tajuk dokumen: pembedahan kecil mulut (...

2
TAJUK DOKUMEN: PEMBEDAHAN KECIL MULUT (MINOR ORAL SURGERY) NO. DOKUMEN: BKPP-AK 21/PIN.01 TARIKH KUATKUASA : 1.1.2017 1/2 TANGGUNGJAWAB TINDAKAN PPP/PPK 1. Pastikan pesakit duduk di atas kerusi pergigian dengan selamat dan selesa. PP/PPP PP/PPP 2. Buat pengesahan pesakit. Semak butiran pesakit, sahkan riwayat perubatan dan pastikan kebenaran untuk rawatan telah diperolehi. 3. Ambil bacaan tekanan darah bagi pesakit berumur 30 tahun dan ke atas. Rujuk BKPP DL33 Proses SOP Pengambilan Tekanan Darah Pesakit di Klinik Pergigian. PP 4. Pastikan pesakit telah makan sebelum prosedur. Maklumkan kos rawatan yang berkaitan. PP 5. Periksa pesakit, semak rekod dan radiograf. Jika perlu, lakukan siasatan tambahan seperti ujian Random Blood Sugar (RBS) dll sebelum memulakan prosedur. Pastikan keputusan ujian dikepilkan/direkodkan di kad LP8. Pastikan pesakit mematuhi pengambilan ubat/pemberhentian atas nasihat pegawai pergigian/perubatan. PP 6. Terangkan kepada pesakit mengenai prosedur pembedahan, risiko dan komplikasi yang mungkin berlaku. PP 7. Dapatkan keizinan bertulis. PPP 8. Sediakan peralatan pembedahan pergigian yang berkaitan. PPP 9. Pastikan pesakit selesa di atas kerusi pergigian dan pakaikan bib/kain linen steril. PP 10. Beri suntikan anestesia setempat. PP 11. Perhatikan pesakit untuk komplikasi semasa dan selepas suntikan (pitam, reaksi alahan dll). Jika ada, jalankan langkah kecemasan dan/atau rujuk kepada pegawai pergigian/perubatan. Tangguh pembedahan sekiranya perlu. PP 12. Pastikan gigi dan kawasan setempat mencapai tahap anestesia yang memuaskan. Jika tidak, ambil tindakan sewajarnya berdasarkan penilaian klinikal dan maklumkan kepada pesakit. PP 13. Jalankan prosedur pembedahan kecil. Bagi biopsy, masukkan spesimen ke dalam botol spesimen yang telah dilabel dengan butiran lengkap pesakit dan hantar ke makmal histopatologi. PP 14. Sekiranya komplikasi berlaku, ambil tindakan sewajarnya. Maklumkan kepada pesakit tindakan yang diambil.

Upload: ngodung

Post on 06-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK DOKUMEN: PEMBEDAHAN KECIL MULUT ( …eiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpprk/admin/upload2/274_WI... · tindakan ppp/ppk 1 ... rujuk bkpp dl33 proses sop pengambilan ... tajuk

TAJUK DOKUMEN: PEMBEDAHAN KECIL MULUT (“MINOR ORAL SURGERY”) NO. DOKUMEN: BKPP-AK 21/PIN.01 TARIKH KUATKUASA : 1.1.2017

1/2

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

PPP/PPK 1. Pastikan pesakit duduk di atas kerusi pergigian dengan selamat dan selesa.

PP/PPP

PP/PPP

2. Buat pengesahan pesakit. Semak butiran pesakit, sahkan

riwayat perubatan dan pastikan kebenaran untuk rawatan telah diperolehi.

3. Ambil bacaan tekanan darah bagi pesakit berumur 30 tahun

dan ke atas. Rujuk BKPP DL33 Proses SOP Pengambilan Tekanan Darah Pesakit di Klinik Pergigian.

PP 4. Pastikan pesakit telah makan sebelum prosedur. Maklumkan

kos rawatan yang berkaitan.

PP 5. Periksa pesakit, semak rekod dan radiograf. Jika perlu, lakukan siasatan tambahan seperti ujian Random Blood Sugar (RBS) dll sebelum memulakan prosedur. Pastikan keputusan ujian dikepilkan/direkodkan di kad LP8. Pastikan pesakit mematuhi pengambilan ubat/pemberhentian atas nasihat pegawai pergigian/perubatan.

PP 6. Terangkan kepada pesakit mengenai prosedur pembedahan,

risiko dan komplikasi yang mungkin berlaku.

PP 7. Dapatkan keizinan bertulis.

PPP 8. Sediakan peralatan pembedahan pergigian yang berkaitan.

PPP 9. Pastikan pesakit selesa di atas kerusi pergigian dan pakaikan bib/kain linen steril.

PP 10. Beri suntikan anestesia setempat.

PP 11. Perhatikan pesakit untuk komplikasi semasa dan selepas

suntikan (pitam, reaksi alahan dll). Jika ada, jalankan langkah kecemasan dan/atau rujuk kepada pegawai pergigian/perubatan. Tangguh pembedahan sekiranya perlu.

PP 12. Pastikan gigi dan kawasan setempat mencapai tahap

anestesia yang memuaskan. Jika tidak, ambil tindakan sewajarnya berdasarkan penilaian klinikal dan maklumkan kepada pesakit.

PP 13. Jalankan prosedur pembedahan kecil.

Bagi “biopsy”, masukkan spesimen ke dalam botol spesimen yang telah dilabel dengan butiran lengkap pesakit dan hantar ke makmal histopatologi.

PP 14. Sekiranya komplikasi berlaku, ambil tindakan sewajarnya.

Maklumkan kepada pesakit tindakan yang diambil.

Page 2: TAJUK DOKUMEN: PEMBEDAHAN KECIL MULUT ( …eiso-oralhealth.moh.gov.my/eiso/bkpprk/admin/upload2/274_WI... · tindakan ppp/ppk 1 ... rujuk bkpp dl33 proses sop pengambilan ... tajuk

TAJUK DOKUMEN: PEMBEDAHAN KECIL MULUT (“MINOR ORAL SURGERY”) NO. DOKUMEN: BKPP-AK 21/PIN.01 TARIKH KUATKUASA : 1.1.2017

2/2

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

PP 15. Pastikan hemostasis tercapai.

PP 16. Beri ubat atau preskripsi ubatan jika perlu.

PP 17. Beri nasihat selepas pembedahan kecil.

PP 18. Beri temujanji untuk pemeriksaan semula dan rawatan susulan. Tulis temujanji di Kad Kedatangan (LP1 pin. 1/86) dan LP8.

PPP 19. Pastikan pesakit turun dari kerusi pergigian dengan selamat.

PP 20. Pesakit diminta mengambil tindakan berikut jika terdapat masalah: i) hubungi/datang semula ke klinik pergigian semasa waktu

pejabat ii) pergi ke fasiliti kesihatan yang berdekatan sekiranya

berlaku kecemasan di luar waktu pejabat

PP 21. Rekod rawatan yang telah diberikan dengan lengkap di LP8.