tajuk muka surat - e-masjid.jais.gov.my garis panduan full.pdf · nota *sekiranya terdapat...

34

Upload: others

Post on 03-Sep-2019

36 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1

Tajuk Muka Surat

Ucapan Alu-Aluan 2

Garis Panduan Pencalonan Pegawai Surau oleh Majlis Agama Islam Selangor 3 - 12

Borang Pencalonan Pegawai Surau 13 - 14

Garis Panduan Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau Negeri Selangor 15 - 24

Borang Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau 25 - 26

Garis Panduan Penetapan Status Ahli Kariah Masjid dan Surau Negeri Selangor 27 - 31

Borang Pendaftaran Ahli Kariah Surau 32

Isi Kandungan

2

Ucapan Aluan

Assalamualaikum wr.wbt.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t keranalimpah inayah-Nya dan izin-Nya, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya menyusun dan mengemaskini Garis Panduan Pencalonan Pegawai Surau oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Garis Panduan Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau Negeri Selangor dan Garis Panduan Penetapan Status Ahli Kariah Masjid dan Surau Negeri Selangor.

Garis panduan yang lebih lengkap, mudah dirujuk dan difahami ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada MAIS, JAIS, Pegawai dan Jawatankuasa Masjid dan Surau serta ahli khariah dalam melaksanakan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan serta Pemilihan Pegawai dan Jawatankuasayang baru bagi masjid-masjid dan surau-surau di negeri Selangor bagi setiap tiga tahun.

Semoga garis panduan ini akan dapat membantu semua pihak untuk memilih dan mencalonkan individu yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mentadbir masjid dan surau di negeri Selangor demi merealisasikan masjid sebagai "Pusat Transformasi dan Penyatuan Ummah" dan "Masjid Jantung Pembangunan Ummah" seperti yang diharapkan.

Wassalam,

DATO' BAKHTIAR BIN HUSSINSetiausaha,Majlis Agama Islam Selangor

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAUOLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

3

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON

PEGAWAI SURAU OLEHMAJLIS AGAMA ISLAM

SELANGOR

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAUOLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

4

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAU OLEH MAJLIS AGAMA

ISLAM SELANGOR“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (At-Taubah:18)1. NAMA

Garis Panduan ini boleh dinamakan Garis Panduan PemilihanCalon Pegawai Surau oleh Majlis Agama Islam Selangor(MAIS).

2. PEMAKAIAN

2.1 Garis Panduan ini hendaklah terpakai kepada pencalonan Pengerusi, Imam, Bilal dan Siak (selepas ini dirujuk sebagai “Pegawai Surau”) sahaja.

2.2 Pemilihan anggota Jawatankuasa Surau akan dilaksanakan selepas pencalonan Pegawai Surau.

2.3 Pemilihan Jawatankuasa Surau hendaklah berpandukan kepada Garis Panduan Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau Negeri Selangor yang dikeluarkan.

3. LATARBELAKANG

Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bil. 3/ 2016yang telah bersidang pada 7 Mei 2016 telah memutuskan supaya Garis Panduan ini menggantikan Tatacara Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau Negeri Selangor Sesi Jun 2013 hingga Mei 2016 yang dikeluarkan pada 16 Januari 2013.

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAUOLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

5

4. TUJUAN

4.1 Garis Panduan ini diwujudkan bertujuan untuk:

(a) melaksanakan kehendak dan maksud Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995 di bawah kaedah 37; dan

(b) merupakan rujukan mengenai tatacara pemilihan calon Pegawai Surau oleh MAIS.

5. PELAKSANAAN

5.1 Kriteria umum pemilihan calon:

(a) Syarat kelayakan.

Setiap calon Pegawai Surau hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

i. berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 65 tahun;

ii. beragama Islam, warganegara Malaysia dan tinggal bermastautin atau bermukim serta berdaftar sebagai ahli kariah dalam kariah surau tersebut;

iii. berpegang dan beramal dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak;

iv. mempunyai pengetahuan agama Islam, berakhlak mulia dan melibatkan diri di dalam aktiviti surau;

v. boleh membaca, menulis dan mengira;

vi. sihat tubuh badan dan mental;

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAUOLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

6

vii. mempunyai daya kepimpinan;

viii. bersedia mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995 serta lain-lain garis panduan berkaitan dengan pengurusan masjid dan surau; dan

ix. sentiasa menjalin hubungan baik dengan ahli kariah.

(b) Gugur kelayakan.

Calon yang mempunyai kriteria seperti yang berikut adalah gugur kelayakan untuk dicalonkan menjadi Pegawai Surau:

i. menganggotai mana-mana jawatan Pegawai Masjid;

ii. menganggotai mana-mana jawatan Pegawai Surau atau Jawatankuasa Surau bagi surau yang lain;

iii. disabitkan dengan kesalahan jenayah dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah;

iv. ditamatkan perkhidmatan atau dipecat oleh MAIS;

v. diisytiharkan bankrap yang belum dilepaskan; atau

vi. seseorang yang dilantik sebagai penasihat bagi tiap-tiap masjid/ surau dalam mukim dan kampung yang berkenaan.

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAUOLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

7

5.2 Kriteria tambahan calon Pengerusi:

(a) mempunyai kelayakan akademik minima iaitu kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Agama (SPA) atau yang setaraf dengannya; atau

(b) mampu mengetuai halaqah yang melibatkan jawatankuasa dan jemaah di samping mampu mengimamkan sembahyang, menyampaikan khutbah serta mengetuai majlis tahlil; dan

(c) bersedia memberi kerjasama dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor.

5.3 Kriteria tambahan calon Imam:

(a) berkebolehan dalam bacaan Al-Quran dan menyampaikan khutbah;

(b) memiliki Sijil Menengah Agama (SMA)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / 4 Thanawi / Sijil Tahfiz atau lain-lain sijil yang diiktiraf berkaitan dengan Islam; dan/atau

(c) mampu mengetuai urusan fardhu ain dan fardhu kifayah.

5.4 Kriteria tambahan calon Bilal:

(a) mempunyai suara yang jelas dan baik.

(b) memiliki kemahiran sebagai muazzin; atau

(c) mengetahui urusan fardhu ain dan fardhu kifayah.

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAUOLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

8

5.5 Kriteria tambahan calon Siak:

Memiliki keupayaan untuk menjaga kebersihan dan penyelenggaraan surau.

5.6 Tempoh Jawatan Pegawai Surau

Pegawai Surau hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dari tarikh pelantikannya dan boleh dilantik semula. Walaubagaimanapun, bagi jawatan Pengerusi, pelantikan itu tidak boleh melebihi dua penggal berturut-berturut kecuali dengan kebenaran Majlis.

5.7 Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai Surau

(a) Majlis hendaklah melantik orang yang layak dan sesuai menjadi Pegawai Surau berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dinyatakan dalam Garis Panduan ini. Calon- calon Pegawai Surau boleh diperolehi melalui Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai Surau.

(b) Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai Surau hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi Surau berkenaan berdasarkan subkaedah 27(2) Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995.

(c) Pegawai Masjid atau Jawatankuasa Kariah sesuatu kariah hendaklah mengawasi dan boleh mengendalikan urusan tatacara pemilihan calon Pegawai Surau sebagaimana diperuntukkan di dalam subseksyen 104(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan subkaedah 13(2)(g) Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995.

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAUOLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

9

(d) Pegawai Tadbir Agama Daerah atau wakilnya hendaklah menyelia urusan tatacara pemilihan pencalonan Pegawai Surau sebagaimana diperuntukkan di dalam subkaedah 7(1) Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995.

(e) Setiausaha Surau hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada ahli kariah surau dan salinan kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Nazir Masjid sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai Surau diadakan.

(f) Pihak surau hendaklah membuat hebahan seperti memasang kain rentang, membuat pengumuman pada 2 kali solat Jumaat (Surau Kebenaran Solat Jumaat) dan apa jua bentuk mekanisma hebahan yang sesuai bagi memastikan kehadiran ahli kariah ke Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai Surau.

(g) Ahli kariah yang hadir di dalam Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai Surau hendaklah seseorang yang bermastautin atau bermukim serta berdaftar sebagai ahli kariah dalam kariah surau tersebut sepertimana yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Penetapan Status Ahli Kariah Masjid Dan Surau Negeri Selangor.

(h) Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut:

i. bacaan surah Al-Fatihah dan doa ;

ii. ucapan Pengerusi;

iii. taklimat khas tatacara pencalonan;

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAUOLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

10

iv. sesi pencalonan; dan

v. penangguhan mesyuarat dengan bacaan surah al-Asr.

(i) Bilangan pencalonan bagi Pegawai Surau hendaklah sekurang-kurangnya empat (4) orang seperti yang berikut:

i. seorang calon Pengerusi;

ii. seorang calon Imam;

iii. seorang calon Bilal; dan

iv. seorang calon Siak.

(j) Setiausaha Surau hendaklah:

i. mengisi Borang Pencalonan Pegawai Surau Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai Surau; dan

ii. menyerahkan borang tersebut beserta salinan minit Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai Surau kepada Pejabat Agama Islam Daerah dalam tempoh 7 hari bekerja selepas mesyuarat.

5.8 Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS

a) Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi MAIS.

b) Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS berperanan:

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAUOLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

11

i. boleh melantik Panel Pencalonan dan Pemilihan Peringkat Daerah bagi menyemak, menilai dan mengenal pasti kelayakan calon-calon Pegawai Surau yang dicadangkan.

ii. menasihati dan membuat syor pemilihan calon yang layak untuk dilantik menjadi Pegawai Surau kepada Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor.

5.9 Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor

a) Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi MAIS.

b) Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor berperanan:

i. bagi mengesahkan dan meluluskan pelantikan senarai nama-nama Pegawai Surau untuk tujuan pentauliahan.

ii. Mengeluarkan tauliah

6. PENGECUALIAN

Walau apa pun yang ditentukan oleh garis panduan ini, Majlisbolehdalam keadaan tertentu yang difikirkan perlu,mengecualikan mana-mana orang atau peruntukan yang ditentukan oleh garis panduan ini.

7. TARIKH KUAT KUASA

Garis panduan ini mula berkuat kuasa mulai 15 Julai 2016.

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAUOLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

12

8. PEMBATALAN

Dengan berkuat kuasanya garis panduan ini maka Tatacara Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau Negeri Selangor Sesi Jun 2013 hingga Mei 2016 adalah dibatalkan.

(DATO’ BAKHTIAR BIN HUSSIN)SetiausahaMajlis Agama Islam SelangorTarikh : 12 Julai 2016

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAUOLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

13

BO

RA

NG

PEN

CA

LON

AN

PEG

AWA

I SU

RA

U Y

AN

G D

IPU

TUSK

AN

DA

LAM

M

ESYU

AR

AT A

GU

NG

KH

AS

PEN

CA

LON

AN

PEG

AWA

I SU

RA

U

TAH

UN

___

____

____

____

NA

MA

SUR

AU

:

KA

RIA

H M

ASJ

ID

:

DA

ERA

H

:

TA

RIK

H M

ESYU

AR

AT

:

C

ALO

N P

EGAW

AI S

UR

AU

BIL

JAW

ATA

NN

AM

A PE

NU

HN

O. K

AD

PEN

GEN

ALA

NU

MU

RA

LAM

AT D

AN

N

O.T

EL.

KEL

AYA

KA

NC

ATAT

AN

01PE

NG

ERU

-SI

02IM

AM

03BI

LAL

04SI

AK

05 06 07 08

GARIS PANDUAN PEMILIHAN CALON PEGAWAI SURAUOLEH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

14

NO

TA

*Se

kira

nya

terd

apat

pen

amba

han

jum

lah

calo

n, s

ila is

i di r

uang

kos

ong

yang

dis

edia

kan

atau

jika

tida

k m

encu

kupi

, l

ampi

ran

bera

sing

an b

oleh

dis

erta

kan.

D

ised

iaka

n ol

eh :

D

isem

ak o

leh

:

---

------

------

------

------

------

------

------

---

---

------

------

------

------

------

------

----

(S

etia

usah

a Su

rau)

(P

enge

rusi

Sur

au /

Peng

erus

i Mes

yuar

at)

Tarik

h :

Tarik

h :

D

isah

kan

oleh

:

---

------

------

------

------

------

------

------

--

(P

egaw

ai M

asjid

ata

u W

akiln

ya)

Ta

rikh

:

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASASURAU NEGERI SELANGOR

15

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA

JAWATANKUASA SURAUNEGERI SELANGOR

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASASURAU NEGERI SELANGOR

16

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASA SURAU

NEGERI SELANGOR“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

(At-Taubah:18)1. NAMA

Garis Panduan ini boleh dinamakan Garis Panduan Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau Negeri Selangor.

2. PEMAKAIAN

2.1 Garis Panduan ini hendaklah terpakai kepada Pemilihan Bendahari, Setiausaha, AJK, Wakil Pemuda, Wakil Wanita, Bilal Jenazah Wanita dan Pemeriksa Kira- Kira (selepas ini dirujuk sebagai “Jawatankuasa Surau”) sahaja.

2.2 Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau akan dilaksanakan selepas Pencalonan Pegawai Surau.

3. LATARBELAKANG

Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bil. 3/ 2016 yang telah bersidang pada 7 Mei 2016 telah memutuskan supaya Garis Panduan ini menggantikan Tatacara Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau Negeri Selangor Sesi Jun 2013 hingga Mei 2016 yang dikeluarkan pada 16 Januari 2013.

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASASURAU NEGERI SELANGOR

17

4. TUJUAN

4.1 Garis Panduan ini diwujudkan bertujuan untuk:

(a) melaksanakan kehendak dan maksud Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah seksyen 104;

(b) melaksanakan kehendak dan maksud Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatan Kariah (Negeri Selangor) 1995 di bawah kaedah 6 dan kaedah 37; dan (c) merupakan rujukan mengenai tatacara Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau dalam Negeri Selangor.

5. PELAKSANAAN

5.1 Kriteria umum pemilihan calon:

(a) Syarat kelayakan.

Setiap calon yang dipilih menjadi AnggotaJawatankuasa Surau bagi sesuatu kariahsurau dalam Negeri Selangor hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

i. berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 65 tahun;

ii. beragama Islam, warganegara Malaysia dan tinggal bermastautin atau bermukim serta berdaftar sebagai ahli kariah dalam kariah surau tersebut;

iii. berpegang dan beramal dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak;

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASASURAU NEGERI SELANGOR

18

iv. mempunyai pengetahuan agama Islam, berakhlak mulia dan melibatkan diri di dalam aktiviti surau;

v. boleh membaca, menulis dan mengira;

vi. sihat tubuh badan dan mental;

vii. mempunyai daya kepimpinan;

viii. bersedia mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995 serta lain-lain garis panduan berkaitan dengan pengurusan masjid dan surau; dan

ix. sentiasa menjalin hubungan baik dengan ahli kariah.

(b) Gugur kelayakan.

Calon yang mempunyai kriteria seperti yang berikut adalah gugur kelayakan untuk dipilih menjadiAnggota Jawatankuasa Surau dalam Negeri Selangor:

i. menganggotai mana-mana jawatan Pegawai Masjid

ii. Menganggotai mana- mana jawatan Pegawai Surau dan Jawatankuasa Surau bagi surau yang lain;

iii. disabitkan dengan kesalahan jenayah dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah;

iv. ditamatkan perkhidmatan atau dipecat oleh Majlis;

v. diisytiharkan bankrap yang belum dilepaskan; atau

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASASURAU NEGERI SELANGOR

19

vi. seseorang yang dilantik sebagai penasihat bagi tiap-tiap masjid/ surau dalam mukim dan kampung yang berkenaan.

5.2 Kriteria tambahan calon Setiausaha:

(a) hendaklah memiliki pengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran; atau

(b) mampu berkomunikasi dengan baik.

5.3 Kriteria tambahan calon Bendahari:

(a) memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil-sijil yang berkaitan dengan urusan perakaunan; atau

(b) memiliki pengalaman atau berkemahiran dalam bidang Pengurusan Kewangan.

5.4 Kriteria tambahan calon Pemeriksa Kira-kira:

(a) memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil-sijil yang berkaitan dengan urusan perakaunan; atau

(b) memiliki pengalaman atau berkemahiran dalam bidang Pengurusan Kewangan.

5.5 Tempoh jawatan Anggota Jawatankuasa Surau

Mana-mana Anggota Jawatankuasa Surauhendaklah memegang jawatan selama tempoh tigatahun dari tarikh pelantikannya dan boleh dilantiksemula.

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASASURAU NEGERI SELANGOR

20

5.6 Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Jawatankuasa Surau

(a) Anggota Jawatankuasa Surau boleh dipilih melalui Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Anggota

Jawatankuasa Surau berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dinyatakan dalam Garis Panduan ini dan dipengerusikan oleh Pengerusi Surau berkenaan berdasarkan subkaedah 27(2) Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995.

(b) Pegawai Masjid atau Jawatankuasa Kariah sesuatu kariah hendaklah mengawasi dan boleh mengendalikan urusan tatacara pemilihan anggota Jawatankuasa Surau sebagaimana diperuntukkan di dalam subseksyen 104(2)(d) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan subkaedah 13(2)(g) Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995.

(c) Pegawai Tadbir Agama Daerah atau wakilnya hendaklah menyelia urusan tatacara pemilihan sebagaimana diperuntukkan di dalam subkaedah 7(1) Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995.

(d) Setiausaha Surau hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada ahli kariah surau dan salinan kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Nazir Masjid sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau diadakan.

(e) Pihak Surau hendaklah membuat hebahan seperti memasang kain rentang, membuat pengumuman pada 2 kali solat Jumaat (Surau Kebenaran Solat Jumaat) dan apa jua bentuk

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASASURAU NEGERI SELANGOR

21

mekanisma hebahan yang sesuai bagi memastikan kehadiran ahli kariah ke Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau.

(f) Ahli kariah yang hadir hendaklah seseorang yang bermastautin atau bermukim serta berdaftar sebagai ahli kariah dalam kariah surau tersebut sepertimana yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Penetapan Status Ahli Kariah Masjid Dan Surau Negeri Selangor.

(g) Agenda mesyuarat adalah seperti yang berikut:

i. bacaan surah Al-Fatihah dan doa;

ii. ucapan Pengerusi;

iii. taklimat khas tatacara pemilihan ;

iv. sesi pemilihan; dan

v. penangguhan mesyuarat dengan bacaan surah al-Asr.

(h) Bilangan Anggota Jawatankuasa Surau dalam Negeri Selangor yang dipilih adalah seperti yang berikut:

i. seorang Setiausaha;

ii. seorang Bendahari; iii. empat (4) orang AJK;

iv. seorang Wakil Pemuda;

v. seorang Wakil Wanita;

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASASURAU NEGERI SELANGOR

22

vi. seorang Bilal Jenazah Wanita; dan

vii. dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira.

(i) Kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau hendaklah dibuat secara sebulat suara atau lebih suara ahli kariah yang hadir seperti mana yang diperuntukkan dalam subkaedah 27(2) Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995.

(j) Setiausaha Surau hendaklah:

i. mengisi Borang Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Surau; dan

ii. menyerahkan borang tersebut beserta salinan minit Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Anggota Jawatankuasa Surau kepada Pejabat Agama Islam Daerah dalam tempoh 7 hari bekerja selepas mesyuarat.

5.7 Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS

a) Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi MAIS.

b) Mesyuarat Jawatankuasa Kariah MAIS berperanan:

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASASURAU NEGERI SELANGOR

23

i. boleh melantik Panel Pencalonan dan Pemilihan Peringkat Daerah bagi menyemak, menilai dan mengenal pasti kelayakan calon-calon Jawatankuasa Surau yang dicadangkan. ii. menasihati dan membuat syor pemilihan calon yang layak untuk dilantik menjadi Anggota Jawatankuasa Surau kepada Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor.

5.8. Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor

a) Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi MAIS.

b) Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor berperanan:

i. mengesahkan dan meluluskan senarai nama-nama Anggota Jawatankuasa Surau untuk tujuan pelantikan

ii. mengeluarkan surat pelantikan

6. PENGECUALIAN

Walau apa pun yang ditentukan oleh garis panduan ini, Majlis boleh dalam keadaan tertentu yang difikirkan perlu,mengecualikan mana-mana orang atau peruntukan yang ditentukan oleh garis panduan ini.

7. TARIKH KUAT KUASA

Garis panduan ini mula berkuat kuasa mulai 15 Julai 2016.

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASASURAU NEGERI SELANGOR

24

8. PEMBATALAN

Dengan berkuat kuasanya garis panduan ini maka Tatacara Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau Negeri Selangor Sesi Jun 2013 hingga Mei 2016 adalah dibatalkan.

(DATO’ BAKHTIAR BIN HUSSIN)SetiausahaMajlis Agama Islam SelangorTarikh : 12 Julai 2016

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASASURAU NEGERI SELANGOR

25

BO

RA

NG

PEM

ILIH

AN

AN

GG

OTA

JAW

ATA

NK

UA

SA S

UR

AU

YA

NG

DIP

UTU

SKA

N D

ALA

M M

ESYU

AR

AT A

GU

NG

KH

AS

PEM

ILIH

AN

SU

RA

U

TAH

UN

___

____

____

____

NA

MA

SUR

AU

:

KA

RIA

H M

ASJ

ID

:

DA

ERA

H

:

TA

RIK

H M

ESYU

AR

AT

:

A

NG

GO

TA J

AWAT

AN

KU

ASA

SU

RA

U

BIL

JAW

ATA

NN

AM

A PE

NU

HN

O. K

AD

PEN

GEN

ALA

NU

MU

RA

LAM

AT D

AN

NO

.TEL

.K

ELAY

AK

AN

CAT

ATA

N

01SE

TIAU

SAH

A

02BE

ND

AHAR

I

03AJ

K

04AJ

K

05AJ

K

06AJ

K

07W

AKIL

PE

MU

DA

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ANGGOTA JAWATANKUASASURAU NEGERI SELANGOR

26

BIL

JAW

ATA

NN

AM

A PE

NU

HN

O. K

AD

PEN

GEN

ALA

NU

MU

RA

LAM

AT D

AN

NO

.TEL

.K

ELAY

AK

AN

CAT

ATA

N

08W

AKIL

WAN

ITA

09BI

LAL

JEN

AZAH

W

ANIT

A

10PE

MER

IKSA

KIR

A-KI

RA

I

11PE

MER

IKSA

KIR

A-KI

RA

II Dis

edia

kan

oleh

:

Dis

emak

ole

h :

------

------

------

------

------

------

------

------

------

------

------

------

------

------

------

-(S

etia

usah

a Su

rau)

(P

enge

rusi

Sur

au /

Peng

erus

i Mes

yuar

at)

Ta

rikh

:

Ta

rikh

:

Dis

ahka

n ol

eh:

------

------

------

------

------

------

------

-----

(P

egaw

ai M

asjid

ata

u w

akiln

ya)

Tarik

h :

GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI KARIAH MASJIDDAN SURAU NEGERI SELANGOR

27

GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI

KARIAH MASJID DAN SURAU NEGERI

SELANGOR

GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI KARIAH MASJIDDAN SURAU NEGERI SELANGOR

28

GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI KARIAH MASJID DAN SURAU NEGERI

SELANGOR1. SYARAT AHLI KARIAH YANG LAYAK MEMBUAT

PENCALONAN

Pendaftaran ahli kariah Masjid / Surau dilaksanakan mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995 Pindaan Tahun 1999 dan 2001. Bagitujuan pendaftaran dan pencalonan, syarat ahli kariahadalah seperti berikut:

1.1 Warganegara Malaysia.1.2 Berumur 18 tahun dan ke atas bagi lelaki dan perempuan.1.3 Tinggal tetap bermukim dan bermastautin di dalam kariah Masjid / Surau.1.4 Hendaklah berdaftar dengan Masjid / Surau sebagai ahli kariah.1.5 Berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.1.6 Solat berjemaah di Masjid/Surau dalam kariah; atau 1.7 Membayarzakatfitrahdalamkariah;atau1.8 Menunaikan solat hari raya; atau1.9 Solat Jumaat dalam kariah Masjid1.10 Ahli kariah Surau juga secara tidak langsung adalah ahli kariah Masjid yang di bawah pentadbiran Masjid berkenaan.

2. PENETAPAN KEDUDUKAN SEMPADAN ANTARA MASJID DAN ANTARA SURAU

Bagi menentukan sempadan ahli kariah antara Masjid / Surau hendaklah berpandukan perkara berikut:

2.1 Menggunakan sempadan sedia ada yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Pejabat Daerah atau Pejabat Agama Islam Daerah.

GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI KARIAH MASJIDDAN SURAU NEGERI SELANGOR

29

2.2 Menggunakan sempadan berpandukan kedudukan

taman perumahan / jalan / lebuhraya / sungai dan Surau .

2.3 Menggunakan sempadan dengan mengenal pasti kedudukan Masjid / Surau.

2.4 Menggunakan pembahagian sama jarak sempadan bagi Masjid / Surau yang terlalu hampir atau kurang daripada 3 km.

3. KAEDAH PENDAFTARAN AHLI KARIAH

Pendaftaran ahli kariah hendaklah menggunakan kaedah pendaftaran dan bancian berikut:

3.1 Setiap ahli kariah hendaklah mendaftarkan keahlian dengan mengisi borang pendaftaran ahli kariah melalui Setiausaha, Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Masjid serta Surau yang diberi kuasa oleh MAIS serta mengembalikannya dalam tempoh dua minggu.

3.2 Setiausaha Masjid atau Surau hendaklah mengemaskini daftar ahli kariah selewat-lewatnya sebelum berakhir bulan Jun setiap tahun

3.3 membuat hebahan kepada ahli kariah tentang pendaftaran melalui cara berikut:

i. Pengumuman sebelum solat Jumaat. ii. Pengumuman melalui laman sesawang (website) dan media sosial. iii. Mengadakan minggu pelancaran. iv. Edaran maklumat dan borang dari rumah ke rumah oleh ahli jawatankuasa. v. Melalui wakil Surau, wakil penduduk dan wakil taman perumahan.

GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI KARIAH MASJIDDAN SURAU NEGERI SELANGOR

30

3.4 Setiausaha Masjid atau Surau hendaklah sentiasa menyemak dan mengemas kini daftar ahli kariah dalam Buku Daftar Ahli kariah.

3.5 Pihak Pengerusi atau Setiausaha Surau hendaklah memastikan dan mengesahkan senarai ahli kariah bersama nazir masjid atau ketua kampung.

3.6 Bancian ulangan hendaklah diadakan sekiranya didapati daftar ahli kariah tidak mencukupi.

4. BANCIAN DAN PENDAFTARAN AHLI KARIAH

Setiausaha Surau hendaklah bertanggungjawab untuk melaksanakan bancian dan pendaftaran seperti berikut:

4.1 Mengedar dan menerima borang pendaftaran.

4.2 Mewujudkan rekod daftar ahli kariah.

4.3 Mengemaskini rekod daftar mengikut borang bancian yang telah lengkap diisi.

4.4 Mempamerkan senarai nama ahli kariah Surau mengikut abjad dalam tempoh 30 hari atau selewat- lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Khas Pencalonan.

5. BANTAHAN / ADUAN / KECICIRAN

Sebarang bantahan, aduan atau keciciran senarai dalam rekod daftar kariah, ahli kariah hendaklah:

i. Mengemukakan bantahan kepada Pengerusi Surau secara bertulis.

GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI KARIAH MASJIDDAN SURAU NEGERI SELANGOR

31

ii. Pengerusi Surau boleh menerima atau menolak bantahan / aduan dalam tempoh 7 hari dari tarikh bantahan. iii. Jika aduan / bantahan diterima, Borang Pendaftaran Ahli kariah hendaklah diberi dan diisi oleh Ahli kariah dan diserahkan kepada Setiausaha Surau untuk didaftarkan.

6. LUCUT KEAHLIAN AHLI KARIAH

Status keahlian ahli kariah boleh lucut atau hilang dengan:

i. Tidak bermastautin atau bermukim di dalam kariah berkenaan. ii. Berpindah keluar dari kariah. iii. Meninggal dunia.

7. PENUTUP

Garis panduan ini dikemaskini berdasarkan kepada Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001.

Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor

GARIS PANDUAN PENETAPAN STATUS AHLI KARIAH MASJIDDAN SURAU NEGERI SELANGOR

32