takaful insurans

16
Sistem takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta. Ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam tiga bentuk. 1. Peserta akan lebih yakin kerana jika berlaku sebarang musibah mereka layak mendapat bantuan daripada dana takaful. 2. Manfaat ari segi rohaniah dimana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutat sosial melalui kaedah tabarru' yang bermaksud "pemberian, hadiah dan sumbangan". Para peserta pasti bersyukur dan berbesar hati kerana sumbangan para peserta digunakan untuk menolong peserta lain yang mendapat musibah. 3. Para peserta akan lebih yakin menyertai skim perlindungan ini kerana takaful bebas daripada unsur yang bercanggah dengan kehendak syariah. Skim takaful ini tertakluk kepada Akta Takaful 1984. Satu keperluan akta ini adalah penubuhan Jawatankuasa Syariah untuk memberi panduan kepada pengendali-pengendali takaful supaya tidak terbabit dengan aktiviti-aktiviti yang ditegah oleh syariah. Keistimewaan tambahan daripada konsep ini ialah ia tidak hanya bermanfaat kepada orang Muslim semata-mata, malah ia juga memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka

Upload: tasaka-ambotang

Post on 12-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

bahan tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: takaful insurans

Sistem takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta. Ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam tiga bentuk.

1. Peserta akan lebih yakin kerana jika berlaku sebarang musibah mereka layak mendapat bantuan daripada dana takaful.

2. Manfaat ari segi rohaniah dimana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutat sosial melalui kaedah tabarru' yang bermaksud "pemberian, hadiah dan sumbangan". Para peserta pasti bersyukur dan berbesar hati kerana sumbangan para peserta digunakan untuk menolong peserta lain yang mendapat musibah.

3. Para peserta akan lebih yakin menyertai skim perlindungan ini kerana takaful bebas daripada unsur yang bercanggah dengan kehendak syariah. Skim takaful ini tertakluk kepada Akta Takaful 1984. Satu keperluan akta ini adalah penubuhan Jawatankuasa Syariah untuk memberi panduan kepada pengendali-pengendali takaful supaya tidak terbabit dengan aktiviti-aktiviti yang ditegah oleh syariah.

Keistimewaan tambahan daripada konsep ini ialah ia tidak hanya bermanfaat kepada orang Muslim semata-mata, malah ia juga memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka

Persepsi Masyarakat Terhadap Takaful, Cabaran Dan Halatuju Oleh Zafri Ab Halim Ketua Pegawai Eksekutif, Great Eastern Takaful Berhad Sejak bercambahnya pengendali-pengendali takaful yang baru, kita dapat melihat pertumbuhan yang memberangsangkan dalam pasaran melalui kadar penembusan takaful yang bermula dari 11% pada 2010, 12% pada 2011 dan seterusnya 13% pada 2012. Pada tahun 2013, kita dapati kadar penembusan keseluruhan bagi insurans dan takaful adalah sebanyak 53% di mana penembusan insurans adalah sebanyak 39% manakala penembusan takaful terus meningkat ke 14% *. Walaupun peningkatan tersebut

Page 2: takaful insurans

tidaklah terlalu menggalakkan berbanding penyertaan insurans, namun Malaysia berjaya dilihat sebagai peneraju dalam industri takaful di dunia bagi takaful keluarga seperti yang dilaporkan oleh Ernst & Young dalam laporan Global Takaful Insights 2014. Secara realitinya takaful masih lagi tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan resolusi pengharaman insurans konvensional dan takaful seharusnya menjadi pilihan perlindungan dikalangan umat Islam. Di antara sebab-sebab utamanya adalah apabila masyarakat melihat takaful sebagai satu instrumen pelaburan atau simpanan berbanding perlindungan. *Sumber: Insurance Services Malaysia Report 2010, 2011 & 2012. Produk perlindungan yang menawarkan tahap perlindungan kesihatan yang tinggi dianggap kurang dari segi nilai pelaburannya. Rata-rata masyarakat sanggup membayar lebih untuk sesuatu produk bagi pulangan pelaburan yang tinggi walaupun kadar perlindungan yang ditawarkan adalah rendah. Ini seperti yang dilaporkan oleh pihak Malaysian Takaful Association melalui Protection Gap Study yang dikeluarkan baru-baru ini. Ada juga yang mempunyai kefahaman bahawa pemilikan takaful dianggap sama sahaja sekiranya seseorang itu telah memiliki insurans. Faktor kesedaran pemilikan takaful yang mengikut lunas syariah berkaitan konsep halal amatlah kurang disedari dan difahami oleh masyarakat Islam di negara ini. Kadar penembusan yang rendah ini turut berlaku akibat kurangnya kesedaran dan pengetahuan berkaitan perancangan kewangan dan perlindungan dikalangan pelbagai golongan dalam masyarakat itu sendiri. Ramai antara kita yang tidak faham akan kepentingan memiliki perlindungan takaful pada peringkat awal. Ini jelas dilihat dalam laporan Protection Gap Study tersebut yang mana kadar pemilikan perlindungan, keyakinan serta kecenderungan masyarakat terhadap pemilikan takaful masih berada pada tahap yang rendah. Bagi golongan muda yang bekerja terutama yang berumur 30 tahun ke bawah, kepentingan membelanjakan wang kearah gaya hidup terkini seperti memiliki gajet terkini, mengikut trend semasa dan sebagainya telah mengakibatkan berlakunya jurang perlindungan sebanyak RM1,065 bilion bersamaan purata RM 250,000.00 bagi setiap seorang. Pelbagai cabaran turut berlaku dalam industri takaful, antaranya adalah faktor ketidakmampuan untuk memiliki pelan takaful, jenis produk yang terhad yang menjurus kepada duplikasi produk konvensional serta jumlah ejen yang terhad untuk menawarkan perkhidmatan yang berkualiti turut memberi kesan kepada berlakunya kadar penembusan takaful yang rendah. Pengendali takaful perlu meningkatkan usaha dalam memastikan halatuju industri takaful sentiasa relevan dan menjadi penyumbang aktif untuk ekonomi negara. Peningkatan kualiti perkhidmatan dan kesedaran terhadap kepentingan takaful mampu memperbetulkan pesepsi masyarakat serta membantu mereka membuat pilihan tepat untuk memiliki takaful. Ejen-ejen yang berkualiti dan rangkaian pemasaran yang lebih efektif yang mementingkan pemahaman dan keperluan terhadap takaful pada setiap peringkat umur, sudah pasti mampu menjangkau potensi pasaran masyarakat Melayu dengan lebih luas lagi. Penyelidikan dan inovasi produk perlu dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan serta mengambil langkah yang lebih agresif bagi memperkenalkan produk-produk

Page 3: takaful insurans

inovatif, mengikut kehendak pelanggan dan bukan hanya melakukan duplikasi daripada produk insurans konvensional sematamata. Ini akan membuktikan bahawa takaful bukan sahaja sebagai alternatif halal kepada insurans malah ianya mempunyai fleksibiliti dan keunikan tersendiri dalam menawarkan pelan-pelan dan perkhidmatan. Halatuju yang jitu serta pematuhan syariah pada semua peringkat yang bukan sahaja melibatkan produk tetapi menjangkau kepada setiap aktiviti, operasi dan perniagaan, diperlukan dalam meningkatkan pendidikan dan kesedaran kewangan disemua peringkat. Bank Negara Malaysia juga telah mengambil satu inisiatif yang positif dengan memperkenalkan Akta Kewangan Islam 2013 agar dapat memberikan keyakinan kepada masyarakat mengenai ketelusan operasi sesebuah pengendali Takaful dan kepatuhan mereka terhadap Syariah. Apa yang diharapkan dalam masa yang terdekat ialah agar semua masyarakat khususnya umat Islam mempunyai perlindungan Takaful bagi memastikan masa depan dan ekonomi mereka terpelihara serta keindahan konsep kewangan Islam ini dapat dinikmati oleh semua golongan tanpa mengira bangsa, agama, tahap pendidikan dan kewangan.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Kelebihan perlindungan Takaful

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN

Kelahiran banyak penyedia Sistem Kewangan Islam sejak kebelakangan ini memberi nafas baru kepada masyarakat Malaysia terutamanya kepada umat Islam untuk menikmati sistem yang berteraskan wahyu yang telah lama diidamkan.

Inisiatif pihak Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan lesen-lesen penubuhan Perbankan Islam dan Takaful kepada beberapa institusi kewangan yang layak seharusnya dipuji dan dihargai kerana ia telah memudahkan masyarakat membuat pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan kewangan yang adil, telus dan efisien.

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi 'Amru Jarir bin Abdullah r.a. yang memuji tindakan sedemikian rupa di mana mafhumnya berbunyi: Barang siapa yang menunjukkan (mempermudahkan sesuatu urusan) perkara kebaikan, maka baginya pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya selepas itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya. (riwayat Muslim)

Jika sebelum ini, umat Islam tidak mempunyai pilihan malah terpaksa menerima sistem yang bercampur-baur dengan sistem yang tidak senada dengan Islam.

Page 4: takaful insurans

Keadaan ini mewujudkan kegelisahan dan rasa tidak selesa di kalangan umat Islam. Namun kini, alhamdulillah, kemunculan Sistem Kewangan Islam dengan pelbagai inovasi seolah-olah menjadi 'penyelamat' kepada umat manusia daripada terus-menerus dibelenggu oleh sistem yang hanya meletakkan keuntungan duniawi semata-mata.

Malangnya, ada juga sesetengah pihak yang masih berat hati untuk turut serta menyokong dan melibatkan diri dalam memajukan sistem Islam ini dengan mencipta seribu satu alasan.

Malah, ada juga suatu golongan yang cuba untuk memburukkan imej Sistem Kewangan Islam ini dengan cubaan-cubaan halus bagi melumpuhkan usaha murni ini.

Kepada golongan tersebut, diperingatkan satu firman Allah yang bermaksud: Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. (Ibrahim: 3)

Sebagaimana yang dimaklumi, institusi Takaful sebagai contohnya, adalah merupakan Institusi Perlindungan (Insurans) yang berteraskan prinsip Islam.

Institusi ini selayaknya disokong dengan bersungguh-sungguh kerana ia merupakan suatu sistem yang menjamin keadilan dan kesejahteraan kepada ummah.

Perlindungan menerusi sistem takaful mempunyai kelebihan yang tidak boleh disangkal lagi berbanding dengan sistem perlindungan konvensional. Di bawah sistem perlindungan takaful para peserta yang menyertai mana-mana-mana pelan perlindungan diprogramkan untuk sama-sama mempraktikkan konsep tolong-menolong yang diredai Allah untuk sama-sama meringankan beban rakan-rakan mereka yang berada di dalam kesusahan.

Semangat ini akan melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, tidak sombong malah mereka akan sentiasa prihatin kepada persekitaran mereka.

Islam sangat menggalakkan umatnya agar tolong menolong dalam perkara kebaikan seperti yang dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam ayat 2 surah al-Maidah, maksudnya: … hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…

Sistem takaful juga bebas dari unsur-unsur gharar (syubhat), riba dan juga maisir (judi). Tiadanya unsur gharar secara mudahnya memberi maksud bahawa sistem takaful adalah satu sistem yang telus , tidak menyembunyikan fakta dan tidak mengamalkan seperti pepatah Melayu "ada udang di sebalik batu".

Page 5: takaful insurans

Di antara nilai negatif di sebalik unsur riba adalah mengambil kesempatan, menindas golongan yang dalam kesusahan dan mengeksploitasi untuk kepentingan sendiri. Oleh itu, tidak hairan apabila kita melihat pengamal sistem yang berteraskan riba ini mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri, sanggup menindas orang lain , sentiasa mencari jalan untuk mengumpulkan kekayaan sendiri dan lebih dahsyat lagi tiada perasaan belas kasihan dalam diri mereka.

Hal ini sebaliknya berlaku, dalam sistem Takaful yang tidak mengamalkan riba, nilai-nilai tanggungjawab bersama, tolong menolong dan menjaga kemaslahatan umum menjadi keutamaan.

Begitu juga dengan unsur maisir. Unsur ini menjadikan pengamalnya tamak dan rakus tanpa memikirkan hak dan kepentingan orang lain. Sistem Takaful yang tiada unsur ini sebaliknya mementingkan semangat persaudaraan dan kepentingan bersama sebagai satu teras yang menunjangi aktivitinya.

Menerusi sistem Takaful seseorang peserta itu juga dapat melakukan amalan yang sangat terpuji dalam Islam iaitu dapat menunaikan tanggungjawab sosialnya menerusi amalan tabarru' (derma).

Dalam sistem takaful setiap peserta akan memperuntukkan sebahagian atau semua daripada sumbangannya untuk didermakan bagi membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah.

Derma dalam sistem takaful ini adalah derma kelas pertama. Ini kerana menerusi sistem ini seseorang peserta dapat melakukan derma dengan ikhlas sebagaimana derma yang dituntut oleh Islam.

Ia seperti yang digambarkan dalam sabda baginda daripada Abi Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w baginda bersabda, Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada sebarang naungan melainkan naungan Allah, pemimpin yang adil, pemuda yang hidup dalam ibadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang digoda oleh wanita yang berkedudukan dan cantik lalu dia berkata sesungguhnya aku takut kepada Allaah dan seorang lelaki yang melakukan sedekah secara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya dan seorang lelaki yang mengingati Allah secara bersendirian lalu bergelinangan air matanya. (Muttafaqun 'alaih)

Namun perlu ditegaskan keistimewaan konsep ini adalah ia tidak hanya bermanfaat kepada orang Islam semata-mata. Sebaliknya, ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama.

Page 6: takaful insurans

Sistem takaful juga menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memainkan peranan sebagai pendakwah yang berusaha mengembangkan produk muamalat Islam dengan menyertai dan menyokong sistem ini.

Ini kerana takaful adalah alternatif kepada sistem insurans konvensional sebagaimana yang disimpulkan oleh Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Islam Di Malaysia 1983.

Malah masyarakat juga berpeluang melakukan jihad menentang sistem jahiliah (sistem perlindungan konvensional) yang telah difatwakan haram menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1972.

Pada masa yang sama apabila menyertai sistem yang berteraskan sistem Islam ini sebenarnya ia memberi peluang untuk beribadat yang merupakan satu menifestasi pengabdian, kepatuhan dan ketundukan kepada perintah Allah yang memerintahkannya supaya melakukan makruf dan meninggalkan mungkar sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 25.

Kesimpulannya, sudah tiba masanya untuk kita melibatkan diri dan bekerjasama untuk memartabatkan sistem takaful ini.

Sokongan padu diperlukan dari semua pihak agar hasrat murni untuk memerdekakan umat manusia daripada terus berada di bawah cengkaman sistem yang bersifat duniawi semata-mata kepada sistem yang boleh membawa kesejahteraan duniawi dan ukhrawi.

Kini dengan adanya kemudahan kewangan Islam seperti perbankan dan takaful di pasaran yang ternyata lebih baik dan lebih menjamin kemaslahatan, maka ianya bukan lagi menjadi pilihan yang lebih baik malah, ia telah menjadi satu tuntutan atau kewajipan untuk memilih kemudahan kewangan Islam ini.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz3ehHKePTq © Utusan Melayu (M) Bhd

Persepsi Masyarakat Terhadap Takaful, Cabaran Dan Halatuju Oleh Zafri Ab Halim Ketua Pegawai Eksekutif, Great Eastern Takaful Berhad Sejak bercambahnya pengendali-pengendali takaful yang baru, kita dapat melihat pertumbuhan yang memberangsangkan dalam pasaran

Page 7: takaful insurans

melalui kadar penembusan takaful yang bermula dari 11% pada 2010, 12% pada 2011 dan seterusnya 13% pada 2012. Pada tahun 2013, kita dapati kadar penembusan keseluruhan bagi insurans dan takaful adalah sebanyak 53% di mana penembusan insurans adalah sebanyak 39% manakala penembusan takaful terus meningkat ke 14% *. Walaupun peningkatan tersebut tidaklah terlalu menggalakkan berbanding penyertaan insurans, namun Malaysia berjaya dilihat sebagai peneraju dalam industri takaful di dunia bagi takaful keluarga seperti yang dilaporkan oleh Ernst & Young dalam laporan Global Takaful Insights 2014. Secara realitinya takaful masih lagi tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan resolusi pengharaman insurans konvensional dan takaful seharusnya menjadi pilihan perlindungan dikalangan umat Islam. Di antara sebab-sebab utamanya adalah apabila masyarakat melihat takaful sebagai satu instrumen pelaburan atau simpanan berbanding perlindungan. *Sumber: Insurance Services Malaysia Report 2010, 2011 & 2012. Produk perlindungan yang menawarkan tahap perlindungan kesihatan yang tinggi dianggap kurang dari segi nilai pelaburannya. Rata-rata masyarakat sanggup membayar lebih untuk sesuatu produk bagi pulangan pelaburan yang tinggi walaupun kadar perlindungan yang ditawarkan adalah rendah. Ini seperti yang dilaporkan oleh pihak Malaysian Takaful Association melalui Protection Gap Study yang dikeluarkan baru-baru ini. Ada juga yang mempunyai kefahaman bahawa pemilikan takaful dianggap sama sahaja sekiranya seseorang itu telah memiliki insurans. Faktor kesedaran pemilikan takaful yang mengikut lunas syariah berkaitan konsep halal amatlah kurang disedari dan difahami oleh masyarakat Islam di negara ini. Kadar penembusan yang rendah ini turut berlaku akibat kurangnya kesedaran dan pengetahuan berkaitan perancangan kewangan dan perlindungan dikalangan pelbagai golongan dalam masyarakat itu sendiri. Ramai antara kita yang tidak faham akan kepentingan memiliki perlindungan takaful pada peringkat awal. Ini jelas dilihat dalam laporan Protection Gap Study tersebut yang mana kadar pemilikan perlindungan, keyakinan serta kecenderungan masyarakat terhadap pemilikan takaful masih berada pada tahap yang rendah. Bagi golongan muda yang bekerja terutama yang berumur 30 tahun ke bawah, kepentingan membelanjakan wang kearah gaya hidup terkini seperti memiliki gajet terkini, mengikut trend semasa dan sebagainya telah mengakibatkan berlakunya jurang perlindungan sebanyak RM1,065 bilion bersamaan purata RM 250,000.00 bagi setiap seorang. Pelbagai cabaran turut berlaku dalam industri takaful, antaranya adalah faktor ketidakmampuan untuk memiliki pelan takaful, jenis produk yang terhad yang menjurus kepada duplikasi produk konvensional serta jumlah ejen yang terhad untuk menawarkan perkhidmatan yang berkualiti turut memberi kesan kepada berlakunya kadar penembusan takaful yang rendah. Pengendali takaful perlu meningkatkan usaha dalam memastikan halatuju industri takaful sentiasa relevan dan menjadi penyumbang aktif untuk ekonomi negara. Peningkatan kualiti perkhidmatan dan kesedaran terhadap kepentingan takaful mampu memperbetulkan pesepsi masyarakat serta membantu mereka membuat pilihan tepat untuk memiliki takaful. Ejen-ejen yang berkualiti dan rangkaian pemasaran yang

Page 8: takaful insurans

lebih efektif yang mementingkan pemahaman dan keperluan terhadap takaful pada setiap peringkat umur, sudah pasti mampu menjangkau potensi pasaran masyarakat Melayu dengan lebih luas lagi. Penyelidikan dan inovasi produk perlu dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan serta mengambil langkah yang lebih agresif bagi memperkenalkan produk-produk inovatif, mengikut kehendak pelanggan dan bukan hanya melakukan duplikasi daripada produk insurans konvensional sematamata. Ini akan membuktikan bahawa takaful bukan sahaja sebagai alternatif halal kepada insurans malah ianya mempunyai fleksibiliti dan keunikan tersendiri dalam menawarkan pelan-pelan dan perkhidmatan. Halatuju yang jitu serta pematuhan syariah pada semua peringkat yang bukan sahaja melibatkan produk tetapi menjangkau kepada setiap aktiviti, operasi dan perniagaan, diperlukan dalam meningkatkan pendidikan dan kesedaran kewangan disemua peringkat. Bank Negara Malaysia juga telah mengambil satu inisiatif yang positif dengan memperkenalkan Akta Kewangan Islam 2013 agar dapat memberikan keyakinan kepada masyarakat mengenai ketelusan operasi sesebuah pengendali Takaful dan kepatuhan mereka terhadap Syariah. Apa yang diharapkan dalam masa yang terdekat ialah agar semua masyarakat khususnya umat Islam mempunyai perlindungan Takaful bagi memastikan masa depan dan ekonomi mereka terpelihara serta keindahan konsep kewangan Islam ini dapat dinikmati oleh semua golongan tanpa mengira bangsa, agama, tahap pendidikan dan kewangan.

Kebaikan dan kelebihan mengambil insurans takaful Prudential BSN ???

Kenapa semua orang masih kurang pasti apakah kelebihan dan kebaikan mengambil insurans atau takaful ni sebenarnya. Sebelum ni saya saya pun macam tu la jugakla, tapi bila dah start jadi agen and dengar dan juga dapat latihan dan penerangan dari leader saya baru saya tahu betapa pentingnya mengambil insurans awal dan di waktu muda.

Banyak kebaikan yang boleh kita dapat dengan mengambil personal insurans ini. Insurans Takaful Prudential BSN bukan sahaja cover bil hospital malah ia juga mengajar bagaimana kita menguruskan financial sendiri. Selain itu, kita boleh buat sedekah sekali sebab takaful Prudential BSN ni berlandaskan syariah dan tabaru'. Disamping kita buat insurans, kita boleh melabur, saving secara tak langsung kita boleh menderma... Tak ke itu satu pendekatan yang bagus ?

Kenapa perlu ambil takaful Prudential BSN?

1) Takaful tidak mempunyai riba dan medical benefit sangat banyak.

Page 9: takaful insurans

Lagi banyak jumlah plan yang kita amik, lagi banyak benefit yang kita boleh dapat. Prudential Takaful membantu kawan-kawan yang mengalami kesusahan untuk mendapat benefit itu.

2) Client boleh mendapat bonus sekiranya tidak claim apa-apa selama setahun.

Sekiranya kawan-kawan tidak claim apa-apa dalam masa setahun, kebaikan yang boleh kawan2 terima adalah menerima bonus dari prudential sendiri sebanyak mana jumlah yang telah anda invest selama sebulan. Buat masa ini belum ada lagi insurans yang sanggup memberi bonus kepada pelanggannya sendiri. Sebab itu dikatakan prudential takaful BSN ni mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

3) Membantu kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapatkan plan pendidikan anak-anak mereka.

Kepada pasangan yang mempunyai anak, adalah lebih baik mengambil plan takaful yang cover medical + pendidikan anak-anak. Kenapa? Kerana kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Zaman sekarang ni begitu banyak peluang belajar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan generasi yang berintelek dan berpengetahuan di dalam pelbagai bidang. Namun salah satu sebab kenapa ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak mampu untuk menyambung pelajaran adalah disebabkan kerana kos pembelajaran yang semakin meningkat. Walaupun mempunyai banyak agensi-agensi yang boleh memberikan loan kepada pelajar tetapi interest yang tinggi boleh menyusahkan para pelajar yang baru grad untuk melangsaikan hutang mereka. Jadi, dari sekarang la kita perlu menyimpan untuk masa depan anak-anak kita. Nanti bila dah sampai jangka masa umur, duit simpanan pendidikan itu boleh digunakan untuk keperluan mereka. Tak perlu membuat pinjaman yang kemungkinan besar sukar untuk melunaskannya.

4) Melunaskan hutang-hutang sekiranya kita meninggal dunia

Dalam Islam, konsep hutang adalah penting. Kenapa? Yelah, sekiranya kalau ajal telah sampai dan terlampau banyak hutang-hutang yang belum dapat kita langsaikan, takaful sedia membantu untuk menjelaskan hutang2 yang sedia ada mengikut kepada berapa jumlah yang ada dengan memberikannya kepada pewaris anda. Adakah itu lebih baik? Kalau kita simpan duit di bank, andaikata kita meninggal dunia dan pihak bank mendapat tahu mengenai kematian kita, secara automatik duit di dalam bank tersebut akan dibekukan.. last-last duit simpanan itu di donatekan kepada orang lain tanpa waris kita tidak mendapat sedikit benefit sekalipun. Tak ke haru? Sekiranya kita menyimpan di dalam takaful, at least ada orang yang boleh membantu untuk menguruskan semuanya.

5) Membantu orang kehilangan upaya kekal yang disebabkan kemalangan untuk meneruskan kehidupan

Page 10: takaful insurans

Kalau sekarang, kita banyak mendapat medical benefit dari kompeni kita sendiri. Itupun sebab kita masih bekerja di bawah kompeni tersebut. Tapi tidakkah kita terfikir sekiranya kita sakit atau lumpuh disebabkan kemalangan, dalam masa yang sama khidmat kita ditamatkan.. macam mana kita nak meneruskan hidup? Mungkin ada duit hasil dari khidmat sebelum ini tapi mampukah kita bertahan? Sebab itu kena ada insurans kita sendiri. Kenapa kena ambil Insurans Takaful Prudential BSN? Sebab kalau nak dicomparekan dengan insurans yang lain, sekiranya mengalami apa-apa pada kita (lumpuh kekal / lumpuh separa kekal).. dan kita tak mampu untuk membayar insurans bulanan, takaful BSN prihatin untuk membantu membayar insurans bulanan sehingga umur client tersebut 80 tahun (FREE, tidak perlu bayar lagi). Tidak ada lagi insurans diluar sana yang sanggup membayarkan insurans clientnya sekiranya terjadi perkara sedemikian. Kalau berlaku sebegini, mereka hanya akan bayar lumpsum jumlah yang terkumpul dan menamatkan perkhidmatan kepada client tersebut tapi tidak pada Takaful Prudential BSN.

Sebenarnya banyak lagi benefit yang boleh saya utarakan dekat sini tapi mungkin cukup untuk memberi pengetahuan kepada kawan-kawan betapa pentingnya mengambil insurans kita. Memang duit tidak mencukupi untuk melabur tapi sekiranya kita pandai menguruskan kewangan kita insya'allah boleh. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil insurans takaful boleh la hubungi saya di no ini: 014-530 1993 (Zahari). Hargailah diri kita, sayangilah family kita. Kalau kita sakit ataupun meninggal dunia sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan beban family kita untuk menguruskan diri kita selepas ini. Itu yang paling penting.

Sekian, terima kasih. Prudential BSN Takaful takaful keluarga insurans keluarga takaful anak insurans anak insurans bayi takaful baby kelebihan medical card kepentingan medical card kepentingan insurans kepentingan takaful insurans takaful terbaik kelebihan prubsn takaful sistem insurans prudential perniagaan agen agent income side income part time full time plan pakej 3 dalam 1 simpanan perlindungan protection kad perubatan takaful insurans hayat takaful health takafulink takafullink firstlink smartlink prulady takaful puteri takaful ummah prubsn blog insuran prudential kebaikan prudential kesihatan education plan plan pendidikan perancang kewangan anda claim isu prudential bsn penyakit kritikal semak bayaran prudential takaful pembayaran online bil prubsn takaful panel hospital prudential risiko kesihatan prudential untuk anak kenapa perlu insurans takaful perlukah insurans untuk anak mengapa wanita perlu ambil insurans takaful takafulink series merancang persaraan takaful health 2 prulife pakej semasa pregnancy pakej semasa kehamilan insurance agent baby benefit bajet bijak 36 penyakit kritikal pakej terbaru prubsn takaful takaful prudential bsn terbaik di asia cerita pasal insurans takaful jom bisnes jom business kerja part time apa beza takaful dan insurans usahawan takaful prudential insurance contact produk prudential bsn takaful free quotation prudential elaun hospital elaun wad elaun pembedahan ko-takaful co-takaful zero

Page 11: takaful insurans

deductible cash less syarikat prudential assurance kad perubatan prudential prubsn ummah saving kad kesihatan

Takaful indonisia

Perbedaan mendasar antara Takaful dengan asuransi lainnya :

1. Takaful adalah asuransi PERTAMA dan TERBAIK Syariah. Karena asuransi pertama, otomatis

LEBIH berpengalaman dalam bidang syariah, Sejak berdiri pada tanggal 24 Pebruari 2004 s/d

sekarang tetap konsisten dlm bidang asuransi syariah. 

2. Secara culture memang hanya Takaful yang benar2 murni syariah (mulai dari kepemilikan

dana, sumber dana/modal, manajemen s/d agen2nya semua syariah).

3. Takaful perusahaan asuransi TERBAIK, sejak 2004 meraih MUI Award sebagai Asuransi

Syariah Terbaik di Indonesia. th 2009 infobank menobatkan Takaful sebagai asuransi Terbaik

(bukan hanya terbaik syariah tapi terbaik dlm bidang ASURANSI).

4. Takaful Indonesia memiliki Dewan Pengawas Syariah (DPS) yang betugas mengawasi produk

yang dipasarkan dan pengelolaan investasi dananya. Dewan Pengawas Syariah ini tidak

ditemukan dalam asuransi konvensional.

5. Akad yang dilaksanakan pada Takaful Indonesia berdasarkan tolong menolong. Sedangkan

asuransi konvensional berdasarkan jual beli

6. Investasi dana pada Takaful Indonesia berdasarkan bagi hasil (mudharabah). Sedangkan

pada asuransi konvensional memakai bunga (riba) sebagai landasan perhitungan investasinya

7. Kepemilikan dana pada Takaful Indonesia merupakan hak peserta. Perusahaan hanya sebagai

pemegang amanah untuk mengelolanya. Pada asuransi konvensional, dana yang terkumpul dari

nasabah (premi) menjadi milik perusahaan. Sehingga, perusahaan bebas menentukan alokasi

investasinya.

8. Dalam mekanismenya, Takaful tidak mengenal dana hangus seperti yang terdapat pada

asuransi konvensional. Jika pada masa kontrak peserta tidak dapat melanjutkan pembayaran

premi dan ingin mengundurkan diri sebelum masa reversing period, maka dana yang dimasukan

dapat diambil kembali, kecuali sebagian dana kecil yang telah diniatkan untuk tabarru?

9. Pembayaran klaim pada Takaful diambil dari rekening Tabarru? (dana kebajikan) seluruh

peserta yang sejak awal telah diikhlaskan bahwa ada penyisihan dana yang akan dipakai

sebagai dana tolong menolong di antara peserta bila terjadi musibah. Sedangkan pada asuransi

lainnya pembayaran klaim diambilkan dari rekening dana perusahaan.

Page 12: takaful insurans

10. Pembagian keuntungan pada Takaful dibagi antara perusahaan dengan peserta sesuai

prinsip bagi hasil dengan proporsi yang telah ditentukan. Sedangkan pada asuransi

konvensional seluruh keuntungan menjadi hak milik perusahaan. 

11. dll