan pembangunan masjid-masjid maka terciptalah seni

bina khas dengan unsur-unsurnya:

Bentuk pilar

Busur

Kubah

Ukiran lebah bergantung

Menara yang menjulang tinggi. 

Seni bina Islam boleh dibahagi kepada tiga cabang:

1. Bangunan sipil (‘imarah madaniyah) yang menyatakan tentang bandar-bandar

dan gedung-gedung khusus.

2. Bangunan agama (‘imarah diniyah) yang wujud pada masjid –masjid dan

tempat-tempat ibadat lainnya.

3. Bangunan milter (‘imarah harbiyah) yang terjelma pada benteng dan menara

pertahanan.

Page 21: Tamadun Islam

Seni bina mencirikan kepada lambang islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah

S.W.T serta menitikberatkan kepada reka bentuk islam banyak dipengaruhi oleh seni

bina masjid seperti istana-istana, taj Mahal, kota-kota seperti kta Baghdad malah di

Malaysia sendiri seerti bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan kerertapi tanah

melayu, bangunan daya bumi dan pintu gerbang Darul Ehsan.

Seni tari dan Seni Muzik

Muzik boleh ditakrifkan sebagai bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang

indah dan menyenangkan.

Antara kesenian masyarakat Melayu yang paling popular ialah seni tari dan seni

muzik. Sebelum kedatangan Islam, muzik di Alam Melayu berunsurkan Hindu dan

Buddha. Apabila Islam datang ke Nusantara, Islam memperkenalkan bentuk-bentuk

nyanyian yang mengagungkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.

Contoh persembahan yang diadaptasikan ialah seperti hadrah, rodat, dabus dan dikir

rebana. Kesemuanya dipersembahkan secara berkumpulan yang diiringi dengan

rebana dan gong (Abdul Kadir 1988).

Sosial

Berikutan dengan perkembangan Islam di Alam Melayu, ciri- ciri sosial Islam

juga telah bertapak secara beransur-ansur yang akhirnya berjaya mengambil tempat

ciri-ciri sosial Hindu yang menguasai masyarakat melayu ketika itu. Antara ciri-ciri

sosial yang dibawa oleh Islam ialah persamaan taraf dan persaudaraan Islam antara

semua anggota masyarakatnya, sehingga tergugat kedudukan sistem kasta dan

perhambaan serta perbezaan taraf di kalangan mereka. Dengan terhapusnya sistem

Page 22: Tamadun Islam

kasta yang dipengaruhi oleh budaya dan tamadun Hindu itu, Islam telah

menggantikannya dengan memperkenalkan sistem atau konsep persamaan taraf dan

persaudaraan Islam, malah berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan semangat

bantu membantu antara satu sama lain.

Setelah kedatangan Islam ke rantau ini, konsep kasta dilihat tidak lagi releven

kerana Islam menegaskan bahawa manusia berasal dari Adam dan Hawa. Kedudukan

dan taraf manusia dinilai berdasarkan iman dan taqwanya, bukan pada pangkat dan

darjat kebangsawanan seperti yang diamalkan oleh tamadun Hindu melalui sistem

kasta tersebut.

Islam juga mengarahkan manusia supaya hidup secara aman dan harmoni serta

mewujudkan perpaduan. Masyarakat dibentuk dengan sifat dan rasa tanggungjawab

serta saling bantu-membantu antara satu sama lain, sifat atau akhlak yang mulia amat

ditekankan oleh Islam. Mereka juga ditiupkan dengan semangat kerjasama dan

perpaduan dengan menganggap bahawa seluruh umat Islam adalah satu anggota.

Akibat daripada semangat tersebut, muncullah konsepsi bahawa seluruh umat Islam di

dunia ini adalah bersaudara.

Dengan cara itu terbentuklah masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai

hubungan yang erat, walaupun masyarakat tersebut terdiri dari pelbagai bangsa dan

keturunan. Secara tidak langsung, apabila hubungan masyarakat sudah kukuh tali

persaudaraannya, tentunya negara mereka menjadi kuat dan stabil serta dapat

mempertahankan diri daripada gangguan dan ancaman anasir-anasir luar.

Bagi mendidik masyarakat, Islam telah memperkenalkan hukum-hukum dan

peraturan berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadith. Ajaran agama Islam telah mengatur

sistem perhubungan sosial dan kekeluargaan yang cukup menarik kepada masyarakat.

Page 23: Tamadun Islam

Contohnya dalam perhubungan antara anak-anak dengan ibu bapa, suami dengan

isteri, orang tua dengan orang muda, pemimpin dengan rakyat dan sebagainya.

Melalui hukum dan peraturan itu, akan terbentuklah nilai akhlak yang mulia dan

harmoni dalam perhubungan sosial antara individu dan kumpulan masyarakatnya.

Komunikasi antara kelompok manusia akan dapat berjalan dengan sempurna, terjalin

menerusi sifat hormat menghormati, bergotong-royong dan bantu-membantu antara

satu sama lain.

Selain daripada itu, institusi-institusi baru kemasyarakatan juga turut muncul

seperti masjid, surau, madrasah dan sebagainya yang memainkan peranan utama

dalam hubungan sosial harian. Tempat-tempat seperti ini bukan sahaja berguna

sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat pertemuan sosial. Masjid

umpamanya menjadi tempat menimba ilmu, dewan tempat bermesyuarat dan kelab

untuk membincangkan pelbagai masalah dan urusan, sama ada dalam perkara agama

atau bagi menyelesaikan hal-hal kemasyarakat yang dihadapi.

Page 24: Tamadun Islam

BAHAGIAN C (PANDANGAN)

Pada pandangan kami, Tamadun Islam telah membawa banyak manfaat

kepada Asia Tenggara.

Pertama sekali, Islam telah membawa perubahan yang besar dalam mengubah

kepercayaan dan corak pemikiran masyarakat. Islam juga membawa unsur-unsur yang

rasional, intelektual dan logik akal di mana mereka diajar supaya percaya kewujudan

Tuhan iaitu Allah yang Maha Esa. Islam menyuruh umatnya supaya berusaha

bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki yang halal agar disenangi dan dihormati

oleh masyarakat. Walaupun umatnya gagal berbuat demikian, Islam menyuruh

umatnya agar tabah dan sabar serta menghargai nyawa yang diberikan oleh Allah

S.W.T. dengan ketentuanNya, bukannya berputus asa dan membunuh diri.

Di samping itu, Islam juga mengarahkan umatnya supaya hidup secara aman

dan harmoni serta mewujudkan perpaduan. Masyarakat dibentuk dengan sifat dan rasa

tanggungjawab serta saling bantu-membantu antara satu sama lain, sifat atau akhlak

yang mulia amat ditekankan oleh Islam. Mereka juga ditiupkan dengan semangat

kerjasama dan perpaduan dengan menganggap bahawa seluruh umat Islam adalah satu

anggota. Semangat tersebut telah memunculkan konsepsi bahawa seluruh umat Islam

di dunia ini adalah saudara. Dengan cara ini, wujudnya masyarakat yang bersatu-padu

dan mempunyai hubungan yang erat tanpa mengira bangsa dan kaum.

Page 25: Tamadun Islam

KESIMPULAN

Keseluruhannya, terdapat pelbagai teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Antaranya termasuklah teori kedatangan Islam dari India, teori kedatangan Islam dari

China dan teori kedatangan Islam dari Tanah Arab.

Cara-cara kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah melalui perdagangan,

yang paling nyata sekali dipercayai disebarkan oleh para pedagang Arab, Cina dan

India yang telah lama menjalin hubungan perdagangan dengan pelabuhan utama di

Asia tenggara. Selain itu perkahwinan juga merupakan salah satu caranya Islam

disebarkan ke seluruh Asia Tenggara iaitu malalui perkahwinan biasa dan

perkahwinan siasah.

Tamadun Islam banyak memberi sumbangan kepada Negara-negara Asia

Tenggara dalam pelbagai aspek seperti ilm pengetahuan, ekonomi, politik, sosial,

kesenian dan akidah tauhid. Dari aspek ilmu pengetahuan, Islam menyuruh umatnya

agar menuntut ilmu pengetahuan kerana ilmu itu dapat mengembangkan tamadun dan

tujuan utamanya adalah untuk mengenali pencipta bumi iaitu Allah. Manakala dari

aspek Ekonomi, sebuah system ekonomi yang sempurna bagi memgembangkan

tamadun telah disediakan oleh Tamadun Islam. Sains dan teknologi dan pendidikan

yang mencapai perkembangan dan bentuk negara dengan pentadbiran yang tersusun

merupakan sumbangan Tamadun Islam kepada Asia Tenggara dari aspek kesenian.

Dari segi sosial pula, konsep persamaan taraf telah dipraktikan untuk menggantikan

sistem kasta yang membahagikan masyarakatnya kepada beberapa kumpulan dan

peringkat. Sistem ini seterusnya dapat mewujudkan perpaduan, kemesraan dan

semangat saling membantu di kalangan masyarakat.

Page 26: Tamadun Islam

BIBLIOGRAFI

Tinggi, N. A. (2010). Islam Di Asia Tenggara. Retrieved October 30, 2013, dari

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan : http://www.moe.gov.my/bpk/v2/download/e-

KIS/Nota%20T4/T4%20BAB%207.pdf

Ahmad Zaki Abd. Latiff (et.al). (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS).

Shah Alam: Oxford Fajar

M. Rajendran (1993), Sejarah Islam. Petaling Jaya: IBS Buku, c. 2, h. 363.

Yusof, M.I. (2002). Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur Dewan Bahasa

dan Pustaka

Syarifah, M.A.(2013). Tamadun Islam Di Asia Tenggara. 1 Jun 2013, dari Wikipedia:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam

Elmi Ikhwan (2011). Tamadun Islam Dan Asia(TITAS). 02 Ogos 2011, dari slide

share: http://www.slideshare.net/elmi2run/tamadun-islam-dan-asiatitas

Drs. Sidi Gazalba (1983). Pandangan Islam Tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, dari http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pengaruh-islam-dalam-kesenian.html

Page 27: Tamadun Islam

Al-Quran dan Terjemahannya : tafsir Al-Quaran, 1970, dari http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pengaruh-islam-dalam-kesenian.html

Oemar Amin Hoesin. Dr. Kultur Islam (1975). Jakarta: Bintang Bintang, cetakan Kedua, dari http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pengaruh-islam-dalam-kesenian.html

Hasimy (1975). A. Sejarah Kebudayaan Islam. Jakarta: Bulan Bintang, dari http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pengaruh-islam-dalam-kesenian.html