b a b 5 · 2020. 10. 31. · tamadun indus terletak di lembah sungai indus, iaitu di bahagian barat...

8
B A B 5 TAMADUN AWAL DUNIA 5.1 EMPAT LOKASI TAMADUN AWAL DUNIA Terdapat empat tamadun awal manusia di dunia, iaitu Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus dan Tamadun Huang He (Hwang Ho). PERKEMBANGAN EMPAT TAMADUN AWAL DUNIA Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus dan Tamadun Huang He (Hwang Ho) terletak di kawasan strategik, iaitu di lembah sungai yang menjadi faktor penting kepada perkembangan pesat keempat-empat tamadun ini Peta menunjukkan lokasi empat tamadun awal dunia.

Upload: others

Post on 28-Nov-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: B A B 5 · 2020. 10. 31. · Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India. Tamadun ini bermula pada tahun 2,500 SM. Lembah Sungai Indus

B A B 5

TAMADUN AWAL DUNIA

5.1 EMPAT LOKASI TAMADUN AWAL DUNIA

Terdapat empat tamadun awal manusia di dunia, iaitu Tamadun

Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus dan Tamadun

Huang He (Hwang Ho).

PERKEMBANGAN EMPAT TAMADUN AWAL DUNIA

Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus dan

Tamadun Huang He (Hwang Ho) terletak di kawasan strategik, iaitu

di lembah sungai yang menjadi faktor penting kepada

perkembangan pesat keempat-empat tamadun ini

Peta menunjukkan lokasi empat tamadun awal dunia.

Page 2: B A B 5 · 2020. 10. 31. · Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India. Tamadun ini bermula pada tahun 2,500 SM. Lembah Sungai Indus

Merupakan tamadun terawal dunia yang terletak di barat

daya Asia. Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua

sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.

Tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan,

iaitu Sumer. Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini

dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti

pertanian.

TAMADUN

MESOPOTAMIA

Di lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates, terdapat

kawasan subur yang luas. Kawasan ini dipanggil Bulan

Sabit Subur, iaitu terletak di antara laut Mediterranean dan

Teluk Parsi. Kawasan ini telah berkembang menjadi sebuah

bandar yang besar.

Struktur bandar ini dibina daripada tanah liat yang

dijadikan bata. Tempat ibadat dibina di setiap pusat bandar.

Binaannya berbentuk piramid yang dipanggil zigurat.

Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini

berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya

kepada beberapa buah negara-kota antaranya Negara-Kota

Ur. Negara-Kota ini berperanan sebagai pusat

perdagangan dan pelabuhan. Ilustrasi menunjukkan perbandaran Tamadun Mesopotamia

Page 3: B A B 5 · 2020. 10. 31. · Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India. Tamadun ini bermula pada tahun 2,500 SM. Lembah Sungai Indus

TAMADUN MESIR PURBA

Tamadun Mesir Purba terletak di kawasan lembah Sungai Nil.

Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia dengan kepanjangan sejauh

6,650 KM.

Piramid dan Firaun merupakan tinggalan terkenal tamadun ini.

Terdapat tiga tahap pemerintahan kerajaan dalam tamadun Mesir Purba, iaitu

kerajaaan purba, kerajaan pertengahan dan kerajaan baru

Mengapakah Mesir dikatakan Hadiah Sungai Nil?

Menurut Herodotus (484-432M) Mesir dikatakan hadiah

Sungai Nil (The Gift of The Nile) kerana Sungai Nil yang

membanjiri kawasan sekitarnya setiap tahun membawa

lumpur berwarna hitam yang subur untuk pertanian

Kawasan yang subur ini terletak di Lembah Nil yang

merupakan antara kawasan lembah yang terbesar di dunia.

Sungai Nil juga membekalkan sumber makanan terutamanya

ikan kepada penduduk selain menjadi sumber perhubungan

dan pengangkutan terpenting.

Kepentingan Sungai Nil mempengaruhi petempatan di

kawasan ini yang kemudian berkembang menjadi

negera-kota.

KERAJAAN PURBA

Petempatan terawal di Mesir Purba bermula dengan

perkampungan petani pada tahun 5,000 SM. Perkampungan

ini membentuk dua buah kerajaan.

Kerajaan utara terletak di hilir Sungai Nil melibatkan

kawasan Lembah Sungai Nil. Suhu kawasan ini lebih sejuk

berbanding dengan di Selatan.

Kerajaan di selatan terletak di hulu Sungai Nil. Kawasan ini

merupakan kawasan yang terbentang luas berhadapan dengan

padang pasir.

Kedua-dua kerajaan Mesir Purba telah disatukan sekitar

tahun 3,100 SM oleh Raja Mennes yang menawan kerajaan

utara.

Raja Mennes telah membuka bandar Memphis yang

kemudian menjadi ibu kota kerajaannya. Perkembangan

kerajaan purba mencapai kemuncak pada tahun 2,650 SM.

Page 4: B A B 5 · 2020. 10. 31. · Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India. Tamadun ini bermula pada tahun 2,500 SM. Lembah Sungai Indus

KERAJAAN PERTENGAHAN

Kerajaan kedua dikenali sebagai Kerajaan

Pertengahan yang bermula sekitar tahun

2,100 - 1,650 SM.

Pada zaman ini berlaku perkembangan

bidang kesusasteraan dan ukiran. Kerajaan

Pertengahan meluas hingga selatan Sungai

Nil.

Kekuatan raja telah membawa kestabilan dan

kemakmuran ekonomi.

Ibu kota kerajaan ini ialah Thebes.

Pemerintahnya telah menggalakkan kegiatan

perdagangan menggunakan jalan sungai.

Kerajaan Pertengahan telah mengadakan

hubungan perdagangan dengan Nubia yang

terletak di bahagian selatan Mesir.

Para pedagang yang melalui jalan

perdagangan Mesir menghadapi ancaman

serangan penjahat .

Raja Mesir bertindak menghantar tentera bagi

melindungi pedagang, manakala penduduk

Mesir membina kubu di sepanjang Sungai

Nil. Mereka juga mengambil alih kuasa kota

Nubia.

KERAJAAN BARU Kerajaan Baru muncul apabila golongan

bangsawan memerintah Mesir.

Pemerintahnya digelar Firaun yang telah

membentuk pasukan tentera yang kuat bagi

mematahkan serangan orang luar.

Raja yang terkenal semasa zaman Kerajaan

Baru Mesir ialah Ramses.

Ramses telah membina banyak monumen

terkenal berupa berhala.

Zaman kejatuhan kerajaan baharu Mesir

bermula apabila Ramses II memerintah dari

tahun 1,279 - 1,213 SM.

Peta Sungai Nil dalam Tamadun

Mesir Purba.

Page 5: B A B 5 · 2020. 10. 31. · Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India. Tamadun ini bermula pada tahun 2,500 SM. Lembah Sungai Indus

TA

MA

DU

N IN

DU

S

Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di

bahagian barat laut dan utara India. Tamadun ini bermula pada

tahun 2,500 SM.

Lembah Sungai Indus mempunyai dua musim yang ekstrem.

Musim hujan yang membawa banjir dan musim kering yang

membawa kemarau. Kedua-dua musim ini menyebabkan

tanaman musnah.

Penduduk Lembah Sungai Indus bergiat aktif dalam pertanian.

Mereka menanam pokok gandum, barli dan kapas.

Hubungan perdagangan berlaku antara penduduk Lembah

Sungai Indus dengan penduduk di bahagian selatan

Mesopotamia. Kawasan ini kemudian berkembang menjadi

bandar.

Terdapat dua buah bandar terancang terkenal yang dibina

dalam tamadun ini, iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa.

Menjelang tahun 1,750 SM, Tamadun Indus mula mengalami

kemerosotan.

Binaan Bangunan Mohenjo-Daro

Page 6: B A B 5 · 2020. 10. 31. · Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India. Tamadun ini bermula pada tahun 2,500 SM. Lembah Sungai Indus

TAMADUN HUANG HE

LOKASI DAN MAKSUD TAMADUN HUANG HE

Tamadun Huang He terbina di kedudukan dua sungai utama yang

mengalir dari kawasan pergunungan di sebelah barat ke Lautan

Pasifik.

Sungai Huang He atau dikenali juga sebagai Sungai Kuning terletak di

kawasan utara negera China, manakala Sungai Yangtze di bahagian

tengah China mengalir ke timur hingga ke Laut Kuning.

Huang He bermaksud Sungai Kuning yang menyimpan banyak lumpur

kekuningan yang subur.

PENEMPATAN DAN AKTIVITI PENDUDUK

Sungai menjadi nadi utama dalam pembentukan Tamadun Huang He.

Masyarakat awal China telah membina petempatan dan menjalankan

aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil

hutan dan berburu di sepanjang Sungai Huang He.

Penduduk di kawasan ini turut menghadapi banjir disebabkan oleh

limpahan air Sungai Huang He yang menenggelamkan keseluruhan

kampung.

KERAJAAN AWAL

Tamadun Huang He telah bermula kira-kira 4,000 SM. Terdapat tiga

kerajaan awal, iaitu Xia 2,205 - 1,766 SM, Shang 1,766-1050 SM dan

Zhou 1,050 - 256 SM.

Perkembangan petempatan kerajaan awal ini telah melahirkan

beberapa buah bandar Huang He, antaranya termasuklah Anyang.

Bandar ini merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang. Semasa Dinasti

Zhou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai

Yangtze.

Ilustrasi menunjukkan Sungai Huang He memacu perkembangan

tamadun awal manusia di China

Page 7: B A B 5 · 2020. 10. 31. · Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India. Tamadun ini bermula pada tahun 2,500 SM. Lembah Sungai Indus

5.2 PERBANDINGAN SUMBANGAN TAMADUN

AWAL

ASPEK TAMADUN TAMADUN

MESOPOTAMIA

TAMADUN

MESIR PURBA

TAMADUN INDUS TAMADUN HUANG HE

Pemerintahan dan

pentadbiran

Negara-kota diperintah

oleh raja.

Negara-kota bersatu

membentuk empayar

yang pertama.

Lahirnya undang-undang

dikenali sebagai Kod

Hammurabi.

Firaun memerintah

negara seperti kuasa

tuhan.

Raja berkuasa mutlak.

Raja mempunyai

pandangan kehidupan

selepas mati. Mereka

menghormati mayat

untuk dikebumikan.

Teraju pemerintahan

dipegang oleh golongan

pendeta.

Golongan pendeta

mempunyai pengaruh

dalam bidang keagamaan

dan pentadbiran.

Sistem politik berasaskan

negara-kota.

Masyarakat dan keluarga

merupakan unsur

penting.

Pembahagian kelas

sosial.

Kuasa raja datang dari

syurga.

Raja berkuasa dalam

bidang ekonomi, politik

dan agama.

Kegiatan Ekonomi Ekonomi ditadbir secara

berpusat oleh golongan

agama dan raja.

Kerajaan menentukan

jumlah tanaman dan

bilangan petani.

Wujud pekerjaan seperti

pegawai, petani, jurukira

dan hamba

Pertanian merupakan

kegiatan utama.

Majoriti penduduk ialah

petani.

Petani membayar sewa

tanah kepada raja.

Terdapat kegiatan

perdagangan.

Sistem ekonomi

bersepadu yang

berasaskan pertanian.

Tanaman utama ialah

gandum dan barli.

Haiwan ternakan seperti

lembu dan kambing.

Terdapat kegiatan

tenunan kain dan kerja

logam.

Kegiatan perdagangan

berkembang.

Tumpuan utama ialah

pertanian sekoi dan

tanaman padi.

Tanaman utama ialah

gandum dan barli.

Haiwan ternakan seperti

lembu, kambing, ayam

dan babi.

Page 8: B A B 5 · 2020. 10. 31. · Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India. Tamadun ini bermula pada tahun 2,500 SM. Lembah Sungai Indus

Teknologi

Adanya sistem tali air.

Reka cipta berasaskan

gangsa.

Ciptaan roda, sauh dan

bajak.

Sistem nombor

berasaskan 60.

Kalendar 12 bulan.

Mencipta emas

Mencipta kertas daripada

papirus

Kemajuan matematik dan

geometri.

Kemahiran dalam bidang

perubatan.

Pembinaan terusan dan

pengairan.

365 hari dalam kalendar

tahunan.

Penciptaan kertas.

Kota dibina mengikut

grid yang tepat.

Adanya sistem perparitan

dan pembetungan.

365 hari dalam kalendar

tahunan.

Penciptaan kertas.

Hasil cipta sutera.

Penciptaan peralatan

daripada besi.

Penciptaan wang syiling.

Peningkatan

pengangkutan jalan dan

terusan.

Penciptaan kompas

magnetik

Kesenian dan Kesusasteraan Tulisan dikenali sebagai Tulisan hieroglif. Adanya tulisan piktograf. Adanya penulisan berasal kuneiform. Lakaran hasil kesenian Penghasilan balang yang daripada piktograf.

Penduduk menukilkan terdapat: mempunyai ukiran Hasil cipta puisi yang

puisi. - di tembok batu sebagai geometri dan motif alam. romantik.

Rekaan patung untuk lukisan dinding. Lirik diolah dalam

mengingati pemimpin. - di kawasan perkuburan pelbagai bentuk tradisi

masyarakat.

Hasil kesenian dilukis

pada tembikar.

Binaan Bangunan dan Zigurat yang berfungsi Piramid Kolam mandi besar. Kekurangan seni bina

Kemudahan sebagai rumah ibadat. Sfinks Kota dibina mengikut monumen.

Taman tergantung Tempat ibadat. grid yang tepat. Bandar pertama dibina

Babylon Jelapang. pada zaman Dinasti

Sistem paip dan Shang.

pembetungan. Kajian ahli arkeologi

Dewan perhimpunan. mendapati istana dan

tempat ibadat dibina di

tengah-tengah bandar.