tajuk : tarikh : 24.06.2014 prosedur pindaan : 0...

17
TAJUK : PROSEDUR PENGUATKUASAAN TERMINAL BAS JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA TARIKH : 24.06.2014 PINDAAN : 0 NO RUJUKAN : SOP Bil.6 TAHUN 2013/K (6) JPJ 228/1-9/16-06 1 1. TUJUAN 1.1 Peraturan ini dikeluarkan sebagai panduan kepada PPJ yang bertugas di terminal bas untuk memastikan arahan dan peraturan yang telah ditetapkan dipatuhi sepenuhnya. 1.2 Bagi memudahkan PPJ yang bertugas untuk melaksanakan tugas- tugas penguatkuasaan dan pemantauan di terminal bas. 1.3 Bagi memastikan semua pemandu bas adalah kompeten, berhemah serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. 1.4 Bagi memastikan semua bas yang bergerak keluar dari terminal telah diperiksa serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. 2. SKOP 2.1 Prosedur ini diguna pakai oleh semua PPJ yang bertugas di terminal bas di negeri masing-masing. 3. RUJUKAN 3.1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 3.2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 3.3 Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 3.4 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 3.5 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 3.6 Manual Pengguna mySIKAP Modul Penguatkuasaan 4. DEFINISI BIL PERKARA DEFINISI 4.1 Pegawai Pengangkutan Jalan Mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Seksyen 3(1)APJ1987

Upload: lyque

Post on 21-Apr-2018

279 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

TAJUK : PROSEDUR PENGUATKUASAAN TERMINAL BAS

JABATAN

PENGANGKUTAN JALAN

MALAYSIA

TARIKH : 24.06.2014 PINDAAN : 0 NO RUJUKAN : SOP Bil.6 TAHUN 2013/K (6) JPJ 228/1-9/16-06

1

1. TUJUAN

1.1 Peraturan ini dikeluarkan sebagai panduan kepada PPJ yang bertugas di terminal bas untuk memastikan arahan dan peraturan yang telah ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

1.2 Bagi memudahkan PPJ yang bertugas untuk melaksanakan tugas-

tugas penguatkuasaan dan pemantauan di terminal bas. 1.3 Bagi memastikan semua pemandu bas adalah kompeten, berhemah

serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. 1.4 Bagi memastikan semua bas yang bergerak keluar dari terminal telah

diperiksa serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

2. SKOP

2.1 Prosedur ini diguna pakai oleh semua PPJ yang bertugas di terminal bas di negeri masing-masing.

3. RUJUKAN

3.1 Akta Pengangkutan Jalan 1987

3.2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010

3.3 Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987

3.4 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959

3.5 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan)

1959

3.6 Manual Pengguna mySIKAP Modul Penguatkuasaan

4. DEFINISI

BIL

PERKARA

DEFINISI

4.1 Pegawai Pengangkutan Jalan Mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Seksyen 3(1)APJ1987

Page 2: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

TAJUK : PROSEDUR PENGUATKUASAAN TERMINAL BAS

JABATAN

PENGANGKUTAN JALAN

MALAYSIA

TARIKH : 24.06.2014 PINDAAN : 0 NO RUJUKAN : SOP Bil.6 TAHUN 2013/K (6) JPJ 228/1-9/16-06

2

BIL

PERKARA

DEFINISI

4.2 mySIKAP Merupakan Sistem infomasi kenderaan dan pemandu.Transaksi secara elektronik iaitu atas talian berasaskan platform Web-Based perkhidmatan dan perkongsian maklumat melalui integrasi sistem.

4.3 Manual Pengguna mySIKAP Modul Penguatkuasaan

Buku panduan penggunaan Modul Penguatkuasaan oleh pegawai pengangkutan jalan

4.4 Terminal bas Merupakan suatu tempat perhentian bagi kenderaan-kenderaan perkhidmatan awam bertujuan mengambil dan menurunkan penumpang.

4.5 Notis PG 1 Merupakan suatu notis larangan penggunaan kenderaan yang dibuat dibawah seksyen 59 APJ 1987.

4.6 Notis JPJ P22 Merupakan suatu notis memerintahkan hadir di mahkamah yang dibuat dibawah Seksyen 53 APJ 1987.

4.7 Notis ALPKP 1987 Merupakan suatu notis memerintahkan hadir di mahkamah yang dibuat dibawah Seksyen 45A(1) ALPKP 1987.

4.8 Notis 114 Merupakan suatu notis panggilan temusiasat

4.9 Notis JPJ P23 Merupakan suatu notis permintaan butir-butir pemandu terhadap pemilik kenderaan bermotor yang dibuat dibawah Seksyen 115 APJ 1987.

4.10 Senarai penumpang Merupakan suatu borang maklumat penumpang kenderaan perkhidmatan awam

4.11 Notis Penahanan Dokumen Merupakan suatu notis penahanan dokumen untuk tujuan siasatan dibawah seksyen 108 (5) APJ 1987.

4.12 Borang Aduan Merupakan suatu borang aduan berkaitan apa-apa perlanggaran undang-undang lalulintas.

4.13 Notis Penahanan Kenderaan Merupakan suatu notis penahanan kenderaan yang dibuat di bawah seksyen 64(4) APJ 1987.

4.14 Slip pemeriksaan bas (Borang T1) Merupakan suatu perakuan pemeriksaan tayar dan brek yang tempoh sahlakunya tidak melebihi 14 hari.

4.15 Borang T2 Merupakan suatu laporan pemeriksaan pemandu dan bas.

4.16 Borang T3 Merupakan suatu laporan pemeriksaan air kencing

Page 3: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

TAJUK : PROSEDUR PENGUATKUASAAN TERMINAL BAS

JABATAN

PENGANGKUTAN JALAN

MALAYSIA

TARIKH : 24.06.2014 PINDAAN : 0 NO RUJUKAN : SOP Bil.6 TAHUN 2013/K (6) JPJ 228/1-9/16-06

3

BIL

PERKARA

DEFINISI

4.17 Borang T4 Merupakan suatu laporan kes bagi kesalahan dibawah Kaedah 10B Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

5. SINGKATAN

BIL

PERKARA

SINGKATAN

5.1

Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)

APJ 1987

5.2 Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987(Akta 334)

ALPKP 1987

5.3 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) APAD 2010

5.3 Pegawai Pengangkutan Jalan PPJ

5.4 Pemeriksa Kereta Motor PKM

5.5 Ketua Bahagian Penguatkuasa KBK

5.6 Ketua Unit Operasi KUO

5.7 Ketua Kumpulan KK

5.8 Urusetia Pentadbiran Operasi UPO

6. SYARAT-SYARAT

6.1 Setiap pasukan yang bertugas di terminal bas hendaklah dianggotai oleh sekurang-kurangnya seorang pemeriksa kereta motor.

6.2 Setiap pasukan hendaklah diketuai oleh PPJ gred 22 dan keatas. 6.3 Setiap kenderaan sebelum memulakan perjalanan dari terminal

hendaklah diperiksa dan dicatat dalam borang pemeriksaan bas (Borang T2).

6.4 Setiap kenderaan yang gagal dalam pemeriksaan hendaklah dilarang

meneruskan perjalanan. 6.5 Setiap kenderaan yang melibatkan perjalanan melebihi 300 km atau 4

jam secara berterusan hendaklah mengadakan pemandu kedua. 6.6 Tertakluk pada para 6.5 setiap pemandu hendaklah memandu tidak

melebihi 8 jam dalam tempoh 24 jam

Page 4: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

TAJUK : PROSEDUR PENGUATKUASAAN TERMINAL BAS

JABATAN

PENGANGKUTAN JALAN

MALAYSIA

TARIKH : 24.06.2014 PINDAAN : 0 NO RUJUKAN : SOP Bil.6 TAHUN 2013/K (6) JPJ 228/1-9/16-06

4

7. PROSEDUR

BIL TINDAKAN TANGGUNG

JAWAB DOKUMEN

7.1 TAKLIMAT

1. Taklimat kepada semua anggota operasi berkaitan tugas-tugas di terminal bas.

KBK/KUO

2. Pastikan segala dokumen dan peralatan penguatkuasa meliputi alat pengukur tayar, GIRN, hand held device (jika ada) boleh berfungsi dengan baik dan dibawa ke lokasi.

PPJ

Notis JPJ(P)22, PG 1, JPJ(P)23, 114, ALPKP 1987, Borang Aduan, Borang T1 & T2, Senarai penumpang, Notis Penahanan Dokumen, Notis Penahanan Kenderaan,

3. Setiap ketua kumpulan yang mempunyai lesen senjata api hendaklah membawa senjata api dan ianya tertakluk pada jumlah bekalan senjata api di JPJ Negeri/Cawangan tersebut.

KK

Rujuk Pekeliling Bahagian Penguatkuasa Bilangan 4 Tahun 2014

4. Berada di lokasi terminal bas 10 minit sebelum waktu bertugas di terminal.

PPJ

5. Mencatat ke dalam dairi stesen terminal dan melaporkan ke bilik kawalan JPJ Negeri/Cawangan berkaitan maklumat kehadiran, keanggotaan, kenderaan jabatan yang digunakan, masa mula dan tamat tugas.

PPJ Diari Stesen Terminal

6. Melaporkan aktiviti ke bilik kawalan JPJ Negeri/Cawangan setiap satu jam.

PPJ

Page 5: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

TAJUK : PROSEDUR PENGUATKUASAAN TERMINAL BAS

JABATAN

PENGANGKUTAN JALAN

MALAYSIA

TARIKH : 24.06.2014 PINDAAN : 0 NO RUJUKAN : SOP Bil.6 TAHUN 2013/K (6) JPJ 228/1-9/16-06

5

BIL TINDAKAN TANGGUNG

JAWAB DOKUMEN

7. Setiap aktiviti harian hendaklah direkod

dalam dairi stesen terminal yang meliputi pengeluaran notis, pemeriksaan kenderaan dan urine test.

PPJ Diari Stesen Terminal

7.2 WAKTU BERTUGAS

1. Tertakluk kepada jadual tugas operasi yang dikeluarkan oleh JPJ negeri dan masa operasi di sesuatu terminal itu.

PPJ

2. Waktu bertugas akan berubah pada

musim perayaan

7.3 PEMERIKSAAN KENDERAAN/PEMANDU

1. Dokumen berikut hendaklah diperiksa : a. Lesen memandu CDL dan PSV b. Lesen pengendali/Lesen

pembawa c. Buku log kenderaan d. Jadual perjalanan e. Jadual tambang f. Kad Pengenalan (jika perlu) g. Pemandu kedua (Sekiranya

perjalanan melebihi 300km atau melebihi 4 jam)

PPJ/PKM Lesen memandu CDL, PSV,Lesen pengendali/Lesen pembawa, Buku log kenderaan, Jadual perjalanan, Jadual tambang

2. Arahkan pemandu membuat urine test jika pemandu tersebut belum lagi membuat ujian atau tempoh sah laku slip ujian telah tamat. Ujian ini hanya terpakai terhadap mana-mana terminal yang disertai oleh AADK.

PPJ/PKM Rujuk Pekeliling Bahagian Penguatkuasa Bilangan 3 Tahun 2013, Pekeliling Bahagian Penguatkuasa Bil. 10 Tahun 2014

3. Membuat semakan maklumat berkaitan mata demerit melalui mySIKAP.

PPJ

Page 6: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

TAJUK : PROSEDUR PENGUATKUASAAN TERMINAL BAS

JABATAN

PENGANGKUTAN JALAN

MALAYSIA

TARIKH : 24.06.2014 PINDAAN : 0 NO RUJUKAN : SOP Bil.6 TAHUN 2013/K (6) JPJ 228/1-9/16-06

6

BIL TINDAKAN TANGGUNG

JAWAB DOKUMEN

4. Menjalankan pemeriksaan teknikal bas

sepertimana yang diperuntukan dibawah Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 yang berikut:

PKM

Notis PG1

a. Tayar b. Brek c. Lampu besar/ lampu isyarat/ lampu

brek d. Penggilap cermin e. Odometer f. Lain-lain kesalahan teknikal

5. Merekod maklumat pemandu dan bas

dalam borang pemeriksaan bas

PPJ Borang T2

6. Buku log kenderaan hendaklah disemak

dan disahkan apabila pemandu dan kenderaan tersebut telah mematuhi segala peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan.

PPJ/PKM

7. Menyerahkan dokumen-dokumen

berkaitan kepada pemandu.

PPJ

8. Menerima aduan awam (jika ada).

PPJ Borang Aduan

7.4 TINDAKAN TERHADAP KESALAHAN YANG DIKESAN

1. Melarang bas berkenaan dari meneruskan perjalanan sehingga kesalahan yang dikesan di patuhi.

PPJ

2. Jika lesen memandu pemandu tersebut telah digantung atau dibatal dibawah kaedah mata demerit , ambil tindakan berikut:

Page 7: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

TAJUK : PROSEDUR PENGUATKUASAAN TERMINAL BAS

JABATAN

PENGANGKUTAN JALAN

MALAYSIA

TARIKH : 24.06.2014 PINDAAN : 0 NO RUJUKAN : SOP Bil.6 TAHUN 2013/K (6) JPJ 228/1-9/16-06

7

BIL TINDAKAN TANGGUNG

JAWAB DOKUMEN

a. larang pemandu meneruskan

perjalanan

PPJ

b. arahkan pemandu mencari pemandu

gantian.

PPJ

3. Jika pemandu disyaki positif dadah

melalui pemeriksaan urine, ambil tindakan berikut :-

Dokumen

penahanan lesen di bawah seksyen

36(3) APJ

a. Keluarkan notis tahan lesen memandu

yang diperuntukkan di bawah seksyen 36(3) APJ 1987.

b. Lesen boleh ikembalikan setelah

pengamal perubatan mengesahkan pemandu bebas dari pengaruh dadah.

3. Berkaitan kesalahan teknikal, ambil

tindakan berikut:

a. keluarkan notis PG1 PPJ Borang T1, Notis

PG1

b. jika terdapat kesalahan berhubung

dengan tayar dan brek, bas hendaklah dilarang dari meneruskan perjalanan sehingga kesalahan tersebut dipatuhi.

PPJ

c. Slip Pemeriksaan Bas yang meliputi

tayar dan brek hendaklah dikeluarkan sepertimana yang ditetapkan dalam Borang T1.

PPJ Borang T1

4. Berkaitan aduan awam, ambil tindakan

berikut:

a. terima aduan daripada pengadu.

PPJ Borang Aduan

b. hubungi bilik kawalan jika maklumat

aduan perlu tindakan segera atau

PPJ

Page 8: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

TAJUK : PROSEDUR PENGUATKUASAAN TERMINAL BAS

JABATAN

PENGANGKUTAN JALAN

MALAYSIA

TARIKH : 24.06.2014 PINDAAN : 0 NO RUJUKAN : SOP Bil.6 TAHUN 2013/K (6) JPJ 228/1-9/16-06

8

BIL TINDAKAN TANGGUNG

JAWAB DOKUMEN

urusetia pentadbiran operasi.

5. Lapor kepada bilik kawalan selepas

tamat tugas

PPJ

6. Serah kes bersama reten harian operasi

dan apa-apa dokumen yang ditahan kepada urusetia pentadbiran operasi dalam tempoh 24 jam dan mengesahkan penyerahan/penerimaan kes dilaporan harian operasi

PPJ/UPO

8. REKOD

BIL REKOD TEMPOH

SIMPANAN TEMPAT

SIMPANAN

8.1 Fail Kes 7 Tahun Dalam kabinet Bilik Fail

9. LAMPIRAN

9.1 Carta Alir - Lampiran A – Penguatkuasaan Terminal bas

9.2 Borang Aduan

9.3 Borang T1 - Slip pemeriksaan bas

9.4 Borang T2 - Borang pemeriksaan bas

9.5 Borang T3 – Laporan pemeriksaan air kencing

9.6 Borang T4 – Laporan kes bagi kesalahan dibawah Kaedah 10B Kaedah-Kaedah

9.7 Senarai terminal bas Lalulintas Jalan 1959

9.8 Notis Penahanan Lesen Memandu Di Bawah Seksyen 36(3)APJ 1987

Page 9: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

9

10. CARTA ALIR

PENGUATKUASAAN DI TERMINAL BAS

MULA

Taklimat operasi

Persediaan ke terminal

Lapor mula tugas

Pemeriksaan dokumen kenderaan,dokumen

pemandu, fizikal kenderaan dan urine test

Kenderaan dibenar mulakan

perjalanan

Pengesahan

Buku Log

Gagal

Lulus

Keluarkan notis berkaitan /serah pemandu

kepada AADK

Tindakan

kesalahan

Keluarkan notis berkaitan/ kenderaan dilarang

meneruskan perjalanan

TAMAT

Lapor bilik kawalan tamat tugas

Serah kes kepada urusetia pentadbiran

operasi

Page 10: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

10

11. TARIKH BERKUATKUASA DAN PEMBATALAN

11.1 Prosedur Penguatkuasaan Terminal Bas berkuatkuasa mulai tarikh prosedur ini

dikeluarkan.

11.2 Prosedur Penguatkuasaan Terminal Bas yang bertarikh 22 Februari 2009 adalah

DIBATALKAN

12. STANDARD OPERATING PROSEDURE

SENARAI PINDAAN

Berkuatkuasa dari

Prosedur Penguatkuasaan Terminal Bas

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN ABDUL NASIR Unit Operasi Ibu Pejabat JPJ Putrajaya

ZULKIFLY BIN ISMAIL Unit Pengurusan Stesen Ibu Pejabat JPJ Putrajaya

Disahkan oleh :

JAAFAR BIN MOHAMED Pengarah Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ Putrajaya

Page 11: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

11

BORANG T1

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

SLIP PEMERIKSAAN BAS

NO. PENDAFTARAN BAS :

......................................................................

SYARIKAT BAS : ......................................................................

DEPO/BENGKEL/TERMINAL : ......................................................................

TARIKH PEMERIKSAAN : …………………………………………………………

PIAWAI (STANDARD) TAYAR

Malaysian Standard - MS 149, MS 224 (retread), MS 1394

UNECE - R30, R54, R108(retread), R109(retread)

KEDALAMAN BUNGA TAYAR TEMPOH SAHLAKU SLIP

PEMERIKSAAN

CATATAN

LEBIH 8MM 14 HARI

2.5MM HINGGA 8MM 7 HARI

PEMERIKSAAN KEADAAN CATATAN

TEKANAN ANGIN BREK SECARA

STATIK

CATATAN :

SLIP PEMERIKSAAN BAS TIDAK DIKELUARKAN JIKA :

i. Kedalaman bunga tayar kurang dari 2.5 mm ii. Kedalaman bunga tayar sama atau kurang dari 1.6 mm keluarkan Notis PG.1 dan kenderaan

tidak di benarkan meneruskan perjalanan.

iii. Tekanan angin brek bas secara statik semasa diperiksa

...............................................

NAMA & T/TANGAN PEMERIKSA

TARIKH :

...............................................

T/TANGAN PEMANDU

NAMA PEMANDU :

NO K/P :

TARIKH :

Page 12: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

12

Borang T2

BORANG PEMERIKSAAN BAS JABATAN PENGANGKUTAN JALAN …………………………………………………………..

TARIKH : ………………………………………. SYIF : …………………………………………….

SENARAI NAMA PEMANDUBAS DAN BAS YANG TELAH DIPERIKSA DI …………………………………………………………………………………

BIL NO. KEND SYARIKAT NAMA PEMANDU NO. K/P NO. SIRI CDL NO. SIRI PSV CATATAN

Page 13: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

13

Borang T3

Page 14: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

14

Borang T4 Borang T4

Page 15: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

15

SENARAI TERMINAL DI MALAYSIA

(MUSIM PERAYAAN)

BIL NEGERI TERMINAL

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

1. Pudu Sentral 2. Terminal Bersepadu Selatan 3. Hentian Putra 4. Genting Highland

2. Selangor 5. Seksyen 17 6. Klang Sentral 7. Jalan Reko

3. Perak

8. Aman Jaya 9. Kamunting Raya 10. Teluk Intan 11. Lumut

4. Pulau Pinang 12. Butterworth 13. Sungai Nibong

5. Johor 14. Larkin 15. Bentayan, Muar

6. Pahang 16. Terminal Sentral Kuantan 17. Terminal Utama, Temerloh

7. Kedah 18. Shahab Perdana 19. Sungai Petani

8. Kelantan 20. Lembah Sireh

9. Negeri Sembilan 21. Terminal One

10. Melaka 22. Melaka Sentral

11. Terengganu 23. MB Kuala Terengganu

12. Perlis 24. Terminal Bukit Lagi

13. Sabah 25. Terminal Utara Inanam 26. Terminal Batu 2 27. Terminal Tawau

14. Sarawak

28. Kuching Sentral 29. Terminal Sibu 30. Terminal Bintulu 31. Terminal Miri

Page 16: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

16

SENARAI TERMINAL DI MALAYSIA

(Hari Biasa)

BIL NEGERI TERMINAL

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

1. Pudu Sentral 2. Terminal Bersepadu Selatan 3. Hentian Putra 4. Genting Highland

2. Selangor 5. Seksyen 17 6. Klang Sentral 7. Jalan Reko

3. Perak 8. Aman Jaya 9. Kamunting Raya

4. Pulau Pinang 10. Butterworth

5. Johor 11. Larkin 12. Bentayan,Muar

6. Pahang 13. Terminal Sentral Kuantan

7. Kedah 14. Shahab Perdana

8. Kelantan 15. Lembah Sireh

9. Negeri Sembilan 16. Terminal One

10. Melaka 17. Melaka Sentral

11. Terengganu 18. MB Kuala Terengganu

12. Perlis 19. Terminal Bukit Lagi

13. Sabah 20. Terminal Utara Inanam

14. Sarawak 21. Kuching Sentral

Page 17: TAJUK : TARIKH : 24.06.2014 PROSEDUR PINDAAN : 0 ...academy.jpj.gov.my/spmp/var/files/PROSEDUR_PENGUATKUASAAN_… · Buku log kenderaan hendaklah disemak dan disahkan apabila pemandu

17

Dengan ini tuan/puan telah disyaki menjadi penagih dadah dalam suatu pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan/Pegawai Polis seperti berikut:

Maklumat Lesen:

………………………………….. Pegawai Pengangkutan Jalan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri __________________

………………………………………………… Tandatangan Pemegang Lesen

Nama : ___________________________

No. K/P :____________________________

Tarikh :____________________________

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

MALAYSIA

No. Siri

NOTIS PENAHANAN LESEN MEMANDU DI BAWAH SEKSYEN 36(3)

AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Kepada

Tarikh :

Masa :

Tempat :

2. Dengan kuasa yang diberi kepada saya di bawah Seksyen 36(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan ini menahan lesen memandu tuan/puan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen tersebut sehingga tuan/puan diperakui sebagai penagih dadah.

Bil. Jenis Lesen Kelas No. Siri Tarikh Tamat

(a) CDL

(b) Vokasional (i) PSV (ii) GDL