tamadun islam

19
TAMADUN ISLAM : TEMA 1 - KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang- orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasal daripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle, Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja. Manusia Menurut al-Quran Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi. Fungsi Manusia Menurut al-Quran Beribadat kepada Allah Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syarat- syarat yang telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya, contohnya melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya. Memelihara Alam Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia. Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang. Mengenali di Antara Satu Sama Lain Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang masalah. Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka. Memakmurkan Muka Bumi Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain. Mentauhidkan Allah

Upload: adli-shinichi

Post on 23-Jun-2015

2.386 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Islam

TAMADUN ISLAM : TEMA 1 - KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURANPerkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasal daripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle, Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.Manusia Menurut al-QuranManusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi.Fungsi Manusia Menurut al-QuranBeribadat kepada AllahMenurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syarat- syarat yang telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya, contohnya melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya.Memelihara AlamSelain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia. Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang.Mengenali di Antara Satu Sama LainManusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang masalah. Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka.Memakmurkan Muka BumiSelain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.Mentauhidkan AllahManusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa

Page 2: Tamadun Islam

besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali Allah. Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka BumiFungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini. Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya hendaklah memastikan berlakunya kebaikan. Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).KesimpulanBerdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini dengan penuh kebahagiaan. Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-hara pasti tidak dapat dielakkan.

Posted by Cikgu Rashman at 4/22/2010 06:56:00 PM 0 comments Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN RAMALAN Monday, 5 April 2010TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – PERANAN MUHAJIRIN DAN ANSAR Jelaskan peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.PENDAHULUAN: ( 3 Markah )1. Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Mereka menyokong perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda. 2. Golongan Muhajirin - Merupakan penduduk asal kota Makkah dan dikenali sebagai orang Quraisy. Golongan yang terawal menerima dan memeluk Islam. Kemudian berhijrah kerana penentangan oleh orang musyrikin Makkah. Di Madinah mereka ini digelar orang Muhajirin.Istilah Muhajirin berasal daripada perkataan hijrah.3. Golongan Ansar - Penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Rasulullah di Mekah melalui perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2 . Apabila berjumpa dengan Rasulullah yang kemudiannya menyatakan kesediaan menerima, dan mempertahankan Islam di samping mempelawa Rasulullah dan orang Muhajirin berhijrah ke Madinah dan bersedia menjadikan Rasulullah pemimpin mereka.ISI:Peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w ( 7 Isi X 3 Markah = 21 Markah )1. Peranan Golongan MuhajirinPeranan di Makkah :a. Menerima dan mempertahankan agama IslamØ Semasa berada di Makkah merekalah golongan umat Islam yang pertama menerima dan mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui kekuatan iman. Merekalah yang mula-mula melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad. Ø Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin al-Awwam, Uthman bin Affan, Ali bin Ali Talib, Zaid bin Harithah, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam bin Abi al-Arqam, dan lain-lain adalah pendukung Islam pada peringkat awal ketika dakwah dilakukan secara sulit. Kemudian selepas pengislaman Umar al-Khattab mereka berani melakukan dakwah secara terbuka. Mereka semuanya datang menemui Nabi untuk memeluk Islam. Mereka bukan sahaja terdiri daripada orang miskin tetapi termasuk juga golongan hartawan dan para pembesar Quraisy seperti Abu Bakar dan Uthman.b. Sanggup menghadapi rintangan dan penentanganØ Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan yang sangat hebat daripada kaum Musyrikin Makkah sama ada secara fizikal atau pun mental. Ø Mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan, kata nista, penyiksaan dan pembunuhan. Keimanan mereka sukar digugat dan mereka tetap tabah bagi memastikan Islam terus berkembang. Contohnya keluarga Ammar b Yassir yang mati dibunuh dan penyiksaan teruk ke atas Bilal bin Rabah. c. Sanggup berkorban nyawa dan hartaØ Mereka banyak menyumbang harta benda dalam membantu perjuangan Nabi seperti sahabat-sahabat Nabi yang kaya. Contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Antara yang mereka banyak lakukan ialah membeli

Page 3: Tamadun Islam

hamba-hamba yang menganut Islam yang diseksa oleh tuannya supaya dapat dibebaskan. Contoh : Sayyidina Abu Bakar telah membebaskan Bilal bin Rabah dari tuannya yang kejam bernama Umayyah bin Khalaf.Ø Al-Arqam bin Abi al-Arqam pula sanggup menyediakan rumahnya sebagai markas dakwah Islam yang pertama selepas rumah Nabi Muhammad.Nabi dan para sahabatnya bermesyuarat di situ bagi membincangkan kedudukan dan cara-cara untuk menyebarkan Islam dengan cara yang lebih berkesan.Ø Sanggup berkorban dan melindungi diri Nabi Muhammad daripada diancam atau diapa-apakan oleh orang musyrikin Mekah. Contohnya Saidina Ali yang telah tidur ditempat tidur Nabi Muhammad pada malam peristiwa hijrah dan Abu Bakar yang sentiasa menemani Nabi Muhammad sewaktu Hijrah..d. Menjalankan usaha dakwahØ Sahabat-sahabat Nabi turut membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan terbuka sepanjang zaman Makkiah. Ø Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk Makkah yang lain ke arah agama yang benar.Pada peringkat awal seruan Islam Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Affan, Talhah, Zubair bin al-Awwam, Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah al-Jarrah dan al-Arqam bin al-Abi Arqam. Ø Selepas tiga tahun berdakwah secara sulit dan melahirkan kaum Muslimin yang benar-benar beriman, maka barulah dakwah terang-terangan dilakukan. Bermula dari sinilah usaha umat Islam Makkah penuh cabaran kerana usaha dakwah ditentang kuat oleh musyrikin Makkah.e. Berhijrah ke MadinahØ Mereka sanggup meninggalkan Makkah dan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut Nabi berhijrah ke Madinah. Ini ternyata satu pengorbanan yang amat besar ke atas nilai keimanan umat Islam di Makkah.Ø Sanggup meninggalkan kampung halaman, harta benda ,keluarga dan sebagainya demi cintakan Allah dan Rasulnya. Contohnya : Orang pertama yang berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad, kemudian diikuti pula oleh Amir b. Rabiah dan isterinya.Ø Pada peringkat awal seramai 70 orang Islam dari kota Makkah (Muhajirin) berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah.Peranan di Madinaha. Membantu Nabi Muhammad dalam hal keagamaan dan pentadbiran.Ø Golongan ini merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan. Contohnya selepas peristiwa Aqabah 1, Nabi Muhammad mengutus Mus’ab bin Umair sebagai guru agama dan pendakwah untuk membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam. Misi Mus’ab ke Madinah telah mencapai kejayaan yang besar.Ø Golongan Muhajirin juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwah Islam di Madinah. Mereka bersama sahabat Nabi Muhammad yang lain dapat menjalan kegiatan dakwah dengan terbuka dan mendaulatkan Islam di Madinah. Umat Islam berjaya mendirikan Masjid di tengah-tengah kota Madinah dan dapat melakukan amal ibadat secara terbuka yang tidak dapat dilakukan sewaktu mereka berada di Makkah.b. Mengukuhkan ketenteraan IslamØ Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah menjadi sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib dan lain-lain.2. Peranan Golongan AnsarPeranan di Makkaha. Menyokong, menjemput, dan menerima ajaran Nabi Muhammad s.a.wØ Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 mereka menyatakan kesanggupan menerima Islam dalam keadaan di mana orang-orang Makkah menentangnya dengan hebat. Ø Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan menjemput Nabi meninggalkan Kota Makkah yang penuh penentangan untuk menuju Madinah.Ø Mereka sanggup mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka di Madinah kelak. Sesungguhnya perjanjian Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa Hijrah yang amat bersejarah. Ø Mereka menjemput Nabi Muhammad ke Madinah dan kedatangan baginda bersama para sahabatnya telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh golongan Ansar.Peranan di Madinaha. Membantu menyebarkan agama Islam Ø Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2 pada tahun ke-11, 12 dan 13 Kerasulan.

Page 4: Tamadun Islam

Ø Nabi Muhammad telah melantik 12 Naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di Madinah. Merekalah yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang Nabi dan kaum Muslimin di Makkah kepada penduduk Madinah.Ø Hasil usaha para naqib ( ketua ) yang gigih ini menyebabkan agama Islam cepat tersebar. b. Membantu golongan MuhajirinØ Mereka sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah dari Makkah dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja. Ø Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosio-ekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin ini.c. Menyumbangkan harta benda dan buah fikiran Ø Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam seperti semasa menghadapi peperangan .Ø Golongan Ansar juga menyumbangkan nyawa dan harta benda mereka dalam menghadapi serangan musuh Islam dalam perang Badar, Uhud dan Khandak.KESIMPULAN:( 1 Markah )1. Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.2. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan yang mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan Madinah.Catatan : Markah maksimum untuk pendahuluan dan kesimpulan adalah 4 sama ada 3 – 1 @ 2 – 2 atau sebaliknya.[ SOKONG BLOG INI, SILA S IGN BUKU PELAWAT ]

Posted by Cikgu Rashman at 4/05/2010 11:16:00 PM 0 comments Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN RAMALAN Monday, 23 November 2009TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – FAKTOR PENENTANGAN QURAISY MAKKAH Bincangkan faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah.PENGENALAN: [ 3 markah]1. Latar Belakang Nabi Muhammad s.a.w· Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah· Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy· Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17 Ramadhan 610M di Gua Hira’.2. Latar Belakang Masyarakat Kota Makkah· Nama asal Makkah ialah Makaroba, kemudian diubah kepada Bakkah dan Makkah.· Makkah merupakan tempat permulaan rumah ibadat, Baitullah Kaabah, yang diberkati Allah swt.· Penduduk terawal dikenali sebagai Amaliqah, dikuti oleh puak Jurhum.· Pada zaman puak Jurhum, Nabi Ismail dilahirkan.· Nabi Ibrahim (as) dan anaknya Nabi Ismail (as) telah membina Kaabah.· Setelah itu tiba puak Khuzaah. Mereka memerintah Makkah selama 3 kurun sebelum ketibaan kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab pada permulaan kurun ke-5.· Dengan adanya Kaabah, ramai pengunjung datang ke Makkah untuk melakukan ibadat haji dan perdagangan.· Makkah merupakan kota yang bebas daripada kuasa dan pengaruh Byzantine dan Parsi.· Makkah kekal sebagai suatu kawasan yang neutral hingga zaman Islam.3. Bentuk2 Tentangan Orang-Orang Quraisy Makkah Terhadap Ajaran Nabi Muhammad Saw.· Bertemu dengan Abu Talib supaya menasihatkan Nabi Muhammad menghentikan dakwah baginda.· Menghina, memperolok-olok dan mengganggu dengan perkataan dan perbuatan· Menyiksa· Tawaran Harta & Pangkat · Berkompromi Agama · Pemulauan Ekonomi Dan Sosial· Rancangan Membunuh Nabi 4. Aktiviti Dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Sewaktu Di Kota Mekah· Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui 2 peringkat:

Page 5: Tamadun Islam

(a) dakwah secara sulit(b) dakwah secara terang-teranganISI:Faktor-faktor penentangan ajaran Islam oleh kaum Quraisy Makkah[5 isi X 4 markah=20 markah]1. Faktor Agamaª Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.aw. itu bertentangan dengan agama berhala yang telah sebati menajadi darah daging orang-orang Makkah.ª Dari sudut akidah, Islam menekankan Tauhid, percayakan Allah yang Maha Esa dan menentang amalan syirik.ª Agama berhala dianggap sebagai agama tradisi nenek moyang mereka yang mesti dipertahankanª Oleh itu menentang Nabi Muhammad s.a.w yang dianggap sebagai orang yang mahu meruntuhkan tradisi itu.2. Ingin Mengekalkan Kuasa Dan Pengaruhª Sebelum ini kepimpinan kota Makkah terletak di tangan Hasyim, moyang Nabi Muhammad s.a.w dan Abd Mutalib.ª Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara Baginda.ª Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana keupayaannya yang luar biasa.ª Jika mereka memeluk Islam dan mengikut Baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hasyim.3. Persamaan Tarafª Agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah agama tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia.ª Hal ini amat bertentangan dengan sistem sosial Jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan kaum Quraisy.ª Mereka masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza.ª Dengan terlaksananya ajaran Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara ketua dan pengikut; antara yang kaya dengan miskin dan antara tuan dengan hambaª Pada pandangan Islam, semua manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang yang bertakwa.4. Faktor Ekonomi/Mempertahankan Pusaka Nenek Moyang.ª Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan atau berhala.ª Seandainya mereka memeluk Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan hilang kerana Islam tidak membenarkan pembuatan patung berhala dan menjualnya.ª Amalan membuat dan menjual patung pula merupakan warisan nenek moyang mereka,ª Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencela agama berhala mereka.5. Takut Akan Hari Pembalasanª Islam mengajar manusia tentang hari pembalasan atau hari kiamatª Wajib percaya kepadanya dan merupakan satu daripada Rukun Imanª Segala amalan di dunia sama ada baik atau jahat akan dikira pada hari pembalasan denganm saksama.ª Berita hari kiamat telah menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar bahawa mereka telah banyak melakukan perkara keji yang ditegah oleh Islam seperti mencuri, merompak, berzina, minum arak dan mengamalkan ribaª Perbuatan ini akan dibalas dengan seksaan api nerakaª Tetapi mengikut agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga tanpa menerima apa-apa balasan pada hari kiamat.6. Perasaan Iri hatiª Mereka menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kerana perasaan iri hati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul.ª Antara mereka ialah;i) Umayyah bin Abi al-Salt pernah menyatakan keinginan menjadi seorang nabi.ii) Al-Walid bin al-Mughirah berasa terlalu kecewa apabila mendengar Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyuKESIMPULAN:[2 markah]1. Nabi Muhammad saw dan umat Islam Makkah tabah dan sabar menghadapi tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah.2. Terdapat pelbagai bentuk tentangan daripada orang-orang Quraisy Makkah seperti penghinaan,penyiksaan, pemulauan,memujuk Nabi Muhammad dan bapa saudaranya Abu Talib sehingga rancangan untuk membunuh Nabi Muhammad saw.

Page 6: Tamadun Islam

[ SOKONG BLOG INI, SILA S IGN BUKU PELAWAT ]

Posted by Cikgu Rashman at 11/23/2009 11:19:00 PM 0 comments Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN RAMALAN Friday, 13 November 2009TAMADUN ISLAM : TEMA 1 – SOSIO-EKONOMI ARAB JAHILIYYAH

PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - BACA DAN FAHAMKAN NOTA INI………….Bincangkan aspek sosio-ekonomi masyarakat arab pada zaman JahiliyahPendahuluan (3 Markah)1. Definisi jahiliyah ( oleh P.K. Hitti):

hanya jahil dari segi agama sahaja, bukan dari segi ilmu pengetahuan. Alasannya ialah zaman tersebut tiada nabi dan kitab sebagai petunjuk.

2. Definisi jahiliyah (dari segi bahasa): Bererti bodoh dan sesat

3. Ciri-ciri jahiliyah (mengikut al-Quran): Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk. Zaman yang tidak mempunyai peradaban @ tamadun Zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.

4. Era/jangka masa zaman jahiliyah: Berlaku selama 3 abad iaitu apabila berakhirnya kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga @

peringkat akhir Himyar Sekitar tahun 300M hingga turun Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M

ISI : Ciri-Ciri Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliyah (7 isi X 3 markah)1. Pertanian

Selepas keruntuhan empangan Maarib di Yaman menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi masyarakat Arab.

Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik.

Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai oasis seperti di Yaman.2. Perdagangan

Oleh itu orang Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan. Aktiviti perdagangan berlaku antara selatan dengan utara – perdagangan dua musim iaitu musim sejuk

di Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim haji tertumpu di Makkah. Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai kafilah Perdagangan dijalankan dalam sistem barter. Barang dagangan utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu, berhala dan sebagainya.

3. Rompakan Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah2 perdagangan kaum bangsawan Quraisy. Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia.

( Catatan : Ada pandangan ahli akademik yang tidak menerima merompak sebagai aktiviti ekonomi Arab Jahiliyyah )4. Penternakan

Kegiatan utama kaum Badwi ialah menternak secara nomad. Antara binatang ternak seperti unta, kambing dan biri2.

Mereka berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang ternakan mereka. Binatang ternakan menjadi status kekayaan. Ekonomi masyarakat Quraisy tidak berkembang kerana permusuhan yang ketara antara golongan yang

kaya dengan miskin.5. Struktur Masyarakat

Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada 2 iaitu Arab Hadari (yang tinggal di bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir)

Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah.

Page 7: Tamadun Islam

Masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan (semangat asabiyah) Mereka bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.

6. Semangat Assabiyyah Mereka ada perasaan setiakawan @ asabiyah yang sentiasa terjalin rapi. Selalu berlaku peperangan antara kabilah. Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan

kabilah mereka Peperangan antara mereka sering melibatkan 2 atau banyak suku dan memakan masa yang lama

walaupun disebabkan oleh perkara kecil sahaja. Contoh; Perang Basus antara kabilah Bakr dengan Rabi’ah.

7. Kedudukan wanita Kedudukan wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat @ keluarga Mereka menanam anak perempuan hidup2 . Mereka lebih suka mempunyai ramai anak lelaki kerana beranggapan anak perempuan apabila besar

kelak boleh menimbulkan masalah social dan ekonomi. 8. Akhlak tidak bermoral

Mereka berzina, berjudi dan minum arak yang merupakan kebiasaan kepada masyarakat Arab jahiliyah.

9. Akhlak mulia Mereka juga mempunyai sifat terpuji seperti melayan tetamu yang datang walaupun musuhnya,

menepati janji dsb.10. Kedudukan hamba

Hamba dipandang hina dan mempunyai status yang terendah dalam kalangan masyarakat .Kesimpulan:1. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dalam sosial dan ekonomi penuh dengan kejahilan dan kesesatan.2. Oleh itu, Allah Taala telah melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh bumi Arab dan seluruh dunia.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Posted by Cikgu Rashman at 11/13/2009 09:57:00 PM 1 comments Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN RAMALAN Tuesday, 1 September 2009TAMADUN ISLAM : MASALAH YANG DIHADAPI SELEPAS KEWAFATAN NABI MUHAMMAD PengenalanNabi Muhammad wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11 Hijrah di Madinah. Baginda tidak pernah mengatakan secara lisan siapakah yang baginda pilih sebagai pemimpin umat Islam yang seterusnya. Namun perundingan yang dijalankan di kalangan masyarakat Islam di Madinah telah memutuskan untuk melantik Abu Bakar al-Siddiq sebagai Khalifah yang pertama.Masalah yang DihadapiTerdapat Perselisihan Pendapat Mengenai Kewafatan NabiTerdapat perselisihan tentang berita kewafatan Nabi Muhammad. Terdapat sebahagian daripada umat Islam termasuk Saidina Umar sendiri yang tidak dapat menerima berita tersebut. Umat Islam berada dalam keadaan yang penuh kekeliruan dan emosi. Penyelesaian dilakukan oleh Saidina Abu Bakar apabila beliau membacakan ayat al-Quran yang antara lain bermakna bahawa Nabi Muhammad hanya seorang pesuruh Allah seperti rasul yang terdahulu yang pernah hidup dan kemudiannya akan mati. Namun, Islam tetap kekal dan tidak akan mati. Perselisihan Tentang Tempat Pengebumian NabiUmat Islam kemudiannya berselisih pendapat tentang tempat untuk mengebumikan jenazah baginda. Sebahagian pihak mahukan agar baginda dimakamkan di Mekah manakala pihak lain mahu baginda dimakamkan di Madinah. Ada juga yang mahukan Nabi dimakamkan di Baitul Muqaddis. Perselisihan tersebut diselesaikan oleh Abu Bakar apabila dibacakan kepada mereka sepotong hadith di mana Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud "para nabi dikebumikan di mana mereka meninggal dunia". Oleh itu, Nabi Muhammad dikebumikan di Madinah.Menyelesaikan Masalah Perlantikan KhalifahSelepas kewafatan Nabi Muhammad, sebahagian besar golongan Ansar telah berkumpul di sebuah dewan bernama Saqifah Bani Saidah, untuk melantikan Saad Bin Ubadah sebagai pengganti Nabi. Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah al-Jarrah telah mendengar berita tersebut lalu menuju ke Saqifah Bani Saidah.

Page 8: Tamadun Islam

Masalah pemilihan pengganti Nabi menjadi kusut apabila golongan Ansar bersungguh-sungguh mahukan jawatan tersebut dengan alasan mereka adalah pembela Allah dan Islam. Perjuangan mereka terhadap Nabi dan agama Islam adalah tidak ternilai dan golongan Muhajirin adalah sebilangan kecil dari mereka dan mereka berada di Madinah dalam keadaan merantau atau menumpang.Abu Bakar telah memberikan hujah dan alasan yang sebaik-baiknya mengapa pemilihan bakal pengganti Nabi mestilah dari golongan Muhajirin. Beliau juga membacakan hadis Nabi yang bermaksud "Para imam adalah daripada golongan Quraisy".Hujahnya ini dapat menyedarkan golongan Ansar tentang kepentingan memilih golongan Muhajirin sebagai pengganti Nabi Muhammad. Akhirnya, Abu Bakar dipilih sebagai pemimpin umat Islam. Melalui cara ini, krisis perlantikan Khalifah yang amat kritikal itu dapat diatasi dan diselesaikan dengan cara sebaik-baiknya. Ia berjaya menghindari umat Islam dari kemungkinan bahaya perpecahan politik yang amat membimbangkan.Meneruskan Gerakan Ketenteraan Usamah Bin ZaidSebelum Nabi Muhammad wafat, baginda telah membentuk sebuah angkatan tentera yang diketuai oleh Usamah Bin Zaid Bin Harithah untuk menentang penduduk Daerah Ghassan yang telah membunuh beberapa orang utusan Nabi.Apabila Abu Bakar menjadi Khalifah beliau menghadapi masalah yang kritikal sama ada untuk meneruskan atau membatalkan sahaja gerakan ketenteraan tersebut. Ada yang berpendapat ia perlu dibatalkan kerana Mekah dan Madinah sendiri menghadapi ancaman dan pemberontakan dari kaum Absy dan Zubyan. Tambahan pula, Usamah Bin Zaid masih dalam usia belasan tahun. Namun, Khalifah Abu Bakar menunjukkan ketegasannya dengan meneruskan gerakan tersebut.Tentera Usamah mencapai kejayaan gemilang dalam tempoh 40 hari. Kemenangan ke atas wilayah kekuasaan Rom ini memberikan kesan politik yang penting terhadap negara Islam. Ia menyedarkan kaum-kaum yang ingin menyerang Madinah bahawa masyarakat Islam bukan mudah diugut atau digugat. Kemenangan ini juga mengukuhkan kedudukan politik dan keselamatan umat Islam kerana tentera Usamah Bin Zaid ditugaskan untuk menjaga keselamatan Madinah.Menentang Gerakan al-RiddahAl-Riddah ialah gerakan anti kerajaan Islam atau gerakan mengingkari ajaran-ajaran Islam. Ia terdiri dari gerakan 3 golongan iaitu golongan-golongan nabi palsu, golongan yang murtad dan golongan yang enggan membayar zakat. Kesemua golongan ini merupakan anasir yang membahayakan kerana boleh menghancurkan keutuhan Islam jika tidak dihadapi dan ditentang bersungguh-sungguh.Langkah awal Khalifah Abu Bakar ialah menghantar utusan-utusannya kepada ketua golongan tersebut dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Hanya segelintir dari mereka menyahut seruan Khalifah Abu Bakar seperti Bani Abdul Qais di Bahrain. Namun kebanyakannya masih degil.Oleh itu, Khalifah Abu Bakar telah membentuk sebanyak 11 pasukan tentera yang diketuai oleh panglima-panglima Islam yang terkenal dan dihantarkan ke seluruh Tanah Arab untuk memerangi gerakan al-Riddah.Akhirnya, semua gerakan al-Riddah dapat dilenyapkan dan Islam kembali menjadi agama yang suci dan tunggal di Tanah Arab. Golongan penentang Islam berjaya ditundukkan supaya mematuhi ajaran-ajaran Islam.RumusanPelbagai masalah sosial, politik dan kepimpinan telah dihadapi oleh umat Islam sebaik sahaja wafatnya Nabi Muhammad. Namun, umat Islam menunjukkan ciri-ciri perpaduan dan persefahaman dengan menyelesaikan setiap masalah secara kolektif dan perbincangan sehingga akhirnya semua masalah dapat diatasi demi untuk kebaikan ummah dan negara Islam itu sendiri.[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Posted by Cikgu Rashman at 9/01/2009 09:24:00 AM 0 comments Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1 Thursday, 25 June 2009TAMADUN ISLAM: TEMA 1 – 3 NOTA RINGKAS

PELAJAR PRA-U (ATAS) SMKDARY - SILA AMBIL NOTA INI. BACA DAN FAHAMKANPengenalanMadinah terletak antara Makkah dan Syam. Laluan pedagang . Tempat persinggahan. Penduduknya terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan Arab. Yahudi – Bani Quraizah, Bani Nadhir, Bani Qunaiqa’ , Arab – Aus dan

Page 9: Tamadun Islam

Khazraj. Kehidupan kurang maju sebab pergeseran kabilah dan penguasaan ekonomi oleh Yahudi. Aus dan Khazraj jemput Nabi saw – wujud Aqabah 1 pada 621M.Madinah – Bandar bercahaya. Dikenali juga dengan Yathrib. Terletak di wilayah Hijjaz.Suku Aus di Selatan dan Timur, Khazraj di tengah Madinah, Yahudi pertama hijrah ke Madinah ialah Qainuqa’.Perjanjian Aqabah1. Aqabah ialah tempat antara Mina dan Makkah. Wakil Aus dan Khazraj menemui Nabi di Aqabah kemudian peluk Islam. 621M mengunjungi lagi dan wujud perjanjian Aqabah 1. Syarat Perjanjian:a. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah swt. Dan Rasulb. Membantu Nabi sawc. Tidak mengamalkan amalan Jahiliyah.2. Selepas perjanjian hantar Mus’ab bin Umair untuk berdakwah.3. 622M Perjanjian Aqabah 2. Syaratnya :a. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw.b. Suku Aus dan Khazraj jemput Nabi saw di Makkah untuk hijrah ke Madinahc. Mereka secara sukarela menyediakan tempat tinggal d. Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam Makkahe. Kesediaan mempertahankan Islam.4. Kesan Perjanjian:a. Penghantaran utusan dakwah ke Madinahb. Islam mula tersebar di Madinah kemudian seluruh pelusuk duniac. Perlindungan bagi orang Islam Makkah.d. Jaminan dan keselamatan orang Islam Makkah terjamine. Berlaku Hijrah dan kewujudan tahun Hijrah.f. Permulaan wujudnya negara Islam di Madinahg. Mengembalikan keamanan dan persaudaraan masyarakat Madinah oleh Nabi saw melalui Islam.h. Wujud tentangan dan rancangan bunuh Nabi oleh Quraish di Makkah.HijrahBerlaku pada 12 Sept 622M ( 1 H ). Berlaku secara rahsia dan berperingkat. Nabi Muhammad s.a.w hijrah bersama Abu Bakar AsSiddiq – perjalanan 12 hari. Umar secara sendirian dan terang-terangan.Konsep HijrahMaknanya:1. Maksud perkataan Arab – berpindah. 2. Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah . Bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi penyebaran.3. Pengertian lain – Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan.4. Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan spt perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.5. Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian. Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam spt berikut:a. Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.b. Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela.c. Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.d. Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.Cara penghijrahan Nabi Muhamad saw1. Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan2. Ali Abu Talib menggantikan nabi saw untuk tidur di tempat nabi.3. Bersama Abu bakar meninggalkan Makkah .4. Bersembunyi di gua Thur = Dibantu oleh Abdullah bin Abu bakar – intip kegiatan orang Quraish, Asma binti Abu Bakar – menghantar makanan, Amir bin Fuhairah – gembala kambing agar susu kambing diberi kepada baginda.5. Dipandu oleh Abdullah bin Arqat – waktu itu belum Islam lagi.Sebab dan Tujuan Hijrah1. Perintah Allah swt menerusi wahyu. Firman spt: Surah al- Anfal.2. Meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah Islam diancam.3. Satu strategi bukan kekecewaan penyebaran.4. Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam.

Page 10: Tamadun Islam

5. Jemputan daripada penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik. Memerlukan pemimpin dan mendamaikan ketegangan.Kepentingan Hijrah1. Dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman. Dan dilakukan secara terangan.2. Peluang untuk mendamaikan masyarakat Arab di Madinah.3. Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam Makkah dan Madinah.4. Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru.5. Wujud golongan Muhajirin dan Ansar.Muhajirin bermaksud – berpindah. Ansar bermaksud – menolong ( Nasara ) Golongan Ansar membantu Muhajirin dengan cara:a. Menjaga keselamatanb. Menyediakan modal untuk berniaga6. Keamanan dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam sejahtera sebagai sebuah negara.7. Wujud takwim Hijrah. Mula dicipta dan digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin kedua – Umar al Khatab.8. Wujud masjid Nabawi . Masjid pertama dalam perkembangan Islam ialah Masjid Quba’. Fungsi masjid pelbagai seperti:a. Beribadatb. Belajarc. Tempat bertemu dan berbincang akan masalahd. Aktiviti jual beli.9. Pertukaran nama Yathrib kepada Madinah Al Munawarah . Pusat tamadun Islam dan agama.10. Menunjukkan sikap toleransi dan tolong menolong ke arah kecemerlangan.11. Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi. Menggadai nyawa, harta. Abd rahman Auf menyumbangkan hartanya untuk Islam.12. Memperlihatkan wanita beperanan menggerakkan kemajuan negara. Cth puteri Abu bakar Assiddiq – Asma’ – menghantar makanan dan berita semasa persembunyian Nabi di Gua Thur.13. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan kampung halaman.14. Kebijaksanaan nabi mengatur strategi untuk berhijrah.15. Kewujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah daripada Quraish. Piagam Madinah atau Sahifah Madinah1. Perlembagaan atau undang-undang bertulis pertama di dunia yang dirangka Nabi pada 622M- berpandukan wahyu.2. Asas pemerintahan Kerajaan Islam yang terdiri daripada masyarakat Islan dan Bukan Islam.3. Mencatatkan tentang tanggung jawab ketua negara dan rakyatnya4. Dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam.5. 47 fasal . 23 fasal membincangkan hubungan orang Islam dan tanggungjawab mereka. 24 fasal tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah. 6. Boleh dirumus kepada 7 aspek penting yg merangkumi politik, ekonomi, sosial spta. Pentadbirani. Nabi Muhamad pemimipin di Madinahii. Sebagai hakim menyelesaikan masalah antara Islam dan Bukan Islamb. Agamai. Bebas mengamalkan sebarang agamaii. Bebas mengamalkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam.c. Sosiali. Masyarakat sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negaraii. Tidak boleh bermusuhand. Perundangani. Undang-undang Islam diguna pakai, tetapi undang-undang kekeluargaan dalam kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islamii. Undan-undang Islam menekankan penginsafan dan bukannya jatuhan hukuman.iii. Menetapkan syarat jatuh hukuman seperti saksi yang dapat mengesahkan jenayah.e. Pertahanani. Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negaraf. Kedudukan kaum Yahudii. Keselamatan terjamin selagi mematuhi perlembagaan Madinahg. Ekonomi

Page 11: Tamadun Islam

i. Kerjasama dituntut bagi memajukan ekonomi negaraii. Unsur tipu dan riba dihapuskan. Kepentingan Piagam Madinah1. Model kerajaan Islam yang unggul2. Unsur Islam boleh digunakan dalam negara pelbagai agama dan kaum3. Perlembagaan yang mengandungi unsur dunia dan akhirat.4. Menunjukkan sistem ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.5. Berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah – hidup dalam bersatu padu dan aman menerusi semangat ukhuwah Islamiah – iaitu semangat persaudaraan sesama Islam. Aspek Ukhwah dapat dilihat menerusi:a. Keadilan sosial b. Persamaan hak dan persaudaraan Islamc. Tiada perbezaan taraf6. Mempamerkan undang-undang yang lengkap dan sempurna berasaskan undang-undang syariah.7. Negara diwujudkan atas dasar perlembagaan terlebih dahulu.8. Berjaya menyusun masyarakat kehidupan yang sistematik berasaskan undang-undang, bukan nafsu dan kekuatan kaum.9. Wujudkan semangat kerjasama dan sama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan negara hingga menjadikan kerajaan Islam kuat dan disegani. Penyebaran IslamStrategi penyebaran Islam:1. Menghantar utusan ke Rom, Rom Timur Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah di sekitar semenanjung Arab.2. Tidak dengan paksaan tetapi dengan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik.3. Menerusi warkah atau surat untuk wujud persefahaman.4. Peperangan – dengan izin atau bertujuan mempertahankan diri, agama dan negara. Kerajaan Islam melalui beberapa siri peperangan sejak 622M Antaranya:a. Perang Badar 624M/2Hi. Dalam perang ini Islam menang, Nabi mengampunkan orang tawanan Arab Quraish, Tawanan Wanita dan kanak-kanak dibebaskan. Lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka – ajar 10 kanak-kanak Islam baca dan tulis sehingga pandai akan dibebaskan.b. Perang Uhud 625M/3Hc. Perang Khandak 627M/5Hd. Perang Tabuk 630M/8H5. Perang dalam Islam mesti ikut prinsip tertentu, iaitua. Dengan izin Allah swt setelah turunnya wahyu. Berperang apabila diserang oleh musuh.b. Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga.c. Menentang kezaliman dan mempertahankan diri.d. Islam menganjurkan perdamaian jika musuhnya inginkan perdamaian.e. Dakwah mesti dilaksanakan dengan baikf. Perang berpandukan aspek berikut:i. Tidak boleh membunuh orang yang lemah spt orang tua, kanak-kanak, wanita, orang sakit, dan orang yang menyerah diri.ii. Tidak dibenarkan membunuh binantang ternakan, dan tanaman.iii. Dilarang meroboh rumah ibadat.Perjanjian HudaibiyahLatar Peristiwa628M orang Islam ingin ke Makkah untuk beribadat dan mengerjakan umrah Disekat oleh Quraish di Hudaibiyah. Di situ orang Islam cuba menerangkan tujuan kedatangan dengan menghantar wakil iaitu Uthman bin Affan. Peringkat awal tidak dipedulikan, tetapi apabila dapat tahu orang Islam melakukan sumpah setia untuk membela Uthman yang dikatakan mati dibunuh. Orang Quraish takut dan hantar Suhail bin Amru untuk berunding. Maka wujud Perjanjian Hudaibiyah pada 628M/6H.Mengapakah Uthman Bin Affan dipilih?1. Mempunyai ramai saudara mara di Makkah2. Sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain3. Lemah lembut dan bertolak ansur.Kandungan Perjanjian Hudaibiyah

Page 12: Tamadun Islam

1. Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun2. Kabilah Arab lain bebas memilih sama ada memihak kepada orang Islam Madinah atau Arab Quraish Makkah.3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak dipulangkan.4. Orang Quraish Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan.5. Orang Islam boleh ke Makkah pada tahun berikutnya - 7 H. Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah1. Orang Islam dapat menunaikan haji pada tahun 629M/7H.2. Tempoh perdamaian membolehkan Nabi saw merangka program dakwah ke seluruh Tanah Arab.3. Suku Arab boleh menganut sebarang agama tanpa halangan.4. Islam dapat berkembang berlipat kali ganda.5. Islam tersebar dengan aman6. Walaupun dikatakan berat sebelah tetapi telah dapat mengislamkan pemuka Quraish spt Khalid Al Walid, Amru Al As, dan Uthman bin Talhah.7. Melambangkan ketokohan Nabi saw sebagai pemimpin unggul dan berpandangan jauh.8. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kerajaan Islam Madinah.9. Pembukaan Makkah pada 630M berlaku setelah terjadi pencabulan terhadap gencatan senjata yang dipersetujui. Berlaku apabila orang Quraish memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam. Pembukaan Semula Kota MakkahSebab1. Tempat kelahiran Nabi Muhamad saw dan tempat lahirnya Islam.2. Orang Quraish melanggar perjanjian Hudaibiyah 630M.3. Satu strategi jangka panjang dalam penyebaran Islam.4. Kedudukan Madinah akan menjadi lebih mantap.Cara:1. Tanpa kekerasan2. Peringkat awal menghantar tentera Islam – empat pasukan 10000 orang.3. Diketuai oleh Khalid Al Walid, Abu Ubaidah Al Jarrah, Saad bin Ubadah, dan Zubair Al Awwam. Masuk Makkah melalui 4 penjaru.4. Keyakinan dan setia kawan kunci kejayaan tentera Islam.5. Pengislaman Abu Sufian dan Al Abbas – memudahkan lagi Makkah dibuka selain jaminan keselamatan yang diberi kepada penduduk Makkah.Kesan1. Sebelum memasuki Makkah Abu Sufian dan bapa saudara nabi Al Abbas telah memeluk Islam.2. Menunjukkan persaudaraan dengan mereka yang memasuki rumah Abu Sufian tidak akan ditentang. Kepentingan Pembukaan Kota Makkah1. Menunjukkan semangat persaudaraan Islam dengan memberi jaminan keselamatan2. Menunjukkan semangat perpaduan dalam negara yang pelbagai agama dan keturunan3. Sifat pemaaf Nabi saw terserlah – tidak membalas dendam terhadap orang Quraish.4. Kaabah terpelihara daripada kemungkaran. Agama menyembah berhala dihapuskan.5. Kota suci umat Islam dalam melakukan ibadah.6. Membuktikan kukuhnya negara Islam di Madinah.7. Bermulanya penyebaran Islam secara menyeluruh ke Tanah Arab tanpa paksaan.8. Wujud sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat – Madinah masih kekal pusat pemerintahan.9. Titik akhir perjuangan Nabi saw dan pada 632M/11H Nabi Muhamad wafat. Khutbah akhir Nabi menyatakana. Setiap orang Islam bersaudarab. Meninggalkan pusaka iaitu al quran dan sunnah yang menjadi panduan hidup manusia.

[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Posted by Cikgu Rashman at 6/25/2009 10:10:00 PM 1 comments Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 2, NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 3 Thursday, 23 April 2009GOLONGAN MASYARAKAT ZAMAN KHULAFA AR-RASHIDIN

Page 13: Tamadun Islam

( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA 28/4/2009- SELASA ) ........

HURAIKAN PELBAGAI GOLONGAN MASYARAKAT YANG TERDAPAT PADA ZAMAN KHULAFA AR – RASHIDIN .A. PENDAHULUAN1. PERLUASAN WILAYAH ISLAM.Wilayah Islam telah berkembang hingga ke Iraq, Syria dan Mesir. Ini mempengaruhi corak masyarakat.2. KOMPOSISI MASYARAKAT.Terdiri daripada masyarakat Arab dan bukan Arab, Orang Arab termasuk golongan Muhajirin, Ansar dan Ahl – al – Ayyam. Golongan bukan Arab terdiri daripada kaum Parsi dan Qibti.3. LATARBELAKANG MASYARAKAT.Mereka menganut pelbagai kepercayaan dan menampilkan adat resam serta budaya masing – masing.4. PENGENALAN KEPADA ZAMAN KHULAFA AR – RASHIDIN.B. ISI – ISI PENTING ( Buat Rujukan Lanjut )1. ORANG ARAB.· Terdiri daripada orang Arab Utara dan Arab Selatan.· Rasulullah telah berjaya menyatukan padukan masyarakat Arab seperti kaum Muhajirin dengan Ansar. Pembukaan kota Makkah telah menyebabkan Arab Quraisy menerima Islam dan memberi sumbangan yang besar kepada negara Islam.· Di zaman Khalifah Ar – Rashidin orang Arab Madinah dan Arab Quraisy merupakan golongan yang penting membantu pentadbiran negara contohnya:a. Khalifah Abu Bakar :Khalid Al- Walid dan Amru Al – As merupakan panglima perang yang berjaya mengatasi golongan Ar – Riddah.b. Khalifah Umar al – Khattab.Melantik enam orang para sahabat seperti Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan dan Zubir bin Al – Awwam sebagai ahli Majlis Syura.c. Uthman bin Affan :Keluarga Bani Umaiyyah diberikan jawatan penting seperti Marwan al – Hakkam dan Muawiyyah bin Abu Sufyan sebagai Gabenor.2. GOLONGAN AR – RIDDAH.· Ia wujud di zaman Khalifah Abu Bakar al – Siddiq.· Mereka terdiri daripada tiga golongan, iaitu :a. Golongan Yang Enggan membayar zakat.Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yang hanya dibayar kepada nabi Muhammad. Mereka terdiri daripada penduduk Bahrain, Yamamah dan Hirah. Di Yamamah golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin Al – Mughirah.b. Golongan Nabi palsu dan Pengikutnya.Nabi – nabi palsu ini seperti Sajah dan Musailammah al – Kazab merupakan nabi palsu yang berpengaruh. Mereka mendakwa menerima wahyu. Tujuannya untuk mendapatkan pengaruh dan kepentingan peribadi. Musailammah mempunyai pengikutnya seramai 40, 000 orang yang berpusat di Yamamah.c. Golongan Murtad.Mereka terdiri daripada kabilah – kabilah Arab yang menerima Islam dengan tujuan mendapatkan perlindungan politik daripada negara Islam. Setelah nabi wafat mereka kembali semula kepada amalan jahiliah.Abu Bakar mengambil tindakan dengan menghantar pendakwah supaya mereka kembali kepada ajaran Islam. Pasukan tentera Islam telah berjaya mengalahkan golongan ini dan mereka kembali semula kepada ajaran Islam.3. GOLONGAN AHL – AL – AYYAM.· Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar al- Khattab. Khalifah Umar telah membuka tanah di wilayah Iraq, Syria dan Mesir. Orang – orang Arab yang menyertai pasukan tentera membuka dan menetap di wilayah tersebut dikenali sebagai golongan ahl – al – Ayyam yang lain terutamanya bekas golongan Murtad.

Page 14: Tamadun Islam

· Golongan ini terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban dan bekas golongan Murtad. Mereka diberi kuasa mentadbir ladang dan tanah di wilayah Iraq dan memungut cukai sebagai mengenang jasa mereka dalam pentadbiran.· Zaman Khalifah Umar al – Khattab terdapat lebih kurang 12000 orang. Pemimpin mereka ialah Al – Ashtar, Malik al – Harith dan Hujr al – Kindi.4. GOLONGAN AL – QURRA.· Berasal daripada golongan ahl – al – Ayyam yang diberikan amanah untuk menguruskan tanah di Iraq. Mereka menggelar diri mereka sebagai al – Qurra bagi menjaga status dan membezakan daripada golongan ahl – al – Ayyam yang lain terutama bekas golongan murtad.· Di zaman Khalifah Uthman, sebahagian besar mereka memberontak kerana pengambilan kuasa pentadbiran tanah dan cukai di wilayah Iraq oleh Bani Umaiyyah. Golongan ini bertanggungjawab menyebabkan pembunuhan Khalifah Uthman.· Mereka memberikan sokongan yang kuat kepada Khalifah Ali terutamanya Perang Jamal dan Perang Siffin.5. GOLONGAN KHAWARIJ.· Mereka terdiri daripada bekas penyokong Khalifah Ali yang terlibat dalam Perang Jamal dan Perang Siffin. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dengan tentera Muawiyyah dalam Perang Siffin dan rundingan Majlis Tahkim.· Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelar diri mereka sebagai golongan Khawarij. Mereka berpendapat perpecahan sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyyah bin Abu Sufyan dan Amru Al – As. Mereka melancarkan gerakan untuk membunuh ketiga – tiga pemimpin tersebut. Mereka membunuh Khalifah Ali dan melancarkan gerakan menentang kerajaan Bani Umaiyyah.6. GOLONGAN BERKECUALI.· Terdiri daripada golongan yang tidak mahu terlibat dalam konflik antara Ali dan Muawiyyah. Mereka tinggal di Hijjaz.7. GOLONGAN BUKAN ARAB ( ‘AJAM )· Golongan Mawali.Terdiri daripada orang bukan Arab, iaitu kaum Parsi yang telah memeluk agama Islam. Kebanyakan mereka tinggal di Iraq. Di zaman ini mereka tidak dikenakan bayaran cukai jizyah.8. ORANG BUKAN ISLAM.· Terdiri daripada orang Arab dan bukan Arab seperti kaum Yahudi, Qibti, Parsi. Mereka tinggal di luar Semenanjung Tanah Arab.· Mereka menganuti agama Kristian, Yahudi dan Majusi.· Mereka mendapat perlindungan politik dan layanan yang adil daripada kerajaan Islam dengan membayar cukai jizyah.C. KESIMPULAN Apa – apa sahaja yang berkaitan.[SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT]

Posted by Cikgu Rashman at 4/23/2009 10:48:00 PM 1 comments Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN LATIHAN Wednesday, 15 April 2009CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH VS MASYARAKAT ISLAM ZAMAN NABI MUHAMMAD

( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA 21/4/2009- SELASA ) ....Saya ke Pulau Pangkor kerana urusan rasmi....................................................................................................................Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.A. Pengenalan :1. Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.

Page 15: Tamadun Islam

2. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.3. Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.B. Isi : ( Sila buat rujukan lanjut. Isi mesti menunjukkan perbandingan )1. Kepercayaan / Agama : a. Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut. ( Berikan contoh )b. Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam. 2. Hubungan Masyarakat / Sosial : a. Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa. b. Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin. 3. Peperangan : a. Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun. b. Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah.Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Mekah dan pengkhianatan orang Yahudi. 4. Kelas Masyarakat : a. Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka. b. Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf.Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan ataupangkat mereka. 5. Kedudukan Wanita : a. Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi rebutan anak-anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah. b. Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu dipelihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan goIongan lelaki. 6. Akhlak : a. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka. b. Islam menekankan akhlak yang mulia.Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala amalan akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di Madinah. 7. Politik :

Page 16: Tamadun Islam

a. Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Mekah menjalankan sistem politik kabilah. b. Kerajaan Islam Madinah wujud berasakan perlembagaan Madinah. Undangundang utama yang digunakan ialah Al- Quran. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi yang penting dalam kerajaan Madinah. 8. Nilai-nilai Positif : a. Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dilakukan oleh Bani Hashim.b. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam. 9. Amalan Ekonomi. a. Jahiliyah amalkan riba, pencurian dan penipuan. Jua beli berhala adalah ekonomi yang penting dan menguntungkan.b. Islam mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli. Ada akad dalam urusan jual beli. Barangan yang diharamkan tidak boleh dijual beli seperti arak,patung berhala, dll.C. Kesimpulan :Perbezaan yang ketara, zaman jahiliyah berlandaskan nafsu dan dalam zaman Islam berdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Posted by Cikgu Rashman at 4/15/2009 10:33:00 AM 0 comments Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN LATIHAN, SOALAN RAMALAN Wednesday, 8 April 2009AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT ARAB ZAMAN JAHILIAH

( PELAJAR PRA-U SMKDARY - SILA BUAT LATIHAN INI DAN HANTAR PADA 13/4/2009- ISNIN )----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.Pengenalan1. Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul.2. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.3. Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.4. Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi. 5. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.Isi-isi penting ( Buat Rujukan untuk huraian lanjut )Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi (agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri.1. Agama Wathani Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.2. Agama YahudiAgama yang dianuti oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.3. Agama Nasrani

Page 17: Tamadun Islam

Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab. 4. Agama MajusiAgama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.5. Agama HanifAgama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.6. Agama penyembahan CekarawalaMereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.7. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme)Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.8. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.9. Kepercayaan AnimismeMereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.10. Kepercayaan tahyulKepercayaan tangkal azimata. Roh orang mati menjadi burung.b. Percaya kepada ahli nujum.c. Percaya kepada ahli sihir.d. Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.e. Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.f. Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.KesimpulanMasyarakat Jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.[ SOKONG BLOG INI, SILA SIGN BUKU PELAWAT ]

Posted by Cikgu Rashman at 4/08/2009 09:42:00 AM 0 comments Labels: NOTA TAMADUN ISLAM TEMA 1, SOALAN LATIHAN, SOALAN RAMALAN Sunday, 5 April 2009CIRI-CIRI JAHILIAH...... Jelaskan Struktur Dan Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.A) Pengenalan :1. Difinisi jahiliah : bodoh atau sesat.a. Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.b. Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.c. Tidak mempunyai peradaban.d. Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.e. Tidak boleh membaca dan menulis.2. Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.B) Isi- isi Penting :Struktur Masyarakat Arab Jahiliah Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari. Dalam Masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:a. Golongan bangswan - ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.

Page 18: Tamadun Islam

b. Golongan agama ( pendeta ) - tukang tilik dan penyair.c. Golongan hamba.d. Wanita.e. Masyarakat awam dan rakyat biasaCiri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah :

Aspek agama dan kepercayaan :Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian.Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi.Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah Bani Israeil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang-orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t. Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dikalangan masyarakat Arab tidak ramai. Mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala mucul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s Masyarakat berkehendakkan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t. Mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan disekeliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.Di samping mempercayai berhala, masyarakat Arab percaya kepada animisme dan tahyul. Objek cakrawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.Aspek Politik dan pentadbiran :Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dikalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan ( Darul Nadwah ) oleh jabatan-jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri-ciri politiknya mempunyai unsur-unsur jahiliah. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting. Di samping itu ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’ dan menjaga kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.

Aspek Ekonomi :Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan diantara bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rom ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar

Page 19: Tamadun Islam

Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak-anaknya. Misi-misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).Pasar-pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.

Aspek Sosial :Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak - puak dan ketua puak dipilih di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.Semangat Assabiyyah menyuburkan ciri-ciri jahiliah. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara - perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan dan dijadikan hamba abdi.Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang-undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.

Aspek Ilmu Pengetahuan :Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga.Hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.

Nilai-nilai Positif Dan Mulia Masyarakat Arab Jahiliah :Walaupun orang - orang Arab jahiliah digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat - sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata - mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Di samping itu orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan. Mereka akan menunaikan janji walaupun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang - orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat - sifat positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.C) Kesimpulan :Apa-apa sahaja yang berkaitan.