tamadun dunia tema 3

Upload: hazryle

Post on 09-Apr-2018

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    1/23

    PEMIKIR KETENTERAAN - KAUTILYA & MACHIAVELLI (2)

    Bincangkan sumbangan Kautilya dan Niccolo

    Machiavelli dalam bidang ketenteraan.

    Pendahuluan :

    y Pemikir ketenteraan ialah tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan kepada

    pertahanan dan ketahanan sesebuah negara melalui falsafah pemikiran mereka. Antara

    tokoh-tokoh pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan ini ialah Kautilya, Sun

    Tzu dan Nicollo Machiavelli.

    Isi :

    Sumbangan Kautilya :

    Idea Tentang Hubungan Dengan Negara Lain :

    y BukuArthasastra menyarankan enam bentuk hubungan antara satu negara dengan

    negara lain, iaitu mementingkan keamanan, bersedia untuk berperang, membiarkan

    musuh melancarkan serangan pertama, melancarkan serangan pertama, bersekutudengan musuh dan mempraktikkan dasar duaan, iaitu berbaik-baik dengan satu musuh

    dan menyerang musuh lain.

    Strategi Memenangi Peperangan :

    y Langkah yang disarankan oleh Kautilya dalam menghadapi musuh ialah memujukmusuh dengan mengadakan perbincangan, memujuk musuh dengan memberi rasuah,

    menanam benih perpecahan atau rasuah dan melancarkan peperangan jika usahatersebut menemui kegagalan.

    Saranan Kepada Pemerintah :

    y Pemerintah harus mengkaji kekuatan sendiri dan kelemahan musuh sebelum

    melancarkan serangan. Menurut Kautilya, kemampuan mengatur konspirasi lebih baik

    daripada kegagahan. Komplot atau konspirasi membantu memecahbelahkan musuhtanpa melibatkan diri dalam peperangan dan mengorbankan banyak nyawa.

    Penggunaan Kaedah Subversif :

    y Pemerintah boleh menggunakan kaedah subversif seperti merasuah dan menghantar

    perisik bagi menjatuhkan pihak lawan. Kautilya menyarankan agar

    y taktik kotor digunakan apabila peperangan menemui jalan buntu.

    Sumbangan Niccolo Machiavelli :

    Sokongan Rakyat :

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    2/23

    y Pemerintah baru harus mendapat sokongan daripada golongan penentang padaperingkat permulaan. Sokongan tidak berbelah bahagi akan diperolehi daripada

    mereka yang berpuas hati dengan pemerintah baru.

    Bantuan Luar :

    y Kejayaan dalam peperangan bergantung kepada kekayaan dan bantuan ketenteraanserta kewangan dari luar.

    Undang-undang dan Tentera Baik :

    y Pemerintah harus mewujudkan kerajaan yang membawa penghormatan dankemegahan supaya ia dapat mengekalkan kekuasaan. Beliau menyarankan tentang

    keperluan undang-undang yang baik dan memiliki pasukan tentera yang berwibawa.

    Cara Mengekalkan Kuasa :

    y Machiavelli menyatakan cara seseorang pemerintah mengekalkan kuasa. Seseorang

    pemerintah harus bersifat liberal, berperikemanusiaan dan mencintai kebenaran. Bagi

    mengekalkan kedudukan, pemerintah harus melakukan apa sahaja termasuk perbuatan

    keji dan tidak berperikemanusiaan.

    y Menurut Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Raja harus bertindak tanpa ragu-

    ragu terhadap pengikut yang tidak jujur dan musuh.

    Strategi Peperangan :

    y Machiavelli menolak pembinaan kubu kerana ia akan membawa kemusnahan. Beliaumenyarankan agar tentera berpakaian ringan tetapi dilengkapi dengan senjata yang

    canggih.

    Sistem Pentadbiran :

    y Machiavelli mengemukakan dua cara pentadbiran, iaitu melalui undang-undang dan

    ketenteraan. Pemerintahan berteraskan undang-undang semata-mata tidak memadai.

    Beliau berpendapat seorang pemerintah harus memberi keutamaan kepada aspek

    ketenteraan.

    Kesimpulan :

    y Kautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan antara pemikir ketenteraan yang

    memberi sumbangan dalam bidang ketenteraan. Tokoh-tokoh ini mengemukakan idea

    ketenteraan melalui karya mereka iaituArthasastra (Kautilya), The Prince, Art of WardanDiscourse (Niccolo Machiavelli). Idea yang disarankan oleh tokoh-tokoh ini

    membantu pemerintah dalam usaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan

    yang mantap.

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    3/23

    POLITIK MACHIAVELLI !!!!!

    Tokoh Falsafah Niccolo Machiavelli

    Pengenalan

    Niccolo Machiavelli dilahirkan pada 3 Mei 1469 di Florence, Itali. Ayah beliau adalahseorang ahli hukum dan beliau dibesarkan dalam keluarga yang ternama tetapi tidak begitu

    berada. Ketika Machiavelli berumur 29 tahun, beliau memperolehi kedudukan tinggi dalamkerajaan Florence. Beliau berkhidmat dalam kerajaan Florence selama 14 tahun sebagai

    setiausaha kerajaan dan terlibat dalam pelbagai misi diplomatik ke Perancis, German dan didalam negeri Itali.

    Pada tahun 1512, kerajaan Florence telah digulingkan oleh golongan Medici dan kerajaan

    berbentuk republik telah bertukar menjadi kerajaan zalim. Machiavelli pula telah

    disingkirkan daripada jawatannya. Oleh kerana terdesak untuk kembali ke alam politik,

    beliau cuba menarik perhatian pemerintah Medici dengan menulis sebuah buku politik yang

    pada pandangannya merupakan matlamat Medici dan berharap ianya dapat diterima olehmereka sebagai panduan dalam pemerintahan. Maka lahirlah karyanya,The Prince semata-

    mata untuk memuaskan dan memikat hati pemerintah. The Prince dipenuhi dengan ideaMachiavelli tentang keperluan pemerintahan yang zalim dengan ideologi yang keji dalam

    sesebuah negara.

    Malangnya, usahanya ditolak oleh pemerintah Medici dan beliau tidak dapat sebarangjawatan yang diinginkan. Beberapa tahun kemudian, setelah pemerintahan Medici dijatuhkan

    dan kerajaan republik dikembalikan, Machiavelli sekali lagi cuba untuk menyertai semulakerajaan yang pernah disertai sebelum itu. Tetapi oleh kerana tulisannya, The Prince, karya

    itu telah mempengaruhi orang ramai untuk tidak menerimanya kembali kerana mereka

    memikirkan falsafahnya menyerupai pemerintah Medici. Keadaan itu telah menyebabkan

    Machiavelli jatuh sakit lalu meninggal dunia pada tahun 1527 ketika beliau berumur 58tahun.

    Antara karya-karya beliau ialah The Discourse upon the First Ten Books of Titus Livius, The

    Art of WardanA History of Florence and La Mandragola. The Prince adalah sebuah karya

    beliau yang termasyhur dan memang paling mudah untuk dibaca dari semua tulisan ahli

    falsafah.

    Falsafah Politik Machiavelli

    Falsafah politik Machiavelli adalah falsafah pengalaman peribadinya yang bersifat

    saintifik dan empirikal yang berdasarkan suasana kekacauan politik pada zaman

    Renaissance. Ketika beliau berkhidmat sebagai setiausaha kerajaan, beliau telah menemuiramai ahli politik yang terkemuka dan salah seorang daripada mereka ialah putera Alexander

    VI, Cesara Borgia, yang telah memberi kesan mendalam kepadanya. Machiavelli kagum

    dengan cara pemerintahan Borgia yang bijak mengatur perancangan bagi memenuhi cita-cita

    walaupun bertindak dengan zalim sebagaimana digambarkan dalam karya beliau, The Prince.

    Fikiran pokok buku ini ialah, untuk mengekalkan kuasa, para pemerintah harus mengabaikanpertimbangan moral sepenuhnya dan menaruh segala keyakinan terhadap kekuatan dan

    kepintaran menipu. Dalam tulisan Machiavelli, beliau banyak menceritakan sejarah kerajaan

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    4/23

    terdahulu seperti kerajaan Yunani dan Rom yang memusatkan kepada kuasa sebagai tunggakpemerintahan. Beliau juga mengatakan pemerintah perlu bijak mengaburi mata rakyat dengan

    menyuap rakyat dengan hiburan, pertunjukan seni dan sukan bagi melalaikan mereka danagar terus mendapat sokongan daripada rakyat. Jika ada yang menentang, perlaksanaan

    undang-undang secara tegas walaupun dalam bentuk kezaliman perlu dikenakan sebagai

    hukuman tetapi pada masa yang sama dalam bentuk yang kelihatan saksama.

    Politik Tanpa Moral

    Machiavelli bersikap kritikal terhadap suasana politik semasa yang ketika itu zaman

    Kecerahan yang penuh dengan korupsi dan berlaku penindasan yang mengongkong

    kehidupan oleh pihak kerajaan yang dikuasai oleh golongan paderi. Maka, persoalan yang

    ditimbulkan Machiavelli ialah bagaimana kuasa politik digunakan untuk menstabilkan

    keadaan. Beliau bersikap prejudis terhadap agama dengan menafikan peranan agama dalam

    politik. Menurutnya, politik tidak sewajarnya cuba dikaitkan dengan persoalan moral atau

    agama kerana ia boleh mendedahkan seseorang kepada golongan musuh yang cerdik dan

    licik. Melalui fahaman sekularisme ini, beliau berpendapat bahawa nilai kemahiran dalam

    pentadbiran adalah lebih tinggi daripada nilai moral.Berdasarkan pemerhatian Machiavelli

    terhadap pemerintah Borgia, beliau memuji-muji pemerintahan Borgia yang mencintaikemahiran pemerintahan.

    Menurut teori politik Machiavelli, kuasa politik boleh didapati dengan dua cara iaitu pertama,

    jika bernasib baik melalui warisan daripada keturunan atau yang kedua, melalui penaklukan.

    Bagi menguasai negara baru, pihak pemerintah hendaklah menghapuskan seluruh

    pencabarnya dari kerajaan terdahulu walau dengan apa cara pun. Kemudian, pemerintah

    harus bijak menggunakan propaganda untuk mendapatkan sokongan dari masyarakat. Dari

    aspek ini, Machiavelli menyatakan kecemerlangan sesebuah pemerintah hanya memerlukan

    seorang pemerintah yang mempunyai metod pemerintahan yang licik dan dapat

    menyelesaikan segala masalah.

    Ciri Pemerintahan Yang Baik

    Machiavelli menggariskan beberapa ciri yang dianggapnya sebagai asas utama dalam

    mengekalkan kuasa walaupun persepsi dari sudut moralnya buruk sekali. Menurut beliau,keperibadian seorang pemimpin adalah asas bagi kemantapan sebuah kerajaan.Beliau

    menyatakan nilainilai buruk yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin adalah seperti sifatkedekut, melakukan kejahatan dan tidak takut kepada kutukan rakyat. Malahan menurutnya,

    seorang pemimpin seharusnya mengutamakan sifat kedekut lebih daripada pemurah. Sifatpemurah hanya ditunjukkan ketika memerlukan sokongan dan pujian rakyat. Jika mahu

    menunjukkan sifat pemurah, pemimpin seharusnya menggunakan harta orang lain untuk

    diberikan kepada rakyat tetapi bagaimanapun, bukan dengan cara merampas harta mereka.

    Dalam bab 17 buku The Prince, Machiavelli membincangkan apakah seorang pemimpin itulebih baik ditakuti atau dicintai. Beliau menjelaskan lebih baik pemimpin itu ditakuti dari

    dicintai dengan bertindak kejam dalam menjalankan hukuman terhadap rakyat.Hukumanyang kejam akan memberi kesan yang lebih mendalam kerana ia dapat menakutkan ramai

    orang dan mengurangkan jenayah. Walau bagaimanapun, pemimpin perlu menghindaridibenci rakyat dengan tidak merampas harta mereka. Beliau menambah, perasaan dicintai itu

    boleh hilang mengikut kehendak bebas manusia tetapi apabila ditakuti dan diperkuatkan lagi

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    5/23

    dengan kengerian akan hukuman, ianya selalu berkesan. Kalau pun pemimpin itu tidakdicintai, sekurang-kurangnya dia tidak dibenci rakyat.

    Dalam bab 18 yang berjudul Cara bagaimana seorang pemimpin memegang

    kesetiaan(janji). Di sini Machiavelli berkata seorang pemimpin yang cermat tidak harus

    memegang kesetiaannya(janjinya) jika sesuatu yang dilakukan itu berlawanan dengan

    kepentingannya.Beliau memberi dua kaedah perjuangan politik. Pertama, melalui undang-undang tetapi ini selalunya menemui kegagalan. Kedua, melalui kekerasan dan penipuan

    ataupun yang diistilahkan sebagai cara binatang. Pemimpin perlu memiliki sifat kedua-dua

    binatang singa dan kancil. Singa kerana ganas dan lambang dahagakan kuasa dan kancil yang

    sangat licik bijak menipu.

    Machiavelli menambah, seorang pemimpin juga patut menonjolkan sifat hipokrit dalam

    kehidupan hariannya. Dia harus berpura-pura menonjolkan nilai baik dalam dirinya terutama

    sifat pemurah, jujur, berperikemanusiaan, baik budi dan alim. Machiavelli berkata seorang

    pemimpin itu tidak perlu memiliki semua sifat baik tetapi seakan-akan memiliki sifat baik

    kerana manusia akan hanya menilai berdasarkan apa yang dilihat sahaja daripada apa yang

    mereka rasa. Perubahan karakter pemimpin mestilah mengikut keadaan. Rasa sayang dan

    moral dapat diabaikan jika diperlukan.

    Seterusnya, Machiavelli menyatakan seorang pemimpin harus mengelakkan diri daripada

    dibenci dan melakukan perkara yang mengaibkan mereka di mata rakyat. Ini boleh dilakukan

    dengan tidak merampas harta rakyat, tidak merampas isteri orang bawahan dan tidak

    menonjolkan sifat tamak dan berkeinginan. Di samping itu seorang pemimpin mestilah ada

    sikap yang konsisten dengan tidak berubah sikap dalam tindakannya, tidak bersikap melulu,

    lemah, pengecut dan tidak tegas. Dia juga perlu pandai mengambil hati golongan pembesar

    negara dan membahagiakan rakyat bawahannya. Pemerintah perlu membimbing para

    pembesar cara bergaul dengan rakyat dan memberi penghargaan kepada rakyat.

    Bagaimanapun, dalam mencapai dan mengukuhkan kuasa, seseorang pemimpin itu hendaklahmengukur antara manfaat tindakan yang baik dan tindakan yang buruk.Jika perlu

    memperolehi kuasa, maka tindakan buruk diutamakan. Demi kepentingan kuasa politik, bagibeliau pemerintah diharuskan menggunakan sebarang cara untuk merealisasikan matlamatnya

    dengan doktrin, the end justifies the means. Pada pandangan Machiavelli, dalam politikadalah sesuatu yang bodoh jika seseorang pemimpin itu menggunakan cara yang boleh

    membawa kegagalan kepadanya sehingga hilang kekuasaan.

    Penutup

    Tiada siapa yang lebih memahami tentang pentingnya kuasa dalam politik melainkan Niccolo

    Machiavelli. Beliau dinobatkan sebagai ahli falsafah politik moden dengan teori politik yang

    dipaparkan dalam bukunya The Prince. Bagi Machiavelli, apa yang diusulkan bukanbagaimana rakyat harus bertingkah laku atau siapa yang mesti berkuasa tetapi bagaimanasesungguhnya seseorang itu boleh memperolehi kekuasaan. Golongan penentang teori ini

    pula, menganggap Machiavelli sebagai simbol kediktatoran dan kekejaman. Teorikepemimpinan Machiavelli dikatakan cenderung menghalalkan segala cara untuk

    mempertahankan suatu kekuasaan. Karya Machiavelli, The Prince, dianggap orang sebagaibuku petunjuk untuk para diktator. Tidak dapat diragukan lagi, ramai pemimpin di dunia

    pernah membaca buku The Prince. Dikhabarkan Benito Mussolini, Hitler dan Stalin juga ada

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    6/23

    membacanya. Bahkan dikatakan kononnya, Napoleon sentiasa tidur di bantal yang terselitbuku The Prince.

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    7/23

    PENTADBIRAN KETENTERAAN TAMADUN INDIA SEBELUM ISLAM

    Huraikan Struktur Pentadbiran Ketenteraan Dalam Tamadun India Sebelum Islam.

    A. PENGENALAN:

    (a) Organisasi ketenteraan merujuk kepada perkara perkara berikut:

    1. Jenis jenis tentera yang mengepalai sesuatu peperangan seperti tentera berjalan kaki (infantri ) tentera berkuda ( Kavalri ) dan tentera berkereta kuda dua.

    2. Pentadbiran tentera/logistik.

    3. Strategi peperangan.

    4. Taktik peperangan.

    5. Teknologi senjata.

    (b) Pengenalan kepada tamadun India.

    (c) Kepentingan organisasi ketenteraan dalam tamadun India.

    B. ISI ISI PENTING.

    1. Angkatan tentera India dibahagikan kepada empat kategori, iaitu tentera bergajah, tentera

    berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera infantri. Terdapat juga beberapa kategori tentera

    lain seperti tentera laut, pengintip, anggota kumpulan perintis dan komisariat. Arthasastramenyebut satu unit tentera India mengandungi 45 kereta kuda, 45 gajah, 225 kuda dan 675

    tentera. Chandragupta Maurya menakluki sebahagian besar India dengan angkatan tenteraseramai 600,000 orang dan Raja Chola, Rajaraja I menakluki Calukya dengan angkatan

    seramai 900, 000 orang.

    2.Penggunaan gajah dalam pertempuran dinyatakan dalam kitab Buddhisme. Raja

    Bimbasara dari Maghda dikatakan mempunyai tentera bergajah terlatih yang memainkan

    peranan seperti kereta perisai. Ia digunakan untuk memecah barisan tentera musuh,

    meruntuhkan pagar kubu, pintu kota, benteng pertahanan musuh dan mengangkut dua atautiga tentera yang lengkap dengan senjata seperti busar dan lembing. Penggunaan gajah

    sebagai hadiah persembahan dan faktor kritikal dalam hubungan diplomasi pemerintah Indiadengan kuasa luar.

    3. Tentera berkuda India agak lemah dan ini merupakan punca kekalahan tentera Indiaketika menghadapi serangan daripada penakluk penakluk asing. Umpamanya, MahmudGhori menundukkan Prthviraja pada tahun 1162 masihi kerana pasukan kavalari India amat

    inferior berbanding tentera musuh.

    4. Kapal laut juga digunakan oleh tentera India untuk mengangkut tentera di sepanjangsungai utama India. Raja Pulakesin II, menghantar angkatan tentera laut untuk menawan Puri.

    Raja raja Chola seperti Rajaraja I dan Rajendra I mempunyai angkatan tentera laut yang

    tetap.

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    8/23

    5. Terdapat ahli perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera India untuk memberibantuan kepada askar askar yang tercedera dalam medan perang. Wanita juga turut

    berkhidmat dalam menyediakan makanan bagi para tentera.

    6. Pada zaman pertengahan, tentera mempunyai panglima yang diketuai oleh panglima

    agung dikenali sebagai Mahasenapati. Di bawah panglima terdapat kapten Nayaka yang

    menyerupai golongan bangsawan feudal.

    7. Dari segi peralatan, tentera India memiliki meriam, kayu pelontar, busar, pedang, tombak

    dan lembing yang merupakan senjata yang biasa digunakan oleh askar India.

    8. Pembinaan kubu pertahanan merupakan satu lagi aspek penting ketenteraan India.Umpamanya, sebuah tembok panjang telah dibina di Kota Rajagraha, ibu kota Magadha

    untuk menghalang musuh.

    9. Peranan pendeta dalam peperangan. Masyarakat India menganggap peperangan sebagaiupacara keagamaan di mana tarikh dan masa yang sesuai untuk berperang ditetapkan oleh

    ahli astrologi.

    10. Pemusatan kuasa ketenteraan di tangan maharaja.

    C. KESIMPULAN:

    Organisasi ketenteraan mempunyai peranan yang penting dalam memastikan kejayaan

    sesuatu operasi ketenteraan. Kejayaan kerajaan India dalam mempertahankan kerajaannyadari diserang oleh musuh dari zaman Klasik hingga zaman Awal moden adalah dibantu oleh

    organisasi ketenteraan yang utuh.

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    9/23

    Pemikir-pemikir strategi peperangan telah memainkan peranan penting dalam

    pertahanan dan ketahanan tamadun awal. Bincangkan pernyataan tersebut dengan

    merujuk Kautilya dan Niccolo Machiavelli.

    Pengenalan: (3 markah )

    y Ketahanan bermaksud sesuatu yang menahan, halangan atau keupayaan menanggungsesuatu di medan peperangan. Pertahanan merujuk mempertahankan benteng dan kubu

    daripada serangan musuh.

    y Strategik merupakan satu ilmu helah atau muslimat untuk mengalahkan musuh yang

    bertujuan untuk mencapai satu matlamat

    y Strategik juga di anggap satu seni mempertahankan diri, negara dan masyarakat dengan cara

    merancang atau mengatur langkah untuk memperdayakan musuh atau kebijaksanaan

    mengendalikan peperangan

    y Kautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam

    strategi peperangan

    Isi-isi:

    A. Kautilya (10 markah)

    1. Kautilya hidup pada zaman awal Dinasti Maurya di utara India. Bukunya bertajuk

    Arthasastra (Science of Gain of power) pada kurun ke 3 Masihi, mengandungi hal-ehwalketatanegaraan, pentadbiran diplomasi, peperangan dan juga perkara-perkara lain.

    2. Arthasastra mengariskan enam perkara penting dalam menjalinkan hubungan dengan

    negara lain iaitu:

    i. mementingkan keamanan

    ii. persediaan untuk peperangan

    iii. membiarkan musuh membuat serangan pertama

    iv. melancarkan serangan pertama

    v. bersekutu dengan musuh

    vi. mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan ke

    atas musuh yang lain

    3. Arthasastra mengariskan empat cara yang boleh digunakan oleh seorang raja untukmencapai kemenangan dalam peperangan iaitu:

    i. memujuk musuh dengan perbincangan serta rasuah

    ii. mencetuskan persengketaan dan melancarkan serangan

    iii. menanam benih permusuhan

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    10/23

    iv. melancarkan perang jika semua gagal

    4. Kautilya juga berpendapat bahawa seseorang raja atau putera yang ingin berjaya mestimengetahui tentang kekuatan dan kelemahan tenteranya, kelebihan dan kelemahan tentera

    musuhnya dan akhirnya tahu menyerang dengan mengambil kesempatan atau berkesempatan.

    5. Kautilya juga berpendapat dengan adanya kemahiran berkomplot atau tipu muslihat adalahlebih baik daripada menggunkan kegagahan dan kehandalan. Cara ini boleh digunakan

    apabila nampak tanda-tanda kekalahan.

    6. Cara berkomplot adalah dengan menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai musuh,

    merasuah tukang masak dan kalau boleh merasuah seluruh anggota istana untuk melemahkanmusuhnya

    7. Karya Arthasastra benyak mempengaruhi pahlawan dan raja-raja Hindu seperti raja-raja

    Rajput dan Marathas. Karya beliau menjadikan peperangan seolah-olah ada kaitan dengaspiritual iaitu mengelakkan kelahiran semula seperti yang di sarankan dalam agama hindu

    B. Niccolo Machiavelli

    1. Pemikir ketenteraan Eropah abad ke 16 Masihi berasal dari Itali dan pernah menjadi

    diplomat dari tahun 1498 M hingga 1512 M. Beliau menulis buku The Prince pada tahun

    1515 M dan The Discourse Upon Living antar tahun 1515 M hingga 1517. Akhirnya beliaumenulis buku Art of War. Penulisan beliau bermatlamat memulihkan imej Florence dan

    negara kota Itali yang lain.

    2. Buku The Prince memperkenalkan banyak panduan kepada pemerintahan dalam mencapaikemenangan. Matlamat seorang raja adalah untuk mengekalkan kerajaannya. Sekiranya

    kedudukan tergugat kerana pengikut yang tidak jujur maka raja harus menghapuskannya

    demi kepentingan politik sendiri.B

    eliau juga mengemukakan dua cara pentadbiran iaitupertama dengan menggunakan undang-undang dan cara yang kedua melalui kekerasan dan

    ketenteraan. Pandangan beliau banyak mempengaruhi pembentukan negara bangsa di Eropah

    seperti Sepanyol, England dan Perancis. Berasaskan idea Machiavelli raja-raja menggunakan

    kekerasan untuk mengawal golongan bangsawan yang sebelum ini banyak mengancam

    mereka

    3. The Art of War mengetengahkan tentang undang-undang dan senjata yang baik adalah

    penting bagi seseorang raja. Seseorang raja selain mentadbir mesti mempunyai prinsip-

    prinsip ketenteraan.

    4. Pembentukan infantri, tentera yang berkhidmat semata-mata kerana gaji serta pembentukan

    pasukan tambahan secara sukarela tidak digalakkan

    5. Machavelli juga menolak pembinaan kubu-kubu pertahanan kerana ia hanya membawa

    kepada kemusnahan. Beliau menekankan seorang raja boleh berkuasa dengan menggunakan

    meriam, askar berkuda dan peralatan perang yang ringan dan mudah untuk di bawa semasa

    peperangan

    Kesimpulan: (2 markah )

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    11/23

    Pemikir ketenteraan di atas mengemukakan pelbagai strategi untuk menang. Kautilyamenekankan unsur spiritual manakala Machavelli memperkenalkan kaedah saintifik dan lebih

    bersifat untuk mencapai matlamat perlu melakukan apa sahaja.

    Penulisan mereka bukan sahaja mempengaruhi pemerintah-pemerintah zaman mereka tetapi

    juga generasi seterusnya

    Anda mungkin juga meminati:

    y PEMIKIR KETENTERAAN - KAUTILYA & MACHIAVELLI (2)

    y PEMIKIR KETENTERAAN - KAUTILYA DAN MACHIAVELLI

    y TAMADUN DUNIA : TEMA 3 PEMIKIR KETENTERAAN

    y POLITIK MACHIAVELLI !!!!!LinkWithin

    Posted by Cikgu Rashman at 1/21/2009 12:38:00 PM0 comments Links to this post

    Labels: NOTA TAMADUN DUNIA TEMA 3

    Tuesday, 20 January 2009

    KETAHANAN ATHENS

    Langkah-langkah masyarakat Athens untuk meningkatkan kekuatan mental dan

    fizikal bagi menghadapi peperangan.

    1. Di Athens, berkhidmat dalam tentera adalah satu perkara biasa.

    2. Kanak-kanak diberikan latihan fizikal dan ketenteraan dari umur 18 hingga 20 tahun tetapitidak seteruk di Sparta

    3. Pada tahun kedua latihan, mereka dihantar ke kubu-kubu pertahanan di Attica.

    4. Dari umur 20 hingga umur 60 tahun, mereka boleh dikerah untuk berkhidmat kepada

    negara kota.

    5. Di peringkat sekolah rendah lagi, kanak-kanak dimasukkan ke sekolah tinju dan sekolah

    muzik.

    6. Pada usia 15 tahun, mereka menjalani pendidikan menengah di gimnasium khusus untuk

    menjalani latihan fizikal.

    7. Mereka yang berumur 18 tahun diberi latihan ketenteraan di pusat ketenteraan kerajaan.

    8. Tentera Athens berperanan mempertahankan negara kota mereka daripada ancaman

    musuh.

    9. Athens tidak mempunyai dasar perluasan wilayah.

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    12/23

    10. Di Athens, setiap 4 tahun, Sukan Olimpik diadakan di Olympus yang disertai oleh semuaanggota polis.

    11. Sukan ini memberi semangat dan disiplin yang tinggi kepada peserta untuk mencapai

    kejayaan.

    12. Secara tidak langsung acara ini dapat mempersiapkan kekuatan mental dan fizikal.

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    13/23

    PEMIKIR KETENTERAAN - KAUTILYA DAN MACHIAVELLI

    Bincangkan idea pemikiran ketenteraanKautilya pada abad ke 3 SM dengan Niccolo

    Machiavelli pada abad ke 16 M.A) Pengenalan

    Pemikir tentera

    a. Golongan yang telah memberi sumbangan yang berharga kepada pertahananNegara.b. Mengemukakan cara-cara bagaimana pemerintahan boleh mengekalkankekuasaan melalui ketenteraanc. Biasanya kaedah yang diperkenalkan bertentangan dengan nilai moral dankemanusiaan

    Kautilya

    a. Seorang menteri Brahmin pada zaman empayar Maurya awal abad ke 3 SMb. Idea dikesan melalui bukunya Arthasastra/ Science of Gainc. Digunakan oleh ramai pemerintah di India spt Maharaja Asoka dan MaharajaChandra Gupta Maurya; dlm usaha penaklukan dan peluasan wilayahd. Ideanya dikaji oleh tokoh pemikir tentera moden dan digunakan dalam Negaramereka spt Napoleon Bonaparte (Peranchis), Otto Von Bismark (Jerman), Moa TzeTong (China)

    Niccolo Machiavellia. Tokoh pemikir tentera moden pada abad ke 16 M

    b. Berasal dari Italic. Menghasilkan banyak buku-buku berkaitan dengan politik dan ketenteraand. Buku terkenal The Prince(Penguasa) dan Art of War ( Seni Peperangan)

    B) Isi-isi Penting

    Idea ketenteraan Kautilya

    1. Tentang hubungan antara Negara dengan wilayah/tanah jajahan berasaskankepada 6 pertimbangani. Keamananii. Peperangan

    iii. Menunggu masa untuk musuh memulakan seranganiv. Menyerang dahuluv. Mengadakan persekutuan dengan musuhvi. Dasar duaan iaitu persekutuan dengan satu pihak dan berperang dengan pihakyang lain

    2. Empat cara untuk menang peperangani. Pujukan melalui ucapan yang menawan hati

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    14/23

    ii. memujuk dengan memberi rasuahiii. Semai benih perpecahan untuk melemahkan musuhiv. Jika gagal usaha-usaha tersebut barulah berperang

    3. Sifat seorang penakluki. Harus mengetahui tentang kekuatan tenteranya dengan kekuatan musuh

    ii. Kemahiran dalam mengadakan komplot lebih baik daripada kegagahan dankehandalan berperangiii. Jika peperangan tidak ada kemenangan dan memakan masa yang panjang, rajaperlu guna jalan lain yang tidak jujur seperti sabotaj, rasuah, guna pelacur dll

    4. Kaitan dengan spiritual dan keagamaani. Berjuang hingga mati untuk mencapai matlamat spiritualii. Kematian dalam peperangan bertujuan untuk membebaskan diri dari rantaikelahiran semula dan capai Nirwana

    Idea ketenteraan Machiavelli

    1. Buku The Prince menyarankan cara bagaimana seorang harus mendapat danmengekalkan kuasa Kerajaan adalah matlamat raja. Jika raja rasa tergugatdisebabkan oleh penasihat yang tidak jujur, dia harus dibunuh, penjara, melucutjawatan dan sebagainya

    2. Memperkenalkan falsafah politik nasionalisme yang menimbulkan kebencian,peperangan, imperialisme, sifat tamak, kejam tidak berperi kemanusiaan dansebagainya. Kesannya lahir pemimpin raja2 bangsa yang tamak, zalim, gila kuasa,berlaku perang saudara dan sebagainya.

    3. Melalui buku Art of War menekankan asas setiap Negara adalah undang -undang dansenjata yang baik. Seorang putera raja tidak harus ada sebarang objektif atau pemikiranmelalui cara berperang, cara diorganisasikan dan disiplin. Banyak dipraktis di Peranchis dan

    di Sepanyol pd abad ke 16M.

    4. Prinsip-prinsip utama dalam ketenteraan adalah seperti berikut:i. menghasilkan sebuah pasukan tentera yang berasaskan berjalan kakiii. mengutuk tentera yang bekerja semata -mata untuk wangiii. pasukan tambahan tidak sesuai untuk mentadbiriv. menolak pembinaan kubu kerana ia membawa kemusnahanv. melakukan perang yang agresif melalui kuasa berperang dengan senjata meriam danaskar berkuda

    5. Menjelang abad ke 16 semua usaha untuk mendapat perlindungan mutlak di medan

    peperangan di hapuskan seperti zaman tentera berkuda dan baju besi. Baju direka untukmelindungi bahagian tubuh badan yang penting sahaja. Penekanan kepada senjata2 yangsuperior.

    C) Kesimpulan

    Kedua-dua idea ketenteraan ini mendapat sambutan daripada pemimpin sezaman mereka.Kedua-duanya memperkenalkan konsep idea ketenteraan yang saintifik dan mempun yai

    persamaan iaitu mengutamakan falsafah matlamat menghalalkan cara .

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    15/23

    Bincangkan organisasi ketenteraan

    tamadun Mesopotamia dan India.

    Pengenalan

    Organisasi ketenteraan merujuk kepada jenis -jenis tentera yang mengetuai sesuatu

    peperangan iaitu tentera berjalan kaki, berkuda, berkereta dua roda dan semua organisasi

    ketenteraan lain.

    Kemajuan tamadun awal seperti Mesopotamia dan India telah menubuhkan organisasi

    ketenteraan mereka sendiri dalam mengukuhkan ketahanan dan pertahanan sesebuah

    negara

    Terdapat perbezaan dalam organisasi tamadun di Mesopotamia dan India seperti aspek

    peralatan, pentadbiran, strategi dan taktik.

    Isi Penting

    1.Jenis-Jenis Tentera

    A) Mesopotamia

    Pasukan tentera infantri dan berkereta kuda yang berdisiplin.

    Dibantu oleh sejumlah besar eren atau tentera yang dikerah oleh raja.

    Zaman Tiglathpileser III, tenteranya dibahagikan kepada dua jenis iaitu;

    Infantri ringan pemanah dan skingers dan Infantri berat -tentera lancers

    Pasukan tentera yang hebat, cekap dan profesional.

    B) India

    Terdapat empat ketegori tentera yang utama iaitu

    a) Tentera bergajah

    b) Tentera berkuda

    c) Tentera berkereta kuda

    d) Tentera Infantri

    Terdapat juga kategori tentera lain iaitu;

    a) Tentera lautb) Tentera pengintip

    c) Anggota kumpulan perintis

    d) Komisariat ( pegawai pelabuhan)

    Pemerintahan Moghul tentera India dibahagikan kepada empat divisyen iaitu artileri, infantri,

    kalvari dan tentera laut.

    Arthasastra menyebutkan bahawa tentera India terdiri daripada 45 kereta kuda,45 tentera

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    16/23

    bergajah dan 225 tentera berkuda.

    2.Pentadbiran Tentera atau Logistik

    A) Mesopotamia

    Tentera Assyria mahir dalam pembinaan terowong, merobohkan kubu dan tembok

    pertahanan.

    Tentera Assyria merupakan masyarakat militer pertama di dunia yang mengasaskan

    organisasi ketenteraan yang paling cekap dan paling awal menggunakan besi dan gangsa

    bagi membuat senjata, kereta kuda dan armor.

    B) India

    Kapal laut digunakan oleh tentera India untuk mengangkut tentera di sepanjang sungai

    utama di India.

    Terdapat ahli perubatan yang memberikan bantuan kepada tentera yang tercedera dalam

    peperangan.

    3.Komposisi tentera

    A) Mesopotamia

    Zaman Sargon bilangan tentera diraja sebanyak 5400 orang. Gabenor wilayah mempunyai

    bilangan tenteranya sendiri.

    Zaman Tiglathpileser III seramai 500, 000 tentera Ashunasirpal yang terlibat termasuk

    tentera negeri naungan dalam perang Qargar.

    B) India

    Menurut Arthasastra satu unit tentera mempunyai;

    a) 45 gajah

    b) 225 kuda

    c) 675 tentera

    d) 45 kereta kuda

    Chandragupta Maurya dikatakan mempunyai 600 00 0 tentera.

    Raja Chola telah menawan jajahan takluknya dengan menggunakan 900 000 tentera.

    4.Strategi Peperangan

    A) Mesopotamia.

    1. Kekuatan tentera Assyria bergantung kepada kecekapan menggunakan senjata.

    2. Mereka mempunyai askar -askar yang mahir dalam perancangan strategi seperti

    merobohkan kubu-kubu, tembok pertahanan dan membina terowong.

    3. Apabila menawan sesebuah bandar, harta benda dirampas, penduduk ditawan dan

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    17/23

    dibunuh. Bandar dibakar.

    B) India

    1. Tentera mahir Membina kubu pertahanan

    2. Pembinaan kubu-kubu yang klasik didapati di Kansubi dan Susulpalgarta di Drissa.

    3. Contoh tembok yang panjang dibina di kota Rajagraha ibu kota Magadha untuk

    menghalang musuh.

    5.Taktik Peperangan

    A) Mesopotamia

    1. Memperkenalkan kereta kuda secara meluas.

    2. Kereta kuda digunakan dalam kempen peperangan di kawasan gunung.

    3. Tentera berkuda dilengkapi dengan busur dan tentera berjalan kaki handal dalam

    memanah.

    B) India

    1. Tentera Infantri bersenapang dan mahir gunakan pedang.

    2. Gajah digunakan sebagai kereta perisai.

    3. Gajah digunakan untuk memecah barisan hadapan, benteng pertahanan dan

    mengangkut senjata seperti lembing dan busur.

    4. Contoh: Barbar gunakan senjata api dalam peperangan Panipat dan Khanwa serta

    penggunaan Mortar.

    6.Gaji Tentera

    A) Mesopotamia

    1. Mengikut kod Hammurabi tentera tidak dibayar gaji.

    2. Tentera akan diberi tanah yang tidak boleh dipindah milik, ternakan dan harta rampasan

    perang.

    B) India

    1. Tentera diberi harta rampasan perang zaman Moghul tentera diberi gaji tetap da ri

    perbendaharaan diraja.

    7.Alat kelengkapan

    A) Mesopotamia

    1. Penggunaan lembing dan anak panah dalam peperangan.

    2. Perisai tidak digunakan untuk melindungi diri

    B) India

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    18/23

    1. Meriam, kayu pelontar, lembing, busur dan pedang digunakan dalam peperangan .

    8. Peranan wanita

    A) Mesopotamia

    Wanita dihantar ke medan perang untuk membantu menyediakan makanan.

    B) India

    Wanita berkhidmat dalam menyedia dan membekal makanan kepada tentera.

    Kesimpulan

    Organisasi ketenteraan yang lengkap dan sistematik amat penting dalam sesebuah kerajaan

    bagi memperoleh kejayaan dalam sesuatu misi peperangan.Mereka telah mengamalkan organisasi ketenteraan yang berbeza namun segalanya dilihat

    sebagai persiapan yang kukuh dan rapi bagi memastikan kejayaan mereka.

    Pembahagian-pembahagian yang dilakukan serta kelengkapan teknologi peperangan jelas

    menunjukkan mereka semakin berkembang dari segi kemahiran dan kecekapan

    menghadapi musuh.

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    19/23

    36 STRATEGI SUN TZU

    Bab 1

    Strategi 1Perdaya Langit untuk melewati Samudera.

    Bergerak di kegelapan dan bayang -bayang, menggunakan tempat -tempat tersembunyi, ataubersembunyi di belakang layar hanya akan menarik kecurigaan. Untuk memperlemahpertahanan musuh anda harus bertindak di tempat terbuka menyembunyikan maksudtersembunyi anda dengan aktiviti biasa sehari -hari.

    Strategi 2Kepung Wei untuk menyelamatkan Zhao.Ketika musuh terlalu kuat untuk diserang, seranglah sesuatu yang berharga yangdimilikinya. Ketahui bahwa musuh tidak selalu kuat di semua hal. Entah dimana, pasti adacelah di antara senjatanya, kelemahan pasti dapat diserang. Dengan kata lain, anda dapatmenyerang sesuatu yang berhubungan atau dianggap berharga oleh musuh untukmelemahkannya secara psikologis.

    Strategi 3Pinjam tangan seseorang untuk membunuh. (Bunuh dengan pisau pinjaman.)Serang dengan menggunakan kekuatan pihak lain (kerana kekuatan yang minima atau tidakingin menggunakan kekuatan sendiri). Perdaya sekutu untuk me nyerang musuh, sogokpegawai musuh untuk menjadi pengkhianat, atau gunakan kekuatan musuh untuk melawandirinya sendiri.

    Strategi 4Buat musuh kelelahan sambil menghemat tenaga.

    Adalah sebuah keuntungan, merencanakan waktu dan tempat pertempuran. Dengan caraini, anda akan tahu kapan dan di mana pertempuran akan berlangsung, sementara musuhanda tidak. Dorong musuh anda untuk menggunakan tenaga secara sia -sia sambil andamengumpulkan/menghemat tenaga. Saat ia lelah dan bingung, anda dapat menyerangnya.

    Strategi 5Gunakan kesempatan saat terjadi kebakaran untuk merampok lainnya. (Merompaksebuah rumah yang terbakar.)

    Saat sebuah negara mengalami konflik internal, ketika terjangkit penyakit dan kelaparan,ketika korupsi dan kejahatan merajalela, maka ia tid ak akan bisa menghadapi ancaman dariluar. Inilah waktunya untuk menyerang.

    Strategi 6Berpura-pura menyerang dari timur dan menyeranglah dari barat.

    Pada tiap pertempuran, elemen dari sebuah kejutan dapat menghasilkan keuntunganganda. Bahkan ketika berhadapan langsung dengan musuh, kejutan masih dapat digunakandengan melakukan penyerangan saat mereka lengah. Untuk melakukannya, anda harus

    membuat perkiraan akan apa yang ada dalam benak musuh melalui sebuah tipu daya.

    Bab 2

    Strategi 7

    Buatlah sesuatu untuk hal kosong.Anda menggunakan tipu daya yang sama dua kali. Setelah beraksi terhadap tipuanpertama dan biasanya- kedua, musuh akan ragu-ragu untuk bereaksi pada tipuan

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    20/23

    yang ketiga. Lantarannya, tipuan ketiga adalah serangan sebenarnya untukmenangkap musuh saat pertahanannya lemah.

    Strategi 8Secara rahsia pergunakan lintasan Chen Chang. (Perbaiki jalan utama untukmengambil jalan lain.) contoh: invasi Sekutu di Normandia dan muslihat Pas deCalais.

    Serang musuh dengan dua kekuatan konverg en. Yang pertama adalah seranganlangsung, sesuatu yang sangat jelas dan membuat musuh mempersiapkanpertahanannya. Yang kedua secara tidak langsung, sebuah serangan yangmenakutkan, musuh tidak mengira dan membagi kekuatannya sehingga pada saat -saat terakhir mengalami kebingungan dan kemalangan.

    Strategi 9Pantau api yang terbakar sepanjang sungai.Tunda untuk memasuki wilayah pertempuran sampai seluruh pihak yang bertikaimengalami kelelahan akibat pertempuran yang terjadi antara mereka. Kemudianserang dengan kekuatan penuh dan habiskan.

    Strategi 10

    Pisau tersarung dalam senyum.Puji dan jilat musuh anda. Ketika anda mendapat kepercayaan darinya, anda bergerakmelawannya secara rahsia.

    Strategi 11Pohon kecil berkorban untuk pohon besar. (Mengorbank an perak untukmempertahankan emas.)Ada suatu keadaan dimana anda harus mengorbankan tujuan jangka pendek untukmendapatkan tujuan jangka panjang. Ini adalah strategi kambing hitam dimanaseseorang akan dikorbankan untuk menyelamatkan yang lain.

    Strategi 12Mencuri kambing sepanjang perjalanan (Ambil kesempatan untuk mencuri kambing.) Sementara tetap berpegang pada rencana, anda harus cukup fleksibel untukmengambil keuntungan dari tiap kesempatan yang ada sekecil apapun.

    Bab 3

    Strategi 13Kagetkan ular dengan memukul rumput di sekitarnya.Ketika anda tidak mengetahui rencana lawan secara jelas, serang dan pelajari reaksilawan. Perilakunya akan membongkar strateginya.

    Strategi 14Pinjam mayat orang lain untuk menghidupkan kembali jiwanya. (Menghidu pkankembali orang mati.) Ambil sebuah lembaga, teknologi, atau satu cara yang telah dilupakan atau tidak

    digunakan lagi dan gunakan untuk kepentingan diri sendiri. Hidupkan kembalisesuatu dari masa lalu dengan memberinya tujuan baru atau terjemahkan kemb ali,dan bawa ide-ide lama, kebiasaan, dan tradisi ke kehidupan sehari -hari.

    Strategi 15Permainkan harimau untuk meninggalkan sarangnya.Jangan pernah menyerang secara langsung musuh yang memiliki keunggulan akibatposisinya yang baik. Permainkan mereka untuk meninggalkan sarangnya sehinggamereka akan terjauh dari sumber kekuatannya.

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    21/23

    Strategi 16Pada saat menangkap, lepaslah satu orang.Mangsa yang tersudut biasanya akan menyerang secara membabi buta. Untukmencegah hal ini, biarkan musuh percaya bahw a masih ada kesempatan untuk bebas.Hasrat mereka untuk menyerang akan teredam dengan keinginan untuk melarikandiri. Ketika pada akhirnya kebebasan yang mereka inginkan tersebut tak terbukti,moral musuh akan jatuh dan mereka akan menyerah tanpa perlawana n.

    Strategi 17MelemparBatu Bata untuk mendapatkan Giok.Persiapkan sebuah jebakan dan perdaya musuh anda dengan umpan. Dalam perang,umpan adalah ilusi atas sebuah kesempatan untuk memperoleh hasil.Dalamkeseharian, umpan adalah ilusi atas kekayaan, ke kuasaan, dan sex.

    Strategi 18Kalahkan musuh dengan menangkap pemimpinnya.Jika tentara musuh kuat tetapi dipimpin oleh komandan yang mengandalkan uangdan ancaman, maka ambil pemimpinnya. Jika komandan mati atau tertangkap makasisa pasukannya akan terp ecah belah atau akan lari ke pihak anda. Akan tetapi jikapasukan terikat atas sebuah kepercayaan terhadap pimpinannya, maka berhati -

    hatilah, pasukan akan dapat melanjutkan perlawanan dengan motivasi balas dendam.

    Bab 4Strategi 19Jauhkan kayu bakar dari tungku masak. (Lepaskan pegangan kayu dari kapaknya.) Ketika berhadapan dengan musuh yang sangat kuat untuk menghadapinya secaralangsung anda harus melemahkannya dengan meruntuhkan dasarnya dan menyerangsumberdayanya.

    Strategi 20Memancing di air keruh.Sebelum menghadapi pasukan musuh, buatlah sebuah kekacauan untukmemperlemah persepsi dan pertimbangan mereka. Buatlah sesuatu yang tidak biasa,

    aneh, dan tak terpikirkan sehingga menimbulkan kecurigaan musuh danmengacaukan pikirannya. Musuh yang b ingung akan lebih mudah untuk diserang.

    Strategi 21Lepaskan kulit serangga. (Penampakan yang salah menipu musuh.) Ketika anda dalam keadaan tersudut, dan anda hanya memiliki kesempatan untukmelarikan diri dan harus menyatukan kelompok, buatlah sebuah i lusi. Sementaraperhatian musuh terfokus atas muslihat yang anda lakukan, pindahkan pasukan andasecara rahasia di belakang muka anda yang terlihat.

    Strategi 22Tutup pintu untuk menangkap pencuri.Jika anda memiliki kesempatan untuk menangkap seluruh mu suh maka lakukanlah,sehingga dengan demikian pertempuran akan segera berakhir. Membiarkan musuh

    untuk lepas akan menanam bibit dari konflik baru. Akan tetapi jika mereka berhasilmelarikan diri, berhati -hatilah dalam melakukan pengejaran.

    Strategi 23Berteman dengan negara jauh dan serang negara tetangga.Jamak diketahui bahwa negara yang berbatasan satu sama lain menjadi musuhsementara negara yang terpisah jauh merupakan sekutu yang baik. Ketika andaadalah yang terkuat di sebuah wilayah, ancaman terbe sar adalah dari terkuat kedua diwilayah tersebut, bukan dari yang terkuat di wilayah lain.

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    22/23

    Strategi 24Cari lintasan aman untuk menjajah Kerajaan Guo.Pinjam sumberdaya sekutu untuk menyerang musuh bersama. Sesudah musuhdikalahkan, gunakan sumberdaya t ersebut untuk menempatkan sekutu anda padaposisi pertama untuk diserang.

    Bab 5Strategi 25Gantikan balok dengan kayu jelek.Kacaukan formasi musuh, ganggu metod operasinya, ubah aturan -aturan yangdigunakannya, buatlah satu hal yang berlawanan dengan latihan standardnya.Dengan cara ini anda telah meruntuhkan tiang -tiang pendukung yang diperlukan olehmusuh dalam membangun pasukan yang efektif.

    Strategi 26Lihat pada pohon marlberi dan ganggu ulatnya.Untuk mendisiplinkan, mengawal, dan mengingatkan suatu pihak yang status atauposisinya di luar konfrontasi langsung; gunakan analogi atau sindiran. Tanpalangsung menyebut nama, pihak yang tertuduh tidak akan dapat memukul balik tanpakeberpihakan yang jelas.

    Strategi 27Pura-pura menjadi seekor babi untuk memakan harimau. (Bergaya bodoh.) Sembunyi di balik topeng ketololan, mabuk, atau gila untuk menciptakankebingungan atas tujuan dan motivasi anda. Tipu lawan anda ke dalam sikapmeremehkan kemampuan anda sampai pada akhirnya terlalu yakin akan diri sendirisehingga menurunkan level pertahanannya. Pada situasi ini anda dapatmenyerangnya.

    Strategi 28Jauhkan tangga ketika musuh telah sampai di atas (Seberangi sungai dan hancurkanjambatan.)Dengan umpan dan tipu muslihat mengacah musuh anda ke dalam daerah berbahaya.

    Kemudian putus jalur komunikasi dan jalan untuk melarikan diri. Untukmenyelamatkan dirinya, dia harus bertarung dengan kekuatan anda dan sekaliguselemen alam.

    Strategi 29Hias pohon dengan bunga palsu.Menempelkan kembang sutera di a tas pohon memberikan sebuah ilusi bahwa pohontersebut sehat. Dengan menggunakan muslihat dan penyamaran akan membuatsesuatu yang tak berarti tampak berharga; tak mengancam kelihatan berbahaya;bukan apa-apa kelihatan berguna.

    Strategi 30Buat tuan rumah dan tamu bertukar tempat.Kalahkan musuh dari dalam dengan menyusup ke dalam benteng lawan di bawahmuslihat kerjasama, penyerahan diri, atau perjanjian damai. Dengan cara ini andaakan menemukan kelemahan dan kemudian saat pasukan musuh sedang beri stirahat,serang secara langsung ke jantung pertahanannya.

    Bab 6Strategi 31Jebakan indah. (jebakan bujuk rayu, gunakan seorang perempuan untuk menjebakseorang laki-laki.)Kirim musuh anda perempuan -perempuan cantik yang akan menyebabkan

  • 8/7/2019 TAMADUN DUNIA tema 3

    23/23

    perselisihan d i basis pertahanannya. Strategi ini dapat bekerja pada tiga tingkatan.Pertama, penguasa akan terpesona oleh kecantikannya sehingga akan melalaikantugasnya dan tingkat kewaspadaannya akan menurun. Kedua, para laki -laki akanmenunjukkan sikap agresifnya ya ng akan menyulut perselisihan kecil di antaramereka, menyebabkan lemahnya kerjasama dan jatuhnya semangat. Ketiga, paraperempuan akan termotivasi oleh rasa cemburu dan iri, sehingga akan membuat intrikyang pada gilirannya akan semakin memperburuk situas i.

    Strategi 32Kosongkan benteng. (Perangkap psikologis, benteng yang kosong akan membuatmusuh berpikir bahwa benteng tersebut penuh dengan perangkap.) Ketika musuh kuat dalam segi jumlah dan situasinya tidak menuntungkan bagi dirianda, maka tanggalkan seluruh muslihat militer dan bertindaklah seperti biasa. Jikamusuh tidak mengetahui secara pasti situasi anda, tindakan yang tidak biasanya iniakan meningkatkan kewaspadaan. Dengan sebuah keberuntungan, musuh akanmengendorkan serangan.

    Strategi 33Biarkan mata-mata musuh menyebarkan konflik di wilayah pertahanannya. (Gunakanmata-mata musuh untuk menyebarkan informasi palsu.)

    Perlemah kemampuan tempur musuh anda dengan secara diam -diam membuatkonflik antara musuh dan teman, sekutu, penasihat, komandan, prajurit, danrakyatnya. Sementara ia sibuk untuk menyelesaikan konflik internalnya, kemampuantempur dan bertahannya akan melemah.

    Strategi 34Lukai diri sendiri untuk mendapatkan kepercayaan musuh. (Masuk pada jebakan;jadilah umpan.)Berpura-pura terluka akan mengakibatkan dua kemungkinan. Kemungkinan pertama,musuh akan bersantai sejenak oleh karena dia tidak melihat anda sebagai sebuahancaman serius. Yang kedua adalah jalan untuk menjilat musuh anda denganberpura-pura luka oleh sebab musuh merasa aman.

    Strategi 35Ikat seluruh kapal musuh secara bersamaan (Jangan pernah bergantung pada satustrategi.)Dalam hal-hal penting, seseorang harus mengg unakan beberapa strategi yangdijalankan secara simultan. Tetap berpegang pada rencana berbeza -beza yangdijalankan pada sebuah skema besar; dengan cara ini, jika satu strategi gagal, andamasih memiliki beberapa strategi untuk tetap maju.

    Strategi 36

    Selain dari semua hal di atas, salah satu yang paling dikenal adalah strategi ke 36: lariuntuk bertempur di lain waktu.Hal ini diabadikan dalam bentuk peribahasa Cina:Jika seluruhnya gagal, mundur - Jika keadaannya jelas bahwa seluruh rencana aksianda akan mengalami kegagalan, mundurlah dan persatukan pasukan. Ketika pihakanda mengalami kekalahan hanya ada tiga pilihan: menyerah, kompromi, ataumelarikan diri. Menyerah adalah kekalahan total, kompromi adalah setengah kalah,tapi melarikan diri bukanlah sebuah kekalahan.Selama anda tidak kalah, anda masih memiliki sebuah kesempatan untuk menang!