takaful

6
Takaful Keluarga Produk takaful keluarga terbahagi kepada 5 aspek utama iaitu takaful anda, takaful keluarga, takaful pelaburan, takaful pendidikan anak (ptpa), takaful perubatan dan kesihatan. Produk takaful utama ialah takaful anda. Takaful ini berkaitan dengan diri individu tersebut. Takaful ini menitik beratkan tentang skim, pelaburan yang menyumbangkan keuntungan dan kontrak(aqad). Skim insuran salah satu skim berlandaskan syariah yang merupakan alternative kepada skim insuran konvensional. Takaful anda juga, ia merupakan pelan perlindungan berdasarkan prinsip-prinsip syariah yang dibenarkan oleh syarak. Selain itu juga, takaful ini menyumbangkan sejumlah wang untuk dana takaful am dalam bentuk sumbangan partisipatif (tabarru'). Ia juga menitik beratkan tentang sesuatu perjanjian atau kontrak (aqad) untuk menjadi salah satu peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain sekiranya salah satu dari peserta mengalami ditakrifkan rugi. Seterusnya takaful keluarga. Konsep takaful keluarga ialah salah satu bentuk takaful yang menawarkan faedah perlindungan insuran hayat dan simpanan jangka panjang kepada pelanggan serta keseluruhan keluarga yang

Upload: nurul-farhan-ibrahim

Post on 30-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kewangan Islam

TRANSCRIPT

Page 1: takaful

Takaful Keluarga

Produk takaful keluarga terbahagi kepada 5 aspek utama iaitu takaful anda, takaful

keluarga, takaful pelaburan, takaful pendidikan anak (ptpa), takaful perubatan dan

kesihatan.

Produk takaful utama ialah takaful anda. Takaful ini berkaitan dengan diri individu

tersebut. Takaful ini menitik beratkan tentang skim, pelaburan yang menyumbangkan

keuntungan dan kontrak(aqad). Skim insuran salah satu skim berlandaskan syariah

yang merupakan alternative kepada skim insuran konvensional. Takaful anda juga, ia

merupakan pelan perlindungan berdasarkan prinsip-prinsip syariah yang dibenarkan

oleh syarak. Selain itu juga, takaful ini menyumbangkan sejumlah wang untuk dana

takaful am dalam bentuk sumbangan partisipatif (tabarru'). Ia juga menitik beratkan

tentang sesuatu perjanjian atau kontrak (aqad) untuk menjadi salah satu peserta

dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain sekiranya salah satu

dari peserta mengalami ditakrifkan rugi.

Seterusnya takaful keluarga. Konsep takaful keluarga ialah salah satu bentuk takaful

yang menawarkan faedah perlindungan insuran hayat dan simpanan jangka panjang

kepada pelanggan serta keseluruhan keluarga yang berdaftar. Terdapat ciri-ciri

penting takaful, jenis-jenis takaful dan sebagainya. Ciri-ciri yang penting dalam pelan

takaful keluarga ialah takaful berlandaskan maqasidsyariah, boleh dijelaskan lagi

takaful ini ialah takaful yang mementingkan layanan atau servis kepada pemengang

pelan takaful ini.Antara takaful keluarga yang mengikut syariah Islam ialah takaful

ikhlas, takaful MAA, dan banyak lagi.

Berikutnya adalah takaful pelaburan. Takaful pelaburan ialah takaful yang

berkaitan pelan takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan

takaful. Caruman anda akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat

kematian dan hilangupaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam

pelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh Syariah.Takaful ini

Page 2: takaful

mempunyai ciri-ciri unik antaranya ialah pelanggan diberi kelonggaran memilih paras

perlindungan dan pelaburan, juga boleh mengubah jumlah caruman mengikut

perubahan kedudukan kewangan pelanggantersebut. Antara ciri yang lain ialah boleh

menukar dana pelaburan yang sedia ada kepada dana pelaburan yang lain dan boleh

menebus sebahagian daripada unit berkaitan pelaburan anda pada bila-bila masa serta

boleh memilih untuk melabur dalam pelbagai jenis dana pelaburan (ekuiti, bon atau

instrumen kewangan lain).

Manakala takaful yang seterusnya ialah Pelan Takaful PendidikanAnak (PTPA).

Pelan takaful ini ialah salah satu pelan takaful yang memberikan perlindungan dan

simpanan jangka panjang untuk membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi anak

pemegang pelan ini. Pelan ini memberi pelbagai kelebihan kepada anak mereka antara

nya ialah anak mereka akan disediakan dengan manfaat kewangan jika pemegang

ditimpa tragedi yang dilindungi di bawah pelan ini. Kelebihan pelan ini dapat dirasai

oleh anak-anak pemegang tersebut. Ini kerana anak-anak mereka tidak perlu bersusah

payah untuk memikirkan tentang kewangan apabila sesuatu terjadi kepada

penjaganya. Kerana anak-anak mereka telah diberi pelindungan oleh pelan ini.

Takaful perubatan dan kesihatan juga merupakan salah satu dari 5 aspek jenis

produk takaful yang diperbincangkan ini. Takaful perubatan dan kesihatan ini adalah

takaful yang memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian

seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika pemegang pelan ini didiagnosis

menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan. Kaedah perlindungan

tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan

kepada pelan takaful keluarga asas. Takaful perubatan dan kesihatan lazimnya

ditawarkan sama ada melalui pelan individu atau berkumpulan. Walaubagaimanapun,

kos pelan takaful individu secara am nya adalah lebih tinggi daripada pelan takaful

kumpulan. Oleh itu pemegang pelan ini haruslah benar-benar bijak di dalam memilih

perlindungan yang memenuhi keperluan anda dengan memahami ciri-ciri, syarat-

syarat, manfaat, had dan pengecualian pelan takaful tersebut. Jangan rasa tertekan

atau terpengaruh untuk membeli lebih daripada apa yang anda perlukan.

Page 3: takaful

ManakalaTakaful AM pula adalah takaful yang menawarkan takaful perumahan.

Terdapat dua pelan takaful di bawah takaful rumah iaitu takaful empunya rumah dan

takaful isi rumah. Takaful empunya rumah adalah takaful yang memberikan

perlindungan keatas rumah kediaman pemegang pelan ini terhadap kerugian atau

kerosakan akibat bencana seperti banjir atau gempa bumi. Bukan sahaja melindungi

rumah tetapi juga merangkumi garaj, bangunan luar, dinding, pintu pagar dan pagar di

sekeliling rumah serta lekapan dan lengkapan kekal. Yang kedua adalah takaful isi

rumah. Takaful isi rumah pula memberi perlindungan terhadap kerugian atau

kerosakan kandungan rumah kediaman pemegang pelan, dan perlindungan kepada

mereka sebagai peserta jika berlaku kecederaan maut. Pemegang pelan boleh

menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali

untuk perlindungan yang menyeluruh. Kepentingan takaful ini dapat meringankan

beban kepada individu kerana pelan ini dapat membantu individu dalam menghadapi

bencana alam terhadap diri sendiri dan keluarga.

Takaful Motor ialah takaful yang memberikan individu perlindungan terhadap

kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri akibat kebakaran, kecurian atau

kemalangan atau kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, kerosakan atau

kerugian harta benda pihak ketiga. Ia memberi kepentingan kepada pemilik motor

tersebut. Secaraamnya, sebelum membuat sebarang tuntutan, pemegang pelan ini

haruslah memerhatikan dan mencatatkan butiran kemalangan, butiran seperti nama

dan alamat pemandu-pemandu yang terlibat di samping para saksi serta nombor

pendaftaran, jenis dan model kenderaan yang terlibat. Sebagai pemegang pelan

takaful, maka boleh membuat tuntutan jika mana-mana yang berikut berlaku terhadap

pemegang sekiranya terlibat di dalam kemalangan kenderaan, kerosakan kepada

kenderaan atau pihak ketiga ada yang terlibat.

Akhir sekali penjelasan tentang takaful Kemalangan Diri (KD). Takaful

Kemalangan Diri (KD) adalah pelan takaful tahunan yang menyediakan pampasan

sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau kecederaan yang disebabkan oleh

kemalangan. Takaful ini boleh disertai pelbagai cara iaitu boleh menyertai takaful KD

Page 4: takaful

untuk diri pemegang sendiri atau pelan kumpulan untuk keluarga pemegang. Takaful

ini juga boleh dibeli untuk jangka masa yang lebih pendek, seperti jika individu

melancong keluar negara, untuk melindungi diri sekiranya kemalangan berlaku

sewaktu berada di luar negara. Walaupun perlindungan takaful ini merangkumi

kemalangan yang berlaku di mana-mana tempat di dunia, 24 jam sehari, pelan asas

KD masih mempunyai pengecualian. Walaubagaimanapun, dengan caruman

tambahan, pemegang pelan boleh menambah perlindungan yang sebelum ini

dikecualikan. Hubungi pengendali atau ejen takaful pemegang pelan tentang

perlindungan tambahan yang boleh dinikmati melalui pembelian takaful KD.

RUJUKAN

http://www.islamicfinanceinfo.com.my/bm/mengenai-takaful/mengenal-produk-

takaful-anda

www.insuranceinfo.com.my/takaful_keluarga.pdf&h=TAQH2EgDi

AsmadAbd Rahman, (2010). Sistem Takaful Di Malaysia. Kuala Lumpur :Universiti

Malaya (UM).