tamadun islam

46
Perkembangan Kelahiran Islam di kota Makkah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah merupakan detik bersejarah kelahiran satu tamadun baru yang telah merubah sejarah dunia. Tamadun ini bukan sahaja telah berjaya merubah corak dan budaya hidup masyarakat Arab Pra-Islam yang bertuankan nafsu dan kejahiliyahan kepada cara hidup baru yang bertunjangkan akhlak dan peradaban tinggi malah ia juga turut merubah geo-politik dunia. Dengan asuhan dan bimbingan Rasulullah s.a.w. dan kemudiannya diteruskan oleh para sahabat (r.a), penduduk Tanah Arab yang terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan berjaya disatukan dengan ikatan akidah dan ukhuwwah Islamiyah. Mereka muncul sebagai satu umat yang berakhlak, berketerampilan dan sedia berkorban demi Islam. Dalam tempoh waktu yang singkat, kuasa besar Rom dan Parsi yang dulunya memandang remeh terhadap bangsa Arab kini terpaksa tunduk kepada kekuasaan Islam. Oleh itu dari abad ke 7 hingga ke 18 Masihi, dunia telah didominasi dan dicorak oleh tamadun Islam. Dalam jangka masa tersebut khususnya pada abad ke 9 hingga ke 13 Masihi, sejarah telah merakamkan bagaimana tamadun Islam telah melahirkan ramai sarjana ulung dalam berbagai ilmu pengetahuan. Pada waktu itu kemajuan ilmu sains dan teknologi serta ilmu-ilmu yang lain yang dimiliki oleh dunia Islam tiada dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa atau negara. Di setiap ibu kota

Upload: amieyleh96

Post on 13-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

agama

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Islam

Perkembangan

Kelahiran Islam di kota Makkah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah merupakan

detik bersejarah kelahiran satu tamadun baru yang telah merubah sejarah dunia. Tamadun ini

bukan sahaja telah berjaya merubah corak dan budaya hidup masyarakat Arab Pra-Islam yang

bertuankan nafsu dan kejahiliyahan kepada cara hidup baru yang bertunjangkan akhlak dan

peradaban tinggi malah ia juga turut merubah geo-politik dunia.

Dengan asuhan dan bimbingan Rasulullah s.a.w. dan kemudiannya diteruskan oleh para sahabat

(r.a), penduduk Tanah Arab yang terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan berjaya

disatukan dengan ikatan akidah dan ukhuwwah Islamiyah. Mereka muncul sebagai satu umat

yang berakhlak, berketerampilan dan sedia berkorban demi Islam. Dalam tempoh waktu yang

singkat, kuasa besar Rom dan Parsi yang dulunya memandang remeh terhadap bangsa Arab kini

terpaksa tunduk kepada kekuasaan Islam. Oleh itu dari abad ke 7 hingga ke 18 Masihi, dunia

telah didominasi dan dicorak oleh tamadun Islam. Dalam jangka masa tersebut khususnya pada

abad ke 9 hingga ke 13 Masihi, sejarah telah merakamkan bagaimana tamadun Islam telah

melahirkan ramai sarjana ulung dalam berbagai ilmu pengetahuan.

Pada waktu itu kemajuan ilmu sains dan teknologi serta ilmu-ilmu yang lain yang dimiliki oleh

dunia Islam tiada dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa atau negara. Di setiap ibu kota

pemerintahan Islam khususnya Baghdad (di Asia), Cordova (di Eropah) dan Iskandariah (di

Afrika), kegiatan keilmuan dan kebudayaan berlaku dengan bersemarak serta disertai segenap

lapisan masyarakat. Ramai sarjana dan pelajar dari negara luar khususnya daripada negara-

negara Kristian Eropah datang untuk mempelajari serta mendalami berbagai bidang dan cabang

ilmu pengetahuan.

Di sepanjang sejarah kegemilangan tamadun Islam, para sarjana Muslim dan sarjana non-Muslim

yang bernaung di bawah pemerintahan Islam telah berjaya membuat kemajuan dan pencapaian

dalam bidang ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Mereka telah menempa satu sejarah

tamadun kemanusiaan yang amat mengkagumkan meliputi aspek politik, sosial dan ekonomi.

1.Zaman Rasulullah s.a.w.

Page 2: Tamadun Islam

Sejarah pertumbuhan dan perkembangan tamadun Islam adalah bermula pada zaman Rasulullah

s.a.w. Zaman Rasulullah terbahagi kepada dua period iaitu period Makkah dan period Madinah.

Kedua-dua zaman ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari aspek pertumbuhannya.

Period Makkah merupakan zaman asas dalam pembentukan tamadun Islam yang memberi

penekanan kepada aspek spiritual, mental dan akhlak masyarakat. Period Madinah pula adalah

zaman untuk membina komuniti dan negara yang baik serta mendapat keampunan Tuhan.

a. Makkah

Penumpuan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. di Makkah adalah lebih bersifat penyediaan

kader-kader yang mantap dan kuat dalam menghadapi kejahatan puak-puak ekstrimis kuffar dan

musyrikin (kerana tidak membenarkan kebebasan melaksanakan ajaran Islam atau dakwah yang

diperintahkan oleh Allah). Malah mereka bertindak kejam ke atas kaum Muslimin yang ketika

itu sangat sedikit bilangannya. 13 tahun adalah masa-masa kritikal dan menyiksakan bagi orang

Islam. Penghijraan yang berlaku ke Habsyah dan Taif tidak banyak memberi ruang dan kejayaan

kepada orang Islam. Mereka menderita dengan pelbagai bentuk siksaan dan ancaman tetapi tetap

tabah dan yakin dengan akidah yang baru dianuti. Mereka adalah generasi awal yang kental dan

unggul yang dididik oleh Rasulullah s.a.w.

b. Madinah

Penghijrahan ke Madinah mencanangkan beberapa perubahan kepada orang Islam ke arah yang

lebih maju dan berjaya dalam segala bidang kehidupan berasaskan prinsip keimanan. Hijrah turut

menandakan bermulanya era pelaksanaan syariat samawi secara menyeluruh mencakupi sosial,

politik, agama dan lain-lain. Setelah menjejaki bumi Madinah, Rasulullah s.a.w. telah

melaksanakan langkah-langkah berikut:

i.   Sosial

Page 3: Tamadun Islam

Sebagai seorang Rasul dan pemimpin kepada bangsa Arab, Nabi Muhammad s.a.w. berjaya

menyusun dan mengatur stratifikasi sosial masyarakat Arab dari negatif kepada positif.

Penyatuan yang selama ini tidak pernah wujud dalam kamus kehidupan bangsa Arab telah

menjadi kenyataan dengan kedatangan Rasulullah s.a.w. Malah kehidupan mereka menjadi

lebih  aman dan tenteram. Contohnya, usaha mempersaudarakan di antara golongan Ansar dan

Muhajirin sehingga masing-masing sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentingan bersama.

Taraf wanita juga dimartabatkan apabila mereka dibolehkan menerima harta pesaka kerana

sebelum ini mereka tidak punya apa-apa hak.

Rasulullah s.a.w. telah memberi fungsi kepada institusi masjid sebagai pusat ibadat khusus

sekaligus sebagai markaz, madrasah dan parlimen. Rasulullah menyusun segala aktiviti harian

yang berbentuk sebaran, maklumat, arahan dan sebagainya melalui masjid. Ia juga berperanan

sebagai tempat menerima tetamu, tempat musafir bermalam dan menyelesaikan masalah

ketenteraan serta kehakiman.

ii.   Politik

Menurut catitan Ibnu Hisyam, “Sahifah al-Madinah” atau Piagam Madinah diasaskan selepas

terbinanya Masjid Nabawi. Piagam ini mengandungi perjanjian di antara orang-orang Muhajirin

dan Ansar serta seluruh penduduk Madinah yang berbilang kaum seperti Aus, Khazraj serta

kaum Yahudi, Bani Quraizah, Bani Qainuqa dan Bani al-Nadir.

Termetrainya perjanjian ini bermakna Rasulullah s.a.w. berjaya mengasas dan memantapkan

kedudukan politik umat Islam di Madinah. Dalam masa yang sama baginda telah berjaya

mewujudkan satu masyarakat baru dikenali sebagai “Ummah”, serta merubah sama sekali

prinsip suku bangsa yang selama ini melahirkan ketegangan kaum yang berpanjangan. Kejayaan

Rasulullah dalam bidang ini telah membawa keharmonian kepada penduduk kota Madinah.

Sebarang aktiviti yang tidak sihat, kebangkitan Yahudi dan munafik di Madinah dapat

dibendung. Sebarang pihak yang melanggar perjanjian akan dihukum.

iii.   Ekonomi

Page 4: Tamadun Islam

Rasulullah s.a.w. telah mengemaskinikan pungutan zakat, cukai ghanimah, fai’ dan kharaj.

Golongan Yahudi adalah kapitalis yang menguasai ekonomi Madinah ketika itu. Mereka

mengaut keuntungan tanpa perhitungan moral. Justeru itu Rasulullah memberi galakan kepada

orang Islam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi memecah monopoli yang

selama ini dilakukan oleh orang Yahudi. Dengan cara ini masyarakat Islam dapat memecah

jaringan kewangan golongan Yahudi yang memerangkap orang-orang miskin dengan memberi

pinjaman atas kadar faedah yang tinggi. Rasulullah s.a.w. juga memberi perhatian kepada bidang

penternakan dan pertanian.

Ringkasnya, pembentukan kerajaan Islam di Madinah melambangkan Islam dapat dipraktikkan

dalam kehidupan harian secara menyeluruh. Tamadun Islam yang dibina oleh Nabi s.a.w. di

Madinah menjadi titik tolak kepada kejayaan pemerintah Islam seterusnya. Sesungguhnya

kesabaran, kebijaksanaan dan kemurniaan akhlak yang dimiliki oleh Nabi merupakan kunci

kejayaan pembentukan tamadun Islam.

Sebagai satu peringatan dan panduan hidup dalam kehidupan, Nabi dalam khutbah haji terakhir

baginda berpesan kepada umat Islam bahawa baginda telah meninggalkan pesaka yang tidak

akan menjadikan mereka sesat iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Baginda juga berpesan kepada

lelaki supaya menjaga amanah khususnya mengenai wanita.

1.1   Zaman Khulafa’ al-Rasyidin (632-661 M)

Tugas membina dan memperkuatkan lagi umat Islam telah diteruskan oleh generasi pelapis

sahabat-sahabat terpilih seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar Bin al-Khattab, Uthman Bin Affan

dan Ali Bin Abu Talib yang dilantik sebagai khalifah. Khalifah bererti pengganti yang

melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yang sebelumnya dilakukan oleh

Nabi s.a.w. Perlantikan Abu Bakar al-Siddiq (632-634 M / 11-13 H) sebagai khalifah di bai’ah

oleh kira-kira 3000 orang yang berada di Masjid Nabawii. Dalam masa pemerintahannya, beliau

terpaksa berdepan dengan golongan yang enggan mengeluarkan zakat dan nabi-nabi palsu.

Beliau juga menghantar tentera diketuai Khalid bin Al-Walid untuk melindungi orang Islam dari

ancaman Rom dan Parsi, dan telah menerima pandangan Saidina Umar al-Khattab supaya

Page 5: Tamadun Islam

mengumpulkan al-Quran setelah ramai penghafaz al-Quran mati syahid dalam perang (Perang

Yamamah).

Umar al-Khattab (634-644M/13-23H) dilantik menjadi khalifah dengan persetujuan seluruh

kaum muslimin dengan gelaranAmir al-Mukminin. Dalam masa 10 tahun  pemerintahannya

beliau berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam semua dasar-dasarnya. Di antarakemajuan

yang telahdibuatolehbeliauialah;

·         Pendidikan. Menubuhkan kuttab, penekanan kepada membaca, menulis, menghafal al-

Quran, praktikal amalan ibadat dan latihan fizikal.

·         Politik. Perluasan wilayah meliputi Afrika Utara, Asia Minor dan

Khurasan. Melantikgabenorpadawilayah-wilayah yang ditadbir.

·          Menubuhkan dewan iaitu Jabatan. Antaranya Jabatan Tentera, Jabatan   Ganjaran dan

Pengagihan, Jabatan Cukai dan Jabatan

Polis. Beliautelahmemberi perhatian  serius  kepadajabatantenterasepertirumah-

rumahuntuktentera, gaji, elaundan lain-lain.

·         Sosial. Pungutancukai yang

sistematikdapatmembantubeliaumenyediakanpelbagaikemudahanasaskepadarakyatsepertijalanra

yadansebagainya.

Uthman Bin Affanr.a (644-656M/23-35H) mentadbir hamper kesemuamengikutapa yang

ditinggalkanolehkhalifahterdahulu. Aktiviti yang paling menonjol dapat dilihat ialah penulisan

al-Quran yang lebih sistematik. Sebanyak 6 salinan dibuat. Ini adalah sumbangan paling

berharga dari beliau yang kekal hingga kini.

Ali Bin Abi Talib k.w. (656-661M/35-40H). Beliau juga telah meneruskan pentadbiran seperti

khalifah sebelumnya. Dalam masa pemerintahannya ,beliau telah berdepan dengan pemberontak

yang menuntut beliau menghukum mereka yang terlibat dengan pembunuhan Uthman Bin Affan

r.a.

Page 6: Tamadun Islam

Dari penjelasan di atas, dapat dilihat tamadun yang dibangunkan oleh Rasulullah dan diteruskan

oleh Khulafa’ al-Rasyidin merupakan tamadun terunggul dengan model dan praktikalnya adalah

yang terbaik.

1.2    KerajaanBaniUmaiyah (661-743M)

PemerintahanBaniUmaiyah yang diasaskanolehMuawiyah Bin Abu

Sufianberikutanpenyerahankuasaoleh Hassan Bin Ali kepadaMuawiyah. Pemerintahan ini

berpusat di Damsyik. Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah   dalam politik dapat dilihat dalam

sistem pemerintahan dan pentadbiran. Terdapatempataspekutamadalam system

pentadbiranBaniUmaiyah.

·         Sistem Khalifah iaitu perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah.

·          Sistem Wazarah iaitu perlantikan menteri untuk mengetuai sistem pentadbiran negara

bagi kerajaan pusat sementara gabenor dilantik untuk mengetuai pentadbiran wilayah.

·         Sistem urussetia. Beberapa orang pegawai utama dilantik bagi mengumpulkan rekod,

menguruskan surat-menyurat dan sebagainya.

·         sistem hijabah (penyekatan). Seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu

menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.

Dalam bidang sosial, ilmu pengetahuan semakin bertambah maju dan Kota Basrah dikenali

sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Kegiatan keilmuan ini melahirkan ilmuan seperti

Khalil Bin Ahmad (pakar bahasa dan filsologi Arab) dan sibawaiyh (ahli nahu Arab). Pada masa

ini bahasa Arab mencapai kemuncaknya apabila dijadikan sebagai bahasa rasmi negara. Taraf

kesihatan turut diberi perhatian dengan pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah

al-Walid Bin Abdul Malik. Hospital penyakit kusta telah dibina oleh Khalifah Umar Bin Abdul

Aziz.

Page 7: Tamadun Islam

Kejayaan dalam pelbagai bidang itu telah menunjukkan kebijaksanaan pihak pemerintahan Bani

Umaiyah dalam merancang, melaksanakan pembaharuan dan menyelaraskan pentadbiran

kerajaannya. Akan tetapi pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, penentangan berlaku

dari dalam dan luar negara. Pada masa yang sama, khalifah telah mengabaikan tanggungjawab

mereka terhadap rakyat di samping mengabaikan ajaran Islam. Pemilihan khalifah mengikut

sistem warisan yang diamalkan itu juga ditentang oleh sebilangan orang Islam khasnya golongan

Syiah dan Khawarij. Faktor-faktor di atas telah menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Bani

Umaiyah.

1.3 Kerajaan Bani Abbasiyah (750-1258M)                      

 Zaman kegemilangan kerajaan ini adalah pada abad ke-9 Masihi semasa pemerintahan Khalifah

Harun al-Rasyid (786-809M) dan puteranya al-Makmun (813-833M). Pada masa itu kota

Baghdad (pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah) telah memainkan peranan sebagai pusat

intelektual dan penyebaran ilmu. Perkembangan keilmuan itu telah berlaku melalui penulisan

dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab. Di Baghdad telah dibina Baitul

Hikmah iaitu sebuah institusi keilmuan yang diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid dan hanya

berkembang luas pada zaman pemerintahan al-Makmun.

Para ulama juga turut menghasilkan tulisan dalam bidang fiqh, tafsir, sejarah dan lain-lain. Di

antara ulama terkenal pada era ini ialah Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’i dan

Imam Ahmad bin Hanbal. Pada masa ini orang Islam memainkan peranan besar kepada

peradaban dunia. Mereka telah memelihara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka telah

menerima hasil penulisan itu pada masa Eropah dilanda oleh Zaman Kegelapan iaitu pada ketika

masyarakat mereka kurang menghargai ilmu pengetahuan.

Pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah, pemerintahan khalifah  menjadi lemah dan

kemudiannya membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki.

Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258M apabila ibu kotanya ditawan oleh tentera Monggol di

bawah pimpinan Hulagu Khan.

Page 8: Tamadun Islam

1.4   Kerajaan Islam di Afrika

Umat Islam dan tamadunnya menguasai dunia selama lebih satu alaf. Selama tempoh masa itu

tamadun Islam telah mewarnai tamadun dunia dan elemen tamadun   Islam tersebar luas ke

serata dunia khususnya ke utara benua Afrika dan ke Eropah. Penyebaran tamadun Islam itu

khususnya khazanah ilmu pengetahuannya terjadi di dalam berbagai bentuk dan cara. Afrika

Utara  mengalami proses Islamisasi dan menjadi sebahagian dunia Islam sehingga kini. Beberapa

bandar penting di Afrika Utara seperti Kaherah dan Iskandariah di Mesir, Fez dan Tangiers di

Morocco lahir sebagai pusat perkembangan tamadun Islam di dalam jangka masa tertentu

khususnya pada zaman pemerintahan kerajaan Fatimiyah.

Ringkasnya, Islam telah mengurniakan kepada dunia satu pengertian sebenar kepada apa yang

disebut sebagai tamadun. Umat Islam dari Tamadun Islam yang diterima mereka telah mencipta

dan mewujudkan tamadunnya sendiri iaitu satu tamadun yang teragung dengan segala

kepelbagaian pencapaian dan kegemilangannya yang lahir dalam kesatuan. Sejarah

perkembangan tamadun Islam yang bermula pada zaman Rasulullah dan mencapai tahap yang

paling ideal di zaman khulafa al-Rasyidin. Model dan praktikalnya masih tidak dapat ditandingi

hingga ke hari ini.

Sekalipun dikatakan  bahawa kegemilangan Tamadun Islam berada di puncak pada zaman

pemerintahan Abbasiyah di Baghdad terutama dalam aspek ilmu pengetahuan sehingga berjaya

menggarap segala sumber kekayaan untuk kepentingan duniawi, namun Islam melihat kekayaan

dan kemewahan duniawi sebagai sebab kepada berlakunya keruntuhan tamadun sekiranya aspek

kerohanian yang mengingatkan manusia kepada alam akhirat kian terhakis, lebih-lebih lagi

dipinggirkan ketika pembangunan manusia sedang rancak berjalan. Malah tidak dapat dinafikan

dalam zaman-zaman kegemilangan ilmu pengetahuan, masyarakat Islam menghadapi krisis demi

krisis sehingga berlaku perpecahan hingga akhirnya saat keruntuhan tidak dapat dielakkan lagi.

                      

Page 9: Tamadun Islam

2.   Sumbangan Tamadun Islam Andalusia/Sepanyol Kepada Eropah

2.1. Pembukaan Andalusia

Andalusia atau dikenali juga sebagai al-Andalus atau Sepanyol adalah istilah yang diberikan oleh

ahli geografi Islam abad pertengahan. Ia merujuk kepada wilayah pemerintahan Islam di

Semenanjung Iberia yang meliputi negeri Portugal dan Sepanyol moden. Sebenarnya asal-usul

nama Andalusia tidak diketahui secara tepat tetapi mungkin diambil daripada perkataan

‘Vandalusia’ yang bererti ‘Tanah Vandal’ iaitu satu suku bangsa Eropah yang mendiami rantau

tersebut sekitar abad ke 5 Masihi. (Encylopedia Brittanica 1969: 889).

Suku kaum Eropah dan Barbar telah mendiami negeri itu sejak dari zaman awal lagi menurut

catatan sejarah. Manakala Orang Phonecia dicatatkan telah menubuhkan sebuah kerajaan mereka

di Andalusia pada awal kurun ke-10 sebelum Masihi. Seterusnya pada kurun pertama Masihi

datang pula orang Romawi dan diikuti oleh suku kaum Visigoth yang menerajui politik

Andalusia sehingga tahun 92H/711M. (Chejne 1974: 3-4).

Keadaan social, ekonomi dan politik Andalusia terutamanya ketika di bawah pemerintahan

Visigoth amat buruk. Kesan daripada pentadbiran yang tidak teratur, perasaan tidak puas hati

daripada rakyat golongan bawahan dan keadaan yang mengecewakan telah meletakkan negara

dalam keadaan porak peranda. Andalus melalui zaman keruntuhan yang tidak mungkin dapat

lagi dibendung oleh pemerintah-pemerintah Visigoth. Kesemua ini merupakan faktor kepada

keruntuhan kerajaan Visigoth di Andalus. Ini terbukti apabila kerajaan Visigoth dikalahkan oleh

tentera-tentera Islam yang hanya berjumlah 12,000 orang dengan mudah pada 92H/711M.

Misi kejayaan ini dibawa oleh Musa Bin Nusair, Gabenor Islam di Utara Afrika yang telah

mengutuskan Tarif Bin Malik dan telah berjaya menawan Algeciras. Berikutnya beliau

mengutuskan Tariq Bin Ziyad yang telah berjaya menawan keseluruhan bumi Andalus.

Page 10: Tamadun Islam

Setelah Islam bertapak di Andalus, orang Yahudi dari Timur mulai mencurah masuk. Cordova

menjadi tumpuan utama mereka kerana ia merupakan pusat kegiatan ekonomi, politik, sosial dan

yang paling ketara dalam aspek ilmu pengetahuan. Dalam jangka waktu yang singkat sahaja

agama Islam telah tersebar luas di kalangan penduduk tempatan Andalus. Ini mungkin

disebabkan sikap toleransi Islam sendiri terhadap penganut Kristian. Mereka tidak dipaksa

memeluk agama Islam tetapi hanya perlu membayar cukai jizyah mengikut kadar kemampuan

mereka.

Sikap toleransi pemerintah Islam serta interaksi di antara orang Islam dengan orang Kristian

mengakibatkan berlakunya asimilasi penganut Kristian Andalusia dengan budaya Arab/Islam.

Contohnya ramai orang Kristian menukar nama mereka mengikut nama orang Arab, meniru cara

hidup lahiriah orang Islam seperti berkhatan, meniru resipi masakan, bentuk pakaian dan

sebagainya. Di samping itu, penggunaan istilah-istilah Arab telah menjadi kebiasaan kepada

mereka dan pengajian bahasa Arab mengambilalih pengajian bahasa Latin. (Arnold 1913: 136).

Ringkasnya, kehadiran Islam telah mengubah corak dan sistem masyarakat Andalusia sekaligus

melemahkan penguasaan bahasa Latin di kalangan masyarakat tempatan sehingga memaksa ahli

agama Kristian menterjemahkan buku-buku agama Kristian ke bahasa Arab.

2.2 Faktor-faktor Perkembangan Keilmuan di Andalusia

Andalusia sering juga disebut Andalus pada suatu ketika dahulu (awal abad ke 8 Masihi sehingga

penghujung abad ke 5 Masihi) telah berjaya meletakkan taraf umum kebudayaan masyarakatnya

pada tahap yang paling tinggi sehingga hampir kesemua penduduknya mengenal huruf. Pada

waktu yang sama masyarakat Kristian Eropah yang berjiran dengan Andalusia masih lagi berada

di Zaman Kegelapan (Dark Ages).

Page 11: Tamadun Islam

Terdapat beberapa faktor yang membantu suasana perkembangan keilmuan di Andalus, di antara

yang dapat dikenal pasti adalah seperti berikut:

i. Gesaan Agama Islam

Islam menegaskan umatnya untuk mengambil berat terhadap kemajuan ilmu pengetahuan.

Melalui al-Quran dan al-Sunnah, umat Islam digesa supaya berusaha menambah ilmu

pengetahuan yang sedia ada dengan menggunakan akal fikiran yang telah dikurniakan oleh

Allah. Umat Islam wajib mempelajari semua bidang ilmu yang berkait dengan keperluan dan

kepentingan mesyarakat Islam. Tanpa penguasaan yang sewajarnya terhadap ilmu-ilmu tersebut

tidak akan memungkinkan umat Islam mencapai kestabilan dan keselesaan dalam kehidupan

sebagai individu, masyarakat dan negara.

           

Kehadiran Islam di Andalus telah mencetuskan suasana keilmuan. Ramai kalangan umat Islam

yang berhijrah ke Andalus memainkan peranan penting dalam bidang perkembangan intelektual.

Andalus berjaya menghasilkan ramai cendikiawan dan muncul sebagai sebuah obor yang

menyinari Eropah yang berada dalam kegelapan itu. Sejarah mencatatkan bahawa di bawah

pemerintahan dan pentadbiran Islam hampir tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf. Malah

umat Islam dan masyarakat Andalus sama-sama bergabung tenaga dan terus mengorak langkah

ke arah kemajuan hidup yang lebih menyeluruh mencakupi seluruh dimensi spritual, fizikal dan

intelektual.

ii. Galakan Pemerintah

Pemerintah-pemerintah Islam di Andalus mengambil berat dalam perkembangan dan kemajuan

kegiatan intelektual dalam berbagai bidang. Mereka berusaha menjemput dan mengumpulkan

para cendikiawan dari seluruh dunia untuk menampung keperluan institusi keilmuan yang

didirikan dihampir setiap bandar di Andalus. (Ahmad Amin 1969: 15).

Pada zaman pemerintahan Abdul Rahman II (822-852 M), banyak perubahan dan kemajuan telah

dilakukan dan beliau dianggap sebagai penaung dan pengembang kegiatan kesenian dan

Page 12: Tamadun Islam

kebudayaan di Andalus. Beliau juga telah mendirikan banyak institusi pengajian di setiap kota di

Andalus dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat umum. Sarjana-

sarjana daripada luar dibawa masuk untuk mengajar di institusi-institusi tersebut dan kesan

daripada usaha beliau itu pendidikan Arab telah berkembang pesat di seluruh Andalus. (Irving

1973: 140).

Pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III (912-961 M) Andalus mula mencapai ke puncak

keagungan dan kecemerlangannya dalam berbagai aspek kehidupan seperti pentadbiran, sosio-

ekonomi dan perkembangan ilmu pengetahuan. Di bawah pemerintahan beliau Andalus

mencapai puncak kemakmuran ekonomi. Beliau juga berjaya menyatukan masyarakat Andalus

yang terdiri daripada berbagai bangsa dan suku kaum menjadi satu umat yang menghasilkan

pencapaian tinggi. (Irving 1973: 166).

Berikutnya Khalifah al-Hakam II (961-976 M) telah menumpukan sepanjang lima belas tahun

kekuasaannya menggalakkan perkembangan kegiatan keilmuan di Andalus. Pada zaman

kekuasaannya Universiti Cordova diperbesarkan dan dipertingkatkan peranannya hingga muncul

sebagai sebuah universiti terbaik dan terbesar di dunia. (S.H. Mahmud 1960: 71). Kebudayaan

masyarakat Andalus mencapai tahap tertingginya di bawah pemerintahan al-Hakam II. Menurut

yang dilaporkan oleh Dozy di dalam bukunya “Spanish Islam”, hampir semua penduduk Andalus

tanpa mengira lapisan masyarakat boleh menulis dan membaca dengan baik. (Dozy 1972: 455)

( Irving 1973: 114).

Begitulah peranan yang dimainkan oleh pemerintah-pemerintah Islam di Andalus, mereka begitu

berminat dan cintakan ilmu sehingga masjid dan istana turut dijadikan tempat pembelajaran.

2.3 Cordova Sebagai Pusat Kegiatan Keilmuan

Page 13: Tamadun Islam

Kedatangan Islam ke Andalus bukan sahaja telah membawa perubahan kepada struktur

politiknya, malah telah memandu Andalus ke mercu kejayaan cemerlang yang tidak boleh

ditandingi didalam segala bidang kehidupan. Khususnya dalam bidang pertumbuhan dan

perkembangan intelektual.

Penguasaan Islam di Andalus selama hampir lapan abad sebenarnya telah memberikan

pengertian yang amat besar kepada perkembangan kegiatan intelektual dalam berbagai bidang

bukan sahaja kepada masyarakat Andalus, malah kepada seluruh masyarakat Barat dan dunia.

Cordova yang menjadi ibu kota pemerintahan Islam di Andalus pada zaman kemuncaknya telah

muncul sebagai sebuah kota ilmu pengetahuan yang ulung. Ia menjadi tumpuan para sarjana dan

pelajar dari segenap pelusok dunia. (Imamuddin 1965: 184).

Institusi pendidikan tumbuh dengan banyaknya di seluruh Andalus. Boleh dikatakan semua

bandar utama mempunyai universitinya yang tersendiri, sementara bandar-bandar kecil

mempunyai sekolah-sekolah. Masjid-masjid juga turut berfungsi sebagai pusat pembelajaran.

Dicatatkan juga bahawa pada zaman pemerintahan al-Hakam II, di seluruh Andalus terdapat

sebanyak seribu buah universiti yang dilengkapi dengan perpustakaan yang baik. (Kabir Ahmad

Khan 1982: 312).

Hasil daripada banyaknya institusi pendidikan ini, Cordova yang juga merupakan ibukota

pemerintahan Islam di Andalus pada waktu itu muncul sebagai pusat pengajian dan kebudayaan

yang terulung di Eropah bagi orang-orang Islam, Kristian dan Yahudi. Para pelajarnya terdiri

daripada dalam dan luar negeri. Mereka boleh mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu dan di

mana-mana institusi yang terdapat dengan banyaknya di kota Cordova. Universiti Cordova

muncul sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang paling terkenal di zamannya. Hanya

Universiti al-Azhar di Mesir dan Universiti Nizamiyyah yang setanding dengannya. (Abdul Aziz

Salim 1962: 296).

Page 14: Tamadun Islam

2.4  Cara Penyebaran Tamadun Islam Ke Eropah

Penyebaran Tamadun Islam ke Eropah melalui berbagai cara. Cara terpenting berlakunya

penyebaran tersebut ialah melalui Andalus iaitu dari 92-897H bersamaan 711-1492 M. Tiga

golongan utama yang berperanan besar menyebarkan nilai-nilai tamadun Islam ini ke Barat ialah

masyarakat Kristian Andalus yang dikenali dengan sebutan Mozarab, golongan pedagang dan

para pelajar Kristian Eropah yang belajar di unversiti-universiti Andalus. Cara terpenting

berlakunya proses pemindahan khazanah ilmu pengetahuan dan teknologi Islam ke Eropah ialah

melalui aktiviti penterjemahan.

i. Orang Mozarab

Mozarab ialah panggilan kepada masyarakat Kristian. Ia diambil dari bahasa Arab “musta’ribun”

(orang-orang yang diarabkan) iaitu orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa

aspek kebudayaan Arab dan tamadun Islam. Penumpuan dan pemerhatian mereka terhadap

karya-karya Islam menyebabkan mereka lebih menguasai bahasa Arab berbanding dengan

bahasa Latin. Sebagai bukti, pada tahun 1049 M, John of Seville terpaksa mengusahakan

terjemahan Bible ke bahasa Arab untuk digunakan oleh penganut-penganut Kristian Andalus.

Orang Mozarab telah membelanjakan wang yang banyak untuk membina perpustakaan-

perpustakaan besar bagi menyimpan buku-buku Arab. Perkembangan ini telah menimbulkan

kebimbangan dan bantahan dari Bishop Alwaro. Dengan penguasaan yang meluas terhadap

karya-karya Islam golongan ini telah menjadi sebahagian daripada agen perantara memindahkan

elemen-elemen tamadun Islam Andalus kepada masyarakat Kristian Eropah. (Azam 1991: 87).

ii. Pedagang

Pedagang-pedagang Islam Andalus telah membuat hubungan dagang dengan negara Kristian

sama ada melalui perdagangan darat dan juga laut. Barang dagangan dari Andalus menguasai

pasaran di setiap bandar besar Eropah. Melalui kontrak perdagangan ini sistem nilai dan

keilmuan masyarakat Islam Andalus berjaya dikuasai oleh masyarakat Kristian Eropah. Ini

Page 15: Tamadun Islam

kerana sudah menjadi lumrah dunia, bangsa yang menguasai perdagangan akan mempengaruhi

bangsa-bangsa lain yang mempunyai kontrak perdagangan dengannya. (Imamuddin 1965: 186).

2.5 Peranan Andalus Kepada Kebangkitan Eropah

i. Kebangkitan Eropah

Kebangkitan Eropah bermula ketika orang Islam mulai melalui zaman kemerosotan dan

kemundurannya. Negara-negara Eropah mula sedar dan mula mengejar kemajuan dalam

berbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial dan akhirnya berjaya menewaskan orang

Islam di Andalus pada abad ke 15 M. Mereka  telah belajar daripada orang Islam dalam

membantu proses pemodenan masyarakat Kristian Eropah yang jauh tertinggal. Mereka berbaik-

baik dengan orang Islam Andalus dan bergantung kepada jasa-jasa mereka untuk memindahkan

khazanah-khazanah ilmu Islam ke Eropah. Mereka mula mengkaji faktor-faktor yang telah

membawa kepada kejayaan Islam.

Abad ke 11M menyaksikan perubahan positif dalam bidang ekonomi di negara-negara Kristian

Eropah. Tanda-tanda pemulihan ekonomi ini adalah dalam pertambahan penduduk, pembukaan

tanah untuk kegiatan pertanian, kemunculan golongan pedagang yang bergantung kehidupan

mereka pada perdagangan dua jalinan semula hubungan Eropah Barat dengan Laut

Mediterranean yang tertutup pada Zaman Kegelapan (Dark Ages). Venice di Itali muncul sebagai

pusat perdagangan penting di Eropah Selatan. Mereka mewujudkan hubungan dagang dengan

pedagang Islam di Timur. Aktiviti ini berkembang ke Lambardy dan Tuscany tempat

berkembangnya bandar-bandar terkenal saperti Milan, Florence dan Siena. Pedagang Kristian

mula menguasai perdagangan dan berusaha menyingkirkan kapal-kapal dagang Islam di

bahagian barat Mediterranean. Pemulihan ekonomi juga berlaku di bahagian utara dan hampir di

semua kawasan di Eropah Barat. Institusi kewangan dan perbankan mula berkembang khususnya

di Genoa dan Tuscany di Italy. (Sivachandralingam 1996: 99-109).

Page 16: Tamadun Islam

Pada abad ke 12 dan ke 13M, beberapa buah universiti mula didirikan di Eropah. Universiti

Oxford dibangunkan pada tahun 1167M, Universiti Cambridge pada tahun 1207M dan Universiti

Pradua pada tahun 1222M. Selain unversiti-universiti ini, kebanyakan unversiti lain di Eropah

didirikan selepas tahun 1250M. (Azam 1990: 3). Pada penghujung abad ke 12M terdapat enam

buah universiti di Eropah dan menjelang tahun 1500M jumlahnya meningkat kepada 76 buah.

(Sivachandralingam 1996: 108). Sementara kegiatan penulisan ilmiah pula mulai giat dilakukan

di Eropah pada tahun 1647M iaitu setelah tertubuhnya Academy Experiment di Itali. Seterusnya

di London ditubuhkan pula Royal Society of London padatahun 1662M dan di

Perancisdibangunkan French Academy of  Sciencepadatahun 1666M. Kebanyakan sarjana

Kristian Eropah yang menjadi pelopor pengembangan ilmu di negara mereka pernah berguru

dengan sarjana Islam khususnya di Andalus. (Azam 1990: 3).

Meskipun sarjana Kristian Eropah banyak bergantung kepada kepakaran sarjana muslim dalam

merintis jalan kebangkitan Eropah, namun tidak ramai penulis sejarah sains Barat yang

menonjolkan sumbangan sarjana-sarjana Muslim dalam penulisan mereka. Ini kerana

kebanyakan mereka adalah penulis anti-Islam yang amat fanatik. Mereka menafikan segala

sumbangan besar saintis Muslim dan beranggapan bahawa mereka (saintis Muslim) itu hanyalah

sebagai penterjemah karya-karya yang telah dihasilkan oleh saintis dan ahli falsafah Yunani.

Namun begitu ada juga segelintir sarjana mereka yang mengaku secara jujur dan menghargai

sumbangan sarjana Muslim.

Sesungguhnya sumbangan yang diberikan oleh sarjana-sarjana Muslim terhadap khazanah ilmu

pengetahuan dunia tidak terhitung banyaknya dan tidak ternilai harganya.

ii) Iktibar Dari Sejarah

Orang Islam Andalus (Sepanyol) telah berjaya mencipta sejarah dari segi politik dan peradaban

yang tinggi dalam bidang keagamaan, intelektual dan senibina. Peradaban Islam adalah

berasaskan akidah. Akidah Islam adalah berbentuk universal, global dan integral. Kegiatan

Page 17: Tamadun Islam

senibina berkembang pesat di Sepanyol. Masjid merupakan institusi pertama yang

mencerminkan seni ukir dan seni bina Islam. Masjid yang teragung di Sepanyol ialah Masjid

Cordova. Istana khalifah juga mencerminkan seni ukir dan seni bina Islam. Istana yang paling

indah dan agung ialah Istana al-Hamra’ (Alhambra) yang terletak di bandar Granada

(Gharnatah).

Aspek perbandaran merupakan ciri terpenting dalam kehidupan orang Islam di Sepanyol.

Terdapat banyak bandar orang Islam yang baru dibina atau sudah sedia ada tetapi diperbaharui di

Sepanyol seperti bandar Cordova, Granada dan Seville. Di bandar-bandar ini terdapat institusi-

institusi agama dan pendidikan dan di sini juga tumbuh dan berkembangnya peradaban orang

Islam. Usaha membina dan memajukan bandar-bandar Sepanyol merupakan suatu taktik dan

strategi penting bagi mengukuhkan pengaruh Islam dari segi politik, ekonomi, sosial dan

pendidikan. Tegasnya dari bandar orang Islam mula berkuasa dan mengambil alih pemerintahan

dan diperluaskan ke desa-desa.

Di bandar terdapat ramai penduduk dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan bagi

menjalankan aktiviti-aktiviti untuk keperluan masyarakat dan negara. Pembinaan kota Cordova,

Seville dan Granada mencerminkan kegemilangan tamadun Islam di Sepanyol. Namun terdapat

juga aspek-aspek negatif dari kehidupan di bandar. Ciri-ciri kebudayaan dan kemewahan yang

terdapat di bandar boleh membawa keruntuhan akhlak penduduknya. Kerana itu Allah

mengingatkan tentang keburukan penduduk bandar yang sering melakukan kerosakan di bumi.

Firman Allah bermaksud:

“Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu ada sembilan orang yang semata-mata

melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan

sedikit pun”.(Surah al-Naml ayat 48)

Mereka yang tinggal di bandar termasuklah kaum elit dan raja. Firman Allah yang bermaksud:

Page 18: Tamadun Islam

“Sesungguhnya raja-raja apabila mereka memasuki sesebuah kampong mereka

membinasakannya dan penduduknya yang mulia dijadikan hina, dan demikian pulalah yang

akan mereka lakukan”.(Surah al Naml ayat 34)

Pengaruh budaya Barat yang tersebar luas di kawasan bandar Sepanyol telah memberi kesan

negatif terhadap kehidupan penduduknya. Ramai dikalangan pemimpin Islam yang terjerumus ke

lembah kehinaan, mereka lebih mementingkan hiburan, keseronokan dan kebendaan daripada

menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Keadaan ini telah

menimbulkan sifat-sifat angkuh, tamak dan mementingkan diri sendiri. Justeru itu timbul

perbalahan dan akhirnya berpecah sesama sendiri. Dalam keadaan berpecah ini umat Islam telah

kehilangan kekuatan politik dan menjadi semakin lemah. Perbalahan dan peperangan sesama

sendiri mengakibatkan kerugian besar dari segi nyawa dan harta benda.

Orang Kristian telah mengambil kesempatan daripada perpecahan yang berlaku ini. Pada bulan

Julai 1212M tentera Salib (Kristian) dari Castile, Leon, Navarre dan Aragon telah bersatu tenaga

untuk menyerang kerajaan al-Muwahhidun dan wilayah-wilayah lain yang diperintahkan oleh

orang Islam. Tentera Salib telah meraih kemenangan besar dalam peperangan di Los Navas de

Tolosa. Kemenangan tentera Salib ini merupakan titik tolak kejatuhan pemerintahan Islam di

Andalusia (Sepanyol) kerana selepas itu satu demi satu wilayah Islam jatuh ke tangan mereka.

(Mahayuddin 1990: 222).

Orang Kristian yang dilihat pada lahirnya baik dan jujur, mempunyai perancangan dan niat jahat

terhadap Islam. Mereka sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan orang Islam. Perancangan

ini telah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang.

Page 19: Tamadun Islam

3.   Pengaruh Tamadun Islam Dalam Ilmu Pengetahuan

Ajaran Islam yang menekankan betapa pentingnya ilmu pengetahuan telah menjadikan umatnya

mampu menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Mereka mampu menghasilkan karya-

karya sendiri dan mampu menyumbang dan menyebarkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat di

seluruh pelusuk dunia. Selama beberapa abad umat Islam menjuarai dunia menguasai pelbagai

bidang ilmu pengetahuan. Beberapa disiplin ilmu baru telah dikembangkan dan beberapa

penemuan baru telah ditemui hasil daripada penyelidikan yang dilaksanakan secara berterusan

dalam bidang-bidang sains dan teknologi, sains kemanusiaan dan sosial dan lain-lain.

Kewujudan dan perkembangan pelbagai disiplin ilmu ini telah mempengaruhi dunia. Pada waktu

itu dunia khususnya di Eropah berada di Zaman Kegelapan. Sehingga kini penemuan sarjana

Islam masih dikaji, dipelajari dan dihayati sama ada secara langsung atau tidak, diakui atau

dinafikan.

3.1  Sumber, Prinsip dan Matlamat Keilmuan Islam

a. Sumber

Sumber ilmu pengetahuan  adalah;

i.  Al-Quran

ii  Al-Sunnah

iii Al-Ijtihad

Al-Quran:

Terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh manusia menyingkap tanda-tanda kebesaran Allah

s.w.t, menggesa manusia mempelajari dan mengembangkannya. Ada dalam bentuk umum dan

ada dalam bentuk khusus.

Terdapat ayat-ayat khusus yang membabitkan disiplin tertentu seperti:

Page 20: Tamadun Islam

i.  Astronomi; al-Anbiya: 23, al-An’am: 97, Yasin: 38-40 dan lain-lain.

ii. Matematik; al-Nisa’: 11-12.

iii.Biologi; alHajj: 5, al-Alaq: 2 dan lain-lain.

iv. Fizik; al-A’la: 1-3, Luqman: 20.

v.  Kimia; al-Rahmah: 7-9, al-Ra’d: 3 dan lain-lain.

Al-Sunnah:

Hadith-hadith Nabi juga ada menerangkan, menggesa dan menganjurkan pencarian ilmu serta

melakukan segala urusan dengan cara yang sesuai dengan kepakaran yang dimiliki seperti sabda

Nabi s.a.w. yang bermaksud;

“Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu”.

Al-Ijtihad:

Penggunaan akal yang bijak telah menghasilkan ilmu-ilmu baru. Ini sesuai dengan tuntutan

mencari ilmu dalam Islam. Menurut Imam al-Ghazali, tuntutan mencari ilmu adalah kewajipan

keagamaan yang dibahagikan kepada fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.

b. Prinsip Keilmuan

Ia mempunyai tiga prinsip:

i.        Tauhid

Segala disiplin ilmu mestilah terikat dengan ilmu tauhid iaitu dengan menjadikan maklumat dan

ilmu itu dirujukkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan sumber-sumber muktabar yang lain.

Page 21: Tamadun Islam

ii.      Berasaskan hiraki ilmu

Dari sudut hiraki ilmu, ilmu-ilmu wahyu yang merupakan ilmu teras atau dasar yang merupakan

ilmu yang tinggi kedudukannya. Ilmu-ilmu fardhu kifayah pula merupakan ilmu-ilmu yang lebih

bersandarkan akal. Oleh itu ia di tempat kedua dari segi hirakinya.

iii.    Kesepaduan ilmu

Idea dualisme hanya akan memberi kekeliruan dan mampu sekadar mencapai matlamat jangka

pendek sahaja. Sebaliknya kesepaduan ilmu akan berkesinambungan dan seterusnya mencapai

kedudukan yang paling tinggi iaitu keredhaan Allah s.w.t. Akidah tauhid harus menjadi paksi

atau tunjang kepada ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

c. Matlamat Ilmu Dalam Islam

Matlamat ilmu dalam Islam harus berlegar kepada beberapa tujuan tertentu iaitu:

i.        Untuk mengenali Yang Maha Pencipta iaitu Allah. Ini merupakan tonggak matlamat

segala ilmu yang ada di atas muka bumi ini.

ii.      Untuk mengetahui bagaimana kehidupan sebenar yang merupakan ibadat kepada Allah.

iii.    Untuk mengatur kehidupan beribadah menurut kepercayaan akidah yang sebenar.

iv.    Untuk menguruskan dan mentadbir alam sebagai khalifah Allah.

Page 22: Tamadun Islam

4.   Pengaruh Tamadun Islam Kepada Ilmu Pengetahuan

Seperti yang ditegaskan bahawa bukti-bukti pencapaian Tamadun Islam dalam pelbagai bidang

ilmu pengetahuan yang menyerikan zaman kegemilangan Islam adalah lahir dari ajaran Islam itu

sendiri yang telah diolah oleh pemikir-pemikir Islam. Ia menjadi rebutan oleh pencinta-pencinta

ilmu terutama dari blok Eropah dan Barat. Hal ini boleh diperhatikan beberapa kesan pengaruh

tamadun Islam terhadap dunia Eropah dan Barat dan dunia seluruhnya, antara lain:

i.  Penubuhan Pusat Pengajian Tinggi Islam

Kaum muslimin amat tekun mengkaji isi kandungan al-Quran dan al-Hadith sejak dari

permulaan Islam lagi. Di samping ketekunan beribadat, mereka juga tidak ketinggalan dalam

usaha penemuan ilmu-ilmu umum baru yang lain. Kesemua ini bertujuan bagi kepentingan umat

manusia, baik untuk keselesaan hidup di dunia mahupun mencari kebahagian di akhirat. Dengan

sebab itu, lahir para ilmuan dalam pelbagai bidang  tersebar di seluruh pelosok dunia Islam.

Pemimpin Islam telah mengambil inisiatif untuk mengumpul para ilmuan di suatu tempat dan

diberi upah bagi mereka yang mengajar dan membuat penyelidikan dari semasa ke semasa.

Akhirnya tempat itu menjadi Pusat Pengajian Tinggi Islam. Berbagai lapisan masyarakat datang

ke tempat itu sama ada dari dalam atau luar negara seperti pelajar-pelajar dari Eropah untuk

menimba pelbagai ilmu pengetahuan dari tokoh-tokoh terkenal.  

ii.      Kewujudan Institusi Penterjemahan

Orang-orang Eropah yang menetap di negeri-negeri Islam mengambil unsur-unsur Tamadun

Islam kemudian mereka bawa pulang ke negeri masing-masing. Sejak mereka mengenali

kecemerlangan Tamadun Islam sekitar abad ke 11 Masehi, maka semakin tinggi keinginan

mereka untuk menyerap tamadun dalam kehidupan mereka sehari-hari. Mereka berfikir

bagaimana cara supaya ilmu pengetahuan yang amat berguna itu masuk lebih cepat ke Eropah.

Akhirnya golongan ilmuan di kalangan mereka sependapat bahawa cara yang terbaik ialah

penterjemahan.

Page 23: Tamadun Islam

Sebahagian besar usaha penterjemahan dilakukan oleh ilmuan di Universiti Islam di Sepanyol,

Sicily dan ilmuan Islam di Universiti Islam di Timur. Usaha penterjemahan buku berjalan

dengan pesat kerana mereka berkemampuan menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke bahasa

Latin dan Eropah. Pada mulanya mereka hanya menterjemah ilmu-ilmu falsafah sahaja kemudian

kegiatan ini diteruskan ke bidang-bidang sains. Buku-buku hasil karya ilmuan Islam itu dijadikan

rujukan di pusat-pusat pengajian mereka di Eropah.

iii.   Penubuhan Universiti Pertama di Eropah

Penubuhan universiti yang pertama di Eropah merupakan inisiatif daripada pelajar-pelajar

Kristian Eropah yang telah tamat pengajian mereka di Timur (Baghdad) dan di Barat (Sepanyol).

Penubuhan universiti tersebut juga ada kaitan dengan Perang Salib kerana berlaku pemindahan

ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam serta bahan-bahan ilmiah lain yang dibawa oleh tentera-

tentera salib pulang ke negara mereka. Model universiti-universiti yang dibangunkan di negara

mereka adalah merupakan tiruan daripada institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Sepanyol.

iv.    Penggunaan Istilah Arab/Islam dalam istilah saintifik di Barat

Para ilmuan Barat banyak menggunakan istilah-istilah Arab dan Islam di pusat pengajian mereka

di Barat. Ini kerana mereka pernah belajar dari sarjana-sarjana Islam dan mempelajari buku-buku

yang ditulis oleh mereka. Kebanyakan istilah-istilah Arab dan Islam yang dikemukakan oleh

ilmuan Islam pada masa dahulu, mereka kekalkan sebagai istilah-istilah saintifik Barat sehingga

dewasa ini. Contohnya ialah istilah Sifr-sifar, Zero, Almanac-al-munakh (cuaca), Alcohol-al-

kuhul dan Arsenic-al-zirnikh.

4.1  Disiplin Ilmu, Tokoh Dan Sumbangannya

Rasulullah s.a.w. adalah tokoh yang mengintegrasikan ilmu pengetahuan yang berbentuk

duniawi dan ukhrawi tanpa wujud sebarang pemisahan di antara satu sama lain. Di antara cara-

cara yang biasa dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk merealisasikan perkara di atas

Page 24: Tamadun Islam

antaranya pada malam hari baginda banyak mengerjakan amal ibadah dan pada siang hari

baginda bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan negara. Baginda juga mendidik

para sahabat secara langsung dengan ilmu-ilmu yang dapat mendisiplinkan mereka sehingga

tidak sanggup melakukan sebarang penyelewengan dalam kehidupan bermasyarakat disebabkan

mereka menguasai ilmu dunia dan akhirat dengan seimbang. Kecemerlangan keilmuan dalam

Tamadun Islam di zaman silam itu, akhirnya melahirkan ramai tokoh ilmuan dalam pelbagai

bidang. Ianya dikagumi dunia sehingga kini. Oleh itu lahir tokoh-tokoh intelektual yang terbilang

dalam pelbagai bidang. Berikut akan dijelaskan ilmu-ilmu yang telah diterokai oleh para ilmuan

Islam itu dan sumbangan yang telah mereka berikan.

a. Sains dan Teknologi

i.        Astronomi

Merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kajian bulan, bintang, planet, galaksi, jirim

antara bintang, nova dan pulsar dan apa jua bahan dan jasad yang terdapat di angkasa lepas

(Baharuddin Yatim, 1992, 20)

Walaupun ilmu astronomi turut dicurigai oleh masyarakat umum, Andalusia tetap berjaya

melahirkan ramai ahli astronomi terkenal. Ini kerana mereka mendapat galakan daripada

pemerintah dalam menjalankan kajian dan pencerapan astronomi. Salah satu tempat yang

digunakan sebagai kajian pencerapan angkasa lepas ialah di menara masjid. Seterusnya sebuah

balai cerap yang dikenali sebagai Giralda telah dibina berhampiran dengan Masjid Seville pada

tahun 1190M. Para sarjana astronomi Islam Andalusia telah mencipta pelbagai alat astronomi

yang belum diketahui oleh dunia sebelum itu. Contohnya Astrolab yang digunakan oleh orang

Eropah sehingga kurun ke-12 Masehi untuk menentukan saiz bumi dengan lebih tepat daripada

cara yang dilakukan oleh orang Greek sebelumnya.

Page 25: Tamadun Islam

Antara tokoh astronomi Islam ialah Abd al-Rahman al-Sufi (903-986M). Sumbangan beliau di

dalam astronomi ialah mengkatalog bintang sehingga lebih dari 1000 jenis. Nama bintang yang

diperkenalkan oleh beliau tetap terus digunakan hingga hari ini oleh ahli sains Barat. Namun

demikian nama dalam bahasa Arab telah diubahsuai dengan sebutan Eropah seperti algharab

diubah jadi algorab (Mustafa Daud 1991: 262).

 ii. Matematik

Orang Islam telah mempersembahkan kepada dunia ilmu Algebra dalam bentuknya yang asli.

Algebra, perangkaan dan matematik gunaan telah dipelopori dan diketengahkan oleh para sarjana

Muslim. Merekalah orang pertama menggunakan Algebra dalam bidang Geometri. Di antara

tokoh ilmu matematik Islam ialah al-Khawarizmi (780-850M). Beliau merupakan seorang ahli

matematik Islam termasyhur. Beliau memberikan sumbangan dalam perkembangan ilmu

matematik apabila mengemukakan asal usul angka. Karya-karya beliau telah diterjemahkan ke

dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagni, iaitu kitab al-Jami’ wa al-Tafiq bi Hisab al-

Hind. Kitab ini dikatakan ditulis oleh beliau berdasarkan kepada matematik yang berasal dari

India.

Al-Khawarizmi telah memperkenalkan  satu teorem baru dalam matematik iaitu Algebra. Perkara

ini dirakamkan di dalam kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.(Mustafa Daud

1991: 261).

iii. Perubatan

Sarjana Islam Andalusia telah berjaya menghasilkan kemajuan yang amat membanggakan dalam

bidang ini dan kejayaan mereka mengatasi pencapaian ahli-ahli perubatan Timur.Berdasarkan

teori-teori baru, ahli-ahli perubatan Islam Andalusia telah berjaya melakukan eksperimen-

eksperimen yang sukar. Mereka sentiasa berhati-hati dalam semua operasi yang dilakukan

khususnya dalam bidang aetiologi, patologi dan terapuitik. Dengan itu Andalusia berjaya

Page 26: Tamadun Islam

melahirkan ramai sarjana yang mempunyai kepakaran yang mendalam dalam berbagai cabang

ilmu kedoktoran dan mereka telah menghasilkan karya-karya perubatan yang dilengkapi dengan

ilustrasi alat-alat pembedahan. Inilah sumbangan terbesar oleh sarjana perubatan Islam dan dunia

perubatan moden terhutang budi kepadanya. Orang Yahudi mempelajari ilmu daripada sarjana

Islam Andalusia dan mereka menjadi terkenal di merata tempat. Selain daripada itu, para sarjana

perubatan menjadi tenaga pengajar di universiti-universiti di seluruh Andalusia. Mereka

bertanggungjawab mengurniakan diploma atau ijazah kepada para pelajar yang telah tamat

pengajian kedoktoran. Seseorang itu tidak dibenarkan untuk mengajar atau memperaktiskan ilmu

kedoktoran tanpa diploma atau ijazah  yang berkenaan. Banyak hospital awam didirikan di

semua bandar penting di Andalusia. Contohnya pada zaman pemerintahan khalifah Bani

Umaiyah terdapat lebih kurang 40 buah hospital di Cordova.

Di antara tokoh ilmu perubatan Islam ialah Ibn Zuhr (meninggal dunia pada 525H/1131M). Di

Barat beliau dikenali sebagai Avensoon. Beliau juga merupakan pakar perubatan yang

termasyhur di Andalusia. Beliau telah meninggalkan karya yang amat dihargai oleh Barat iaitu

kitab al-Taysir yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dalam tahun 1289M oleh Paravicius

dengan nama Theisir. Ia dikenali sebagai Facilitation of Treatment dalam bahasa Inggeris.

b. Sains Kemanusiaan dan Sosial

i. Antropologi dan Sosiologi

Di kalangan ahli antropologi Barat tidak wujud keseragaman dalam memahami manusia ini

kerana mengikut fahaman “humanisme” yang berkembang di Barat melalui abad ke15 hingga

abad ke18 unsur kerohanian atau keagamaan tidak wujud dalam kehidupan manusia. Menurut

Islam definisi manusia yang diberikan ini adalah amat tidak lengkap. Mendefinisikan manusia

dengan mengambil kira unsur biologinya sahaja merupakan satu jenayah dan penafian tentang

hakikat kemanusiaan itu sendiri kerana manusia tidak dapat hidup berdasarkan kepada jasad

sahaja. Malah ia memerlukan roh. Tanpa roh manusia tidak dapat hidup. (Mustafa Daud 1991:

203).

Page 27: Tamadun Islam

Di antara tokoh ilmu sosiologi Islam ialah Dr. Ali Syari’ati (1933-1977M). Beliau berasal dari

Iran dan merupakan di antara pakar sosiologi Islam mutakhir yang cuba menganalisis sosiologi

dari perspektif Islam. Percubaan beliau ini menghasilkan satu kejayaan gemilang. Kegemilangan

ini adalah berpunca daripada kejayaannya mengadun ajaran-ajaran al-Quran dengan ilmu

sosiologi moden yang dipelajarinya di Perancis sehingga mendapat ijazah doktor falsafah (Ph.D).

Keunggulan teori Dr. Ali Syari’ati hanya dapat dilihat setelah dibandingkan dengan teori

perubahan sosial Barat. Barat menyenaraikan beberapa faktor yang membawa perubahan sosial

seperti penjajahan, kemajuan komunikasi, kemajuan teknologi, faktor alam sekitar seperti gempa

bumi dan sebagainya. Dengan bimbingan al-Quran, Dr. Ali Syari’ati menemukan teori

perubahan sosialnya dengan menitikberatkan tentang umat manusia itu sendiri. Istilah yang

digunakan oleh beliau ialah al-nas. Hal ini berpandukan kepada ayat al-Quran yang ber maksud:

“Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum itu (kaum manusia) jika mereka sendiri tidak

mahu mengubahnya.” (Surah al-Ra’d: 11).

ii. Psikologi

Ia adalah ilmu yang mengkaji tentang jiwa, merupakan ilmu yang paling tua usianya bermula di

zaman primitif lagi. Ia maju setapak pada zaman Yunani kuno. Ia dikira sebagai era bermulanya

psikologi yang bersifat saintifik. Tokoh-tokoh seperti Plato, Aristotles, Gelen dan sebagainya

merupakan tokoh psikologi Yunani yang tidak asing lagi kepada kita.

Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar didalam perkembangan psikologi ini. Al-

Imam Abu Mansur Al-Tahlabi telah berjaya mengumpulkan 50 istilah yang pernah digunakan

oleh ahli-ahli psikologi Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu

seperti janin, walid, rad’i, baligh dan sebagainya. Nafs (jiwa), qalb (hati), roh dan aql (akal)

adalah empat istilah yang paling popular dalam psikologi Islam. Semua istilah ini terdapat dalam

Page 28: Tamadun Islam

al-Quran. Perkataan nafsdiulang oleh al-Quran sebanyak 367 kali. Ia membawa erti sebagai

kemanusiaan pada keseluruhannya tanpa terkhusus kepada pemikiran sahaja. Perkataan qalb pula

diulang sebanyak 144 kali. Ia mempunyai berbagai-bagai makna, seperti pemberian hidup,

wahyu malaikat yang membawanya dan sebagainya. ‘Aql pula diulang sebanyak 49 kali, bukan

secara tepat tetapi dalam bentuk kata kerja, iaitu ‘aqala yang memberi erti sebagai berfikir.

(Mustafa Daud 1991: 210).

Tokoh Psikologi Islam yang utama ialah al-Farabi (meninggal pada 350/961M). Di Barat beliau

dikenali sebagai Alpharabius. Beliau meninggalkan Farab (Uzbekistan, Rusia) untuk menuntut

ilmu di Baghdad sejak kecil lagi. Al-Farabi ketika membicarakan masalah roh bermula dengan

menghuraikan akal. Akal dikatakan oleh beliau sebagai satu gejala yang mempunyai daya

kekuatan yang dapat memancarkan roh. Dalam daya kekuatan itu terangkum di dalamnya

beberapa daya yang lain seperti daya keinginan untuk hidup. Terdapat juga daya perasaan dan

imaginasi yang terkandung di dalam daya mengenal. Di samping itu ada daya yang berupa

intelek yang praktis yang digerakkan oleh intelek yang berbentuk teori yang kedua-duanya dapat

mencetuskan daya berfikir.

Akal juga mempunyai dua bahagian kekuatan lain, iaitu dapat berfikir sesuatu yang berbentuk

abstrak yang terpisah daripada kebendaan yang dapat diinderai, dan daya kekuatan untuk

mencari sesuatu yang dapat memberi faedah, kebaikan dan kesempurnaan jasmani seperti

bagaimana mencari makan dan tempat perlindungan. Al-Farabi berpendapat bahawa daya

kekuatan yang kedua ini akan hancur, dengan hancurnya jasad ditelan bumi. Sedangkan daya

kekuatan yang pertama tetap kekal bersama roh dan daya kekuatan inilah juga yang akan

dibangkitkan bersama roh pada hari kiamat.

iii. Kesusasteraan dan Kesenian

Sejak dahulu lagi manusia bersastera dengan menghasilkan berbagai bentuk puisi seperti

nyanyian, sajak dan jampi mentera, di samping bentuk prosa seperti cerita-cerita penglipur lara,

Page 29: Tamadun Islam

dongeng dan sebagainya. Sebelum Islam, sastera mereka dipenuhi unsur-unsur animisme

terutama dalam puisi mistik. Beberapa pembaharuan dapat dilihat selepas kedatangan Islam.

Kemudian dengan kedatangan Barat telah mengubah sama sekali dunia sastera orang Islam.

Malangnya sebahagian besar masyarakat Islam tidak menyedari bahawa dari segi prinsip dan

konsepnya, seni Barat yang umumnya bersifat sekular itu tidak selaras dengan Islam. Seni

sastera Islam pula tidak diberikan tempat dalam dunia yang sekular ini. Sifat asas seni sastera

Islam adalah tauhid. Sasterawan Islam hendaklah yakin bahawa hanya nilai yang ditentukan oleh

Allah sahaja yang mutlak dan terbaik.

Di antara tokoh seni sastera Islam ialah al-Ma’ari (973-1057M). Beliau adalah seorang

sasterawan yang menguasai kedua-dua bidang prosa dan puisi. Karya prosanya yang terkenal

ialahRisalah al-Ghufran (Bingkisan Pengampunan). Ia mengandungi unsur simbolik dan sindiran

yang merupakan pengalaman pengembaraan penulis di alam akhirat. Beliau juga menghasilkan

kitab akhlak yang bermutu iaitu Mulk al-Sabil(Tertinggal Jalan) yang mengandungi kata-kata

hikmat dan ajaran akhlak. (Mustafa Daud 1991: 323).

c.  Ilmu Pentadbiran dan Pengurusan

i. Pengurusan Sumber Maklumat

Dalam Islam, semua maklumat dan ilmu adalah milik Allah. Oleh itu sumber maklumat utama

yang tidak boleh diketepikan ialah al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber primer manakala

sumber maklumat selainnya adalah sumber sekunder, atau dengan sebutan lain sumber naqli

(wahyu) dan sumber aqli (ijtihad). Sumber primer ialah sumber asal maklumat dalam Islam dan

bersesuaian dengan setiap zaman, manakala sumber sekunder (alternatif) adalah sumber-sumber

maklumat yang dikembangkan oleh pemikiran manusia hasil analisis dan sentesis daripada

prinsip-prinsip al-Quran dan al-Sunnah.

Page 30: Tamadun Islam

Sejarah memperlihatkan betapa ramai tokoh-tokoh intelektual Islam yang terkenal menjadikan

sains pengurusan maklumat dan ilmu sebagai asas kejayaan mereka dalam menguasai pelbagai

bidang keilmuan. Di antara tokoh ilmu pengurusan sumber maklumat Islam ialah al-Ghazali

(1111M). Beliau adalah Abu Hamid Muhammad al-Ghazali. Lahir di daerah Tus di kawasan

perkampungan Ghazalah. Berhijrah ke Nisabur dan berguru dengan Imam al-Haramain iaitu

Imam al-Juwaini. Kemudian berhijrah ke Baghdad dan dilantik sebagai professor di Universiti

Nizamiyah ketika berusia 33 tahun. Berhijrah lagi ke Damsyik, Bait al-Maqdis, Makkah,

Madinah dan berkhidmat di Universiti Nizamiyah sehingga beliau meninggal dunia.

Beliau dicatatkan sebagai bapa falsafah moden, mahir dalam bidang muzik, metafizik, logik,

sosiologi, matematik dan sebagainya. Telah menghasilkan lebih daripada 400 buah buku

pelbagai bidang dan disiplin. Beliau mengkelaskan disiplin ilmu berasaskan kepada empat

aspek  iaitu:

i.        Ilmu Teoritikal dan Praktikal

ii.      Ilmu Huduri dan Husuli

iii.    Ilmu Keagamaan dan Keintelektualan

iv.    Ilmu Fardhu Ain (Individu) dan Fardhu Kifayah (Kemasyarakatan)

ii.      Pengurusan Ekonomi

Ekonomi Islam adalah suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku manusia

dalam soal mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk kepentingan diri dan juga

masyarakat bagi mendapat keredaan Allah. Ekonomi Islam mempunyai ciri-ciri khusus yang

membezakannya dari ekonomi hasil penemuan manusia. Sistem ekonomi Islam adalah

sebahagian dari syariat dan erat hubungannya dengan akidah selaku dasar.Kegiatannya bersifat

pengabdian dan bercita-cita luhur iaitu memakmurkan bumi dan mempersiapkannya untuk

kehidupan insan sebagai satu bentuk kepatuhan terhadap perintah Allah. Kegiatan ekonomi Islam

Page 31: Tamadun Islam

juga selain diawasi oleh syariat, juga diawasi oleh hati nurani yang terbina di atas kepercayaan

akan adanya Allah dan perhitungan hari akhirat.

Di antara tokoh ekonomi Islam yang terkenal ialah Ibn Taimiyah (1262-1328M). Ibn Taimiyah

membenarkan campur tangan kerajaan dalam pasaran dengan sebab menopoli, penyorokan dan

spekulasi. Di antara tulisannya ialah berhubung dengan institusi hisbah yang berperanan untuk

menjaga persaingan secara saksama dan berurusan dengan jujur. Hal ini boleh dilakukan dengan

cara penguatkuasaan peraturan-peraturan terhadap pengeluar, pedagang dan orang tengah.

Berhubung dengan pemilikan oleh individu, Ibn Taimiyah membenarkan pihak berkuasa untuk

memendekkan tempoh atau menarik balik pemilikan tersebut, beliau juga menekankan supaya

pihak kerajaan memenuhi keperluan asas rakyat. (Muhammad Nejatullah Siddiqi 1989: 106).

      

Jelas sekali bahawa Islam merupakan alternatif tunggal yang dapat menyelesaikan segala

permasalahan hidup manusia di dunia ini. Justeru  itu, Islam mesti digunakan dalam pendekatan

terhadap disiplin ilmu khususnya sains kemanusiaan dan sosial seperti psikologi, sosiologi dan

sebagainya.

Ahli-ahli sains Islam pada zaman keemasannya dahulu telah mencapai satu tahap yang sungguh

mengkagumkan dunia. Mereka telah meninggalkan warisan yang amat berharga kepada tamadun

dan generasi kini. Kelebihan ahli-ahli sains Islam ialah mereka bukan sahaja mahir sesuatu

bidang malah menguasai pelbagai disiplin. Ibn Rusyd contohnya bukan sahaja menguasai ilmu

perubatan atau disiplin sains, malah beliau juga menguasai falsafah yang tidak ada kaitannya

dengan sains. Demikian juga halnya dengan Ibn Khaldun yang terkenal sebagai ahli falsafah

sejarah dan ahli sosiologi, tetapi beliau juga merupakan seorang ahli kimia yang termasyhur.

Lebih utama lagi mereka juga merupakan ulama yang menguasai ilmu-ilmu fardhu ain seperti

ilmu kalam, fiqh dan tasawuf.

Page 32: Tamadun Islam

Rujukan

Al-Quran al-Karim

Abdul Aziz Salim. 1962. Tarikh al-Muslimin wa Atharuhum fi al-Andalus. Beirut: Dar al-

Ma’arif.

Ahmad Amin. 1969. Zuhr al-Islam. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi.

Aidit bin Hj. Ghazali. 1994. “Sumbangan Islam Kepada Tamadun Dunia dalam Ilmu dan

Kecemerlangan dari Perspektif Islam”. Penyunting Ismail Hj. Ibrahim & Mohd. Shahri Abdul

Rahman. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Al-Buti, Said Ramadan. 1988. Fiqh al-Sirah. Terjemahan Mohd Darus Sanawi Ali. Shah Alam:

DewanPustakaFajar.

Arnold, Thomas. 1913. The Preaching of Islam. London: Constable and Company Ltd.

Azam Hamzah. 1987. Sumbangan Islam kepada Tamadun Dunia. Klang: Fontarz Enterprise

........................... 1991. Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus (711-1492M). Shah Alam:

Penerbitan Hizbi

Page 33: Tamadun Islam

…………………1991. “SejarahTamadun Islam di Andalus (711-1492)”. The Commercial

Press Sdn. Bhd.

Azam Bin Hamzah, Zulekha Yussof. 1990. Tamadun Islam Konsep dan Pencapaiannya. Shah

Alam: Penerbitan Hizbi.

Azhar Hj. Md Aros. 2002. Tamadun Islam dan Tamadun Asia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Azizan Baharudin. 1986. Pengenalan Tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Baharuddin Yatim, Sulaimana Noordin. 1992. Sains Menurut Perspektif Islam. Bangi; Pusat

Pengajian Umum, UKM

Chejne, Anwar G. 1974. Muslim Spain: Its History and Culture. Minneapolis:

The University of Minnesota Press.

Dozy, Reinhart. 1972. Spanish Islam: A History of Moslems inSpain. London: Frank Cass.

Encyclopedia Britanica. 1969. Chicago: William Benton Publisher.

Ibn al-Qifti, Ali bin Yusof.1903. Tarikh al-Hukama’. Leipzig.

Page 34: Tamadun Islam

Imamuddin, S.M. 1965. Some Aspects of the Sosio-economic and Cultural History of

Muslim Spain. Leiden: E.J. Brill.

Inan, Muhammad Abdullah. 1959. Nihayat al-Andalus. Kaherah: Matbaah Misr Sharikat

Muhasamah Misriyyah.

Irving, T.B. 1973. Falcon of Spain. Lahore: SH. Muhammmad Ashraf.

Mahyudin Hj. Yahaya, Dr. 1990. Islam di Sepanyol dan Sicily. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mohd Asri Abdullah dll. (editor). 1992. Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam Menghadapi

Cabaran Abad ke 15H/21M, Prosiding Seminar Tamadun Islam Peringkat Asia Tenggara.

Shah Alam: UPENA, UiTM.

Muhammad Nejatullah Siddiqi. 1989. Pemikiran Ekonomi Islam. Terj. Mohd Amin  Abdullah.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa  dan Pustaka.                                                            

Mustafa Hj. Daud. 1991. Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors

Sdn. Bhd.

S.H. Mahmud. 1960. The Story of Islam. Karachi: OxfordUniversity Press.

Page 35: Tamadun Islam

Universiti Malaya. 2001. Tamadun Islam danTamadun Asia.Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya.

W. Abdullah Bin Hj. W. Mahmood, Dra. Wista Ahmad. 1997.Tamadun Islam dan Tamadun

Alam Melayu Serta Sumbangannya Kepada Dunia. Selangor: Global Printers Sdn. Bhd.

Wan Kamariah Leman, Mazlah Yaacob. 1997. Sejarah dan Tamadun Islam. Shah Alam:

PusatPendidikanLanjutan, UiTM.