peranan amerika syarikat dalam menguasai senario politik dunia menurut perspektif tamadun masa...

27
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA LAN 1012 TAMADUN ISLAM DAN ASIA TENGGARA TAJUK : KUMPULAN 5 “PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI” Disediakan Oleh : TITAS/FKJ3 1 Nama No.Matri k Jurusan MUHAMMAD REYZUL EDRY BIN MUSTAFA 2140818 ZK50 MOHAMAD NAZRIN BIN OTHMAN 2140809 ZK50 MUHAMMAD NOR AL-BAIN BIN NORJAMAL 2140814 ZK50 WASIM AKRAM BIN ZAKARIA 2149811 ZK08

Upload: mdreyzul-mustafa

Post on 19-Feb-2017

1.255 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 1

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

LAN 1012 TAMADUN ISLAM DAN ASIA TENGGARA

TAJUK : KUMPULAN 5 “PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI”Disediakan Oleh :

Nama No.Matrik

Jurusan

MUHAMMAD REYZUL EDRY BIN MUSTAFA

2140818 ZK50

MOHAMAD NAZRIN BIN OTHMAN 2140809 ZK50MUHAMMAD NOR AL-BAIN BIN NORJAMAL

2140814 ZK50

WASIM AKRAM BIN ZAKARIA 2149811 ZK08

Page 2: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 2

Amerika Syarikat telah memperolehi kemerdekaannya daripada British pada 4 Julai 1776 melalui satu revolusi yang besar.

Ia dianggap sebagai satu proses penting dalam pembentukan Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi-liberal.

Amerika Syarikat menguasai lebih daripada separuh kawasan benua Amerika Utara dan merupakan negara keempat terbesar di dunia selepas Russia yang merangkumi keluasan 3.79 batu persegi.

Kepelbagaian ras dan etnik yang mendiami Amerika Syarikat telah memberikan implikasi besar terhadap politik negara itu dan disifatkan sebagai pelbagai(diversity) serta majmuk (plural).

1.0 Pendahuluan

Page 3: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 3

Dasar luar Amerika Syarikat bukan hanya saling berkait dengan perkembangan politik domestik malahan juga mempengaruhi perkembangan politik antarabangsa.

Terdapat dua bentuk dasar luar yang pernah diamalkan oleh Amerika Syarikat iaitu dasar isolasi (pengasingan) dan dasar campurtangan.

Polisi atau dasar luar Amerika Syarikat pada peringkat awalnya, ia lebih kepada pengecualian kuasa di mana ketika itu mereka lebih menumpukan perhatian dalam perkara-perkara yang berhubung dengan hal-hal dalam negeri.

Polisi atau dasar luar Amerika Syarikat pada peringkat awalnya, ia lebih kepada pengecualian kuasa di mana ketika itu mereka lebih menumpukan perhatian dalam perkara-perkara yang berhubung dengan hal-hal dalam negeri.

2.0 Prinsip Dasar Luar A.S

Page 4: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 4

*** Ini adalah selaras dengan kandungan Doktrin Monroe yang diisytiharkan oleh Presiden James Monroe dan ia dianggap sebagai asas kepada polisi luar Amerika.

Antara Kandungan Doktrin :-i. Hemisfera Barat tidak terbuka untuk dijajah oleh mana-mana kuasa

Eropahii. Sebarang percubaan mana-mana negara Eropah untuk menubuhkan

koloni-koloni baru atau mengawal negara Amerika akan dianggap sebagai tindakan tidak bersahabat dengan Amerika.

iii. Amerika tidak boleh campur tangan dalam urusan-urusan Eropah atau dalam sebarang urusan  koloni-koloni yang telah sedia bebas.

iv. Pada masa yang sama, Eropah juga tidak boleh mengganggu status politik mana-mana negara yang bebas di Hemisfera Barat.

2.1 Kandungan Doktrin A.S

Page 5: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 5

I. Memelihara keselamatan negara daripada tindakan keganasan dan subversif.

II. Meningkatkan kekayaan dalaman.III. Memelihara nilai-nilai kebebasan dan demokrasi dalaman dan luar

negara.IV. Bertindak secara konsisten mengikut nilai-nilai kemanusiaan negara.V. Memerangi sebarang tindakan yang mencabul ketertinggian undang-

undang dan kestabilan domestik terutamanya dalam soal keganasan dan penyeludupan dadah.

2.2 “ 4 Matlamat Utama Dasar Luar A.S”

Page 6: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 6

I. Menjadikan dunia ini terbuka dan selesa, mengikut peristilahan semasa untuk globalisasi, khususnya syarikat transnasional yang berpengkalan di Amerika.

II. Memperkukuhkan penyata kewangan kontraktor pertahanan di dalam negara yang bermurah hati memberi sumbangan kepada ahli Kongres dan penghuni Rumah Putih.

III. Mencegah kebangkitan mana-mana masyarakat yang boleh menjadi contoh alternatif yang berjaya daripada model kapitalis.

IV. Memperluaskan sebanyak mungkin hegemoni politik dan ketenteraan terhadap mana-mana bahagian di dunia demi untuk menghalang kebangkitan sebarang kuasa serantau yang mampu mencabar keagungan Amerika, dan mewujudkan orde baru dunia mengikut acuan mereka selaras dengan kehendak satu-satunya sahaja kuasa besar dunia. 

2.3 “4 Keutamaan Keperluan Berkhidmatan Lain”

***Menurut ‘William Blum’ dari sumber buku bertajuk ‘Negara Samseng’

Page 7: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 7

Menurut K.J. Holsti (1977), dalam konteks hubungan antarabangsa kuasa merupakan kapasiti umum sebuah negara dalam mengawal tindakan-tindakan negara lain.

Sekiranya ini merupakan asas kepada semua proses-proses politik antarabangsa, kapasiti untuk mengawal tingkahlaku boleh dilihat dalam beberapa cara seperti :

Pengaruh :-Iaitu penggunaan beberapa bentuk kapabiliti sebagai instrumen pendorong, pemujukan,

penghargaan, ancaman atau hukuman. Proses :- Merujuk kepada proses yang menunjukkan bahawa terdapatnya perhubungan di antara A dan B. Kuasa :-  Kuasa dianggap sebagai kuantiti atau boleh diukur yang akan memaksa B untuk akur 

kepada. Walau bagaimanapun, kuasa sebgai satu kuantiti hanya akan bermakna apabila ia dibandingkan dengan kuasa aktor-aktor lain. 

 

3.0 Konsep Kuasa

Page 8: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 8

Samuel P. Huntington (1999) di dalam buku bertajuk  “The Lonely Superpower”mendefinisikan kuasa unipolar sebagai A system would have one superpower, no significant major powers and many minor powers.

Keruntuhan Soviet Union dan perpecahan Eropah Timur sebagai kuasa paksi komunisme serta kebungkaman kepimpinan Asia Barat dan dunia Islam pada tahun 1991.

Telah menobatkan Amerika Syarikat sama ada secara langsung atau tidak langsung, sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tunggal. 

Fenomena ini ditambah lagi dengan proses pensejagatan dalam bidang demokrasi liberal dan perdagangan bebas.

Faktor keseimbangan kuasa yang selama ini melingkungi era Perang Dingin telah mengalami kemusnahan dan menandakan sejarah permusuhan di antara dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union telah berakhir.

4.0 A.S & KUASA UNIPOLAR

Page 9: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 9

Pada tahun 1990-an, dunia hanya mempunyai satu superpower yang tiada tolok bandingannya iaitu Amerika Syarikat.   

Pada masa kini Amerika Syarikat sedang menandai hegemoni dunia dalam kebanyakan bidang terutamanya politik, ekonomi, kebudayaan, sosial dan ketenteraan.

Dominasi tersebut  tidak pernah dialami oleh dunia sebelum ini di mana sebuah kuasa besar itu menikmati kelebihan yang terbesar dalam keupayaan material seperti pertahanan, ekonomi, teknologi dan geografi menurut G. John Ikenberry, Michael Mastanduno dan William C. Wohlforth .

Kekuatan dan keupayaan Amerika Syarikat terutamanya dalam bidang ketenteraan telah menjadikan kuasa negara itu berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Kenyataan ini disokong oleh laporan Stockholm International Peace Research Institue pada tahun 2006 yang mencatatkan bahawa perbelanjaan ketenteraan Amerika Syarikat mewakili 46 peratus daripada perbelanjaan ketenteraan dunia dan 65.6 peratus daripada perbelanjaan ketenteraan kuasa-kuasa besar.

Page 10: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 10

Mantan Presiden Amerika Syarikat, George H. Bush ketika berucap dalam persidangan Kongres pada 11 September 1990 menyatakan bahawa dunia hari ini sedang bergelut dengan penghidupan baru, satu dunia yang mana negara-negara mengenalpasti tanggungjawab bersama untuk memupuk kebebasan dan keadilan serta negara yang kuat menghormati hak-hak negara yang lemah .

Justeru, beliau telah menggariskan secara objektif mengenai pembentukan dan kewujudan oder baru dunia yang bebas daripada ancaman keganasan, kuat mempertahankan keadilan dan lebih menjamin kepada kewujudan keamanan dunia. 

Menurut Mittleman, jika berdasarkan intipati ucapan tersebut adalah wajar agar semua pihak mengalu-alukannya atas dasar keamanan, keharmonian dan kemakmuran. 

5.0 Kuasa Unipolar A.S & Keamanan Dunia

Page 11: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 11

Berdasarkan perkembangan politik dunia hari ini ternyata itu hanyalah  retorik semata-mata dan Amerika Syarikat jelas gagal dalam usaha untuk menjamin keamanan dunia.

Beberapa tindakan negara kuasa besar tunggal ini dalam kebanyakan isu antarabangsa yang cuba ditanganai bukan sekadar menimbulkan kontroversi malahan semakin merumitkan lagi konflik yang telah sedia ada.

Pembentukan dunia unipolar dan tindakan unilateral pada masa kini telah membolehkan Amerika Syarikat bertindak bermaharajalela tanpa sebarang kawalan.

Keadaan seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana dalam konteks hubungan antarabangsa ada tatacara antara satu Negara dengan Negara Jiran yang perlu diikuti dan disanjung tinggi.

Page 12: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 12

Proses penguasaan, pendominasian dan pensejagatan yang merupakan antara ciri-ciri sistem unipolar adalah suatu agenda kesinambungan daripada proses kolonialisme serta imperialisme. 

Beberapa peristiwa yang berlaku di benua Afrika seperti konflik Darfur contohnya dapat membuktikan hakikat tersebut.

Konflik yang berpunca akibat beberapa faktor seperti bencana alam, oportunis politik, masalah politik serantau, pembangunan tidak seimbang di antara pusat bandar di sekitar Sungai Nil dan wilayah pinggiran seperti Darfur sebenarnya tidak kena mengena dengan Amerika Syarikat.

Sebaliknya Amerika Syarikat sendiri yang beriya-iya untuk campurtangan dalam konflik tersebut untuk mengalihkan pandangan dunia terhadap pencerobohan mereka di Iraq yang mendapat kecaman pelbagai pihak.

5.1 Dasar Kolonialisme dan Imperialisme Amerika Syarikat Di Negara-negara Dunia Ketiga

Page 13: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 13

Tindakan tersebut juga merupakan satu  tekanan terhadap Kerajaan Sudan dan ia menjadi lebih buruk selepas tragedi 11 September 2001. 

Peristiwa itu telah mencetuskan fenomena “ Islamiphobia” apabila Amerika Syarikat bersama sekutu rapatnya Britain mensasarkan kemarahan mereka terhadap pemerintahan pro Islam seperti Sudan. 

Bekas Menteri Luar Negeri Sudan, Muhammad Najib El Khair pernah mengatakan bahawa keadaan di Darfur bukan satu pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai yang memerlukan campurtangan asing, sebaliknya ia semata-mata berpunca daripada perebutan hasil bumi

Walau atas apa sahaja alasan yang dikemukakan adalah jelas bahawa kekacauan di Darfur (barat Sudan) sebenarnya merupakan batu loncatan kepada Amerika Syarikat untuk masuk ke wilayah tersebut demi meraih potensi kekayaan alam di situ.

Apa yang nyata campurtangan Amerika dengan kuasa unipolar yang dimiliki hanya menambahkan kecelaruan kepada konflik yang sedia ada.

Page 14: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 14

Isu keganasan antarabangsa begitu banyak dibicarakan terutamanya selepas peristiwa pengeboman ke atas bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia di Manhattan, New York pada 11 September 2001.

Malahan, semua elemen yang berkaitan dengan Islam dianggap negatif daripada kacamata negara-negara barat. 

Senario ini telah mengubah lanskap politik antarabangsa apabila pihak Barat diketuai oleh Amerika Syarikat melancarkan dasar agresif terhadap negara-negara dan pertubuhan Islam yang dikaitkan dengan jenama pengganas untuk menghalalkan cara dan tindakannya (Kassim Thukiman dan Dr. Durrishah Idrus). 

Tuduhan barat bahawa Islam menaja keganasan adalah tidak tepat kerana unsur tersebut sebenarnya terdapat juga di kalangan bangasa serta agama lain yang merasa diri mereka ditindas. 

5.2 A.S & Isu Keganasan Antarabangsa

Page 15: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 15

Tun Dr Mahathir Mohammad pernah mencadangkan agar mentakrifkan semula istilah ` terrorism` secara universal yang sepatutnya diformulakan secara sistematik agar dapat diterima oleh semua pihak.

Mengaitkan Islam dengan pengganas adalah merupakan sesuatu yang “completely unjustified”.

Pendekatan ini penting untuk melandasi perbincangan secara intelektual dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.  Jika hanya pihak Barat sahaja yang dibenarkan mendefinisikannya sudah pasti ia tidak adil dan bersifat berat sebelah.

Ini adalah kerana aktiviti pengganas tidak hanya terhad ke atas negara-negara Islam tetapi boleh berlaku di mana-mana sahaja. 

Sejarah juga telah menunjukkan dan membuktikan fenomena tersebut turut pernah berlaku di bumi Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Asia Timur dan benua Eropah.

Agak menghairankan dalam menangani isu keganasan antarabangsa ini Amerika Syarikat kelihatan seperti hilang punca dan ketiadaan pemikiran rasional untuk melihat semula atau merenung jauh ke dalam seterusnya mencari punca boleh berlaku fenomena tersebut. 

Page 16: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 16

Walaupun memegang status selaku kuasa besar tunggal di dunia dan memiliki daya keintelektualan yang selama ini disanjung tinggi olehmasyarakat dunia, mereka tiba-tiba bertindak di luar pemikiran rasional.

Kecanggihan teknologi yang dimiliki hanya dijadikan alat untuk menindas golongan lemah. 

Tanpa sebarang penyelidikan dan penelitian apatah lagi bukti yang sahih, Amerika Syarikat lantas menuduh bahawa Osama bin Laden adalah ketua pengganas dan merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap tragedi 11 September 2011.

Pada masa yang sama mereka terus mengaitkannya dengan pertubuhan Al-Qaeda yang selama ini bersikap anti-Amerika Syarikat. 

Kerajaan Afghanistan yang dipimpin oleh kumpulan Taliban pula telah menjadi sasaran mereka & tindakan tidak rasional ini walaupun dilakukan atas nama menentang keganasan,  ia menimbulkan ketegangan antarabangsa dan telah dikecam oleh para pencinta keamanan dunia. 

Page 17: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 17

Amerika Syarikat jelas menguasai pentas politik dunia dalam isu memerangi keganasan terutama yang melibatkan umat Islam.

Satu persoalan yang menjadi fokus ialah mengapa tindakan negara Uncle Sam itu menjajah dan menceroboh beberapa buah negara seperti Nicaragua, Somalia, Sudan, Kuwait, Libya, Vietnam, Iran dan Iraq tidak pula dianggap sebagai pengganas antarbangsa. 

Pada masa yang sama amat jelas betapa organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikuasai oleh Amerika Syarikat hanya berdiam diri dan tidak membuat sebarang tindakan tegas untuk menyekat perbuatan ganas Israel terhadap umat Islam Palestin sejak sekian lama. 

Amerika Syarikat kelihatan teragak-agak untuk membuat ketetapan mengecam negara tersebut seperti dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra dan Shatila. 

5.3 Dasar Keganasan A.S Terhadap Isu Palestin & Keganasan Israel

Page 18: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 18

Krisis di Palestin ini terus berlarutan dan masyarakat dunia terutama Amerika Syarikat yang menjadi satu-satunya  kuasa besar tidak mampu menghalang pembinaan tembok keselamatan yang dibina oleh pihak Israel.

Pada masa yang sama pembunuhan secara terbuka pihak Israel terhadap penduduk awam Israel terus berlaku walaupun pelbagai perjanjian damai telah ditandatangani di seluruh dunia. 

Pihak barat terutamanya Amerika Syarikat tidak wajar mempersalahkan tindakan kumpulan jihad Islam, Hamas dan Hizbullah untuk bertindakbalas terhadap militan Israel di atas kezaliman tersebut.

Malah bekas pemimpin utama pergerakan Hamas yang berpangkalan di Bandaraya Gaza iaitu allahyarham Sheikh Ahmad Yassin pernah menyimpulkan bahawa tindakan Amerika Syarikat melakukan pencerobohan serta peperangan adalah merupaka tindakan berterusan untuk memusuhi dunia Islam.

Page 19: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 19

Sama ada disedari atau tidak realiti yang paling penting pada masa kini yang mencabar tamadun Islam dan tamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan kebendaan yang dicipta dan didominasi oleh dunia Barat moden.

Menyedari kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidakakan dapat merancang masa depan kita dengan sebaik-baiknya.

Kesan dan dampak dunia Barat moden ke atas masyarakat Islam dan Asia sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan sama sekali ciri-ciri jati diri (identiti) bagi seseorang Islam atau seseorang Asia pada peringkat individu dan jati diri tamadun Islam dan jati diri tamadun-tamadun Asia pada peringkat kolektif.

Keseluruhan dunia pada hari inikelihatan seolah-olah ‘sebuah dunia Barat yang besar’ yang bersifat hegemonik, yang tidak langsung memperlihatkan identiti selain daripada identiti tamadun Barat.

6.0 Cabaran Globalisasi “Dampak Budaya Kebendaan Barat”

Page 20: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 20

Penjajahan Barat mempunyai kesan yang meluas dan mendalam ke atas masyarakat Islam dan Asia sehingga merubah struktur ekonomi, institusi politik dan nilai budayanya.

Meskipun kini kebanyakan negara atau masyarakat Islam dan Asia telah mencapai kemerdekaan, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara.

Masyarakat Islam dan Asia sukar dikenali dengan ciri-ciri kebangsaan yang tersendiri dalam semua lapangan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan gaya hidup seseorang sehingga kepada kedaulatan negara dalam membuat keputusan.

Page 21: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 21

Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan.

Sukar untuk dinafikan bahawa politik antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat.

Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan keadaan politik dunia selepas Perang Dunia Kedua, di mana negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang telah berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun, memperolehi kuasa veto.

Amerika Syarikat adalah negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China.

Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik global adalah disebabkan terutamanya oleh kekuatan ketenteraan atau militari.

6.1 Dominasi Politik

Page 22: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 22

zaman penjajahan sebelum ini penjajah Barat mendominasikan sumber-sumber semula jadi wilayah yang dijajah, maka hari ini keadaan yang hampir sama berlaku.

Syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain termasuk juga Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa.

Sistem kewangan antarabangsa pula dikawal oleh sejumlah kecil syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wang dan juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa, yang secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain.

Fenomena seperti ini merupakan satu bentuk penjajahan baru yang terselindung di sebalik gagasan perdagangan tanpa sempadan, perdagangan bebas, atau economic globalisation.

6.2 Dominasi Ekonomi

Page 23: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 23

Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeskportan budayanya.

Pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah hiburan. Pada hari ini filem,muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amerika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia sehingga mempengaruhi cara hidup remaja di seluruh dunia.

American Idol juga telah tersebar luas dan ditiru di beberapa negara lain termasuk Malaysia sebagai satu fenomena globalisasi budaya, di mana cita-cita remaja diberi ekspresi secara kompetitif, dan nilai-nilai seperti menghormati dan menjaga perasaan seseorang individu tidak lagi diutamakan, atas nama keterbukaan di dalam memberi pandangan.

Budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenama-janama seperti Coca-cola, McDonalds, Levi’s dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada budaya global.

6.3 Dominasi Budaya

Page 24: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 24

Masyarakat manusia di merata tempat telah menyedut dan mengasimilasikan jenis-jenis makanan, pakaian dan hiburan ala-Amerika dalam jumlah yang besar dan belum pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini.

Penguasaan kuasa Barat yang begitu mencengkam ke atas bangsa-bangsa manusia yang lain termasuklah masyarakat Islam dan Asia.

Gergasi media Barat khususnya dari Amerika Syarikat seperti CNN, telah menyesuaikan diri dengan tuntutan dan suasana dalam masyarakat Islam dan Asia di mana mereka beroperasi.

Page 25: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 25

Perkembangan politik dunia pasca Perang Dingin adalah dikuasai oleh Amerika Syarikat selaku kuasa besar yang tunggal dan dominasi mereka dalam pelbagai isu antarabangsa memang tidak dapat dinafikan lagi.

Kassim Thukiman dan Prof. Madya Dr. Durrishah Idrus -Suatu Tinjauan Awal berpendapat bahawa pada masa kini, dunia antarabangsa kelihatan menumpukan secara mutlak apa sahaja dasar yang diputuskan oleh kepimpinan Rumah Putih dan PENTAGON.

Dasar luar Washington yang agresif dan bersifat militer terutama selepas tragedi 11 September 2011 hanya banyak mengundang lebih banyak keganasan berleluasa.

Misi keamanan di beberapa buah negara menjadi sebaliknya apabila penduduk tempatan bangun untuk memberontak menentang dasar campurtangan tersebut. 

7.0 Kesimpulan

Page 26: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 26

Tamadun Islam dan barat boleh wujud bersama, jika barat berusaha memahami Islam dan umat Islam.

Sangat sukar dicapai kerana dari kajian yang dibuat, barat tidak pernah ikhlas untuk melakukannya.

Fenomena ini terjadi akibat dari persepsi barat bahawa Islam telah menjadi ancaman kepada mereka.

Mereka sentiasa mengkritik dan mencemuh tamadun Islam dengan desakan supaya Islam akan tunduk kepada dasar dan cara berfikir barat.

Kemunculan kelompok Islam liberal yang banyak dipengaruhi oleh kelompok orienstalis yang menanggap Islam sebagai kolot, dogmatik dan literal telah membantu secara tidak langsung pihak barat menjayakan agenda mensekularisasikan fahaman umat Islam.

Page 27: PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERSPEKTIF TAMADUN MASA KINI

TITAS/FKJ3 27

Sekian…