tajuk buku : siri mula bisnes pasar malam - ulasan buku · pdf filepengarang buku ini...

2
TAJUK BUKU : Siri Mula Bisnes Pasar Malam PENGARANG : Johar Seman PENERBIT : PTS Professional Publishing PENGULAS : Mohamad Pazlin bin Saion HARGA : RM 16.00 No. Siri : ISBN 978-983-3586-15-8 Jumlah muka surat: 130 Pengarang buku ini merupakan seorang guru di SMK Bersia di Grik, Perak dan berpengalaman dalam bidang penulisan buku rujukan sejak 2004. Beliau menulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri ketika menjadi peniaga pasar malam. Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang mahu mencuba peniagaan jenis pasar malam. Panduan diberikan langkah demi langkah supaya mudah difahami pembaca. Pembaca boleh membuat penyelidikan dan memilih jenis perniagaan yang sesuai dengan minat dan kemampuan kewangan masing-masing. Menurut penulis, perniagaan pasar malam boleh dijadikan kerjaya sambilan atau perniagaan percubaan. Sambilan bermakna perniagaan pasar malam dilakukan pada waktu petang iaitu selepas waktu pejabat. Pasar malam dikatakan percubaan memandangkan perniagaan ini berisiko rendah daripada segi pelaburan. Namun begitu, mereka yang menjalankan perniagaan pasar malam perlu pandai menguruskan masa dan membahagikan tenaga. Keutamaan perlu diberikan kepada pekerjaan tetap kerana ianya adalah amanah yang perlu dilaksanakan. Buku ini juga mencadangkan tentang jenis barangan atau perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh peniaga pasar malam. Menurut penulis adalah lebih baik jika barang yang dijual adalah unik. Dengan adanya kelainan ini, menjadikan perniagaan lebih mudah untuk bertahan. Antara barang yang disyorkan untuk diniagakan ialah makanan, minuman, hasil pertanian, pakaian, barang permainan dan lain-lain lagi.

Upload: vuongkhanh

Post on 11-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK BUKU : Siri Mula Bisnes Pasar Malam - Ulasan Buku · PDF filePengarang buku ini merupakan seorang guru di SMK Bersia di Grik, Perak ... juga memerlukan permit pengangkutan

TAJUK BUKU : Siri Mula Bisnes Pasar Malam

PENGARANG : Johar Seman

PENERBIT : PTS Professional Publishing

PENGULAS : Mohamad Pazlin bin Saion

HARGA : RM 16.00

No. Siri : ISBN 978-983-3586-15-8

Jumlah muka surat: 130

Pengarang buku ini merupakan seorang guru di SMK Bersia di Grik, Perak dan berpengalaman dalam bidang penulisan buku rujukan sejak 2004. Beliau menulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri ketika menjadi peniaga pasar malam. Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang mahu mencuba peniagaan jenis pasar malam. Panduan diberikan langkah demi langkah supaya mudah difahami pembaca. Pembaca boleh membuat penyelidikan dan memilih jenis perniagaan yang sesuai dengan minat dan kemampuan kewangan masing-masing.

Menurut penulis, perniagaan pasar malam boleh dijadikan kerjaya sambilan atau perniagaan percubaan. Sambilan bermakna perniagaan pasar malam dilakukan pada waktu petang iaitu selepas waktu pejabat. Pasar malam dikatakan percubaan memandangkan perniagaan ini berisiko rendah daripada segi pelaburan. Namun begitu, mereka yang menjalankan perniagaan pasar malam perlu pandai menguruskan masa dan membahagikan tenaga. Keutamaan perlu diberikan kepada pekerjaan tetap kerana ianya adalah amanah yang perlu dilaksanakan.

Buku ini juga mencadangkan tentang jenis barangan atau perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh peniaga pasar malam. Menurut penulis adalah lebih baik jika barang yang dijual adalah unik. Dengan adanya kelainan ini, menjadikan perniagaan lebih mudah untuk bertahan. Antara barang yang disyorkan untuk diniagakan ialah makanan, minuman, hasil pertanian, pakaian, barang permainan dan lain-lain lagi.

Page 2: TAJUK BUKU : Siri Mula Bisnes Pasar Malam - Ulasan Buku · PDF filePengarang buku ini merupakan seorang guru di SMK Bersia di Grik, Perak ... juga memerlukan permit pengangkutan

Penulis juga menekankan tentang persiapan dan keperluan asas bisnes pasar malam. Untuk itu, penyelidikan perlu dibuat oleh bakal peniaga bagi mengelakkan kerugian. Persiapan seperti minat dan masa serta keperluan seperti lesen perniagaan, pengangkutan dan peralatan, modal pusingan, tapak berniaga dan lain-lain lagi perlu diambil kira. Selepas segala kriteria ini dipenuhi, barulah perniagaan boleh dimulakan.

Penulis menyatakan bahawa modal insan lebih penting berbanding modal berbentuk wang ringgit. Sikap diri sendiri adalah modal terpenting untuk berjaya. Modal wang ringgit boleh diperolehi melalui simpanan sendiri, ahli keluarga atau pinjaman melalui koperasi, pinjaman Amanah Rakyat (MARA), Amanah Ikhtiar Malaysia (Ikhtiar) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Perniagaan pasar malam menurut penulis perlulah didaftarkan. Ini bagi mengelak daripada disaman oleh pihak berkuasa tempatan. Kenderaan perniagaan juga memerlukan permit pengangkutan. Permit atau lesen ini penting terutama apabila menggunakan van atau lori dan barangan yang diniagakan pula banyak. Selain pendaftaran, penentuan lokasi dalam perniagaan pasar malam tidak menjadi masalah utama kerana pengunjung akan mengelilingi dan meninjau semua tempat di pasar malam. Apa yang penting ialah menjual apa yang dikehendaki penduduk setempat dan bukan berdasarkan apa yang hendak dijual. Lokasi yang menjadi pilihan peniaga biasanya kawasan perumahan, kawasan kampung dan kilang.

Menurut penulis sebelum mendapatkan sumber bekalan, setiap peniaga perlu merancang barang yang hendak diniagakan. Selepas yakin dengan jenis perniagaan itu barulah membuat tinjauan dimanakah barangan itu hendak diperolehi. Menurut penulis, antara tempat bagi mendapatlan sumber bekalan ialah Hypermarket, pasar awam, pasar borong, stokes, peraih dan lain-lain lagi. Menurutnya lagi, peniaga perlu mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa bagi mendapatkan pembekal yang dapat memberikan harga yang paling murah.

Seperkara lagi yang disarankan penulis ialah tenaga kerja yang mudah diperolehi dan kemahiran berniaga. Pembantu perniagaan boleh dipilih dari kalangan ahli keluarga sebelum menggaji pekerja tetap. Kemahiran berniaga pula boleh dikembangkan dari semasa ke semasa. Peniaga tidak boleh memikirkan untuk menjual apa yang diminat untuk dijual sahaja tetapi perlu memikirkan apa yang pelanggan minat untuk membeli.

Diakhir-akhir buku ini diceritakan tentang kaedah pemasaran dan promosi, organisasi yang berkaitan dengan perniagaan pasar malam serta pengalaman kisar sebenar kejayaan yang dialami peniaga pasar malam. Melalui pembacaan saya, dapatlah dirumuskan bahawa buku ini sangat sesuai dijadikan rujukan kepada mereka-mereka yang bercadang untuk menambah duit poket atau dijadikan pekerjaan utama. Berdasarkan ayat Quran surah al-Ra’du ayat 11 yang turut dirujuk penulis, Allah berkata, “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka berusaha mengubah nasib mereka sendiri”. Semoga kita mendapat inspirasi berguna melalui buku ini dan mengamalkannya. Sekian.