takrifan konkrit

11
TAKRIFAN KONKRIT Merekabentuk bancuhan konkrit merupakan satu proses memilih juzuk yang sesuai bagi bahan-bahn konkrit supaya bancuhan itu boleh menghasilkan konkrit yang kuat, lasak, mempunyai kebolehkerjaan yang tinggi dan ekonomik. Konkrit boleh didapati dengan tiga (3) cara:- 1) Membancuh dengan menggunakan penyodok 2) Membancuh dengan menggunakan mesin penggaul konkrit 1

Upload: ayang7881

Post on 30-Jun-2015

1.877 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAKRIFAN KONKRIT

TAKRIFAN KONKRIT

Merekabentuk bancuhan konkrit merupakan satu proses memilih juzuk yang sesuai bagi bahan-bahn

konkrit supaya bancuhan itu boleh menghasilkan konkrit yang kuat, lasak, mempunyai kebolehkerjaan

yang tinggi dan ekonomik.

Konkrit boleh didapati dengan tiga (3) cara:-

1) Membancuh dengan menggunakan penyodok

2) Membancuh dengan menggunakan mesin penggaul konkrit

1

Page 2: TAKRIFAN KONKRIT

3) Dibekalkan daripada kilang sebagai konkrit siap campur.

Pembancuhan konkrit samada di tapak bina mahu pun di kilang hendaklah mematuhi nisbah bancuhan

yang ditetapkan untuk menghasilkan konkrit yang bermutu tinggi.

PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA

2

Page 3: TAKRIFAN KONKRIT

Konkrit Siap Campur (Ready Mixed Concrete) digunakan secara meluas di negara ini bagi industri

pembinaan. Penghasilan konkrit siap campur memerlukan perancangan yang teliti kerana ianya

melibatkan kuantiti penghasilan konkrit yang besar.

Konkrit siap campur ini dihasilkan di Loji Penggaulan/Pengelompokan konkrit (Batching Plant) yang

biasanya berdekatan dengan tapak bina bagi memudahkan penghantaran konkrit dengan

menggunakan trak penggaul (truck mixer)

LANGKAH – LANGKAH KERJA KONKRIT

1. Pengelompokan dan Penggaulan Konkrit

3

Page 4: TAKRIFAN KONKRIT

Mencampur konkrit dengan manual iaitu bancuhan tangan (hand mixing) tidak digalakkan

untuk kerja – kerja yang memerlukan mutu yang tinggi kerana kurang efektif dan sukar

mengawal mutunya. Ia hanya sesuai untuk kerja-kerja yang memerlukan kuantiti konkrit yang

kecil sahaja. Konkrit perlulah digaul dengan menggunakan mesin pencampur (mixer) kecualilah

jika kerja tersebut terlalu sedikit.

i. Jenis T- Gelendong condong

ii. Jenis NT- Gelendong tak condong

iii. Jenis P – pencampur panic

Jenis T – Gelendong condong

Menggunakan drum untuk tujuan pencampuran bahan- bahan konkrit. Apabila selesai

digaulkan konkrit akan dikeluarkan dan dicondongkan/ jongkit. Pencampur berbentuk kon,

memusing pada satu hala dan semasa pencampuran drum di condongkan pada sudut 45º

hingga 60º.

Jenis NT – Gelendong tak condong

Mesin campur berbentuk selinder dan hampir sama seperti mesin gelendong condong semasa

menuang dipusingkan ke arah berlawanan. Selinder berpusing dalam keadaan tegak, apabila

mengeluarkan konkrit bahagian bawahnya akan dibuka.

4

Page 5: TAKRIFAN KONKRIT

2. Mengangkut Konkrit

Terdapat 4 jenis alat yang sering digunakan di tapak bina untuk mengangkut konkrit yang telah

disediakan, iaitu :

i. Kereta sorong

ii. Pelongsor (chute)

iii. Pam (pipe)

iv. Kren

Pelongsor (Chute)

Pelongsor digunakan untuk mengangkut konkrit dari tempat atas ke bawah tanpa berlaku

ceraian. Diperbuat daripada belahan paip PVC atau dibuat daripada kayu dan kepingan logam.

Panjang pelongsor dihadkan kepada 3m untuk mengelakkan berlakunya ceraian. Garispusatnya

lebih kurang 300mm.

Pam konkrit (Concrete Pump)

Penggunaan pam adalah satu kaedah yang cepat, kemas dan ekonomik jika dirancang dengan

teliti. Menggunakan paip- paip 6” yang dipamkan dari tempat menggaul. Digunakan untuk kuantiti

konkrit yang banyak. Boleh mengangkut sejauh 30m hingga 50m arah tegak dan 300m hingga

500m arah ufuk. Terdiri daripada 2 jenis samaada jenis pelocok (plunger pump) atau pam tekan

(squeeze pump).

Kren

Terdapat beberapa jenis kren yang digunakan bagi tujuan mengangkut konkrit iaitu :

i. Kren Bergerak (Mobile Crane)

ii. Kren Menara (Tower Crane)

5

Page 6: TAKRIFAN KONKRIT

3. Penempatan dan Pemadatan Konkrit

Konkrit mestilah ditempatkan dan dimampatkan secepat mungkin selepas dibancuh dengan air

dan sebelum simen mula membeku . Had masa maksimum yang dibenarkan ialah 1 ½ jam

(mungkin boleh dibenarkan sehingga 2 ataupun 3 jam jika keadaanya memerlukan) dan tidak

boleh dikacau lagi apabila simen mula membeku. Semasa menempatkan konkrit ke dalam

acuan seprti acuan tiang , tinggi turunya ( drop ) tidak boleh terlampau dan biasanya tidak

melebihi 1.2 m untuk mencegah pemisahan bahan – bahan ( segretation

4. Meratakan (Levelling) Konkrit

Setelah ditempatkan , konkrit hendaklah dimampatkan dengan cara Rejaman atau getaran. Ini

perlu supaya konkrit mampat dan tiada lompangan . Cara memampatkan konkrit ada beberapa

cara iaitu :

i. Rejaman dengan sebatang rod besi

ii. Mengetuk dengan tukul besi pada tepi acuan

iii. Penggunaan alat getar (vibrator).

6

Page 7: TAKRIFAN KONKRIT

Beberapa alat getar boleh didapati untuk kerja konkrit. Alat getar dijalankan oleh kuasa elektrik

atau kuasa diesel.Tiga jenis alat getar yang biasa digunakan ialah :

i. Alat getar dalam (internal vibrator)

ii. Alat getar luar (external vibrator)

iii. Alat getar pentas ( platform )

5. Kerja Kemasan menggunakan Hand Floating

6. Pengawetan (Curing)

Semasa air dibancuh dengan simen, tindakbalas berlaku dan menyebabkan simen itu membeku

dan mengeras . Air ini hanya cukup untuk tindakbalas kimia pada peringkat permulaan sahaja . Jika

air kurang semasa simen itu mengeras , konkrit tidak dapat mencapai kekuatan maksimum.

Apabila bancuhan konkrit ditempatkan , kandungan airnya akan hilang dengan cepat melalui

proses penyejatan kalau tindakan segera tidak diambil.Tindakan mencegah kehilangan air dari

konkrit dinamakan pengawetan konkrit.

Konkrit mestilah dijaga supaya sentiasa berada dalam keadaan lembab sekurang – kurangnya 14

hari selepas ia membeku.

7

Page 8: TAKRIFAN KONKRIT

RUJUKAN

1. Modul Teknologi Konkrit Politeknik – C1004

8