tamadun islam

6
PENGENALAN TAMADUN ISLAM ETIMOLOGI PERKATAAN TAMADUN “Tamadun” berasal dari perkataan Arab tamaddun yang berakar umbi dari perkataan maddana yang bererti ; i. “membangunkan atau memajukan [Bandar]” ii. “menjadikan atau mengubah [seseorang yang berkelakuan ‘kekampungan’ kepada berkelakuan “kebandaran” atau “kepekanan”]. Tamaddun juga boleh dikatakan berpunca dari perkataan maddana yang bermaksud; i. “menduduki sesuatu tempat”, atau “datang menduduki sesuatu Bandar”. ii. “berkelakuan seperti orang pecan atau Bandar” , atau halus budi pekertinya, misalnya di dalam ungkapan “Dia berkelakuan seperti orang pecan atau Bandar”, atau “Dia itu halus budi pekertinya” MAKNA DAN PENGERTIAN TAMADUN Dalam huraian di atas,ternyata tamadun pada dasarnya berkaitan dengan kebendaan, misalnya “pembangunan Bandar” dan kerohanian, misalnya pembangunan akhlak’. Oleh itu tamadun dalam pengertian yang mudah ialah kemajuan jasmani (benda) dan rohani (abstract). BEBERAPA PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI TAMADUN Clive Bell : Tamadun adalah satu kriteria masyarakat. Redfield : Sejumlah daripada beberapa puncak kebudayaan atau pencapaian manusia yang meningkat sendiri. Karl A. Wittfogel : Tamadun merupakan ciri-ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara yang berdasarkan kepada idea dan kepercayaan. Toynbee : Jenis kebudayaan yang berkembang di dalam bandar. Darcy Riberio : “the crytallisations of Individual civilizational processes. Menurut Riberio, di dalam masyarakat yang sudah bertamadun, pembaharuan berikut akan berlaku : i. Penyebaran teknologi pertanian dan berakhirnya cara hidup nomad. ii. Penternakan dan pengkhususan fungsi (pembahagian kerja) untuk-untuk kumpulan tertentu. iii. Revolusi perbandaran yang berkaitan dengan timbulnya bandar dan negara, dengan stratifikasi masyarakat dalam kelas-kelas sosial, dan dengan pertanian, pengairan dan teknologi mengerjakan tambaga dan gangsa, tulisan,bilangan, kalender dan lain- lain.

Upload: biani-mawal

Post on 18-Jul-2015

450 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

ETIMOLOGI PERKATAAN TAMADUN

“Tamadun” berasal dari perkataan Arab tamaddun yang berakar umbi dari perkataan

maddana yang bererti ;

i. “membangunkan atau memajukan [Bandar]”

ii. “menjadikan atau mengubah [seseorang yang berkelakuan ‘kekampungan’ kepada

berkelakuan “kebandaran” atau “kepekanan”].

Tamaddun juga boleh dikatakan berpunca dari perkataan maddana yang bermaksud;

i. “menduduki sesuatu tempat”, atau “datang menduduki sesuatu Bandar”.

ii. “berkelakuan seperti orang pecan atau Bandar”, atau halus budi pekertinya, misalnya

di dalam ungkapan “Dia berkelakuan seperti orang pecan atau Bandar”, atau “Dia itu

halus budi pekertinya”

MAKNA DAN PENGERTIAN TAMADUN

Dalam huraian di atas,ternyata tamadun pada dasarnya berkaitan dengan kebendaan, misalnya “pembangunan Bandar” dan kerohanian, misalnya pembangunan akhlak’. Oleh itu

tamadun dalam pengertian yang mudah ialah kemajuan jasmani (benda) dan rohani

(abstract).

BEBERAPA PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI TAMADUN

Clive Bell : Tamadun adalah satu kriteria masyarakat.

Redfield : Sejumlah daripada beberapa puncak kebudayaan atau pencapaian manusia yang

meningkat sendiri.

Karl A. Wittfogel : Tamadun merupakan ciri-ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada

sesuatu negara yang berdasarkan kepada idea dan kepercayaan.

Toynbee : Jenis kebudayaan yang berkembang di dalam bandar.

Darcy Riberio : “the crytallisations of Individual civilizational processes.

Menurut Riberio, di dalam masyarakat yang sudah bertamadun, pembaharuan berikut akan

berlaku :

i. Penyebaran teknologi pertanian dan berakhirnya cara hidup nomad.

ii. Penternakan dan pengkhususan fungsi (pembahagian kerja) untuk-untuk kumpulan

tertentu. iii. Revolusi perbandaran yang berkaitan dengan timbulnya bandar dan negara, dengan

stratifikasi masyarakat dalam kelas-kelas sosial, dan dengan pertanian, pengairan

dan teknologi mengerjakan tambaga dan gangsa, tulisan,bilangan, kalender dan lain-

lain.

iv. Revolusi pengairan

v. Revolusi teknologi logam yang menyebapkan rekaan alat-alat baru,perkembangan perkapalan,penggunaan matawang, yang memungkinkan perdagangan dengan luar

negeri dan lain-lain.

vi. Revolusi desa

vii. Revolusi perdagangan viii. Revolusi teknologi

ix. Revolusi industri

Menurut buku Two Lectures On Islamic Civilization, karangan M.A.J.Beg, sebuah

masyarakat yang bertamadun memiliki ciri-ciri berikut.

i. Bentuk agama yang tinggi ( a higher form of religion). ii. Negara yang tersusun rapi

iii. Sistem undang-undang

iv. Kehidupan bandar

v. Sistem tulisan yang maju

vi. Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.

“umran oleh Ibn Khaldun mencakupi semua yang di berikan oleh M.A.J Beg ini.Konsep

“civilization” yang di kemukan oleh sarjana barat pada keseluruhannya menyamai dengan

konsep “umran Ibn Khaldun.

Didalam kejiannya terhadap tamadun Islam di dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun al-

Islami,Jurji Zaidan menumpukan kepada perkara-perkara berikut.

i. Negara Islam ii. Bandar-bandar Islam

iii. Stratifikasi sosial

iv. Sains dan Bahasa Arab v. Senibina Islam

vi. Kesenian Islam

Husni Abd Wahab pula, di dalam bukunya Waraqat an al-hadarat al-Arabiyyah fi Ifriqiyyah

al-Tunisiya, memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut.

i. Bandar-bandar Islam

ii. Senibina Islam iii. Ekonomi

iv. Komposisi kaum (etnik) dan penduduk bandar

v. Sains dan pendidikan

vi. Seni Islam

BANDAR

Dalam masa kegemilangan pembukaan kawasan-kawasan baharu oleh orang Islam, iaitu dari zaman awal Islam (terutama zaman Saidina ‘Umar al-Khattab) hingga zaman kerajaan

Umayyah,bandar tumbuh “bagai cendawan selepas hujan” di kawasan-kawasan ini.

Apabila Rasulullah S.A.W berhijrah ke Yathrib, nama kota ini ditukar kepada “al-Madinah”

yang berertia ‘bandar’. Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya juga hidup dan bergiat di

bandar. Bandar di jadikan pusat segala bidang ; politik, sosial,ekonomi dan lain-lain.

Sebagai pusat yang berpengaruh ke atas kawasan sekitarnya,bandar merupakan kawasan

dakwah yang amat berkesan.

PERNGERTIAN DAN SIFAT TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam tidak terhad kepada tamadun yang dicipta oleh orang Islam sahaja.

Kubah (dome) masjid di percayai berasal dari senibina gereja (yang berdasarkan senibina

Graeco-Roman), yang mula di perkenalkan olah orang-orang Byzantine ( Rum Timur) di

Asia Barat.

Diwan (jabatan-jabatan) di dalam pentadbiran kerajaan Parsi telah ditiru dan di perkenalkan

oleh Saidina ‘umar al-Khattab ke dalam pentadbirannya.

Tamadun Islam di cipta dan dimiliki oleh semua orang. Kemajuan ciptaan orang bukan Islam boleh diikuti dan di ambil oleh umat Islam, sekiranya tidak bertentangan dengan Islam.

Sebaliknya pembangunan ciptaan umat Islam sendiri tidak boleh di terima andainya

bercanggah dengan Islam.

Tamadun Islam juga tidak terkongkong dengan bangsa dan daerah tertentu. Budaya arab tidak semestinya diiukuti oleh bangsa-bangsa lain. Orang-orang melayu bebas berpakaian

bercirikan kemelayuan, asalkan menutup aurat dan sesuai dengan akhlak Islam. Nilai-nilai

yang baik semua bangsa diterima oleh Islam sebagai Tamadun.

Kedatangan Islam bukan bererti menghampuskan samasekali nilai-nilai lama yang sedia

ada dan menukarkannya dengan yang baharu. Islam hanya menghampuskan nilai-nilai keji dan menggantikannya dengan yang murni,membaiki kepincangan dan mempertahankan

nilai-nilai lama yang baik.

PERBEZAAN ANTARA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT (SEKULAR)

a) Kedudukan agama di dalam Tamadun

Mengikut pandangan barat (sekular), agama adalah sebahagian daripada kebudayaan. Kebudayaan sentiasa mengalami perubahan,mengembang dan

merosot. Oleh itu, menurut konsep ini, agama turut sama mengalami perubahan ini.

Pandangan Islam ; menegaskan bahawa Din Islam (agama Islam) adalah mencakupi

seluruh sudut kehidupan manusia samada keagamaan atau keduniaan. Din Islam

adalah kurniaan Allah S.W.T ; melalui wahyu sahaja manusia diajar aqidah yang

benar,cara-cara melakukan ibadat khusus dan prinsip-prinsip asas mu’amalat, dan dengan akal yang dikurniakan oleh Allah manusia membina Tamadun, dengan

berpandukan dan diselaraskan dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh wahyu.

b) Konsep kesepaduan dan pengawalan

Di dalam Tamadun Islam, terdapat konsep kesepaduan dan pengawalan oleh Din

Islam. ‘Hubungan manusia dengan Allah S.W.T’ berkait erat dengan ‘hubungan

manusia dengan manusia’, begitu juga pembangunan kebendaan berkait erat

dengan kerohanian. Segala kemajuan dan kegiatan manusia sehari-hari mestilah mengikut aqidah,shariah dan akhlak Islam.

Di dalam Tamadun Barat (sekular),tidak terdapat konsep kesepaduan seperti di dalam Tamadun Islam,sementara pengawalannya terlalu longgar. Sekularisme

mengajar bahawa perkara-perkara ‘keduniaan’ hanya untuk kehidupan dunia

semata-mata,dan tidak ada kaitan dengan kegiatan ‘keagamaan’ yang berkait rapat

dengan akhirat.

c) Konsep Kemajuan

Kemajuan menurut konsep Barat (sekular) adalah berdasarkan kepada jumlah

keuntungan atau pembaharuan yang dicipta dan seumpamanya.

Islam juga mengambil kira perkara-perkara ini, tetapi Islam juga mengambilkira

apakah pembaharuan itu,bagaimana ia dicapai dan apakah matlamatnay. ‘Virus

Komputer” adalah satu penemuan dan pembaharuan didalam dunia sains,tetapi

Islam tidak mengiktiarafnya sebagai pembaharuan atau tamadun. Islam menyanjungi kemajuan nuklear,tetapi tidak membenarkan kegunaannya untuk memusnahkan

manusia. Oleh itu,kayu ukur yang sebenar ialah sejauhmana ia selaras dengan etika

yang sebenar,kebenaran yang mutlak,yang ditentukan oleh Pencipta.

d) Penekanan sudut kemajuan

Barat menitikberatkan aspek kebendaan dan mengenepikan kerohanian. Islam menekankan kedua-dua aspek ini. Dengan kata lain,pembangunan Islam bersifat

komprehensif (lengkap) dan multi – dimensiional (dilakukan serentak dengan

beberapa arah).

AGEN PENTING TAMADUN ISLAM

Segenap aspek tamadun Islam dibentuk oleh Din Islam. Oleh itu, untuk melihat

pertumbuhan dan perkembangan tamadun Islam sepatutnya di tinjau ke dalam Islam itu

sendiri.

a) Al-Quran dan al-Sunnah

Sumber utama tamadun Islam ialah Al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dikuat,dijelas dan diperincikan oleh al-

Sunnah. Kedua-dua agen ini merupakan sumber inspirasi ummat Islam untuk

membentuk,membangun dan mengembangkan tamaddun mereka. Segala kegiatan

dan kemajuan yang dicipta dikehendaki mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan di dalam sumber-sumber ini.

b) Tauhid

Tauhid adalah asas utama Tamadun Islam. Iman yang bersifat tauhid adalah agen

perubahan penting. Ia membentuk pemikiran maju,dengan mebikis unsur-unsur yang

membekukan seperti khurafat dah tahyul. Dengan demikian tauhid dapat membawa

manusia ke dunia kemajuan. Tanpa iman seseorang tidak akan menerima agen-agen yang lain seperti shariah, akhlak, sistem islam dan lain-lain.

c) Shari’ah

Setiap kelompok masyarakat,walaupun kecil memerlukan peraturan/undang-undang

tertentu. Undang-undang menjadi pengatur dan pengawal kegiatan manusia. oleh itu

undang-undang penting di dalam membentuk tamadun yang dicipta. Setiap suku-suku mempunyai undang-undang tersendiri. Ketua suku boleh melakukan apa

sahaja kerana beliau mempunyai kuasai mutlak. Akhlak masyarakat tidak

terkawal,yang menyebapkan pelbagai kerosakan sosial. Suasana sebegini tidak memungkinkan kemajuan sempurna dapat di capai.

Islam datang dengan undang-undang yang sempurna. Semua suku di satukan dibawah satu peraturan. Pemerintah dan rakyat di satukan dalam satu undang-

undang yang menrangkumi bidang kegiatan manusia hinggalah kepada persoalan

negara.

d) Akhlaq

Tamadun yang sempura dilahirkan oleh sistem akhlaq yang lengkap seperti

hubungan dengan manusia atau makhluk yang lain untuk mencipta tamadun yang

kukuh. Islam telah menggariskan prinsip-prinsip akhlaq antara semua anggota ummahnya ; antara anak dengan ibubapa,suami dengan isteri,pemimpin dengan

rakyat,murid dengan guru,tua dengan muda,individu dengan masyarakat dan

negara,ummah dengan rasul ; yang dihubungkan dengan konsep akhlaq antara

hamba dengan Allah.

e) Kepimpinan Tokoh-Tokoh Islam

Rasulullah S.A.W adalah orang yang memperkenalkan perintah Allah kepada manusia,dengan menunjuk dan merealisasikan apa yang digariskan didalam sumber

utama,al-Qur’an dan al-Sunnah.. Oleh itu baginda adalah pemandu utama yang

menunjukkan bagaimana corak tamadun yang patut dicipta oleh manusia.

f) Ijtihad

Didalam tamadun manusia, banyak perkembangan baru berlaku dari masa ke

semasa. Sebahagian daripada pembaharuan ini tidak jelas dari segi hukumnya kerana tidak di jelaskan secara mendalam di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Dengan

demikian para u’lama dibenarkan menggunakan akal mereka dengan bersungguh-

sungguh berdasarkan segala ilmu yang ada pada mereka untuk mengeluarkan

hukum. Kesungguhan inilah yang dikatakan ijtihad.

Dengan kata lain,perkembangan baru dihadapi oleh ijtihad. Ijtihad memungkinkan Din Islam terus ‘hidup’ sesuai untuk semua bangsa,tempat dan masa. Tanpa Ijtihad

tamadun ummah Islam akan beku dan lapuk, menyebapkan mereka ditinggalkan

oleh orang lain.

g) Ilmu dan Pendidikan Islam

Ilmu dan pendidikan penting untuk membangunkan tamadun. Wahyu yang pertama

diturunkan mengandungi gesaan ‘membaca’ (belajar), yang dimulai dengan ‘menyebut nama Tuhan” (Tauhid),kemudian diberi perhatian kepada ‘kejadian insan

sebagai ciptaan Tuhan’(sains yang dikaitkan dengan Tauhid). Ini berlawanan sama

sekali dengan zaman jahiliyyah,bilamana ilmu seperti ilmu bintang,perubatan dan

lain-lain.

Islam menjadikan pendidikan sebagai kewajipan (fardhu a’in dan kifayah) dengan

melibatkan semua pihak,muda,tua,lelaki,perempuan,individu,keluarga,masyarakat

dan negara. Ilmu yang didapati wajib disebarkan kerana ia adalah milik semua

orang. Tidak seperti zaman jahiliah, bilamana ilmu dieksploitasi oleh golongan tertentu untuk kepentingan peribadi sahaja,ilmu dalam islam adalah juga

dimanfaatkan untuk pembangunan ummah.

Dengan ilmu yang berteraskan Tauhid, Islam telah dapat melepaskan kongkongan

syirik,khurafat dan tahyul yang menjumudkan dan membuka pemikiran manusia ke

alam rasional,saintifik dan maju.

h) Masjid

Masjid merupakan institusi penting di dalam masyarakat islam. Peranan yang dimainkan oleh masjid terhadap tamadun Islam dalpat diperhatikan dalam sejarah

awal Islam. Masjid adalah institusi pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W

setelah berhijrah ke Madinah. Disinilah dipupuk kekuatan ‘hubungan dengan Allah’ dan “hubungan dengan manusia”. Selain daripada tempat beribadat masjid

digunakan sebagai tempat menyusun ummah dan negara.

i) Kerajaan Islam

Pemerintah bertanggungjawab menegakkan al-Quran dan al-sunnah sebagai

undang-undang yang mengawal kegiatan ummah. Pemerintah juga

bertanggungjawab menyediakan pendidikan yang sempurna untuk pembangunan ummah. Disamping bertindak sebagai pemupuk tamadun islam,kerajaan islam juga

bertanggungjawab melindungi dan mempertahankannya dari musuh.

KETAHANAN TAMADUN ISLAM

Ketahanan tamadun Islam bergantung kepada ketahanan golongan / agen-agen

tertentu yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Keruntuhan akhlaq dapat meruntuhkan tamadun ; kerosakan akhlaq dapat

meruntuhkan sesebuah negara Islam , yang boleh menyebapkan keruntuhan

tamadun di tempat berkenaan.