tamadun indus

23
Tamadun Indus

Upload: malar-muthiah

Post on 21-May-2015

14.826 views

Category:

Technology


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun indus

Tamadun Indus

Page 2: Tamadun indus

PEMBINAAN TAMADUN

Pengurusan pemerintahan dan pentadbiran tamadun •Jenis, ciri dan bentuk pentadbiran •Proses perkembangan

Page 3: Tamadun indus

Lokasi Tamadun Indus

• tamadun terawal di India• terletak di Lembah Indus disaliri oleh Sungai

Indus• juga dikenali sebagai tamadun Harappa

bersempena dengan nama bandar utama tamadun ini

• terletak di bahagian barat laut India.

Page 4: Tamadun indus

Peta kedudukan tamadun Indus

Page 5: Tamadun indus

Peta kedudukan tamadun Indus (Kini)

Page 6: Tamadun indus

Kerangka Masa Tamadun Indus

• muncul di sekitar tahun 2500 S.M. dan merosot pada 1800 S.M.

• Kehancuran tamadun ini masih tidak dapat dikenalpasti

• antara pendapat kehancuran ialah serangan Orang Aryan serta bencana alam seperti kemarau, banjir, dan gempa bumi.

Page 7: Tamadun indus

CIRI-CIRI TAMADUN INDUS• Petempatan kekal yang wujud di lembah ini

telah membawa kepada pembentukan bandar terancang.

• Pembentukan yang terancang dan terbahagi kepada 2 bahagian dan dikelilingi tembok

• Bahagian utama – pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan.

Page 8: Tamadun indus

• Bahagian kedua – kawasan perumahan dan disusun berasaskan blok berbentuk segi empat

• Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat

• Setiap blok dipisahkan satu rangkaian jalanraya dan lurus.

• Bersambung antara satu sama lain• Perancangan bandarnya dibantu oleh

kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.

Page 9: Tamadun indus

• Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang.

• Selain jalan raya, bandar juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

• Tamadun Indus tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang organisasi sosialnya.

Page 10: Tamadun indus

Tinggalan bandar terancang tamadun Indus

Page 11: Tamadun indus

Tinggalan rumah di tepi jalan dalam tamadun Indus

Page 12: Tamadun indus

Tinggalan tempat mandi awam (The Great Bath)

Page 13: Tamadun indus

• Menurut jumpaan arkeologi ,masyarakat Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.

• Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang.

• Kelas atasan utama ialah pendeta.• Para pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh

besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya kegiatan keagamaan.

Page 14: Tamadun indus

• Oleh sebab tiada bukti kewujudan raja, maka, sejarahwan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.

• Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh.

• Golongan petani menjalankan aktiviti petanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa.

• Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di bentang, dan membina terusan

Page 15: Tamadun indus

Susun lapis masyarakat tamadun Indus.

Page 16: Tamadun indus

• Masyarakat di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamanya dalam bidang ekonomi.

• kegiatan ekonomi seperti perdagangan, petanian, pertukangan dan pembuatan luar termasuklah dengan Mesopotamia dijalankan

• Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cop mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.

Page 17: Tamadun indus

• Contoh hasil perdagangan termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian.

• Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan

• Cth: barli, kacang• Selain petani dan pedagang, ada ahli

masyarakat yang menjadi artisan• mereka terlibat dalam pembinaan dan

penghasilan barangan logam dan barangan tembikar

Page 18: Tamadun indus

• Masyarakat tamadun ini dikenal pasti telah mempunyai satu amalan agama.

• Ini dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang menpunyai unsur keagamaan.

• Antara penemuan penting ialah sebuah patung proto-Siva.

• Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Himdu kemudiannya.

Page 19: Tamadun indus

• masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.

• Pekara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal (turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamia,Asia Kecil, Syria & Palestin)

• Masyarakat tamadun Indus telah mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf

• sehingga hari ini, tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.

Page 20: Tamadun indus

Tulisan pada mohor yang dijumpai di tapak arkeologi

tamadun Indus.

Page 21: Tamadun indus

BENTUK PENTADBIRAN

• Dalam tamadun awal India ( Tamadun Sungai Indus) yang bermula pada tahun 2500 SM, pemimpin adalah dari golongan pendeta dan berkuasa mutlak ( kerajaan bersifat teokrasi).

• Ini bermakna, India pada masa itu belum lagi melaksanakan pemerintahan beraja.

Page 22: Tamadun indus

PROSES PEMBENTUKAN

• Di bahagian barat laut India telah wujud penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad.

• Penduduk ini kemudian telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.

• Petempatan kekal wujud disebabkan oleh Sungai Indus membekalkan sumber air dan dapat menyubuhkan tanah.

Page 23: Tamadun indus

• Penduduk yang menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan penghasilan pertanian yang menambah jumlah penduduk.

• Faktor-faktor ini juga menyumbang kepada perkembangan bandar.

• Dua bandar utama terbentuk ialah Mohenjo-daro dan Harappa. Lothal dan Sutkagen Dor merupakan bandar pelabuhan penting.