taklimat disiplin pelajar smk seri kota puteri 2013

9
TAKLIMAT PEMANTAPAN DISIPLIN DAN SAHSIAH PELAJAR SMK SERI KOTA PUTERI 2013 SESI PERTAMA Tarikh : 2 Jan 2013 (Rabu) Tempat : Dataran Perhimpunan Masa : 15 Minit Ucapkan Terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Yang dihormati Pn Ang Wee Wee Pengetua SMK Seri kota Puteri, Pen Kanan Pentadbiran Pn Juahriah bt Ali, Pk HEM Pn Hjh Sh Nor Ashikin bt Long Ibrahim, Pn koko Pn hjh Aminah Hassan. Ucapan Alu-aluan pelajar dan warga sekolah kembali ke sekolah seperti biasa. Sebelum Taklimat Pemantapan Disiplin diteruskan, ingin memperkenalkan barisan guru-guru disiplin yang akan membantu saya iaitu Pn Sukanthi, Cik Tey Kim Moi, Pn The Swee Teen, Tn Hj Roslan, En Fauzi, En Muzamil, En Mohd Hafizi, En Samri dan En Fakarudin. 1) Ketepatan Masa /Waktu -Waktu hadir ke sekolah sblm jam 7.10 pagi dan pulang ikut jadual waktu yg telah di tetapkan. Lewat lbh 3 kali pihak sekolah akan amik tindakan. - Setelah bunyi loceng bergerak ke dataran perhimpunan pagi 2) Kekemasan Diri - Berpakaian kemas ( tali leher, baju tidak terkeluar, rambut, tudung, kasut/stoking, seluar, kain) – Lelaki Perempuan/ Islam atau Bukan Islam. ( akan dititik beratkan 2/3 bulan diawal persekolahan) - Hari pertama bg perlepasan, tindakan tegas akan diambil sekiranya masih langgar peraturan.

Upload: hannie79

Post on 21-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

disiplin

TRANSCRIPT

TAKLIMAT PEMANTAPAN DISIPLIN DAN SAHSIAHPELAJAR SMK SERI KOTA PUTERI 2013SESI PERTAMATarikh : 2 Jan 2013 (Rabu)Tempat : Dataran PerhimpunanMasa : 15 Minit

Ucapkan Terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Yang dihormati Pn Ang Wee Wee Pengetua SMK Seri kota Puteri, Pen Kanan Pentadbiran Pn Juahriah bt Ali, Pk HEM Pn Hjh Sh Nor Ashikin bt Long Ibrahim, Pn koko Pn hjh Aminah Hassan. Ucapan Alu-aluan pelajar dan warga sekolah kembali ke sekolah seperti biasa. Sebelum Taklimat Pemantapan Disiplin diteruskan, ingin memperkenalkan barisan guru-guru disiplin yang akan membantu saya iaitu Pn Sukanthi, Cik Tey Kim Moi, Pn The Swee Teen, Tn Hj Roslan, En Fauzi, En Muzamil, En Mohd Hafizi, En Samri dan En Fakarudin.1) Ketepatan Masa /Waktu -Waktu hadir ke sekolah sblm jam 7.10 pagi dan pulang ikut jadual waktu yg telah di tetapkan. Lewat lbh 3 kali pihak sekolah akan amik tindakan.- Setelah bunyi loceng bergerak ke dataran perhimpunan pagi

2) Kekemasan Diri Berpakaian kemas ( tali leher, baju tidak terkeluar, rambut, tudung, kasut/stoking, seluar, kain) Lelaki Perempuan/ Islam atau Bukan Islam. ( akan dititik beratkan 2/3 bulan diawal persekolahan) Hari pertama bg perlepasan, tindakan tegas akan diambil sekiranya masih langgar peraturan. Spot Check secara rambang dan berkala akan sentiasa dijalankan sepanjang tahun 2013.

3) Waktu Rehat Waktu rehat berbeza bagi pelajar Ting (Per -2) 10.10 -10.30 pagi dan juga pelajar (Ting 3-5) ikut jadual sehingga ada perubahan jadual. Tidak dibenarkan rehat bukan pada masanya. Pelajar dikehendaki terus naik ke kelas apabila bunyi loceng tamat waktu rehat ( tiada lagi ke bilik air, kantin n etc).

4) Tatatertib di Kantin Sekolah Beratur, duduk semasa makan & minum, letak pinggan & cawan ke dalam besen yag disediakan selepas makan, buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Makanan yang di beli di luar tidak dibenarkan sama sekali untuk di bawa masuk ke sekolah. Makanan yang di masuk kan ke dalam bekas mknan yg boleh diguna kembali sahaja yang dibenarkan. Untuk mengelakkan berlakunya kes keracunan makanan, menjaga kebersihan sekolah kerana pelajar buang sampah makanan merata-rata.

5) Kawasan Larangan Belakang Blok-blok semasa P&P dan juga semasa rehat. Hadapan Pejabat ( Semasa rehat). Padang selain waktu Pen Jasmani

6) Budaya Menghormati Guru Semua pelajar SMKSKP perlu mengamalkan budaya 3S ( Senyum, Salam & Sayang) Bagi salam/ ucap selamat semasa bertembung dengan guru. Hulurkan bantuan sekiranya perlu.

7) Ponteng Sekolah/ Kelas/ Perhimpunan Pagi Kategori kesalahan sederhana. Buku Pengurusan Kelas ( Pantau ponteng kelas) Komuniti Bagi kerjasama Kerjasama dengan Pengawai Perhubungana Sekolah ( ASP Maznah) Pass Keluar dan masuk ke kelas

8) Budaya Beratur Setiap kali pergerakkan kelas ke bilik-bilik khas atau sebaliknya dan dari tapak perhimpunan ke kelas. Naik dan turun tangga dengan tertib, tidak bermain atau tolak menolak ketiga naik dan turun tangga bagi elakkan kecederaan. Sama juga sekiranya kecemasan berlaku ( kebakaran) turun melalui tangga-tangga berdekatan dihujung blok dan terus menuju ke dataran kejat di hadapan kantin, jauh dari bangunan.

9) Peringatan Untuk Tidak Membawa Tel Bimbit ke Sekolah Pelajar dilarang sama sekali untuk membawa tel bimbit ke sekolah tidak kira apa jua alasan termasuk ibu bapa yang suruh. Sekiranya di dapati membawa tel bimbit ke sekolah, akan disimpan oleh pihak sekolah untuk waktu tertentu ( atas budi bicara).

Semua pelajar diharap dapat bagi kerjasama dengan tidak melanggar sebarang peraturan sekolah yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan disiplin diambil agar disiplin tahun 2013 akan lebih baik daripada tahun 2012. Jangan sekali-kali mencabar atau mencuba pihak sekolah dengan melakukan kesalahan disiplin. Saya yakin dan percaya bahawa anak didik warga smkskp semua anak didik yang baik.

Disediakan Oleh,

.. (PN SURAYA BT ABDUL RAHIM)KETUA GURU DISIPLIN

TAKLIMAT PEMANTAPAN DISIPLIN DAN SAHSIAH PELAJAR SMK SERI KOTA PUTERI 2013SESI KEDUATarikh : 4 Jan 2013 ( Jumaat )Tempat : Dataran PerhimpunanMasa : 15 Minit

Beberapa perkara disentuh dan diperingatkan kepada pelajar agar tidak mengulangi lagi sebarang kesalahan yang telah diberikan peringatan. Beberapa perkara yang disentuh pada hari ini ialah:-

1) Pas Keluar kelas Pas keluar akan diedarkan keada semua pelajar. Setelah ada pas tersebut pelajar hendaklah menggunakan nya ketika keluar dan masuk ke kelas. Mesti minta tanda tangan guru mata pelajaran sebelum keluar dan ketika masuk kembali. Keluar kelas terutamanya ke tandas tidak boleh lebih dari seorang kecuali atas arahan guru

2) Rambut Sekali lagi diperingatkan masih ramai pelajar yang berambut panjang, berwarna dan berfesyen. Bagi pelajar perempuan juga perlu sepit rambut bagi kemas.

3) Spot Check Kuku Pengawas dikehendaki membuat spot check kuku semua pelajar dan bagi yang panjang diminta potong semasa itu juga dengan menggunakan ketip kuku yang dibekalkan.

4) Kantin Semua pelajar perlu menjaga kebersihan kantin semasa rehat. Masuk kan pinggan mangkuk dan cawan ke dalam bekas besen yg telah disediakan, jangan ditinggal di atas meja. Buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Makan dengan bersih, tidak bersepah-sepah.

5) Baju KoKo Pelajar tidak dibenarkan memakai baju Ko-Ko semasa Perhimpunan Rasmi pada hari Isnin. Sekiranya ada PJK, sila bawa baju PJK dan tukar kemudian. Baju sukan juga tidak dibenarkan dipakai sama sekali sewaktu persekolahan kecuali semasa latihan rumah sukan dan juga sukan sekolah.

Disediakan Oleh,

.. (PN SURAYA BT ABDUL RAHIM)KETUA GURU DISIPLIN

TAKLIMAT PEMANTAPAN DISIPLIN DAN SAHSIAH PELAJAR TING 4 SMK SERI KOTA PUTERI 2013SESI ORIENTASI/SALAM TAKZIM

Tarikh : 7 Jan 2013 ( Isnin )Tempat : Dewan Sekolah Masa : 8.10 pagi- 8.50 pagi

Beberapa perkara disentuh dan diperingatkan sekali lagi kepada semua pelajar ting 4 agar tidak mengulangi lagi sebarang kesalahan yang telah diberikan peringatan. Beberapa perkara yang disentuh pada hari ini ialah:-

1) Kekemasan Diri dan Pakaian Contoh pelajar lelaki dan pelajar perempuan diberikan agar kesalahan yang sama tidak diulang. Kekemasan rambut dan juga pakaian Stokin tidak boleh terlalu pendek.

2) Kesalahan-Kesalahan Berat Memperingatkan pelajar agar tidak sekali-kali melakukan sebarang kesalahan berat yang telah dinyatakan satu persatu. Hukuman berat akan dikenakan bagi pesalah laku kesalahan berat termasuk tindakan gantung/ buang sekolah. Kesan sekiranya telah dibuang sekolah terhadap masa depan pelajar

3) Kesalahan Ringan dan Sederhana Juga diperingatkan agar tidak melakukan kesalahan ringan dan sederhana dengan kerap kerana ia boleh bertukar menjadi kesalahan berat apabila dikumpulkan.

Pelajar Ting 4 merupakan pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar yang telah boleh berfikir dengan matang dan boleh membezakan antara betul dan salah. Maka, guru berharap agar pelaar tidak sekali-kali melanggar peraturan sekolah yang telah ditetapkan dan juga telah diberi peringatan. Sekiranya didapati masih melanggar peraturan sekolah, maka pihak sekolah akan mengambil tindakan tegas.

Disediakan Oleh,

.. (PN SURAYA BT ABDUL RAHIM)KETUA GURU DISIPLIN