tamadun islam

50
59 Tamadun Islam KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN Pengenalan Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasal daripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle, Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah suatu kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja. Manusia Menurut al-Quran Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi. Fungsi Manusia Menurut al-Quran Beribadat kepada Allah Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syaratsyarat yang telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya, contohnya

Upload: zulfaqar89

Post on 15-Jun-2015

1.617 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Islam

59Tamadun IslamKONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURANPengenalanPerkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas danal-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas mukabumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau diudara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasaldaripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle, Anazimander danEpidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah suatukajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.Manusia Menurut al-QuranManusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding denganmalaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakannafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagalmenggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dariketurunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripadatanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebutsebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripadatanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandanganyang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi.Fungsi Manusia Menurut al-QuranBeribadat kepada AllahMenurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah.Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalambentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syaratsyaratyang telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jikadilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya, contohnyamelakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya.Memelihara AlamSelain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta alam ini untukkepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia.Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan

Page 2: Tamadun Islam

tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan dimuka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang.Mengenali di Antara Satu Sama LainManusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Allah mencipta manusiadengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dantakbur. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang masalah. Perbezaanagama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukanIslam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan biasahubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka.Memakmurkan Muka BumiSelain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka dapat menjalanikehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti danberfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia denganmenggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan jugaterdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapatmenikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.Mentauhidkan AllahManusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatanyang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allahmelainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali Allah. Manusiaboleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka BumiFungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini. Fungsi ini sesuai dengan kedudukanmanusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain.Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya hendaklah memastikan berlakunya kebaikan.Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan danmencegah kemungkaran).60KesimpulanBerdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya manusiaberjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini dengan penuh kebahagiaan.Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-hara pasti tidak dapat dielakkan.MASYARAKAT JAHILIAHPengertian Jahiliah

Page 3: Tamadun Islam

Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Menurut Philip K. Hitti dalam bukunya "History of the Arab's", jahiliahbermaksud bodoh atau jahil dari segi agama kerana pada ketika itu, tidak ada nadi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikansebagai petunjuk. Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka telah mempunyai tamadunyang tinggi.Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelumIslam, iaitu sebelum turunya al-Quran. Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah seperti berikut:a. Tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai petunjuk.b. Tidak mempunyai tamadun / peradaban.c. Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkah.d. Masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca atau menulis.Jika salah satu dari tersebut terdapat pada sesebuah masyarakat, maka masyarakat itu boleh dianggap sebagai masyarakat jahiliah.Menurut Doktor Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., iaitu selepaskejatuhan Kerajaan Sabak.Agama dan KepercayaanAgama BerhalaAgama berhala merupakan agama yang mempunyai pengikut terbesar di Semenanjung Tanah Arab. Berhala tersebut diperbuatdaripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamal (kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala masing-masing. Antaraberhala yang terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal. Sebahagian penduduk Tanah Arab tidak menganggapberhala Tuhan tetapi hanya sebagai perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah dan percayaberhala. Mereka ini dikenali sebagai golongan musyirikin, iaitu orang yang menyekutu Allah.Agama MajusiAgama ini tidak diamalkan seluas oleh orang-orang Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah diYaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama ini menjadikan api sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara penganut agamaini yang terkenal ialah Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang sememangnya mempunyai hubungandengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.Agama YahudiAgama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab taurat. Agama ini tersebarluas terutamanya di kawasan-kawasan Osis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab, iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan Yathrib. OrangorangYahudi berasal dari Palestine. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad pertama Masihi. Mereka telah menjadikaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang Arab untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi menganggap dirimereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzarr sebagai anak tuhan. Di antara tokoh terkenal yang menganut agamaini ialah Yusof Zu Nuwas.Agama NasraniAgama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa keSemenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau Habsyah atas tanah

Page 4: Tamadun Islam

jajahan mereka. Agama ini dapat sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama initermasuklah Warraqah Bin Naufal dan Uthman Bin Huwairith. Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yangberkembang di kawasan Hirah dan Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain di sempadan Syria/ Syam. Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi bandar Nasranihingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz.Agama HanifAgama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut agama ini mempercayai konsep keesaan Allahataupun monoteisme. Di antara mereka yang menganut agama ini termasuklah Zaid b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua ibubapa nabi sendiri. Walau bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh golongan-golongan tertentu seperti juga agama Yahudidan Nasrani, misalnya mereka menyembelih binatang korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling kaabah.Kepercayaan AnimismeKepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan manusia. Ia berpunca dari sifat kagum manusia terhadap sesuatu objek yangditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, merekamenyembah apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.61Kepercayaan Adat (Sunah)Kepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara kepercayaan yang diamalkan ialah menilik nasib. Apabilamemulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat keadaan sekeliling bagi mengjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arahburung terbang. Jika burung terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya.PolitikSistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asingyang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya lebih berbentuk negara naungan, misalnya KerajaanAnbat, Tadmur, Hirah dan Ghassan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi. Kerajaan Anbatdan Tadmur pula pernah dijajah oleh Rom. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada Rom atauParsi.Kerajaan di bahagian Selatan seperti Himyar, Ma'in dan Qatban mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Pemerintahanyamenggunakan pelbagai gelaran seperti Malek, Zu, Makrab dan sebagainya.Kerajaan di bahagian tengah pula terdiri daripada kerajaan kota, misalnya Kerajaan Kota Mekah, Yathrib dan Taif yang terletak diHijaz. Sistem pemerintahannya dipegang oleh keluarga / keturunan tertentu, misalnya kota Mekah pada mulanya dikuasai oleh puakJurham, diikuti ileh puak Khuzaah dan akhirnya ke tangan Quraisy. Taif pula diperintah oleh Bani Thaqif. Pemerintahan beginidikatakan berbentuk aristokrasi. Mereka tidak mempunyai institusi diraja, tidak ada pasukan tentera dan tidak mengamalkan dasarperluasan wilayah.Di pihak lain, orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di mana peraturan

Page 5: Tamadun Islam

yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadapkabilah. Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasukikabilah yang lain.EkonomiSistem ekonomi orang-orang Hadari lebih maju berbanding dengan orang Badwi. Mereka kebanyakannya ialah pedagang yangbergerak dalam kafilah. Sesebuah kafilah biasanya mengandungi 500-1,000 ekor unta. Sistem perdagangan yang biasa diadakan ialahsistem perdagangan dua musim, iaitu musim panas dan musim sejuk. Pada musim panas, mereka bergerak ke Utara, iaitu Syam danpada musim sejuk, mereka bergerak ke Selatan iaitu Yaman. Di samping itu, mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung TanahArab khususnya pada musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu Ukaz, Zulmajaz dan Zulmajinman.Orang-orang Arab Jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa. Mereka dikatakan mempunyai hubungandengan orang-orang India, China dan Nusantara.Kegiatan perdagangan orang Arab melibatkan riba. Mereka juga sering melakukan penipuan terutamanya dari segi sukatan dantimbangan.Sistem barter masih diamalkan secara meluas terutamanya oleh golongan Badwi.Selain dari kegiatan perdagangan, mereka juga melibatkan diri dalam kegiatan pertanian dan kawasan pertanian yang paling suburialah bahagian Selatan Semenanjung Tanah Arab, iaitu Yaman. Yaman sememangnya mempunyai tanah yang subur di sampingmendapat hujan tahunan yang agak seragam. Tambahan pula, penduduk Yaman mempunyai kepakaran dari segi teknologi sehinggamembolehkan mereka mewujudkan sistem saliran untuk kawasan pertanian.Orang-orang Arab Jahiliah juga menternak binatang seperti unta, kuda, biri-biri, keldai dan lain-lain lagi. Dari binatang ini, merekamemperolehi susu, daging dan kulit yang boleh dijadikan pakaian atau khemah. Sekiranya terdesak, mereka makan apa sahaja. Adakalanya, mereka merampas atau menyerang suku-suku kaum yang mereka musuhi. Hal ini menyebabkan peperangan yang tidakberkesudahan.SosialOrang-orang Arab Jahiliah boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu orang-orang Arab Badwi dan Hadari. Arab Badwi ialahorang-orang Arab yang tinggal di kawasan pedalaman. Mereka tidak banyak bercampur dengan masyarakat luar. Oleh itu, ciri-ciri aslibudaya Arab masih kekal pada mereka. Mereka sering berpindah untuk mencari padang rumput / kawasan yang mempunyai air. Iajuga bertujuan untuk menjaga keselamatan diri. Orang-orang Hadari pula menetap di bandar-bandar tertentu dan cara hidup merekalebih maju serta mempunyai fikiran yang matang. Hal ini disebabkan mereka banyak terdedah kepada dunia luar khususnya melaluiperdagangan.Mereka mengamalkan cara hidup berkabilah. Kabilah adalah satu kelompok besar yang wujud berdasarkan keturunan, kepercayaan,adat tradisi, agama dan nilai-nilai kemasyarakatan yang sama. Setiap kabilah akan diketuai oleh seorang Sheikh. Dia berperananmenyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kabilahnya, membuat perjanjian dengan kabilah lain, melayan tetamu, memberiperlindungan kepada anggota kabilah dan lain-lain.

Page 6: Tamadun Islam

62Mereka mengamalkan semangat abasiyah. Oleh sebab mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai semangat asabiyahyang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yanglain. Mereka akan segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi.Mereka juga mengamalkan sistem perhambaan. Oleh itu, di dalam sistem sosial mereka, terdapat golongan hamba dan merdeka.Golongan hamba langsung tidak diberi hak untuk hidup bebas atau memiliki harta. Seseorang itu boleh menjadi hamba melaluibeberapa cara sama ada sebagai tawanan perang, melalui jual beli atau kerana keturunan.Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina. Mereka malu sekiranya mendapat anak perempuan. Halini jelas disebutkan dalam al-Quran, al-Nahl dan Surah. Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalanmembunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.Orang-orang Arab Jahiliah mengamalkan empat cara perkahwinan, iaitu perkahwinan biasa, kahwin mencari anak pintar, mewarisiisteri bapa atau wanita menentukan siapa bapa kepada anaknya.Mereka menyamalkan nilai-nilai baik dan buruk dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai baik yang mereka miliki ialahmenghormati tetamu, pemurah, setia pada janji, berani, sabar, serta memberi penghargaan terutamanya kepada golongan penyair.Nilai-nilai buruk yang agak ketara ialah suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak, mengamalkansemangat asabiyah dan lain-lain.Ilmu PengetahuanPenyebaran ilmu pengetahuan berlaku di kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana adanya hubunganperdagangan dengan dunia luar. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis dengan sepenuhnya. Ilmu pengetahuan tidakdiwarisi kepada generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib yang telahruntuh. Dikatakan hampir semua orang Arab buta huruf. Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang kaum Quraysi yang tahumembaca dan menulis sahaja.Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah. Tokoh seperti ini ialah Imru al-Qais, Zuhair dan Tarafah.Mereka dikatakan telah menghasilkan karya-karya bermutu yang disebut "al-Mu'allaqat-al-Sab" yang pernah digantung di Kaabah.Syair-syair akan dikemukakan di pasar Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan. Karya-karya ini kebanyakannya berbentuk sajakcinta, ratapan, pujaan, sindir-cerca yang bertujuan berseronok. Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara kreatif atau pengalaman ataukhayalan. Semua karya ini dikatakan mengandungi kata-kata yang tidak sopan.QURAISYAsal-usul QuraisyPerkataan Quraisy berasal dari kata dasar "taqarrasya" yang bermaksud penyatuan. Hal ini disebabkan kejayaan Qusai bin Kilabmenyatukan kaum Quraisy di Mekah. Qusai bin Kilab adalah datuk keempat Nabi Muhammad. Beliau adalah dari keturunan Kinanahyang berasal dari keturunan Nabi Allah Ismail. Qusai bin Kilab telah berpindah bersama ibunya dan dibesarkan di Syam. Setelahdewasa, beliau kembali ke Mekah dan berkahwin dengan seorang gadis dari Bani Khuzaah yang memegang pemerintahan kota

Page 7: Tamadun Islam

Mekah. Pada tahun 440 M, Qusai bin Kilab berjaya mengalahkan Bani Khuzaah dan mengambilalih pemerintahan Mekah. Daripadakalangan Quraisy, muncul ramai tokoh terkemuka seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiyah dan lain-lain. Di dalam kabilahQuraisy, terdapat beberapa bani yang terkenal seperti Bani Hasyim, Bani Umayyah, Bani Adi, Bani Taym dan sebagainya.Struktur Sosial QuraisyStruktur sosial Quraisy boleh dibahagi dua, iaitu Quraisy al-Bittah dan Quraisy al-Zuwahir. Istilah ini diperolehi semasa orang-orangQuraisy memasuki Mekah pada tahun 440 M. Mereka memasukinya melalui Lembah al-Bittah. Terdapat satu golongan Quraisy yangtidak masuk kota Mekah dan mereka inilah dipanggil al-Zuwahir (pinggiran). Mereka masih mengamalkan cara hisup Badwi tetapimereka berperanan menjaga keselamatan kota Mekah.Orang-orang Quraisy telah menyusun pentadbiran kota Mekah dengan sistematik bagi menjaga kepentingan penduduk danpengunjungnya. Para pengunjung dikehendaki membayar cukai perlindungan yang disebut "Muhajarah" atau "Harim". Beberapajabatan juga telah diwujudkan seperti Hijabah, Rifadah, Siqayah, Sirafah dan lain-lain. Dengan ini, suasana aman dan kerjasama dapatdiwujudkan di Mekah.Mereka juga telah menubuhkan sebuah badan tertinggi yang dikenali sebagai Mala' (Majlis Ketua-ketua Suku) yang akhirnya telahdikuasai oleh ketua-ketua suku yang berpengaruh sahaja. Oleh itu, golongan yang kurang berpengaruh telah menubuhkan satu lagibadan yang dikenali sebagai Half-al-Fudhul. Ia berfungsi untuk mengimbangi pertubuhan Mala' di samping untuk menjagakepentingan suku-suku yang lemah.Satu fakta yang nyata bahawa masyarakat Arab Quraisy mengenal dan mengamalkan sistem kelas suku dan kabilah. Kelas tertinggidipegang oleh golongan aristokrat dari keturunan Quraisy.Golongan Quraisy merupakan kelas pemerintah bukan disebabkan oleh keturunan tetapi oleh kekayaan. Sebagai satu sistem sosialfeudalisme, terdapat kelas hamba yang besar bilangannya dan mereka tidak mempunyai apa-apa hak, walaupun ke atas diri merekasendiri hingga mereka boleh dijual beli.63Kedudukan wanita pada umumnya nilai mereka sangat rendah.Di dalam pembentukan keluarga, terdapat empat cara perkahwinan yang diamalkan. Di dalam kehidupan keluarga, yang menjadiketua ialah lelaki.Orang-orang Quraisy mengamalkan nilai-nilai negatif. Mereka juga mengamalkan nilai-nilai positif seperti memuliakan tetamu, setiapada janji dan sebagainya.Ekonomi Masyarakat QuraisyKebanyakan mereka adalah kaum peniaga dan pedagang sama ada secara berkafilah, tahunan atau bermusim.Quraisy adalah bangsa yang berada dan mereka menguasai ekonomi kota Mekah.Sistem ekonomi mereka melibatkan amalan riba dan mereka mengamalkan sistem tukar barang.AUS DAN KHAZRAJAsal-usul Kaum ArabAsal-usul kaum Arab tidak jelas. Terdapat sumber yang mengatakan mereka berasal dari Arab Utara dan telah berasimilasi denganagama Yahudi. Bagi puak Arab yang baru, mereka terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Aus dan Khazraj yang dikenali sebagai

Page 8: Tamadun Islam

Bani Qailah. Mereka berasal dari kawasan Selatan Semenanjung Arab. Ketibaan mereka dikatakan bermula sejak runtuhnyaEmpangan Maarib di Yaman. Sesampai di Madinah, mereka menjalankan aktiviti pertanian di pinggir kota. Apabila mereka menjadikuat, mereka telah menguasai Madinah dengan bantuan tentera Kristian Syam yang memihak Kerajaan Rom Timur. Kenaikan merekamenyebabkan kaum Yahudi tidak senang. Mereka merancang memecahbelahkan puak Arab baru ini. Akhirnya, peperangan berlakudan suku Aus mencapai kemenangan kerana adanya sokongan Yahudi.Suku AusJumlah suku Aus adalah lebih kecil dari Khazraj. Pengaruh mereka juga kurang. Sebelum Islam, mereka terdiri daripada penganutberhala. Mereka mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi dibanding dengan Quraisy.Suku KhazrajJumlah suku Khazraj adalah besar dan pengaruhnya juga besar kalau dibandingkan dengan suku Aus. Seperti suku Aus juga, sebelumkedatangan Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala dan mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi jikadibandingkan dengan kaum Quraisy.YAHUDIAsal-usul Yahudi di MadinahTerdapat sarjana yang mengatakan, kaum Yahudi di Madinah berasal dari Palestin. Kedatangan mereka dianggarkan selepastersebarnya agama Nasrani di Selatan Palestin. Jumlah suku Yahudi yang tinggal di Madinah dianggarkan sebanyak 20 suku. Yangpaling terkenal ialah Bani Qainuqa', Bani Nadir dan Bani Quraizah.Bani Qainuqa'Bani Qainuqa' ialah puak Yahudi yang paling ramai dan berpengaruh di Madinah. Setalah tiba di Madinah, mereka mendirikan rumahkediaman mereka di kawasan Barat Daya berhampiran Musalla, tidak jauh dari Wadi Buthan. Mereka melakukan aktivitiperdagangan, pertukangan tetapi tidak melakukan kegiatan pertanian. Mereka mempunyai angkatan tentera yang kuat.Bani NadirBani Nadir ialah kumpulan kedua kaum Yahudi. Mereka berpindah ke Madinah kerana tekanan tentera Rom yang menganut agamaKristian di Palestin. Mereka menetap di Bukit al-Nadir. Mereka dikatakan daripada keturunan Yahudi tulen. Sewaktu di Madinah,mereka menjadi petukang, petani dan peniaga. Kawasan pertanian mereka terletak di wadi yang mengarah ke Selatan kota Madinah.Bani QuraizahIa juga digelar sebagai Darih. Mereka terdiri daripada Bani Ka'b dan Bani Amru. Mereka tinggal di Wadi Mahzur (luar kotaMadinah). Mereka bergiat dalam kegiatan pertanian. Mereka memiliki senjata dan makanan yang mencukupi.NABI MUHAMMAD S.A.W.Latar BelakangNabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571 Masihi di Mekah. Ibunya bernamaAminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad 6 tahun. Bapanya bernama Abdullah Abdul Muttalibdan beliau meninggal dunia apabila nabi dalam kandungan. Nabi dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib yang kemudiannyameninggal dunia ketika nabi berumur 8 tahun. Semasa berumur 12 tahun, nabi mengikut bapa saudaranya Abu Talib ke Syam untukberniaga. Seorang paderi bernama Bahirah / Buhairah menasihatkan Abu Talib membawa Muhammad balik kerana bimbang dibunuh

Page 9: Tamadun Islam

oleh orang Yahudi. Ketika berusia 25 tahun, beliau telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang berumur 40 tahun.Baginda mempunyai 6 orang anak, iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan. Yang lelaki telah meninggal nudia semasa mereka kecil. Sewaktu35 tahun, beliau diberi gelaran al-Amin kerana berjaya menyelesaikan perbalahan di kalangan pembesar Arab berhubung denganperletakan batu Hajar al-Aswad.64Perlantikan Sebagai Nabi dan RasulNabi ialah seorang manusia lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah untuk dirinya. Rasul juga sama dengan nabi tetapiRasul mesti menyampaikan wahyu yang diterimanya kepada orang lain.Telah menjadi kebiasaan, Muhammad mengasingkan diri di Gua Hira untuk beribadat di samping memikirkan kejadian alam.Akhirnya pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 611 Masihi sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat Jibril membawawahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq. Wahyu ini bermaksud: bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikan kau dansegumpal darah dan bacalah dengan nama Tuhanmu yang mulia yang mengajar manusia yang tidak mengetahui apa-apa. Selepasmenerima wahyu pertama, nabi terus ke rumah menceritakan apa yang berlaku kepadanya dan Khadijah telah membawa bagindaberjumpa dengan sepupunya, Waraqah bin Naufal, seorang pendeta yang menghafal kitab suci. Waraqah mengakui yang datang ituialah Jibril dan ini bermakna baginda dilantik sebagai nabi.Selepas menerima wahyu pertama, baginda terus ke gua dan pada suatu hari, ketika baginda keluar dari rumah, baginda terdengar satusuara dan apabila baginda mendongak, terlihatlah Jibril. Kerana takut, baginda masuk semula ke rumah dan meminta Khadijahmenyelimutkannya. Ketika inilah turunlah wahyu kedua, iaitu surah al-Mudduthir, ayat 1-7 yang bermaksud: Wahai orang yangberselimut, bangun dan berilah peringatan, hendaklah engkau menggesakan tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu, jauhilah perbuatandosa, janganlah engkau memberi kerana hendakkan balasan yang banyak dan hendaklah engkau bersabar kerana tuhanmu. Denganwahyu kedua ini, bermakna Allah telah melantik baginda sebagai Rasul kerana ayat tersebut dengan jelas memerintahkan Muhammaduntuk mengingatkan manusia.SERUAN ISLAM DI MEKAHPengenalanSegala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad adalah dari wahyu Allah yang diturunkan kepada baginda melalui malaikatJibril. Ia diturunkan secara beransur-ansur dalam jangka masa 23 tahun bermula dari wahyu yang pertama di Gua Hira sehinggalahbaginda wafat. Segala wahyu ini telah ditulis dan dihafal oleh umat Islam. Penurunan ayat terbahagi kepada dua, iaitu:a. Zaman MakkiyahZaman semasa baginda di Mekah sehinggalah berhijrah ke Madinah. Ia memakan masa selama 13 tahun.b. Zaman MadinahZaman selepas baginda berhijrah ke Madinah. Ia berlangsung selama 10 tahun.Peringkat SeruanPeringkat Sirriah (tersembunyi)Seruan peringkat ini bermula setelah Nabi Muhammad menerima wahyu kedua iaitu dari Surah al-Muddatthir ayat 1-7. Penurunan

Page 10: Tamadun Islam

ayat ini dianggap telah merasmikan perlantikan Nabi daripada seorang "Nabi" kepada seorang "Rasul". Baginda menjalankandakwahnya secara sulit dan bersembunyi kepada keluarga dan sahabatnya yang terdekat. Mereka ialah Khadijah al-Kubra, Ali BinAbu Talib, Zaid Bin Harithah dan Abu Bakar as-Siddiq. Melalui Abu Bakar, Islam disebar kepada Abdul Rahman Bin Auf, Uthmanbin Affan, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam, Abu Ubaidah al-Jarrah, Amman Bin Yasser dan sebagainya. Mereka digelarsebagai as-Sabiqun al-Awwalun (orang yang terawal memeluk Islam). Seruan ini dijalankan selama 3 tahun dan seramai 55 orangpenduduk Mekah memeluk Islam. Arqam Abil al-Arqam telah menyerahkan rumahnya sebagai markas gerakan umat Islam.Peringkat Jahriah (terbuka)Seruan kepada Ali Bin Abu Talib dan keluarganya. Seruan ini bermula setalah baginda menerim awahyu dari Surah Asy-Syu'ara'.Baginda mengadakan majlis ceramah di rumah Ali Bin Abu Talib di Bukit Safa dan semua kerabat dijemput termasuk Abu Lahab,bapa saudaranya. Baginda menerangkan dasar-dasar Islam yang telah ditugaskan oleh Allah untuk baginda sampaikan. Ramai yangmenyatakan kesanggupan untuk mengikut baginda, tidak kurang yang mencemuhnya. Abu Lahab ialah tokoh pertama yang menghinadan mencerca baginda.Seruan kepada orang ramai dimulakan setelah baginda menerima wahyu dari Surah al-Hijr. Baginda mula menyeru kepada segenaplapisan masyarakat Mekah di mana-mana sahaja. Seruan secara terbuka ini berlangsung selama 10 tahun di Mekah dan 10 tahun diMadinah.Bentuk Ajaran IslamAkidahNabi memperkenalkan tauhid, iaitu mengesakan Allah dengan segala sifat kesempurnaan iaitu sifat-sifat 20. Sehubungan itu, segalabentuk syirik adalah dilarang termasuklah penyembahan berhala. Nabi menerangkan tentang adanya hari kebangkitan serta perkaraperkarayang berhubung denganya seperti syurga, neraka, titian, neraca dan lain-lain. Baginda turut menerangkan perkara yangberhubung dengan rukun Iman seperti percaya kepada Rasul, kitab-kitab serta percaya kepada Qadak dan Qadar. Seterusnya, Nabimenerangkan tentang tugas dan tanggungjawab manusia sama ada terhadap tuhan, diri, keluarga dan masyarakat. Setiap individu akandipertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan sama ada baik atau buruk.AkhlakSelama 13 tahun, Nabi di Mekah telah berusaha membentuk peribadi muslim di samping berusaha mengikis sifat-sifat yang tercelaseperti iri hati, takbur, dendam dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut perlu diganti dengan sifat tinggi seperti jujur, ikhlas, amanah dansebagainya. Nabi juga berusaha mengangkat darjat wanita ke tempat yang sewajarnya sama ada di dunia atau di akhirat. Nabi cuba65banyak menekankan kepada cerita Nabi dan Rasul yang terdahulu khususnya tentang perjuangan nabi-nabi, balasan yang diterimaoleh orang yang ingkar. Hampir 1/3 daripada kandungan al-Quran adalah mengenai sejarah nabi-nabi dan umat terdahulu.IbadatDi Mekah, hanya satu sahaja iaitu ibadat khusus yang difardukan kepada umat Islam. Ibadat ini mula diwajib selepas berlakunya

Page 11: Tamadun Islam

peristiwa Israk dan Mikraj. Ibadat ini ialah sembahyang 5 waktu sehari semalam.RumusanCara-cara penyebaran Islam yang dilakukan secara berperingkat jelas menggambarkan kebijaksanaan Nabi dalam soal berdakwah.Baginda mengukuhkan dahulu pengikut-pengikut Islam sebelum mencabar seluruh masyarakat Mekah. Ajaran-ajaran yang bagindabawakan jelas bertujuan untuk menyelamatkan manusia seluruhnya daripada kesesatan kehidupan dunia dan akhirat.PENENTANGAN KAUM QURAISY DI MEKAHPengenalanSemasa Nabi Muhammad menyampaikan seruannya secara sulit, tidak terdapat sebarang bentuk penentangan yang ketara dari kaumQuraisy. Semasa seruan mula dijalankan kepada keluarga Abdul Mutalib, penentangan hanya timbul daripada kalangan kaum kerabatbaginda sendiri. Kaum Quraisy yang lain pula menganggapnya sebagai masalah dalaman keluarga Bani Hasyim yang bolehdiselesaikan sesama mereka sendiri. Namun setelah seruan secara terbuka dijalankan dan ia mendapat sambutan di luar dugaan dansetelah Nabi Muhammad mula menyentuh soal-soal penyembahan dan ajaran nenek moyang mereka, maka kaum Quraisy mulabimbang lantas mengadakan pelbagai usaha untuk mebendung perkembangan Islam.Sebab PenentanganPolitikDalam politik orang Arab khususnya politik kota Mekah, perebutan kuasa sudah menjadi teras politik mereka. Hal ini dapatdibuktikan dan pentadbiran kota Mekah yang pada mulanya dikuasai oleh Puak Amaliqah, kemudian oleh puak Jurhum, diikuti olehpuak Khuzaah dan akhirnya puak Quraisy. Muhammad adalah dari kaum Quraisy yang berketurunan Bani Hasyim. Bani-bani laindari kaum Quraisy terutamanya Bami Umayyah mahu kuasa pentadbiran Mekah berada di tangan mereka. Menerima ajaran Islamseolah-olah mereka tunduk di bawah Bani Hasyim. Keunggulan peribadi Muhammad yang terkenal sebagai seorang yang amanah danmempunyai budi pekerti yang tinggi membimbangkan bani-bani lain. Sekiranya Muhammad berjaya menjadi pemimpin, merekabimbang kuasa kepimpinan tersebut akan dipegangnya dan ini menyebabkan bani lain tidak lagi berpeluang meletakkan diri merekasebagai pemimpin. Tanggapan ini timbul akibat dari kekeliruan orang Musyirikin tentang konsep kenabian dan kepimpinan.EkonomiPengharaman berhala akan menyebabkan kedudukan musyirikin Mekah terjejas. Agama Islam menentang penyembahan berhalakerana ia dianggap syirik. Pengharaman ini akan menyebabkan pengukir patung, peniaga berhala dan juga penjaga Kaabah kehilangansumber pendapatan.Penentangan orang musyirikin juga disebabkan agama Islam yang dibawa oleh Nabi menentang penjualan hamba abdi. Orangmusyirikin yang menpunyai kedudukan tinggi biasanya memiliki hamba yang ramai, malah bilangan hamba dikatakan melambangkanstatus seseorang. Mereka menggunakan tenaga hamba dengan percuma bagi membantu dalam kegiatan ekonomi. Pengharamanhamba sudah pasti akan menjejaskan kedudukan ekonomi mereka.Orang musyirikin juga bimbang kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan, pusat ibadat dan pusat kebudayaan akan terjejasdengan kedatangan Islam. Mereka percaya Mekah maju disebabkan adanya patung-patung berhala yang diletakkan di sekelilingKaabah. Sekiranya patung-patung itu dibuang, mereka bimbang orang ramai tidak lagi mengunjungi Mekah.

Page 12: Tamadun Islam

SosialMenurut Islam, manusia akan dibangkitkan semula untuk diberi pembalasan terhadap perbuatan baik dan buruk yang dilakukan didunia. Orang musyirikin yang sememangnya sentiasa melakukan perbuatan buruk seperti berzina, membunuh anak dan sebagainyatakut akan pembalasan yang akan diterima nanti. Hal ini disebabkan mereka tidak faham tentang konsep taubat dalam ajaran Islam.Ajaran Islam mengganggap semua manusia adalah sama tanpa mengira bangsa atau pangkat. Yang berbeza hanya dari segiketaqwaannya. Menerima Islam bererti mereka akan meletakkan taraf mereka sama dengan golongan hamba. Golongan musyirikinjuga menentang konsep persaudaraan Islam. Mereka turut menentang segala amalan sosial yang dianjurkan oleh Islam seharian keranaia bertentangan dengan kehidupan biasa mereka.Agama Islam sangat bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka. Orang musyirikin sangat kuat berpegang kepada tradisinenek moyang atau sunnah. Mereka bimbang jika mereka menerima Islam, mereka akan melanggar adat tradisi mereka dan akandimakan sumpah.Golongan musyirikin menentang Islam kerana perbezaan dasar agama dan ketuhanan. Islam ialah agama monteisme. Sebaliknya,kaum Quraisy menyembah tuhan-tuahn berhala daripada pelbagai jenis dan bentuk. Malah mereka menganggap lagi bahawapenyembahan berala ialah mendekatkan lagi diri kepada Allah.66Cara PenentanganPerang SarafOrang musyirikin melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nabi dengan harapan masyarakat Arab tidak terpengaruh dengan dakwahyang disampaikan. Mereka mengatakan Nabi gila, penipu, ahli sihir dan tamak. Sungguhpun begitu, semua tuduhan itu tidak memberiapa-apa kesan kepada Nabi, malah telah menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan masyarakat Arab. Mereka datang berjumpa denganNabi bagi memastikan dakwaan itu benar atau tidak dan ini menguntungkan Nabi.Menyeksa Nabi dan Orang IslamPada peringkat awal, seksaan hanya ditujukan kepada pengikut Nabi, terutamanya golongan lemah seperti golongan miskin danhamba. Antara yang paling teruk menerima seksaan ialah Bilal Bin Rabbah. Beliau telah dijemur di tengah panas tanpa diberi makanatau minum. Seksaan ini sedikit pun tidak mengubah pendirian beliau. Oleh sebab seksaan ini tidak memberi kesan, mereka pun mulaimenyeksa Nabi dengan meletak najis di rumah Nabi, di sujut Nabi dan meletakkan duri di tempat yang dilalui Nabi.Menawarkan KekayaanOrang musyirikin telah mengemukakan pelbagai tawaran bagi memujuk Nabi supaya meninggalkan tugas-tugas dakwah. Antaranyatermasuklah harta kekayaan, pangkat dan wanita-wanita cantik. Nabi bukan sahaja menolak tawaran tersebut tetapi telah menjawabdengan tegas sambil mengatakan,"Sekiranya orang musyirikin berjaya meletakkan matahari di sebelah kiri dan bulan di sebelahkanan, tetapi Nabi tetap tidak akan berganjak."Meminta Kerjasama Abu TalibApabila semua tindakan yang diambil tidak berkesan, orang musyirikin menemui Abu Talib dan meminta beliau menasihati Nabi.Permintaan tersebut tidak dipedulikan. Mereka juga pernah meminta untuk menukarkan Muhammad dengan seorang pemuda lain

Page 13: Tamadun Islam

yang setanding dengannya.Memulaukan Bani HasyimOrang musyirikin akhirnya mengadakan pakatan untuk memulau Bani Hasyim dan semua umat Islam. Pemulauan ini dilakukan dalamtempoh 10 tahun. Dalam tempoh tersebut, mereka enggan mengadakan sebarang perhubungan termasuklah jual beli, bercakap, ziarahmenziarahidan sebagainya. Orang-orang Islam telah mengalami penderitaan yang teruk dan ketika inilah 2 orang pendokong kuatNabi iaitu Khadijah dan Abu Talib telah meninggal dunia. Pemulauan ini hanya dilakukan dalam tempoh 3 tahun kerana tidak semuaorang musyirikin bersetuju dengan tindakan tersebut.Merancang Pembunuhan NabiApabila orang musyirikin gagal menyekat usaha Nabi, mereka akhirnya bersepakat untuk membunuh Nabi. Beberapa orang pemudatelah dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut. Rancangan ini telah diberitahu oleh Allah kepada Nabi melalui wahyu. Oleh itu, padamalam rumah dikepung, Nabi ditemani oleh Abu Bakar telah keluar tanpa disedari oleh orang musyirikin. Sebelum bertolak keMekah, Nabi dan Abu Bakar telah bersembunyi di Gua Ihur selama 3 hari.Memerangi Orang IslamSetelah Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah, orang musyirikin telah berasa tidak puas hati. Oleh itu, mereka telahmelancarkan serangan ke atas orang Islam. Terdapat 3 peperangan penting yang berlaku iaitu Perang Badar, Perang Uhud dan PerangKhadak (Ahzab).Cara Nabi MenghadapinyaBersabarPada peringkat awal, Nabi meminta orang Islam supaya bersabar menghadapi tindakan dari orang musyirikin. Mereka diminta janganbertindak balas bagi mengelakkan pertelingkahan yang lebih besar. Lagipun belum ada wahyu yang membenarkan orang-orang Islambertindak balas.Membebaskan HambaNabi menggalakkan orang Islam yang berharta untuk membebaskan hamba yang telah diseksa dengan teruk oleh tuan-tuan mereka.Antara sahabat yang menyahut seruan ini termasuklah Abu Bakar yang telah menebus dan seterusnya membebaskan Bilal Bin Rabahdari tuannya Umayyah Bin Khalaf.Berlindung di Bawah Orang yang BerpengaruhBagi mengelakkan peyeksaan orang musyirikin Mekah, Nabi dan orang-orang Islam telah mendapatkan perlindungan dari orang yangberpengaruh dalam masyarakat Quraisy. Nabi sendiri misalnya telah diberikan perlindungan oleh bapa saudaranya Abu Talib.Berhijrah ke HabsyahApabila orang musyirikin menunjukkan penentangan yang semakin hebat, maka Nabi mengarahkan orang-orang Islam supayaberhijrah ke Habsyah. Al-Najasyi yang memerintah Habsyah ialah seorang pemerintah yang baik dan sanggup melindungi orng Islam.Penghijrahan ke Habsyah dilakukan sebanyak 2 kali. Kali pertama berlaku pada tahun ke-6 selepas kerasulan Nabi. Ia diketuai olehUthman Bin Affan. Seramai 10 lelaki dan 5 perempuan terlibat. Pada tahun berikutnya, seramai 83 lelaki dan 18 perempuan yangdiketuai oleh Jaafar Abu Talib telah berhijrah ke Habsyah.67Berundur ke Taif

Page 14: Tamadun Islam

Sebelum berlakunya Bai'at Aqabah, Nabi dan anak angkatnya Zald Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada BaniThaqif tetapi penduduk Taif mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah. Oleh itu, mereka menolak mentahmentahdakwah yang disampaikan. Malah mereka mengupah kanak-kanak untuk mencederakan Nabi.Bai'at AqabahSetalah Nabi gagal menyampaikan dakwah di Taif dan kepada penduduk Mekah, Nabi berusaha menemui orang-orang luar yangdatang ke Mekah pada musim Haji. Hasilnya, pada tahun 11 selepas kerasulan Nabi, Bai'at Aqabah I telah berjaya diadakan. Hal inidiikuti pada tahun berikutnya dengan Bai'at Aqabah II. Melalui Bai'at Aqabah II, Nabi dan orang Islam dijemput ke Yathrib(Madinah).Hijrah ke YathribPada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, Nabi bersama orang Islam telah berhijrah ke Yathrib bagi mengelakkan tindakan yang lebihkeras dilakukan oleh orang musyirikin Mekah. Hijrah ini dilakukan secara bersembunyi. Dengan hijrah ini, peluang bagi orangmusyirikin untuk menghalang usaha penyebaran Islam gagal.PerangSetelah 2 tahun Nabi berhijrah, turun wahyu yang membenarkan orang Islam berperang bagi mempertahankan diri dan agama. Olehitu, di dalam Perang Badar yang berlaku pada tahun 2 Hijrah, orang Islam telah mencapai kemenangan yang besar. Kemenangan inikemudiannya telah menyebabkan orang musyirikin melancarkan serang kedua pada 3 Hijrah yang berakhir dengan kekalahan tenteraIslam. Pada 5 Hijrah, orang musyirikin sekali lagi membentuk pasukan tentera bersekutu yang bukan sahaja melibatkan orangmusyirikin Mekah, tetapi juga golongan Yahudi, Munafik, kabilah-kabilah Arab kecil seperti Bani Asad, Bani Salim, Bani Yasyjabdan sebagainya.RumusanNabi Muhammad menghadapi perjuangan yang sukat untuk mengembangkan Islam di sesetengah masyarakat Quraisy yangmengagung-agungkan patung-patung berhala mereka. Namun dalam tempoh hampir 13 tahun itu juga kaum Quraisy berasa amatsukar untuk membendung perkembangan Islam walaupun mereka telah melakukan pelbagai tindakan. Perjuangan Nabi Muhammadtidak pernah mengenal erti kejayaan.BAI'AT AQABAHLatar BelakangBai'at ialah persetiaan, ikrar atau sumpah setia. Bai'at aqabah telah diadakan di antara Nabi dengan penduduk Yathrib di sebuahtempat yang dikenali sebagai Aqabah. Aqabah adalah nama sebuah bukit yang terletak antara Mekah dan Madinah. Bai'at ini diadakansebanyak dua kali. Bai'at yang pertama dikenali sebagai Bai'at Wanita / Bai'at al-Nisak kerana ia merupakan perjanjian keamanan.Seramai 12 orang penduduk Madinah yang terdiri daripada 10 Khazraj dan 2 Aus terlibat dalam bai'at ini. Mereka berjanji tidak akanmenyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak membunuh anak, tidak berbohong, tidak fitnah-menitnah dan lain-lain. Pada tahunberikutnya iaitu pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, seramai 73 orang penduduk Madinah datang menemui Nabi bagimengukuhkan kesetiaan mereka dalam Bai'at Aqabah I. Mereka memeluk Islam sejak dari Yathrib lagi. Bai'at kedua ini disebut

Page 15: Tamadun Islam

sebagai Bai'at al-Haub. Di samping mengulangi ikrar yang pertama, mereka berjanji akan melindungi dan mempertahankan Nabi sertaumat Islam seperti mereka melindungi keluarga mereka sendiri. Mereka juga mengajak Nabi untuk berhijrah ke Yathrib.Hubungan Aqabah dan HijrahBai'at Aqabah mempunyi hubungan yang rapat dengan Hijrah. Kedua-dua Bai'at tersebut menandakan bahawa akan berlaku HijrahNabi dan umat Islam ke Madinah. Hal ini adalah berdasarkan kepada fakta berikut:-1. Kedatangan puak Aus dan Khazraj ke Mekah adalah untuk mendapatkan sokongan dari Nabi dan orang Islam bagi menentangorang Yahudi di Madinah. Orang-orang Yahudi walaupun golongan pendatang, tetapi mereka telah berjaya menguasaiekonomi di Madinah sehingga penduduk asal di Madinah yang terdiri daripada orang Arab tertekan.2. Penduduk Madinah sedar tentang perlunya mereka mempunyai seseorang pemimpin seperti Nabi Muhammad. Nabi bukansahaja dapat menyelesaikan masalah mereka dengan orang Yahudi, malah menyelesaikan masalah perebutan kuasa yangberlaku antara orang Aus dan Khazraj.3. Orang Madinah yakin dengan kebolehan Nabi dan keadilan agama Islam, dengan ini mereka berharap pentadbiran kotaMadinah yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan kaum dapat ditadbir dengan sebaik-baiknya.4. Usaha berterusan yang dilakukan oleh penduduk Madinah selama 3 tahun berturut-turut merupakan satu usaha yang gigih bagimerangka strategi Hijrah. Ia bermula dari kedatangan Suwaid Bin Samit diikuti oleh Iyas Bin Muazth dan seterusnyakedatangan 6 orang penduduk Madinah. Hasilnya, Bai'at Aqabah I telah diadakan pada tahun ke-12 selepas kerasulan Nabidiikuti pada tahun berikutnya dengan Bai'at Aqabah II.5. Selepas Bai'at Aqabah II diadakan, Nabi telah melantik 12 orang Naqib (ketua) yang terdiri daripada 9 Khazraj dan 3 Aus bagimengetuai gerakan dakwah di Madinah. Ia juga menjadi bukti bahawa Hijrah akan berlaku.6. Persetujuan yang telah dicapai antara Nabi dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada Aus dan Khazraj menandakanbahawa peristiwa penting ini akan berlaku. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk sama-sama mempertahankan Islam danancaman musuh malah penduduk Madinah sanggup menjamin keselamatan orang Islam jika mereka berhijrah ke Madinah.687. Hijrah telah berlaku sebaik sahaja Bai'at Aqabah II diadakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Bai'at inilah yangmenyebabkan Nabi berhijrah ke Madinah. Setibanya Nabi di Madinah, mereka disambut dengan gembiranya oleh pendudukMadinah.RumusanBai'at Aqabah berlaku di antara seorang pemimpin yang sedang mencari umat untuk diserukan ajaran Islam dengan sekumpulanmasyarakat yang mencari seorang pemimpin yang dapat menyatupadukan mereka. Ia memainkan peranan besar dalam sejarahperkembangan Islam. Ia membawakan sinar baru terhadap perkembangan Islam. Ada sejarahwan yang menganggap peristiwa IkrarAqabah sebagai "penyelamat nyawa terancam". Ia merupakan anak kunci peristiwa Hijrah yang bersejarah yang dapat mengubahperjalanan sejarah perkembangan Islam.PERISTIWA PENTING DI ANTARA 2 HIJRAHPengenalan

Page 16: Tamadun Islam

Dalam sejarah perkembangan awal Islam terdapat 2 peristiwa penting iaitu Hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke Madinah. Namun dalam2 peristiwa ini, Nabi Muhammad hanya melibatkan diri dalam hijrah ke Madinah. Kerana itu jugalah peristiwa Hijrah tersebutdigelarkan Hijratul-Rasul dan disambut oleh umat Islam pada setiap tahun sehingga kini. Dalam perjanjian Hijrah ke Habsyah, hanyasebahagian daripada pengikut Nabi yang terlibat. Hijrah ke Habsyah lebih bersifat sementara dan bertujuan mencari perlindungan.Kebanyakan daripada mereka kembali ke Arab apabila mendengar berita pengislaman Saidina Umat al-Khattab. Ada yang kembalisemula selepas mendengar berita Hijrah ke Madinah.Peristiwa PentingBantuan Perlindungan di HabsyahPada tahun ke-5 kerasulan, sebahagian daripada umat Islam telah berhijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan di sana. NabiMuhammad sendiri menyarankan agar berhijrah ke Habsyah kerana ia dianggap sebagai Bumi Kebenaran dan penganiayaan tidakberlaku di sana. Terdapat 2 rombongan umat Islam berhijrah ke sana. Rombongan ini telah mendapat perlindungan di Habsyahwalaupun Maharaja Najashy menganut agama Nasrani. Kejadian ini telah memberikan perangsang dan menguatkan azam NabiMuhammad untuk terus berjuang menyebarkan Islam.Pemulauan Islam (Moqato'ah)Orang musyirikin telah melakukan pemulauan ke atas Nabi, orang Islam dan Bani Hasyim sebagai salah satu cara untuk menyekatperkembangan Islam. Pada mulanya, pemulauan ini hendak dilakukan selama 10 ahun tetapi setelah 3 tahun berlangsung, ia telahditamatkan. Pemulauan ini telah menyebabkan umat Islam menghadapi penderitaan yang teruk. Pada tahun akhir pemulauan, 2 orangpenyokong kuat Nabi iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib meninggal dunia. Walaupun orang Islam menghadapi penderitaan tetapiperistiwa ini tetap memberi kesan positif terhadap perkembangan Islam. Penderitaan yang dialami telah melahirkan rasa simpatimasyarakat umum terhadap Nabi sehingga ada antara mereka yang mendesak orang musyirikin untuk menamatkan pemulauan itu.Peristiwa ini tidak melemahkan semangat perjuangan orang Islam, malah orang-orang kaya di antara mereka telah mengorbankankekayaan mereka bagi membantu saudara lain. Hal ini menyebabkan hubungan antara mereka bertambah rapat. Kegagalan orangmusyirikin meneruskan rancangan ini telah menjatuhkan imej mereka pada pandangan kabilah-kabilah lain.Pengislaman UmarUmar Bin al-Khattab adalah antara sahabat Nabi yang agak lewat menerima Islam. Ketika orang Islam berhijrah ke Habsyah merekamenerima berita bahawa beliau telah memeluk Islam. Sebelum menerima Islam, Umar ialah seorang penentang kuat Nabi tetapiselepas menerima Islam, beliau menjadi sahabat Nabi yang kuat. Pengislaman beliau sangat besar ertinya terhadap perkembanganIslam. Nabi sendiri pernah berdoa supaya Allah membuka hati Umar untuk menerima Islam. Sebelum Islam, Umar mempunyaipenyokong yang ramai. Dengan islamnya Umar, kedudukan Islam menjadi kuat dan orang Islam berani melakukan ibadat secaraterbuka. Pengislaman Umar juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada musyirikin Mekah kerana sebelum ini Umarbersungguh-sungguh menunjukkan penentangannya terhadap Islam.Pengislaman Hamzah

Page 17: Tamadun Islam

Hamzah ialah seorang pemuda gagah Quraisy. Beliau ialah bapa saudara Nabi. Beliau tidak menyahut seruan Islam tetapi tidakterlibat dalam gerakan menentang Islam. Pengislamannya mungkin berlaku secara spontan. Hal ini kerana pada suatu hari semasabeliau balik dari berburu, beliau terlihat orang yang sedang menghina Nabi. Sebagai tokoh Bani Hasyim, beliau memarahi orang itudan menyatakan pengislamannya. Beliau merupakan panglima Quraisy yang ulung dan disegani. Pengislamannya memantapkan lagiperjuangan Islam.Peristiwa Israk dan MikrajPeristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Israk ialah perjalanan pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa diPalestine. Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke langit dan seterusnya hingga ke Sidratul Muntaha. Dalam peristiwa ini,Nabi telah diperlihatkan dengan pelbagai tanda kekuasaan Allah. Peristiwa ini menjadi ujian kepada orang Islam. Bagi yang beriman,iman mereka semakin mantap tetapi bagi yang kurang beriman, maka menjauhkan diri kerana menganggap Nabi mereka cerita.Peristiwa inilah ibadat sembahyang mula diwajibkan. Peristiwa ini memberi keterangan kepada Nabi walaupun orang musyirikinsemakin kuat menentang.69Dakwah di TaifSelepas tamatnya pemulauan, Nabi dengan ditemani oleh Zaid Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada Bani Thaqif.Pemergian Nabi disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk Mekah di samping Abu Talib dan Khadijah. Di Taif, sekali lagiNabi dikecewakan. Mereka bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah yang disampaikan, malah telah mengupah kanak-kanakmelontar Nabi dengan batu sehingga Nabi cedera. Ternyata dakwah di Taif gagal kerana Bani Thaqif mempunyai hubungan rapatdengan puak Quraisy. Sungguhpun Nabi kecewa, tetapi semangat untuk terus berdakwah tetap kukuh. Dari segi jangka panjang,dakwah ke Taif tidak gagal kerana sekurang-kurangnya Nabi telah berjaya mengislamkan seorang penganut Kristian, iaitu Addas.Peristiwa ini telah membuka jalan kepada pengislaman penduduk Taif pada 9 Hijrah. Kegagalan dakwah di Taif juga dianggapsebagai Muqaddinah (permulaan) kepada peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini menggembirakan Nabi dan menambahkankeyakinan untuk terus berdakwah.Bai'at AqabahApabila Nabi sedar penduduk Mekah tidak mahu menerima Islam, Nabi mengalihkan perhatian kepada orang luar Mekah. Pada tahunke-11 selepas kerasulan Nabi, 6 orang penduduk Yathrib telah datang menemui Nabi dan menyatakan keislaman mereka. Pada tahunberikutnya, 12 orang lagi datang dan mengadakan ikrar yang dikenali sebagai Bai'at Aqabah I. Apabila mereka pulang ke Madinah,Nabi menghantar Mus'ab Bin Umair untuk menjadi guru dan imam mereka. Pada musim Haji tahun berikutnya, seramai 73 orang lagimengadakan ikrar Aqabah II. Dengan adanya ikrar ini, bilangan penganut Islam telah bertambah bilangannya. Secara tidak langsung,tenaga pendakwah bertambah. Penduduk Yathrib berjanji akan menyebarkan Islam di sana. Ikrar ini dianggap sebagai Muqaddinahkepada peristiwa Hijrah yang berlaku pada 622 Masihi.Rumusan

Page 18: Tamadun Islam

Jangkamasa di antara Hijrah ke Habsyah dengan Hijrah ke Madinah mengandungi banyak peristiwa penting yang memantapkan lagiperjuangan Nabi Muhammad. Setiap peristiwa yang berlaku sama ada yang mendatangkan kesedihan atau kegembiraan kepadabaginda ternyata mempunyai signifikasinya yang tersendiri. Sebagai seorang pejuang yang memandang jauh ke hadapan, bagindamenggunakan setiap pengajaran daripada kegagalan atau kegembiraan daripada setiap kejayaan untuk mengatur langkah yang lebihpadu dan teratur.HIJRAHPengenalanHijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi sejarah, hijrah bermaksud perpindahanNabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalamhidup Nabi dan juga perkembangan agama Islam. Penghijrahan ini dilakukan secara diam-diam bagi mengelakkan diketahui olehmusyirikin Mekah. Mereka berpindah dalam kumpulan yang kecil. Nabi sendiri hanya ditemani oleh Abu Bakar sebelum bertolak keMadinah. Mereka bersembunyi di Gua Thur untuk beberapa hari.Faktor Berlakunya HijrahBai'at AqabahTermeterainya Bai'at Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui Bai'at ini, Nabi telah dapat menjangka sambutan pendudukMadinah adalah lebih baik. Dalam Bai'at Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'at Aqabah kedua,bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberiperlindungan kepada Nabi dan orang Islam.Tekanan Musyirikin MekahTekanan / Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Mekah. Nabi dan orang-orang Islamtelah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkanpenentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomidan sosial akan terjejas.Kegagalan Dakwah di TaifKegagalan dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah. Kedatangan pendudukMadinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepadaNabi. Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orangQuraisy di Mekah.Kematian Abu Talib dan KhadijahKematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkankesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orangIslam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman.Mencari Tempat Baru untuk BerdakwahNabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan sambutan dari penduduk Mekah kurangmenggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap penduduk Mekah. Di Mekah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak

Page 19: Tamadun Islam

kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah.70Persediaan Penduduk Madinah Menerima NabiPersediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Penduduk Madinah sangat berharap Nabidapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnyaantara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah.Kedudukan Madinah yang StrategikKedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusatpenyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahajadapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.Penduduk Madinah Hampir dengan Agama SamawiPenduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yangdibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun,penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding penduduk Mekah.WahyuHijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30,Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi.Wahyu ini menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.Kepentingan HijrahPerubahan Pusat Gerakan IslamPusat gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaumQuraisy. Penyebaran Islam mula dapat dijalankan secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy. Ajaran-ajaran Islamdiamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja bahagian kota Mekah.Penyebaran Islam Semakin MeluasAjaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu meluas sehingga melepasi sempadan politikMekah dan Madinah. Nabi Muhammad telah menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir, BaniBakar dan sebagainya yang menyeru mereka kepada agama Allah. Di antara yang menerima utusan tersebut ialah Heraclius(Maharaja Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi di Mesir), Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra Farsi.Perubahan Kedudukan NabiBaginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda menjadi pemimpin utama Madinah yangdihormati dan disegani. Semasa di Madinah, baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama, pemimpinumat dan sebagainya. Peranan itu tidak dapat dimainkan semasa baginda di Mekah.Pertambahan Umat IslamUmat Islam semakin bertambah dan terdiri dari 2 golongan iaitu golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar ialah orang Madinahyang menganut agama Islam. Majoritinya ialah kaum Aus dan Khazraj. Golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang mengikutNabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Muhajirin bermakna "penghijrah". Pertumbuhan masyarakat Islam ini mewujudkan sebuah

Page 20: Tamadun Islam

ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka.Penubuhan Negara IslamKota Madinah menjadi negera Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya membentuk Piagam Madinah. Ia menukarkan imejkota Madinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan bertulisyang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuhhak-hak seluruh masyarakat.Perubahan Kehidupan Masyarakat MadinahSebelum Nabi Muhammad berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana Jahiliah tanpa sistem undang-undang yang teratur.Keadilan terletak pada kekuatan. Manusia yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan yang teraturdiperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi, kekeluargaan,pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan.Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan AnsarKonflik diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka dengan ikatan semangat UkhuwwahIslamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialahPerang Bu'ath pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.Permulaan Kalendar HijrahTarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal inidilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada 634 M. Takwim ini mengikut peredaran bulan. Dalam setahun mengandungi 12 bulanatau 354 hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari.71Perubahan Dasar PolitikUmat Islam mula menjalankan dasar politik bercorak offensive iaitu menentang apa sahaja penentangan Quraisy secara kekerasannya.Perubahan dasar ini dilakukan setelah turunnya Suruh al-Hajj. Sebelum itu, mereka hanya bertahan dan bersabar.RumusanHijratul-Rasul adalah suatu peristiwa yang mempunyai signifikasi yang sangat besar dalam sejarah perjuangan Islam. Ia jelas telahmembawa banyak perubahan dalam corak perkembangan Islam. Ia merupakan titik peralihan yang amat penting bagi NabiMuhammad sendiri dan perkambangan Islam di seluruh dunia. Penghijrahannya ini membawa kepada kemenangan umat Islam dalamhampir setiap bidang seperti ekonomi, sosial dan politik.UMMAHPengenalanSebelum terbentuknya ummah di Madinah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan berpecah-belah. Hal ini disebabkan Madinahterdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Secara keseluruhannya, penduduk Madinah terdiri daripada 2 bangsa utamaiaitu Arab dan Yahudi. Orang-orang Arab pula terdiri daripada 2 puak iaitu Aus dan Khazraj. Kedua-dua puak ini sering bermusnahanantara satu sama lain terutamanya kerana perebutan kuasa. Orang Yahudi pula terdiri daripada beberapa puak, yang paling terkenalialah Bani Nadhir, Quraizah dan Qainuqak. Hubungan di antara puak Yahudi dan Arab sentiasa di dalam keadaan tegang sehinggalahNabi berhjrah ke Madinah.

Page 21: Tamadun Islam

Definisi UmmahUmmah menurut Sahifah Madinah adalah di dalam pengertian yang luas. Istilah tersebut adalah merujuk kepada semua pendudukMadinah pada masa kedatangan Nabi ke Madinah. Ia termasuklah orang-orang Islam yang berhijrah bersama Nabi atau lebih dikenalisebagai orang-orang Muhajirin, penduduk Madinah yang telah membantu Nabi atau yang lebih dikenali sebagai golongan Ansar sertaorang-orang Yahudi yang telah menjadi sebahagian daripada sebahagian daripada penduduk Madinah. Walaupun mereka terdiridaripada pelbagai bangsa dan agama tetapi masih lagi dianggap sebagai satu ummah. Oleh itu, Sahifah Madinah telah menyebutkannama mereka satu persatu dan mereka masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara Islam Madinah.Sejarah Pembentukan UmmahPembentukan ummah di Madinah bermula sebaik sahaja Nabi sampai ke Madinah iaitu pada tahun 1 Hijrah bersamaan 622 M.Suasana di Madinah tidak aman menyebabkan Nabi mengambil beberapa langkah untuk membentuk ummha. Nabi sedar negara IslamMadinah mungkin dapat ditegakkan jika penduduk Madinah tidak bersatu terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, Nabi telahbertindak mempersaudarakan golongan Aus dan Khazraj dan mereka diberi nama baru iaitu golongan Ansar, golongan inikemudiannya telah dipersaudarakan pula dengan golongan Muhajirin dan seterusnya mengadakan perjanjian damai dengan golonganYahudi. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan ini, Sahifah Madinah telah digubal, Nabi juga membina masjid sebagai tempat untukmenyatukan umat Islam. Dengan usaha-usaha yang dilakukan ini maka terbentuklah satu ummah di Madinah.Kaitan Ummah dengan Politik Islam di Madinah1. Pembentukan ummah mempunyai kaitan yang rapat dengan politik Islam di Madinah. Dengan terbentuknya ummah, Madinahtelah muncul sebagai sebuah negara Islam yang pertama. Ia kemudiannya menjadi sebuah kuasa yang besar dan disegani. Dibawah konsep ummah, penduduk Madinah telah bekerjasama untuk membangunkan Madinah sama ada dari segi politik,ekonomi ataupun sosial. Kejayaan Nabi menyatukan penduduk Madinah di bawah konsep ummah telah membuktikan bahasaIslam adalah agama yang lengkap dan ia tidak memisahkan di antara politik dan agama.2. Pembentukan ummah Madinah juga telah menjamin keselamatan Madinah dari ancaman luar dan dalam. Sebagai satu ummahsemua penduduk Madinah perlu bekerjasama untuk mempertahankan Madinah dan sebarang ancaman. Di samping itu, merekajuga tidak boleh bermusuhan di antara satu sama lain. Nabi dengan jelas menyebutkan bahawa sesiapa atau mana-managolongan yang mengingkari perjanjian yang telah dibuat akan dikenakan hukuman yang setimpal. Hal ini terbukti apabila orangorangYahudi telah dihalau dari Madinah apabila mereka sering mempersendakan kemenangan tentara Islam. Malah telahbekerjasama dengan pihak musuh iaitu orang-orang Quraisy.3. Pembentukan ummah juga telah berjaya menyelesaikan krisis pemimpin yang wujud di Madinah sebelum ini. Semua pendudukMadinah termasuklah orang-orang Yahudi bersetuju untuk menerima Nabi sebagai pemimpin Madinah. Sifat-sifat kepimpinanyang ada pada Nabi telah menyebabkan mereka berpuas hati dan bersetuju untuk bernaung di bawah pemerintahan Islam.Sebelum ini, penduduk Madinah sering bertelagah bagi menentukan kepimpinan di Madinah. Puak Aus dan Khazraj misalnya

Page 22: Tamadun Islam

telah berperang sejak sekian lama dan peperangan yang paling hebat ialah peperangan Buath. Orang-orang Yahudi juga seringmengintai peluang untuk mengambilalih pentadbiran Madinah, oleh itu, mereka sering melagak-lagakan di antara kedua-duapuak tersebut.4. Pembentukan ummah juga berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. Ia telah membuka peluang kepada penyebaranagama Islam. Orang Islam bebas beribadat dan menyebarkan agama Islam. Hal ini menyebabkan bilangan penganut Islambertambah dengan banyaknya. Dalam tempoh 10 tahun Nabi di Madinah, penganut Islam telah meningkat lebih daripada100,000 orang. Hal ini terbukti semasa Nabi mengerjakan ibadat haji yang terakhir, seramai 100,000 orang telah mendengarkhutbah baginda yang terakhir. Bilangan ini sangat besar berbanding dengan bilangan yang berjaya diislamkan dalam tempoh13 tahun Nabi di Mekah.72KesimpulanSesungguhnya pembentukan ummah di Madinah telah memberi kesan yang besar terhadap usaha-usaha penyebaran Islam. Ia jugasekaligus menunjukkan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang pemimpin yang unggul. Oleh itu, tidaklah menghairankan jikabaginda juga digelar sebagai seorang negarawan.PENYATUAN UMMAHPengenalanNabi Muhammad tiba di Madinah pada bulan September 622 M. Dengan penghijrahan ini, pusat gerakan umat Islam telah bertukardari kota Mekah ke kota Madinah. Nabi Muhammad telah diterima sebagai pemimpin Madinah kerana Madinah pada waktu tersebutbelum mempunyai seorang pemimpin tunggal. Madinah adalah sebuah kota di Utara Mekah yang diduduki oleh pelarian Yahudi dariPalestine dan bangsa Arab dari Yaman. Oleh sebab ia lebih merupakan kota tumpuan pelbagai bangsa yang belum pernah dipimpinoleh mana-mana pemerintah, maka Nabi Muhammad terpaksa menghadapi pelbagai masalah yang timbul oleh pelbagai golongan.Golongan yang DihadapiGolongan MuhajirinMuhajirin ialah orang Islam yang berhijrah bersama-sama Nabi dari Mekah ke Madinah berjumlah 150 orang. Mereka datang sehelaisepinggang meninggalkan kampung halaman semata-mata kerana Allah. Sewaktu di Madinah, mereka diberi pertolongan olehgolongan Ansar. Muhajirin kesemuanya adalah dari keturunan Quraisy tetapi dari pelbagai suku termasuklah Bani Hasyim, BaniTaym, Bani Adi dan Bani Umayyah. Tokoh-tokoh Muhajirin termasuklah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Muhajirin adalahgolongan orang Islam yang pertama memeluk Islam dan diletakkan sebagai orang yang paling mulia di sisi Allah dan diberikankeutamaan untuk memimpin.Golongan AnsarMereka adalah penduduk Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Mereka adalah kumpulan pertama yang mendiamiMadinah. Mereka berasal dari Arab Selatan berpindah ke Madinah selepas pecahnya Empangan Maarib. Antara Aus dan Khazrajsering berlaku pertelegahan. Dalam pertelegahan ini, suku Aus disokong oleh Yahudi. Daripada golongan inilah, lahirnya golongan

Page 23: Tamadun Islam

munafik. Mereka memeluk Islam Ba'at Aqabah. Jumlah mereka lebih kurang 500 orang berdasarkan jumlah yang menyambut Nabiapabila Nabi sampai ke Madinah. Mereka digelar Ansar kerana membantu menyebarkan Islam serta memberikan pertolongan kepadaMuhajirin. Mereka juga banyak berkorban sama ada harta atau nyawa bagi menegakkan Syi'ar Islam. Mereka diletakkan setarafdengan Muhajirin dan disebutkan juga sebagai as-Sabiquna al-Awwalun.Golongan YahudiKaum Yahudi berasal dari Palestine. Mereka datang ke Madinah apabila Nabi Isa menyebarkan agama Nasrani. Kerajaan Rom yangmemerintah Palestine menganut agama Nasrani. Hal ini menyebabkan golongan Yahudi lari ke Semenanjung Tanah Arabtermasuklah ke Khaibar, Wadi al-Qura dan Madinah. Jumlah suku Yahudi yang tinggal di Madinah ialah sebanyak 20. Yang terkenalhanyalah 3 iaitu Quraizah, Nadhir dan Qainuqak. Walaupun terdapat percampuran darah antara Yahudi dan Arab tetapi Yahudi tetapdengan Yahudinya sama ada dari segi kepercayaan atau kebudayaan. Kaum Yahudi mempunyai angkatan tentera yang kuat sertaekonomi yang kukuh.Bani Qainuqak adalah Yahudi yang paling berpengaruh. Mereka juga dikatakan Yhudi yang mula-mula sampai ke Madinah. Merekatinggal di Barat Daya Madinah berhampiran Wadi Buhtan. Mereka bekerja sebagai pedagang di samping petukang dan mempunyaipasukan tentera yang ramai. Mereka pernah membekalkan sejumlah 700 tentera termasuk 200 tentera berperisai bagi membantu kaumKhazraj menentang Aus dalam Perang Bua'th.Bani Nadhir merupakan golongan kedua berpengaruh. Mereka tinggal di kawasan bukit yang namanya al-Nadhir di Selatan KotaMadinah. Mereka berniaga dan bertani. Mereka memihak kepada suku Aus dalam Perang Bua'th. Sokongan yang diberi kerana tujuantertentu, iaitu untuk memecahbelahkan orang Arab dan ini membolehkan mereka berkuasa di Madinah.Bani Qainuzah pula dikenali sebagai Darih. Mereka tiba di Madinah agak lewat. Mereka tinggal di Wadi Mahzur, Selatan kotaMadinah. Pekerjaan mereka adalah bertani. Kebanyakan mereka kaya, mempunyai bekalan makanan dan senjata yang banyak. Jumlahtentera mereka dianggarkan 750 orang. Mereka memihak kepada suku Aus dalam Perang Bua'th sehingga menyebabkan suku Khazrajtertewas. Mereka sedar suku Khazraj adalah kuat. Dengan kekalahan Khazraj, pentadbiran kota Madinah akan terlepas ke tanganYahudi. Yahudi Madinah mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi di luar Madinah.Golongan MunafikMunafik adalah orang yang perpura-pura masuk Islam tetapi pada hakikatnya mereka memusuhi Islam. Sejarah kaum munafikbermula apabila Nabi sampai ke Madinah. Mereka telah menimbulkan pelbagai masalah, misalnya dalam Perang Uhud, mereka telahmenarik diri sebelum berlakunya peperangan sehingga menyebabkan barisan tentera Islam kucar-kacir dan seterusnya menyebabkantentera Islam kalah. Pemimpin mereka yang terkenal ialah Abdullah Bin Ubay dari suku Khazraj. Allah menyifatkan munafik sebagaiorang yang bercakap bohong seperti yang disebutkan dalam surah al-Imran ayat 167, surah al-Taubat ayat 64-69, al-Ahzab ayat 1, 12,24, 60 dan 73. Mereka menyokong Nabi kerana kepentingan sendiri; jika didapati musuh lebih kuat, mereka akan menyokong musuh.Mereka mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi. Secara umumnya, mereka tidak mempunyai pendirian yang tetap. Oleh itu,mereka tertewas dalam perjuangan mereka.

Page 24: Tamadun Islam

73Usaha yang Dijalankan dalam Penyatuan UmmahMembina MasjidSebaik sahaja Nabi tiba di Madinah, Nabi telah berusaha membina masjid yang akan dijadikan sebagai tempat ibadat. Selain itu,masjid juga berfungsi sebagai tempat untuk orang Islam bertemu serta berbincang / bermesyuarat bagi menyelesaikan sebarangmasalah. Pada peringkat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat berniaga. Masjid pertama yang dibina di Madinah ialah MasjidNabi / Nabawi. Ia dibina atas tanah milik 2 orang yatim, Sahl dan Suhail. Ia dibeli hanya dengan 10 dinar.Menyatukan Aus dan KhazrajAus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah. Sebelum kedatangan Nabi, mereka sentiasa bermusuhan antara satu sama lainsehingga mengorbankan banyak nyawa. Peperangan Bua'th merupakan perang yang berlarutan di antara kedua-dua puak tersebut. Iaberpunca dari masalah kepimpinan kerana kedua-duanya ingin menerajui pentadbiran kota Madinah. Nabi sedar jika masalah ini tidakdiselesaikan, keadaan ini tidak akan aman. Oleh itu, Nabi berusaha menyatukan kedua-dua pihak tersebut dan menamakan merekasebagai orang Ansar. Nabi menanamkan sifat-sifat Iman kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan permusuhan yangberlaku antara mereka.Mewujudkan Persaudaraan IslamSetelah Nabi berjaya menyatukan Aus dan Khazraj, Nabi berusaha pula mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Tujuan Nabiadalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi dan juga kepentingan umum, termasuklah sosial dan politik Islam diMadinah. Sekiranya masalah ekonomi tidak diselesaikan terlebih dahulu adalah sukar bagi Nabi membangunkan sebuah negara yangbenar-benar kukuh. Contohnya, Nabi telah mempersaudarakan Hamzah Bin Abdul Muttalib dengan 'Ithban Bin Malik, Abdul RahmanBin Auf dengan Said Bin Rabi' dan lain-lain. Dengan adanya ikatan ini, golongan Ansar tanpa ragu-ragu sanggup memberikan hartabenda mereka untuk dijadikan modal sehingga akhirnya ekonomi orang Muhajirin berjaya dipulihkan.Menggubal PerlembagaanSebuah perlembagaan untuk negara Islam Madinah telah diwujudkan oleh Nabi demi untuk menjamin perpaduan di kalanganpenduduk Madinah sebagai sebuah komuniti / ummah. Ia diwujudkan hasil dari persetujuan bersama antara orang Islam dan jugaorang Islam dan Yahudi. Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan penekanan oleh Nabi sepertitanggungjawab bersama untuk mempertahankan Madinah, Kebebasan beragama, al-Quran sebagai asas peraturan perlembagaan dankedudukan Nabi sebagai ketua negara. Pada dasarnya kesemua penduduk Madinah menerima perlembagaan ini secara terbuka.Memperkenalkan Dasar-dasar EkonomiNabi menggalakkan orang-orang Islam supaya bekerja keras terutamanya dalam bidang pertanian dan perniagaan. Nabimenggalakkan orang Islam menebus semula tanah mereka yang tergadai di tangan orang Yahudi. Mereka juga diminta berusahamengatasi masalah monopoli perdagangan yang dilakukan oleh peniaga Quraisy antara Yaman, Mekah dan Syam. Setalah semualangkah yang perlu dilaksanakan, maka kedudukan ekonomi orang Islam telah dipulihkan sehingga membimbangkan orang Yahudidan Quraisy Mekah sendiri.

Page 25: Tamadun Islam

Melaksanakan SyuraSistem Syura atau mesyuarat telah dilaksanakan oleh Nabi di semua peringkat. Ia bertujuan untuk menjamin keadilan danmengelakkan kezaliman. Sebarang masalah yang timbul sama ada dalam bidang ekonomi, politik dan sosial akan dibincang dandiselesaikan bersama. Setiap anggota masyarkat diberi peluang untuk memberi / mengemukakan pendapat selagi ia tidak bercanggahdengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh al-Quran.Membangunkan Masyarakat Islam yang BermoralPembentukan masyarakat Islam yang bermoral adalah penting kerana ia akan memberi contoh kepada masyarakat lain. Nabi berusahamembangunkan mereka dari segi fizikal dan spiritual. Dengan panduan wahyu, Nabi telah memperluaskan lagi kehidupan beragamadi Madinah dengan menekankan kepada konsep beribadat, bermuamalat, bermunakahat, jenayah dan kenegaraan. Hasilnya Nabiberjaya melahirkan ramai tokoh yang mempunyai ciri-ciri keperibadian yang tinggi.Menubuhkan Pasukan TenteraPasukan tentera adalah penting bagi sesebuah negara. Bagi Islam, ia adalah untuk mempertahankan kesucian serta kedaulatan agamadan negara. Nabi telah berjaya menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan mempunyai semangat jihad yang tinggi. Tentera Islamtelah memperoleh beberapa kejayaan termasuklah dalam Perang Badar, Khandak, Mu'tah dan sebagainya.Dakwah dan DiplomatikUsaha-usaha dakwah juga dipergiatkan. Ia tidak lagi tertumpu di Madinah. Beberapa utusan telah dihantar untuk menjalin hubungandiplomatik di samping berdakwah. Antaranya termasuklah menghantar utusan ke Habsyah, Yamamah, Mesir dan lain-lain. Ada diantara utusan tersebut diterima baik dan ada juga yang ditolak.RumusanNabi Muhammad terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah setelah baginda berhijrah ke Madinah, sama ada masalah yang dihadapioleh umat Islam sendiri mahupun masalah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Baginda telah membuktikan ketokohannyasebagai seorang negarawan ulung yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Tanah Arab. Bangsa-bangsa Arab telah berjayadisatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditegakkan.74GERAKAN AL-RIDDAHPengenalanGerakan al-Riddah ialah gerakan ahli kerajaan Islam atau gerakan mengingkari Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad,perjalanan sejarah Semenanjung Arab seolah-olah kembali surut ke belakang. Masyarakat Islam menghadapi krisis yang hebat yanghampir-hampir mengalami kehancuran. Terdapat golongan yang mengaku menjadi Nabi, keluar terus daripada Islam (murtad) dantidak mahu membayar zakat yang merupakan satu daripada rukun asas Islam. Gejala ini muncul di Mekah, Madinah dan Taif.Menurut Profesor Philip K. Hitti, hanya 1/2 daripada penduduk Tanah Arab yang benar-benar beriman dengan agama Islam danmengakui kekuasaan Nabi Muhammad.Golongan al-RiddahNabi Palsua. Tulaihah al-Khuwailid daripada Bani Asad di Najed atau Tengah Arab. Di antara ajarannya ialah menghapuskan amalan sujud

Page 26: Tamadun Islam

dalam sembahyang. Beliau juga menghapuskan amalan zakat. Beliau pernah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar untukmenuntut supaya diakui kenabiannya tetapi gagal.b. Al-Aswad al-Ansi dari Yaman yang gemar memakai purdah. Nama sebenarnya ialah Ailat Bin Ka'ab Bin Auff al-Ansi.Ajarannya ialah membebaskan setiap pengikutnya dari amalan sembahyang dan zakat dan menghalalkan perzinaan.c. Sajjah Binti al-Harith Bin Suwaid Bin Aqfan daripada Bani Tamim di Yamamah.d. Musailamah al-Khazzab dari Bani Hanifah di Yamamah. Beliau telah bergabung dengan Sajjah al-Harith.Golongan MurtadGolongan yang terus keluar dari Islam banyak terdapat di Bahrain seperti Bani Bakar dan Bani Abdul Qais, di Oman dipeloroti olehLaqit Bin MAlik Azadi, di Mahrah terdapat dua golongan iaitu yang menyokong syakrit dan yang mengyokong al-Musabbah, diYaman Selatan oleh Bani Kindah dan sebagainya.Enggan Membayar ZakatGolongan ini timbul di Yaman, Yamamah dan Oman. Ia dipelopori oleh Malek Bin Nuwairah. Beliau menyatakan sokongannyaterhadap Sajjah Harith.Sebab Berlakunya Gerakan al-Riddah1. Islam hanya mula tersebar luas selepas peristiwa Sulhul Hudaibiyah (6 H) dan penaklukan Kota Mekah (8 H). Selepas NabiMuhammad wafat, kefahaman agama Islam belumlah begitu meresap dengan mendalam di kalangan orang Arab yang jauh dariHijaz. Keadaan kefahaman tersebut semakin cetek di kalangan kabilah Badwi yang tinggal di pedalaman dan hidup dalamkeadaan berpindah-randah.2. Ramai juga di antara mereka yang memeluk Islam tanpa keimanan yang kukuh. Mereka mengaku memeluk Islam tetapi tidakmempelajari segala tuntutan dan larangannya. Kebanyakan mereka memeluk Islam kerana ingin menghindari dan mendapathak istimewa daripada tentera dan pemerintahan Islam. Mereka juga memeluk agama Islam kerana inginkan harta rampasanperang, sanjungan dan kedudukan apabila mencapai kejayaan bersama-sama tentera Islam.3. Golongan yang lemah imannya itu sentiasa memperlihatkan ketidakpuasan mereka terhadap peraturan-peraturan Islam. Merekamenganggap Islam satu agama yang mengongkong mereka dari keseronokan kehidupan jahiliah yang menjadi amalan merekasebelum ini. Kewafatan Nabi Muhammad merupakan peluang yang paling baik bagi mereka untuk keluar dari Islam.4. Penentangan ini juga timbul kerana mereka masih kekal dengan sifat kesukuan dan berkabilahan yang tebal. Semangatassabiyah terhadap suku masing-masing belum terkikis. Terdapat golongan yang mahu mempunyai Nabi dari kaumnya sendiridan tidak mahu mengikut Nabi dari golongan Quraisy. Hal inilah kesan daripada sifat assabiyah membutatuli mereka.5. Gerakan golongan Nasrani dan Yahudi yang memainkan peranan yang penting dalam menimbulkan gerakan al-Riddah.Mereka sentiasa menjalankan propaganda dan dakyah untuk menyesat dan menyelewengkan umat Islam dari landasan yangsebenarnya.6. Golongan Nabi palsu pula muncul kerana mengkagumi kejayaan yang dicapai oleh Nabi Muhammad. Di antaranya yangdikagumi ialah menguasai masyarakat Arab, mempunyai pengikut yang ramai dan sanggup berjuang bermati-matian untuknyadan sebagainya. Mereka juga mengkagumi kejayaan Nabi Muhammad yang telah menyatupadukan penduduk Arab di bawah

Page 27: Tamadun Islam

satu kesatuan ummah Islamiyah. Oleh hal yang demikian, mereka inginkan kedudukan seperti yang dicapai oleh NabiMuhammad. Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka mengakui diri mereka sebagai "Nabi" dan mengumpulkan pengikutnya.Langkah untuk Mengatasi Gerakan al-RiddahMenghantar UtusanKhalifah Abu Bakar telah menghantar utusan kepada kabilah-kabilah berkenaan untuk menyeru mereka supaya kembali ke pangkuanajaran Islam. Walau bagaimanapun, hanya Bani Abdul Qais di Bahrain sahaja yang berjaya dipujuk.Memerangi MerekaBagi golongan yang degil, Khalifah Abu Bakar telah memerangi mereka. Sebanyak 11 buah pasukan tentera baru dibentuk. Ketuaketuapasukan ini terdiri daripada Khalid al-Walid, Akramah Bin Abu Jahal, Amru Bin al-Ass dan sebagainya. Pasukan ini telahdikerah untuk menentang golongan Nabi palsu, murtad dan enggan membayar zakat. Antaranya Kahlid al-Walid memerangi Tulaihahal-Khuwailid dan Malek Bin Nuwairah, Amru Bin al-Ass ke negeri Qudhaah, Akramah Bin Abu Jahal memerangi Musailamah al75Khazzab dan sebagainya. Setiap pasukan ini dipesan untuk memberi utusan dahulu kepada golongan al-Riddah. Sekiranya merekamasih enggan kembali ke pangkal, barulah diperangi secara habis-habisan.KesimpulanPembanterasan gerakan al-Riddah merupakan titik tolak dalam usaha meneruskan syiar Islam supaya satu kesinambungan sejarahyang dibentuk oleh Nabi Muhammad akan berkekalan. Dengan pasukan tentera Islam yang dipimpin oleh panglima Islam yang gagahitu, gerakan al-Riddah dapat disekat. Islam telah menjadi agama yang unggul di Semenanjung Tanah Arab.MASYARAKAT ISLAM DI IRAQPengenalanPada zaman Khulafa al-Rasyidin, berlakunya beberapa peristiwa pembukaan wilayah di Utara Semenanjung Arab secara meluasseperti di Iraq, Syam dan Mesir. Mereka yang terlibat dalam pembukaan wilayah tersebut digelar ahl-al-ayyam. Kebanyakan merekaterdiri daripada suku kecil dan suku Syaiban adalah yang majoriti. Semasa Khalifah Umar al-Khattab, bilangan ahl al-ayyamdikatakan sebanyak 12,000 orang.Golongan di IraqTerdapat 3 golongan utama.1. Mereka yang pernah murtad dan menentang Kerajaan Madinah2. Muhajirin dan Ansar3. Golongan ahl al-ayyam (peneroka)Golongan PertamaDikecualikan daripada menjawat jawatan penting oleh Khalifah Umar al-Khattab.Golongan KeduaBilangannya tidak ramai.Kebanyakannya balik ke Hijaz, Mekah, Madinah dan Taif selepas selesainya pembukaan Iraq.Golongan KetigaMenjadi penting setelah golongan di atas keluar.Digelar sebagai trustee.Mengelolakan tanah yang dikuasai oleh orang Islam di Iraq dan menganggap sebagai hak milik mereka yang tidak bolehditukar milik.Menikmati kekuasaan yang penuh terhadap tanah-tanah yang ditakluki di Iraq.Ada di antara mereka berkongsi tugas menerima cukai yang dikutip oleh pegawai dan ketua tempatan, dahaqin danmenukar mata wang kepada perbendaharaan negara.

Page 28: Tamadun Islam

Boleh juga menjadi penyelia kerja-kerja dan pemungut cukai kepada (jizyah).Pentadbiran Ketenteraan Islam di KufahProjek Perumahan dan Pentadbiran SosialTentera Islam telah disusun secara Sistem 'ashar (10 kelompok) kemudian ditukar menjadi asba' (7 kelompok) dan 'arafah(unit).Perubahan ini diperlukan kerana ramai ahl al-ayyam tidak beada di Kufah kerana sibuk dengan peperangan di perbatasandan menjalankan tugas di bahagian lain di Iraq.Selain itu, sistem 'ashar yang dibentuk itu juga bertujuan ketenteraan tetapi kini kempen ketenteraan berkurang, makasistem ini perlu diubah.Pentadbiran KewanganSemua pembayaran elaun atau gaji dibuat oleh pemegang amanah (ahl al-ayyam), kelompok 7 dan pemimpin kumpulan,kemudian dipindah kepada ketua-ketua unit ('urafa), naqib-naqib dan umana'.Setiap 'arafah mengagihkan 100,000 dirham kepada anggotanya: -a. Unit ahl al-ayyam20 lelaki - 3,000 seorang20 perempuan - 340 seorang340 kanak-kanak - 100 seorangb. Unit ahl al-Qadisiyah43 lelaki - 2,000 seorang45 perempuan - 200 seorang500 kanak-kanak - 100 seorangc. Unit ahl al-rawadif (pendatang baru)60 lelaki - 1,500 seorang60 perempuan - 100 seorang40 kanak-kanak - 100 seorang76Bagi pewira yang layak menerima elaun, jumlahnya adalah seperti berikut: -a. Muhajirin / Ansar - 3,000-5,000 dirham setahunb. Ahl al-ayyam - 3,000 setahunc. Orang yang menyertai perang Yarmuk dan Qadisiyah, pernah murtad dan bukan murtad - 2,000 setahund. Rawadif - 1,500-2,000 setahunPembukaan Kota BasrahPenubuhan Kota Basrah yang sebenar bermula pada 17 H / 638 M.Tujuan: untuk mengurangkan tekanan penghijrahan yang tidak berhenti-henti di Iraq.Komposisi anggota tentera Islam di Basrah pada mulanya terdiri daripada suku-suku yang berasal dari kawasan TimurSemenanjung Tanah Arab seperti Tamim, Bakar dan sebagainya.Mereka merupakan pendatang baru, tidak memainkan peranan utama dalam perang al-Riddah dan penaklukan awal negeriIraq.Dikatakan pendatang di kawasan ini lebih kurang 300 orang (pada perawalan).Pentadbiran Ketenteraan Islam di BasrahPentadbiran SosialPada awalnya masyarakat di susun secara sistem genealogi (salasilah).Kemudian digantikan dengan sistem 'arafah (unit) disebabkan ketibaan pendatang baru yang tidak berhenti-hentimenyebabkan kelompok suku Basrah berbeza-beza dari segi saiz.Pentadbiran KewanganDalam pengagihan elaun di bawah sistem 'arafah, hanya pemimpin yang diiktiraf sahaja layak menerima elaun.Jumlah yang diterima ialah 2,500 dirham, sementara yang lain ialah 250-300 dirham.Bagi pendatang baru, elaunnya rendah.Pendatang baru tidak puas hati - menimbulkan kekacauan.

Page 29: Tamadun Islam

Khalifah Umar menaikkan alaun kepada 2,000 dirham untuk menyelesaikan kekacauan dengan alasan mereka beranidalam Perang Nihavan.Kemunculan Golongan Baru di IraqGolongan al-QurraPada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, sebilangan ahl al-ayyam memberontak kerana pengambilan kuasa pentadbiranwilayah Iraq oleh kaum Quraisy dan penyokong Uthman.Mereka disingkir dari Kufah dan digelar al-Qurra.Istilah ini merujuk kepada kata dasar qaf ra ya yang bermaksud orang kampung.Golongan KhawarijKaum al-Qurra di Iraq memberi sokongan kepada Khalifah Ali ketika menentang Aisyah, Talhah dan al-Zubayr dalamPerang Jamal dan menentang Muawiyah dalam Perang Siffin.Selepasnya kaum al-Qurra berpaling tadah dengan Khalifah Ali dan keluar dari barisan tentera Khalifah Ali dan digelarKhawarij.Khawarij berasal dari kata dasar kharaja bererti keluar.Mawali atau Orang AjamOrang bukan Arab.Terdiri dari kaum Parsi.Bilangannya tidak ramai kalau dibandingkan dengan zaman Bani Umayyah.MASYARAKAT ISLAM DI SYAMPengenalanSyam merupakan sebuah wilayah di Utara Semenanjung Tanah Arab yang penting merangkumi Palestine, Jordan dan Syria. Iadiduduki oleh bangsa Arab dan bukan Arab. Pengaruh Kristian juga kuat. Sebelum Islam, ia terletak di bawah Kerajaan Rom(Byzantine). Sejak dahulu lagi, orang Arab Badwi telah membuka beberapa petempatan dan kerajaan seperti Hims, Petra dan Palmyradi kawasan Syam. Kaum Arab di Syam terdiri daripada suku Kalb, suku Lakham dan suku Jurham. Selain itu, terdapat juga bangsaasing seperti Syrian, Yahudi dan Rom.Masyarakat Selepas Kedatangan IslamKebanyakan mereka mula memeluk IslamMerupakan peyokong Khalifah Uthman dan Muawiyah yang selepasnya menjadi Gabenor Syam.Di Jazirah (Mesopotamia) terdapat masalah - perbalahan antara kaum Qays dan Rabi'ah sejak zaman Khalifah Uthman.Kaum Qais - pendatang lamaKaum Rabi'ah - pendatang baruMuawiyah menyelesaikan masalah ini secara muafakatTetapi selepas Muawiyah meninggal dunia - masalah perbalahan berlaku lagi77MASYARAKAT ISLAM DI MESIRPengenalanMesir adalah sebuah negeri tua yang diperintah oleh 30 buah Dinasti Firaun. Setelah itu diperintah oleh Iskandar Zulkarnain, setelahitu Ptolemys, Rom dan Islam.Zaman Sebelum IslamMajoriti terdiri daripada kaum Qibti beragama KristianAgama Kristian menjadi agama rasmi di Mesir pada 381 MSebelum itu, penduduk Mesir menganut agama BuddhaAgama Kristian terbahagi 2: Katolik dan ProtestantDua mazhab ini saling bergaduh sehingga akhirnya Rom mengambilalih Mesir (30 SM)Cukai tinggi - penduduk marah - membuka jalan kepada penguasaan IslamZaman Selepas Islam

Page 30: Tamadun Islam

Bermula pada zaman Khalifah Umar al-KhattabSejak itu, ramai bangsa Arab berhijrah ke situAkhirnya, bangsa Arab menjadi majoriti dan bahasa Arab menjadi bahasa rasmiMASYARAKAT ISLAM ZAMAN BANI UMAYYAHPengenalanKerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Sufian pada tahun 661 M. Beliau daripada keturunan Bani Umayyah,bekas Gabenor Syam dan seorang pemimpin yang pintar dan mempunyai fikiran yang tajam. Penubuhan Kerajaan Bani Umayyahmenyebabkan sistem pemerintahan demokrasi dan pemilihan Khalifah Islam berdasarkan Sistem Syura lenyap dan mewujudkansistem pemerintahan monarki dan pemilihan Khalifah Umayyah berdasarkan sistem warisan. Kerajaan Bani Umayyah dibahagikankepada 3 tahap iaitu tahap kelahiran (661-705 M), zaman kemajuan dan pembangunan (705-724 M) dan zaman kehancuran (724-750M). Pada zaman ini, masyarakat Islam terbahagi kepada golongan pemerintah, kaum Mawali, golongan Zimmi dan golongan hamba.Golongan PemerintahGolongan pemerintah diterajui oleh keluarga dari Bani Umayyah. Nama ini diambil sempena nama ketua keluarga Umayyah Bin AbdSyams Bin Abdul Manaf Bin Qusay Bin Kilab dari keturunan Quraisy.Kerajaan ini diperintah oleh dua keluarga besar iaitu keluarga Abu Sufian (23 tahun) dan keluarga Marwan (68 tahun). Terdapat 3orang Khalifah dari keluarga Abu Sufian iaitu Muawiyah Bin Abu Sufian (661-680), Yazid Bin Muawiyah (680-683) dan MuawiyahBin Yazid (683). Bagi keluarga Marwan, terdapat 11 orang Khalifah dimana kumpulan pertama dimulakan oleh Marwan I Bin al-Hakam (684-685) dan diakhiri oleh Hisham Bin Abdul Malik (724-743). Khalifah bagi kumpulan kedua ialah al-Walid II bin Yazid,Yazid III Bin al-Walid, Ibrahim Bin al-Walid dan Marwan Bin Muhammad.Semasa keluarga Abu Sufian, masyarakat Islam aman dan stabil. Ketika keluarga Marwan mengambilalih pemerintahan, negara Islamtidak stabil dan kucar-kacir. Keadaan ini diselamatkan oleh Abdul Malik Bin Marwan. Dengan itu, Kerajaan Bani Umayyah mulaimengalami zaman kegemilangan. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah menegakkan semula sebuah komuniti Islam yang teguh tetapipenggantinya tidak berhati-hati, cuai dengan tanggungjawab menyebabkan usaha Umar disia-siakan.Sebahagian besar corak kehidupan Khalifah Kerajaan Bani Umayyah terikut dengan corak pemerintahan Kerajaan Byzantine dengandikelilingi kemewahan dan hiburan. Perpecahan masyarakat ketara. Antara gerakan penentangan yang terkenal ialah gerakanAzariqah dan Najdiyah.Golongan MawaliTerdapat dua pandangan.Pandangan pertama - negatif. Ia disokong oleh J. Wellhausen, Goldziher dan Belyaev. Mereka berpendapat bahawa Mawali tidakmempunyai tempat dalam pemerintahan dan pentadbiran. Ia disebabkan pemerintahan Bani Umayyah berlandaskan semngatAsabiyah keturunan Arab. Oleh itu, orang Arab diberi keutamaan dalam semua perkara manakala kaum Mawali tidak dapatmemegang jawatan penting dan tidka bebas bergerak. Dari segi ekonomi, mereka merupakan golongan berpendapatan rendah dantidak menerima ganjaran atau sara hidup yang tetap dalam perkhidmatan ketenteraan. Dari segi sosial, golongan Mawali tidak bolehberkahwin dengan perempuan Arab. Pernah dikatakan bahawa golongan Mawali ini diperintah untuk balik ke Kufah bagi

Page 31: Tamadun Islam

mengusahakan pertanian. Tangan dan kaki mereka dicop dengan nama kampung supaya dapat dikesan. Dari segi Agama, kaumMawali tidka boleh solat bersama-sama kaum Arab sehinggalah beberapa buah masjid dibina khusus untuk Mawali. Merekadikehendaki membayar jizyah (cukai perlindungan) walaupun beragama Islam.Pandangan kedua menghala ke positif. Dari segi pemerintahan dan pentadbiran, mereka dikatakan memainkan peranan penting.Mereka telah menjadi pegawai Jabatan Kewangan (Diwan al-Kharaj). Sebagai contoh, Maymun Bin Mihran menjadi PengarahJabatan Cukai di Jazirah oleh Umar dan Ubaidullah Bin Barray menjadi Pengarah Jabatan Cukai di Iraq oleh Muawiyah. Selain itu,mereka juga menjadi pegawai Jabatan Urusetia (Diwan al-Khattam) yang bertanggungjawab mengecap surat rasmi kerajaan. Kerja inimerupakan kerja yang sulit dan rahsia dan memerlukan orang ikhlas dan jujur serta amanah. Sebagai contoh, Junah (oleh KhalifahAbdul Malik), Syu'aib al-Sabi (oleh Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik), Amir Binal-Harith dan Qatan (oleh Khalifah Yazid Bin al-Walid). Mereka juga pernah menjadi pegawai Jabatan Perhubungan Awam (Diwan al-Rasa'il) seperti al-Laith Abi Ruqayyah,Rusydayn dan Salim. Mereka juga berkhidmat sebagai pengawal dan penjaga istana. Tuganya ialah menjaga keselamatan istana dan78dibayar gaji setimpal dengan kerja yang dilakukan. Contohnya Abu Mukhriq dan Khalid Bin Dayyan. Rabah, Khalid, Safwan danJubayr pula menjadi Hajib yang bertugas menyoal siasat pengunjung istana sebelum masuk bertemu dengan Khalifah. Di Afrika Utaradan Maghribi, Abu al-Muhajir Dinar dan Yazid Bin Abu Muslim menjadi Gabenor wilayah. Dari segi ekonomi, mereka hidup kayaraya seperti Fairuz Husayn. Hal ini membuktikan bahawa bukan semua kaum Mawali hidup dalam kemiskinan. Dari segi ketenteraan,ia dimonopoli oleh orang Arab dan tiada jawatan yang diberi kepada kaum Mawali. Angkatan tenteranya diketuai oleh orang ArabSyria sama ada keturunan Yaman atau Qais. Bani tentera pembantu, ia terdiri daripada kaum Arab dan Mawali. Tentera Arab didaftardan dibayar gaji manakala tentera Mawali berkhidmat sebagai tentera infanteri, tidak didaftar dan dibayar gaji.Gerakan Penentangan Bani UmayyahGerakan AzariqahGerakan ini dipimpin oleh Azraq Bin Nafi. Is muncul di Basrah pada 683 M berikutan dengan penyingkiran Ubaidullah Bin Ziyad dankematian Khalifah Yazid I. Kemudiannya, gerakan ini berpindah ke Ahwaz dan Kirman dan berjaya memberi tentangan hebat kepadaIbn al-Zubayr. Jumlah tenteranya ialah 20,000 orang. Mereka berjaya menguasai Ahwaz, Fars, Kirman, Isfahan dan Tabaristan.Pemimpin yang lain bagi gerakan ini ialah Qatari Bin Fuja'ah. Doktrin kaum Azariqah ialah (1) orang yang berzina, derhaka kepadaibu bapa, membunuh dianggap kafir dan kekal dalam neraka; (2) menghukum kafir ke atas orang yang tidak menyertai Azariqah; dan(3) mengharuskan rampasan harta benda orang yang mengingkari mereka.NajaiyahGerakan ini diasaskan oleh Najdah Bin Amir al-Hanafi. Ia muncul serentak dengan Gerakan Azariqah. Dari segi matlamatnya, iasama dengan Azariqah iaitu menjatuhkan Bani Umayyah dan kuasa Ibn al-Zubayr. Pada permulaannya, gerakan ini bekerjasamadengan Azariqah tetapi disebabkan perbezaan ideologi, akhirnya berpecah. Perbezaan ini berlaku dimana Azariqah mengamalkan

Page 32: Tamadun Islam

konsep isti'rad (menghalalkan darah sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka) dan Najdiyah menganggap ia terlampau.Golongan Najdiyah berpendapat bahawa mereka yang tidak sokong hanya boleh dikenakan kafir apabila mereka menentang. Najdiyahmenubuhkan komuniti sendiri, mengamalkan al-Quran mengikut tafsiran mereka. Mereka tidak mewajibkan adanya Khalifah tetapiperlu mematuhi al-Quran. Mereka terdiri daripada kaum Badwi dan lebih bergiat dalam politik dan ketenteraan berbanding denganteologi.Penentangan Kaum Syi'ahPenentangan bermula sejak zaman Muawiyah Bin Abu Sufian. Pembunuhan Husayn di Karbala menaikkan semangat mereka untukmenentang Muawiyah. Berikutan peristiwa karbala, wujud golongan al-Tawwabun pimpinan Sulayman Bin Surad al-Khuza'i(pengikut Khalifah Ali yang setia). Golongan ini berasa berdosa dan bertaubat kerana tidak mempertahankan Husayn dan bagimenebus dosa, mereka mesti berjuang dan berkorban bagi menentang Bani Umayyah. Perjuangan Syi'ah disambung baik olehMukhtar. Perjuangan al-Mukhtar berbeza dengan kaum Syi'ah kerana (a) orang pertama memperjuangkan hak dan kedudukanMuhamamd al-Hanafiyah. Sebelum itu, kaum Syi'ah memperjuangkan hak dan kedudukan Husayn; (b) orang pertama menonjolkanjawatan Wazir yang tidak pernah dilakukan oleh Syi'ah; (c) tindakannya tidak direstui oleh Muhammad al-Hanafiyah; dan (d) cubamemihak kaum Mawali menyebabkan kaum Syi'ah kecewa. Kaum Mawali menyokong al-Mukhtar kerana perasaan tidak puas hatiterhadap pemerintahan Bani Umayyah yang bersifat perkauman Arab. Al-Mukhtar telah mengambil kesempatan ini untukmemperkukuhkan kedudukannya.MASYARAKAT ISLAM ZAMAN ABBASIYAHPengenalanKerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. Pusat pemerintahannya di Kota Baghdad. Khalifah pertama Kerajaan Abbasiyahialah al-Abbas al-Saffah. Kerajaan ini mengamalkan sistem berdasarkan sistem warisan. Kerajaan ini diperintah oleh 37 orangKhalifah dari tahun 750-1258 M. Kerajaan mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknyaal-Makmum.Ciri-ciri Masyarakat AbbasiyahSemangat Fanatik Orang Arab Makin LunturSebab: tampuk pemerintahan dipengaruhi oleh bangsa asing.Ramai Khalifah beristeri berketurunan Parsi dan Turki.Begitu juga bagi orang Arab yang lain - beristeri bangsa asing melalui sistem poligami, gundik atau hamba abdi.Kedudukan Kaum WanitaDikawal ketat pada awalnya.Zaman berikutnya - mulai terlibat dalam urusan pentadbiran, contoh isteri Khalifah al-Mahdi, al-Khayzurum dan isteriHarun al-Rasyid, Zubaidah.Adanya yang menyertai peperangan, mengetuai golongan penyair, terlibat dalam bidang intelektual dan kesenian.Zaman akhir - kedudukan jatuh ke paras yang rendah - sebab: merebaknya sistem gundik yang berlebihan serta kealpaanyang mengikut hawa nafsu dan hidup yang lebih materialistik.Sistem PerhambaanSemakin meluas.Kebanyakan digunakan oleh Khalifah, Wazir dan pembesar bukan Islam.Diperolehi melalui paksaan atau tawaran perang atau dibeli.

Page 33: Tamadun Islam

Kebanyakan keturunan Negro, Turki, Yunani, Slav, Armania dan Barbar.79Hamba perempuan yang masih perawan dijadikan penyanyi, penari atau gundik.Golongan Masyarakat2 golongan utama: (a) golongan atasan - bangsawan, pembesar, panglima, sasterawan, sarjana, pelukis, saudagar, pemahatdan golongan pemahat yang lain; (b) golongan bawahan - petani, pengembala, penduduk Zimmi.Orang Kristin diberi layanan baik - ada yang dilantik menjadi Wazir dan pegawai tinggi - dibenarkan menghantarpengembang agama ke China dan India.SukanBerkembang pesat.Permainan catur diperkenalkan semasa Khalifah Harun al-Rasyid.Permainan lain: memanah, memburu, berlumba kuda, polo, melontar lembing.MASYARAKAT ISLAM DI CHINAPengenalanAgama Islam disebarkan ke negeri China sejak abad ke-7 M. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan darat dan jalanlaut. Sambutan masyarakat China terhadap agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadapagama bangsa lain.Cara Kemasukan Islam ke ChinaVersi PertamaDibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib).Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo.Versi KeduaSemasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orangMuhajirin menghadap Maharaja Yung Wei.Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san.Versi KetigaPimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd.630 M, beliau tiba di Canton.Menjalankan aktiviti dakwah di Chuan Chow, Chong Chow dan Canton.Sebuah masjid dibina di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se.Hubungan Awal Arab-ChinaPada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Maharaja Kao Tsung membantu Firuz Bin Yezdegird III (Raja Parsi)melancarkan serangan balas terhadap tentera Islam di Khurasan - tetapi gagal.Khalifah Uthman mengirim perwakilan - menyebutkan bantahan - Lalu, hubungan diplomatik diadakan.Semasa Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam mara ke sebelah Barat negeri China, memasuki Sinkiang danKansu.Utusan dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung - diterima - aktiviti dakwah disebarkan secara meluas di China.Perkembangan Islam di ChinaPeringkat AwalTerdiri daripada pendatang Arab dan Parsi.Berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan.Petempatan orang Arab: Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton).Dinasti Tang (618 - 905 M)Mengikut catatan, sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam.878 M, terdapat 120,000 orang asing - kebanyakan orang asing (Arab) beragama Islam.Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China.Dinasti Sung (960 - 1279 M)Aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas.Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan perdagangan secara bebas - manarik

Page 34: Tamadun Islam

ramai pedagang Islam.Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China.Dinasti Yuan (1127 - 1368 M)Para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahlisains dan sebagainya.Semasa Kublai Khan - 12 orang panglima beragama Islam.80Abdul Rahman - pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikanurusan kewangan negara.Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan (digantikan oleh anaknyaNasruddin kemudiannya).Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam. Alauddin menjadi Wakil Panglima dan Ismailmenjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam.Jamaludin - tokoh sains dan astronomi Islam. Telah mencipta Wan-nien-li.Mengikut Ibn Battutah - setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di Canton, jumlah orang Islam besar, terdiridaripada Arab, India, Parsi - disini terdapat Kadi dan Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di pinggirCanton dan Chang-an. Ulama besar: Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti.Dinasti Ming (1368 - 1644 M)Merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam.Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism.Maharaja pertama - Chu Yuan Chang - Maharaja Huang Chu.Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah masjidjamik di Nanking.Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat padadinding masjid yang dibinanya.Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao.Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini - Bukti: Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid.Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana Cheng Ho dan sebagainya.Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan orang Islam Yunnan - merekadipanggil Han Hui.Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan.Dinasti Ching (1644 - 1911 M)Kerajaan ini memusuhi orang Islam, khususnya yang berketurunan bukan China.Justeru itu, banyak pemberontakan berlaku seperti di Sin Kiang, Kan Su, Yunnan dan Shensi menyebabkan 11 juta orangIslam terkorban.MASYARAKAT ISLAM DI INDIAPengenalanDi kalangan masyarakat Arab, India dikenali sebagai Sind atau Hind. Sebelum kedatangan Islam, India telah pun mempunyaihubungan perdagangan dengan masyarakat Arab. Apabila Islam hadir, hubungan perdagangan antara India dan Arab masihditeruskan. Kawasan-kawasan pantai termasuk Lautan Hindi telah menjadi sasaran para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.Perkembangan Awal Agama Islam di IndiaIslam mula tiba di India pada kurun ke-7 M.

Page 35: Tamadun Islam

636-637 M, tentera Islam cuba menawan Thana - gagal.634 M, tentera Islam menyerang India - dipimpin oleh Abdullah Bin Amir - berjaya menawan sebahagian besar LembahHind.Zaman Muawiyah Bin Abu Sufian - menawan Kabul dan Lahore.Zaman Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik - menembusi benteng pertahanan India.712 M, Muhammad Bin al-Qasim menawan Daibul dan meruntuhkan beberapa buah kuil Hindu dan Buddha danmendirikan sebuah masjid.Kemudian, beliau dilantik menjadi Gabenor wilayah Multan.Ramai orang menyambut ketibaan tentera Islam seperti puak Jat dan Med.Beliau (a) membebaskan orang yang tidak menentang atau tidak terlibat dalam perang; (b) menjamin keselamatan hartabenda dan nyawa penduduk; (c) mengenakan jizyah terhadap bukan Islam; dan (d) menjamin tidak meruntuhkan kuil dan gerejakalau mematuhi pemerintahan Islam.Ramai rakyat dari golongan Brahmin telah dilantik untuk menjawat jawatan tinggi.Perkembangan Islam terbantut apabila Muhammad Bin al-Qasim diperintah pulang oleh Khalifah Bani Umayyah.Kerajaan GhaznawiZaman Mahmud Ghaznawi, Punjab menjadi daerah Islam.Penaklukan Punjab menamatkan ancaman lanun terhadap pedagang Islam, menamatkan ancaman raja Hindu terhadapKerajaan Bani Umayyah.Kalinjar, Lahoer, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer diserah semula kepada penduduk tempatan untuk meneruskanpemerintahan mereka.Masyarakat Hindu tidak tertindas, malah ada yang dilantik menjawat jawatan penting. Misalnya, Tilak seorang jeneralberagama Hindu dilantik sebagai pemerintah wilayah Punjab.Kerajaan GhoriMuhammad al-Ghori menakluk semula wilayah yang membebaskan diri semasa Kerajaan Ghaznawi.81Setiap wilayah ditinggalkan seorang wakil untuk memerintah mangikut lunas Islam.Pembesar Hindu tidak dibenarkan mengendalikan pentadbiran daerah.Setelah kemangkatan Muhammad al-Ghori - Kerajaan Ghori mulai berpecah-belah.Kesultanan DelhiTerdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti Tughluq, Dinasti Khalji, Dinasti Lodi, Dinasti Suri, Dinasti Syeid - Delhimenjadi pusat pemerintahan.Dinasti Mamluk diasaskan oleh Qutbuddin Aibek (bekas hamba Muhammad al-Ghori) - seorang yang tegas dan adil -seorang pemurah (sehingga digelar Laksh-Baksh).Dinasti Mamluk berakhir pada zaman Ghiyasuddin Balban - beliau berjaya membentuk dan membangunkan masyarakatbertamadun.Alauddin Khilji - pemerintah terkenal Dinasti Khilji.Baginda bercita-cita menakluki dunia seperti Iskandar Zulkarnain.Mengenai projek ini - baginda memerintah agar perkataan Iskandar kedua ditulis pada mata wang negara.Atas nasihat Allu Muluk, niatnya dihentikan - baginda dinasihati supaya memberi perhatian dalam pentadbiran negara,meneruskan usaha menewaskan raja Hindu yang belum tunduk kepada Delhi.Atas nasihat ini, baginda mula (a) mengharamkan penjualan minuman keras; (b) mengawal perkahwinan antara pembesar;(c) mengharamkan perhimpunan pembesar tanpa kebenaran Wazir; dan (d) memaksa memulangkan cukai yang dikutip kepadapenduduk terhadap Zamindar.

Page 36: Tamadun Islam

Pada zaman ini, kegiatan perdagangan dijalankan di kawasan Teluk Benggala sehingga Pergunungan Kabul dan dariTulingana ke Kashmir.Kerajaan MoghulAkbarPemerintah ke-3 Kerajaan Moghul.Seorang yang mengamalkan dasar liberal.Beliau (a) mengasingkan hal ehwal pentadbiran dengan agama; (b) menghapuskan perbezaan yang berasaskan agama danbangsa; (c) semua rakyat diberi hak sama rata sama ada menganut Islam atau tidak; dan (d) amalan perhambaan dihapuskan -mendapat sokongan politik daripada semua rakyat.Beliau menggalakkan perkahwinan politik di antara kerabatnya dengan kerabat diraja Hindu, misalnya baginda sendirimengahwini puteri Raja Rajputna - mereka masing-masing boleh mengamalkan agama asal setelah berkahwin.Semua rakyat dibenarkan untuk memegang jawatan kerajaan, misalnya Todal Mal menjadi panglima dan bendahari; ManSingh menjadi panglima juga dan gabenor.Baginda berusaha segera menghapuskan pemerontakan yang boleh mengapikan isu perkauman dan keagamaan.Bahasa Arab - bahasa agama.Bahasa Turki - untuk bangsawanBahasa Parsi - bahasa istana dan kesusasteraanBahasa lain seperti Urdu (gabungan Arab, Parsi dan Hindi) dipopularkan.Kolej dan sekolah ditubuhkan - kurikulum pendidikan digubal.Rakyat miskin diberi pendidikan percuma.Undang-undang digubal bagi membolehkan orang bukan Islam memasuki sekolah khas untuk orang Islam.Pendidikan wanita juga diberi perhatian.Undang-undang perkahwinan diperkenalkan (a) umur berkahwin - lelaki 16 keatas dan perempuan 14 keatas; (b)perkahwinan mesti dilangsungkan atas persetujuan kedua-dua mempelai; (c) mahar yang tinggi dilarang; dan (d) perkahwinanpoligami dilarang (berkahwin campur digalakkan dalam masyarakat majmuk).Baginda melarang adat sati, tidak menggalakkan para janda berkahwin lagi dan melarang berkhatan bagi kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.Dari segi agama, semua rakyat bebas beragama, agama bukan ukuran kedudukan.Baginda juga memperkenalkan agama baru - Din Illahi (1581 M).Din Illahi - gabungan Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster. Melakukan pemujaan Tuhan dari semua agama utama di India.Ciri-ciri: (a) sebutkan Allahu-akbar dan jalla jalaluh ketika bertemu dengan rakan; (b) jamuan mengingati arwah yang matisekali seumur hidup; (c) menahan diri memakan daging; (d) tidak menaiki kenderaan sesama tukang sembelih, nelayan ataupenangkap burung; (e) tidak boleh mengadakan hubungan jenis dengan wanita hamil, tua, mandul, gadis bawah umur; (f) tidakboleh berkelakuan mengikut hawa nafsu; dan (g) dilarang menyalahguna kuasa, tipu, mengumpat, berlaku zalim, memerasugut, bermegah diri.Usaha Akbar mempopularkan agama Din Illahi telah menjejaskan perkembangan Islam. Contoh: hari beribadat ditetapkanpada hari Ahab sahaja, jizyah terhadap orang bulan Islam turut dihapuskan.Akbar turut menghapuskan kira-kira 80 jenis cukai bagi meringankan golongan miskin, antaranya cukai pasar, cukaitanah dan sebagainya.Baginda telah memberi bantuan kepada mangsa kemarau.Bagi mengatasi pengemis, pusat orang miskin didirikan di Khaipura (Islam) dan Pharmapura (Hindu).Kalendar Islam turut dihapuskan.

Page 37: Tamadun Islam

82AurangzebBaginda cuba mengembalikan kedaulatan umat Islam.Dari segi sosial, banyak surau dan masjid dibina bagi menggalakkan solat berjemaah, orang Islam dibenarkan berkahwinsecara poligami, orang Islam dibenar menyembelih lembu dan orang bukan Islam dikenakan jizyah.Dari segi politik, orang bukan Islam dihadkan memegang jawatan penting.Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian digalakkan.MASYARAKAT ISAM DI EROPAHPengenalanMasyarakat Islam Sepanyol (Andalus) mewakili masyarakat Islam Eropah kerana di situlah terdapatnya Masyarakat Islam di benuaEropah. Terdapat pelbagai kaum di sini seperti Barbar, Arab, Muwalladun dan Mozarab. Selain masyarakat Islam Sepanyol,masyarakat Islam Sicily juga penting peranannya di benua Eropah.Kaum di Masyarakat Islam SepanyolBarbarKebanyakan beragama Islam dan bukan kaum berpindah-randahMajoritinya tinggal di desa bekerja sebagai buruh dan petaniHanya sedikit yang tinggal di bandar bekerja sebagai tukang tanganNenek moyang mereka merupakan pejuang Islam yang membuka negeri SepanyolMereka datang ke Sepanyol kerana mencari penghidupan baruMereka bergabung dengan orang Arab bagi menghadapi penentangan orang KristianArabBilangannya kecil tetapi berpengaruh kerana merupakan golongan pemerintahPengaruhnya tersebar dalam bidang politik, kebudayaan dan peradabanMemiliki ladang-ladang besar dengan hasil yang lumayanPada mulanya, kaum Mawali bertuankan ArabSelepas itu, puak Mawali telah berasimilasi dengan orang Arab dan bersemangat ArabMuwalladunKaum Muslimin dari keturunan bangsa SepanyolLebih ramai daripada kaum ArabDengan perkahwinan dengan kaum Arab, permisahan antara mereka lama makin lenyap sehingga ada yang mengakuketurunan ArabFaktor mendorong bangsa Sepanyol memeluk Islam ialah perasaan bangga terhadap agama baru yang dianutiMozarabOrang Kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan IslamTinggal di luar bandar dan bandarBertutur mengikut loghat RomBagi yang terpelajar: boleh menulis dan bertutur Bahasa Arab dengan baikAda di antara mereka sangat terpesona dengan kebudayaan Islam manakala ada yang begitu fanatik terhadap bangsa danagama merekaBagi golongan yang bergitu fanatik terhadap bangsanya, mereka menyokong gerakan yang dilancarkan oleh Ibn Hafsunyang dikatakan beragama Islam dan cuba memperjuangkan kepentingan bangsa Sepanyol. Ada juga yang berhijrah ke negeriKristian di Utara Sepanyol.Yahudi dan HambaPuak Yahudi tidak ramai - mempunyai sumbangan dalam bidang intelektualHamba terdiri daripada dua iaitu puak Negro dan puak Saqalibah (Slav) termasuk puak Frank dan Utara SepanyolPuak Saqalibah sangat berpengaruh dan bilangannya ramai - berkhidmat di istana dan menjadi tentera upahan - menjadberpengaruh dalam politik selepas memeluk Islam

Page 38: Tamadun Islam

Perkembangan Masyarakat Islam di SepanyolPemerintahan Muluk al-Tawa'if (raja-raja puak) terbahagi kepada 3 puak besar - Barbar, Saqalibah dan lain-lain (bangsaArab dan Sepanyol)Setiap puak mementingkan kepentingan sendiri sahajaMereka mengamalkan dasar agresif yang mengorbankan jiran tetanggaMatlamat mereka: mencapai kemenangan walaupun dibantu oleh puak KristianPerpecahan ini memberi peluang kepada orang Kristian di Utara untuk mengukuhkan kedudukan merekaKini, Kerajaan Muluk al-Tawa'if yang membayar ufti kepada orang KristianSemasa Alfonso IV, baginda menerima ufti dari pemimpin Muluk al-Tawa'if seperti Seville.1085 M, Toledo jatuh ke tangan Alfonso IV - kemudian menjadi tapak kuat tentera Kristian bagi melancarkan gerakanReconquista, penawanan semula Sepanyol oleh orang Kristian83Kaum di Masyarakat Islam SicilyArabGolongan elit - mereka menganggap golongan lain sebagai masyarakat kelas keduaBarbarKaum majoriti - berasal dari keturunan Barbar yang tinggal di Afrika UtaraSering diperalatkan oleh Kaum ArabKebanyakan menganut Mazhab MalikiPenduduk TempatanMenyamai golongan Muwalladun di SepanyolPerkembangan Masyarakat Islam di SicilySemasa zaman Fatimiyah, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val di Mazara manakala orang Kristian tertumpu kekawasan Val DemoneSemasa zaman pemerintahan Bani Kalb, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val Demone yang majoriti penduduknyaberagama KristianPihak pemerintah Bani Kalb cuba menyebarkan agama Islam di Val Demone tetapi kurang berjayaPenduduk Islam pada zaman Bani Kalb semakin bertambah dengan penghijrahan penduduk Islam dari Afrika UtaraSebab penghijrhan: kedudukan ekonomi, wabak penyakit pada tahun 1004-1005 M yang merebak di Tunisia (Ifriqiya)Pada zaman Bani Kalb, pengaruh Mazhab Sunni lebih menonjol - banyak kitab teologi mazhab Sunni dihasilkanBagi pemerintah Bani Kalb, mereka dikatakan menganut Mazhab Syi'ahMASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARAPengenalanSebelum kedatangan Islam di Nusantara, masyarakat di sini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kepercayaan mereka diselaputioleh unsur-unsur Hindu-Buddha. Selepas kedatangan agama Islam, masyarakat di sini masih tidak dapat meninggalkan amalan awalmereka. Walaupun mereka telah menganuti agama Islam, tetapi masih terdapat amalan seharian mereka yang membawa unsur Hindu-Buddha.Masyarakat Islam di MelakaTerdiri daripada penduduk pribumi, Cina, India, Parsi dan sebagainya.Orang Melayu menjadi teras pembentukan Kerajaan Melaka - memainkan peranan penting dalam politik, ekonomi dansosial.Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan tetapi Bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa lingua franca.Pengelasan MasyarakatAkibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan.Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang sedia ada.

Page 39: Tamadun Islam

Kelas pemerintah: (1) Raja - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai gelaran Sultan atau YangDipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat - bergantung kepada kekuatan rohaniyahdan jasmaniyah; (2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'.Kelas diperintah: Rakyat dan hamba.Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang.HukumanSetiap golongn itu adalah berbeza.Jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka.Undang-undang untuk hamba berbeza dengan undang-undang untuk golongan merdeka.Demografi PendudukRaja dan kerabatnya - di atas bukit - kawasan yang strategik dari segi keselamatan dan pertahanan.Pembesar - lereng bukit mengikut kumpulan.Rakyat - kaki bukit.Orang laut - tepi pantai atau sungai.Sistem MasyarakatBerasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang Temenggung.Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan status sosial, semakin luas bidang kuasa dan boleh juga terlepasdari hukuman.Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana. Sebagai contoh, dalam istana menjunjung duli, menteri dan pembesardidahulukan, kemudian bentara, sida-sida dan seterusnya. Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik, tuanku olehpembesar dan rakyat.Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka.84Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya dimiliki oleh raja dan kata-kata raja menjadi undang-undang tanpabanyak budi bicara.Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja dianggap derhaka dan akan menerima padah seperti hukuman bunuh.Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang diterimanya - semakin tinggi kedudukannya, semakin besarpeluangnya terlepas daripada hukuman; semakin rendah kedudukannya, hukumannya lebih berat.Adat-istiadat dan PeraturanBercanggah dengan ajaran Islam.Dalam Islam, perbezaan darjat disebabkan oleh ketakwaan dan amal salihnya dan bukannya keturunan.Walau bagaimanapun, masih terdapat adat yang selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, hukuman rejam keranaberzina, potong tangan kerana mencuri.Adat-istiadat yang berunsur Islam juga dipraktiskan, contohnya menyambut bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dansebagainya.Masyarakat Islam di FilipinaMasyarakat Islam di Filipina biasanya dikenali sebagai masyarakat Moro.Kedatangan Islam ke Filipina bermula dari Sulu. (abad ke-13, Tuan Mashaika dan Tuan Maqbalu; 1380 - Karim alMakhdum; abad ke-15, Raja Baguinda; Kesultanan Sulu didirikan - raja pertama: Sayyid Abu Bakar; Apabila Raja Baguindamangkat, Abu Bakar mengangkat dirinya menjadi Sultan Sulu; dari sini, Islam tersebar ke Maguindanao (Mindanao) pada 1460M hasil dakwahan Sharif Awliya dan Sharif Maraja.1515 M, Sharif Muhammad Kabungsuan (Arab dari Johor) berkahwin dengan Tonina, Puteri Cotabato - bermulanyasejarah kesultanan Islam di Filipina.Islam tersebar ke Manila - kerajaan Islam Manila ditubuhkan.

Page 40: Tamadun Islam

Kerajaan ini tidak bertahan lama disebabkan oleh serangan Sepanyol - kerajaan ini runtuh.Dengan itu, pendudukan Islam di Pulau Luzon tamat.Kemudian, Sepanyol sampai ke Manila pada 1566 M dan serangan dibuat ke atas Mindanao. Sejak itu, peperangan seringberlaku antara orang Islam dan Sepanyol.Masyarakat Islam di PattaniIslam sampai ke Pattani pada abad ke-10 atau 11 M.Selapas 300 tahun, barulah golongan bangsawan memeluk Islam.1457 M, Raja Pattani memeluk Islam - gelaran Sultan Ismail Syah - sejak itu, agama Islam tersebar luas.Pattani yang dimaksudkan termasuk Naratiwath, Yala dan sebahagian Songkhla - namanya diambil daripada nama PakTani.Masyarkat Islam Pattani bertutur dalam Bahasa Melayu.Masyarakat Islam di JawaTarikh kedatangan Islam ke Jawa tidak dapat ditentukan.Pihak sejarahwan Indonesia percaya bahawa Islam datang ke Jawa melalui pedagang-pedagang - mereka berasimilasidengan penduduk tempatan dan mengembangkan agama ini melalui perkahwinan.Dipercayai juga agama Islam sampai ke Indonesia di bawa oleh Maulana Malik Ibrahim.Beliau datang ke Jawa pada 1416 M.Beliau merupakan salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan.Wali Songo ini mempunyai kebolehan luar biasa dan kesaktian yang tiada tandingan.Wali Songo ini telah diangkat sebagai ketua dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam.Pada zaman Wali Songo, unsur Islam hanya diserap masuk dalam wayang kulit, gamelan dan sebagainya.